You are on page 1of 11

CHRONICLES OF MELAYUPURA

HIKAYAT BUKIT SIGUNTANG


sahibul hikayat dari Sejarah Melayu, tersebutlah perkataan sebuah negeri di tanah
Andalas, Palembang. Demang Lebar Daun adalah rajanya, dari keturunan anak cucu
Raja Suran. Muara tatang nama sungainya, dihulunya ada sebuah sungai bernama
Sungai Melayu. adalah dalam suangai itu satu bukit bernama Bukit Si Guntang, di
hulunya Gunung Mahamiru, di daratnya ada satu padang bernama Padang
Penjaringan. maka dikisahkan pula di Bukit Si Guntang itu berhuma dua org
perempuan, Wan Empuk dan Wan Malini. terlalu luas dan terlalulah jadi padinya. tiada
dapat terkatakan, telah hampir masak padinya.
sebermula maka dikisahkan, apabila Raja Suran yg berketurunan Iskandar Zulkarnanin
masuk ke dalam laut dan berkahwin dengan Puteri Mahtabul Bahri, puteri Raja Aftabul
'Ard, dari kerajaan Basram di bawah laut. hasil dari perkahwinan itu lahir tiga org anak,
Nila Pahlawan, Krishna Pendita dan Nila Utama. ketiga2 ini dijaga oleh nendanya.
maka suatu hari bertanyalah mereka tentang ayahnya kepada nendanya. maka sahut
Raja Aftabul 'Ard, "adalah akan ayahmu itu anak cucu Raja Iskandar Zulkarnain, nasab
Sulaiman as, pancar Nusyirwan Adil, raja masyrik dan maghrib. maka adalah pesan
ayahmu apabila tuan hamba besar, disuruhnya hantarkan ke dunia. sekarang
kembalilah tuan ke dunia."
setelah itu, oleh Raja Aftabul 'Ard diberinya seekor lembu yg amat putih, maka ketiga
anak raja itu pun naiklah ke atasnya berjalan keluar, maka teruslah ke Bukit Si Guntang
pada waktu malam. maka kepada malam itu wan empuk dan wan malini melihat di atas
Bukit SI Guntang bernyala seperti api, ditakuti mereka yg bernyala itu gemala naga
besar. diamlah keduanya kerana takut dan tertidur. paginya mereka berpakat naik ke
atas bukit untuk melihat asal kejadian malam sebelumnya, dan dilihatnya humanya
berbuah emas. dan setelah mereka naik ke atas bukit, terlihatlah mereka tiga orang
muda duduk di atas lembu putih.
adapun ketika itu, Nila Pahlawan memegang curik (simandang kini) dan kayu yg bercap
(cap kerupa) di tangannya. manakala Krishna Pendita memegang lembing (lembuara)
dan Nila Utama memegang pedang (badram balawa). bertanya wan empuk dan wan
malini mengenai mereka dan mengatakanlah mereka bahawa mereka berketurunan
manusia, dan berceritalah mereka seperti ceritera ayahnya kepada Raja Aktabul 'Ard,
akan segala hikayat Raja Iskandar beristerikan anak Raja Kida Hindi, dan peri Raja
Suranm masuk ke dalam laut, beristerikan bondanya, beranakkan baginda tiga
bersaudara. Nila Pahlawan menunjukkan kepada Wan Empuk akan mahkota mereka
bertiga sebagai alamatnya, serta padi berbuah emas, berdaun perak dan berbatangkan
suasa, dan tanah bukit menjadi seperti wana keemasan. maka percayalah wan empuk
dan wan malini serta dibawalah oleh mereka pulang anak raja bertiga itu dan
diperliharalah oleh mereka. maka oleh Nila Pahlawan diperisterikannya Wan Empuk
dan oleh Krishna Pendita diperisterikannya Wan Malini.

syahdan Demang Lebar Daun mendengar akan berita Wan Empuk dan Wan Malini
mendapat anak raja dari Bukit Si Guntang, daripada anak cucu Raja Iskandar
Zulkarnain. maka mudiklah Demang menjemput ketiga anak raja itu ke negeri
Palembang, dan dipeliharakannya dengan sempurna. dan digelarnya Nila Utama
dengan gelar Sang Si Perba.
Dengan takdir Tuhan, maka lembu kenaikan baginda2 itu pun muntahkan buih, maka
keluar daripada buih itu seorang manusia lelaki, hadir dengan pakaiannya, serta ia
berdiri membaca mantera demikian bunyinya:
Ahusta Paduka Seri Maharaja serta Seri Sepah Buana suran bumi boji bala pikrama
nakalang kama makuta dan Menteri Buana prasama Sakritbana Tanggadarma dan
busaya kuta dan singgahsana ranawikrama dan Rawanaba Palawikasad dadi prabu di
kala mula mali mala ka Seri Darma Rajadiraja, Raja Permaisuri. *.
Maka oleh Demang Lebar Daun dinamainya "Batala", ertinya orang yang membaca
ciri. Daripada anak cucu Batala itulah asal orang membaca mantera (ayat suci)
dahulukala.
(dalam satu versi lain, Wan Empuk dan Wan Malini yg menggelarkan Nila Utama
sebagai Sang Saperba, dan apabila dinaikkan Sang Saperba ke atas lembu putih,
maka lembu putih itu memuntahkan Batala. adapun perkataan Batala itu berupa pujipujian terhadap Sang Saperba. dan kemudiannya Batala yg menikahkan Nila Pahlawan
dgn Wan Empuk dan Krishna Pendita dgn Wan Malini. maka anak2 mereka inilah yg
dipanggil oleh Sang Saperba dengan panggilan 'Awang' utk lelaki dan 'Dara' utk
perempuan.
manakala ada pula versi yg mengisahkan bahawa Nila Pahlawan yg digelar Sang
Sapurba, bukan Nila Utama. dan terdapat jua versi Sang Sapurba itu adalah seorang yg
sangat kaya bergelar Raja Natan Sang Sita Sangkala dari tanah Hindu. di dalam tambo
minangkabau disebut "Datanglah ruso dari Lauik" kerana mahkotanya bercabang2. dia
mempunyai mahkota emas yang berumbai-umbai dihiasai dengan mutiara, bertatahkan
permata berkilauan dan ratna mutu manikam. mula-mula ia datang dari tanah Hindu. Ia
mendarat di Bukit Siguntang MahaMeru dekat Palembang dan menjadi menantu
Demang Lebar Daun. dari perkawinannya di Palembang itu dia memperoleh empat
orang anak, dua laki-laki iaitu Sang Nila Utama, Sang Maniaka; dua perempuan iaitu
Cendera Dewi dan Bilal Daun.)
maka khabar tersebar jauh mengenai anak raja bertiga ini, hingga segala raja-raja
tertumpu ke situ. sesetengahnya mebawa keluarga. Sang Si Perba pun mengambillah
mana2 puteri raja yg elok untuk diperisterikan. malangnya semua puteri itu kedal
setelah dijamah oleh Sang Si Perba.
tersebutlah nama Wan Sendari anak Demang Lebar Daun. Sang Si Perba ingin
memperisterikannya tetapi bapanya takut puterinya akan kedal juga. Maka sembah
Demang Lebar Daun, Jikalau anak patek tuanku peristeri, nescaya kedal ia. Tetapi

jikalau tuanku mahu berwaadat (berjanji sumpah setia) dengan patek, maka patek
persembahkan anak patek ke bawah duli Yang di-Pertuan.
Maka titah Sang Si Perba: Apa yang dikehendaki oleh bapaku itu?
Sembah Demang Lebar Daun: Adapun tuanku, segala anak cucu patek sedia akan jadi
hamba ke bawah duli Yang di-Pertuan; hendaklah ia diperbaiki oleh anak cucu duli
tuanku. Dan jika ia berdosa, sebesar-besar dosanya pun, jangan difadhihatkan, dinista
dengan kata-kata jahat. Jikalau besar dosanya dibunuh, itupun jikalau berlaku pada
hukum Shara.
Sang Si Perba pun bertitah: Akan minta bapa itu hamba kabulkanlah. Tetapi hamba
minta satu janji pada bapa hamba.
Janji yang mana itu, tuanku?
Hendaklah akhir zaman kelak anak cucu bapa hamba jangan derhaka pada anak cucu
kita. Jikalau ia zalim dan jahat pekerti sekali pun.
Baiklah tuanku. Tetapi jikalau anak buah tuanku dahulu mengubahkan dia, maka anak
cucu patek pun mengubahkanlah.
Titah Sang Si Perba: Baiklah, kabullah hamba akan waadat itu.
Mereka pun bersumpah-sumpahan serta berteguh janji, barang siapa yang mengubah
perjanjian itu dibalikkan Allah bumbung rumahnya ke bawah, tiangnya ke atas.

KISAH AWAL RAJA PERAK


Tamat citer belah selatan, kita sambung citer sebelah tengah. satu lagi jurai keturunan
dari Sultan Melaka, Sultan Mahmud Shah. kata ceritanya, di zaman tuh Perak bukan
lah sebesar Perak yg ada sekarang. versi Gangga Negara itu meliputi Dinding
(Manjung) dan Beruas. mengikut satu versi lagi, negeri yg disebut Perak itu meliputi
Beruas, Manjung dan Janin (hulu Perak). Hulu Perak ini pula dikatakan sebahagiannya
adalah dibawah jajahan kerajaan Patani.
tersebut alkisah Tun Saaban, dikatakan adalah anak kepada Tun Perak. ada pula versi
yg mengatakan bahawa Tun Saaban adalah adinda kepada Sultan Mahmud Shah. ada
pula versi Tun Saaban ini adalah org yg sama bernama Raja Narai di kerajaan Siam,
Mahkota Alam di kerajaan Aceh dan Hang Tuah di kerajaan Melaka. apapun, aku

berpegang pada kisah bermula sewaktu Portugis melanggar Bentan pada tahun 1526
yg menyaksikan pengunduran Sultan Mahmud Shah ke kampar, Tun Saaban pula
berundur ke sebuah tempat bernama Beredung Budi di Hulu Patani, dan kemudian
bermastautin di tempat yg bernama Relap Hati di Hutan Belum, Hulu Perak. di situlah
beliau menjadi ketua kepada org2 setempat.
oleh kerana, Perak belum beraja, maka Tok Mahorka, penghulu Manjung, mewasiatkan
agar Tun Saaban dan Nakhoda Kassim menjemput waris raja yg berasal dari anak cucu
Sang Sapurba untuk ditabalkan menjadi sultan di Perak. maka berangkatlah keduanya
ke Kampar dan diperkenan membawa anakanda Sultan Mahmud Shah, Raja Muzaffar.
syahadan, Sultan Perak yg pertama ialah Sultan Muzaffar Shah, yg merupakan putera
Sultan Mahmud Shah dengan Onang Kening, puteri Raja Kelantan. setelah mendapat
titah ayahandanya, Raja Muzaffar belayar bersama isterinya, Tun Terang, bersama
putera mereka, Sultan Mansur, dan pengiring2 termasuklah Megat Terawis ibni Daulat
Pagar Ruyong. baginda singgah di Kelang dan Siak menziarahi keluarga baginda, dan
di Kelang baginda bertemu Nakhoda Tumi, org Manjong, yg kemudiannya membawa
baginda ke Perak hingga sampai di Beting Beras Basah di Kuala Sungai Perak, [rujuk
Istiadat Tabal Jin (Tabal Pusaka)]. dan disambut oleh Tun Saban dan sekalian org
Perak.
kemudiannya, baginda memanggil Tun Mahmud, anak Tun Isap Berakah dgn Puteri
Siak, yg bergelar Seri Agar Diraja, yg memerintah Selangor dan dijadikan bendahara.
namun kemudiannya Tun Mahmud dipaksa oleh Sultan Alauddin Riayat Shah, Sultan
Johor, supaya datang ke Johor.
dijadikan cerita, Sultan Muzaffar Shah berselisih faham dgn Tun Saaban kerna Sultan
mahu menjadikan Tun Merah, anak Tun Saaban, sebagai gundek. Tun Saaban tidak
bersetuju dan membuat kota kubunya di Temong. Sultan menawarkan jawatan
bendahara kepada sesiapa yg dapat membunuh Tun Saaban. Megat Terawis menyahut
seruan baginda dan menyerang Tun Saaban. namun Tun Saaban menikahkan
puterinya, Tun Bongsu Bangsawan, dengan Megat Terawis sebelum meningggal dunia
dan dikuburkan di Changkat Merah, Hulu Perak. dikenali sebagai Keramat Tok Merah.
Megat Terawis kemudian dikurniakan gelaran Bendahara Paduka Raja, menggantikan
Tun Mahmud. semenjak itu keturunan Megat Terawis lah yg menjadi bendahara Perak
sehinggalah di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770),
keturunannnya, Bendahara Megat Abu Kassim menyerah bawar jawatan bendahara
kepada sultan, konon ceritanya kerna tidak puas hati dengan tindakan Sultan
berkenaan istana di Pulau Indera Sakti.

Sultan Muzaffar Shah memerintah sehingga tahun 1549 dan mangkat di Tanah Abang
dengan gelaran Marhum Tanah Abang. awalnya baginda bersemayam di Tanah Abang
dan kemudian berpindah ke Kota Lama Kanan. putra baginda, Raja Mansur, kemudian
ditabalkan menggantikan baginda dengan gelar Sultan Mansur Shah. dikisahkan Sultan
Mansur Shah diiringi Megat Terawis telah mudik ke hulu Perak utk menetapkan
sempadan utara Perak dgn negeri Reman, di Tapong. perjanjian itu dipersetujui oleh
Raja Reman sehingga akhir abad ke-18. mengikut versi sejarah Perak, pada tahun
1577, baginda Sultan tiba2 ghaib ketika sedang solat jumaat di Masjid Kota Lama
Kanan. baginda digelar Marhum Kota Lama Kanan. mengikut versi Aceh, Sultan Ali
Riayat Shah, atau dikenali sebagai Sultan Hussein, menyerang Perak dan menawan
Sultan Perak. putera sulong baginda, Raja Alauddin dinikahkan dengan puteri Aceh,
Raja Puteri, dan kemudian diangkat menjadi Sultan Aceh, dan kemudian Sultan Mansur
dihantar semula menduduki takhta Perak.
sejurus kemangkatan Sultan Mansur Shah, org2 besar Perak mengadap Sultan Aceh,
yg kemudiannya menghantar Raja Ahmad, adinda Sultan Aceh, untuk ditabalkan
menjadi Sultan Perak dengan gelaran Sultan Ahmad Tajuddin Shah. baginda
bersemayam di Jalong sebelum berpindah ke Geronggong. baginda mangkat pada
tahun 1584 bergelar Marhum Muda. diganti oleh adinda baginda Raja Ariffin, bergelar
Sultan Tajul Ariffin, yg bersemayam di Pulau Semat. setelah baginda menaiki takhta
Perak, kekanda baginda yg menjadi Sultan Aceh pun mangkat dan seisi istana pulang
semula ke negeri Perak. Sultan Tajul Ariffin mangkat pada tahun 1594 bergelar Marhum
Mangkat di Tebing dan dimakamkan di Pulau Semat.
Sultan Tajul Ariffin tidak berputera, kerna itu Raja Alaudin, putera Raja Inu dan cucu
kepada Sultan Ahmad Tajuddin, ditabalkan dgn gelar Sultan Alaudin Shah, dan
bersemayam di Bota. semasa pemerintahan baginda Aceh masih mengawasi
pentadbiran negeri. baginda mangkat pada tahun 1603 bergelar Marhum Mangkat di
Darat. kemudiannya Sultan Mukaddam Shah, dikenali sebagai Raja Tua, ditabal
menjadi Sultan Perak, bersemayam di Bota Kanan.
Sultan Mukaddam Shah nih ada puteri namanya Puteri Limau Purut. baginda Sultan
tolak pinangan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dari Aceh dan menunangkan
puterinya dengan Raja Mansur, adinda Sultan Alaudin Shah. kerna itu Aceh menyerang
Perak dan menawan keluarga baginda. bagaimanapun bendahara Megat Abdullah
berjaya menyelamatkan Puteri Limau Purut dan dibawa pulang utk dinikahkan dengan
Raja Mansur. ada pula cerita, Raja Mansur juga ditawan dan dibawa ke Aceh tapi dapat
melepaskan diri ke Johor dan berkahwin dgn puteri Jambi, dan pulang ke perak pada
tahun 1619, menikahi Puteri Limau Purut dan menaiki takhta Perak, dgn gelar Sultan
Mansur Shah II. Sultan Mukaddam Shah pula mangkat di Aceh, maka digelar Marhum
di Aceh.

Sultan Mansur Shah II diturunkan dari takhta pada 1627 oleh Aceh, dan Mahkota Alam
melantik Raja Yusuf, juga dikenali sebagai Raja Bongsu, adinda kepada Sultan
Mukaddam Shah menjadi Sultan Perak dgn gelar Sultan Mahmud Shah, bersemayam
di Geronggong. baginda mangkat pada tahun 1630 dan digelar Marhum Pulau Tiga.
beliau diganti dengan Sultan Salehuddin yg mangkat pada tahun 1635.
kemudian Sultan Iskandar Thani menghantar Raja Sulong, putera Raja Mahmud Johor
dgn Tun Kechil anak Tun Isap Misai, utk ditabalkan menjadi sultan dgn gelaran Sultan
Muzaffar Shah II, bersemayam di Air Mati. pada tahun 1639, belanda mendirikan loji di
Tanjung Putus namun dibinasakan oleh org melayu Perak. pada disember 1650,
Belanda dan Aceh telah membuat perjanjian dgn kerajaan Perak untuk memonopoli
perniagaan timah di Perak dan membenarkan Belanda mendirikan loji, namun pada
tahun 1651, org2 Perak menyerang dan memusnahkan loji Belanda menyebabkan
perniagaan belanda di Perak terhenti.
Sultan Muzaffar Shah II mangkat pada tahun 1653 bergelar Marhum Jalilullah. putera
sulong baginda, Raja Mahmud, ditabal menjadi sultan dgn gelar Sultan Mahmud
Iskandar Shah bersemayam di Geronggong, manakala adindanya, Raja Mansur,
dilantik menjadi Sultan Muda yg bersemayam di Pulau Tiga. Belanda datang semula
menuntut perjanjian yg telah dibuat dgn Marhum Jalilullah sebelumnya. kerajaan Perak
memberi tanah utk Belanda membuat loji dan membayar gantirugi loji yg dirosakkan
pada 1651. namun perjanjian ini tidak dipedulikan oleh Sultan Perak, timah lebih
banyak dihantar ke Aceh dan diseludup ke luar dan akhirnya pada tahun 1663, Belanda
meninggalkan loji mereka di Perak. tapi Belanda kembali semula pada tahun 1655
membuka perniagaan dgn dikawal oleh armada yg berpengkalan di kuala Sungai
Perak.
pada tahun 1670, org2 Inggeris menduduki Pulau Pangkor. namun pihak Belanda di
Betawi mengarahkan pasukan di Melaka merampas dan mendirikan kota di Pulau
Pangkor. pada tahun 1690, sekumpulan org melayu diketuai Panglima Kulub
menyerang kota Belanda di Pulau Pangkor dan menghalau Belanda dari Pulau
Pangkor. pada tahun 1700, Perak terlepas dari kekuasaan Aceh kerana kerajaan Aceh
yg diperintah oleh empat raja perempuan sejak 1641 tidak mempunyai kuasa lagi.
Sultan Mahmud Iskandar Shah mangkat pada tahun 1720, dalam usia 120 tahun,
digelar Marhum Besar Aulia Allah. baginda digantikan oleh anak saudaranya, Raja
Radin, putera Raja Mansur, bergelar Sultan Alauddin Mughayat Shah. adindanya, Raja
Inu, yg bersemayam di Bernam dilantik menjadi Raja Muda. kemudian baginda
mangkat pada tahun 1728 bergelar Marhum Sulong dan diganti Raja Inu dengan

gelaran Sultan Muzaffar Shah III, dan berpindah ke Berahman Indera (Bota Kanan).
Adindanya, Raja Bisnu, menjadi Sultan Muda dan bersemayam di Pulau Tiga, Lambor.
antara tahun 1742 hingga 1743, kesultanan Perak berpecah dua kerana org2 bugis,
diketuai oleh Daeng Chelak, Yam Tuan Riau, yg menyebelahi adinda baginda
menyerang Perak dan mengangkat Raja Bisnu menjadi sultan dengan gelar Sultan
Muhammad Shah pada tahun 1744. namun kedua adik beradik ini kemudian berbaik2
semula. Sultan Muzaffar Shah III yg bersemayam di Kuala Kangsar dijemput balik ke
Berahman Indera. Sultan Muhammad Shah mangkat pada tahun 1750 bergelar
Marhum Aminullah.
pada tahun 1743, raja bugis bernama Daeng Selaili, Haji Besar, menawan beberapa
lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkan kepada Sultan Muzaffar. Daeng Selaili
menikah dgn adinda baginda Raja Tengah dan dilantik menjadi mufti, dan kemudian
dilantik menjadi org besar Perak bergelar Maharaja Lela Tan Lela Putera Panchong
Tak Bertanya, yg juga merupakan pengawal peribadi sultan. Sultan Muzaffar Shah III
mangkat pada tahun 1752 bergelar Marhum Haji Allah.
kemudiannya putera Sultan Muhammad Shah ditabalkan menjadi Sultan Perak dengan
gelar Sultan Iskandar Zulkarnain, yg berpindah ke Pulau Chempaka Sari, yg kemudian
disebut Pulau Indera Sakti. baginda kemudian mengangkat Sharif Abu Bakar Jalaluddin
menjadi bendahara Seri Mahajara menggantikan bendahara Megat Abu Kassim
kerana baginda tidak berpuashati dgn pembinaan istana di Pulau Indera Sakti.
kemudian baginda memberikan jawatan bendahara kepada adindanya, Raja Alauddin,
bendahara Penyengat Hitam, bergelar Raja Bendahara Paduka Seri Maharaja Wazirul
Kabir. semenjak itu jawatan bendahara Perak dipegang oleh kerabat diraja.
baginda juga melantik Nakhoda Pusmah, org Haru, menjadi Laksamana memerintah
Kuala Perak, bergelar Laksamana Orang Kaya-kaya, dan Tun Abdul Kahar, org
minangkabau, digelar Pakih Raja Indera Pahlawan. seorg bangsa india dikurniakan
gelaran Raja Muktabar Khan dan Daeng Tomatan Raja Belawan, org bugis, dijadikan
Orang Besar Baginda.
pada 17 oktober 1765, baginda membuat perjanjian dgn Belanda berhubung
perniagaan bijih timah. ramai org india dan cina datang berniaga terutama di Bandar
Maamur. pada pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain inilah Undang-undang
Sembilan Puluh digubal sebagai panduan pada segala hal ehwal pentadbiran negeri
Perak. baginda mangkat di Pulau Indera Sakti pada tahun 1765 digelar Marhum
Kaharullah.

adinda Raja Kimas kemudiannya ditabal dengan gelaran Sultan Mahmud Shah, yg
kemudian berpindah dari Pulau Indera Sakti ke Pasir Pulai. Raja Haji dan kekandanya
Raja Lumu, Raja Selangor, datang ke negeri Perak pada tahun 1770. Raja Lumu
menikahi puteri diraja Perak dan digelar oleh Sultan Mahmud Shah dengan nama
Sultan Sallehuddin Shah, yg kemudiannya ditabalkan di negeri Selangor. Selangor dan
Perak bersahabat baik. Sultan Mahmud Shah mangkat pada tahun 1773 digelar
Marhum Muda.
baginda diganti oleh Sultan Alauddin Mansur Shah Iskandar Muda yg memindahkan
pusat pemerintahan ke Rantau Panjang dan mangkat pada tahun 1786 digelar Marhum
Sulong. Raja Bongsu, dikenali juga sebagai Raja Chik, kemudiannya ditabalkan dengan
gelar Sultan Ahmaddin Shah, berkahwin degan Cik Putih binti Laksamana Tok Kuala
Bidor.
pada tahun 1802, Inggeris masuk memerintah Perak dan kota Belanda di Tanjung
Putus dirobohkan. semenjak 1804, tiadak ada lagi org belanda berniaga di Perak. tahun
1803, Sultan Ibrahim, Sultan Selangor, menyerang dan mengalahkan Perak. Sultan
Ahmaddin Shah berundur ke hulu hingga ke Kuala Pelus. Sultan Ibrahim memberi
amaran kepada Inggeris supaya tidak datang lagi ke negeri Perak. Sultan Ahmaddin
Shah mangkat pada tahun 1806 di Chegar Galah digelar Marhum Mangkat di Darat.
Sultan Abdul Malik Mansur Shah, putera sulung Sultan Ahmaddin Shah, ditabal dan
bersemayam di Bandar Baru. dlm tahun 1818, Siam memaksa Kedah menyerang Perak
utk mendapatkan senjata untuk menentang Burma. Sultan Ahmad Tajuddin Halim
Shah, Sultan Kedah, menghantar angkatan perang diketuai oleh Tengku Yaakub
(Tengku Akil) serta bendahara Kedah menawan org2 Perak di Bukit Gantang. org2
Perak diketuai oleh Che Alang Idin berundur ke Kota Lama Kiri, Kuala Kangsar.
kemudian org Perak di Bukit Gantang bersatu dgn angkatan di Kota Lama Kiri, diketuai
oleh Panjang Talib bin Seri Maharaja Lela Uda Tahir (Tok Janggut), berjaya
menyelesaikan peperangan itu dengan perdamaian. Tengku Yaakub menikah dgn
Hajjah Denah, keluarga Panjang Talib, dan bendahara Kedah menikah dgn Wan
Fatimah. Sultan Abdul Malik Mansur Shah menggelar adik Panjang Talib, Pandak Usop,
dengan gelaran Temenggung Paduka Raja dan Che Alang Idin bergelar Panglima
Bukit Gantang. sebelum itu, Panjang Talib telah mengadap Sultan memohon maaf
kerna perbuatannya memakai gelar Temenggung Bendahara Muda.
pada tahun 1821, Siam melanggar Kedah, Perak dan Selangor. Perak dipaksa
menghantar bunga emas ke Siam setiap tahun. namun kemudian Raja Rama II
membebaskan Perak kerana membalas jasa Sultan Perak yg menghantar seekor gajah
bernama Chapang Pileh, yg ditemui Toh Muda Panglima Kinta Ngah Abdul Sam di
hutan Kinta.

setahun setelah itu, Sultan Selangor menghantar askar membantu Perak menghalau
org Siam dari negeri Perak. kerajaan Siam kemudiannya menyerang semula Perak dan
memberi amaran kepada Selangor agar tidak mencampuri hal ehwal negeri Perak.
Inggeris di Pulau Pinang merasa khuatir dengan situasi tersebut mula campur tangan
dan mahu menyelesaikan perselisihan Siam, perak, Selangor.
maka tersebutlah kisah pada tahun 1810, seorang anak raja, Tuan Tok Nik Tok Leh,
mengetuai penentangan terhadap Siam untuk membebaskan Reman. negeri Reman ini
adalah dari kawasan hulu Sg Patani dan Sg Tanjung Mas di Patani hinggalah ke
Lenggong. ketika Perak sedang sibuk menyelesaikan perselisihan dgn Siam dan
Selangor. Raja Reman memasuki Gerik dan menawan Kroh dan Kelian Intan, yg kaya
dgn bijih timah.
Sultan Abdul Malik Mansur Shah mangkat pada tahun 1825 digelar Marhum Jamalullah,
digantikan oleh putera sulung baginda, bergelar Sultan Abdullah Muazzam Shah,
bersemayam di Teluk Kepayang. ketika ini sebahagian hulu Perak masih dikuasai oleh
Raja Reman. Pada 6 september 1825, John Anderson membuat perjanjian dgn Sultan
Perak dan Sultan Selangor menetapkan Sungai Bernam sebagai sempadan. pada
tahun 1826, Perjanjian Burney antara Inggeris dgn kerajaan Siam menekankan
kerajaan Siam tidak lagi berhak ke atas negeri Perak. Perjanjian Low 1826 pula
menyaksikan Sultan Perak menyerahkan Pulau Pangkor dan Pulau2 Sembilan kepada
Inggeris dgn tujuan supaya Inggeris menghapuskan lanun2 di situ.
ada satu kisah, setelah mendapat kebebasan dari kerajaan Siam, Sultan Abdullah
Muazzam Shah menghantar tentera diketuai oleh Dato Seri Lela, yg turut disertai oleh
isteri barunya Raja Andak binti Sultan Ahmaddin, membuat serangan mengejut ke atas
Tuan Tok Nik Tok Leh, menyebabkan beliau berundur dari Kubu Kapeh ke Klian Intan
dan kemuadian ke Kuala kepayang. dikisahkan Tuan Tok Nik berutus pantun kasih dgn
Raja Andak yg sedang keruh hubungan dgn suaminya. Dato Seri Lela kemudian
dibunuh ketika berkelah di Cheroh menyebabkan Raja Andak melarikan diri kerana
dianggap pengkhianat oleh org2 Dato Seri Lela. Tuan Tok Nik mengambil kesempatan
menawan semula Klian Intan, Kroh dan Kubu Kapeh. Tuan Tok Nik meninggal dunia
pada tahun 1836. digantikan oleh anaknya Tuan Nik Ulu dan kemudiannya oleh
cucunya Tuan Jagong. pada tahun 1902, kesultanan Reman dihapuskan oleh kerajaan
Siam setelah pemerintah terakhirnya, Tuan Jagong (Phya Chawang), meninggal dunia
setelah kedua2 anaknya, Tuan Menang dan Tuan Lebeh, meninggal dunia sebelumnya.
Sultan Abdullah Muazzam Shah mangkat pada 20 disember 1830 bergelar Marhum
Khalilullah digantikan oleh putera Raja Inu dgn gelaran Sultan Shahabuddin Riayat
Shah. pada tahun 1832 baginda memberitahu Inggeris perihal Selangor yg hendak

menyerang Perak berhubung baki hutang sejak zaman Sultan Ibrahim. George Stuart
datang dgn armadanya mematahkan niat Selangor. pada tahun 1837, Residen
Kaunselor di Pulau Pinang memberi amaran kepada Sultan Selangor supaya jangan
menyerang negeri Perak.
dalam tahun 1840, seorg melayu Perak, Long Jaafar, keturunan penghulu Mukim
Lubok Merbau, datang bekerja dgn Dato Panglima Bukit Gantang menjadi pemungut
cukai di Kerian dan kuala Kurau. semasa Che Long Jaafar mula datang ke Larut hanya
ada tiga org cina, kemudian pada tahun 1848, Che Long Jaafar membuka lombong bijih
timah di Larut dan membawa masuk ramai org2 cina bekerja di lombong.
pada tahun 1842, Sultan Perak berselisih faham dgn Sultan Kedah mengenai tuntutan
daerah Kerian oleh Sultan Kedah, campurtangan Inggeris menyebabkan Sultan Kedah
membatalkan tuntutan tersebut. Sultan Shahabuddin mangkat pada tahun 1851 digelar
Marhum Safiullah. baginda meninggalkan dua org putera, Raja Mahmud, dari isterinya
Tok Engku Raja Mandak binti Raja Mahmud, dan Raja Ngah Ali, dari isterinya Raja
Perempuan Nutidah Selamat.
Sultan Abdullah Muhammad Shah ditabalkan menjadi sultan pada tahun 1851,
bersemayam di Durian Sebatang. semasa pemerintahan baginda, berlaku peperangan
dengan pihak Raja Ngah Jaafar putera Raja Ahmad ibni almarhum Sultan Abdul Malik
Mansur Shah. Sultan Abdullah Muhammad Shah tewas dan berundur mendapatkan
perlindungan di rumah Datuk Laksamana Tok Janggut.
november 1850, Raja Muda Ngah Ali putera almarhum Sultan Shahabuddin Marhum
Safiullah, bertindak sebagai wakil Sultan Perak menyerahkan daerah Larut kepada Che
Long Jaafar. pada tahun 1853, org2 besar Perak memecat Sultan Abdullah Muhammad
Shah yg masih dlm buangan dan mengangkat Raja Ngah Jaafar menaiki takhta Perak.
Raja Yusuf putera Sultan Abdullah berusaha mendapatkan sokongan org2 besar negeri
Perak utk menyokong ayahandanya pada tahun 1855 tetapi gagal. dan akhirnya pada
tahun 1856, Raja Ngah Jaafar menggelarkan dirinya Sultan Perak, dengan gelar Sultan
Jaafar Muazzam Shah, dan memberi surat akuan kuasa kepada Che Long Jaafar
sebagai org yg berkuasa di Larut. setahun kemudian, Sultan Abdullah Muhammad Shah
mangkat dengan tiba2 digelar Marhum Itikadullah tetapi lebih terkenal sebagai Marhum
Durian Sebatang.
alkisah perang larut pertama, 1861, berpunca daripada pergaduhan mengenai laluan
air ke kawasan perlombongan, kumpulan Hai San di Klian Pauh menyerang kumpulan
Ghee Hin di Klian Baru. keadaan menjadi terkawal semula apabila pedagang cina di
Pulau Pinang yg mempunyai pelaburan besar meminta Gabenor Negeri Selat, Kolonel
Cavenagh, campur tangan dan akhirnya memaksa Orang Kaya Menteri Paduka Tuan

Ngah Ibrahim, anak Che Long Jaafar yg meninggal dunia pada tahun 1857 dan
menurunkan gelaran serta kuasanya kepada Ngah Ibrahim, bagi pihak sultan,
membayar $17,447 sebagai gantirugi kepada kumpulan Ghee Hin.
perang larut kedua, 1865, meletus berpunca dari pergaduhan semasa bermain judi.
kumpulan Hai San menawan 14 org kumpulan Ghee Hin sebagai tebusan, dan
membunuh semuanya kecuali seorg yg dapat melepaskan diri dan memberitahu
kepada kumpulan Ghee hin yg kemudian membalas dendam dgn menyerang
perkampungan kumpulan Hai San, membakar banguanan dan membunuh 40 org
penduduk. siasatan oleh Inggeris mendapati kedua2 kumpulan bersalah mengganggu
keamanan Pulau Pinang dan dikenakan denda masing2 $5,000 dan beberapa
pemimpin mereka dibuang negeri.
dalam Perang Larut kedua, Sultan Jaafar mangkat di Durian Sebatang digelar Marhum
Waliullah. maka Sultan Ali putera Sultan Shahabuddin ditabal menjadi Sultan Perak
dengan gelaran Sultan Ali a-Mukammal Inayat Shah. bendahara Perak ketika itu ialah
Raja Ismail putera Sayyed Syeikh al-Khairat, Raja dari Siak dan Raja Mudanya ialah
Raja Muda Abdullah ibni almarhum Sultan Jaafar Muazzam Shah.
pada tahun 1870, Raja Muda Abdullah memajakkan satu kawasan di Kerian kepada
seorg eropah bernama Edward Bacon di Pulau Pinang, tanpa persetujuan Sultan Ali.
Menteri Ngah Ibrahim menjadi marah kerana kawasan Kerian adalah daerah Larut,
kawasannya. dan kemangkatan Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah pada tahun 1871,
merupakan satu penanda yg mengubah sejarah org Melayu seterusnya..

You might also like