You are on page 1of 13

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

PEREKAYASAAN
PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
2012
LATAR BELAKANG

1.

Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan


modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketrampilan,
berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin
dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif,
berkemahiran

menyelesaikan

masalah,

berkeupayaan

mencipta

peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk


berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubahubah.

2.

Mengimbau sejarah perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling (B & K) di


Malaysia, ianya telah bermula

sejak tahun 1939. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) ketika itu dikenali sebagai EDUCATION


DEPARTMENT
FEDERATED

OF
MALAY

THE

STRAITS

STATES

telah

SETTLEMENTS
menerbitkan

AND

THE

sebuah

buku

panduan kerjaya untuk murid sekolah yang berjudul A Guide to Careers


in Malaya for Parents, Teachers and Pupils. Langkah penerbitan buku
berkenaan diambil sebagai meniru sistem pendidikan di Amerika
Syarikat yang mewujudkan unit bimbingan dan kaunseling kerjaya di
sekolah.

3.

Kemudian pada tahun 1966, KPM melalui Bahagian Sekolah-Sekolah


menerbitkan pula buku yang berjudul SCHOOL GUIDANCE SERVICES.
1

Buku tersebut telah dibiayai oleh Unesco dan telah ditulis oleh pakar
bimbingan dan kaunseling kerjaya bernama
Kanada. Beliau
daripada

Jabatan

RK McKenzie daripada

dibantu oleh 11 orang pegawai Hal Ehwal Murid


Pelajaran

Negeri

(JPN)

seluruh

negara

untuk

menulisnya.

4.

Sejak itu, perkhidmatan B & K di sekolah telah diberi pengiktirafan oleh


KPM di mana sebagai contoh pada awal tahun 1960an hingga tahun
1980an, daripada tidak mempunyai bilik khas B & K telah dipastikan
perkhidmatan ini ada mempunyai bilik khas untuk menjalankan
perkhidmatan tersebut di sekolah pada tahun 1996. Sebelum tahun
1996, tidak ada perjawatan sepenuh masa guru bimbingan dan
kaunseling, namun bermula pada tahun 1996, kerajaan telah bersetuju
meluluskan perjawatan tersebut secara sepenuh masa.

5.

Dalam hal ini, semua guru B & K mesti memahami bahawa


perkhidmatannya adalah secara over and above di sekolah. Kuota guru
B & K di sekolah tidak sama dengan guru mata pelajaran akademik.
Enrolment kelayakan untuk setiap sekolah adalah bagi sekolah
menengah, 500 orang murid nisbah seorang guru dan bagi sekolah
rendah, 350 orang murid bagi seorang guru. Perkhidmatan guru B & K
secara sepenuh masa membawa maksud guru B & K (sekolah rendah
dan menengah) memberikan perkhidmatan sepenuh masa dengan
waktu bertugas mengikut waktu persekolahan sama seperti guru mata
pelajaran biasa.

6.

Kesemua yang dilakukan seperti yang disebutkan tadi adalah kerana


kepercayaan dan keyakinan KPM bahawa perkhidmatan ini akan benarbenar dapat membantu usaha-usaha membangunkan sahsiah dan
disiplin murid di peringkat sekolah. Jemaah Menteri pula pada tahun
2001 semasa menimbangkan memorandum bagi mewujudkan jawatan
guru kaunseling sepenuh masa juga menekankan bahawa aspek
2

pembangunan sahsiah dan disiplin murid perlu diberi penekanan dan


keutamaan dengan wujudnya jawatan ini.

7.

Setelah hampir lima belas tahun perkhidmatan tersebut diberi peranan


secara sepenuh masa, apakah perkhidmatan tersebut telah mencapai
objektifnya. Harapan yang telah diamanahkan kepada guru-guru B & K,
apakah telah dapat ditunaikan dengan jayanya? Kesemua persoalan ini
perlu kita analisa secara konstruktif dan mendalam. Sekiranya harapan
tersebut belum mencapai kejayaan seperti diharapkan, maka kita perlu
melakukan

perubahan

yang

dikira

drastik

bagi

memulihkan

kepercayaan stake holder KPM terhadap perkhidmatan ini.

8.

Hari ini, isu yang melibatkan disiplin murid secara keseluruhannya


masih belum dapat diatasi sepenuhnya. Sungguh pun data yang
dikumpul oleh KPM masih dikatakan boleh dikawal, di mana dalam
tempoh 5 tahun (2007 hingga 2011)

menunjukkan

ianya

berada

pada kadar purata 2.07%, namun dari segi jumlah yang terlibat masih
besar.

9.

Sebagai contoh, pada tahun 2011 sahaja, kes-kes melibatkan disiplin


murid adalah berjumlah seramai 110218 atau 2.05%. Kes-kes ini
termasuklah kes-kes yang berat seperti memukul, bergaduh, ponteng
sekolah serta kes-kes disiplin yang ringan seperti kekemasan diri. Hal
ini menunjukkan bahawa sekitar 2 hingga 3 peratus bilangan murid
yang masih perlu diberi perhatian sewajarnya. Daripada jumlah
tersebut, seramai 72,873 (66.1%) orang adalah melibatkan murid
sekolah menengah dan seramai 37,345 (33.9%) orang adalah murid
sekolah rendah.

10.

Berdasarkan maklumat tersebut, KPM masih berhadapan dengan isu


yang melibatkan sahsiah dan disiplin murid.

Ternyata bahawa KPM

perlu membuat perubahan terhadap perkhidmatan ini. Ditambah pula


3

isu yang sedang dihadapi sekarang bertambah kompleks kerana latar


belakang puncanya yang pelbagai.

11.

Generasi anak muda kita hari ini yang dikenali sebagai generasi Y,
mereka ini celik IT. Perhubungan dalam kalangan mereka berasaskan
twitter,

facebook,

berimejkan robot.

sms

dan

daya

imaginasi

pahlawan

mereka

Istilah Robocop, Transformers dan The X-Men

menyaksikan zaman ini, manusia dilihat hebat kerana menggunakan


kecanggihan sains, teknologi dan telekomunikasi yang global.

12.

Sungguh pun hukuman dan penguatkuasaan merupakan sebahagian


daripada usaha membendung permasalahan ini, namun ia juga
terbukti dewasa kini kurang berkesan sepenuhnya. Anak-anak kita hari
ini telah semakin terbuka dan mengetahui hak-hak mereka. Hukuman
secara tradisional telah mula dipertikaikan dan ironinya disokong pula
oleh ibu bapa mereka. Lagi pun hukuman sahaja tanpa diikuti dengan
langkah-langkah berkesan dalam usaha intervensi terhadap salah laku
tersebut tidak akan membawa apa-apa makna kepada pembangunan
sahsiah yang disebutkan tadi.

13.

Hari ini, disebabkan isu-isu yang disebutkan tadi masih berterusan,


maka kewajaran perkhidmatan B & K secara sepenuh masa di sekolah
telah mula dipertikaikan. Hal ini disebabkan perkhidmatan ini yang
sepatutnya memberi fokus kepada membangunkan sahsiah dan
disiplin murid telah kurang diberi perhatian. Guru-guru B & K pula
sering diberi persepsi yang negatif, misalnya sering menjalankan tugas
di luar sekolah. Tanggung jawab memberikan perkhidmatan kaunseling
dalam

membendung

isu

tersebut

juga

telah

mula

kedengaran

dipertikaikan keberkesannya.

14.

Kesemua ini menuntut agar KPM melaksanakan perubahan bukan


sahaja dari segi konsep pelaksanaan perkhidmatan ini tetapi juga dari
4

segi fokus operasinya agar dapat direkayasa

semula

dalam

membendung permasalahan yang disebutkan tadi.

15.

Dalam hal ini, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) telah


meminta Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), KPM untuk
mengambil langkah berkesan dalam usaha merekayasa Perkhidmatan
B & K di sekolah. KPPM telah meminta agar perkhidmatan ini
memberi
sahsiah

fokus
serta

sepenuhnya
membendung

kalangan murid di sekolah.

kepada

usaha

permasalahan

pembangunan
disiplin

dalam

Hal ini disebabkan guru B & K

merupakan guru yang telah dilepaskan daripada tanggungjawab dalam


P&P dan mereka diharap boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi
menangani permasalahan tersebut.

PEREKAYASAAN PERKHIDMATAN B & K DI SEKOLAH


TUJUAN

16.

Supaya Guru B & K memfokuskan perkhidmatannya kepada usaha


Pembangunan Sahsiah dan Peningkatan Disiplin Murid di
sekolah.

KONSEP

17.

Perkhidmatan B & K di sekolah adalah perkhidmatan yang mesra


murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat. Menerusi perkhidmatan
yang diberikan boleh membantu murid meningkatkan keupayaan
berfikir dan bertindak secara positif dan berkesan.

18.

Guru B & K menjiwai bahawa setiap muridnya merupakan aset penting


yang perlu sentiasa dibantu dan dibimbing agar mereka boleh
5

membuat

keputusan

yang

wajar

dan

betul

dalam

menjalani

kehidupannya.

OBJEKTIF

19.

Objektif perkhidmatan B & K di sekolah adalah;


19.1

Sebagai perkhidmatan yang mesra murid

19.2

Meningkatkan disiplin diri murid

19.3 Membangun dan mengembangkan sahsiah diri murid

FOKUS PERKHIDMATAN B & K

20.

Perkhidmatan B & K dilaksanakan secara sepenuh masa dan berfokus


kepada program dan aktiviti;
20.1

Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid

20.2

Peningkatan disiplin diri murid

20.3

Pendidikan Kerjaya murid

20.4

Psikososial dan kesejahteraan mental murid

20.5

Pengurusan Profil Murid

20.6

Pendidikan Pencegahan

20.7

Konsultasi keibubapaan

20.8

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Fokus Pembangunan Sahsiah Diri Murid:

21.

Fokus ini adalah untuk memupuk pengembangan personaliti kendiri


(charector) murid dari aspek;
21.1 Sikap penyayang (kepedulian)
6

21.2 Budi bahasa


21.3 Konsep kendiri
21.4 Kepemimpinan
21.5 Komunikasi
21.6 Kekemasan diri
21.7 Ketepatan masa
Fokus Peningkatan Disiplin Diri Murid

22.

Fokus ini adalah memupuk disiplin diri murid termasuk intervensi yang
perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala
seperti berikut;
22.1

Perlakuan ponteng sekolah

22.2

Perlakuan berunsur jenayah

22.3

Perlakuan berunsur kelucahan

22.4

Perlakuan berunsur kurang sopan

22.5

Perlakuan berunsur vandalisme

Fokus Pendidikan Kerjaya Murid

23.

Fokus ini adalah berkaitan pendedahan dan bimbingan kepada murid


mengenai

maklumat berkaitan peluang pendidikan dan hala tuju

kerjaya. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;


23.1 melaksanakan program Pendidikan Kerjaya secara terancang
bagi memastikan semua murid dapat mengenalpasti potensi diri,
minat, sikap dan hala tuju kerjaya.
23.2 Menyediakan Profil Kerjaya setiap murid mulai sekolah
rendah sehingga menengah dalam pelan pembangunan dan
perkembangan kerjaya mereka.

23.3 Menyediakan rekod murid selepas tamat persekolahan sama ada


terus ke kerjaya atau meneruskan pengajian ke institusi-institusi
awam atau swasta.
Fokus Psikososial dan kesejahteraan mental murid

24.

Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekal dan


mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru B &
K perlu;
24.1

Membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi

24.2

Membimbing murid dalam aspek pengurusan emosi

24.3

Membantu murid mengembangkan pemikiran yang positif

Fokus Pengurusan Profil Murid

25.

Fokus ini adalah menyediakan pengkalan Profil Murid. Ia bertujuan


untuk

membuat analisis

terhadap

sesuatu

isu

berkaitan murid

seterusnya tindakan membantu dan mencegah sesuatu isu itu boleh


dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K perlu;
25.1

Menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin

25.2

Menyediakan profil setiap murid ponteng sekolah

25.3

Menyediakan profil kerjaya setiap murid

25.4 Menyediakan profil murid dari segi Kesejahteraan Mental/emosi

26.

Profil

murid

hendaklah

mengandungi

maklumat mengenai

latar

belakang murid, latar belakang ibu bapa/penjaga, latarbelakang


masalah,

kekerapan

dan

punca

masalah,

status

tindakan

penyelesaian.
Fokus Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan

27.

Fokus ini adalah memberi pendidikan pencegahan serta membimbing


murid agar berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan
kegiatan-kegiatan yang memudaratkan diri dari segi kegiatan seks
bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk bahan inhalan.

28.

Fokus

ini

juga

adalah

memberi

pendidikan

pencegahan

serta

membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol


dan bunuh diri.
Fokus Konsultasi Keibubapaan:

29.

Fokus ini adalah membimbing murid mengetahui tanggungjawab diri


dalam keluarga di mana;
29.1

kemahiran keibubapaan akan diterapkan bermula dari alam


persekolahan,

29.2

melaksanakan aktiviti engagement bersama ibu bapa murid.

Fokus Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

30.

Fokus ini adalah meningkatkan

kemahiran menolong dan soft skills

(kemahiran generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu;


30.1

Melaksanakan latihan kemahiran kepada murid yang menjadi


PRS.

30.2 Melatih PRS agar berupaya memainkan peranan membantu


rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu Orang Lain
dengan;
a.

PRS sebagai role model kepada orang lain

b.

Memberi galakan kepada rakan agar bersikap positif

c.

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain

KAEDAH
9

31.

Kaedah perkhidmatan:
31.1

Perkhidmatan kaunseling dan bimbingan secara individu atau


kelompok

31.2

Pelaksanaan program dan aktiviti murid

31.3

Penyampaian (Outreach) yang berkesan

31.4

Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok

32.

Perkhidmatan Kaunseling Individu dan Kaunseling Kelompok adalah


menjadi Sasaran Kerja Utama guru B & K.

33.

Murid boleh mendapatkan perkhidmatan kaunseling secara individu


atau kelompok pada bila-bila masa waktu persekolahan termasuk
semasa waktu pengajaran dan pembelajaran (P & P).

Pelaksanaan Program dan Aktiviti Murid

34.

Pelaksanaan program dan aktiviti murid yang merujuk kepada fokus


perkhidmatan ini hendaklah dirancang dan dilaksanakan bersesuaian
dengan matlamat yang ditetapkan.

35.

Selain itu, masa serta kerjasama pihak pentadbir, rakan guru yang lain
perlu diperolehi bagi melaksanakan sesuatu aktiviti secara berkesan.

Menjalankan Tugas Luar

36.

Seorang guru B & K boleh dibenarkan menjalankan tugas luar iaitu


selain daripada tugas hakiki di sekolah mereka dengan kadar 20

10

peratus setahun. Ini bermakna, 80 peratus masanya setahun


hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

37.

Kekecualian boleh diberikan sekiranya guru B & K diarahkan;


37.1 Mengikuti kursus, latihan termasuk menyambung pengajian
dalam tempoh masa yang panjang.
37.2 Menjalankan tugas luar apabila berlaku sesuatu bencana atau
mala petaka di sesuatu tempat.
37.3 Kekecualian menjalankan tugas luar melebihi tempoh atau kadar
yang ditetapkan dalam perkara ini boleh juga diberikan dengan
syarat

mendapat

kelulusan

bertulis

daripada

Pengarah

Pelajaran Negeri terlebih dahulu.

38.

Dalam hal ini, tugas luar bermakna tugas yang diarah atau diminta
oleh agensi atau badan lain termasuk KPM, JPN dan PPD.

Penyampaian (Outreach) yang berkesan

39.

Bagi memastikan agar perkhidmatan B & K adalah perkhidmatan yang


mesra murid, maka guru B & K hendaklah;
39.1 Membuat sebaran secara berkesan berkaitan perkhidmatan,
program dan aktiviti yang ditawarkan kepada murid.
39.2 Menawarkan aku janji (piagam pelanggan) manfaat yang boleh
diperoleh daripada perkhidmatan B & K di sekolah.

Engagement bersama murid, guru dan ibu bapa

11

40.

Bagi menentukan agar perkhidmatan ini menjadi istimewa, maka guru


B & K hendaklah;
40.1 Mengadakan jalinan perhubungan mesra dengan khususnya ibu
bapa dan keluarga dalam menangani sesuatu isu berhubung
murid.
40.2 Mengamalkan sikap penyayang dalam hubungannya dengan
murid, rakan guru, ibu bapa, komuniti setempat dan masyarakat.
40.3 Mewujudkan jaringan (networking) dengan pihak-pihak lain
termasuk murid, rakan guru, ibu bapa dan masyarakat bagi
mendapatkan maklum balas terhadap perkhidmatan yang diberi.

Kelas Ganti

41.

Guru B & K Sepenuh Masa boleh mengambil kelas ganti tidak lebih
8 waktu seminggu.

42.

Semasa bertugas sebagai guru ganti di sesebuah bilik darjah, mereka


hendaklah

melaksanakan

program

atau

aktiviti

yang

berkaitan

perkhidmatan B & K.

43.

Guru B & K boleh menggunakan Modul Perkhidmatan Bimbingan dan


Kaunseling sebagai panduan dan rujukan semasa melaksanakan
aktiviti bimbingan di dalam kelas ganti.

Sokongan Pentadbir Sekolah

44.

Dalam memberikan perkhidmatan terbaik dan berkesan oleh guru B &


K, sokongan dan kerjasama daripada pihak pentadbir sekolah amat
diperlukan. Dalam masa yang sama, pihak pentadbir sekolah juga
12

hendaklah membuat pemantauan serta memberikan maklum balas


kepada guru B & K akan keberkesanan perkhidmatan mereka.

13

You might also like