You are on page 1of 3

Dalam sejarah ilmu linguistik, golongan pertama yang bergiat dalam bidang pengkajian

bahasa ialah orang-orang pada zaman Yunani. Kegiatan dalam pengkajian bahasa pada
zaman Yunani telah bermula kira-kira 500 tahun Sebelum Masihi. Pengkajian bahasa
pada zaman Romawi pula dianggap sebagai lanjutan dari zaman Yunani. Hal ini berlaku
setelah kejatuhan kerajaan Yunani dan munculnya kerajaan Romawi. Pengkajian bahasa
pada kedua-dua zaman ini telah banyak menyumbang khususnya dalam ilmu fonetik pada
zaman tradisional kepada ilmu fonetik pada masa ini. Sumbangan ini dapat dilihat
daripada sumbangan ahli-ahli sarjana pada zaman Yunani dan zaman Romawi. Ahli
sarjana pada zaman Yunani antaranya ialah Plato, Aristotle, Kaum Stoik dan Dyniosius
Thrax manakala pada zaman Romawi pula ialah Varro, Priscia dan Quintilian.
ZAMAN YUNANI
Plato melalui bukunya, Crystalus telah berjaya mengenal pasti bunyi konsonan geseran,
letupan dan sebagainya. Kajian beliau ini menjadi titik tolak kepada International
Phonetics Chart (IPA) yang meliputi bunyi konsonan dalam bahasa di dunia. Selain itu,
beliau berpendapat bahawa simbolik bunyi adalah wujud. Sebagai contoh, bunyi [r]
menunjukkan gerak dan bunyi [l] menunjukkan kehalusan dan kelancaran. Di samping
itu, beliau telah mengenalpasti perubahan dalam perkataan yang mempunyai huruf-huruf
yang sama tetapi berlainan ertinya. Hal ini demikian kerana berlakunya perubahan
tekanan dan intonasi pada perkataan tersebut yang telah mengubah maksud perkataan.
Hal ini jelas menunjukkan bahawa penutur perlu mempunyai tekanan dan intonasi dalam
membunyikan perkataan untuk memberi maksud yang jelas kepada pendengar. Perkara
ini dapat dilihat dalam penanda suprasegmental yang digunakan pada masa ini yang
merupakan titik tolak daripada kajian Plato tersebut. Dalam pada itu, Plato telah
mengklasifikasikan fonem segmental dalam bahasa Yunani di mana fonem tersebut
dibahagikan kepada bunyi vokal dan bunyi konsonan. Bunyi konsonan tersebut
dibahagikan ke dalam kontinum dan hentian yang tidak dapat diujarkan tanpa kehadiran
vokal yang menyertainya.
Aristotle yang merupakan anak murid Plato berpendapat bahawa perkataan yang disebut
adalah simbol atau tanda perasaan atau tanggapan jiwa, dan perkataan yang ditulis adalah

tanda kepada perkataan yang disebut. Oleh hal yang demikian, tujuan utama pertuturan
adalah untuk mengekspresikan apa yang berlaku dalam fikiran penutur. Hal ini demikian
kerana sesetengah perkara tidak dapat diekspresikan dengan tingkah laku atau aksi seperti
harapan, emosi dan sebagainya yang hanya dapat diekspresikan dengan kata-kata. Hal ini
menunjukkan bahawa Aristotles banyak menyumbang dari segi pengertian, konsep dan
sebagainya yang lazimnya berdasarkan logik.
Kaum Stoik pula menyumbang dalam ilmu fonetik apabila telah berjaya membezakan
antara bentuk dan makna. Sebagai contoh, mereka telah membezakan signifier yang
merupakan lambang kepada signified iaitu makna yang diberi lambang tersebut. Hal ini
menunjukkan bahawa bentuk dan makna adalah berbeza antara satu sama lain. Selain itu,
mereka telah membezakan legein, iaitu bunyi yang merupakan bahagian daripada
fonologi tetapi tidak bermakna, dan propheretal iaitu ucapan bunyi bahasa yang
mengandungi makna. Tambahan lagi, mereka telah membezakan tiga komponen
utama dalam kajian bahasa iaitu antaranya ialah tanda, simbol, atau
semainon; makna, apa yang disebut, semainomen, atau lekton; dan
perkara-perkara di luar bahasa iaitu benda atau situasi. Dalam pada
itu, mereka telah memperkenalkan terdapatnya perbezaan antara tiga
aspek huruf yang tertulis iaitu nilai fonetik, bentuk tulis dan nama yang
diberikan.
Seterusnya, Dionysius Thrax telah menghasilkan karya yang bertajuk Techne
Grammatike. Melalui karya ini, beliau telah membezakan maksud bunyi dengan maksud
bentuk. Dalam erti kata yang lain, maksud bunyi dan maksud bentuk adalah berbeza.
Tambahan pula, karya ini telah menjadi model dalam penyusunan buku tatabahasa Eropah
yang lain. Dalam pada itu, beliau telah menggolongkan bunyi dengan prinsip sebutan. Hal
ini demikian kerana setiap bunyi dihasilkan melalui sebutan. Selain itu, beliau telah
menggolongkan kata kepada lapan kelas. Di samping itu, melalui kajian beliau, bunyi [r]
dan bunyi [l] dapat dibezakan. Hal ini demikian kerana bunyi [r] dihasilkan dengan
getaran alveolar manakala bunyi [l] dihasilkan dengan sisian. Hal ini menunjukkan
bahawa kedua-dua bunyi tersebut dibezakan dengan cara ianya dihasilkan.

ZAMAN ROMAWI
Varro, dalam bukunya De Lingua Latina berpendapat bahawa tidak semua bahasa boleh
dikonstruksi oleh prinsip Ketetapan. Hal ini demikian kerana terdapat bahasa yang
mempunyai pola, seragam dan sebagainya. Namun begitu, terdapat juga yang bersifat
selektif, berbagai-bagai kelainan dan sebagainya. Hal ini menunjukkan bahawa tidak
semua bahasa adalah berdasarkan prinsip Ketetapan. Selain itu, beliau telah
mengenalpasti terdapatnya perubahan nada suara atau bunyi berlaku. Di samping itu,
beliau menyatakan bahawa bentuk fleksi dan terbitan mempengaruhi bunyi dan makna.
Hal ini menunjukkan bahawa setiap perkataan yang ditambah imbuhan mempunyai bunyi
dan makna yang berbeza daripada yang asalnya.
Priscia melalui karyanya Institutiones Grammaticae telah membuat pengelasan bunyi
bahasa dalam hubungan abjad dengan bunyi sebenar yang dihasilkan. Melalui karyanya,
beliau telah membezakan bunyi kepada empat jenis iaitu vox artikulata, bunyi yang
diucapkan untuk membezakan makna; vox martikulata, bunyi yang tidak diucapkan untuk
menunjukkan makna; vox litterata, bunyi yang ditulis dengan artikulata atau martikulata;
dan vox illiterata, bunyi yang tidak dapat ditulis. Beliau turut berpendapat bahawa suku
kata merupakan bahagian terkecil dari artikulasi ujaran yang boleh dituturkan dengan satu
hembusan nafas. Hal ini menjadi
Quintilian dalam karyanya, Institutio Oratoria menegaskan tentang kepentingan
mendapatkan tabiat yang baik dalam konduksi dan pertuturan pada usia yang awal. Hal
ini demikian kerana tabiat akan mempengaruhi penerimaan bunyi bahasa bayi tersebut
dan akhirnya akan berlakunya penghasilan perkataan dengan cara pelat. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa digalakkan memperkenalkan perkataan yang betul dan tepat bunyinya
bagi mengelakkan perkara tersebut berlaku. Tambahan lagi, beliau berpendapat bahawa
perkataan yang disebut dianggap sebagai kompleks dibina daripada yang lebih kecil, unit
fonetik dibahagikan melalui satu siri molekul pengantara dipanggil suku kata.

You might also like