You are on page 1of 49

ISI KANDUNGAN

Bab
BAB 1

BAB 2

BAB 3

Tajuk
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
1.2
Latar Belakang Masalah
1.3
Pernyataan Masalah
1.4
Objektif Kajian
1.5
Persoalan Kajian
1.6
Kepentingan Kajian
1.7
Skop Kajian
1.8
Batasan Kajian
1.9
Definisi Istilah
ULASAN KARYA
2.1
Pengenalan
2.2
Ponteng
2.3
Faktor-Faktor Yang Menyebabkan
Pelajar Ponteng
2.4
Teori-Teori Ponteng
2.5
Kerangka Kajian
2.6
Kesimpulan

Muka Surat
1
4
5
8
8
9
10
10
11

13
14
16
27
35
36

METODOLOGI KAJIAN
3.1
Reka Bentuk Kajian
3.2
Sampel Kajian
3.3
Tempat Kajian
3.4
Instrumen Kajian
3.5
Kajian Rintis
3.6
Prosedur Kajian

37
38
38
39
42
44

3.7

46

Kesimpulan

BAB 1

PENDAHULUAN
1.1Pengenalan
Sejak kebelakangan ini, peningkatan yang mendadak kadar masalah disiplin di sekolahsekolah Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar
berlakunya fenomena ini.
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus
Dewan(2010), ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada
keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit,
kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi
biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada
pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas,
beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Masalah berkaitan salah laku di sekolah yang berlaku di kalangan pelajar kini
menjadi satu perkara yang membimbangkan memandangkan masalah ini semakin menjadijadi walaupun pelbagai langkah telah diambil oleh pelbagai pihak termasuk pihak
Kementerian Pelajaran, pihak sekolah mahupun pihak swasta dalam usaha membenteras
kegiatan tidak sihat ini di kalangan pelajar sekolah. Kadar berlakunya keruntuhan nilai sosial
dan kejadian salah laku di kalangan pelajar sentiasa meningkat tahun demi tahun. Perkara ini
membawa kebimbangan terhadap masa depan negara kerana masa depan sesebuah negara
sangat bergantung kepada generasi muda yang ada sekarang ini terutamanya pelajar-pelajar.
Berbagai gejala sosial telah melanda masyarakat kita dan aktiviti yang terlibat begitu pelbagai
2

sekali. Namun, oleh kerana golongan pelajar merupakan bakal pewaris negara, maka kegiatan
merekalah yang hangat diperkatakan dan mendapat perhatian daripada segenap lapisan
masyarakat. Media massa seringkali menyiarkan pelbagai berita dan cerita tentang kenakalan
pelajar dan pelbagai masalah sosial yang melanda mereka. Salah satu masalah sosial yang
dihadapi adalah masalah pelajar-pelajar yang sering ponteng sekolah. Masalah ponteng
sekolah merupakan masalah yang terdapat di dalam institusi persekolahan. Ponteng sekolah
kian meningkat baik di peringkat sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Ia kini
dianggap sebagai salah satu masalah disiplin yang semakin serius.
Menurut Laporan Disiplin Pelajar Sekolah Malaysia (1991), ponteng sekolah
merupakan salah satu di antara sembilan jenis tingkah laku pelanggaran disiplin oleh pelajar
disamping jenis-jenis tingkah laku yang lain. Hasil dari kajian Unit Disiplin Bahagian
Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (1991), didapati bahawa kes ponteng sekolah
mencatat peratus kekerapan yang tertinggi dibandingkan dengan kes-kes yang lain iatu
sebanyak 15%.

Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian

Pendidikan Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan
kategori salah laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes. yang lain iatu sebanyak
15%.
Dalam beberapa kes salah laku pelajar, ponteng sekolah adalah merupakan kes yang
sentiasa berlaku di semua sekolah dan ia menjadi masalah yang besar kepada pentadbir
sekolah, guru dan ibu bapa. Pelajar yang terlibat akan ketinggalan dalam pelajaran dan juga
pencapaiannya dalam akademik akan terjejas. Ini membawa kesan buruk kepada negara ,
iaitu menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang. Mengikut mohamed Yunus (1994),
pelajar yang ponteng sekolah biasanya memberi contoh yang buruk di sekolah. Umumnya
mereka merasa benci kepada persekitaran sekolah. Justeru,mereka sering dikaitkan dengan
pelbagai masalah disiplin seperti tidak menghiraukan arahan guru, tidak membuat tugasan
3

sekolah dan merosakkan harta benda sekolah. Hal ini menimbulkan kerisauan kepada guru
dan juga pentadbiran.
Meskipun ada cadangan mengenai cara mana mengatasi masalah ponteng, namun ia
hanya berakhir di meja perbincangan, forum atau seminar. Memang ada program yang
dirangka untuk pelajar tetapi ianya hanya memberi manfaat kepada segelintir mereka sahaja
dan lebih bersifat komersial. Ibu bapa, guru-guru, dan masyarakat perlulah berganding bahu
dan bekerjasama dalam memikul tanggungjawab mendidik anak-anak dan para pelajar.
Sebagai masyarakat mikro, sekolah sepatutnya mempunyai ciri-ciri yang ada dalam
masyarakat makro. Oleh itu adalah wajar supaya pelajar didedahkan akan kesan buruk gejala
ponteng dalam masyarakat melalui interaksi mereka di sekolah. Kerajaan juga perlu
melancarkan satu kempen yang menyeluruh untuk menyedarkan remaja dan pelajar supaya
menghindarkan diri dalam apa jua bentuk gejala buruk yang boleh merosakkan diri dan nama
baik keluarga mereka. Golongan ini juga perlu didedahkan dengan pengetahuan undangundang agar mereka gementar dengan hukuman.
Menurut Ismail (1980) , perbuatan ponteng bukan masalah baru. Ia penyakit lama
yang masih wujud di sekolah. Ia telah mula berlaku sejak masyarakat mula mengenal alam
persekolahan. Masalah ponteng sekolah boleh memberi kesan kepada masalah-masalah
disiplin yang lainnya dan ianya adalah petanda awal seseorang sebelum terbabit dalam
masalah disiplin yang lebih serius. Menurut Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Mahadzir
Md.Khir,isu ponteng sekolah kini berada pada tahap yang kritikal dan ianya dianggap
langkah pertama remaja memasuki dunia penuh masalah (Utusan Malaysia: 17 Oktober
2005). Jika tidak dikawal, gejala ponteng akan terus menjadi satu fenomena yang biasa
dikalangan pelajar dan kemungkinan gejala ini akan terus memberi kesan yang lebih buruk
kepada pelajar, masyarakat dan negara.

1.2 Latar Belakang Masalah


Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika dibiarkan
ponteng sekolah akan menjadi amalan dan tabiat,ia boleh membawa kesan negatif terhadap
diri pelajar itu sendiri,keluarganya dan sekolah.Seterusnya perlakuan tersebut memungkinkan
seseorang hilang sifat tanggungjawab ,akan ketinggalan dalam pelajaran dan yang palaing
dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatan-kegiatan negatif(Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil.6/1995)
Menurut Hamdan Bin Mis(1999) dalam kajiannya yang bertajukFenomena Ponteng
Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Teknik Alor Gajah gejala ponteng juga boleh
menggagalkan sistem persekolahan dan memberi kesan kepada proses pengajaran dan
pembelajaran kerana pelajar tidak hadir ke sekolah dan tidak menyertai segala aktiviti yang
dilakukan oleh rakan,guru dan pihak sekolah.Contohnya ponteng kelas.Apabila pelajar tidak
masuk ke kelas,mereka tidak memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran dan
pembelajaran yang dilakukan di dalam bilik darjah,tidak mendapat nota edaran daripada guru
dan akan tercicir dari mengambil ujian dan peperiksaan.Ponteng daripada menjalani aktiviti
kokurikulum yang dibuat oleh pihak sekolah juga akan menyebabkan pelajar tidak dapat
menyertai rakan-rakan mereka menyertai aktiviti di luar bilik darjah dan ini seterusnya akan
mendedahkan pelajar tersebut kepada gejala negatif.
Masalah ini perlulah diatasi dengan segera bagi mengelakkan daripada timbulnya
pelbagai gejala buruk yang lain rentetan daripada perilaku ponteng.Bagi mengurangkan
masalah ini,langkah pertama yang perlu dicari ialah punca dan faktor yang menyebabkan
berlakunya masalah ponteng sekolah.Oleh yang demikian,kajian ini dijalankan adalah untuk
mengkaji sejauh mana faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah dan faktor

manakah yang lebih mendorong pelajar terlibat dengan gejala ponteng sekolah.Faktor-faktor
yang dikaji ialah faktor sikap pelajar,rakan sebaya,ibu bapa,guru dan suasana sekolah.
1.3 Pernyataan Masalah
Ponteng adalah salah satu kes salah laku pelajar yang berlaku di semua sekolah rendah dan
menengah sama ada bilangannya kecil ataupun besar.Ia berlaku tidak kira di sekolah luar
bandar ataupun di bandar dan semakin bertambah dari hari ke hari.Masalah ponteng sekolah
menjadi tumpuan umum apabila akhbar melaporkan 50% daripada pelajar di sebuah sekolah
menengah di Felda Setiu,Terengganu mencatatkan hanya 50% pelajar sahaja yang ke kelas
terutamanya pada hari Ahad dan Khamis.Masalah ini terus menaik perhatian ramai apabila
pada 4 dan 5 April tahun 2001 akhbar-akhbar utama negara menyiarkan kes ponteng sekolah
secara berturut-turut.Hal ini menunjukkan masalah ponteng perlu diberi perhatian yang lebih
serius agar masalah tersebut tidak akan menjejaskan kecemerlangan generasi akan datang.
Selain itu,perangkaan pada tahun 1994 menunjukkan terdapat 5,636 kes ponteng di
sekolah menengah (Utusan Malaysia,1994)Angka ini semakin meningakat kepada 38,053
kes.(Beriata Harian,18 Ogos 2000)Bilangan kes ponteng sekolah menjadi masalah disiplin
yang paling tinggi peratusnya berbanding dengan masalah disiplin yang lain.Ini diakui dalam
laporan

disiplin

tahunan

1992

Bahagian

Sekolah

Kementerian

Pendidikan,Malaysia.Permasalahan ini terjadi disebabkan berbagai faktor seperti faktor


kemiskinan,pengaruh

rakan

sebaya,sikap

pelajar

itu

sendiri

dan

juga

faktor

sekolah.Manakala,di daerah Gombak mencatatkan kes ponteng sekolah yang tertinggi


melalui data yang diperolehi daripada Pejabat Pelajaran Daerah Gombak(PPD).Daerah
Gombak merupakan kawasan kajian pengkaji.Analisis peratus murid ponteng sekolah pada
tahun 2011 mengikut Daerah dan Negeri ditunjukkan dalam jadual berikut :

Jadual 1.1: Analisis peratus murid ponteng sekolah pada tahun 2011 mengikut daerah
dan negeri.
Bil.Muri
Bil

d
PPD

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.

Sabak Bernam
Kuala Selangor
Ulu Selangor
Klang
Gombak
Petaling Perdana
Petaling Utama
Sepang
Kuala Langat
Hulu Langat
Negeri Selangor

Ponteng

Jumlah Murid

2011

SR

SM

Jumlah

%
Murid

(2011)
Ponteng
103
15240
15061
30301
0.34
82
30270
21432
51702
0.16
73
26510
18680
45190
0.16
705
94851
66184
161035 0.44
848
76022
57070
133092 0.64
200
101764
69467
171231 0.12
225
49316
35642
84958
0.26
86
21097
14248
35345
0.24
100
29305
20074
49379
0.20
499
98890
71211
170101 0.29
2921
543265
389069
932334 0.31
(Sumber:Unit Pembangunan Kemanusiaan PPD Gombak)

Jadual 1.1 menunjukkan analisis peratus murid ponteng sekolah pada tahun 2011
mengikut daerah dan negeri.Jadual tersebut menunjukkan bahawa daerah Gombak
mencatatkan bilangan tertinggi kes ponteng sekolah berbanding di daerah lain.Berdasarkan
jadual tersebut daripada 2921 kes ponteng sekolah dilaporkan oleh Pejabat Pelajaran
Daerah(PPD) terdapat 848 kes ponteng yang membawa peratusan sebanyak 0.64% kes
ponteng sekolah yang berlaku di daerah Gombak merupakan daerah yang paling banyak
berlaku kes ponteng sekolah berbanding di daerah-daerah lain.Ini jelas menunjukkan gejala
ponteng adalah salah satu masalah disiplin yang semakin serius berlaku di negeri
Gombak.Manakala,Ulu Selangor mencatatkan kes ponteng sekolah yang paling rendah
berbanding di Daerah lain iaitu sebanyak 73 kes ponteng yang membawa peratusan sebanyak
0.16%.Daripada jadual tersebut kita dapat merumuskan kes ponteng ini berlaku di semua

sekolah dan menjadi peratus tertinggi dari kes salah laku yang lain.Ini jelas menunjukkan
gejala ponteng adalah gejala yang semakin serius berlaku.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Noh Omar pelajar dari bandar
menduduki senarai teratas pelajar paling ramai digantung dan buang sekolah,antara faktor
yang menyebabkan merek mudah ponteng kerana banyak tempat mereka ponteng(Harian
Metro:30 Julai 2006)Selain itu,pelajar sekolah menengah terutamanya di peringkat usia
antara 14 hingga 15 tahun telah dikenalpasti sebagai kumpulan majoriti yang terbabit dengan
gejala ponteng.Menurut Timbalan Menteri Pelajaran,Datuk Mahadzir Md.Khir,masalah
disiplin ini memang dikesan lebih ketara berlaku dikalangan pelajar peringkat
menengah,lebih-lebih lagi mereka yang bersekolah di kawasan dan pinggir bandar(Berita
Harian:6 April 2001)
Ponteng sekolah merupakan perlakuan yang menyalahi peraturan sekolah dan jika
pelajar dibiarkan ponteng sekolah hingga menjadi amalan dan tabiat,ia boleh membawa kesan
negatif rehadap diri pelajar itu sendiri,keluarganya dan juga sekolah.Seterusnya perlakuan
tersebut memungkinkan seseorang pelajar hilang sifat tanggungjawab,akan ketinggalan
dalam pelajaran dan yang paling dikhuatiri mereka akan melibatkan diri dengan kegiatankegiatan negatif (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/1995).Menurut Ketua Polis Kuala
Lumpur,Datuk Mustafa Abdullah,dipetik sebagai berkata,walaupun ponteng bukanlah
masalah serius sehingga boleh dianggap sebagai jenayah,mesyuarat itu berpendapat bantuan
polis perlu kerana gejala berkenaan jika tidak dibendung boleh mendorong pelajar terjebak ke
kancah jenayah lebih serius(Berita Harian:22 April 2004).Oleh itu,kajian perlu dijalankan
bagi mengenal pasti faktor-faktor utama yang mendorong para pelajar melakukan kegiatan
ponteng sekolah.
1.4 Objektif Kajian

Objektif umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti fenomena ponteng di kalangan pelajar
sekolah menengah.Objektif khusus kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk:
a. Mengenal pasti apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar sama ada sikap pelajar,rakan sebaya,ibu bapa,guru dan
suasana sekolah.
b. Mengenal pasti apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar lelaki.
c. Mengenal pasti apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng
sekolah dalam kalangan pelajar perempuan.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan masalah yang dinyatakan,persoalan-persoalan utama yang menjadi kajian ialah:
a. Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar sama ada sikap pelajar,rakan sebaya,keluarga,guru dan suasana sekolah.
b. Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar lelaki.
c. Apakah faktor yang paling dominan yang menyebabkan gejala ponteng sekolah dalam
kalangan pelajar perempuan.
1.6 Kepentingan Kajian
Kajian ini diharapkan akan dapat memeberikan satu gambaran yang sebenar apakah faktor
yang utama membawa kepada tingkah laku ponteng sekolah.Hasil kajian ini juga sekurangkurangnya dapat memberikan gambaran kepada pihak tertentu,bagaimana faktor sikap
pelajar,rakan sebaya,ibu bapa,guru dan suasana sekolah.Dapatan kajian ini juga diharap dapat
9

membantu pihak sekolah mengenalpasti faktor yang menyebabkan masalah ponteng sekolah
dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk
mengatasi masalah tersebut.
Hasil kajian ini juga boleh membantu menyediakan maklumat kepada pihak
Kementerian Pendidikan Malaysia tentang faktor gejala ponteng yang wujud di sekolahsekolah menengah.Seterusnya dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan dan Jabatan
Pelajaran negeri merangka dan mengambil langkah-langkah yang wajar dalam menangani
masalah ponteng dalam kalangan pelajar sekolah menengah seperti menetapkan garis
panduan serta mengkaji semula peraturan-peraturan yang membabitkan disiplin pelajar.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu para guru dalam mengenalpasti faktor yang
mewujudkan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar.Para guru juga dapat
menegetahui tingkah laku pelajar yang negatif di sekolah yang mempengaruhi pencapaian
akademik pelajar. Kajian ini juga diharapkan menyediakan sumber rujukan dan maklumat
kepada guru-guru disiplin untuk mengkaji semula secara lebih terperinci dan mendalam
berkaitan dengan faktor-faktor gejala ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolahsekolah menengah.
Selain itu,kajian ini juga diharap dapat memberikan kesedaran kepada ibu bapa akan
pentingnya mendidik anak-anak sejak dari kecil lagi dan meluangkan masa yang lebih supaya
mereka mengetahui gerak-geri dan mengetahui perkembangan anak-anak di sekolah. Secara
tidak langsung ia akan mendapat membanteras gejala ponteng dalam kalangan pelajar
sekolah menengah.
Akhir sekali,hasil kajian ini juga dapat menyediakan sumber rujukan dan maklumat
kepda penyelidik lain yang berminat untik mengkaji secara lebih terperinci dan mendalam
berkaitan dengan masalah ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolah menengah. Hasil
10

kajian juga dapat dijadikan sebagai rujukan untuk membantu institusi pendidikan mendalami
faktor yang mendorong perlakuan ponteng sekolah dalam kalangan pelajar sekolaj menengah
serta mengenal pasti langkah-langkah yang wajar untuk mengatasi masalah ponteng sekolah.
1.7 Skop Kajian
Skop ini adalah fokus kepada lima faktor utama kemerosotan disiplin di kalangan pelajarpelajar sekolah menengah berdasarkan faktor-faktor sikap pelajar, rakan sebaya, ibu bapa,
guru dan suasana sekolah. Kajian ini dijalankan di sebuah daerah yang dipilih oleh penyelidik
iaitu Daerah Gombak, Selangor.
1.8 Batasan Kajian
Kajian ini hanya dijalankan di Sekolah menengah Daerah Gombak, Selangor yang
melibatkan pelajar tingkatan empat yang pernah melakukan salah laku ponteng. Sampel
hanya melibatkan pelajar tingkatan empat bagi memudahkan kajian kerana mereka tidak
terlibat dengan peperiksaan awam.
Kajian ini hanya menumpukan pada aspek faktor sikap pelajar sendiri,rakan
sebaya,ibu bapa,guru dan suasana sekolah.Sekolah-sekolah di daerah Gombak,Selangor
dipilih kerana

kedudukannya yang terletak berdekatan dengan pusat Bandaraya Kuala

Lumpur yang pesat membangun.Selain itu,kajian dilakukan di sekolah-sekolah di daerah


Gombak,Selangor kerana Gombak merupakan Daerah yang mempunyai peratusan yang
paling tinggi gejala ponteng sekolah berbanding di daerah lain.Kajian ini hanya dijalankan di
Sekolah Menengah Daerah Gombak,Selangor oleh itu ianya tidak boleh digunakan untuk
menerangkan bahawa keadaan yang sama akan berlaku di semua sekolah di Malaysia.
1.9 Definisi Istilah

11

Kajian yang dijalankan ini melibatkan penggunaan beberapa istilah penting.Dalam kajian ini
terdapat beberapa konsep dan istilah yang perlu dijelaskan serta penggunaan beberapa
takrifan khusus yang mempunyai pengertian tertentu. Definisi takrifan tersebut adalah seperti
yang diberikan di bawah:
1.9.1 Faktor
Perkataan Faktor bermaksud unsur atau sebab yang menyumbang kepada sesuatu hasil.
(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2002:348).Faktor yang dikaji dalam kajian ini adalah faktor
sikap pelajar,ibu bapa,guru dan suasana sekolah
1.9.2 Pelajar
Pelajar membawa maksud orang yang belajar(seperti murid,penuntut di maktab dan lainlain),orang yang mengaji(menyelidiki ilmu)(Kamus Dewan Edisi Ketiga, 1994:18).Pelajar
yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah pelajar tingkatan 4 yang terdapat di Sekolah
Menengah Daerah Gombak yang pernah melakukan masalah ponteng sekolah.
1.9.3 Ponteng
Yaakub(1976, dlm Aminah,1994)pula mentakrifkan ponteng sebagai murid yang tidak hadir
di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru atau ibu bapa. Ini termasuklah murid-murid yang
meninggalkan kelas tanpa izin guru,lari atau keluar dari kawasan sekolah pada waktu yang
sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka di dalam bilik darjah masing-masing.
Mohamed Yunus (1994) mendefinasikan ponteng sebagai tidak datang ke sekolah
tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau tuang dengan tidak diketahui
oleh ibu bapa atau guru.

12

Ponteng Sekolah yang dimaksudkan dalam kajian ini ialah pelajar tidak hadir ke
sekolah tanpa sebarang surat akuan sakit ataupun surat akuan ibu bapa yang menyatakan
sebab pelajar tidak hadir ke sekolah.Bagi memudahkan kajian ini,pengkaji memilih pelajar
yang tidak hadir berpandukan rekod kedatangan pelajar.
1.9.4 Sekolah
Mengikut Hussein (1993),sekolah ialah sebuah organisasi sosial yang kompleksdan
unik.Mengikut Atan Long(1982),sekolah adalah satu institusi masyarakat yang mempunyai
tujuan tertentu iaitu membentuk dan mengubah tingkahlaku para pelajar ke arah yang
dikehendaki.
Mengikut Abdul Rahman dan Chong(1994),sekolah sebagai agen sosialisasi yang
melaksanakan perturan yang preskriptif dan juga berfungsi menyediakan seorang murid
supaya dapat memainkan peranan sebagai orang dewasa yang bertanggungjawab.
Menurut Kamus Dewan edisi ketiga(1997), sekolah adalah tempat untuk belajar dan
mengajar,tempat menerima dan memberi pelajaran.Dalam kajian ini,sekolah merujuk kepada
beberapa buah Sekolah Menengah Kebangsaan di Daerah Johor Bahru.

BAB 2
ULASAN KARYA
2.1 Pengenalan

13

Sejak kebelakangan ini, peningkatan yang mendadak kadar masalah disiplin di sekolahsekolah Malaysia menimbulkan tanda tanya kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar
berlakunya fenomena ini.
Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan
menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Menurut Kamus
Dewan, ponteng didefinisikan sebagai lari daripada tanggungjawab atau tugas tanpa
kebenaran. Istilah tersebut digunakan bagi kes ketidakhadiran yang berpunca daripada
keinginan pelajar itu sendiri, dan bukannya kes-kes yang "dimaafkan" seperti sakit,
kemalangan dan sebagainya. Definisi sebenar mungkin berbeza mengikut sekolah, tetapi
biasanya diterangkan secara jelas di dalam peraturan sekolah. Ponteng juga merujuk kepada
pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas,
beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.
Berdasarkan kertas kerja Pengarah Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia (Abdul Raof Husin, 1999), bilangan kes ponteng sekolah merupakan kategori salah
laku yang paling tinggi iaitu sebanyak 38053 kes. Mengikut Pejabat Pelajaran Daerah
Segamat, terdapat beberapa kategori pelajar ponteng sekolah, iaitu pelajar tidak hadir ke
sekolah tanpa sebab tetapi berada di rumah dan dalam pengetahun ibu bapa / penjaga, pelajar
tidak hadir tanpa sebab di luar pengetahuan ibu bapa, pelajar ke sekolah dengan berpakaian
sekolah tetapi tidak hadir ke sekolah dan ini adalah di luar pengetahuan ibu bapa. Kumpulan
pelajar ponteng pula adalah pelajar yang bekerja pada waktu malam dan gagal bangun awal
untuk ke sekolah dan pelajar yang ponteng sekolah mengikut musim seperti selepas cuti
panjang atau cuti umum. Kategori ponteng ini merupakan kategori yang berisiko tinggi yang
cenderung ke arah penglibatan dalam gejala sosial.

14

Dalam bab ini penyelidik akan membincangkan dapatan daripada kajian yang
terdahulu mengenai faktor-faktor ponteng sekolah.Penyelidik akan membincangkan dapatan
daripada kajian meliputi kajian luar dan dalaman untuk dijadikan panduan kepada kajian
ini.Kajian-kajian yang diambil berdasarkan kepada kesesuaian dan hubungkait dengan tajuk
yang dibincangkan.
2.2 Ponteng
Masalah ponteng sekolah di Malaysia pada masa kini dilihat sebagai isu sosial yang bersifar
devians. Devians secara umum bermaksud perlakuan yang melencong daripada norma-norma
rasmi yang diterima dan diamalkan oleh sesuatu kelompok masyarakat.Di dalam
meperkatakan tingkah laku devians ini,terdapat beberapa pandangan yang berbeza dalam
kalangan ahli-ahli soisologi.Menurut Friedson,yang mewakili kumpulan Societal Normdi
dalam kajian Siti Asiah Binti Ismail(1995)mengatakan bahawa tingkah laku devians adalah
perlakuan yang melanggar norma-norma hidup yang mempunyai nilai yang diterima oleh
masyarakat.Pelanggaran norma-normayang berterusan akan mewujudkan seorang devians
yang membawa ciri-ciri negatif ke dalam masyarakat sejagat.
Di dalam Encylopedia of Psycology(1994)menyebut bahawa kajian tentang devians
adalah berlandaskan kepada dua pendapat.Pendapat pertama melihat devians sebagai tingkah
laku yang luar biasa daripada norma-norma masyarakat sebenarnya.Contohnya,seperti tahap
kecerdesan yang amat rendah,tahap kecerdasan yang amat tinggi,corak personaliti yang luar
biasa,kekerapan tingkah laku yang luar biasa dan lain lain.Pendapat kedua pula
mendifinisikan devians sebagai satu kejadian kritikal yang berlaku seperti gangguan mental
dan keganasan.Devians adalah merupakan teras utama dalam aspek teori personaliti,psikologi
klinikal dan psikologi sosial.

15

Mohamed Yunus (1994) mendefinisikan ponteng sebagai tidak datang ke sekolah


tanpa apa-apa sebab yang munasabah dari segi sekolah atau tuang dengan tidak diketahui
oleh ibu bapa atau guru.Manakala,Yaakub(1976,dalam Aminah,1994)pula mentakrifkannya
sebagai murid yang tidak hadir di sekolah atau belajar tanpa keizinan guru,lari atau keluar
dari kawasan sekolah pada waktu yang sepatutnya mereka wajib mengikuti pelajaran mereka
di dalam bilik darjah masing-masing.
Menurut Ibrahim Saad(1982)ponteng adalah mereka yang sengaja tidak ke
sekolah.Mereka keluar dari rumah dengan berpakain sekolah dan berisi bukubuku,sebaliknya pergi ke kebun,memancing ikan di lobong atau berfoya-foya dipanggung
wayang atau kompleks membeli-belah.Mengikut Unit Disiplin Bahagian Sekolah Kementrian
Pendidikan Malaysia (1994),ponteng sebagai tidak hadir ke sekolah tanpa kebenaran daripada
pengetua atau guru besar.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh National Foundation of Education disearch
di England dan Wales mendapati pelajar-pelajar lelaki mempunyai kekerapan melakukan
kesalahan disiplin yang jauh lebih tinggi berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan.
(Smith,1969).Hasil kajian ini adalah selari dengan hasil kajian yang diperolehi oleh
Kratchoski (1975),di mana beliau mendapati bahawa masalah ponteng di kalangan pelajarpelajar lelaki adalah jauh lebih tinggi jika dibandingkan dengan masalah ponteng yang
dilakukan oleh pelajar-pelajar perempuan.Sementara itu,Ivan (1975),juga mendapati kadar
kekerapan melakukan kesalahan disiplin adalah jauh lebih tinggi dilakukan oleh pelajar lelaki
berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan di sekolah yang sama.Daripada hasil kajiankajian dia atas,kesimpulannya menunjukkan bahawa masalah disiplin adalah lebih tinggi di
kalangan pelajar-pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar-pelajar perempuan.

16

Menurut Hirsch (1972),peljar-pelajar lelaki lebih membenci sekolah berbanding


dengan pelajar-pelajar perempuan dan mereka lebih banyak melakukan masalah melanggar
disiplin berbanding dengan pelajar-pelajar perempuan.Mussen (1974) pula menyatakan
bahawa pelajar lelaki lebih cenderung untuk membebaskan diri dari kawalan ibu
bapa.Sementara pelajar perempuan pula menganggap kawalan ibu bapa adalah adil,benar dan
bertimbang rasa.Begitu juga keadaan di sekolah,pelajar lelaki menganggap bahawa kawalan
guru semasa di sekolah adalah perlu
2.3 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pelajar Ponteng
Masalah ponteng sekolah bukan satu perkara baru dalam sistem pendidikan.Masalah ini tidak
pernah putus dibincangkandari masa ke semasa,namun begitu masalah tetap menjadi
masalah.Laporan mengenai pelajar meninggalkan kelas ketika belajar adalah berita malang
generasi Malaysia masa kini.Ketika rakan mereka berada di sekolah,pelajar sepatutnya berada
di dalam kelas bersama rakan-rakan mereka,sebaliknya pelajar bersiar-siar di luar kawasan
sekolah atau di tempat tertentu di kawasan sekolah di luar pengawasan guru.
Apabila kita membincangkan masalah ponteng di kalangan pelajar,kita tidak boleh lari
daripada mengaitkannya dengan faktor-faktor yang mendorong pelajar ponteng.Faktor-faktor
ini berupa pemboleh ubah-pemboleh ubah berkaitan sikap pelajar, suasana sekolah, guru,
pengaruh rakan sebaya, keluarga dan suasana sekolah.
2.3.1 Sikap Pelajar
Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan pelajar ponteng. Faktor yang pertama
adalah disebabkan oleh sikap pelajar itu sendiri. Ada di kalangan pelajar yang tidak
mempunyai motivasi diri untuk belajar dan kurangnya minat untuk bersekolah. Pelajar dalam
kategori ini lazimnya keluar rumah pada waktu pagi dengan memakai pakaian sekolah yang

17

lengkap namun tidak ke sekolah, sebaliknya mereka berkumpul di pusat snuker atau pusat
permainan video untuk berseronok-seronok.

Sikap adalah perbuatan atau perlakuan

yang berdasarkan sesuatu pendapat. Menurut Kamazahri bin Kamarudin (2000), sikap
sebagai watak yang diperolehi dalam proses pemasyarakatan termasuk ketahanan mental dan
rangka emosi dengan merujuk kepada kecenderungan reaksi atau tingkah laku yang tetap
terhadap sesuatu persekitaran.
Menurut Sharifah Alawiyah Alsagoff (1984),sikap adalah sebagai satu keadaan
seseorang individu itu mudah dipengaruhi untuk bertindak secara positif atau negatif terhadap
sesuatu idea atau kejadian.
Sikap seseorang terhadap sesuatu ransangan luar boleh mempengaruhi tingkah
laku tertentu. Menurut Ismail Haji Din (1990), sikap boleh menjadi satu pengaruh yang
penting kepada individu. Ia bertindak sebagai sebab dan akibat kepada tingkah laku. Ia
merupakan perkara peribadi dan berkaitan dengan perasaan dengan pengalaman individu.
Sebagai contoh, sikap malas iaitu orang yang tidak mengerti dengan jelas matlamat dan citacita hidup. Sifat ini boleh membunuh masa hadapan. Ekoran dari sifat inilah seseorang itu
mempunyai kesamaran dalam objektif hidupnya.
2.3.2 Suasana Sekolah
Faktor suasana dan persekitaran sekolah juga menjadi penyebab kepada masalah pelajar
ponteng. Mengikut Hussein (1993) pembelajaran yang berkesan datangnya dari suasana
sekolah yang tenteram, kerana ketenteraman itu amat kritikal bagi melahirkan pencapaian
yang baik di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang kondusif seperti adanya kemudahan dan
prasarana yang mencukupi, suasana pengajaran guru yang positif serta peraturan sekolah dan
pelaksanaan disiplin yang efektif dapat menarik minat pelajar untuk belajar dan mencapai
kecemerlangan akademik.
18

Faktor suasana sekolah dapat mempengaruhi masalah ponteng pelajar secara


tidak langsung. Suasana sekolah merangkumi bentuk bangunan sekolah, pokok-pokok dan
bunga-bunga yang ditanam dan juga kemudahan-kemudahan seperti tempat permainan dan
perpustakaan.(Mok Soon Sang, 1992).
Suasana sekolah merupakan satu faktor yang menyumbang ke arah pelajar
ponteng sekolah. Persekitaran sekolah yang menarik dan sesuai dengan tempoh
perkembangan pelajar akan menjadi tempat terbaik kepada mereka untuk melarikan diri
daripada tekanan-tekanan yang dihadapi dalam kehidupan seharian. Ini sekurang-kurangnya
mengelakkan pelajar memilih tempat-tempat yang salah sebagai tempat mereka melepaskan
tekanan yang dihadapi. (Dewan Masyarakat, Jun 2000).
Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan pelajarpelajar ialah melalui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang harmoni boleh
membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap cinta akan
sekolah. Menurut beliau, sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan
indah bagi membolehkan pelajar mempunyai sikap cinta akan sekolah. Secara tidak langsung
dapat menurangkan masalah ponteng sekolah.
Persekitaran fizikal seperti bilik darjah boleh mempengaruhi tingkah laku pelajar.
Umpamanya keadaan bilik darjah yang gelap, hangat, sempit dan kotor boleh membosankan
pelajar. Begitu juga keadaan tempat tinggal yang kotor, gelap dan penuh sesak boleh
meresahkan pelajar. Suasana belajar yang tidak selesa ini akan menggalakkan gejala ponteng
di kalangan pelajar.
Menurut kajian Foziah(1999), iklim persekitaran sekolah yang kurang menarik
dan tidak menggembirakan para pelajar merupakan faktor penyebab pelajar malas atau
ponteng sekolah. Menurut Omardin (1996), salah satu faktor yang menentukan kejayaan
19

pelajar-pelajar ialah melaui iklim dan budaya sekolah. Suasana dan persekitaran yang
harmoni boleh membangkitkan semangat dan akan melahirkan pelajar yang mempunyai sikap
cinta akan sekolah.Dengan itu dapat mengurangkan masalah salah laku seperti ponteng
sekolah. Menurutnya lagi sekolah perlu mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai dan
indah bagi mewujudkan pelajar yang mempunyai sikap cinta akan sekolah.
Nurizam (2002) telah membuat kajian berdasarkan latar belakang responden dan
aspek sekolah terhadap ponteng sekolah. Hasil kajian menunjukkan secara umumnya tahap
pencapaian terhadap aspek suasana sekolah adalah lemah(40%). Ini menunjukkan
kebanyakan responden merasakan suasana persekitaran samaada di luar mahupun dalam bilik
darjah perlu dibaiki. Pihak sekolah juga perlu memperbanyakkan lagi projek keceriaan
sekolah yang melibatkan semua warga sekolah. Tahap pencapaian terhadap aspek pengajaran
dan pembelajaran pula berada dalam kedudukan sederhana (51%). Sebahagian responden
belum dapat menyesuaikan diri dengan kaedah pengajaran guru.
2.3.3 Peranan Guru
Di dalam bilik darjah, guru perlu menanam sikap dan minat pelajar terhadap pengajarannya.
Jersild (1978) yang mengkaji perlakuan ponteng di kalangan pelajar sekolah menengah
mendapati pengajaran guru memainkan peranan penting dalam menentukan kadar ponteng
sekolah.
Salah satu sifat penting yang perlu ada pada seseorang guru ialah menimbulkan
minat pelajar tehadap pengajarannya (Atan Long, 1988). Sikap dan minat diantara seseorang
pelajar adalah tidak sama, namun ianya boleh dibentuk oleh guru tersebut melalui pelbagai
kaedah seperti penggunaan bahan alat bantu mengajar, lawatan sambil belajar dan
sebagainya. Guru perlu menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri pelajar terhadap

20

pengajarannya, secara tidak langsung ia akan menimbulkan minat dalam diri pelajar tersebut
dan tidak terfikir untuk melakukan salah laku ponteng sekolah.
Penggunaa bahan dan kaedah mengajar yang menarik dan tidak membosankan
akan menyebabkan pelajar merasakan masa untuk pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut
begitu cepat berlalu.Ee Ah Meng (1992) menyatakan ketika anda berada di bangku
sekolah,anda tentu pernah mengalami pengajaran guru yang membosankan dan ada pula yang
menyeronokkan.Pengajaran guru yang menggunakan teknik yang sama setiap masa ataupun
bercakap sahaja mengakibatkan pelajar menjadi malas dan bosan.Ini disokong oleh Mohamed
Yunus (1994) bahawa kebanyakan cara guru mengajar menimbulkan rasa kebosanan dan
kurang merangsangkan.Maka akibatnya pelajar akan kurang berpengetahuan dan sering
menimbulkan masalah kepada pelajar lain.
Mengikut Ee ah Meng (1992), strategi guru menekankan jawapan yang betul
sahaja menimbulkan rasa terkongkong dan ketakutan kepada pelajar.Keadaan ini akan
menyebabkan pelajar rendah diri apabila jawapan yang diberi salah dan seterusnya
memungkinkan keinginan belajar menjadi tipis serta berlakunya masalah ponteng.Menurut
Ee Ah Meng (1991) lagi guru perlu bijak menyampaikan isi pelajaran yang sesuai dengan
kebolehan serta minat pelajar.Isi pelajaran yang terlalu tinggi atau rendah arsnya akan
membosankan murid lalu menimbulkan situasi masalah disiplin mudah timbul.Ini
menunjukkan bahawa pengajaran guru dari segi pendekatan,kaedah dan teknik perlu diberi
tumpuan yang lebih supaya dapat menimbulkan minat pelajar dan masalah ponteng pelajar
akan berkurangan.Pengajaran guru yang membosankan dan perasaan takut yang diakibatkan
oleh guru yang bersikap kasar serta bengis.Ini merupakan sebahagian daripada keadaan yang
mengurangkan tarikan untuk pelajar ke sekolah atau ponteng sekolah.

21

Seseorang guru hendaklah peka terhadap segala keperluan serta masalah


perkembangan yang dihadapai oleh para pelajar.dengan adanya kepekaan serta kefahaman
yang mendalam ini,guru akan lebih berupaya membentuk satu kumpulan pelajar berinisiatif
serta bermotivasi tinggi.Menurut abu Zahari (1987), guru yang dapat menimbulkan minat
pelajar terhadap pengajarannya akan membantu pencapaian akademik lebih terjamin.
Penggunaan bahan dan kaedah mengajar yang menarik dan tidak membosankan
akan menyebabkan pelajar merasakan masa untuk pembelajaran bagi mata pelajaran tersebut
begitu cepat berlalu. Ee Ah Meng (1992) menyatakan ketika anda berada di bangku sekolah,
anda tentu pernah mengalami pengajaran guru yang membosankan dan ada juga yang
menyeronokkan. Pengajaran guru yang menggunakan teknik yang sama setiap masa atau
bercakap saja akan menyebabkan pelajar menjadi malas dan bosan. Strategi Guru
menekankan jawapan yang betul sahaja menimbulkan rasa terkongkong danketakutan kepada
pelajar. Keadaan ini akan menyebabkan pelajar rasa rendah diri apabila jawapan diberinya itu
salah dan ini memungkinkan keinginan pelajar untuk belajar semakin menipis seterusnya
menyebakan salah laku ponteng itu terjadi.
Menurut Ee Ah Meng(1991) lagi, guru perlu bijak menyampaikan isi pelajaran
yang sesuai dengan kebolehan serta minat pelajar. Kandungan pelajaran yang terlalu tinggi
atau rendah arasnya akan membosankan dan gagal menarik minat pelajar. Masalah disiplin
mudah timbul apabila pelajar bosan dengan pengajaran guru. Ini menunjukkan bahawa
pengajaran guru dari segi pendekatan, kaedah dan teknik perlu diberi perhatian yang lebih
agar dapat menimbulkan rasa minat pelajar dan masalah ponteng mereka akan berkurangan.
Pengajaran guru yang membosankan dan perasaan takut yang diakibatkan oleh guru yang
bersikap kasar dan bengis adalah merupakan sebahagian daripada keadaan yang
mengurangkan tarikan pelajar untuk ke sekolah seterusnya ini menimbulkan masalah salah
laku ponteng terjadi.
22

Crandall (1997) telah membuat cadangan bahawa perbincangan interaksi sosial


adalah aktiviti yang sangat penting.Crandall (1997) menyatakan bahawa melalui interaksi
pelajar dapat membentuk motivasi,mengubah sikap mereka.Kajian ini telah dilakukan ke atas
222 pelajar remaja.Hasil kajian melaporkan bahawa interaksi adalah salah satu aktiviti yang
amat diperlukan jika berbanding dengan aktiviti lain seperti hiburan dengan media
massa,aktiviti luaran dan aktiviti waktu kerja.
Ponteng sekolah merupakan gejala salah laku pelajar yang kerap berlaku di
sekolah.Menurut Jaafar Rahim (1977) dan Manja (1990) mendapati hasil kajian yang
dijalankan oleh beberapa buah Jabatan Pendidikan Negeri ke atas 5 buah sekolah di Kuala
Selangor,18 buah sekolah di Klang,10 buah sekolah di Petaling Jaya serta 12 buah sekolah di
Wilayah Persekutuan mendapati beberapa faktor penyebab berlakunya ponteng sekolah di
kalangan pelajar,faktor tersebut ialah guru,sistem persekolahan yang berorientasikan
peperiksaan,lemah dalam pelajaran yang menyebabkan rasa rendah diri dan sebagainya.
2.3.4 Rakan Sebaya
Faktor pengaruh rakan sebaya juga turut menjadi satu punca berlakunya masalah ponteng
sekolah di kalangan pelajar-pelajar. Ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng
sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka
hanya akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang.
Pelajaran di sekolah dikatakan membosankan dan aktiviti ponteng sekolah untuk
menenangkan fikiran menjadi alasan untuk tidak hadir ke sekolah.
Sekolah adalah tempat anak-anak remaja mula mendapat kawan yang
ramai.Pelbagai ragam dan tingkah laku bolrh didapati apabila mereka bergaul bersama.Akibat
dari pergaulan inilah pengaruh tingkah laku terhadap remaja mula tersemai.Ikatan remaja
bukan lagi semata-mata dengan ibu bapa sahaja,malah mereka lebih condong kepada
23

pengaruh rakan sebaya (Kamarudin,1996).Tingkah laku remaja ini adalah ditentukan oleh
ukuran kelakuan rakan sebaya mereka .Remaja ini akan lebih mementingkan persetujuan
daripada rakan sebaya dalam membuat sebarang keputusan.
Rakan sebaya menjadi sebegitu penting kerana pada mereka tempat remaja itu
menceritakan

segala

isi

hati,kegembiraan

dan

rahsia

hidupnya.Pada

peringkat

remaja,mungkin konflik atau pertengkaran dengan ibu bapa tentang rakan sebaya akan
timbul.Nilai-nilai rakan sebaya mungkin bertentangan dengan nilai ibu bapa.Kadangkala
individu remaja itu memilih nilai rakan sebaya.Kadangkala remaja memilih nilai dan
kehendak ibu bapanya.apabila remaja memihak nilai ibu bapa,dia disingkir oleh rakan
sebaya.Individu yang diterima oleh kumpulan rakan sebaya lazimnya menjawat jawatan
tertentu dalam kumpulan.Ketua kumpulan boleh membentuk sifat-sifat keyakinan diri
pelajar.Pelajar yang cepat mesra akan cepat menjadi popular.Menurut Bandura(1977)
menyatakan personaliti dianggap sebagai tindak balas yang dipelajari daripada persekitaran
luaran.
Rakan sebaya telah dikenal pasti sebagai faktor yang signifikan dan paling utama
menyebabkan sebilanagn kecil pelajar terjebak dalam kumpulan dengan aktiviti negatif
terutama samseng (Dewan Masyarakat,Jun 2000).Pengawasan yang lebih oleh ibu bapa dan
penjaga serta kurangnya penglibatan dia antara ibu bapa dalam sekolah telah menyebabkan
pelajar yang lemah dalam bidang akademik mengalihkan perhatian mereka kepada kumpulan
rakan sebaya yang tertentu sahaja untuk berkongsi masalah.
Menurut Ee Ah Meng (1992), rakan sebaya merupakan faktor yang penting dalam
mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang.Rakan sebaya mempunyai nilai-nilai
tersendiri.Sekiranya pelajar bercampur gaul dengan sekumpulan rakan yang menekankan
kerajinan untuk belajar,begitu juga belajar,begitu juga pelajar yang berkenaan akan cuba

24

mengamalkannya.Sebaliknya,jika kumpulan rakan sebaya itu merupakan kumpulan yang


tidak mengutamakan pelajaran sekolah,ia akan mempengaruhi seseorang pelajar.Dengan
itu,pelajar berkenaan akan bersikap malas dan tugas-tugasan sekolah akan terganggu.Bandura
(1986) menyatakan kebanyakan daripada perilaku kita adalah kesan daripada pengaruh
model.Jadi yang dimaksudkan dengan model adalah rakan sebaya kita.
Dalam kajian Mohd.Shubari (2000) ke atas 300 pelajar di tujuh buah sekolah di
daerah Manjung,Perak menunjukkan rakan sebaya memainkan peranan yang paling penting
mempengaruhi kejadian ponteng di sekolah menengah.Kenyataan ini disokong oleh
Masruhan (1995), beliau menyatakan bahawa kebiasaannya para remaja mempunyai
perwatakan yang cepat berubah.Menurut beliau,terdapat tiga faktor yang dapat mengikut dan
menurut apa yang dikatakan rakan sebaya,30% mereka mendengar dan kekadang mematuhi
nasihat arahan ibu bapa mereka.Namun begitu,Chiam Heng Keng (1994) berpendapat
pengaruh rakan sebaya ke atas kanak-kanak dan remaja bergantung kepada kekuatan
pengaruh ibu bapa.Semakin kuat pengaruh ibu bapa,maka lahi kuatlah ketahanan daripada
pengaruh rakan sebaya.
Idris (2000) telah menjalankan kajian terhadap 80 orang pelajar ponteng dan
lepak di Pantai Lido,Bangunan Komtar,Stesen Bas Larkin. Pengkaji telah membuat soal
selidik tentang latar belakang diri remaja yang ponteng dan faktor ponteng.Tujuan kajian ini
diharapkan akan mendapat gambaran sebenar tentang punca-punca yang menyebabkan
berlakunya gejala ponteng dan masalah-masalah sosial di kalangan pelajar terutamanya di
Johor Bahru. Hasil daripada kajian yang dijalankan ternyata faktor rakan sebaya merupakan
faktor yang paling utama menyebabkan pelajar ponteng.
Kajian Ellis (1998), mendapati 100 peratus daripada 46 pelajar mempunyai
konsep sendiri yang rendah dan 68 peratus terlibat sengan salah laku. Kajian yang dijalankan

25

di sekolah menengah rendah di Utara Atlanta. Persekitaran sosial rakan sebaya dan sekolah
berfungsi mendorong ciri-ciri individu dan latar belakang membentuk tingkah laku sosial dan
menyertai geng. Rakan sebaya paling dominan dalam tindakan anti sosial serta membentuk
kepercayaan.
2.3.5 Keluarga
Ibu bapa(keluarga) juga menjadi faktor penyebab pelajar ponteng sekolah. Ibu bapa yang
sentiasa sibuk bekerja menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Anak-anak berasa tersisih
dan kurang kasih sayang serta perhatian. Oleh itu, anak-anak akan cuba mencari alternatif
lain untuk mendapatkan perhatian dan salah satunya adalah dengan ponteng sekolah.
Goodge (1998) menakrifkan bahawa keluarga adalah satu kelompok sosial yang
tinggal di bawah satu bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan
menambah zuriat. Faktor kepincangan keluarga dan taraf sosio-ekonomi sesebuah keluarga
akan mencorak kehidupan seorang kanak-kanak. Kegagalan ibu bapa sendiri untuk
membetulkan kepincangan anak-anak mereka akan menyebabkan anak-anak ini tidak lagi
menghaormati mereka. Jamal Darus (1989) menyatakan bahawa ketidak seimbangan disiplin
sesebuah keluarga akan menyebabkan anak-anak tidak dapat mewujudkan pengawalan diri
yang sempurna. Ini akan menjejaskan ketahanan diri pelajar. Maka jelaslah bahawa institusi
keluarga memainkan peranan yang penting sebagai pembentuk sahsiah anak-anak. Ibu bapa
haruslah membimbing, memahami dan menyelami kehendak jiwa remaja serta berfikiran
terbuka. Ini akan menolong kepada kewujudan suasana harmonis.
Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak menjalankan tanggungjawab mereka pada
anak-anak. Sebaliknya, mereka menyerahkan tanggungjawab menjaga anak-anak mereka
pada orang gaji. Ada juga ibu bapa yang mengalami masalah di tempat kerja terbawa-bawa
masalah ke rumah sehingga anak remaja yang bergelar pelajar ini merasakan diri mereka
26

tidak disayangi dan tidak dititikberatkan oleh ibu bapa mereka. Lantaran itu mereka
mengambil jalan singkat lari daripada masalah ini dengan melakukan jenayah seperti peras
ugut, lepak, merokok dan ponteng (Md. Daud Hamzah: 1991).
Noraini(2000) telah menjalankan kajian terhadap ibu bapa dalam rumahtangga
dan kesannya ke atas tingkah laku sosial remaja. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat
hubungan kefungsian dan tanggungjawab ibu bapa dalam mendidik dan apakah kesan yang
akan dihadapi sekiranya sesebuah keluarga itu gagal memainkan peranan. Kajian ini juga
melihat sejauhmana peranan ibu bapa dalam mengawal tingkah laku kanak-kanak.
Menurut Henry (1996) menyatakan perhubungan di antara ibu bapa dan remaja
adalah suatu perubahan dari satu keadaan yang lain iaitu dari kanak-kanak hingga orang
dewasa.Kegagalan untuk bertolak ansur oleh ibu bapa membawa identiti negatif terhadap
remaja (Carry, 1998).Ibu bapa yang menganggap remaja sebagai beban iaitu mempunyai
hubungan yang tidak memuaskan atau pencetus konflik dalam keluarga. Walau
bagaimanapun, kebanyakan hubungan remaja dan ibu bapa adalah lebih kurang sama dan
berbalas-balas antara meraka.
Slaters (1962) dalam penyelidikannya mendapati bahawa anak-anak yang telah diasuh
dengan cara memberikan sepenuhnya kebebasan akan menonjolkan ciri-ciri beritingkah laku
yang baik. Ibu bapa yang terlalu tegas serta tidak bertolak ansur dengan sentiasa menganggap
pendapat anak-anak tidak penting akan menguatkan sifat ego dalam diri kanak-kanak. Jika
ibu bapa memberi sokongan dan bersikap mesra kepada anak-anak maka akan terbentuk ciriciri positif seperti bersikap terbuka, mudah bergaul dan berkelakuan positif.
Tygart (1991) telah menjalankan kajian tentang perhubungan remaja dengan ibu
bapa. Kajian menggunakan soal selidik Laporan Peribadi ke atas pelajar berijazah yang
terdiri 400 pelajar lelaki dan 400 pelajar perempuan. Hasil kajian mendapati keluarga yang
27

bersaiz besar mempunyai hubungan yang signifikan dengan tingkah laku delikuen.
Penyelidik juga mendapati 11.9 peratus responden tidak dapat keperluan kasih sayang dalam
perkembangan emosi mereka. Mereka menjadikan rakan sebaya sebagai tempat berkongsi
masalah dan melakukan aktiviti bersama.
Menurut Enright (1980) telah melakukan kajian ke atas pengaruh ibu bapa dalam
pembentukan remaja beridentiti. Seramai 262 pelajar dari Sekolah Menengah Midwestern,
Amerika terlibat dalam kajian ini. Seramai 131 pelajar perempuan dan 131 pelajar lelaki
yang. Min bagi indentiti ialah 24. California Personality Invebtory (Grouggh, 1969) dan
Achievment Scale (IAS) (Simmons, 1970) telah digunakan untuk mengukur identiti pelajar.
Hasil kajian melaporkan persepsi pelajar terhadap ibu bapa adalah berbeza dari segi asuhanm
umur dan cara didikan ibu bapa sangat mempengaruhi pendidikan remaja dalam sesebuah
keluarga.
Kajian yang dibuat oleh Czikszentmihalyi (1987) di Universiti Chicago
mendapati purata masa yang dikongsi oleh remaja dengan ibu bapa yang bekerja hanya 12
jam seminggu. Ini mengakibatkan kekurangan masa bagi ibu bapa untuk mengasuh, mendidik
dan membimbing anak mereka. Tugas mereka sekadar menyediakan keperluan kewangan,
dan persekolahan bagi tujuan membesarkan anak. Ibu bapa juga tidak sepetutnya
menyerahkan tangungjawab mendidik anak mereka kepada guru sepenuhnya. Mereka
sepatutnya mengunjungi sekolah sekali-sekala supaya lebih memahami situasi anak mereka
di sekolah.
2.4 Teori-teori Ponteng
Ada beberapa teori yang dapat menghuraikan tentang gejala ponteng di kalangan pelajar.
Antara teori yang digunakan ialah:

28

2.4.1 Teori Konsep Kendiri


Wiliam Jame (1998)

menyatakan bahawa saya dapat diperolehi daripada pengalaman

sosial. Sering kali individu memberi perhatian pada yang dikatakan oleh pengalaman sosial.
Sering kali individu memberi perhatian pada apa yang dikatakan oleh orang yang rapat
seperti ibu bapa, rakan sebaya dan guru mengenai dirinya daripada aspek personaliti,
sikap,nilai rupa wajah dan sebagainya. Akibatnya, penilaian yang dilakukan dengan pelbagai
cara dapat mencerminkan pandangan orang lain pada diri sama ada secara positif atau negatif.
Roger (1977) mengkaji perkembangan individi dari kecil hingga dewasa.
Pembentukan personaliti secara umumnya adalah sama bagi semua individi. Oleh itu, pelajar
yang tidak bermasalah disiplin, biasanya latar belakang keluarganya mempunyai konsepo
harga kendiri yang amat tinggi. Pelajar juga mendapat kasih sayang dan sokongan daripada
ibu bapa mereka.
Roger (1997) mempercayai pelajar yang mempunyai masalah dan melakukan
tindakan negatif boleh dididik oleh ibu bapa dengan memberikan prihatian terhadap anak
mereka. Ibu bapa perlu menghormati pendapat anak mereka dan membetulkan kesilapan
dengan hukuman yang sesuai. Ibu bapa harus meneliti remaja di luar kawasan rumah atau
sekolah.
Prinsip teori konsep kendiri dala pendidikan adalah guru dan ibu bapa perlu
mengadakan yang mesra dengan pelajar. Dengan adanya hubungan yang mesra dengan
pelajar, pelajar akan meluahkan isi hati mereka dan dapat mengelakkan gejala negatif seperti
ponteng sekolah.

29

2.4.2 Pertukaran Sosial


B.F.Skinner (1953) menegaskan konsep peneguhan pada keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran dalam aspek bilik darjah. Hubungan interpersonal pelajar jugak dapat dilihat
daripada aspek peneguhan.
Menurut B.F.Skinner (1953) ganjaran yang diperolehi daripada rakan sebaya
adalah tinggi berbanding dengan kos, maka nilai hasil perhubungan interpersonal yang tinggi.
Kos adah masa, emosi dan tenaga serta perbelanjaan yang digunakan sepanjang tempoh
membina kehidupan persahabatan.
Pelajar pada peringkat kepuasan akan belajar membandingkan hasil hubungan
interpersonalnya dengan paras perbandingan dirinya. Seterusnya pelajar akan membuat
keputusan sama ada hubungan perlu diteruskan atau tidak. Paras perbandingan yang
alternatif, pelajar dapat membandingkan hasil hubungan interpersonal yang baru. Pelaburan
termasuk wang dan masa yang dilaburkan dalam menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Levinger (1980) mencadangkan 5 peringkat bagi menerangkan hubungan
interpersonal dapat berkembang terutama dari sudut remaja. Model ini diubahsuai dari
Weiter, W dan Llyod, M.A, 1994: 234. Perkembangan Interpersonal Remaja dapat
dibahagikan kepada lima peringkat, iaitu:
i. Daya tarikan
ii. Pembinaan hubungan
iii. Kelanjutan
iv. Pertambahan sengit
v. Penamatan
30

Menurut Levinger (1980), daya tarikan menjadi pemangkin utama dalam


pemilihan rakan baru. Pelajar pada peringkat pembinaan hubungan, mereka akan melihat
sama ada rakannya seiras dengan dirinya dari segi sikap dan minat.
Mc Adam (1982) menyatakan bahawa sifat dalam diri pelajar yang mempunyai
keperluan bergabung yang tinggi akan meyertai sosial secara aktif. Oleh itu pelajar lebih
cenderung untuk membentuk kumpulan dan ponteng sekolah. Beliau berpendapat bahawa
sahabat terbaik bagi pelajar tersebut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan mereka iaitu dari
segi umur, jantina, keturunan, matlamat pendidikan dan pencapaian.
Menurut Anderson (1968), sifat fizikal, personaliti pengetahuan dan status sosial
merupakan sifat yang penting untuk membina hubungan interpersonal yang baik dengan
persekitaran. Penyelidikan berpendapat bahawa sifat-sifat di atas ini perlu wujud bagi
membina hubungan mesra dengan keluarga, guru dan msyarakat sekeliling. Oleh it,
berdasarkan tajuk penyelidikan, hubungan interpersonal pelajar dengan keluarga, rakan
sebaya dengan anak remaja dapat mewujudkan pelajar yang berdisiplin di sekolah dan dapat
megelakan gejala ponteng.
2.4.3 Teori Sosial Oleh Bandura
Gejala ponteng merupakan tindakan agresif kerana ponteng wujud hasil cetusan kebosanan
pelajar. Teori pembelajaran sosial sesuai untuk mengawal gejala ponteng di kalangan pelajar.
Teori sosial boleh didefinasikan sebagai satu pembelajaran yang berlaku dengan
memerhati orang lain melakukan sesuatu. Ini bererti persekitaran akan mempengaruhi
tingkah laku. Kesesuaian tingkah laku bergantung kepada peraturan sosial sesuatu masyarakat
dan tempat. Teori pembelajaran sosial adalah mengelakkan konsep-konsep seperti dorongan

31

dan penguranan dorongan bagi mereka yang percaya bahawa tingkah laku adalah telah
ditetapkan.
Menurut Bandura (1977) seseorang akan memerhatikan sesuatu tingkah laku
daripada orang lain dan menyimpanj maklumat secara kognitif dan seterusnya
mempersembahkan tingkah laku tersebut. Persembahan ini dikawal dan diproses oleh
penggabungan persekitaran dann kognitif melalui motivasi yang diberikan. Bandura (1977)
juga mendapati bahawa kanak-kanak akan mencontohi tingkah laku agresif selepas menonton
filem tingkah laku agresif.
Bandura (1977) juga menekankan bahawa manusai akan mempelajari standard
peribadi yang berkaitan dengan peneguhan dan dendaan yang dikenakan untuk menilai
tingkah laku sendiri. Pembelajaran cerapan adalah individu belajar sesuatu tingkah laku
dengan melihat dan kemudian melakukannya ia boleh dalam bentuk tingkah laku imitatif
(peniruan) atau bukan initatif.
Bandura (1977) menyatakan bahawa tingkah laku individu mempengaruhi
persekitaran. Persekitaran yang berubah akan mempengeruhi tingkah lakunya. Individu juga
mempengaruhi kedua-dua tingkah laku dan persekitaran. Bandura (1977) menyatakan
walaupun terdapat interaksi antara individu, persekitaran dan tingkah laku setiap satu
daripada komponen tersebut boleh lebih mempengaruhi daripada yang lain. Ini bermakna
kepecayaan seseorang dapat dijadikan sebagai penentu ke atas tindakan yang akan dilakukan
oleh seseorang.
2.4.4 Teori Behaviorisme Dalam Pembelajaran
Manusia sentiasa melalui perubahan sepanjang hayatnya. Daripada seorang bayi ke dewasa
san seterusnya ke akhir hayat manusia sentiasa mengalami perubahan. Terdapat pelbagai

32

faktor yang menyumbang kepada perubahan ini. Antara yang terpenting ialah pembelajaran.
Mengikut Douglas (1996), pembelajaran didefinasikan sebagai pembaikan dalam sesuatu
prestasi bersadarkan sesuatu standard atau secara umumnya sebagai peningkatan penyesuaian
organisma terhadap alam sekelilingnya. Domjan (2000) pula mendefinasikan pembelajaran
sebagai perubahan mekanisme perlakuan yang melibatkan rangsangan tertentu dan/atau
ransangan dari pengalaman yang sama atau rangsangan dan respon yang sama. Pavlov (1906)
menyatakan pembelajaran sebagai perubahan perlakuan yang kekal atau kurang kekal hasil
daripada pemgalaman berinteraksi dengan persekitaran. Perubahan yang sementara seperti
kesan daripada dadah, pukau atau kepenatan bukan hasil pembelajaran.
Perlakuan pula mempunyai berbagai definasi. Takrifan paling ringkas ialah oleh
Lindsley (1965) iaitu perlakuan sebagai apa sahaja aktiviti yang tidak boleh dilakukan oleh
orang mati. Baker (1970) menyatakan perlakuan sebagai apa yang dibuat. Cara kita bertingak
dan bagaimana kita bertindak balas dengan persekitaran. Perlakuan adalah sesuatu yang
dipelajari. Perubahan perlakuan yang berlaku sendiri adalah bukan hasil pembelajaran.
Contohnya suara remaja berubah menjadi garau adalah disebabkan oleh faktor kematangan
biologinya dan bukan sesuatu yang dipelajari.
Perubahan tingkah laku seseorang boleh terhasil melalui pembelajaran dari
pengalaman-pengalaman

yang

lepas.

Namun

demikian,

perubahan

tingkah

laku

sesetengahnya adalah disebabkan oleh faktor-faktor lain. Secara umumnya perubahan tingkah
laku adalah disebabkan oleh pembelajaran dan juga bukan pembelajaran.
Tingkah laku seseorang boleh berubah melalui pembelajaran. Pembelajaran boleh
dibahagikan kepada dua kategori iaitu pembelajaran kognitif-persepsi dan tingkah laku
pembelajaran.

33

Perubahan tingkahlaku bukan melalui pembelajaran, walaupun dikeluarkan


daripada konsep/definasi pembelajaran, namun pada hakikatnya perubahan tingkah laku tidak
hanya disebabkan oleh pengalaman. Kepenatan, dadah, motif emosi dan kematangan
berperanan sebagai pengubah tingkah laku. Sementara itu dua faktor lain yang penting dalam
mempengaruhi perubahan tingkah laku ialah kematangan dan pola tindakan (dipengaruhi)
oleh naluri).
Pertumbuhan tubuh badan dan sistem saraf menyediakan manusia untuk bergerak
balas. Tingkah laku yang bergantung kepada kematangan boleh diramal dan tidak
memerlukan latihan yang khusus. Contohnya, kanak-kanak biasanya mula berjalan di akhir
umur setahun. Mereka cuba bercakap di sekitar umur 18 bulan. Begitu juga dengan haiwan
seperti burung yang akan membuat sarangnya sendiri apabila sudah matang dan mula
mencari pasangan untuk mengawan. (Wallace, 1973).
2.4.5 Penggunaan Teori Sosial Bandura Sebagai Model Kajian
Penyelidik memilih teori pembelajaran sosial sebagai model kajian kerana teori ini melihat
gejala ponteng sebagai tingkah laku yang dipelajari dan tingkah laku yang wujud secara
semulajadi dalam diri individu. Oleh itu, pendekatan teori pembelajaran sosial adalah sesuai
pada pandangan penyelidik di kalangan pelajar sekolah menengah.
Berdasarkan daripada perbincangan dan pernyataan di atas, golongan pelajar yang
terlibat dalam masalah ponteng adalah disebabkan kekeliruan peranan dan identiti individu
berkenaan. Krisis identiti yang berlaku di peringkat remaja adalah kritikal dan menentukan
keputusan-keputusan yang akan diambil oleh individu berkenaanpada peringkat hidup yang
seterusnya. Sekiranya seseorang berjaya menangani krisis identiti pada peringkat ini, ia akan
berkembang menjadi individu yang seimbang dan berjaya ke peringkat yang seterusnya.
Keadaan psikososial yang negatif akan mempengaruhi perkembangan identiti remaja dan
34

menjadikan mereka terikut-ikut dengan pengaruh rakan sebaya tanpa sebab-sebab yang
rasional. Oleh itu, semasa berada di peringkat remaja inilah mereka akan terpengaruh dengan
rakan sebaya dan persekitarannya.
Penyelidik menggunakan teori pembelajaran sosial sebagai model kajian kerana
teori ini juga menekankan peranan model dalam pembentukan tingkah laku ponteng.
Pembelajaran Bandura (1977) melalui peniruan atau modeling alah amat penting dalam
pembentukan tingkah laku ponteng. Bandura (1977) menyatakan bahawa tahap pembelajaran
cerapan atau proses modeling merupakan beberapa faktor bagi tingkah laku ponteng.
Menurut pandangan Bandura (1977) terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
tingkah laku anti-sosial iaitu sikap pelajar, suasana sekolah, guru, pengaruh rakan sebaya,
keluarga dan media elektronik. Pendekatan teori pembelajaran sosial sebagai model kajian
kerana teori ini menekankan pentingnya aspek penilaian kognitif dan emosi. Teori
pembelajaran sosial mempengaruhi minda sedar dan sebagai penentu sosial ke atas
personaliti. Individu boleh menyimpan pengalaman-pengalaman lepas dan meklumat ini
boleh digunakan pada masa akan datang.
Bandura (1977) mengatakan bahawa individu banyak belajar daripada
pengalaman lepas dan melihat akibat-akibat daripada tingkah laku. Bandura (1969)
menyatakan model yang berkuasa seperti televisyen dan filem mampu menyampaikan
maklumat. Media Elektronik ini kadang-kadang boleh membina sesuatu yang negatif ke
dalam minda individu terutamanya pelajar pada peringkat remaja yang baru hendak
membentuk konsep kendiri. Tingkah laku negatif seperti membawa kepada peningkatan
aktiviti ponteng semi mencari keseronokan di pusat hiburan. Dalam kajian tentang program
televisyen dan kesannya kepada penonton televisyen adalah media yang berkesan untuk
meningkatkan sesuatu aktiviti yang ditirunya.

35

Menurut teori pembelajaran sosial oleh Bandura (1977) tingkah laku ponteng
adalah tingkah laku yang boleh dikawal melalui peneguhan luaran dan ganjaran. Oleh itu
tingkah laku ponteng merupakan tingkah laku hasil daripada proses

pembelajaran dan

peniruan terhadap tingkah laku orang lain.


Teori Pembelajaran Sosial Bandura dapat membantu ke arah perkembangan
identiti dan sahsiah yang stabil dan normal. Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan
pembolehubah tidak bersandar adalah seperti seikap pelajar, suasana sekolah, guru, rakan
sebaya dan faktor keluarga. Justeru itu, pembolehubah bersandar ialah gejala ponteng yang
dilakukan oleh pelajar lelaki atau perempuan.
2.5 Kerangka kajian
Model kajian berikut dirangka supaya dapat dijadikan sebagai asas dan panduan kajian.
Fokus utama kajian

adalah untuk mengenal pasti faktor gejala ponteng sekolah dalam

kalangan pelajar lelaki dan perempuan. Penyelidik menggunakan teori pembelajaran sosial
sebagai model kajian kerana teori ini juga menekankan peranan model dan permodelan dalan
pembentukan tingkah kaku ponteng. Pembelajaran Bandura (1977) melalui peniruan atau
modeling adalah amat penting dalam pembentukan tingkah laku ponteng. Bandura (1977)
menyatakan bahawa tahap pembelajaran cerapan atau proses modeling merupakan beberapa
faktor penentu bagi tingkah laku ponteng.
Menurut pandangan Bandura (1977) terdapat beberapa faktor yang menyebabkan
tingkah laku anti sosial iaitu sikap pelajar, suasana sekolah, guru, pengaruh rakan sebaya, dan
keluarga. Pendekatan teori pembelajaran sosial sebagai model kajian kerana teori ini
menekankan pentingnya aspek penilaian kognitif dan emosi. Teori pembelajaran sosial
mempengaruhi minda sedar dan sebagai penentu sosial ke atas personaliti. Individu boleh

36

menyimpan pengalaman-pengalaman lepas dan maklumat ini boleh digunakan pada masa
akan datang.
Menurut teori pembelajaran sosial oleh Bandura (1977) tingkah laku ponteng
adalah tingkah laku yang boleh dikawal melalui peneguhan luaran dan ganjaran. Oleh itu,
tingkah laku ponteng merupakan tingkah laku hasil daripada proses pembelajaran dan
peniruan terhadap tingkah laku orang lain. Penyelidik merujuk kepada faktor demografi iaitu
jantina yang menyumbang kepada faktor-faktor ponteng. Teori Pembelajaran Sosial Bandura
dapat membantu ke arah perkembangan identiti dan sahsiah yang stabil dan normal. Dalam
kajian ini, penyelidik menggunakan pembolehubah tidak bersandar adalah seperti sikap
pelajar, suasana sekolah, guru, rakan sebaya dan faktor keluarga. Justeru itu, pembolehubah
bersandar ialah gejala ponteng.
2.6 Kesimpulan
Secara umumnya personaliti yang baik secara tidak langsung akan mengurankan gejala
ponteng di kalangan pelajar. Suasana sekolah yang ceria dan bilik darjah yang kondusif untuk
belajar juga akan mengurangkan kes ponteng sekolah di kalangan pelajar. Guru yang sentiasa
bersedia, cekap dalam pembelajaran dan pengajaran akan menarik perhatian pelajar berminat
untuk belajar. Sebuah institusi keluarga yang terdiri daripada kedua-dua ibu bapa sangat
mempengaruhi perkembangan dan kesejahteraan individu dari aspek jasmani, emosi,rohani
dan intelek. Peranan ibu bapa, kasih sayang ibu bapa, sosio ekonomi dan kebahagian dalam
keluarga boleh mempengaruhi perkembangan pelajar terutama dalam proses pembentukan
personaliti.

37

BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pendahuluan
Bab ini menjelaskan dan menghuraikan reka bentuk serta tatacara kajian termasuklah proses
pemerolehan serta penganalisian data. Perbincangan juga meninjau dan menerangkan
beberapa aspek berhubung dengan kaedah pemerolehan data yang terpilih, pengendalian
kajian, menjelaskan serta menghuraikan kaedah penganalisian data. Perbincangan dan
penjelasan dalam bab ini dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu reka bentuk kajian,
persampelan, pembentukan instrumen kajian, pengumpulan data dan penganalisian data.
3.1 Reka Bentuk Kajian
Reka bentuk kajian adalah kaedah atau teknik yang digunakan untuk memperolehi data atau
maklumat bagi menyelesaikan masalah kajian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah kaedah kuatitatif. Kajian yang digunakan ini adalah kajian jenis deskriptif satu
tinjauan yang menggunakan soal selidik kerana ia hanya memberi gambaran yang sedia ada.
Kaedah ini digunakan kerana ia dapat mengumpulkan maklumat mengenai pembolehubah
(Mohd Najib, 1990).
Dalam kajian ini perkara yang dkaji adalah untuk mengetahui pandangan pelajarpelajar terhadap masalah ponteng sekolah dan juga faktor-faktor yang menyebabkan ponteng
sekolah dikalangan pelajar ialah faktor sikap pelajar, faktor rakan sebaya, faktor ibu bapa,
faktor guru dan faktor suasana sekolah. Selain itu kajian ini juga adalah bertujuan untuk
mengetahui cara-cara untuk mengatasi masalah ponteng sekolah. Terdapat dua set soal selidik
iaitu set pertama diedarkan kepada pelajar-pelajar dan set kedua diedarkan kepada guru-guru.
Set-set soal selidik telah disediakan adalah bertujuan untuk mengumpul maklumat dan data.
38

Segala pengukuran terhadap pembolehubah yang dibuat berdasarkan maklumbalas terhadap


semua pertanyaan yang terkandung dalam soal selidik. Soal selidik ini mengandungi dua
bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Soal selidik dalam bahagian A mengandungi
soalan-soalan tentang latar belakang pelajar dan soal selidik dalam bahagian B mengandungi
soalan-soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng
sekolah.
3.2 Sampel Kajian
Menurut Mohd Najib (1999) saiz sampel adalah penting kerana ia melambangkan kekuatan
keputusan kajian. Dalam kajian ini pengkaji menggunakan sampel rawak jenis kelompok
dengan memilih pelajar-pelajar tingkatan empat di lima buag Sekolah Menengah Kebangsaan
Gombak, Selangor yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah. Seramai 100 orang pelajar
dan 50 orang guru daripada 5 buah sekolah digunakan sebagai sampel bagi kajian ini yang
terpilih secara rawak mudah dari kelompok lima buah sekolah menengah daerah Gombak
sebahagian besar daripada responden adalah melakukan kesalahan ponteng berkala. Cuma
sebilangan kecil sahaja yang melakukan ponteng berterusan. Segala maklumat untuk
mendapatkan polulasi dan sampel bagi kajian ini dirujuk daripada Penolong Kanan Hal
Ehwal Murid (HEM), guru disiplin dan juga guru kelas di sekolah-sekolah yang terlibat.
3.3 Tempat Kajian
Jadual 3.1 menunjukkan taburan sekolah. Kajian ini dilakukan di Sekolah Menengah daerah
Gombak. Pemilihan sekolah ini disifatkan wajar kerana ibu bapa atau penjaga pelajar
merangkumi semua peringkat status sosio ekonomi.
Jumlah sekolah di daerah Gombak ini adalah 101 buah, 34 buah daripadanya sekolah
menengah dan bakinya 67 buah adalah sekolah rendah. Bagi tujuan kajian ini, tumpuan

39

diberikan kepada sekolah menengah sahaja iaitu 5 daripada 34 buah sekolah. Pemilihan
sekolah ini wajar kerana sekolah-sekolah tersebut adalah sekolah menengah harian biasa.
Antara sekolah yang dipilih ialah berdasarkan jadual di bawah :
Jadual 3.1 Taburan Sekolah
Bil
1.
2.
3.
4.
5.

Nama Sekolah
SMK Gombak Setia
SMK Selayang Bharu
SMK Seri Gombak
SMK Sungai Pusu
SMK Taman Selayang

3.4 Instrumen Kajian


Instrumen kajian digunakan dalam kajian ini adalah berbentuk soal selidik sebahagian alat
ukur bagi pengumpulan data. Soal selidik ialah satu instrumen yang lazim digunakan dalam
kajian tinjauan. Ia membolehkan penyelidik mengetahui sikap seseorang dalam menjawab
soalan bagi memastikan keesahan soal selidik yang digunakan. Instrument berbentuk soal
selidik yang digunakan oleh penyelidik adalah bersumberkan kepada satu instrumen kajian
yang telah diubahsuai daripada instrumen yang digunakan oleh Manivannam Arumugan
(2002) Masalah Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Kota Bharu,
Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk memahami keseriusan masalah gejala ponteng di
10 buah sekolah menengah di Kota Bharu dan seterusnya mengenalpasti sejauh mana faktorfaktor yang mempengaruhi gejala ponteng di kalangan pelajar. Kajian ini juga dilakukan
untuk mencari perhubungan di antara lima faktor pembolehubah tidak besandar dengan
masalah gejala sisoal di kalangan pelajar-pelajar dan mencadangkan. Kajian ini dilakukan di
10 buah sekolah menengah di daerah Kota Bharu, Kelantan. Responden dalam kajian ini
merupakan pelajar-pelajar sekolah menengah di daerah tersebut. Seramai 100 responden
dipilih untuk kajian ini dan telah ditemuduga berdasarkan soalan-soalan yang terkandung
40

dalam borang soal selidik. Dapatan kajian daripada kajian yang dilakukan oleh Manivannam
Arumugan (2002) mendapati seramai 66 peratus pelajar menyatakan bahawa pengaruh
persekitaran adalah faktor utama untuk pelajar ponteng sekolah. Keadaan ini disebabkan
oleh pengaruh persekitaran dari segi kemudahan hiburan, pusat membeli belah, pusat
kediatan riadah, pusat internet dan cyber cafe. Manakala rakan sebaya merupakan faktor yang
kurang mempengaruhi masalah ponteng dalam kalangan pelajar iaitu 39 responden setuju
rakan sebaya merupakan faktor ponteng sekolah.
Pengkaji juga telah memastikan soalan-soalan yang dikemukakan dapat
menjelaskan faktor-faktor yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah. Kaedah soal selidik
digunakan untuk mendapatkan maklumat lengkap daripada responden mengenai faktor-faktor
yang menyebabkan gejala ponteng sekolah. Pemilihan kaedah adalah disebabkan ia dapat:
i. Menjimatkan masa
ii. lebih mudah dan sesuai untuk responden
iii. Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi
iv. Pengumpulan data dengan lebih cepat.
v. Bilangan responden yang tidak ramai.
Selain itu untuk mendapatkan maklumat daripada kumpulan responden tersebut
penyelidik menyediakan satu set soal selidik yang berpandukan kepada soal selidik yang
disediakan oleh Unit Disiplin, Bahagian Sekolah-Sekolah, Kementerian Pendidikan
Malaysia. Data dikumpulkan melalui soal selidik. Menurut Sekaran (1992) kaedah inilah
yang paling banyak dan paling sesuai digunakan apabila jumlah respondennya banyak.
Soalan selidik yang lengkap dipaparkan di bahagian lampiran.

41

Soal selidik ini berupa sejenis borang yang mengandungi soalan-soalan tertutup
iaitu soalan yang telah disediakan jawapannya dan juga disertakan soalan terbuka iaitu
untuk mengetahui pandangan atau respon dari dalam pelajar. Ia dibentuk berdasarkan
persoalan kajian yang ingin dihuraikan dan juga berdasarkan sorotan kajian yang telah
dijalankan. Satu set borang soal selidik yang dikemukakan kepada responden terbahagi
kepada 2 bahagian iaitu bahagian A dan B. bahagian A mengandungi 10 soalan yang terdiri
daripada soalan-soalan yang meliputi demografi seperti jantina, kaum, pekerjaan ibu bapa,
pendapatan ibu bapa, pencapaian akademik dan lokasi tempat tinggal. Bahagian B
mengandungi 50 soalan yang berkaitan dengan faktor-faktor pelajar ponteng sekolah.
Taburan item-item Soal Selidik adalah seperti jadual di bawah:
Jadual 3.1 Taburan Item Soal Selidik
Bahagian
A

Jenis Soalan
Latar
belakang
pelajar dan ibu bapa
Faktor Sikap pelajar
Sendiri
Faktor

Suasana

Sekolah
Faktor Guru
Faktor Rakan Sebaya
Faktor Keluarga

No. Soalan

Jumlah Item

1 hingga 10

10

11 hingga 20

10

21 hingga 30

10

31 hingga 40
41 hingga 50
51 hingga 60

10
10
10

Dalam usaha menjawab soalan bahagian B yang dikemukakan, responden diminta


menandakan [ O ] pada jawapan yang berkenaan. Jenis pengukuran yang digunakan adalah
Skala Likert. Menurut Mohd Najib (2003), subjek atau responden dikehendaki menandakan
jawapan mereka tentang sesuatu kenyataan berdasarkan satu skala dari satu ekstrem kepada
ekstrem yang lain. Contohnya dari sangat setuju kepada sangat tidak setuju. Penjelasan Skala
Likert adalah seperti jadual di bawah :

42

Jadual 3.2 Skala Likert Dalam kajian


Skor
Maklum Balas
1.
Sangat Tidak Setuju
2.
3.
4.
5.

(STS)
Tidak Setuju (TS)
Tidak Pasti (TP)
Setuju (S)
Sangat Setuju (SS)

3.5 Kajian Rintis


Menurut Polit et al. (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan
yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Kajian rintis
boleh juga merupakan pra ujian untuk mencuba instrumen kajian yang khusus (Baker, 1994).
Menurut beliau lagi kelebihan menjalankan kajian rintis adalah dapat membantu penyelidik
memperoleh petunjuk awal tentang mana-mana bahagian kajian yang mungkin tidak tepat
atau gagal. Ianya juga dapat membantu penyelidik mengenal pasti mana-mana kaedah atau
instrumen kajian yang tidak betul atau kurang tepat.
Tujuan kajian rintis ini dibuat dalam kajian ini adalah bagi menguji
kebolehpercayaan dan kesahan soal selidik yang digunakan dalam kajian sebenar. Penyelidik
akan melaksanakan kajian rintis ini di beberapa buah sekolah menengah di daerah Gombak.
Satu kajian rintis telah dilakukan bagi memastikan item soal selidik jelas, ringkas, mudah
difahami dan mempunyai nilai kebolehpercayaan yang tinggi. Ia juga bertujuan untuk
mendapatkan pandangan dan cadangan daripada bakal responden terhadap butiran dalam soal
selidik. Alfa Cronbach akan digunakan bagi menentukan kebolehpercayaan dan kesahan soal
selidik tersebut. Jika nilai Alfa Cronbach 0.8 hingga 1, maka soal selidik tersebut mempunyai
nilai kebolehpercayaan dan kesahan yang tinggi. Nilai 0.6 hingga 0.7 pula menunjukkan soal
selidik yang diuji mempunyai nilai kebolehpercayaan yang boleh diterima.
43

Satu ujian awal telah dilakukan ke atas 10 orang pelajar-pelajar tingkatan empat
yang pernah ponteng sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gombak. Responden
yang terlibat dalam kajian rintis ini mempunyai ciri-ciri yang hampir sama dengan responden
kajian sebenar dan mereka tidak akan dipilih untuk menjadi sampel kajian sebenar.
Sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden, penyelidik perlu
mendapatkan kesahan terhadap soal selidik yang dibina daripada dua orang pensyarah. Kajian
rintis dijalankan bagi menentukan kebolehpercayaan soal selidik. Hasil kajian rintis yang
dijalankan mendapati nilai alpha yang diperolehi ialah 0.8766. Menurut Mohd Najib (2003)
nilai alpha adalah perlu melebihi 0.8 bagi memastikan kebolehpercayaan soalan. Ini
menunjukkan soalan soal selidik ini boleh digunakan.

3.6 Prosedur Kajian


3.6.1 Persediaan membuat kajian
Bagi melancarkan proses kajian, satu permohonan telah diajukan kepada bahagian
Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Pejabat Pelajaran Daerah
Gombak dan Pengetua sekolah yang dipilih untuk menjalankan penyelidikan ke atas sekolah
yang terpilih. Dengan bantuan serta kerjasama Pengetua, guru-guru disipilin dan guru-guru,
pengumpulan data, arahan yang lengkap untuk setiap bahagian soalan soal selidik telah
disediakan.
3.6.2 Perlaksanaan

44

Soal selidik akan dihantar oleh penyelidik ke sekolah yang telah dipilih bagi memastikan
tidak berlaku sebarang keciciran atau kelewatan semasa proses penghantaraan. Setelah semua
responden menjawab semua soalan soal selidik, penyelidik membuat analisis. Penyelidik
menggunakan khidmat guru-guru disiplin di sekolah yang berkenaan untuk melaksanakan
kajian. Soal selidik yang diedarkan kepada guru-guru akan ditadbir oleh ketua guru disiplin di
bilik guru. Semua soal selidik dipungut balik sebaik sahaja selesai dijawab oleh respondenresponden. Setiap soal selidik yang telah dipungut akan diteliti untuk memastikan hanya soal
selidik yang dijawab dengan jelas serta sempurna sahaja digunakan proses analisis data.
3.6.3 Pengumpulan data dan maklumat
Penganalisian data akan melibat aktiviti seperti mengatur, memilih menggabung dan
menjadualkan data yang telah dikumpulkan (Mohd Majid 2000). Pemprosesan data yang
dilakukan adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang berguna daripada data yang
diperolehi. Setelah soal selidik dikutip, penyelidik mula membuat analisis kajian ke atas data
mentah diperolehi. Kemudian data-data mentah dianalisis dengan menggunakan perisian
Statiscal Package Social Science (SPSS) Versi 15.0 bagi mengetahui min, kekerapan,
peratusan setiap item, kolerasi antara masalah ponteng dengan faktor sikap pelajar, suasana
sekolah, guru, pengaruh rakan sebaya dan faktor keluarga serta Ujian-t bagi mengetahui jenis
ponteng mengikut jantina.
Jadual 3.9 di bawah menunjukkan ringkasan satistik digunakan:
Jadual 3.9 : Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif Kajian
Bil

Objektif Kajian
Mengenalpasti sama ada faktor sikap pelajar merupakan

Jenis Statistik
Min, peratusan, sisihan

faktor utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah.


Mengenalpasti sama ada faktor suasana sekolah

piawai
Min, peratusan, sisihan

1
2

45

merupakan faktor utama yang menyebabkan pelajar


piawai
ponteng sekolah
Mengenalpasti sama ada faktor guru merupakan faktor

Min, peratusan, sisihan

utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah


Mengenalpasti sama ada faktor rakan sebaya merupakan

piawai
Min, peratusan, sisihan

faktor utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah


Mengenalpasti sama ada faktor keluarga merupakan

piawai

3
4
5
faktor utama yang menyebabkan pelajar ponteng sekolah
Untuk mengetahui sama ada terdapat perbezaan yang
signifikan antara jenis gejala ponteng iaitu seperti ponteng
6

hati, ponteng kerana bangun lewat, ponteng kelas dan

Ujian-t

ponteng sekolah di kalangan pelajar yang terlibat dalam


kelas ponteng dengan jantina

3.7 Kesimpulan
Terdapat pelbagai kaedah yang perlu dilakukan oleh seseorang penyelidik dalam menjalankan
kajian. Setiap tajuk yang hendak dikaji perlulah disediakan metodologi kajian yang sesuai.
Setiap kajian perlu dijalankan dengan teratur agar kajian yang diperolehi memuaskan seperti
mana yang dikehendaki.
Kesan ponteng ini telah memberi impak yang negatif terhadap diri, agama, bangsa,
negara, masyarakat, keluarga dan masa depan pelajar itu sendiri. Golongan muda merupakan
aset negara di mana mereka bakal menjadi pelapis tampok kepimpinan negara kelak. Oleh
itu, sudah menjadi kemestian untuk memastikan golongan muda ini dibentuk supaya
mempunyai tahap intelek dan sahsiah yang cemerlang agar dapat memberi manfaat kepada
negara pada masa hadapan. Sekiranya golongan ini gagal dibentuk untuk menjadi insan yang
berkualiti, negara Malaysia akan menghadapi masalah yang besar pada masa akan datang.
Bak kata pepatah, melentur buluh, biarlah dari rebungnya. Oleh itu, kajian perlu dijalankan
46

untuk mengenal pasti dan mengetahui faktor utama yang menyebabkan gejala pelajar
ponteng. Dengan mengetahui faktor penyebab gejala ponteng boleh membantu semua pihak
dalam menangani permasalahan ini dari terus menular.

47

RUJUKAN
Abdullah Sani Yahaya. (2005). Mengurus Disiplin Pelajar.Penang:Rhythm Industries Sdn.
Bhd..
Azhar bin Hamzah (2003). Faktor, Aktiviti dan Kesan Ponteng Sekolah Terhadap Akhlak
Pelajar-pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Daerah Tanah Merah, Kelantan.
Universiti Teknologi Malaysia. Tesis Sarjana Muda.
Berita Harian (18 Ogos 2000).
Ee Ah Meng. (1997). Pedagogi Kurikulum dan Pengurusan Bilik Darjah (Semester II):Siri
Diploma Perguruan. Selangor Darul ehsan:Percetakan Polygrafic (M) Sdn. Bhd..
James Eng Jit Eng (2011). Pengurusan Disiplin Murid (Edisi Kedua). Selangor. PTS
Professional.
Johari Bin Hassan & Nik Selma Bt Muhammad (2009). Faktor-faktor yang Menyebabkan
Masalah Ponteng di Sekolah Menengah Daerah Kulaijaya, Johor. Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia.
Kamalia Nor Abu Samah (2007). Faktor-Faktor Yang Menyumbang kepada gejala ponteng
Di Kalangan Pelajar Di Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Utara 2, Johor
Bahru, Johor Darul Tazim Satu Tinjauan. Universiti Teknologi Malaysia.
Kementerian Pendidikan Malaysia (1994). Panduan Bagi Mengatasi Ponteng Di Sekolah:
Unit Disiplin Bahagian Sekolah.
KPM. (1994). Panduan Bagi Mengatasi Masalah Ponteng Kelas. Kuala Lumpur:Percetakan
Watan Sdn. Bhd..
K. Shoba a/p C. Karuppaya (2007). Faktor-faktor yang Mempengaruhi Kemerosotan
Disiplin di kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Johor. Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia.
Mahmood Nazar Mohamad (1996). Pengantar Psikologi: Satu Pengenalan Asas Kepada
Jiwa dan Tingkah Laku Manusia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Manivannan Arumugam (2002). Masalah Ponteng Sekolah Di Kalangan Pelajar-pelajar Di
Sekolah Menengah Di Daerah Kota Bharu, Kelantan. Universiti Urata Malaysia.
Mat kilau Idris (1997). Gejala Ponteng Sekolah Antara Para Pelajar Sekolah Menengah.
Universiti Utara malaysia.
Mohamed Hatta Shaharom. (2004). Psikologi & Kaunseling Remaja:Panduan Remaja
Membimbing Diri Sendiri. Kuala Lumpur: PRIN-AD Sdn. Bhd..
Mohd. Bukhari Mat Ghani (2010). Masalah Disiplin Pelajar Sekolah Di Daerah Kulaijaya.
Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Najib Abdul Ghafar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia. Mohamed Sharif Bin Mustaffa & Hazni Binti Abdul Ghani. Persepsi
Pelajar Mengenai Punca-Punca Masalah Ponteng. Satu Kajian Kes Di Sekolah
48

Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2, Johor Bahru. Fakulti Pendidikan


Universiti Teknologi Malaysia.
Mok Soon Sang (2001) Psikologi Pendidikan Untuk Kursus Diploma Perguruan.Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman.
Rajaguru, Mohd Daud Saad dan Ibrahim Saad. (1982). Pengamatan Terhadap Masalah
Disiplin. Isu Pendidikan Malaysia. Kuala Lumpur:DEB.
SMK Bandar Sarikei. (2006). Buku Kawalan Kelas (Tingkatan 4, 5 dan 6Atas). Sarikei: SMK
Bandar Sarikei.
Utusan Malaysia ( 1 Mei, 1994)

49

You might also like