You are on page 1of 3

Reflective Statement

Name

: Nur Azmina Binti Zulkifli

Candidate Name

Title

: How was your understanding of cultural and contextual consideration


of the work developed through your interaction oral?

Novel

: Lorong Midaq

Word Count

: 400

Novel yang telah menjadi bahan kajian saya adalah novel Lorong Midaq
karya Naquib Mahfouz. Hasil daripada perbincangan di dalam kelas tentang persoalan yang
berkaitan dengan adat dan budaya masyarakat Arab, budaya kesusasteraan dan keseniannya
amat menarik minat saya untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut. Sudah pasti, setiap
negara mempunyai keunikannya yang tersendiri dalam bidang kesusasteraan dan kesenian
begitu jugalah dengan masyarakat Arab.
Antara budaya kesusasteraan yang terdapat dalam masyarakat Arab ialah
mereka lebih suka bersyair berbanding hasil sastera Arab yang lain seperti yang telah
dibentangkan oleh rakan saya. Berdasarkan novel Lorong Midaq, budaya syair dapat dilihat
melalui watak seorang orang tua yang ingin bersyair di dalam kopi Kirsha dan dia
menjadikannya untuk menyara kehidupannya. Setelah mempelajari dengan lebih mendalam
berkaitan budaya syair ini barulah saya tahu bahawa syair juga menyumbang kepada kegiatan
ekonomi masyarakat Arab. Jika hendak dibandingkan dengan masyarakat Melayu, syair
mempunyai fungsi yang berbeza dengan masyarakat Arab iaitu syair masyarakat Melayu
sarat dengan pengajaran dan nilai- nilai murni yang hendak disampaikan kepada pendengar.

Selain itu, budaya seni tarian masyarakat Arab juga amat menarik perhatian
saya. Seperti apa yang telah dibincangkan, masyarakat Arab mempunyai pelbagai tarian
seperti tarian perut, tarian Ad Dahha dan tarian zapin. Apa yang menariknya masyarakat Arab
ini ialah mereka sering mengadakan sesi tari menari ketika majlis perkahwinan dan antaranya
ialah tarian perut. Tujuan tarian perut diadakan ialah untuk memohon kesuburan bagi
pasangan pengantin beru serta menyebarkan rasa genmbira dan semangat melalui
gerakannya. Saya dapati masyarakat Arab amat gemar meluahkan perasaan gembira mereka
melalui pergerakan dalam tarian mereka. Perkara ini dapat dilihat di dalam novel, ketika
penduduk di Lorong Midaq menyambut kehadiran Ibrahim Farhat sebagai wakil rakyat
dengan sambutan yang begitu meriah disusuli dengan nyanyian dan tarian oleh penduduk di
lorong itu.
Akhir sekali, saya juga dapati budaya seni muzik masyarakat Arab
mempunyai beberapa persamaan dengan masyarkat Melayu. Ini kerana seni muzik
masyarakat Melayu telah dipengaruhi oleh kebudayaan dari tanah Arab. Antara alat muzik di
Malaysia yang telah terpengaruh dengan kebudayaan Arab ialah gambus dan serunai. Dalam
masyarakat Arab, gambus biasanya digunakan untuk mengiringi individu yang bersyair.
Perkara ini jelas ditonjolkan di dalam novel Lorong Midaq, melalui peristiwa dimana seorang
penyair tua memetik tali gambusnya ketika bersyair di warung Kirsha.
Kesimpulannya, melalui perbentangan di dalam kelas, saya dapat
meningkatkan pemahaman saya dengan lebih mendalam mengenai adat dan budaya
masyarakat Arab. Melalui cara ini juga, saya dapat mengetahui perbezaan mahupun
persamaan antara masyarakaat Arab dan masyarakat Melayu di Malaysia.

You might also like