You are on page 1of 7

Tinjauan Operasi

Pengurusan Pelaburan

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

PENGURUSAN PELABURAN

Suruhanjaya sebagai badan yang bertanggungjawab dalam


memastikan industri pengurusan pelaburan beroperasi
dengan teratur dan cekap menerbitkan lesen kepada
perantara dalam industri dan juga mempertimbangkan
permohonan untuk menubuhkan dana unit amanah, dana
amanah harta dan skim pelaburan kolektif yang lain, dan
juga terbitan dan tawaran untuk jualan instrumeninstrumen tersebut kepada awam. Suruhanjaya juga
mempertimbangkan permohonan terhadap pengecualian/
kelainan daripada garis panduan dan juga merangka polisi
dan peraturan untuk dana unit amanah serta skim pelaburan
kolektif yang lain bawah kawal seliaannya.

TERBITAN LESEN
Pada akhir 2002, terdapat 80 syarikat pengurusan dana
berlesen dan 292 wakil pengurus dana. Enam puluh lima
syarikat pengurusan dana ini ialah 100% milik tempatan,
10 dimiliki secara usaha sama dengan majoriti pemilikan
tempatan, dua ialah 100% milik asing dan tiga secara usaha
sama dengan majoriti pemilikan asing. Di samping itu,
terdapat juga 12 pengurus dana niaga hadapan berlesen dan
53 wakil pengurus dana niaga hadapan.

Carta 1

Peratusan Dana yang Diuruskan oleh


Syarikat Pengurusan Dana
80
74.0

31 Dis 2002

70.1

31 Dis 2001

60

Peratusan (%)

Industri pengurusan pelaburan di Malaysia meliputi dana


pencen dan kumpulan wang simpanan, dana unit amanah,
dana insurans dan tabung haji. Menurut SCA, bidang kuasa
pengawalseliaan Suruhanjaya terhadap skim pelaburan
kolektif sedemikian merangkumi dana unit amanah, dana
amanah harta dan dana tertutup, tetapi tidak meliputi skim
pelaburan kolektif yang lain seperti dana pencen dan
kumpulan wang simpanan, dana insurans dan tabung
haji. Daripada dana ini, unit amanah membentuk bahagian
yang besar.

40
29.9
26.0

20

0
Lima syarikat pengurusan
dana terbesar

Syarikat pengurusan
dana yang lain

PRESTASI INDUSTRI
Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang diuruskan oleh
syarikat pengurusan dana ialah RM64.26 bilion, mencakupi
RM61.26 bilion dana tempatan dan RM3 bilion (AS$0.79
bilion)1 dana asing.
Sebahagian besar dana tempatan yang diuruskan ialah dalam
kategori unit amanah, mencecah RM41.83 bilion pada
penghujung 2002, berbanding RM36.77 bilion pada akhir
2001 (Jadual 1). Jumlah ini merangkumi lebih daripada 68%
dana yang diuruskan di negara ini pada akhir 2002. Dana
jenis lain bawah pengurusan ialah dana amal, dana korporat,
KWSP, dana badan/agensi kerajaan, dana individu, dana
insurans dan dana pencen persendirian.
Bagi dana asing pula, sebahagian besar dana yang diuruskan
terdiri daripada dana korporat (75%), seperti pola yang
dicatatkan pada tahun sebelumnya.

AS$1 = RM3.80

TINJAUAN OPERASI

2-53

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

Carta 2

Carta 3

Dana yang Dilaburkan Di Dalam dan Di Luar Malaysia

Pengagihan Aset

80

80
31 Dis 2002

31 Dis 2002

31 Dis 2001

31 Dis 2001
65.0

60.14
60

62.9

60

Peratusan (%)

RM bilion

49.91

40

20

40

18.7

20

17.5

13.7
2.01

15.8

1.10

3.8

0
Dilaburkan di Malaysia
(RM)

Dilaburkan di luar Malaysia


(RM)

Setakat 31 Disember 2002, lima syarikat pengurusan dana


yang terbesar masih menguruskan lebih daripada 70%
daripada jumlah dana yang diuruskan, kira-kira 4% lebih
rendah daripada peratusan yang dicatatkan pada akhir tahun
sebelumnya (Carta 1).
Setakat 31 Disember 2002, jumlah dana yang dilaburkan di
Malaysia melalui pengurusan dana ialah sebanyak
RM60.14 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 20% daripada
penghujung tahun 2001 (Carta 2). Manakala, dana yang
dilaburkan di luar Malaysia ialah sebanyak RM2.01 bilion,
iaitu peningkatan ketara sebanyak 83% berbanding akhir
tahun 2001.
Jika dibandingkan dengan tahun 2001, tidak terdapat
sebarang perubahan besar dari segi pola pengagihan aset pada
tahun 2002 (Carta 3) kebanyakan aset diperuntukkan
kepada pelaburan dalam ekuiti (2002: 64.98%, 2001:
62.94%) diikuti oleh pelaburan tunai (2002: 17.54%, 2001:
15.8%).
Prestasi industri unit amanah pada tahun 2002 secara amnya
amat memberangsangkan. Setakat 31 Disember 2002,
terdapat 39 syarikat pengurusan unit amanah berbanding
37 pada tahun sebelumnya (Jadual 2). Dana unit amanah
yang telah diluluskan sejumlah 163 pada akhir tahun 2001
telah meningkat kepada 188 pada 31 Disember 2002. Unit
dalam edaran juga telah meningkat sebanyak 18.42%
daripada 71.39 bilion unit pada akhir tahun 2001 kepada
84.54 bilion unit pada 31 Disember 2002.
2-54

TINJAUAN OPERASI

2.6

0
Pendapatan Tetap

Ekuiti

Tunai

Lain-lain

Jumlah NAV dana juga telah meningkat daripada RM47.34


bilion pada 31 Disember 2001 kepada RM53.70 bilion pada
akhir Disember 2002, iaitu peningkatan sebanyak 13.44%.
NAV pada tahun 2002 merangkumi 11.15% daripada
jumlah permodalan pasaran BSKL berbanding 10.18% pada
tahun 2001. Jumlah akaun pada akhir Disember 2002
sebanyak 10.18 juta, juga lebih tinggi daripada jumlah pada
tahun 2001 iaitu 9.99 juta.
Selaras dengan pertumbuhan industri unit amanah, dana
unit amanah Islam juga mencatatkan pertumbuhan
dalam tahun 2002. Terdapat 44 dana unit amanah Islam
yang merupakan 23% daripada jumlah keseluruhan 188
dana unit amanah di Malaysia pada 31 Disember 2002
(tahun 2001: 32 tabung iaitu 19.6%). Penerangan lebih
lanjut lagi mengenai perkembangan industri dana unit
amanah Islam terdapat dalam bab Pasaran Modal Islam
laporan tahun ini.
Dari segi permohonan yang berkaitan dengan unit
amanah, amanah harta dan skim pelaburan kolektif
yang lain, Suruhanjaya telah mempertimbangkan 367
permohonan pada tahun 2002 (Jadual 3). Daripada
jumlah ini, 25 permohonan ialah untuk menubuhkan
dana baru, 28 untuk meningkatkan had saiz dana dan
12 untuk pengecualian/kelainan daripada garis panduan
tersebut.

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

NOTA AMALAN DAN GARIS PANDUAN


Pada tahun 2002, Suruhanjaya telah menerbitkan empat nota
amalan dan satu set garis panduan untuk menggalakkan
industri unit amanah yang lebih efektif dan persekitaran
pelaburan yang lebih baik bagi pelabur.

Practice Note 16 on Eligibility of Management


Companies
Sejajar dengan matlamat memberi kelonggaran kepada
industri pengurusan pelaburan secara berperingkatperingkat, Practice Note 16 on Eligibility of Management
Companies telah diterbitkan bagi melonggarkan lagi
keperluan yang telah ditetapkan terhadap hak milik syarikat
pengurusan unit amanah. Polisi baru ini diperkenalkan untuk
membenarkan sesebuah kumpulan syarikat untuk
mempunyai kepentingan dalam lebih daripada satu syarikat
pengurusan unit amanah. Kelonggaran ini diperkenalkan
setelah mengambil kira kerumitan struktur pemegangan
saham yang semakin bertambah dalam dunia korporat.
Walaupun diberikan kelonggaran, beberapa syarat telah
dikenakan bagi mengelakkan sebarang konflik kepentingan
yang mungkin timbul dan untuk memastikan ada
kawalan untuk mengurangkan perkara sedemikian, termasuk
mengehadkan penguasaan pemegang saham hanya ke atas
sebuah syarikat pengurusan unit amanah, mengehadkan
hak mengundi tidak melebihi 20% daripada saham
undian syarikat yang mana pemegang saham tersebut
mempunyai kepentingan minoriti, dan tidak membenarkan
pemegang saham melibatkan diri dalam pengurusan
harian syarikat atau dilantik sebagai ahli lembaga
pengarah atau ahli jawatankuasa pelaburan dalam syarikat
yang pemegang saham itu mempunyai kepentingan
minoriti.

Practice Note 18 on Additional Requirements


for Schemes Managed and Administered in
Accordance with Syariah Principles
Dalam merealisasikan matlamat untuk terus membangunkan
pasaran modal Islam, Suruhanjaya telah memperkenalkan
Practice Note 18 on Additional Requirements for Schemes

Managed and Administered in Accordance with Syariah


Principles. Nota Amalan 18 diperkenalkan bertujuan untuk
mempertingkatkan integriti dan kredibiliti skim unit
amanah yang ditadbir berdasarkan prinsip Syariah dengan
penetapan peranan masing-masing bagi penasihat Syariah,
jawatankuasa, juru runding, jawatankuasa pelaburan,
pemegang amanah dan pegawai pematuhan dalam menyelia
pengurusan unit amanah Islam bagi memastikan pengurusan
mengikut objektifnya. Nota amalan ini juga bertujuan
meningkatkan kemahiran ahli jawatankuasa Syariah sesebuah
skim bagi memastikan mereka yang dilantik untuk
memegang jawatan tersebut mempunyai kemahiran dan
keupayaan yang diperlukan untuk menjalankan fungsi yang
dikehendaki ketika melaksanakan tugas mereka.

Nota Amalan 17 dan 19


Dua Nota Amalan lain yang telah diterbitkan dalam tahun
2002 ialah Nota Amalan 17 dan 19. Nota Amalan 17
merupakan usaha Suruhanjaya untuk terus meliberalisasikan
dan meningkatkan daya saing di kalangan peserta dalam
industri unit amanah dengan melupuskan kadar yuran
minimum untuk pemegang amanah. Langkah ini memberi
laluan kepada pemegang amanah dan syarikat pengurusan
untuk berunding mengenai yuran yang wajar dikenakan
tanpa sebarang had minimum, dan mengambil kira faktorfaktor lain seperti tanggungjawab yang dipikul oleh
pemegang amanah dan tahap perkhidmatan yang disediakan
oleh pemegang amanah.
Nota Amalan 19 pula membentangkan prosedur bagi
pendaftaran ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariah.
Objektif Nota Amalan 19 ialah untuk memperbaiki rangka
pelantikan ahli jawatankuasa Syariah atau penasihat syariah
supaya menjadi lebih efisien dan teratur untuk dana unit
amanah yang diurus berlandaskan prinsip Syariah.

Guidelines on Property Trust Funds


Pada tahun 2002 juga, Suruhanjaya telah menerbitkan
Guidelines on Property Trust Funds yang telah disemak semula
untuk memudahcarakan pengenalan produk pengurusan
pelaburan yang pelbagai dan berorientasikan permintaan di

TINJAUAN OPERASI

2-55

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

pasaran modal Malaysia. Semakan semula garis panduan


tersebut telah dijalankan untuk menggalakkan pertumbuhan
industri tabung amanah harta, di samping merangsang sektor
harta tanah di Malaysia.
Garis panduan tersebut memberikan lebih kelonggaran
dalam operasi berkaitan dana amanah harta, termasuk skop
pelaburan yang lebih luas dan had pelaburan yang lebih
liberal bagi portfolio pelaburan dana. Dengan kelonggaran
tersebut, dana amanah harta diberi peluang untuk melabur
dalam kelas aset yang lebih pelbagai, termasuk pelaburan
dalam instrumen yang dibenarkan, seperti aset berkaitan

2-56

TINJAUAN OPERASI

harta tanah sebenar, untuk menggalakkan lebih fleksibiliti


dari segi pengagihan aset. Proses liberalisasi ini juga
meliputi keperluan terhadap tebaran dan tumpuan
pelaburan, untuk mengurangkan risiko kepada pelabur
dengan mempelbagaikan pengagihan aset tabung.
Di samping itu, garis panduan ini juga memperkenalkan
perubahan ketara kepada kriteria kelayakan syarikat yang
ingin menyertai industri amanah harta, iaitu kini
merangkumi anak syarikat induk harta dan syarikat
pembangunan harta.

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

STATISTIK UTAMA

Jadual 1

Dana Bawah Pengurusan Mengikut Jenis Dana2


Jenis Dana

Tempatan (RM Juta)

Asing (AS$ Juta)

2002

2001

288.25

225.90

2.26

Dana korporat

5,628.52

4,050.35

592.29

520.05

KWSP

4,232.65

2,129.52

Dana kerajaan

1,280.34

885.47

Dana individu

1,724.91

673.22

43.70

33.44

Dana insurans

857.72

529.16

5.40

1.60

3,748.59

2,755.67

7.17

96.61

959.79

899.05

0.08

0.37

41,828.75

36,774.36

141.21

28.35

705.53

664.72

0.40

61,255.05

49,587.42

792.11

680.82

2002

2001

Jumlah syarikat pengurusan

39

37

Jumlah dana yang diluluskan

188

163

134.96

109.97

Unit dalam edaran (bilion unit)

84.54

71.39

NAV (RM bilion)

53.70

47.34

Jumlah akaun (juta)

10.18

9.99

% NAV kepada jumlah permodalan pasaran BSKL

11.15

10.18

Dana amal

Dana lain3
Dana pencen persendirian
Dana unit amanah
Dana unit amanah Islam
Jumlah

2002

2001

Jadual 2

Industri Unit Amanah pada Tahun 2002 dan 2001

Jumlah saiz dana yang diluluskan (bilion unit)

2
3

Berdasarkan 61 syarikat pada tahun 2001 dan 63 syarikat pada tahun 2000.
Meliputi dana yang ditubuhkan untuk tujuan khas, yang tidak dapat dikelaskan bawah mana-mana kategori dalam jadual.

TINJAUAN OPERASI

2-57

LAPORAN TAHUNAN SURUHANJAYA SEKURITI 2002

Jadual 3

Permohonan Berhubung Pelbagai Perkara Berkaitan Skim Unit Amanah, Amanah Harta dan Skim Pelaburan Kolektif Lain
Jumlah Permohonan
Jenis Permohonan

Masih Dipertimbangkan

2002

2001

Penubuhan dana baru

25

33

16

13

Pertambahan dalam had saiz dana

28

18

Pengecualian/kepelbagaian daripada
garis panduan

12

Penilaian semula harta

Pendaftaran prospektus

79

67

29

25

Pendaftaran surat ikatan amanah

39

56

23

17

Pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif,


Pengarah dan Ahli Jawatankuasa
Pelaburan

89

87

17

19

Permohonan lain

92

73

17

22

367

347

106

102

Jumlah

2-58

Dipertimbangkan

TINJAUAN OPERASI

2002

2001

You might also like