You are on page 1of 9

1.

0- PENGENALAN
Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul
di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan.
Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan
secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada
sesuatu

kawasan

dan

menyelimutkannya

dan

ini

secara

umumnya

mengakibatkan

pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya
kesihatan sistem pernafasan. Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada
saiz

zarah,

jerebu

tidak

selalunya

boleh

dilihat

dengan

mata

kasar.

Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini
biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara.
Jerebu Buatan manusia
- Pembakaran terbuka
- Pencemaran Kenderaan
- Pencemaran Perindustrian
- Pertanian (cth. pembersihan tanah)
Jerebu punca Asli
- Kebakaran Hutan
- Habuk yang dibawa angin
Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai
untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit
angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, zarah-zarah di udara
terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di
Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan
Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak
berangin.
Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering
menyebabkan jerebu. Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di

Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk. Masalah
Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia
Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembersihan hutan di
Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih
berterusan dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.
Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan
berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu sebegini boleh memudaratkan
kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan
mata dan tekak berserta masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih
sensitif atau sakit.
Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan mereka dan mengikut nasihat
pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah
dengan pintu dan tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk. Indeks
Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan
kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran
udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur
dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman
web ini: http://apims.doe.gov.my/apims/.
Skala ini di bawah menunjukkan klasifikasi yang digunakan oleh Kementerian Kesihatan
Malaysia.
IPU Tahap Pencemaran Udara
0 - 50 Baik
51 - 100 Sederhana
101 - 200 Tidak Sihat
201 - 300 Sangat Tidak Sihat
301+ Merbahaya
Bagaimana Jerebu Boleh Dileraikan
Jerebu di atmosfera boleh dileraikan melalui beberapa proses.
Antara cara-caranya adalah seperti berikut

- Zarah jerebu yang lebih besar akan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan
disebabkan daya tarikan graviti.
- Zarah jerebu halus membantu pembentukan titisan air yang akhirnya akan jatuh ke tanah
sebagai hujan.
- Hujan juga mengumpul dan membawa bersamanya zarah jerebu dari atmosfera ke tanah.
- Ribut dan angin boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosfera di mana ia akan tersebar
luas.
2.0 Isu jerebu
Pada Jun 2013 , berlaku fenomena jerebu sekali lagi di Malaysia akibat pembakaran hutan
yang tidak terkawal di Kalimantan, Indonesia . Hal ini telah menyebabkan Negara yang
berdekatan dengan Indonesia umumnya Singapura dan Malaysia terkena tempiasnya .
Fenomena jerebu paling teruk berlaku di Singapura dan Negeri Johor . Hal ini telah
menggusarkan ramai pihak umumnya pelajar sekolah dan IPT yang perlu untuk menyambung
pembelajaran di tempat masing-masing . Justeru , pihak atasan seperti Kementerian Pelajaran
Malaysia telah mengarahkan sekolah-sekolah berkenaan ditutup buat sementara waktu
khususnya di Johor .
Pencemaran udara di Malaysia khususnya episod jerebu mempunyai pertalian kuat
dengan kehadiran titik panas yang dicerap imej satelit di Pulau Sumatera, Indonesia. Kajian
lepas telah menunjukkan kehadiran musim kering yang berpanjangan kesan daripada amalan
pembakaran terbuka di kawasan pertanian luas di Sumatera menjadi faktor penyebab dan
penggalak episod jerebu di Malaysia . Oleh itu , kerajaan cuba menganalisis bencana jerebu
terhadap manusia dan alam sekitar di Malaysia . Tidak terlepas juga untuk menganalisis
bencana jerebu bulan Ogos 2005 dan Jun 2013 . Sebenarnya , pergerakan angin barat daya
yang lemah telah memburukkan keadaan jerebu di Pantai Barat , Semenanjung Malaysia .
Dapatan awal ini menunjukkan terdapat kebiasaan perubahan kepekatan pencemar akibat
perubahan arah dan kelajuan angina lazim barat daya semasa episode berkenaan .
3.0 Konsep jerebu
Jerebu dengan pencemaran udara mempunyai kaitan yang amat rapat . Sebenarnya , apabila
kita melakukan aktiviti pelepasan karbon dioksida terlalu banyak seperti asap kenderaan ,
kilang dan pembakaran terbuka , ia menyebabkan pembebasan karbon dioksida terlalu banyak
di atmosfera sehinggakan tumbuh-tumbuhan tidak mampu untuk menyerap karbon dioksida

yang terlalu banyak untuk menghasilkan proses fotosintesis dengan lancar . Oleh itu , ia adalah
penyebab berlakunya jerebu di Negara Malaysia kita . Sejak zaman dahulu lagi isu jerebu yang
berpunca daripada pencemaran alam sekitar ini telah menjadi bahan wacana masyarakat .
Hal ini disebabkan oleh impak pembangunan dari segi kualiti hidup dan ia sering dikaitkan
dengan faktor pencemaran , contohnya kajian impak pembangunan terhadap kualiti kehidupan
di bandar Kuala Lumpur. Hal ini kerana proses kehidupan di bandar lebih terdedah kepada
risiko impak pembangunan yang negatif berbanding di kawasan luar bandar. Malah, bandar
merupakan pusat tamadun manusia yang memerlukan pemantauan tahap kualiti hidup yang
berterusankerana

terdapat

pelbagai

masalah

alam

sekitar

yang

mengiringi

setiap

pembangunan, salah satunya ialah masalah jerebu . Jerebu boleh didefinisikan sebagai
kehadiran sesuatu bahan asing di dalam udara selain daripada kandungan udara tulen dan
bersih yang boleh membawa kesan buruk kepada manusia dan juga tumbuhan termasuk
berbagai jenis binatang. Contohnya jelas sekali dengan apa yang berlaku kini di Malaysia
adalah fenomena berulang selepas jerebu yang berlaku pada 0gos 2005 dan mempunyai faktor
yang sama iaitu pembakaran terbuka yang telah membebaskan begitu banyak gas beracun ke
atmosfera .
Cara kita nak mengenal jerebu adalah asap jerebu baunya seperti asap kebakaran , dan sangat
busuk . Selain itu , cuacanya agak panas akibat lapisan ozon yang mulai nipis akibat tidak
dapat manampung gas beracun yang terlalu banyak . Selain itu , penglihatan kita mulai kabur
kerana asap jerebu mampu menutupi seluruh awan dan persekitaran kita . Apabila kita
menyedari mengenai hal ini , kita seharusnya memakai topeng pelindung mulut secara
konsisten agar tidak menghidu asap jerebu dan menghindarkan diri kita daripada mendapat
sebarang penyakit .

4.0 Faktor berlakunya jerebu di peringkat global

Sebenarnya, masalah jerebu berpunca daripada kegiatan manusia sendiri iaitu pertamanya
melalui pambakaran hutan secara besar-besaran tanpa menimbangkan kesan terhadap alam
sekitar. Contohnya, asap tebal hampir menjadi masalah tahunan kepada Singapura dan
Malaysia, selalunya bermula pada pertengahan tahun apabila peladang di Indonesia
membersihkan ladang secara murah dengan membakarnya. Maklumat daripada ASEAN

Specialised Meteorological Centre (ASMC) juga menunjukkan lingkaran asap jerebu dari
kawasan kebakaran di Wilayah Riau, Sumatera Tengah, Indonesia hingga ke selatan Pantai
Barat Semenanjung. Keadaan ini telah menyebabkan Malaysia mengalami masalah jerebu
yang membimbangkan.
Selain itu, faktor yang memburukkan lagi keadaan ialah tindakan masyarakat yang
melakukan pembakaran secara terbuka tanpa kawalan sehingga menyebabkan keadaan jerebu
menjadi-jadi. Pembakaran terbuka ini dilakukan oleh pihak yang ingin menghapuskan sesuatu
seperti sampah sarap atau bahan buangan sama ada individu ataupun pemilik kilang.
Contohnya, sesetengah anggota masyarakat melakukan pembakaran terbuka di belakang
kawasan rumah mereka sendiri. Mereka telalu malas untuk membawa sampah sarap mereka
ke tempat pembuangan sampah atau pusat pengitaran sampah semula. Begitu juga pemilik
kilang kain, papan dan sebagainya bertindak membakar sendiri bahan buangan kilang mereka.
Mereka tidak betanggungjawab dan tidak mengambil kisah jika asap daripada pembakaran
terbuka itu sedikit demi sedikit membawa kepada masalah jerebu. Mereka juga tidak sedar
bahawa asap dari pembakaran ini tidak akan berada di suatu tempat sahaja tetapi akan ditiup
angin dan meliputi kawasan yang amat luas. Natijahnya, pembakaran terbuka ini
mengakibatkan asap dilepaskan ke udara dan mengakibatkan jerebu.
Tambahan pula, peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya yang bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan juga telah mengakibatkan masalah jerebu di Malaysia. Di Malaysia,
terdapat 9.3 juta buah kenderaan di jalan raya dan telah menyebabkan 16.2 tan karbon
monoksida dan dua tan sodium dioksida dikeluarkan setiap hari. Kesesakan lalu lintas
menyebabkan keadaan jerebu bertambah parah kerana kenderaan tidak bergerak tetapi
mengeluarkan asap yang mencemarkan udara. Peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya
akan menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan dari paip ekzos kenderaan meningkat dan
berlegar-legar di atmosfera dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke
angkasa lepas. Hal ini menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu di negara kita.
Seterusnya, pengeluaran asap yang tidak terkawal dari kawasan perindustrian seperti
kawasan perindustrian yang menggunakan minyak dan arang batu turut menjadi punca utama
jerebu. Sikap pengusaha kilang yang bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masingmasing menyebabkan asap-asap dari kilang dilepaskan ke udara dan telah mencemarkan
udara di negara kita. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk
mendapatkan alat penapisan asap untuk menapis asap yang dikeluarkan dari kilang mereka
sedangkan asap-asap yang dikeluarkan ini mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang

boleh mengakibatkan udara menjadi berjerebu. Situasi ini bertambah buruk apabila ada pihak
pengusaha kilang yang memasang corong asap yang terlalu rendah sehingga menyalurkan
asap beracun ke udara. Contoh kawasan perindustrian ialah di Lembah Klang.
5.0 Kesan akibat daripada jerebu
Memang tidak dinafikan juga, fenomena jerebu mendatangkan kesan negatif terutama terhadap
tahap kesihatan rakyat di negara kita. Antaranya ialah, jerebu boleh menjejaskan kesihatan
rakyat terutamanya sistem pernafasan dan boleh menyebabkan penyakit asma, sakit
kerongkong, selesema, batuk, nemonia dan penyakit-penyakit yang berkaitan dengan jantung.
Hal ini berlaku kerana jerebu menyebabkan badan menjadi lemah dan imunisasi semakin
rendah. Oleh itu bilangan golongan tua dan kanak-kanak yang jatuh sakit berkaitan dengan
sistem pernafasan telah meningkat mendadak akibat jerebu dan terpaksa menerima rawatan di
hospital atau di klinik.
Selain itu, kesan jerebu juga boleh mengurangkan jarak penglihatan . Keadaan ini berlaku
disebabkan oleh komponen-komponen yang ada di dalam jerebu berupaya menyerap dan
menyerakkan cahaya matahari .

Hal ini amat menakutkan kerana risiko kemalangan boleh

berlaku seperti kapal terbang dan kapal laut atau kenderaan di jalan raya menjadi semakin
besar . Hal ini pernah terjadi pada kisah fenomena jerebu pada Ogos 2005 dimana
kemalangan berlaku akibat asap jerebu yang terlalu tebal . Keadaan ini amat membahayakan
keselamatan rakyat kerana kemalangan boleh mengakibatkan kemusnahan harta benda,
kecederaan dan kehilangan nyawa.
Tambahan pula, aktiviti harian masyarakat turut terjejas akibat masalah jerebu. Apabila
Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada di tahap tidak sihat atau membahayakan, sebarang
bentuk aktiviti luar tidak digalakkan. Contohnya, di kawasan-kawasan yang dilanda jerebu,
banyak sekolah terpaksa ditutup demi menjamin kesihatan pelajar. Program-program dan
acara luar seperti sukan, dibatalkan. Keadaan ini menunjukkan bahawa masalah jerebu telah
mengganggu aktiviti harian masyarakat di negara kita . Selain kemerosotan taraf kesihatan
rakyat Malaysia, sektor ekonomi negara turut terjejas akibat fenomena jerebu yang berlaku di
Malaysia . Tahap penglihatan yang rendah menyebabkan aktiviti luar disekat dan industri
perikanan dan pertanian terpaksa dihentikan demi menjamin keselamatan dan kesihatan
pekerja-pekerja . Rakyat Malaysia yang terlibat dalam bidang perikanan dan pertanian terpaksa
mencari alternatif lain untuk mencari pendapatan buat sementara waktu .

Asap jerebu pula biasanya hilang selepas hujan turun. Namun begitu, hujan yang turun
selepas fenomena jerebu berlaku akan memberikan kesan sampingan yang berpunca daripada
hujan asid. Hujan ini seterusnya akan merosakkan tanaman dan tumbuhan, meningkatkan nilai
keasidan tanah dan air sekaligus mengganggu keseimbangan dalam ekosistem seperti
ekosistem akuatik, ekosistem hutan dan ekosistem muara . Hal ini telah menyusahkan petani
umumnya kerana harus mengusahakan semula pertanian mereka agar kembali normal .
Apabila masalah jerebu menjadi semakin meruncing, kesan negatif yang lebih serius akan
timbul. Sumber pendapatan negara turut terancam akibat jerebu . Sumber pendapatan negerinegeri yang berasaskan industri pelancongan seperti Sabah dan Sarawak akan merosot kerana
industri pelancongan terjejas akibat jerebu. Para pelancong bukan sahaja dari dalam negeri
malah dari negara asing tidak akan melawat ke Malaysia sekiranya jerebu masih berlaku di
Malaysia kerana bimbang akan keselamatan dan kesihatan mereka semasa melancong ke
Malaysia. Secara tidak langsung, ekonomi negara kita akan terjejas akibat jerebu.
6.0 Langkah-langkah serta usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi mengatasi
masalah jerebu
Beberapa buah negeri telah dikenal pasti sebagai negeri yang paling teruk terjejas akibat jerebu
terutamanya negeri Johor . 491 buah sekolah di beberpa daerah di Johor terpaksa ditutup .
Beberapa lapangan terbang juga ditutup manakala penerbangan dari Senai, Johor dijadual
semula . Paling membimbangkan, pesakit yang berkaitan pernafasan meningkat dengn
mendadak . Persoalannya, apakah langkah-langkah mengatasi masalah yang menjadi duri
dalam daging bagi negara kita .
Memang tidak dinafikan, tindakan segera untuk menghentikan pembakaran hutan secara
terbuka dan secara besar-besaran diperlukan. Tindakan secara kolektif dengan penggunaan
alat pemadam api yang canggih dan saintifik boleh membantu mengurangkan masalah jerebu.
Di samping itu juga undang-undang ketat perlu dikenakan terhadap pihak atau syarikat tertentu
yang sengaja membakar hutan untuk tujuan pertanian.
Selain itu, bahan pencemaran udara haruslah dikurangkan untuk mengelakkan masalah
jerebu di negara kita. Kesesakan lalu lintas menambahkan karbn dioksida, karbn monoksida
dan sebagainya yang menambahkan keadaan berjerebu. Oleh yang demikian, bilangan
kenderaan yang menggunakan jalan raya , khususnya di kawasan-kawasan yang terlibat
seperti Kuala Lumpur haruslah disekat atau dikurangkan . Seterusnya ,

jerebu boleh

dihilangkan dengan usaha pembenihan awan bagi menurunkan hujan . Hujan adalah pembersih

udara semula jadi yang terbaik . Pihak Jabatan Alam Sekitar telah bekerjasama dengan Puncak
Niaga Sdn. Bhd telah melakukan beberapa siri pembenihan awan khususnya di sekitar Lembah
Klang dan negeri Selangor .
Tambahan pula, masalah jerebu juga boleh dikurangkan dengan menggunakan Indeks
Pencemaran Udara (IPU) untuk mengenal pasti kawasan yang bermasaalah dan mengambil
tindakan susulan untuk mengatasi masalah jerebu. Pembacaan indeks haruslah dilakukan dari
semasa ke semasa agar usaha mengehadkan kilang-kilang daripada pengeluaran asap atau
gas yang berlebihan dapat diatasi . Masalah jerebu juga boleh diselesaikan melalui
persepakatan bersama antara negara jiran dan pada peringkat global diperlukan untuk
menangani masalah alam sekitar . Kerjasama boleh dilakukan dari segi perlindungan alam
sekitar secara kolektif dan kajian saintifik dan kajian saintifik digiatkan untuk menangani
masalah ini.
Intihanya, semua pihak termasuklah rakyat Malaysia haruslah berganding bahu dalam
menyelesaikan masalah jerebu di Malaysia, bagai aur dengan tebing. Sekiranya masalah ini
dipandang mudah atau enteng , nyawa modal insan negara kita akan menjadi seperti telur di
hujung tanduk. Sekiranya masalah jerebu di negara kita tidak diatasi dengan segera, lamakelamaan kesan buruknya akan menjadi berpanjangan dan berkekalan serta sukar untuk
diselesaikan dan ketika itu kita akan berasa menyesal tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tidak berguna lagi.
Antara usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia umumnya Pihak Kementerian telah
menghantar Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar , Datuk Sri G Palanivel ke Indonesia serta
membincangkan cara menyelesaikan masalah jerebu . Dalam pembincangannya bersama
kerajaan Indonesia , Malaysia bersedia membantu Indonesia dalam mengatasi masalah jerebu
yang berlaku akhir-akhir ini . Selain itu , kerajaan telah menyeru kepada semua rakyat Malaysia
dalam menjaga alam sekitar terutamanya persekitaran udara supaya masalah jerebu tidak
berulang lagi .
7.0 Program pemantauan kesihatan di negara kita
8.0 Penutup
Isu pencemaran alam sekitar ini iaitu isu jerebu merupakan satu masalah besar yang
berlaku di peringkat Antarabangsa . Jerebu merupakan isu pencemaran udara yang telah
menjadi satu kebiasaan di Negara Malaysia umumnya . Jerebu juga merupakan satu masalah

yang memberi kesan negatif serta impak yang besar kepada Negara kita . Masalah jerebu telah
menjadi duri dalam daging kepada Malaysia. Bagi menyelesaikan masalah jerebu yang
merunsingkan ini, semua pihak harus bekerjasama dalam mengatasi masalah tersebut, sama
seperti kata orang-orang tua, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing . Pelbagai langkah
perlu diambil demi mengelakkan masalah jerebu daripada berlaku lagi. Sekiranya Malaysia
bebas daripada belenggu masalah jerebu, sudah pasti negara Malaysia dapat berkembang
maju dalam semua bidang .
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk
mengatasi masalah jerebu ini. Usaha ini sangat penting demi menjamin kesejahteraan rakyat
dan kemakmuran negara. sebelum terlambat, sebelum nasi menjadi bubur, , pihak kerajaan
terutamanya perlu mengorak langkah drastik bagi mengatasi masalah jerebu ini dari terusmenerus menghantui negara kita. Rakyat yang sihat merupakan tonggak utama untuk
memastikan kemajuan negara kerana 'Rakyat Sihat Negara Maju' .

You might also like