You are on page 1of 2

Istilah hubungan bermaksud kaitan, pertalian atau sangkut paut.

Istilah etnik pula


berkenaaan dengan bangsa manusia. Ia tidak memaksa perubahan terhadap kepercayaan agama
atau membuang unsur sesuatu kaum. Hubungan etnik boleh dikatakan sebagai perkaitan atau
pertalian antara etnik atau kaum. Kumpulan etnik lazimnya bermulam daripada satu konsep
keturunan, iaitu generasi kumpulan etnik hari ini mempunyai nenek moyang yang sama dan
turun-temurun daripada nenek moyang itu.
Media merupakan alat atau perantara dalam komunikasi atau dalam perhubungan. Media
massa pulan bermaksud alat seperti akhbar, radio, televisyen yang digunakan untuk menyebarkan
maklumat dan berita kepada orang ramai. Ia juga dikatakan sebagai satu alat sebaran maklumat.
Teori media massa akan menerangkan dengan lebih jelas.
Dalam teori media massa, fungsionalisme bermaksud media mesti disekidiki secara
empirical untuk menilai sama ada media dapat berfungsi dengan baik ataupun tidak. Contohnya ,
surat khabar. Penghasilan surat khabar dapat menyampaikan maklumat kepada setiap ahli
masyarakat. Setiap bahagian dalam media massa berperanan dalam menyebarkan maklumat
kepada orang ramai. Oleh itu, setiap bahagiann ini berfungsi untuk menyalurkan maklumat
kepada masyarakat. Jika ia tidak dijalankan dengan baik, ia akan menggugat perpaduan negara.
Selain daripada fungsionalisme, interaksionisme juga penting dalam teori media massa.
Interaksionisme ialah melihat interaksi-interaksi dalam atau antara ahli masyarakat bagi
mendapatkan sesuatu maklumat. Contohnya, apabila para wartawan mendapatkan sesuatu
maklumat. Para wartawan akan menganalisis setiap maklumat yang dioperolehi sama ada ianya
benar ataupun tidak jika ianya melibatkan saksi kejadian. Peranan yang dimainkan oleh
wartawan ini dianggap sebagai orang tengah kerana mereka mendapat maklumat melalui cara
berinteraksi dengan orang lain. Bagi teori interaksionalisme ini, interaksi merupakan perkara
penting untuk mendapatkan sesuatu maklumat dan juga menilai sama ada benar atau salah.
Tedapat juga konflik bagi teori media massa ini, iaitu dari segi ekonomi dan keagamaan.
Contahnya ialah apabila penggunaan surat khabar sebagai medium untuk menjatuhkan orang lain
dan maklumat salah yang telah memberikan pandangan negatif mengenai masyarakat terhadap
media massa. Devian adalah kesan sampingannya. Devian ialah seseorang yang menyimpang
daripada normal. Devian akan menghasilkan pelbagai perbuatan jenayah seperti perhimpunan
haram bagi membantah penyiaran maklumat terbabit seperti yang berlaku berkaitan isu video
penghinaan Nabi Muhammad s.a.w. yang telah mendapat perhatian seluruh dunia dimana ia telah
membawa kepada perhimpunan beranai-ramai bagi menunjuk amarah terhadap penghiaan
tersebut.
Terdapat pelbagai jenis media massa buat zaman moden ini, contohnya media cetak dan
media elektronik. Media cetak ialah sumber bertulis seperti surat khabar, majalah, buku, novel
dan lain-lain, manakala, media elektronik adalah seperti televisyen, radio, internet, blog, telefon
bimbit dan sebagainya. Terdapat juga dua aspek media iaitu media berautonomi dan media
terkawal. Media berautonomi ialah media yang menjalankan operasinya yang tersendiri,

manakala, media terkawal ialah media yang menerima bantuan atau dikawal sepenuhnya oleh
pemerintah, parti politik, organisasi dan juga institusi keagamaan.
Media massa terdapat pelbagai peranan iaitu dari segi individu, masyarakat dan
memupuk perpaduan. Dari segi peranan individu, media massa memberi perkembangan dan
maklumat kepada individu terutamanya berkaitan hal-ehwal semasa, berita luar mahupun dalam
Negara. Jaringan social pada alaf ini seperti Facebook, Twitter, MySpace, Friendster dan Blog
pula sememangnya telah memeriahkan lagi kehidupan individu untuk berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain. Peranan media massa bagi individu berupaya mencetus minda
rakyat, hatta menjadi penentu agenda sesuatu Negara dan masyarakat. Bagi peranan media massa
dari segi masyarakat, media-media memegang amanah yang penting dan bertanggungjawab
dalam memastikan penyebaran maklumat supaya orang awam dapat membuat keputusan yang
bijaksana dalam kehidupan mereka. Bagi masyarakat, media cetak membantu membuka minda
kita mengenai apa yang telah kita ketahui, yang kita rasai, menwujudkan hubungan antara kita
serta menunjukkan harapan dan ketakutan. Media elektrinik pula mengutarakan berita yang
sahih, benar dan juga tepat.
Kesan positif yang dibawa oleh media massa ialah masyarakat akan memperolehi sesuatu
berita dengan lebih pantas. Selain daripada itu, melalui penggunaan internet dan telefon bimbit
membolehkan masyarakat keluar dari kepompongnya dan pertukaran idea dan pendapat ini juga
mampu mendorong masyarakat untuk berusaha kearah yang lebih baik. Penggunaan media
massa juga akan membawa kesan negatif. Kesan negatif yang dibawa ialah mengubah
pandangan sesebuah msyarakat mengenai sesuatu perkara dan menjadi penghalang kepada
perpaduan kaum di Malaysia. Selain daripada itu, kepelbagaian bahasa dalam media sebaran am
juga akan menyebabkan ianya khusus tertuju kepada golongan rumpun bahasa dan budya
tertentu tanpa kebimbingan ia akan didengari oleh kumpulan lain dalam masyarakat. Dengan ini,
salah faham akan timbul dalam atau antara kaum. Golongan remaja yang membesar dengan
komputer juga memberkan kesan yang buruk terhadap masyarakat.
https://prezi.com/azbqz1fi_bxw/peranan-media-massa-dalam-hubungan-entik-di-malaysia/

You might also like