You are on page 1of 2

Peranan ibu bapa dalam usaha menangani masalah buli dalam kalangan pelajar.

Dalam era globalisasi ini , negara kita sedang mengalami ajakan


peradigma daripada sebuah negara yang mundur kepada negara yang
maju . Namun begitu, nilai-nilai murni pelajar-pelajar semakin
pupus ditelan zaman modenisasi . Mereka sering melibatkan diri
dalam kes-kes buli. Masalah ini diibaratkan seperti duri dalam daging di
negara kita. Polemik isu ini hangat diperkatakan dan menjadi buah
mulut masyarakat. Setiap hari, berita-berita tentang kes-kes buli mengisi ruang surat
khabar. Senario ini mencapai tahap yang merisaukan semua pihak. Apakah peranan
ibu bapa dalam membanteras masalah buli dalam kalangan pelajar.
Ibu bapa merupakan orang yang paling dekat kepada pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar
menerima didikan yang paling awal daripada ibu bapa mereka. Oleh itu, peranan ibu bapa dalam
membendung masalah buli penting seperti cerucuk di dalam sebuah bangunan yang kukuh
. Kanak-kanak ibarat kain putih
. Ibu bapa bertanggungjawab mencorakkannya . Bak kata
pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya . Kanak-kanak yang kecil mudah
menerima sebarang didikan. Untuk mengatasi masalah buli, ibu bapa mesti memupuk nilai-nilai
murni kanak-kanak sejak kecil lagi.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, didikan agama juga penting dalam
menghapuskan masalah disiplin. Ibu bapa harus memberikan didikan agama kepada kanak-kanak
sejak kecil lagi. Setiap agama mengajar penganutnya melakukan sesuatu yang bernilai murni
seperti hemah tinggi, harga diri, bersopan santun dan lain-lain lagi. Justifikasinya,( )
seseorang yang mempunyai pegangan agama yang kukuh tidak akan melibatkan diri dalam
masalah buli. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai bahawa mereka akan menerima
hukuman daripada Tuhan jika melakukan kesalahan dengan sesuka hati. Mereka sedar
tentang ikut hati mati, ikut rasa binasa . Oleh
itu, didikan agama mampu membimbing penganutnya supaya berada di landasan yang betul
dan tidak akan terjerumus ke lembah kehinaan .
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak yang masih kecil suka meniru
sikap ibu bapa. Bak kata pepatahbagaimana acuan, begitulah kuihnya .
Ibu bapa juga mesti mengamalkan sikap-sikap yang bernilai murni. Ibu bapa tidak boleh
bersikap seperti ketam menyuruh anaknya berjalan betul
. Natijahnya , kanak-kanak akan bercermin di air keruh .
Oleh itu, seseorang yang menjadi teladan yang baik adalah penting kepada kanak-kanak dalam
menangani masalah buli. Kanak-kanak akan terdedah dalam suasana yang berunsur nilai murni
dalam jangka masa yang panjang. Alah bisa tegal biasa . Lama-kelamaan, kanakkanak juga akan mengamalkan sikap yang bernilai murni.

Dalam meniti arus kemodenan , banyak ibu bapa ghairah


mengejar kemewahan dan pangkat. Mereka sibuk bekerja sehingga mengabaikan anak
mereka. Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab, mereka mesti membekalkan kasih sayang
kepada anak mereka. Ibu bapa tidak harus bersikap seperti melepaskan batuk di tangga
. Mereka beranggapan bahawa tanggungjawab mereka hanyalah menyediakan
barang-barang keperluan kepada anak-anak. Memang tidak dapat dinafikan, kasih sayang kepada
seseorang kanak-kanak adalah amat diperlukan. Kanak-kanak yang kurang kasih sayang
daripada ibu bapa berkemungkinan meluangkan ketidakpuashatiannya dengan membuli orang
lain.
Rakan sebaya juga mempunyai pengaruhan yang besar kepada pelajar-pelajar. Oleh itu,
ibu bapa juga mesti mengambil berat tentang pergaulan kanak-kanak mereka. Ibu bapa boleh
mengenali rakan-rakan anak dengan mengadakan sambutan hari jadi di rumah. Selain
mengadakan sambutan-sambutan, ibu bapa juga boleh mengenali kawan-kawan anak dengan
cara berkomunikasi dengan anak.
Peranan ibu bapa adalah penting dalam membendung kemelut yang berakar
umbi ini. Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara
. Sekarang bukan masa untuk menundng jari. Semua pihak mesti
menggembleng tenaga dan bersinergi untuk mengatasi masalah buli kerana bulat air
kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat . Masalah ini
mesti diatasi sebelum nasi sudah menjadi bubur .

You might also like