You are on page 1of 6

Penggal 1 _ Malaysia Kekal Berdaulat

Sukatan Pelajaran Secara Rengkas- Pelajar harus teliti sukatan pelajaran.


Ianya akan memberi satu garis panduan apa yang pelajar harus
belajar/tahu untuk peperiksaan.
1. Negara Berdaulat
- konsep dan ciri- menghuraikan konsep dan ciri negara berdaulat
Negara adalah suatu daerah atau wilayah yang ada di permukaan bumi di mana
terdapat pemerintahan yang mengatur ekonomi, politik, sosial, budaya, pertahanan
keamanan, dan lain sebagainya. Di dalam suatu negara minimal terdapat unsurunsur negara seperti rakyat, wilayah, pemerintah yang berdaulat serta pengakuan
dari negara lain.

Negara yang berdaulat adalah suatu hak ekslusif untuk menguasai suatu wilayah
pemerintahan. Jadi negara tersebut telah diakui telah merdeka, dan negara tersebut
tidak dapat lagi dijajah oleh negara lain

ciri negara secara umum

- mempunyai sempadan yang diiktiraf antarabangsa


- mempunyai sistem pemerintahan yang baik
- mempunyai penduduk yang tetap

ciri-ciri negara berdaulat

- Negara telah merdeka dan bebas dari jajahan


- Negara berkusa sendiri . Memilih pemimpin dari
kalangan rakyat.
- Negara mempunyai pemimpin berwibawa
- Negara beridentiti seperti punyai bendera.

2. Pembentukan Negara Malaysia

3. Perlembagaan Persekutuan
- Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

4. Perincian Sistem dan Struktur Pentadbiran

Sistem

Demokrasi Berparlimen
Raja Berperlembagaan

Struktur

Pentadbiran (Eksekutif)
Perundangan
Kehakiman

Bidang Kuasa

Senarai Persekutuan
Senarai Negeri
Senarai Bersama

5. Demokrasi dan Pilihan raya


- Peranan dan bidang
- Kuasa suruhanjaya
- Pilihan raya
- Proses pilihan raya
6. Tadbir urus negara
- takrif dan ciri-ciri
- sistem dan struktur pentadbiran
Struktur Pentadbiran

- Yang di Pertuan Agong


- Majlis Raja-Raja
- Suruhanjaya
- Ketua Audit Negara
- Kabinet
- Kementerian
- Perbadanan Awam
- Majlis Penyelerasan
- Sumber Kewangan

Sistem Pentadbiran

- Kerajaan Persekutuan
- Kerajaan Negeri
- Kerajaan Tempatan

- pelaksanaan
- kepentingan dan cabaran tadbir urus baik

Kepentingan

- Globalisasi
- Daya Saing

Cabaran

- Sistem Penyampaian Khidmat Awam


- Integriti
- Pembangunan Modal Insan

1. Negara Berdaulat - Dibawah topik ini pelajar harus mendalami dua


perkara iaitu konsep dan ciri negara serta pembentukan negara Malaysia
KONSEP NEGARA
Apa itu Negara?
Negara adalah satu kawasan yang mempunyai penduduk yang tetap dan
berdaulat , sempadan yang diiktiraf dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
Cara pembentukan sebuah Negara
Cara pembentukan setiap negara di dunia ini mempunyai sejarahnya yang
tersendiri. Walau apapun sejarah pembentukannya, terdapat beberapa ciri yang
harus di patuhi untuk diiktirafkan sebagai sebuah negara. Ciri-ciri ini adalah
ditetapkan oleh undang-undang antarabangsa. Ciri-ciri utama yang harus dimiliki
untuk diik tirafkan sebagai sebuah negara adalah mempunyai:
i. sempadan yang tetap dan diiktirafkan oleh masyarakat antarabangsa
ii. penduduk yang tetap
iii. kerajaan yang teratur dan memberi perkhidmatan awam
iv. kedaulatan iaitu negara diperintah sendiri di mana bebas dari naungan penjajah
v. hubungan diplomatik dengan negara-negara lain serta pengiktirafan

vi. Lambang negara antaranya seperti perlembagaan, agama rasmi, dan simbol
vii. kegiatan ekonomi yang terancang. Terlibat dalam ekonomi domestik dan
antarabangsa
viii. kemudahan sosial seperti pendidikan

SISTEM KERAJAAN SESEBUAH NEGARA


Pembentukan sesebuah negara selalunya bukannya terdiri daripada satu kawasan
pemerintahan tetapi terdiri daripada lebih dari satu kawasan pemerintahan
(beberapa negeri bercantum untuk menjadi sebuah negara. Contohnya Malaysia
adalah cantuman 14 buah negeri). Percantuman sebegini berlaku secara sukarela
ataupun dicantumkan secara paksa oleh kuasa penjajah. Percantuman sebegini
membawa pada dua kuasa pemerintahan iaitu pentadbiran kerajaan pusat dan
juga kerajaan negeri. Kerajaan merujuk kepada institusi yang akan mentadbir dan
mengurus hal-ehwal negaranya .Corak pembahagian kuasa kerajaan pusat dan
negeri membawa pada jenis sistem kerajaan negara tersebut. Sistemsistem
kerajaan yang terdapat di dunia adalah:

i. Kerajaan Persekutuan
- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- kuasa politik dibahagi di antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
- berlaku perkongsian kuasa di antara kerajaan pusat dan negeri
- kerajaan pusat mempunyai autonomi terhadap beberapa perkara dan begitu juga
dengan kerajaan negeri
- tiada berlaku penindasan kuasa oleh satu pihak terhadap pihak yang lain
- Contoh negara yang mengamalkan sistem ini adalah Malaysia, India, Amerika
Syarikat dan Kanada

ii. Kerajaan Konfederasi


- negara juga dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- namun tidak berlaku perkongsian kuasa
- kuasa kerajaan sepenuhnya terletak pada kerajaan negeri
- kerajaan pusat hanya mempunyai kuasa terhad sahaja
- kerajaan ini tidak wujud lagi pada masa kini
-contoh: Konfederasi Jerman Utara 1867-71

iii. Kerajaan Kesatuan


- negara dibentuk berasaskan gabungan kuasa politik beberapa negeri
- juga tidak berlaku perkongsian kuasa
- kerajaan pusat mempunyai segala kuasa kerajaan
- kerajaan negeri mempunyai kuasa yang terhad
- kerajaan pusat berkuasa membatalkan undang-undang yang diluluskan di
peringkat negeri
- Contoh: Denmark ,Britain,Sweden, New Zealand, Perancis dan Norway.
BENTUK NEGARA
Selain dari sistem kerajaan , bentuk sesebuah negara juga dibezakan mengikut
ketua negara tersebut. Setiap negara diasaskan mengikut salah satu daripada jenis
kerajaan seperti yang dijelaskan di atas iaitu kerajaan persekutuan, kerajaan
kesatuan ataupun kerajaan konfederasi. Selain dari iti, setiap negara juga
mempunyai seorang ketua di mana beliau memegang jawatan sebagai ketua
negara. Ketua negara boleh dianggap sebagai simbol kedaulatan negara tersebut.
Dalam dunia terdapat dua jenis ketua negara iaitu:

a. Raja atau Ratu Negara yang mempunyai seorang raja atau ratu sebagai ketua
maka ianya dikenali sebagai Negara Beraja. Negara-negara beraja boleh
dibahagikan lagi kepada dua iaitu:
i. Raja Mutlak
ii. Raja Berperlembagaan
b. Presiden Negara-negara yang tidak mempunyai raja akan diketuai oleh
seorang presiden. Negara yang diketuai oleh seorang presiden dikenali sebagai
Negara Republik. China adalah sebuah negara republik kerana diketuai oleh seorang
presiden manakala Malaysia pula adalah sebuah negara Raja Berperlembagaan
kerana diketuai oleh seorang raja (Yang Dipertuan Agong).

IDEOLOGI KERAJAAN SESEBUAH NEGARA


Setiap Negara yang dibentuk harus juga mempunyai sebuah kerajaan yang kukuh.
Ini juga merupakan suatu ciri utama sebuah Negara. Sebuah kerajaan yang baru
dibentuk boleh memilih ideologi kerajaan mereka. Di antara ideologi kerajaan yang
terdapat di dunia adalah :a. Demokrasi
- rakyat mempunyai suara mutlak ( melalui pilihanraya)
- konsep kerajaan untuk rakyat dan oleh rakyat
- kebebasan persamaan dan hak-hak

- sistem pilihanraya
- kemenangan berasaskan jumlah undi yang terbanyak bagi individu atau parti
politik
- utamakan kebebasan,persamaan dan hak-hak rakyat
- mula diamalkan oleh orang-orang Yahudi di Athens
b. Komunisme
- diperkenalkan oleh Karl Marz, Lenin Stallin dan Mao Ts Tung
- melaungkan slogan sama rata, sama rasa
- faktor pengeluaran dan milik rakyat dihakmilikan oleh negara
- Kini hanya diamalkan dengan sepenuhnya di Cuba
c. Fasisme
- diperkenalkan oleh Mussoli dari Itali
- kuasa mutlak di tangan pemimpin negara
- raykat diwajibkan untuk berkorban untuk pemimpin
d. Nazisme
- diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman
- menghalalkan kekejaman
e. Sosialisme
- negara mengamalkan dasar tutup pintu
- matlamat asas untuk menghakmilikan semua kekayaan menjadi hak negara
f. Autokratik
- mempunyai persaingan politik yang terhad
- pemimpin-pemimpin menekankan kepada nasionalisme
- biasanya menggunakan paksaan, kekerasan dan ugutan untuk memperoleh
kepatuhan dan kesetiaan rakyat
- kebebasan media dan kehakiman dikawal rapi
Kebanyakan negara di dunia menggunakan sistem kerajaan berideologi demokrasi.
Ideologi komunisme terkenal pada satu masa dulu namun dengan robohnya blok
Soviet Union maka kemasyhuran komunisme mula berkurangan dan kebanyakan
negara yang pada satu masa dulu mengamalkan ideologi komunisme kini
mengamalkan ideologi demokrasi.

You might also like