You are on page 1of 2

RESEPI AYAM BBQ Sajian Dapur Bonda

Bahan-bahannya:

2 ekor ayam (anggaran 4.5 kg)


Sos BBQ, dibancuh dengan sedikit air untuk disapu di atas isi ayam semasa
membakar

Bahan-bahan Perapan

Bahan-bahan A:

3 sudu
5 sudu
2 sudu
Garam

besar sos BBQ


besar gula perang (boleh ganti dengan madu)
besar gula putih
secukup rasa

Bahan-bahan B (Dikisar halus dijadikan pes):

2 3 biji bawang besar (saiz besar) - dihiris


8 ulas bawang putih saiz besar
4 sm halia
4 sm kunyit hidup
2 sm lengkuas
4 5 batang serai - dihiris
3- 4 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk lada hitam halus (kalau nak pedas, boleh tambah lagi)
Anggaran air secukupnya

Cara-cara penyediaannya:

1. Potong ayam mengikut citarasa anda. Bersihkan ayam dan toskan. Kelar
sedikit permukaan isi ayam supaya bahan perapan mudah menyerap dan
isi ayam cepat masak bila dibakar nanti.
2. Masukkan kesemua isi ayam di dalam bekas, diikuti dengan bahan-bahan
perapan (Bahan A dan Bahan B). Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
3. Masukkan ayam di dalam zipper beg. Kuantiti ayam yang dimasukkan di
dalam zipper beg bergantung kepada saiz beg berkenaan. Boleh juga guna
bekas plastik/Tupperware bertutup untuk menyimpan ayam.
4. Perap ayam tersebut 1 2 malam di dalam peti ais (lagi lama perap lagi
bertambah sedap).
5. Bakar ayam di atas bara api. Semasa membakar bolehlah disapu sos
BBQ di atas isi ayam menggunakan serai (menambahkan aroma)

You might also like