You are on page 1of 1

Sila huraikan sejarah dan perkembangan seni Islam di Tanah Melayu.

Seni Islam bermula dari zaman nabi. Nabu Daud a.s terkenal dengan suaranya yang
amat merdu. Beliau boleh mengalunkan lagu memuji Allah sambil memetik Kecapi sehingga
dirasakan oleh persekitarannya dan mereka semua turut sertai menyanyi bersama Nabi Daud.
Tertulis di dalam Al-Quran, Surah Saba ayat ke-sepuluh yang membawa maksud:
Sesungguhnya Kami telah melimpahan Nabi Daud limpah kurnia, Kami berfirman Hai
gunung-ganang, ulangilah mengucap tasbih bersama dengan Nabi Daud dan wahai burung,
bertasbihlah bersama dengannya.
Ayat tersebut menunjukkan bahawa Seni Islam seperti berzikir dan bertasbih yang juga telah
menjadi kebudayaan di Tanah Melayu kita juga telah wujud dari zaman Nabi yang terdahulu.
Selain itu, Nabi Daud juga telah mendapat satu mukjizat untuk melembutkan besi. Beliau
telah mereka cipta baju daripada besi untuk kegunaan peperangan seperti yang dinyatakan
dalam Surah Saba ayat ke-sebelas yang bermaksud:
Kami wahyukan kepadanya, buatlah baju besi yang labuh dan sempurnakanlah jalinannya
sekadar yang dikehendaki
Ayat tersebut menunjukkan seni mereka cipta baju telah lama wujud dan kini telah menjadi
perkara biasa atau jadi satu kebudayaan di Tanah Melayu yang telah berubah mengikut
peredaran masa. Tanah Melayu terkenal dengan rekaan baju yang tersendiri seperti Baju
Melayu, Baju Kurung dan Baju Kebaya.
Seterusnya, seni di zaman Nabi Muhammad SAW juga menunjukkan satu sejarah
bagaimana seni Islam di Tanah Melayu boleh berkembang seperti yang sedia ada sekarang.
Salah satu seni pada zaman Nabi yang diguna pakai di tanah Melayu ialah seni bina masjid.
Pada zaman itu, Masjid Quba telah direka dan dibina. Masjid Nabawi yang berbentuk segi
empat dan indah dari luar dan juga di dalam telah di bina pada zaman Rasulullah SAW. Seni
yang dipamerkan melalui pembinaan masjid itu bersesuaian dengan fungsi masjid sebagai
tempat ibadah dan kemasyarakatan. Selain itu, terdapat juga seni suara pada zaman
Rasulullah SAW seperti seni pembacaan Al-Quran dan seni azan yang kini banyak di pakai
dalam kehidupan seharian penduduk tanah Melayu. Azan didengari pada setiap hari dan juga
terdapat pertandingan-pertandingan tilawah Al-Quran yang diminati ramai. Seni sastera
terdahulu yang banyak mempengaruhi seni sastera Tanah Melayu termasuklah penyairpenyair Islam berwibawa, Hassan Bin Thabit dan Kaab Bin Zuhair. Terdapat juga surah
dalam Al-Quran dikhususkan dengan nama Syuara (penyair).
Pada zaman sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW, seni terus berkembang dengan
peluasan wilayah Islam ke Parsi dan Rom. Seni bina berkembang dengan kedatangan arkitek
rom untuk membina masjid Nabawi dan Masjidil Haram. Seni sastera juga telah mendapat
perhatian daripada para khalifah dan ini lagi menyemarakkan lagi pertumbuhan seni tersebut.
Di samping itu, di alam Melayu, Wali Songo telah terdahulu menggunakan Seni
Wayang Kulit sebagai wasilah untuk berdakwah. Ini merupakan seni daripada Negara Arab
yang menjadi ikutan bagi seniman di Alam Melayu. Seni di Tanah Melayu sememangnya
banyak terpengaruh daripada seni-seni yang terdahulu daripada zaman para Nabi dan
berkembang mengikut peredaran masa.

You might also like