You are on page 1of 3

SISTEM FEUDAL DI ENGLAND

Latarbelakang Sistem Feudal di England


Selepas kejatuhan Empayar Rom, menjelang tahun 800 Masihi, muncul
satu
institusi politik yang dikenali sebagai feudalisme di Negara- negara Eropah
Barat termasuklah di England. Dalam sistem feudal terdapat satu susunan
tanggungjawab yang kompleks dan obligasi di kalangan individu daripada
kelas
terbawah (serf) kepada kelas teratas iaitu raja. Setiap serf memberi sumpah
kesetiaan kepada golongan yang lebih tinggi daripada mereka. Golongan yang
lebih tinggi ini ialah knight (pahlawan), bangsawan (baron, duke,lord) dan akhir
sekali ialah raja.Setiap bangsawan berjanji untuk melindungi mereka yang telah
bersumpah untuk bersatu dengannya (Sivachandralingam, et.al.1999:93). Dalam
sistem feudal di England, kebergantungan sangat kuat antara seorang raja
dengan golongan bangsawan (lord) yang dilantik sendiri oleh raja. Golongan
bangsawan mempunyai hubungan secara langsung dengan raja. Jika seseorang raja
memerlukan tenaga buruh untuk melakukan sesuatu kerja atau memerlukan
tentera maka golongan petani (serf) akan dikerah untuk memenuhi keperluan tadi.
Jadi dalam sistem feudal di England golongan petani (serf) menjadi subjek utama
dan tidak mempunyai sebarang hak. Dalam sistem feudal, tanah menjadi elemen
utama iaitu semua tanah adalah milik raja. Golongan bangsawan telah dikurniakan
tanah (wilayah) oleh raja. Tanah menjadi punca kekayaan bagi raja dan golongan
bangsawan. Ciri-ciri Sistem Feudal di England
1. Hubungan bertimbal balas atau hubungan dua hala. Hubungan bertimbal balas
(vassalage) yang dibuat melalui persetiaan seseorang hulubalang sebagai pengikut
(vassal) kepada seseorang hulubalang lain yang diangkat sebagai tuan (lord)
kepada vassal tersebut. Melalui hubungan ini, seseorang vassal dan lord akan diikat
dengan fungsi dan tanggungjawab-tanggungjawab tertentu. Golongan vassal akan
memberikan ketaatan dan perkhidmatan terutamanya dalam bidang ketenteraan
kepada lordnya. Sebagai timbal balas golongan lord pula akan memberikan
penjagaan dan perlindungan kepada vassalnya.
2. Harta feudal yang kebiasaannya berupa tanah. Ciri yang kedua iaitu harta
feudal (fief), kebiasaannya berupa tanah yang menjadi punca kekayaan kepada
tuan tanah iaitu raja dan golongan bangsawan. Tanah dikurniakan oleh raja kepada
seseorang lord kemudian lord pula akan memberkan tanah kepada vassalnya
bertujuan untuk mengikat persetiaan. Oleh kerana tujuan utama pemberian fief
adalah untuk mendapatkan khidmat ketenteraan, maka fief juga dikenali sebagai
military fief. Fief tidak semestinya berupa tanah sahaja, sebaliknya pangkat,
jawatan, kedudukan dan sebagainya boleh juga diberikan sebagai bentuk fief.
Pemberian fief berupa tanah dapat menarik minat golongan hulubalang yang
berkuasa. Golongan serf tidak memiliki tanah, tetapi dibenarkan untuk bercucuk
tanam dan menternak binatang di atas tanah yang dibenarkan oleh tuan tanah.

3. Ketenteraan. Ciri feudalisme yang ketiga ialah ketenteraan, iaitu wujudnya


kelas-kelas hulubalang dan perlaksanaan khidmat-khidmat ketenteraan
persendirian oleh vassal kepada lord sebagai penerimaan fief. Oleh kerana tujuan
asas hubungan vassalage-fief adalah mewujudkan satu organisasi ketenteraan yang
efektif. Perkhidmatan utama yang diberikan oleh vassal kepada lord ialah
perkhidmatan ketenteraan. Perkhidmatan-perkhidmatan lain termasuklah yang
melibatkan aspek-aspek ekonomi hanya merupakan perkhidmatan sampingan
sahaja.Oleh kerana sistem feudal dikaitkan dengan aspek ketenteraan maka di
Eropah atau England wujudnya golongan tentera elit seperti knights dan chivalry
yang lebih berdisiplin, terlatih dan mempunyai peralatan yang mahal.
4. Kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian. Ciri feudalisme
keempat ialah kuasa pemerintahan dan hak-hak perundangan persendirian yang
dimiliki dan dilaksanakan oleh lord terhadap vassalnya serta ke atas rakyat yang
berada di atas tanah-tanah kepunyaan lord. Selain menguasai tanah, seseorang lord
juga turut berkuasa ke atas sumber ekonomi, pentadbiran, pelaksanaan undangundang, mengutip cukai, mengawal institusi ketenteraan dan institusi
kewangannya.
Struktur Masyarakat Feudal di England.
1. Masyarakat di England atau Eropah terbahagi kepada dua golongan iaitu
pemimpin dan yang dipimpin. Golongan pemimpin terdiri daripada raja dan
bangsawan. Susunan masyarakat feudalnya berbentuk piramid iaitu raja atau
pemimpin utama terletak di lapisan paling tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa
lapisan para bangsawan yang menjadi pengikut raja atau vassal yang memberi
kesetiaan kepada raja. Golongan bangsawan ini terbahagi kepada dua iaitu lapisan
pertama dan kedua.
2. Golongan Bangsawan lapisan pertama yang memiliki tanah (fief) secara
langsung daripada raja dikenali sebagai tenants-in-chief. Bangsawan lapisan
pertama pula membahagikan fief mereka kepada bangsawan lapisan kedua. Proses
ini dikenali sebagai subinfeudation . Bangsawan lapisan ke dua seterusnya
membahagikan fief mereka kepada bangsawan yang lebih rendah daripadanya
atau golongan petani. Setiap bangsawan (Vassal) berkuasa ke atas petani yang
menentap dififnya. Hampir kesemua petani terdiri daripada serf yang bertaraf
antara orang bebas dengan hamba (Ranjit Sing Malhi, 1993: 91)
. 3. Golongan yang dipimpin pula merupakan golongan rakyat biasa yang menetap
di wilayah kekuasaan golongan bangsawan. Rakyat biasa ini dikenali sebagai serf
iaitu golongan bukan hamba tetapi tidak bebas sepenuhnya. Mereka terikat kepada
pemimpin atau tuan mereka dan tidak bebas bergerak atau berpindah dari satu
tempat ke tempat lain. Mereka bergantung kepada golongan bangsawan untuk
mendapatkan mata pencarian. Terdapat juga petani bebas yang menyewa tanah
daripada golongan bangsawan ( Ranjit Sing Malhi, 1993: 91).

4. Selain itu terdapat golongan paderi yang merupakan satu kelas yang
berasingan. Sebilangan besar daripada mereka terdiri daripada daripada golongan
bangsawan yang mempunyai tanah sebagai Vassal dalam sistem feudal (Ranjit
Singh Malhi, 1993:91).Menurut Ferguson dan Brunn, pada abad ke-12 dan ke-13,
hampir 1/3 daripada tanah yang boleh digunakan di Eropah barat di kawal oleh
greja. Bishop, abot dan pegawai-pegawai yang memegang jawatan penting dalam
gereja biasanya adalah golongan bangsawan.Justeru itu mereka sering campur
tangan dalam pemilihan jawatan bishop dan jawatan-jawatan lain untuk salah
seorang dari ahli keluarga mereka. Akibatnya pegawai-pegawai greja terdiri
daripada golongan yang mementingkan meterial dan mempunyai dua
tanggungjawab (Sivachandralinggam, 1996:70).

You might also like