You are on page 1of 24

CITY COLLEGE OF

SCIENCE AND TECHNOLOGY


ASSIGNMENT 2 FOR EPIDEMIOLOGY & CONTROL DISEASES
[ PELAN TINDAKAN PENGAWALAN PENYAKIT KEPIALU ]

JAIDE MASRIN
900505-12-5591

201411040053

CHECKED BY,

.................
MR. HJ RAHMAN SAMPE

CHAPTER TITLE
MUKASURAT
1

SOALAN ASSIGNMENT 2

1. PENGENALAN

2. SIMPTOM , JANGKITAN & RAWATAN

4-5

3. PELAN TINDAKAN PENGAWALAN DEMAM KEPIALU

6-14

4. PENUTUP

15

RUJUKAN

15

LAMPIRAN

16 - 23

SITUASI KES:-

Berlaku peningkatan kes-kes Demam Kepialu di Daerah anda sejak 5 tahun


sebelumnya (2011-2015). Anda diminta oleg Pegawai Kesihatan untuk
membantu menyediakan pelan tindakan bagi mengawal peningkatan
kejadian berkenaan untuk dilaksanakan pada tahun 2017. Gariskan
aktiviti-aktiviti yang anda rancangkan dalam pelan tindakan berkenaan.
1.0-PENGENALAN
Demam kepialu atau demam paratifoid (typhoid fever dalam bahasa Inggeris) merupakan
penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella typhi. Demam
kepialu biasa berlaku di seluruh dunia, dan hanya boleh dibawa dalam saluran usus
dan darah manusia.
Demam kepialu merebak melalui makanan atau air yang tercemar dengan bakteria daripada
orang yang dijangkiti, atau daripada sisa kumbahan yang mengandungi bakteria. Oleh itu
kebersihan tempat penyediaan makanan perlu dikekalkan setiap waktu. Mereka yang
mengendalikan gerai makanan perlu menjalani pemeriksaan perubatan seperti yang
disyaratkan dalam lesan perniagaan makanan. Elakkan daripada membeli makanan daripada
peniaga tidak berlesen terutamanya apabila terdapat wabak demam kepialu dalam sesuatu
kawasan.
Selepas membiak di dalam badan pesakit, antara gejala termasuklah demam panas 103 ke
104 F (39 ke 40 C), lemah, sakit kepala, hilang selera makan, dan sakit perut. Gejala lain
pula termasuklah radang leper, dan tompok berwarna merah bunga ros. Demam kepialu
mampu membawa maut. Gejala akut kebocoran usus kecil (intestinal perforation), berkhayal
(delusions), dan menjadi keliru juga boleh berlaku. Antibiotik, seperti ampicillin, trimethoprimsulfamethoxazole, dan ciprofloxacin biasa digunakan bagi merawat demam kepialu.
Seseorang itu mampu menjadi pembawa penyakit demam kepialu, tanpa menunjukkan
sebarang gejala, tetapi mampu menjangkiti orang lain. Pada 1907, Mary Mallon ("Typhoid
Mary")

menjadi

pembawa Amerika

Syarikat yang

pertama

dijejak

dan

dikenal

pasti.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit (Centers for Disease Control) Amerika Syarikat dianggarkan 1
sehingga 20 orang yang dijangkiti demam kepialu masih membawa penyakit demam kepialu
selepas sembuh.

Demam kepialu mungkin berlarutan selama tiga minggu sehingga satu bulan sekiranya tidak
dirawat. Kematian berlaku antara setiap 1 dalam 9 ke 1 dalam 3 kes. Suntikan vaksin berserta
pemilihan makanan yang baik merupakan cara utama mengelakkan terkenanya demam ini.

1.1-SIMPTOM
Pesakit yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara satu hingga 3 minggu selepas
mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit
perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak
dirawat, pesakit boleh mengalami gejala ini secara berterusan sehingga beberapa minggu dan
menyebabkan

komplikasi

seperti

perdarahan

dan

kebocoran

saluran

penghadaman,

keradangan otak, psikosis dan sebagainya. Mereka juga boleh menjadi pembawa bakteria ini
tanpa menunjukkan sebarang gejala. Pembawa boleh menyebarkan bakteria melalui
pengendalian makanan atau minuman.

1.2-JANGKITAN
Bakteria yang menyebabkan demam kepialu boleh disebarkan melalui tabiat yang kotor dan
keadaan sanitasi awam yang kotor. Kadangkala bakteria ini juga disebarkan oleh serangga
terbang yang hinggap pada najis. Kempen awam untuk menggalakkan orang membasuh
tangan mereka selepas membuang membuang najis dan sebelum memegang makanan adalah
komponen penting dalam mengawal penyebaran penyakit.

1.3-RAWATAN
Secara umum, penemuan semula rawatan rehidrasi oral dalam tahun 1960-an memberikan
cara mudah untuk mencegah kebanyakan penyakit yang menyebabkan cirit-birit. Apabila
penyakit itu bukan penyakit biasa, pilihan rawatan ialah fluoroquinolone seperti ciprofloxacin.
Rawatan juga boleh menggunakan ceftriaxone atau cefotaxime. Demam kepialu yang dirawat
dengan betul tidak membawa maut. Antibiotik seperti ampicillin, chloramphenicol, trimethoprim-

sulfamethoxazole, amoxicillin, dan ciprofloxacin, telah digunakan untuk merawat demam


kepialu. Pembedahan biasanya dibuat dalam kes usus yang pecah atau bocor.
Selain itu, Dapatkan vaksin: Terdapat dua jenis vaksin yang memberikan anda perlindungan
daripada demam kepialu.
Minum air yang telah dibasmi kuman menggunakan bahan kimia, dibotolkan atau dididihkan:
Sekiranya air itu tidak dididihkan terlebih dahulu, elakkan meminum, membasuh makanan atau
memberus gigi dengan air paip. Hanya ambil minuman berbotol jika boleh atau air yang telah
dibasmi kuman secara bahan kimia.
Elakkan makan makanan yang tidak dimasak: Pastikan makanan yang anda ambil dimasak
sepenuhnya untuk menghapuskan kuman-kuman merbahaya.
Amalkan kebersihan tangan yang baik: Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap
menggunakan sabun dan air bersih. Jika anda di luar dan tidak menemui sabun atau air,
gunakan Pembasmi Kuman Tangan untuk membunuh 99.9% kuman.

2.0 PELAN TINDAKAN PENGAWALAN KES-KES DEMAM KEPIALU


2.1 KAWALAN PERSEKITARAN
Langkah ini termasuklah pemeriksaan premis makanan dan sanitasi persekitaran.
Penutupan premis makanan dilakukan jika melanggar Akta Pencegahan dan
Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 atau Akta Makanan 1983 dan PeraturanPeraturan Makanan 1985. Pemeriksaan premis makanan dan keselamatan makanan di
kawasan wabak perlu dijalankan serta dipertingkatkan.
2..2 PENDIDIKAN KESIHATAN
Pendidikan kesihatan secara umum dalam bentuk individu atau berkelompak dengan
pengunaan kaedah ceramah, sebaran risalah, poster dan sebagainya. Ini perlu
diberikan kepada semua kontek, pengendali makanan dan orang ramai( Maktab
Perguruan) serta ahli keluarga kes.
Pendidikan kesihatan khusus harus diberi kepada pengendali makanan:
Jika disahkan sebagai pesakit atau pembawa kronik, mereka tidak boleh
mengendalikan makanan sehingga mereka disahkan sembuh sepenuhnya( Stool
clearance telah dipatuhi)
Pemeriksaan kesihatan mesti dilakukan dengan menyeluruh dan ujian najis
mesti diambil
Mendapatkan pelalian/ immunisasi tifoid mengikut peraturan yang telah
ditetapkan

Memaklumkan

kepada

Pejabat

Kesihatan

Daerah

minggu

sebelum

mengadakan acara kenduri atau keramaian di peringkat kampung atau daerah


2.3 IMMUNISASI TIFOID
A) JENIS VAKSIN
Terdapat 3 jenis vaksin tifoid iaitu;
i) Typhim Vi ( Vi CPS) seperti yang digunakan di KKM
Vaksin capsular polysaccharide
Satu dos 0.5ml( 25 microgram) secara intramuscular di kawasan deltoid
Tidak boleh diberikan kepada kanak- kanak bawah 2 tahun.
Booster diberikan setiap 3 tahun sekali
ii) Ty21a- Vaksin oral live attenuated didapati dalam bentuk kapsul tersalut
enteric( enteric coated)
Kontek terdekat dengan pembawa S.typhi
Mereka yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan makanan untuk orang
awam( pengendali makanan).
iii) Kontraindikasi pelalian
Wanita mengandung
Bayi berumur kurang 2 tahun
Pesakit immunosuppressed seperti pesakit HIV/ AIDS dan pesakit yang
menjalani radioterapi/ kemoterapi.
2.4 MEWUJUDKAN KEANGGOTAAN DAN SENARAI TUGAS WABAK DI PKD
A) Keanggotaan Pasukan Petugas Bilik Gerakan( Sekretariat)

Ketua Penyelaras: Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Kanan


Pembantu:
PPKP ( Kawalan Penyakit)
PKA ( Kanan)
Bilangan pasukan bergantung kepada jumlah bebanan kerja siasatan yang ada.
Petugas digilirkan dikalangan tenaga kerja PKD dari pelbagai unit.
Senarai Tugas Bilik Gerakan
1. Bertanggungjawab terhadap semua pemerosesan dan pengeluaran laporan
berkaitan wabak
2. Membuat catatan semua laporan yang diterima semasa dari petugas di lapangan
ataupun dari lain- lain jabatan yang berkaitan, memaklumkan kepada Pegawai
Kesihatan Daerah dan memastikan semua keputusan atau arahan disampaikan kepada
sesiapa yang berkenaan
3. Menyelaras pergerakan pasukan petugas lapangan termasuk mempastikan
keperluan kerja mereka sentiasa cukup dan berfungsi
4. Menyediakan dan mendapatkan boring siasatan secukupnya untuk digunakan oleh
pasukan petugas lapangan
5. Membuat pesanan untuk pembelian atau mendapatkan bekalan keperluan petugas
dari mana- mana pihak seperti Unit Pendidikan Kesihatan Negeri, pembekal peralatan
dan lain- lain tempat yang berkenaan
6. Menyelaras pergerakan kenderaan jabatan dan pemandu untuk tujuan kawalan
wabak
7. Menghantar sampel yang telah diambil oleh petugas lapangan ke makmal yang
berkaitan, membuat tindaksusul untuk mengetahui keputusan dan memaklumkan
semula kepada semua pasukan.

8. Menghantar laporan harian kedudukan wabak dan aktiviti kawalan mengikut jadual
yang telah ditentukan oleh Pejabat Pengarah Kesihatan Negeri
B. Keanggotaan Pasukan Siasatan Kes
Ketua: Pegawai Kesihatan( Epidemiologi) atau PPKP( Kawalan Penyakit)
Ahli: PKA dan PRA
Bilangan pasukan bergantung kepada jumlah bebanan kerja
Senarai Tugas
1. Menyiasat setiap kes yang dilaporkan samada di rumah, hospital atau di tempat kerja
berpandukan boring siasatan piawaian yang telah disediakan
2. Mengambil contoh- contoh sampel tertentu di lapangan yang berkaitan dengan
pesakit atau wabak yang dihadapi, sampel boleh diambil oleh Pasukan Pengesanan
Kes atau Pasukan Kawalan
3. Menyiasat kemungkinan wujud penyakit yang sama dikalangan kontak terdekat jika
perlu memasukkan mereka ke hospital untuk penyiasatan dan rawatan lanjut( Tugas ini
diserahkan kepada Pasukan Pengesanan Kes)
4. Membuat rumusan dan hipotesis asas mengenai punca jagngkitan, jenis kuman yang
disyaki dan kemungkinan tempat- tempat lain yang perlu dilakukan penyisat dan ACD
5. Membentangkan kes setiap hari atau apabila diperlukan di dalam mesyuarat
Jawatankuasa Wabak Pejabat Kesihatan Daerah
6. Membuat kesimpulan akhir bagi setiap kes dan menyerahkan kepada bilik gerakan
PKD untuk tindakan lanjut
7. Pasa setiap keadaa, semua anggota pasukan hendaklah sentiasa berusaha untuk
memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga atau masyarakat yang
diawati supaya mereka dapat sama- sama berperanan secara aktif mengawal dan
mencegah penularan wabak yang melanda
C. Keanggotaan Pasukan Pengesanan Kes
9

Ketua: PPKP
Ahli: PKA, Jururawat. Jururawat Desa dan PRA
Bilangan pasukan bergantung kepada jumlah bebanan kerja
Senarai Tugas

1. Membuat rondaan atau lawatan dari rumah ke rumah disekitar kawasan wabak bagi
mengesan kewujudan kontak yang mempunyai tanda- tanda penyakit yang sama.
Sekiranya ada, kes- kes demikian hendaklah dirujuk ke klinik kesihatan atau hospital
untuk penyiasatan lanjut
2. Mengambil sampel dari kontak yang disyaki dan dihantar ke makmal melalui bilik
gerakan wabak PKD
3. Membuat tindaksusul ke atas kes yang baru dikeluarkan dari hospital bagi
memastikan mereka kekal sihat serta mengamalkan langkah- langkah pencegahan
yang disyorkan
4. Dalam keadaan tertentu, perlu juga menyemak senarai pesakit- pesakit yang tidak
dilaporkan di hospital- hospital ataupun kemudahan kesihatan lain, samada kemudahan
kesihatan kerajaan ataupun swasta. Tugas ini boleh juga dilaksanakan oleh pasukan
penguatkuasaan
5. Bekerjasama dengan pasukan lain.
6. Membentangkan hasil kerja setiap hari atau apabila diperlukan
7. Pasa setiap keadaan, semua anggota pasukan hendaklah sentiasa berusaha untuk
memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga atau masyarakat yang
dilawati supaya mereka dapat bersama dalam mengawal dan mencegah wabak.
D. Keanggotaan Pasukan Kawalan
Ketua: PPKP
Ahli: PKA( 2 orang) dan PRA
10

Senarai Tugas
1. Membuat rondaan atau lawatan rumah dari rumah ke rumah di sekitar kawasan
wabak bagi mengenalpasti tempat- tempat yang perlu dibuat pembinaan segera
pelupusan sampah, bekalan air bersih, tandas dan air limbah
2. Membuat kawalan setempat di sekitar rumah kes seperti semburan insektisid,
klorinasi telaga, khidmat nasihat tentang pelupusan sampah, pembinaan sistem air
limbah, tandas dan bekalan air bersih
3. Mengambil sampel dari tempat- tempat yang disyaki seperti air sungai, telaga dan
makanan mengikut maklumat yang dibekalkan oleh pasukan siasatan kes atau
pengesanan kes
4. Membentangkan hasil kerja setiap hari atau apabila diperlukan
6. Pasa setiap keadaan, semua anggota pasukan hendaklah sentiasa berusaha untuk
memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga atau masyarakat yang
dilawati supaya mereka dapat bersama dalam mengawal dan mencegah wabak.
E. Keanggotaan Pasukan Pendidikan Kesihatan
Ketua; Pegawai Pendidikan Kesihatan atau PPKP
Ahli: PKA dan Jururawat/ Jururawat Desa
Senarai Tugas
1. Memastikan semua bahan pendidikan kesihatan dibekalkan secukupnya kepada lainlain pasukan. Jika tidak, bekalan perlu didapati dari Unit Pendidikan Kesihatan Negeri
atau membuatnya sendiri
2. Membuat edaran bahan pendidikan kesihatan ke tempat- tempat strategic seperti
klinik dan hospital swasta, klinik kesihatan/ Desa, masjid/ surau dan juga sekolah
3.Mengatur sesi pendidikan kesihatan beramai- ramai seperti ceramah umum, tayangan
awam gambar, pameran kesihatan, dialog berkumpulan dan sebagainya. Tempattempat yang sesuai untuk diadakan program berkenaan adalah seperti balairaya,
sekolah, masjid dan ruang legar pusat beli belah atau perhentian kenderaan awam\
11

4. Membuat hubungan dengan media massa tempatan untuk menyiarkan nasihat


kepada orang awam mengenai langkaj- langkah pencegahan
5. Mengatur taklimat kepada Panel Penasihat Klinik Kesihatan, Pekerja Sukarela
Kesihatan Kampung, ahli- ahli Kelab Kesihatan Sekolah dan Doktor Muda serta lainlain badan atau pertubuhan di bawah naungan PKD supaya mereka mendapat
maklumat terkini serta boleh membantu jabatan dalam mendidik masyarakat ataupun
mengesan serta merujuk kes di peringkat awal.
6. Membentangkan hasil kerja setiap hari atau apabila diperlukan
7. Pasa setiap keadaan, semua anggota pasukan hendaklah sentiasa berusaha untuk
memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga atau masyarakat yang
dilawati supaya mereka dapat bersama dalam mengawal dan mencegah wabak.

G. Keanggotaan Pasukan Penguatkuasaan


Ketua: PPKP Kanan
Ahli: PPKP dan PKA
Senarai Tugas
1. Membuat rondaan dan pemeriksaan di premis- premis makanan
2. Jika perlu, Pegawai Kesihatan Daerah atau PPKP mengeluarkan arahan penutupan
premis di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 ataupun
Akta Makanan 1983.
3. Selain daripada itu, aktiviti- aktiviti penguatkuasaan berikut juga boleh diambil:
a) Arahan Pemberhentian Kerja
b) Arahan Kuarantin
c) Pengeluaran Saman
d) Tindakan Mahkamah
12

e) Pemusnahan Makanan
4. Jika perlu, jalankan aktiviti penguatkuasaan bersama- sama dengan agensi- agensi
lain seperti polis, Jabatan Imigresen
5. Dalam keadaan tertentu, perlu juga menyemak senarai pesakit yang tidak dilaporkan
di hospital ataupun mana- mana fasilti kesihatan. Tugas ini juga boleh dilaksanakan olej
Pasukan Pengesanan Kes
6. Membentangkan hasil kerja setiap hari atau apabila diperlukan
7. Pasa setiap keadaan, semua anggota pasukan hendaklah sentiasa berusaha untuk
memberikan pendidikan kesihatan kepada pesakit, keluarga atau masyarakat yang
dilawati supaya mereka dapat bersama dalam mengawal dan mencegah wabak.

2.5 MEWUJUDKAN SENARAI SEMAK KEPERLUAN DI BILIK GERAKAN KAWALAN


WABAK PKD
1. Senarai jadual tugas Pasukan Tindak Cepat( RRT) Daerah
- Pasukan petugas bilik gerakan
- Pasukan siasatan kes
- Pasukan kawalan
- Pasukan pengesanan kes
- Pasukan pendidikan kesihatan
2. Senarai kenderaan dan pemandu
3. Senarai nombor telefon, faks dan alamat email penting untuk dihubungi seperti:
- Pegawai peringkat negeri
- Pegawai dan petugas peringkat daerah
- Hospital

13

- Pakar Perubatan
- Makmal rujukan
4. Talian telefon terus dan mesin faks
5. Spot map bagi kes dan pembawa
6. Buku daftar dan pembawa
7. Fail aktiviti mengikut pasukan
8. Fail laporan
9. Fail petikan laporan akhbar mengenai wabak
8. Buku daftar bagi kes dan pembawa
9. Keperluan lain:
- Peralatan persampelan
- Borang siasatan dan kawalan
- Bahan pendidikan kesihatan
- Perlalatan kawalan seperti spray can dan lain- lain boleh disimpan di stor pejabat
- Minuman ringan untuk petugas
- Komputer berserta alat tulis
- Segala yang telah diperbincangkan sebelumnya seperti hipotesis terkini, pengerakan
semua kes juga boleh dicatatkan dalam bilik gerakan dengan menggunakan mind map,
bubble chart ataupun apa- apa kaedah yang mudah difahami semua anggota kesihatan

14

3.0 PENUTUP
Pengetahuan mengenai wabak penyakit demam kepialu, punca, risiko, kaedah rawatan dan
kesan haruslah diperluaskan dalam kalangan masyarakat setempat. Pemvaksinan diperlukan
bagi mereka yang menghidap penyakit ini oleh pegawai kesihatan yang dilantik malah pesakit
yang diberikan antibiotik lazimnya akan mula menunjukkan tanda-tanda pulih dalam tempoh
dua hingga tiga hari. Kematian jarang berlaku jika pesakit mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun, pesakit yang tidak mendapatkan rawatan akan terus mengalami demam
sehingga berminggu dan berbulan lamanya. Sebanyak 20 peratus daripada mereka akan
meninggal dunia disebabkan oleh komplikasi jangkitan.
Sehubungan dengan itu, bagi mengelakkan penularan wabak demam kepialu ini dari terus
meningkat pelan tindakan dan aktiviti yang digariskan perlu dilaksanakan dengan lebih efektif
dan menyeluruh bagi mengekang masalah peningkatan wabak.

4.0 RUJUKAN

1. Garis Panduan Pengurusan Wabak Tifoid di Malaysia( 2006) Jilid 2. Kementerian


Kesihatan Malaysia.
2. Kementerian Kesihatan Malaysia. 2000 Garis Panduan Umum Pengurusan Wabak
Penyakit- Penyakit Bawaan Makanan dan Air di Malaysia( 2006) Jilid 1: Kementerian
Kesihatan Malaysia: Kuala Lumpur.

15

3. Undang- undang Malaysia. Akta 432. Akta Makanan 1983 dan Peraturan Makanan
1985.
4. http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/454-demam-kepialu-atau-tifoid.html
5.http://www.mamawidad.com/884/demam-kepialu-apakah-typhoid-tanda-tandajangkitan-cara-pencegahan-penularan-penyakit/
6. http://www.panduanmalaysia.com/2015/10/demam-kepialu-punca-dan-cara-rawatanterbaik.html
5.0 LAMPIRAN
5.1 - CARTA ORGANISASI PASUKAN PENGURUSAN WABAK( RRT) DI PKD

Pegawai Kesihatan Daerah

Pegawai Kesihatan( Epidemiologi)

Penolong Pegawai Kesihatan


Persekitaran U42/ U36/ U32

Sekretariat
( Petugas Bilik Gerakan)

Pasukan Penilaian
Cepat( Rapid Assesment
Team) RRT

Pasukan Pengesanan Kes

Pasukan Kawalan
Pasukan Pendidikan Kesihatan
Pasukan Siasatan Kes
Pasukan Penguatkuasaan
16

5.2 BORANG SIASATAN

17

18

19

20

21

22

23

5.3 CONTOH BROSUR LANGKAH PENCEGAHAN TIFOID

24

You might also like