You are on page 1of 6

Ucapan Perasmian

Temasya Sukan Tahunan Yang Ke


25
SK Merlimau Dua
Oleh
ADUN Merlimau
YB Datuk Roslan bin Datuk Hj
Ahmad
26 Februari 2016, 8.30PAGI
Padang SK Merlimau Dua

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam Sejahtera Dan Salam 1 Malaysia


Salam Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar
Teknologi
Hijau, Melaka 754 Tahun, Salam Melaka Maju Fasa 2,

Terima kasih, Saudari / Saudara Pengacara Majlis.

Yang Berusaha En. Jamaluddin bin Kasim,


Guru Besar SK Merlimau Dua

Yang Dihormati En. Shahidzwan bin A. Rahim,


Yang Dipertua PIBG, SK Merlimau Dua

Guru-guru Penolong Kanan, Ahli-ahli Jawatankuasa PIBG,


guru-guru, para murid yang dikasihi dan para hadirin
yang dihormati sekalian.

Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran ke hadrat


Allah SWT kerana diberi keizinan untuk berucap di majlis
yang penuh bermakna ini. Ribuan terima kasih juga
diucapkan kepada pihak sekolah kerana telah berbesar
hati menjemput saya untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Temasya Sukan Tahunan kali
yang ke-25, SK Merlimau Dua.

Tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak didik sekalian,

Temasya Sukan Tahunan merupakan kemuncak kepada


semua

aktiviti

sukan

yang

dijalankan

di

sekolah.

Sememangnya aktiviti sukan sama ada sukan permainan,


sukaneka atau sukan olahraga cukup penting kepada
rakyat dan negara, khususnya generasi pewaris yang
tercinta. Walaubagaimanapun, matlamat utama sukan
tahunan adalah untuk mengukur kemampuan murid-

murid bersukan di peringkat sekolah dan seterusnya


memilih bakal atlet yang berkemampuan untuk mewakili
sekolah ke peringkat daerah, negeri dan kebangsaan.
Selain dapat menjamin kecergasan, kecerdasan minda
dan kesihatan, aktiviti sukan yang melibatkan murid
daripada pelbagai kaum dan agama dapat memupuk
semangat

kesukanan

dan

perpaduan

sekaligus

mengeratkan silaturrahim dan muhibah.


Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,

Saya

juga

difahamkan

bahawa

SK

Merlimau

Dua

merupakan sekolah yang elit kerana berkemampuan dan


berkebolehan melahirkan murid-murid yang bukan sahaja
cemerlang dalam bidang akademik malah cemerlang juga
dalam kegiatan sukan dan kokurikulum di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan. Syabas dan tahniah saya
ucapkan kepada setiap anak didik, guru dan warga
iltizam SK Merlimau Dua.

Saya sangat berharap SK Merlimau Dua akan berada


seiring dengan sekolah-sekolah lain dalam daerah Jasin di

Negeri Melaka dalam bidang akademik dan sukan.


Semoga dengan kerjasama semua pihak kita dapat
melonjakkan kecemerlangan SK Merlimau Dua dalam
semua lapangan yang diceburi.

Kepada murid-murid yang akan bertanding hari ini,


gunakanlah

gelanggang

ini

untuk

menunjukkan

kemampuan anda yang terbaik. Buatlah yang terbaik!.


Diharap acara sukan tahunan ini menjadi landasan
kepada

semua

keupayaan

diri

murid-murid
agar

dapat

untuk
terus

meningkatkan
maju

persekolahan.

Dengan lafaz Bismillahir Rahmannir Rahim,

di

alam

Saya Dengan Sukacitanya Merasmikan Temasya


Sukan Tahunan Kali Yang Ke-25, SK Merlimau Dua.

Majulah Sukan Untuk Negara!


Sekian, Wabillahi Taufik Walhidayah.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

You might also like