You are on page 1of 6

iezqandar@gmail.

com

KISAH HABIL DAN QABIL PUTERA NABI ADAM a.s.


Tatacara hidup suami isteri Adam dan Hawa di bumi mulai tertib dan sempurna
tatkala Hawa bersedia untuk melahirkan anak-anaknya yang akan menjadi benih
pertama bagi umat manusia di dunia ini.

Siti Hawa melahirkan kembar dua pasang. Pertama lahirlah pasangan Qabil dan adik
perempuannya yang diberi nama "Iqlima", kemudian menyusul pasangan kembar
kedua Habil dan adik perempuannya yang diberi nama "Lubuda".

Kedua orang tua, Nabi Adam dan Siti Hawa, menerima kelahiran keempat putera
puterinya itu dengan senang dan gembira, walaupun Hawa telah menderita apa
yang lumrahnya dideritai oleh setiap ibu yang melahirkan bayinya. Mereka
mengharapkan dari keempat anak pertamanya ini akan menurunkan anak cucu
yang akan berkembang biak untuk mengisi bumi Allah dan menguasai sesuai dengan
amanat yang telah di bebankan ke atas bahunya.

Di bawah naungan ayah ibunya yang penuh cinta dan kasih sayang maka
membesarlah keempat-empat anak itu dengan cepatnya melalui masa kanak-kanak
dan menginjak masa remaja. Yang perempuan sesuai dengan kudrat dan fitrahnya
menolong ibunya mengurus rumahtangga dan mengurus hal-hal yang menjadi tugas
wanita,sedang yang laki-laki menempuhi jalannya sendiri mencari nafkah untuk
memenuhi keperluan hidupnya. Qabil berusaha dalam bidang pertanian sedangkan
Habil di bidang perternakan.

Penghidupan sehari-hari keluarga Adam dan Hawa berjalan tertib sempurna diliputi
rasa kasih sayang saling cinta mencintai hormat menghormati masing-masing
meletakkan dirinya dalam kedudukan yang wajar si ayah terhadap isterinya dan
putera-puterinya,si isteri terhadap suami dan anak-anaknya. Demikianlah pula
pergaulan di antara keempat bersaudara berlaku dalam harmoni damai dan tenang
saling bantu membantu hormat menghormati dan bergotong-royong.

Keempat Anak Adam Memasuki Alam Remaja.

Keempat putera-puteri Adam mencapai usia remaja dan memasuki alam akil baligh
di mana nafsu berahi dan syahwat serta hajat kepada hubungan kelamin makin hari
makin nyata dan nampak pada gaya dan sikap mereka hal mana menjadi pemikiran
kedua orang tuanya dengan cara bagaimana menyalurkan nafsu berahi dan
syahwat itu agar terjaga kemurnian keturunan dan menghindari hubungan kelamin
yang bebas di antara putera-puterinya.

Kepada Nabi Adam Allah memberi ilham dan petunjuk agar kedua puteranya
dikahwinkan dengan puterinya. Qabil dikahwinkan dengan adik Habil yang bernama
Lubuda dan Habil dengan adik Qabil yang bernama Iqlima.
iezqandar@gmail.com

Cara yang telah di ilham oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Adam telah disampaikan
kepada kedua puteranya sebagai keputusan si ayah yang harus dipatuhi dan segera
dilaksanakan untuk menjaga dan mengekalkan suasana damai dan tenang yang
meliputi keluarga dan rumahtangga mereka. Akan tetapi dengan tanpa diduga dan
disangka rancangan yang diputuskan itu ditolak mentah-mentah oleh Qabil dan
menyatakan bahawa ia tidak mahu mengahwini Lubuda, adik Habil dengan
mengemukakan alasan bahawa Lubuda adalah buruk dan tidak secantik adiknya
sendiri Iqlima. Ia berpendapat bahawa ia lebih patut mempersunting adiknya sendiri
Iqlima sebagai isteri dan sekali-kali tidak rela menyerahkannya untuk dikahwinkan oleh
Habil. Dan memang demikianlah kecantikan dan keelokan paras wanita selalu
menjadi fitnah dan rebutan lelaki yang kadang-kadang menjurus kepada
pertentangan dan permusuhan yang sampai mengakibatkan hilangnya nyawa dan
timbulnya rasa dendam dan dengki di antara sesama keluarga dan sesama suku.

Kerana Qabil tetap berkeras kepala tidak mahu menerima keputusan ayahnya dan
meminta supaya dikahwinkan dengan adik kembarnya sendiri Iqlima maka Nabi
Adam seraya menghindari penggunaan kekerasan atau paksaan yang dapat
menimbulkan perpecahan di antara saudara serta mengganggu suasana damai
yang meliputi keluarga beliau secara bijaksana mengusulkan agar menyerahkan
masalah perjodohan itu kepada Tuhan untuk menentukannya. Caranya ialah bahawa
masing- masing dari Qabil dan Habil harus menyerahkan korban kepada Tuhan
dengan catatan bahawa barang siapa di antara kedua saudara itu diterima
korbannya ialah yang berhad menentukan pilihan jodohnya.

Qabil dan Habil menerima baik jalan penyelesaian yang ditawarkan oleh ayahnya.
Habil keluar dan kembali membawa peliharaannya sedangkan Qabil datang dengan
sekarung gandum yang dipilih dari hasil cucuk tanamnya yang rosak dan busuk
kemudian diletakkan kedua korban itu kambing Habil dan gandum Qabil di atas
sebuah bukit lalu pergilah keduanya menyaksikan dari jauh apa yang akan terjadi atas
dua jenis korban itu.

Kemudian dengan disaksikan oleh seluruh anggota keluarga Adam yang menanti
dengan hati berdebar apa yang akan terjadi di atas bukit di mana kedua korban itu
diletakkan, terlihat api besar yang turun dari langit menyambar kambing binatang
korban Habil yang seketika itu musnah ternakan oleh api sedang karung gandum
kepunyaan Qabil tidak tersentuh sedikit pun oleh api dan tetap tinggal utuh.

Maka dengan demikian keluarlah Habil sebagai pemenang dalam pertaruhan itu
karena korban kambing telah diterima oleh Allah sehingga dialah yang mendapat
keutamaan untuk memilih siapakah di antara kedua gadis saudaranya itu yang akan
dipersandingkan menjadi isterinya.

Pembunuhan Pertama Dalam Sejarah Manusia.


iezqandar@gmail.com

Dengan telah jalurnya keputusan dari langit yang menerima korban Habil dan
menolak korban Qabil maka pudarlah harapan Qabil untuk mempersandingkan
Iqlima tidak puas dengan keputusan itu namun tidak ada jalan untuk menyoalkan. Ia
menyerah dan memerainya dengan rasa kesal dan marah sambil menaruh dendam
terhadap Habil yang akan dibunuh di kala ketiadaan ayahnya.

Ketika Adam hendak berpergian dan meninggalkan rumah beliau mengamanahkan


rumahtangga dan keluarga kepada Qabil. Ia berpesan kepadanya agar menjaga
baik-baik ibu dan saudara-saudaranya selama ketiadaannya. Ia berpesan pula agar
kerukunan keluarga dan ketenangan rumahtangga terpelihara baik-baik jangan
sampai terjadi hal-hal yang mengeruhkan suasana atau merosakkan hubungan
kekeluargaan yang sudah akrab dan intim.

Qabil menerima pesanan dan amanat ayahnya dengan kesanggupan akan


berusaha sekuat tenaga menyelenggarakan amanat ayahnya dengan sebaik-
baiknya dan sempurna berpergiannya akan mendapat segala sesuatu dalam
keadaan baik dan menyenangkan. Demikianlah kata-kata dan janji yang keluar dari
mulut Qabil namun dalam hatinya ia berkata bahawa ia telah diberi kesempatan
yang baik untuk melaksanakan niat jahatnya dan melepaskan rasa dendamnya dan
dengkinya terhadap Habil saudaranya.

Tidak lama setelah Adam meninggalkan keluarganya datanglah Qabil menemui Habil
di tempat penternakannya. Berkata ia kepada Habil:"Aku datang ke mari untuk
membunuhmu. Masanya telah tiba untuk aku lenyapkan engkau dari atas bumi ini."

"Apa salahku?"tanya Habil. Dengan asalan apakah engkau hendak membunuhku?"

Qabil berkata:"Ialah kerana korbanmu diterima oleh Allah sedangkan korbanku ditolak
yang bererti bahawa engkau akan mengahwini adikku Iqlima yang cantik dan molek
itu dan aku harus mengahwini adikmu yang buruk dan tidak mempunyai gaya yang
menarik itu."

Habil berkata:"Adakah berdosa aku bahawa Allah telah menerima korbanku dan
menolak korbanmu?Tidakkah engkau telah bersetuju cara penyelesaian yang
diusulkan oleh ayah sebagaimana telah kami laksanakan?Janganlah tergesa-gesa
wahai saudaraku, mempertaruhkan hawa nafsu dan ajakan syaitan! Kawallah
perasaanmu dan fikirlah masak- masak akan akibat perbuatanmu kelak! Ketahuilah
bahawa Allah hanya menerima korban dari orang-orang yang bertakwa yang
menyerahkan dengan tulus ikhlas dari hati yang suci dan niat yang murni.Adakah
mungkin sesekali bahawa korban yang engkau serahkan itu engkau pilihkannya dari
gandummu yang telah rosak dan busuk dan engkau berikan secara terpaksa
bertentangan dengan kehendak hatimu, sehingga ditolak oleh Allah, berlainan
dengan kambing yang aku serahkan sebagai korban yang sengaja aku pilihkan dari
perternakanku yang paling sihat dan kucintai dan ku serahkannya dengan tulus ikhlas
disertai permohonan diterimanya oleh Allah.
iezqandar@gmail.com

Renungkanlah, wahai saudaraku kata-kataku ini dan buangkanlah niat jahatmu yang
telah dibisikkan kepadamu oleh Iblis itu, musuh yang telah menyebabkan turunnya
ayah dan ibu dari syurga dan ketahuilah bahawa jika engkau tetap berkeras kepala
hendak membunuhku, tidaklah akan aku angkat tanganku untuk membalasmu
kerana aku takut kepada Allah dan tidak akan melakukan sesuatu yang tidak
diredhainya.Aku hanya berserah diri kepada-Nya dan kepada apa yang akan
ditakdirkan bagi diriku."

Nasihat dan kata-kata mutiara Habil itu didengar oleh Qabil namun masuk telinga
kanan keluar telinga kiri dan sekali-kali tidak sampai menyentuh lubuk hatinya yang
penuh rasa dengki, dendam dan iri hati sehingga tidak ada tempat lagi bagi rasa
damai, cinta dan kasih sayang kepada saudara sekandungnya. Qabil yang
dikendalikan oleh Iblis tidak diberinya kesempatan untuk menoleh kebelakang
mempertimbangkan kembali tindakan jahat yang dirancangkan terhadap
saudaranya, bahkan bila api dendam dan dengkin didalam dadanya mulai akan
padam dikipasinya kembali oleh Iblis agar tetap menyala-yala dan ketika Qabil
bingung tidak tahu bagaimana ia harus membunuh Habil saudaranya, menjelmalah
Iblis dengan seekor burung yang dipukul kepalanya dengan batu sampai mati.
Contoh yang diberikan oleh Iblis itu diterapkannya atas diri Habil di kala ia tidur
dengan nyenyaknya dan jatuhlah Habil sebagai korban keganasan saudara
kandungnya sendiri dan sebagai korban pembunuhan pertama dalam sejarah
manusia

Penguburan Jenazah Habil.

Qabil merasa gelisah dan bingung menghadapi mayat saudaranya.ia tidak tahu apa
yang harus diperbuat dengan tubuh saudaranya yang semakin lama semakin busuk
itu.Diletakkannyalah tubuh itu di sebuah peti yang dipikulnya seraya mundar-mundir
oleh Qabil dalam keadaan sedih melihat burung-burung sedang berterbangan
hendak menyerbu tubuh jenazah Habil yang sudah busuk itu.

Kebingungan dan kesedihan Qabil tidak berlangsung lama kerana ditolong oleh suatu
contoh yang diberikan oleh Tuhan kepadanya sebagaimana ia harus menguburkan
jenazah saudaranya itu.Allah s.w.t. Yang Maha Pengasih lagi Maha Bijaksana, tidak
rela melihat mayat hamba-Nya yang soleh dan tidak berdosa itu tersia-sia demikian
rupa, maka dipertunjukkanlah kepada Qabil, bagaimana seekor burung gagak
menggali tanah dengan kaki dan paruhnya, lalu menyodokkan gagak lain yang
sudah mati dalam pertarungan, ke dalam lubang yang telah digalinya, dan menutupi
kembali dengan tanah. Melihat contoh dan pengajaran yang diberikan oleh burung
gagak itu, termenunglah Qabil sejenak lalu berkata pada dirinya sendiri:"Alangkah
bodohnya aku, tidakkah aku dapat berbuat seperti burung gagak itu dan mengikuti
caranya menguburkan mayat saudaraku ini?"
iezqandar@gmail.com

Kemudian kembalilah Adam dari perjalanan jauhnya.Ia tidak melihat Habil di antara
putera-puterinya yang sedang berkumpul.Bertanyalah ia kepada Qabil:"Di manakah
Habil berada?Aku tidak melihatnya sejak aku pulang."

Qabil menjawab:"Entah, aku tidak tahu dia ke mana! Aku bukan hamba Habil yang
harus mengikutinya ke mana saja ia pergi."

Melihat sikap yang angkuh dan jawapan yang kasar dari Qabil, Adam dapat meneka
bahawa telah terjadi sesuatu ke atas diri Habil, puteranya yang soleh, bertakwa dan
berbakti terhadap kedua orang tuanya itu.Pada akhirnya terbukti bahawa Habil telah
mati dibunuh oleh Qabil sewaktu peninggalannya.Ia sangat sesal di atas perbuatan
Qabil yang kejam dan ganas itu di mana rasa persaudaraan, ikatan darah dan
hubungan keluarga diketepikan sekadar untuk memenuhi hawa nafsu dan bisikan
yang menyesatkan.

Menghadapi musibah itu, Nabi Adam hanya berpasrah kepada Allah menerimanya
sebagai takdir dan kehendak-Nya seraya mohon dikurniai kesabaran dan keteguhan
iman baginya dan kesedaran bertaubat dan beristighfar bagi puteranya Qabil.

Kisah Qabil dan Habil Dalam Al-Quran.

Al-Quran mengisahkan cerita kedua putera Nabi Adam ini dalam surah"Al- Maaidah"
ayat 27 sehingga ayat 32 .

Pengajaran Dari Kisah Putera Nabi Adam A.S..

Bahawasanya Allah s.w.t. hanya menerima korban dari seseorang yang


menyerahkannya dengan tulus dan ikhlas, tidak dicampuri dengan sifat riyak, takabur
atau ingin dipuji.Barang atau binatang yang dikorbankan harus yang masih baik dan
sempurna dan dikeluarkannya dari harta dan penghasilan yang halal.Jika korban itu
berupa binatang sembelihan, harus yang sihat, tidak mengandungi penyakit atau pun
cacat, dan jika berupa bahan makanan harus yang masih segar baik dan belum
rusak atau busuk.

Bahawasanya penyelesaian jenazah manusia yang terbaik adalah dengan cara


penguburan sebagaimana telah diajarkan oleh Allah kepada Qabil.itulah cara paling
sesuai dengan martabat manusia sebagai makhluk yang dimuliakan dan diberi
kelebihan oleh Allah di atas makhluk-makhluk lainnya, menurut firman Allah dalam
surah "Al-Isra" ayat 70 yang bererti ; "Dan sesungguhnya telah Kami muliakan anak-
anak Adam.Kami angkut mereka di daratan dan di lautan.Kami beri mereka rezeki
dari yang baik-baik dan Kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna
atas kebanyakan makhluk yang telah Kami ciptakan."
iezqandar@gmail.com

You might also like