You are on page 1of 26
A PUSAT PENGAJIAN UM PENDIDIKAN sansMaven JARAK JAUH SKA 477 ___ PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL MODUL 1 - 4 \e | P 7 — yo GOH BENG LAN PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA JKA 417 —- PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN PENGAWALAN SOSIAL_ MODUL 1: DEFINASI DAN TEORI Pelajaran 1: Definasi Devian Pelajaran 2: — Teori-teori penyelewengan sosial MODUL2 —KAWALAN SOSIAL DAN DASAR AWAM Pelajaran 4: Kawalan sosial dan organisasi sosia! Pelajaran 2: Kaedah penyelidikan, teori dan implikasi ke atas dasar pengawalan sosial MODUL 3: JENAYAH DAN KAWALAN SOSIAL Nota MODUL 4: PENYELEWENGAN: GENDER DAN REMAJA Nota Penulis: Goh Beng Lan Cetakan Semula PPPJJ, 2005, 2006, 2007, 2008, 2009 © Hakcipta, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. Hakcipta terpelihara, Dilarang menerbitkan mana-mana bahagian atau membuat sebarang pindaan ke atas naskah kursus ini dengan apa cara sekalipun tanpa kebenaran dari pihak penerbit. Dicetak oleh : Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM. eM Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh Universi Sains Malaysia Pulau Pinang KANDUNGAN MODUL 1: DEFINISI DAN TEORI: PELAJARAN I - DEFINIS] DEVIAN Pengenalan 1 . Takrifan: Takrifan devian sebagai pelanggaran norma 2 Takrifan devian sebagai definisi sosial 6 PELAJARAN 2 - TEORI-TEORI PENYELEWENGAN SOSIAL Kepentingan teori dalam menerangkan penyelewengan sosial 8 Teori-teori Biologikal Teori frenologi 9 Teori Atavisme 10 Teori-teori Psikologikal n Teori-teori Sosial Mengenai Devian 12 Penjelasan Devian dengan Perspektif Struktural/Makro Perspektif Struktural-fungsional 14 Teori Deviance oleh Robert Merton 18 Perspektif Ekologikal 20 Perspektif Struktural-Konflik 22 Pendekatan Interpretatif 26 Teori Labelling 27 -Devian sebagai Label Sosial oleh Edwin Lemert -Devian sebagai Status Sosial oleh Howard Becker -Devian sebagai satu Konsep Diri oleh Edwin M.Schur Teori Kawalan Sosial oleh Travis Hirschi 32 -Teori Pencegahan Devian WALAN SOSIAL DAN D: PELAJARAN I: KAWALAN SOSIAL DAN ORGANISASI SOSIAL Falsafah dan Definisi Kawalan Sosial 37 -Mekanisme kawalan formal -Mekanisme kawalan tak formal PELAJARAN II: KAEDAH PENYELIDIKAN, TEORI DAN IMPLIKASI KEATAS DASAR PENGAWALAN SOSIAL Implikasi Teori-teori Devian Keatas Dasar Pengawalan Sosial 40 -Pengaruh Pendekatan Struktural -Pengaruh Ekologikal -Pengaruh Pendekatan Konfiik Sosial -Pengaruh Teori Labelling -Pengaruh Teori Kawalan Sosial NOTA UNTUK MODUL II:JENAYAH DAN KAWALAN SOSIAL 46-50 NOTA UN’ )DUL IV: PENYE] INGAN: GENDER DAN REMAJA 51-54 LAMPIRAN-LAMPIRAN LAMPIRAN A: Ata Keganasan Rumahtangga, 1994 (Current Law Journal) LAMPIRAN B: Domestic Violence Act 1994: An End to a Nightmare? (The Malayan Law Journal) LAMPIRAN C: Laws of Malaysia Act 574 Penal Code (revised 1997) JKA 417 PENYELEWENGAN, KONFLIK DAN KAWALAN SOSIAL MODUL 1 : DEFINISI DAN TEORI z I DEVIAN PENGENALAN Dalam semua masyarakat manusia terdapat konformiti dan penyelewengan, Betapa stabil pun sesuatu komuniti atau masyarakat, mesti wojudnya Kegiatan devian seperti jenayah, keganasan dan lain-lain. Dalam mengkaji penyelewengan sosial kita mest mempertimbangkan tiga isu asas,iaitu: ’) isu takrifan, iaitu bagaimana sesuatu tindaken itu didefinisi dan dilabel sebagai devian ii) isu penerangan, iaitu apakah penjelasan-penjelasan yang wujud untuk menerangkan kewujudan dan berterusannya tingkahlaku devian if) isu respons, iaitu apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengawal dan ‘mencegah kegiatan devian TAKRIFAN Secara amnya, tingkahlaku yang tidak mengikuti*conform” kepada norma-norma atau nilai-nilai yang diterima oleh kebanyakan lapisan masyarakat dikenali sebagai tingkahlaku devian, Biasanya, setiap masyarakat mempunyai isbet-isbat tertentu yang menghalang Penyelewengan norma-norma sosial. Isbat-isbat adalah sesuatu reaksi kepada tingkahlaku sesuatu kumpulan/individu yang bertujuan untuk menjaminkan bahawa sesuatu norma ita diikuti. Ada isbat positif dan isbat negatif. Isbat positif adalah biasanya dalam bentuk- bentuk ganjaran-ganjaran untuk menggalakkan sesuatu tingkahlaku, Isbat negatif pula biasanya mengambil bentuk hukuman-hukuman untuk menghalang tingkahlaku - tingkablaku tertentu ‘akrifan d Takrifan devian sebagai suatu corak tingkailaku yang melanggar norma-norma sosial ‘memang telah lama digunakan oleh para ahli sains sosial terutamanya para abli kriminologi yang banyak memegang kepada penerangan biologikal dan psikologikal untuk menerangkan tingkahlaku devian. Norma sosial boleh didefinisikan sebagai peraturan- peraturan atau prinsip-prinsip yang dikongsi dan dikuti oleh sesuatu masyarakat manusia. Beberapa takrifan devian sebagai pelanggaran norma masyarakat disenaraikan dibawah: © “Regardless of the specific content of behaviour, the essential nature of deviance lies in the departure of certain types of behaviour from the norms of a particular society at a particular time." Dinitz, Dynes and Clark 1964:4 [Dinitz, Simon, Russel, R Dynes and Clark, Alfred C., 1969 Deviance: Studies in the Process of Stigmatization and Societal Reaction. New York: Oxford University Press} ). + “Deviant behaviour is essentially a violation of certain types of group norms; a deviant act is bbchaviour which is proscribed in a certain way....Only those deviations in which behaviour is in a disapproved direction and of sufficient degree to exceed the tolerance limit of the community, constitute deviant behaviour as it will be used here.” (Clinard 1968: 28, [Clinard, Marshall B., 1968, Sociology of Deviant Behaviour, New York: Holt, Rinehart & Winston). ‘+ “According to any standard dictionary - still the best source of clearly stated nominal definitions - to deviate is to stray as from a path or standard.” (Matza 1969: 10,[Matza, David 1969, Becoming Deviant. Englewood Cliffs, N.J.: Prentice-Hall]) Dalam menakrifkan devian sebagai tingkahlaku yang menyeleweng dari peraturan- peraturan lazim masyarakat para pengkaji biasanya menumpu perhatian kepada corak- corak tingkahlaku yang menyeleweng dan siapa yang melakukan penyelewengan, Corak- corak tingkahlaku yang melanggar peraturan-peraturan sosial adalah huss dan boleh merangkumi pelanggaran norma yang lebih serius seperti pembunuhan kepada pelanggaran norma yang kebiasaannya di tahan sabar oleh orang ramai seperti meludah di tempat- tempat awam Para pengkaji telah cuba memahami tingkahlaku devian sebagai pelanggaran norma sosial samaada melalui pengumpulan data-data secara skala besar stupun dengan menumpu perhataian kepada individu-individu atau golongan-golongan tertentu yang kerap melanggar norma-norma sosial. Dalam pengumpulan data secara skala besar mengenai tindakan devian biasanya par pengkaji cuba menunjukkan kadar perlakuan devian dalam sesuatu unit sosio-politik tertentu, misalannya kadar devian dalam sesuatu negara, wilayah, bandar, kumpulan sosial, kelas, golongan etnik dan dan lain-lain, Dalam kajian begini biasanya perbandingan mengenai kadar perlakuan devian diantara lokasi- lokasi atau populasi-populasi tertentu dibuat sebagai satu usaha untuk memahami tingkablaku devian.. Contohnya pengkaji mungkin ingin tahu perbandingan kadar devian diantara negeri-negeri di Malaysia ataupun diantara negara Malaysia dengan negara Jepun. Ataupun, pengkaji mungkin juga mengetahui kadar penglibatan dalam kegiatan devian dikalangan kumpulan-kupulan etnik yang berlainan ataupun kelas-kelas sosial yang berlainan. Selain dari menumpu kepada pengumpulan data skala besar, para pengkaji juga telah banyak menumpu perhatian kepada golongan yang melakukan devian, Para pengkaji juga ingin tabu siapa golongan yang melekukan tindakan devian tertentu; misalannya mana- mana satu golongan etnik atau kelas sosial yang terlibat?; ataupun golongan gender yang lebih terlibat, wanita atau lelaki? Bukan sekadar siapa yang terlibat yang menjadi fokus subjek kajian tetapi isu kenapa dan kekerapan golongen yang terlibat dalam kegiatan devian juga menjadi fokus kajian. Secara amnya isu devian atau pelanggaran norma-norma sosial dikait rapat dengan masalah sosial, jenayah dan perlakuan yang tidak suiman atau tingkahlaku orang yang berpenyakit sakit jiwa. Namun demikian, isu devian adalah tetap terasing dan berbeza dari masalah sosial, jenayah dan penyakit sakit jiwa. Apakah perbezaannya? Kalau kita meneliti isu masalah sosial, ia sebenarnya merujuk kepada keadaan-keadaan sosial yang dianggap sebagai negatif oleh pihak-pihak berkuasa ataupun orang awam yang cuba berusaha untuk memperbaiki keadaan-keadaan sosial yang tidak memuaskan ini Tidak boleh dinafikan bahawa setengah-tengah pelanggaran norma boleh dianggap sebagai masalah sosial, seperti kegiatan menagih dadah, pelacuran, perompakan dan lain-lain, tetapi tidak semua masalah sosial melibatkan pelanggaran norma, Contoh-contoh masalah sosial yang tidak melibatkan pelanggaran norma sosial ialah seperti masalah pencemaran, ‘masalah kesesakan lafulintas di bandaraya besar, masalah setinggan, penyebaran penyakit, kemelesetan ekonomi dan lain-lain, Demikian juga, tidak semua tindakan pelanggaran norma adalah begitu serius sampai ia boleh dianggap sebagai masalah sosial, misalannya seperti tingkahlaku biadap dan kurang bersopan. Begitu juga, kita boleh bezakan tingkahlaku devian dari jenayah. Jenayah merupakan perlakuan pelanggaran undang-undang yang di legislasikan, Walaupun jenayah suatu perbuatan yang mungkin melibatkan pelanggaran norma, seperti rogol, pemubunuhan dan lain-lein, tidak semua pelanggaran norma boleh dianggap sebagai Jenayah seperti perkahwinan antara kaum atau antara pasangan yang mempunyai perbezaan umur yang besar. Juga kita perlu ingat bahawa ada jenayah yang tidak ‘merupakan pelanggaran norma - misalannya memandu melebihi had laju. Keadaan yang sama juga wujud dengan penyakit sakit jiwa. Ia tidak boleh disamakan dengan kegiatan devian atau pelanggaran norma sosial. Orang-orang yang berpenyakit sakit jiwa mungkin melakukan perbuatan yang tidak rasional tetapi tidak semestinya melanggar norma-norma sosial. Manakala orang yang melanggar norma sosial mungkin amat waras dan tidak sama sekali tidak siuman, Bahkan banyak kajian sosial telah menunjukkan bahawa kebanyakan orang-orang yang melanggar norma sosial adalah waras pemikiran mereka, Mereka melakukan devian bukan kerana mereka tidak boleh buat pilihan rasional tetapi semata-mata kerana mereka boleh memperolehi keuntungan sosial, politik ataupun ekonomik dari perbuatan itu. Kita boleh merumuskan dari perbincangen diatas bahawa kegiatan devian merangkumi skop yang begitu luas sekali - yang boleh dikaji dalam kajian-kajian mengenai jenayah ataupun kajian psikologi (mengenai tingkahlaku manusia dalam keadaan-keadaan mental dan sosial yang tertentu). Setengah-tengah pelanggaran norma ‘merupakan pelanggaran undang-undang; merupakan masalah sosial; dan setengah-tengah pula boleh merupakan tingkablaku yang tidak suiman, Namun ini tidak bermakna bahawa kajian devian boleh disamakan dan direduksikan kepada kajian mengenai Jenayah ataupun kajian psikologi sahaja. Ini kerana perlakuan devian bukan merupakan perlanggaran undang-undang dan perlanggaran undang-undang tidak semestinya merupakan perlanggaran norma sosial. Begitu juga, kebanyakan masalah sosial bukan merupakan perbuatan devian dan kebanyakan tingkahlaku devian bukan merupakan masalah sosial. Sama juga dengan perlakuan tidak suiman, walaupun setengah-tengah perlakuan tidak suiman merupakan perlanggaran norma tetepi kebanyakan kelakuan devian bukannya didorong oleh keadaan mental yang tidak waras. Walaupun takrifan devian sebagai corak-corak tingkahlaku yang melanggar norma sosial adalah begitu meluas sekali tetapi pendekatan ini bermasaalah kerana ia ‘mengganggap bahawa norma sosial itu adalah sesuatu yang semulajadi dan sedia wujud dalam sesuatu masyaraket. Pendekatan untuk memahami devian sebagai perlanggaran norma hanya mengambil norma sosial sebagai sesuatu yang diberi atau sebagai poin rujukan sahaja dan sedangkan pada hakikatnya norma sosial itu sesuatu yang dinamis yang senantiasa di rekabentuk , diubah dan di persaingi oleh golongan-golongan tertentu dalam masyarakat, Memandangkan keadaan ini, semenjak tahun 1960an semakin ramai abli sosiologis telah cuba menakrifkan devian sebagai satu definisi sosial, iaitu mereka mempersoalkan bagaimana sesuatu kegiatan itu dianggap sebagai devian oleh masyarakat kerana peraturan-peraturan dan prinsip-prinsip yang dikongsi dan diikuti oleh masyarakat boleh berubah dari semasa ke semasa. Para sosiologis yang mengkaji devian sebagai definisi sosial telah menakrifkan devian seperti dibawah: ‘+ ~The deviant is one to whom that label has successfully been applied; deviant behaviour 1s beliaviour that people so label ” (Becker 1963: 9) [Becker. Howard S.,1963, Quisiders. Studies in the Sociology of Dewance. New York: Free Press.} * “Human behaviour is deviant to the extent that it comes to be viewed as involving a personal iscreditable departure from a group's normative expectations and it elicits interpersonal or collective eactions that serve it to isolate, treat, correct, or punish individuals engaged in.such behaviour.” Schur 1971° 24)[Schur, Edwin, 1971, Labelling Deviant Behaviour: Its Sociological Implications. ‘New York: Harper & Row) Takrifan devian sebagai definisi sosial Kajian devian sebagai satu definisi sosial menumpu kepada dua persoalan utama: iaitu, Apa yang dilabel sebagai devian dan siapa yang dilabel sebagai devian. Dalam ert lain, kajian devian sebagai definisi sosial fokus kepada proses kemunculan dan pembentukan norma-norma sosial dan label-label sosial dalam kes-kes dan konteks- konteks tertentu untuk menerangkan kegiatan penyelewengan sosial dan orang- orang yang terlibatnya. ‘Takrifan devian sebagai definisi sosial berbeza dari pendekatan devian sebagai perlanggaran norma kerana ia tidak hanya menganggap norma-norma itu sebagai sesuatu poin rujukan sahaja untuk menilai samaada sesuatu tingkablaku itu devian atau tidak tetapi pula menyoalkan bagaimana norma-norma sosial untuk menakrifhan devian itu terbentuk, berubah dan dipersaingi dalam masyarakat. Jadi apa yang dianggap sebagai devian boleh berubah-ubah kerana norma-norma sosial berubah-ubah dalam konteks- konteks tertentu. Misalannya tindakan membunuh orang. Pada masa aman membunuh dianggap sebagai satu perlanggaran norma yang serius dan adalah satu jenayah yang dihulcum serius dibawah undang-undang. Namun demikian, pada masa peperangan, membunuh boleh pula menjadi satu tingkablaku yang gagah dan disanjungi ramai sepertimana askar-askar boleh diberi pingat penghormatan kerana membunuh ramai musuh Kenapa ini terjadi? Juga, boleh timbul keadaan dimana setengah-tengah orang yang melanggar norma sosial tidak dilabel sebagai devian manakala orang lain pula digelar sebagai devian? Kenapa keadaan ini wujud? Isu-isu ini dikaji dalam usaha memahami devian sebagai definisi sosial. ‘Sebagai rumusan, pendekatan devian sebagai definisi sosial fokus kepada persoalan- persoalan asas di bawah: * Apa yang dilabel sebagai devian? * apakah norma-norma sosial umum dan khes mengenai tingkahlaku devian dan bagaimana norma-norma sosial ini wujud? © apakah Kategori-kategori sosial dan label-label untuk "mereka yang menyeleweng and corak penyelewengan dan bagaimana kategori-kategori dan label-label ini wujud? * Siapa yang dilabel sebagai devian? + apakah kesan-kesan setelah dilabel sebagai devian? . + apakah kes-kes terkecuali yang dilabel sebagai devian dan apakah kesan-kesan dalam kes-kes khas ini? Kita telah mengetahui bahawa kajian mengenai devian adalah satu kajian yang boleh merangkumi topik yang luas yang mungkin juga terkandung dalam kajian-kajian lain seperti kajian jenayah, kajian psikaitri atau kajian psikologi. Dalam kursus ini, kita akan mengkaji tiga kategori Iuas devian; iaitu: i jenayah ii, corak-corak penyelewengan yang berkenaan dengan remaja iii, corak-corak penyelewengan yang berkenaan dengan gender Sebelum kita mengkaji kategori-kategori devian ini, kita harus mengetahui teori-teori yang wujud yang cuba menerangkan tingkahlaku devian agar kita boleh menilai keberkesanan teori-teori yang wujud untuk menerangkan corak-corak penyelewengan sosial yang spesifik. PELAJARAN 2: TEORI-TEORI P) N SOS Kepentingan teori dalam menerangkan penyelewengan sosial Apakah itu teori? Apakah kepentingan teori dalam menerangkan penyelewengan sosial? Teori sebenamya adalah tesis atau pernyatean-pernyataan yang menerangkan kaitan diantara faktor-faktor atau kejadian-kejadian tertentu. Kebanyakan teori adalah terbentuk dari pengalaman seharian manusia, pengetahuan am, atau pengetahuan yang diwarisi dari orang lain. Misalannya, kita tahu bahaya merokok kerana ia boleh membawa penyakit kepada manusia dan dengan teori umum ini kita boleh pilih untuk mengelak dari merokok untuk menjaga kesihatan kita, Jadi teori berguna kepada kita kerana ia menolong untuk mencorak kehidupan kita dan memberi kemungkinan-kemungkinan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang sering dihadapi kita dalam kehidupan ini, Dalam erti lain, teori merupakan pengetahuan yang berguna kepada kita. Maka, teori-teori devian boleh menolong untuk menerangkan punca-punca kegiatan devian dan memberi cadangan-cadangan untuk mengatasi masalah penyelewengan sosial. Terdapat berbagai-bagai teori untuk menerangkan tingkahlaku devian. Teori-teori devian terdiri dari teori-teori bukan sosiologikal dan juga teori-teori sosiologikal. Teori- teori bukan sosiologikal cuba menerangkan tingkahlaku devian melahii penerangan biologikal dan psikologikal. Teori-teori bukan sosiologikal ini berkait rapat dengan perkembangan kajian jenayah atau kriminologi. Sebelum kita meneliti perbezaan diantara kita perlu meneliti apakah kandungan tiga perspektif ini dabulu. TEORI-TEORI BIOLOGIKAL Teori biologikal tidak menghiraukan kajian devian sebagai satu definisi sosial tetapi gunakan sifat-sifat biologikel untuk menerangkan tingkahlaku devian. Pada asasnya teori- teori biologikal berkembang dari kajian-kajian untuk memahami jenayah dalam abad ke19 Teori Frenologi Salah seorang yang mula memperkembangkan perspektif biologikal ialah Franz Joseph Gall (1758-1828), seorang doktor, yang memulakan teori frenologi (“phrenology”), iaita kajian mengenai fangsi-fungsi otak manusia, Frenologi juga dipanggil sebagai “science of the mind” dalam abad ke19. Dalam mengetahui peranan yang dimainkan oleh bahagian- bahagian otak manusia yang mencorakkan personaliti dan tinggkahlaku manusia, Gall ‘membina satu teori tentang perkaitan antara saiz bahagian-bahagian otak tertentu dengan kedudukan intelek, moral dan tingkahlaku ganas atau orientasi jenayah dalam manusia, Ahli-ahli teoris frenologi ini mengatakan bahawa tindakan jenayah adalah disebabkan oleh keadaan otak seseorang tetapi mereka juga mengesyurkan bahawa ada kemungkinan untuk menghalang tingkahlaku membinasa dalam manusia dengan latiban khes dan pendedahan kepada keadaan sosial yang baik agar respons-respons ganas dan kecenderungan kepada jenayah dalam manusia boleh dikawal. Teori frenologi amat berpengaruh di Europah, England dan Amerika dari tahun 1807-1845, Antara mereka yang memperkembangkan teori ini ialah: Johann Gaspar Spurzheim (1776-1873), seorang pelajar Gall; Charles Coombe (1788-1858) yang menulis buku pertama tentang frenologi di England; Charles Caldwell yang menulis buku teks tentang frenologi di Amerika yang bertajuk “Elements of Phrenology” (1824). Pengaruh teori frenologi mula berkurangan dari tahun 1840an apabila ia semakin ditentang oleh ahli-ahli saintis dan akademik dan juga abli-abli agama yang menganggap bahawa teori frenologi adalah salah dari segi moral kerana menganggap bahawa otak manusia itu adalah paling berkuasa untuk mengawal tindakan manusia dan bukan perasaan batin manusia. 10 Teori Atavisme Satu lagi cabang teori biologikal yang berpengaruh ialah teori atavisme yang, dianjurkan oleh Cesare Lomibroso (1835-1909), seorang doktor bangsa Itali. Lombroso mencadangkan bahawa punca kepada kelskuan jenayah adalah dalam corak evolusi manusia Berasaskan kajian beliau Leatas banduan-banduan, Lombroso mencadangkan bahawa mereka yang melakukan jenayah mempunyai ciri-cir fisikal yang didapati dalam evohusi manusia yang lebih awal dimana struktur fisikal manusia masih mirip dengan orang utan, Mengikut Lombroso, kebanyakan banduan-banduan yang; dikajinya mempunyai ciri- ciri seperti saiz telinga yang luar biasa, samada terlalu keci! atau terletak terlatu tinggi di kepala manusia seperti yang terdapat pada orang utan, bibir ynng menonjol dan bengkak, dagu yang termasuk atau menonjol, kulit yang berkedut-kedut dan isin-lain. Lombroso ‘menamakan ciri-cii fisikal ini yang muncul semula dalam evolusi manusia setelah lenyap beberapa keturunan sebagai “stigmata”. Stigmata ini disebabkan oleh evolusi manusia yang Kembali semula kepada citi-ciri fisikal semasa evolusi awa! atau apa yang dipanggil sebagai “atavisme”. Bagi Lomrboso, atavisme atau evolusi biologi manusialah yang menyebabkan seseorang itu untuk berkelakuan jenaysh. ‘Teori atavisme oleh Lombroso telah banyak dikritik oleh ahli sains. Antara kritikan-ktikan terhadap beliau ialah bahawa kajian beliau berat sebelah kerana hanya fokus kepada banduan-bandua sahaja. Pengaruh teori atavisme merosot dari tahun 1913 apabila Charles Goring menerbitkan buku yang berjudul “The English Convict” dimana beliau membandingkan ciri-citi fisikal antara para banduan dan orang awam yang tidak melakukan jenayah dan mendapati bahawa tidak ada perbezaan cir-ciri sikal yang ketara diantara dua golongan ini. Dengan penemuan ini, Goring menafikan bahawa ada apa yang diryjuk sebagai ciri-citi fisikal kriminal tertentu yang menyebabkan seseorang its untuk melakcukan jenayah. Teori-teori biologikal Iain yang cuba menggunaken sifat-sifat biologi untuk menerangkan kegiatan devian adalah seperti teori keganjilan kromosome dimana lelaki yang mempunyai kromosome XYY lebih cen¢erung kepada keganasan (rujuk kepada Shah u and Roth, 1974) [Shah, Saleem A. & Loren H. Roth, 1974, “Biological and Psychological Factors in Cruminology.” in Handbook of Criminology, Danie! Glaser (ed.), Chicago: Rand McNally] Terdapat banyak kritikan-Kritikan terhadap teori-teori biologikal untuk menerangkan tingkahlaku devian seperti: kekurangen kajian-kajian yang selanjutnya untuk menyokong, teori-teori yang dikemukakan; teori-teori biologikel ini gagal menunjukkan bagaimana keadaan-keadaan biologi tertentu menyebabkan seseorang itu untuk melakukan penyelewengan, kajian-kajian teori biologikal hanya fokus kepada ciri-ciri biologikal yang tidak Iazim walhal rekod-rekod awam menunjukkan bahawa pelangger-pelanggar norma datang dari semua lapisan masyarakat bukan sahaja mereka yang mempunyai ciri-ciri biologi yang khas; dan teori-teori biologikal ini mengabaikan keadaan sosio-ekonomi yang ‘mempengaruhi tindakan seseorang. Selain dari teori biologikal, teori psikologikal juga agak berpengaruh dalam menerangkan devian, Mari kita meninjaui beberapa teori-teori psikologikal yang wujud. TEORI-TEORI PSIKOLOGIKAL Teori-teori psikologikal menggunakan proses-proses dan struktur-struktur mental dan personaliti seseorang untuk menerangkan kelakuan devian. Teori-teori psikologi kal banyak membina skel-skel personaliti untuk mengkaji bagaimana manusia membentuk corak-corak personaliti yang tertentu, misalannya personaliti yang agresif, yang peramah, dan bagaimana ciri-ciri ini mempengarubi tingkablaku dalam keadaan-keadaan sosial tertentu, Satu contoh teori psikologikel ialah teori “alcoholism” oleh McCord & McCord (1960) yang cuba menerangkan masalah kaki botol dengan keadaan psikologikal seseorang (McCord, William & McCord Joan ,1960. Origins of Alcoholism, Stanford: Stanford University Press]. Dalam teori ini, seseorang dipercayai menjadi kaki botol kerana ketidakbolehannya untuk menyelesaikan konflik psikologi dalamannya, iaitu konflik diantara memuaskan perasaan kebergantungan kepada orang lain dan desakan sosial yang memerlukannya untuk berdikari, Demi untuk melepaskan perasaan tekanan yang 12 dirasainya, seseorang itu menjadi kaki botol kerana keadaan mabuk membolehkannya untuk tidak mempedulikan desakan sosial dan bebas untuk melepaskan perasaan tekanan yang dirasainya. Masalah dengan teori-teori psikologi ialah ia kurang berkebolehan untuk menerangkan mengapa tidak semua orang yang mempunyai ciri-ciri personaliti tertentu yang dikaitkan dengan tindakan devian itu melakukan penyelewengan. Ia juga dikritik kerana hanya fokus kepada personaliti yang Iuar biasa dan ekstrim sahaja untuk menerangkan penyelewengan sosial dan tidak mengambil kira keadaan sosial semasa bila menerangkan tindakan devian, Sedangkan teori-teori biologikal dan psikologikal menggunakan proses dan struktur biologikal dan psikologikal untuk menerangkan tingkahlaku devian, teori-teori sosial pula menekankan proses-proses dan struktur-struktur sosial untuk menerangkan devian. Mengikut tradisi sains sosial, kita tabu bahawa teori-teori sosial adalah dibina dari data- data empirikal yang boleh dibuktikan dan dari pemerhatian yang seobjektif mungkin (rujuk kepada perdebatan diantara falsafah positivisme dan interpretatif mengenai kajian objektif dalam sains sosial yang anda belajar dalam kursus pengantar antropologi dan sosiologi). Begitu juga, teori-teori devian telah terbentuk hasil dari pemerhatian dan analisis yang datang dari kedua-dua tradisi positivis dan interpretatif, iaitu teori-teori yang berasaskan pendekatan strukturalis dan interpretatif: Seperti yang kita sudah tahu, pendekatan strukturalis banyak menekankan penjelasan pada tahap makro sedangkan pendekatan mikro pula menekankan penjelasan pada tahap mikro. Dalam kursus ini kita akan mempertimbangkan beberapa teori devian yang utama yang terdapat dalam kedua-dua pendekatan strukturalis (penjelasan tahap makro) dan pendekatan interpretatif (penjelasan tahap mikro). Teori-teori devian biasanya mengidentifikasikan apakeh tindakan devian yang merupakan masalah yang perlu dikaji dan cuba memberi jawapan kepada persoalan- persoalan yang timbul mengenai tindakan devian yang dikaji itu dengan menggunakan a data-data empirikal dan kaedah-kaedah kajian tertentu. Penjelasan-penjelasan yang diberi oleh teori-teori devian boleh menyumbang kepada perlaksanaan dasar-dasar sosial untuk mengatasi masalah penyelewengan sosial TEORI-TEORI SOSIAL MENGENAL DEVIAN PENGENALAN Terdapat berbagai-bagai perspektif yang menggunakan pendekatan struktural dan interpretatif untuk menerangkan fenomena devian, Bahkan teori-teori yang wujud adalah begitu Kompleks schingga sukar bagi kita untuk membahagikan mereka mengikut kategori-kateori terasing kerana kebanyakan teori saling meminjam dari satu sama lain, Maka wujud penindihan dari segi perspektif yang digunakan. Tetapi untuk menyenangkan pembelgjaran tentang teori-teori devian kita akan mengkategorikan teori-teori devian kedalam dua pendekatan utama, iaitu: + perpektif struktural/makro ‘+ perspektif interpretatif/mikro ENJELASAN D) ‘Ada berbagai-bagai teori yang menggunakan strutur-struktur dan proses-proses besar dalam masyarakat, seperti struktur/proses politik, ekonomi dan sosio-budaya untuk menerangkan fenomena devian. Kita akan mengkaji tiga perspektif utama dalam teori devian yang cuba memberi penjelasan-penjelasan pada tahap makro untuk menerangkan tingkahlaku devian, iaitu perspektif Struktural-fungsional, perspektif Ekologikal (dari aliran pemikiran Chicago school) dan perspektif Konflik Sosial. 4 Perspektif Strukt Perspektif Struktural-fuungsional mengganggap bahawa setiap masyarakat manusia ‘mempunyai Konsensus sosial dan integrasi sosial yang tinggi terhadap niflei-nilai dan matlamat-matlamat tertentu dan menganalisa bagaimana corak-corak tingkahlaku yang membentuk organisasi-organisasi sosial menyumbang kepada nilai-nilai dan matlamat- ‘matlamat-matlamat utama yang dikongsi oleh ahli masyarakat itu. Perspekif Struktural- fungsional biasanya mendefinisikan penyelewengan sosial samada sebagai perpecahan dalam order sosial, terutamanya sebagai keruntuhan dalam konsensus sosial dan integrasi sosial, ataupun, sebagai corak tingkahlaku yang mempunyai fungsi-fungsi tertentu yang menyumbang kepada pemeliharaan order sosial yang sedia ada. Perspektif Struktural-fungsional mengenai penyelewengan sosial bermula dari ide-ide yang yang dianjurkan oleh Emile Durkheim, seorang sosiologis bangsa Perancis pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke20. Karyaan Durkheim menyumbang kepada satu analisis umum terhadap masyarakat manusia dan merupakan usaha permulaan untuk memahami tindakan devian, Pada asasnya Durkheim cuba memahami perubahan- perubahan sosial yang dialami masyarakat Europa Barat pada abad kel8 dan kel9 yang terjadi apabila revolusi industri mengubahkan masyaraket Barat dari satu masyarakat pertanian kepada masyarakat berindustri. Set fenomena yang menjadi fokus kajian Durkheim ialah fenomena membunuh diri dalam masyarakat berindustri. Berasaskan data- data yang dikutip oleh Durkheim, beliau membina satu teori tentang kaitan pembunuhan diri dan perubahan sosial dan regulasi/kawalan sosial Mengikut Durkheim, dalam masyaraket pertanian yang mempunyai corak pekerjaan yang sama, kesedaran kolektif adalah kuat dimana abli-ahli masyarakat mempunyai ide-ide, matlamat-matlamat dan nilai-nilai yang sama. Kesedaran kolektif yang tinggi ini menyebabkan satu kawalan/regulasi sosial yang kuat dalam masyarakat pertanian dimana tindakan ahli masyarakat dicorakkan oleh nilai-nilai, ide-ide dan matlamat-matlamat yang 15 diutamakan dalam masyarakat itu. Keadaan yang sebaliknya berlaku dalam satu masyarakat berindustri kerana pembahagian kerja yang lebih kompleks dimana pelbagai jenis pekerjaan wujud. Mengikut Durkheim, di masyarakat berindustri, kesedaran kolektif adalah rendah kerana ahli-ahli masyarakat mempunyai kedudukan sosial, ide-ide dan rilai- nilai yang berlainan-lainan. Satu kesedaran kolektif yang lemah membawa kepada kawalan/regulasi sosial yang kurang, Mengikut tesis Durkheim, kawalan sosial yang ringan itulah yang menyebabkan kejadian pembunuhan iri, Beliau mengidentifikasikan dua punea deregulasi sosial yang menyebabkan tindakan membunuh diri, iaitu, egoisme dan anomie dan satu punca integrasi sosial yang tinggi yang menyebabkan pembunuhan diri, iaitu altruisme. Pembunuhan diri egoisme meryjuk kepada kaitan diantara tindakan pembunuhan diri ddan hubungan sosial yang semakin ringan diantara individu dan masyarakat moden. Dalam masyarakat moden, seseorang individu adalah agak bebas, berdikari dan kurang berintergrasi dalam masyarakat besarnya. Maka dengan itu regulasi sosial dalam masyaraket itu dianggap sebagai lemah. Justerunya, individu-individu yang bebas ‘mempunyai kurang obligasi kepada orang lain dan oleh kerana demikian mereka mungkin lebih kerap memilih untuk membunuh diri bila tertekan atau mengalami perasaan berputus asa, Misalannya, Durkheim menunjukkan bahawa kadar pembunuhan diri di kalangan golongan Protestan yang mempunyai sistem kepercayaan yang lebih bersikap individualisme yang menekankan hubungan individu dengan tuhannya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan golongan Katolik yang mempunyai sistem agama yang lebih ketat yang memberi panduan-panduan jelas tentang apakah tingkahlaku yang digalakkan dan dikeji dikalangan ablinya. Jadi mengikut Durkheim, kawalan sosial yang lemah akan menyebabkan seseorang itu untuk lebih cenderung memilih untuk membunuh diti bila terasa putus harapan kerana seseorang yang kurang berintegrasi dalam masyarakatnya lebih senang hilang panduan dan sokongan kerana kurang wujud nilai-nilai, norma-norma yang mempengaruhi dan mengarahkan tindakannya, Satu lagi contoh tentang korelasi i antara hubungan sosial yang ringan dan pembunuhan diri ialah perbandingan diantara mereka yang berkahwin dan yang bujang. Mengikut Durkheim, individu yang berkahwin 16 kurang membunuh diri jika berbanding dengan mereka yang berkahwin kerana mereka yang sudah berkahwin mempunyai hubungan sosial rapat dan terikat dengan individu- individu lain, seperti isteri/suami, anak-anak, keluarga mertua dan lain-lain. Maka mereka lebit dikawal oleh nilai-nilai dan norma-norma yang dikongsi yang merupakan panduan, obligasi ataupun sokongan kepada mereka pada masa mereka berasa putus asa. Jadi, nilai- nilai dan norma-norma yang dikongsi itu boleh menghalang mereka dari memilih pembunuhan diri sebagai satu cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka. Pembunuhan diri anomie pula merujuk kepada kaitan diantara kadar pembunuhan diri dan perubahan order sosio-ekonomi. Mengikut Durkheim, kadar pembunuhan diri selalu meningkat pada masa ekonomi meleset dan melambung. Perubahan pesat dalam sektor ekonomi mempunyai kesan pada solidariti sosial masyarakat. Kemelesetan membawa kepada pengangguran, kemiskinan dan lain-lain. Maka, jurang perbezaan di antara harapan yang dipengangi orang ramai dan keadaan sebenar/realiti boleh menyebabkan frustrasi dan menyebabkan mereka untuk membunuh diri, Begitu juga, dalam masa melambung, harapan manusi melambung tinggi dan ekspektasi yang terlalu tinggi boleh menyebabkan ketegangan dan kehilangan erti hidup yang boleh mendorong seseorang itu untuk membunuh diri, Berbanding dengan mayaraket moden/berindustri, Durkheim juga menganjurkan bahawa kawalan sosial yang tinggi di masyarakat tradisional/pertanian juga ada kaitan dengan kadar pembunuhan dir, Mengikut beliau, fenomena pembunuhan diri dalam masyarakat tradisional/pertanian berkait rapat dengan kawalan sosial/integrasi sosial yang tinggi dalam masyarakat itu. Dalam satu masyarakat simple, ahli masyarakat diikat oleh iali-nilai, norma-norma dan ide-ide yang sama dan konformasi atau kehormatan kepada nilai moral yang dikongsi oleh masyarakat besar boleh menyebabkan seseorang itu memilih untuk membunuh diri, Misalannya praktis suttee di India dimana seseorang balu perlu untuk membunub diri_selepas kematian suaminya (iaitu balu itu dibakar bersama dengan ‘mayat suaminya) agar ia tidek membebani masyarakatnya. Pembunuhan diri yang berkaitan dengan kawalan sosial yang tinggi di masyarakat dikenali sebagai pembunuhan diri 9 ‘Teori Devian Robert K. Merton Perbezaan diantara Pencapaian dan Daya Ketegangan Usaha Individn ————————+ individu > Devian Perseorangan Keruntuhan Fungsi Struktur dalam masyarakat ———————————————————+Kadar devian Merton mengidentifikasikan lima cara dimana manusia menyesuaikan diri kepada ketegangan yang dialami akibat dari jurang perbezaan diantara pencapaian dan daya usaha, Langkah-langkah adaptasi ini adalah i) Konformiti - iaitu seseorang itu hanya terima dan ikut matlamat dan kaedah dominan dalam masyarakat. ii) Innovasi- iaitu bila kacadah sah tidak mendatangkan faedah seseorang itu akan menggunakan cara-cara yang tidak sah untuk mencapai matlamat yang dikejarnya. iii) Ritual dikehendakinya ia akan hanya lakuken apa yang diperlukan oleh norma/nilai dominan dalam masyaraket tetapi nilai/norma besar itu sudah tidak lagi bermakna kepadanya, iv) Retreatis - iaitu seseorang itu akan menolak segala matlamat dan kaedah dominan - iaitu apabila seseorang itu tahu ia tidak akan mencapai apa yang dalam masyarakat dan menjadi terasing dari masyarakat besar - misalannya ia menjadi penagih dadah, kaki botol dan lain-Iain. v) Memberontak (Rebellion) - iaitu seseorang itu akan mencipta matlamat dan kaedah yang baru demi untuk mencipta nilai/norma baru Cara Adaptasi yang dianjurkan oleh Robert Merton Perspektif Ekologikal Perspektif ini adalah sumbangan dari aliran pemikiran yang muncul dari mazhab pemikiran Chicago pada tahun 1920an dan 1930an, Ahli-ahli teoris ekologikal melibat devian sebagai satu kejadian yang semulajadi akibat dari proses urbanisasi dan perubahan organisasi sosial, Mereka menganggap bahawa kelakuan devian dicorakkan oleh keadaan-keadaan fisikal dan sosio-budaya yang wujud hasil dari proses urbanisasi dan industralisasi. Salah satu teori yang terkemuka ialah teori “concentric zones” oleh Ernest Burgess (1925) yang menganggap bahawa kuasa-Kuasa pasaran dan persaingan di antara individu- individu telah menghasilkan corak penggunaan tanah yang berbentuk “concentric circles” di bandar-bandar, iaitu wujudnya pusat bandar yang didominasikan oleh kegiatan perdagangan dan industri, sedangkan zone yang kedua dari pusat bandar akan merupakan zone “transisi”, iaitu satu kawasan dimana wujud golongan migren buruh dan mereka yang miskin hidup tetapi kawasan senantiasa giat diambil alih oleh pihak industrialis dan saudagar-saudagar yang memperkembangkan perniagaan mereka, Zone yang ketiga pula ialah zone penetapan pekerja kolar biru dengan 2-3 keluarga tinggal bersama di dalam satu rumahtangga, zone keempat pula didiami kelas pertengahan yang terdiri dari rumahtangga 21 Keluarga nuklear dan zone kelima pula adalah tempat kediaman mereka yang berulang alik dari tempat kerja di bandar. Mengikut Burgess, kegiatan devian dan jenayah banyak berlaku, iaitu kegiatan seperti pembunuhan dir, penyakit sakit jiwa, kegiatan juvenile dan jenayah giat berlaku di zone tansisi yang kedua, Burgess mengatakan bahawa proses transisi dimana pergelutan diantara kelas industralis dan golongan miskin, buruh dan migren meruntuhkan hubungan- hubungan asas dan proses-proses kawalan sosial yang tradisional dalam kormuniti yang hidup dalam zone ini. Dengan keruntuhan organisasi sosial dan proses kewalan sosial yang lemah dalam komuniti akibat dari perubahan sosio-fisikal yang pesat dalam zone kedua ini, tingkahlaku tidak lazim atau devian kerap berlaku, Mengikut Burgess, keruntuhan organisasi sosial dalam zone kedua ini berlaku kerana proses perindusterian membentuk pengagihan buruh yang mengujudkan nilai-nilai, norma-norma yang berbeza-beza kerana mereka masing-masing mempunyai corak pekerjaan dan corak kehidupan yang berbeza- beza. Disamping itu, penghirahjan masuk ke zone ini oleh pibak immigren yang mencari pekerjaan juga menyulitkan organisasi sosial di situ kerana mereka membawa nilai-nilai, norma-norma dan corak-corak budaya yang berlainan-lainan yang mungkin berkontradiksi atau berkonflik dengan budaya mereka yang telah lama tinggal di kawasan itu. Keadaan percanggahan budaya juga boleh wujud diantara migren dan pihak berlaiasa kerana perbezaan budaya boleh menyebabkan salah faham dalam perlaksanaan dasar awam, dan konflik diantara migren dengan pihak-pihak berkuasa seperti polis dan lain-lain. Industrialisasi_ Keruntuhan > keruntuhan —_ devian _—> orgenisasi sosial _kawalan sosial Usbanisasi 2 Namun, perspektif Ekologikal mempunyai beberapa masalah dalam kebolehan untuk menerangkan kegiatan devian dengan efektif, Masalah yang wujud dengan perspektif ekologikal ialah pandangannya yang tidak kritikal terhadap kuasa-kuasa pasaran dan proses persaingan diantara individu kerana ia menganggap bahawa mereka yang berkuasa sekali patut menduduki kedudukan dominan (mengikut prinsip “survival of the fittest”). Andaian ini menganggap bahawa persaingan antara manusia ialah satu proses semulajadi yang dicorakkan oleh kuasa pasaran sahaja sedangkan pada hakikatnya kuasa- kuasa pasaran dipergerakkan oleh berbagai-bagai motif politik oleh golongan-golongan tertentu. Juga orang yang dipinggirkan dalam persaingan tidak semestinya lemab tetapi mereka dihindarken oleh struktur-struktur ketidaksaksama dalam masyarakat. Fakta-fakta yang penting ini diabaikan dalam pendekatan ekologikal. Kelemahan-kelemaban dalam perspektif ekologikal telah mendorong kepada pendekatan yang lebih kitikal yang menekankan pula pada struktur tidak saksama dalam masyarakat untuk menerangkan fenomena devian. Pendekatan-pendekatan ini menggunakan perspektif Struktural Konflik yang menekankan struktur kuasa dan ketidakseimbangan dalam masyarakat untuk memahami tindakan devian if ike Pendekatan Struktural Konflik dalam kajian devian adalah berasaskan sumbangan teori konflik yang dianjurken oleh Karl Marx. Seperti yang kita tahu, Karl Marx telah mengemukakan satu teori konflik diantara kelas-kelas sosiel dimana konflik berlaku diantara kelas pemilik corak pengeluaran (kapitalis) dan para buruh yang kena jual buruh mereka untuk memperolehi upah. Bagi Marx, ketidaksamaan sistem ekonomi mempunyai pengaruh Keatas sistem sosio-politik dan budaya dalam masyarakat itu kerana golongan kapitalis yang berkedudukan dominan mempunyai sumber dan kuasa untuk menentukan bahawa struktur politik, sosial, budaya dan perundangan dalam masyarakat itu senantiasa memelihara Kepentingan mereka. Jadi, Marx telah membangunkan satu teori yang mempunyai perspektif yang kritikel terhadap struktur-strukrur sosial yang diliat sebagai 2s pada pihak kapitalis sahaja, seperti perundangan buruh, Pendekatan Quinney yang mengandaikan bahawa struktur kuasa ekonomi mencorakkan segala struktur sosio-politik dan budaya yang lain dalam masyarakat adalah terlalu “deterministic” dan “rigid”. Ini tidak menghiraukan kebolchan individu dan tindakan kolektif untuk mempengaruhi cara masyarakat mendefinisi devian dan bertindak balas terhadap kegiatan devian, Sebagai akhir kata, kita boleh rumuskan bahawa pada asasnya teori-teori struktural/makro mengkaji fenomena devian dengan andaian-andaian yang dibawah: ‘ia menganggap bahwa ada konsensus umum dalam masyarakat tentang apakah itu kelakuan devian, iaitu kelakuan devian adalah kegiatan yang menyeleweng dari norma lazim, maka kelakuan devian adalah tindakan yang senang dikesani, * ia menganggap bahawa kegiatan devian akan menemui isbat-isbat formal atau informal dari masyarskat, contohnya seseorang devian boleh dipandang hina oleh ‘masyarakat ataupun boleh dihukum dibawah undang-undang, * ia menekankan bahawa ada keadaan-keadaan makro/struktural yang menyebabkan tekanan atau Konflik berlaku dalam individu/golongan-golongan yang mendorong mereka untuk melakukan penyelewengan dan ia cuba mengesani apakah keadaan- ‘keadaan sosio-budaya yang membawa kepada kelakuan devian. © ia mempersoalkan kenapa golongan devian terus melakukan penyelewengan ‘walaupun wujud isbat-isbat sosial terhadap kegiatan devian © ia cuba mengkaji bagaimana devian boleh diminimakan atau dikawal 6 Berbeza dari pendekatan struktural, kita pula berpaling kepada pendekatan-pendekatan interpretatif yang fokus kepada subjektiviti individu dan keadaan-keadaan spesifik mikro yang membawa kepada tingkahlaku devian dan definisi devian, PEI TAN INTERP Dalam kursus ini kita hanya akan mengkaji tiga teori devian yang menggunakan pendekatan interpretatif, iaitu: © teori labelling + teori penyaluran budaya © teori Kawalan Sosial. Pada asasnya ketiga-tiga teori dipengaruhi oleh asas-asas perspektif Simbolik Interaksionisme dalam mengkaji fenomena devian. Sebagaimana yang kita tau perspektif Simbolik Interaksionisme mengandaikan bahawa pemikiran dan tindakan manusia adalah hasil dari proses-proses interaksi sosial, iaitu manusia membina persepsi, erti dan respons terhadap sesuatu fenomena dalam proses mereka berinteraksi diantara satu sama lain, Maka, teori-teori devian yang menggunakan perspektif Simbolik Interaksionisme pada asasnya menekankan bahawa erti/nil tingkablaku hanya dibina hasil dari interaksi manusia dalam masyarakat. Jadi, asas andaian perspektif Simbolik Interaksionisme adalah bahawa erti/nilaian negatif terhadap devian adalah terbentuk hasil dari proses interaksi sosial. Make, mengikut perspektif ini, devian adalah satu fenomena yang subjektif dan bukan objektif, kerana erti devian i devian pada sesuatu bukan sesuatu yang sedia ada tetapi hanya wujud hasil dari proses interaksi sosial bahkan ertinya berbeza-beza dan boleh berubah-ubah hasil dari proses interaksi Jadi, penekanan dalam teori-teori interpretatif yang dipengeruhi perspektif ‘Simbolik Interaksionisme adalah pada isu-isu proses dan bukannya struktur, dan pada Keadaan-keadaan mikro dan bukannya makro. Persoalan-persoalan yang timbul dalam teroi-teori ini adalah seperti siapa yang memberi nilai, perbezaan-perbezaan dalam pandangan, interpretasi dan respons terhadap kegiatan devian. Apa yang hendak dikaji

You might also like