You are on page 1of 16

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani.


Assalammualaikum warahmatullahhi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Terima kasih puan pengerusi majlis. Yang berusaha tuan guru besar, barisan
guru-guru penolong kanan, guru-guru, para ibu bapa, dan seterusnya murid-murid
Sekolah Kebangsaan (Felda) Bukit Puchong yang dikasihi sekalian. Ucapan ribuan
terima

kasih

kepada

pihak

sekolah

yang

sudi

menjemput

saya

untuk

menyampaikan ceramah berkaitan Jerebu sempena menyambut Minggu Alam


Sekitar.
Tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian,
Malaysia telah mengalami episod jerebu yang singkat pada 15 hingga 27 Jun
2013 yang disebabkan oleh pencemaran yang merentas sempadan. Kebanyakan
kawasaan di Semenanjung Malaysia terjejas dan kualiti udara merosot ke tahap
yang tidak sihat dan merbahaya. Kawasan yang palin teruk terjejas adalah tiga
negeri di Semenanjung Malaysia iaitu Johor, Melaka dan Negeri Sembilan. Semasa
episod jerebu, bacaan IPU ( Indeks Pencemaran Udara ) tertinggi yang dicatatkan
adalah di daerah Muar, Johor iaitu melebihi paras 500. Berikutan itu, pada 23 Jun
2013, YAB Perdana Menteri Malaysia telah mengisytiharkan keadaan Darurat
Bencana Jerebu bagi seluruh daerah Muar dan daerah Ledang pada 23 Jun 2013.
YAB Perdana Menteri pada 24 Jun 2013 telah menarik balik pengisytiharan
keadaan Darurat Bencana Jerebu berikutan penurunan bacaan IPU di bawah paras
300 dan jarak penglihatan bertambah baik.
Jadi apa yang tuan-tuan, puan-puan dan anak-anak faham dengan jerebu?
Suasana jerebu sering kali kita kaitkan dengan jarak pandangan yang terbatas,
kabut, kelam, kesukaran bernafas dan pemakain topeng muka. Jerebu yang
kelihatan di ruang udara kita adalah disebabkan partikulat-partikulat atau zarahzarah halus yang tidak nampak oleh mata kasar terampai di atmosfera dalam
FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

kepekatan yang tinggi. Partikulat-partikulat ini menyerap dan menyerakkan cahaya


matahari sehingga mengurangkan jarak atau batas penglihatan. Udara akan
kelihatan samar kerana partikulat kecil yang terampai.
Status kualiti udara dilaporkan dalam bentuk Indeks Pencemar Udara (IPU).
IPU dikira berdasarkan kepekatan lima (5) bahan pencemar utama iaitu ozon di
permukaan bumi (O3), karbon monoksida (CO), nitrogen dioksida (NO2), sulfur
dioksida (SO2) dan kumin pepejal yang kurang dari 10 mikron (PM10). IPU ini
dikategorikan sebagai baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan
berbahaya.
Tuan-tuan, puan-puan serta anak-anak sekalian,
Ada 2 penyebab utama berlakunya jerebu. Pertama, kerana tindakan
semulajadi alam. Atau kata lainnya, ujian dari Allah subhanawataala. Fenomena
semulajadi ini akibat dari habuk tanah, seperti fenomena ribut pasir yang sering
berlaku di kawasan-kawasan berhampiran gurun. Letusan gunung berapi yang
memuntahkan lahar dan melepaskan habuk-habuk juga menyebabkan berlakunya
jerebu. Walaupun negara kita luar dari jajaran lingkaran gunung berapi, peristiwa
letusan gunung berapi Pinatubo di Philipina beberapa tahun yang lepas telah
menyebabkan berlakunya jerebu di negara kita. Partikel-partikel halus atau habuk
ini telah diterbangkan melintasi Laut China Selatan dan samapai ke negara kita.
Seterusnya tiupan angin laut yang mengandungi garam juga anatar fenomena
semulajadi yang menyebabakan jerebu.
Punca yang kedua adalah kerana sikap dan perbuatan manusia itu sendiri.
Pelepasan asap kenderaan merupakan penyumbang paling besar kepada
pencemaran udara atau jerebu. Pertambahan bilangan kenderaan pada setiap
tahun bermakna pertambahan pelepasan asap juga signifikan. Penggunaan enjinenjin yang tidak mesra alam serta enjin-enjin lama yang kurang efisen menerangkan
mengapa asap kenderaan menyumbang kepada pencemaran udara. Enjin-enjin yang

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

kurang efisen adalah seperti enjin 2 lejang, manakala enjin berkuasa hybrid dan
solar adalah contoh enjin yang mesra alam.
Sumber tenaga eletrik di Malaysia dibekalkan melalui stesen janakuasa
hidro yang dimiliki oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), turut dibekalkan oleh stesen
janakuasa swasta (IPP). Selain stesen janakuasa IPP, stesen janakuasa TNB turut
membekalkan

kuasa

elektrik

melalui

stesen

janakuasa

yang

digerakkan

menggunakan arang batu dan diesel. Kedua-dua bahan api ini melalui proses
pembakaran untuk menghasilkan tenaga elektrik yang secara langsung melepaskan
asap ke udara. Proses pembakaran melepaskan karbon monoksida ke udara.
Bidang perindustrian di negara kita melepaslkan bendasing ke udara
daripada proses industri melalui cerobong. Pelepasan sebatian organik meruap
(voc) daripada kilang-kilang penapis dan stesen minyak. Jika diperhatikan
berhampiran tempat tinggal tuan-tuan, puan-puan, dan anak-anak sekarang, kita
boleh nampak kilang sawit. Bukan sekadar asap sahaja yang kita boleh nampak
keluar dari cerobong-cerobong, bahkan bau yang kurang enak pun dapat kita hidu.
Dan yang terakhir sekali, aktiviti yang selalu kita lakukan sama ada kita
sedari atau tanpa kita sedari iaitu melakukan pembakaran terbuka. Aktiviti-aktiviti
pembakaran sampah-sarap di tapak-tapak pelupusan sampah membebaskan asap
yang mengandungi partikel-partikel berbahaya seperti toksin dan sebagainya.
Pembukaan hutan, penanaman semula pokok-pokok seperti sawit yang melibatkan
aktiviti pembakaran bagi tujuan memerun, dan pembakaran sisa-sisa pertanian
merupakan faktor

utama

fenomena

jerebu

di

negara

kita.

Aktiviti-aktiviti

pembakaran hutan dan ladang di Sumatera, Indonesia telah membebaskan asap ke


udara. Akibat daripada tiupan angin, asap yang mengandungi partikel-partikel
kurang dari 10 mikron ii telah samapai ke Semenanjung Malaysia.

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Status kualiti udara dilaporkan dalam bentuk Indeks Pencemar Udara (IPU).
IPU ini dikategorikan sebagai baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat dan
berbahaya.

BACAAN
INDEKS
PENCEMARA
N UDARA
(IPU)

STATUS

0 - 50

Baik

BACAAN
INDEKS
PENCEMARA
N UDARA
(IPU)

STATUS

51 - 100

Sederhana

Tahap pencemaran Tiada sekatan aktiviti untuk


sederhana dan
semua golongan.
lazimnya tidak
Orang ramai dinasihatkan supaya
membahayakan
mengamalkan cara hidup sihat.
kesihatan umum

101 - 200

Tidak Sihat

Tahap pencemaran Golongan berisiko tinggi


boleh menjejaskan
dinasihatkan supaya
kesihatan golongan
menghadkan aktiviti di luar
berisiko tinggi
rumah.
Golongan berisiko tinggi
dinasihatkan memakai alat
pelindung pernafasan (mask)
ketika berada di luar rumah.
Orang ramai dinasihatkan
mengurangkan aktiviti-aktiviti
yang lasak di luar rumah.

201 - 300

Sangat
Tidak
Menyihatka
n

Tahap pencemaran Orang ramai dinasihatkan untuk


tinggi yang
mengelak daripada melakukan
menjejaskan
aktiviti lasak di luar rumah.
kesihatan orang
Orang ramai dinasihatkan
ramai dan boleh
memakai alat pelindung
memburukkan
pernafasan (mask) ketika
gejala yang dialami

TAHAP
PENCEMARAN

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN DAN KAWALAN
KESIHATAN

Tahap pencemaran Tiada sekatan aktiviti untuk


rendah dan tidak
semua golongan.
membahayakan
Orang ramai dinasihatkan supaya
kesihatan umum
mengamalkan cara hidup sihat

TAHAP
PENCEMARAN

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN DAN KAWALAN
KESIHATAN

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

oleh mereka yang


berisiko tinggi

BACAAN
INDEKS
PENCEMARA
N UDARA
(IPU)

STATUS

301 400

Berbahaya

TAHAP
PENCEMARAN

Pencemaran yang
sangat tinggi dan
membahayakan
kesihatan

berada di luar rumah.


Golongan berisiko tinggi digesa
supaya berada di dalam rumah
atau bangunan dan
mengurangkan aktiviti fizikal.
Golongan berisiko tinggi
dinasihatkan memakai alat
pelindung pernafasan (mask)
ketika berada di luar rumah.
Mereka yang mangalami masalah
kesihatan dinasihatkan untuk
berjumpa doktor.
Bilik Gerakan Peringkat
Kebangsaan dibuka pada waktu
pejabat atau atas arahan
Jawatankuasa Pemandu
(Kesihatan).
Orang ramai dinasihatkan supaya
sentiasa minum banyak air.
Orang ramai dinasihatkan supaya
kerap membasuh muka dan
bahagian-bahagian yang
terdedah kepada jerebu.

LANGKAH-LANGKAH
PENCEGAHAN DAN KAWALAN
KESIHATAN
Golongan berisiko tinggi digesa
berada di dalam rumah.
Seboleh-bolehnya, orang ramai
dinasihatkan supaya tinggal di
dalam bangunan atau rumah.
Orang ramai dinasihatkan supaya
sentiasa membasuh muka dan
bahagian kulit yang terdedah
kepada jerebu dengan air
bersih.
Orang ramai dinasihatkan
memakai alat pelindung
pernafasan (mask) ketika
berada di luar rumah

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

401 500

Berbahaya

Pencemaran yang
sangat tinggi dan
membahayakan
kesihatan

Tindakan seperti aras IPU 301


400

500 ke atas

Darurat

Pencemaran yang
sangat tinggi dan
sangat
membahayakan
kesihatan

Tindakan seperti aras IPU 301 400


Orang ramai diminta untuk
mengikut arahan Majlis
Keselamatan Negara dan
sentiasa mengikut
perkembangan melalui media
massa.

Dalam memperkatakan masalah jerebu yang kerap melanda negara,


golongan yang paling berisiko dan terkesan

sekali daripada kesan jerebu ialah

kalangan bayi dan kanak-kanak, orang-orang tua, pesakit jantung dan paru-paru,
perokok, dan pekerja yang terdedah kepada udara luar. Golongan ini sangat
berisiko dan terdedah dengan pelbagai penyakit akibat daripada jerebu seperti
golongan kanak-kanak dan orang tua akan berisiko untuk terkena jangkitan saluran
penafasan, radang paru-paru dan asma.

Manakala kalangan pelajar dan para

pekerja dalam sektor awam berisiko untuk mendapat sakit tekak dan sakit mata
akibat terdedah dengan udara dan pesekitaran di mana mereka berada.
Manakala kesan-kesan lain akibat masalah jerebu ialah akan membatas
aktiviti seharian penduduk setempat. Mereka terpaksa menghadkan pergerakan
dan berada dalam kawasan berisiko dalam jangka masa yang terhad.
Aktiviti ekonomi seharian penduduk juga turut terjejas kerana kesan daripada
masalah jerebu, urusan seharian terpaksa dihadkan. Aktiviti ekonomi seperti
berjual beli juga terbatas. Dalam situasi sebegini, penduduk setempat akan
menjaga stres atau tertekan, aktiviti seharian kanak-kanak juga turut terkesan
apabila kebanyakan kalangan ibu bapa akan menghalang anak-anak berada di luar
rumah atau di tempat-tempat awam.

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian,


Jerebu merupakan suatu keadaan yang disebabkan oleh partikulat atau
zarah-zarah haus yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar dan terampai di
atmosfera dalam kepadatan yang tinggi. Zarah halus ini akan disedut masuk ke
dalam sistem pernafasan manusia bergantung kepada kadar penafasan seseorang.
Sebagai pelajar, langkah-langkah awal dan drastik yang boleh dilakukan ketika
jerebu melanda persekitaran tempat tinggal kita ialah pelajar-pelajar digalakkan
menggunakan pelindung hidung Mask jenis N95.
Pelajar-pelajar juga digalakkan banyakkan minum air kosong sekurangkurangnya 8 gelas sehari. Amalan mencuci tangandan muka selepas ativiti luar
sangat digalakkan selain kerap mandi.

Pelajar digalakkan banyak melakukan

aktiviti di dalam rumah dan elak berada di luar rumah dalam tempoh yang lama
pada sesuatu masa. Semasa di rumah, ibu bapa digalakkan menutup pintu dan
tingkap untuk mengurangkan pencemaran udara.
Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian,
Namun pihak berkuasa memainkan peranan penting dalam menangani isu
jerebu

yang melanda, beberapa langkah proaktif perlu diambil. Sehubungan

dengan itu bagi mengatasi berlakunya jerebu 3 kategori langkah pengawalan perlu
diambil.
Langkah pengawalan yang pertama ialah langkah-langkah fizikal yang boleh
dijalankan bagi mengawal jerebu. Ini termasuklah kawalan kepada sumber
pencemaran, kawalan pada peringkat penerima, pengurusan alam sekitar yang
lebih berkesan dan penubuhan stesen-stesen pengawasan udara yang tetap dan
sementara. Terutamanya kawasan yang dikenalpasti berpotensi untuk mudah
terkena pencemaran jerebu. Sehubungan dengan itu, kerajaan melalui Kementerian
Sumber Asli dan Alam Sekitar telah mewujudkan 52 stesen pengawasan kualiti

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

udara automatik dan 14 stesen kawalan kualiti udara manual di seluruh negara
yang memberikan bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) setiap 1 jam.
Kawalan kepada sumber merupakan tindakan pertama dalam kawalan
melalui langkah-langkah fizikal. Pada tahap ini, pencemaran jerebu dapt dikawal
dengan mengkaji punca-punca yang menyebabkan berlakunya pencemaran jerebu.
Melalui kajian ini, telah dapat dikenalpasti bahawa punca pencemaran jerebu yang
melanda Malaysia adalah disebabkan oleh aktiviti pembakaran hutan dan
kebakaran tabie (semulajadi) di tanah gambut di negara jiran kita Indonesia.
Kebakaran hutan dan tanah gambut yang berlaku ini terutamanya di daerah
Kalimantan dan Sumatera. Selain itu, aktiviti pembakaran terbuka oleh masyarakat
tempatan, pelepasan asap dari sektor perindustrian dan ekzos kenderaan
dikenalpasti sebagai punca pencemaran jerebu di Malaysia.
Bagi menangani dan mengawal kebakaran hutan seperti yang berlaku di
Indonesia beberpa langkah pengawalan boleh diambil. Antara langkah-langkah
mengawal kebakaran hutan ialah;
Pertama, mencari alternatif lain untuk membuka semula kawasan pertanian
dan bukannya dengan membakar kawasan pertanian dengan tujuan untuk
membolehkan petani bertani semula di kawasan tersebut. Keadaan kebakaran di
Indonesia sebenarnya berpunca daripada petani yang membakar kawasan
pertanian mereka setelah musim menuai berakhir dengan matlamat untuk
mendapatkan baja dari bahan organik yang terbakar dan menjimatkan kos
pertanian. Langkah yang sewajarnya dilakukan oleh petani di kawasan tersebut
adalah dengan memproses semula (recycle) tumbuhan pertanian yang tersisa
setelah proses menuai dengan menghantar bahan tersebut ke kilang pemprosesan
baja ataupun pemprosesan makanan binatang.
Kedua, memadamkan kebakaran yang wujud dengan menggerakkan jentera
pemadam kebakaran melalui pihak bomba ataupun pihak berkuasa tempatan

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

lainnya yang terlibat dan bertanggung jawab memadam kebakaran seperti pasukan
tentera. Ketika kebakaran berlaku di hutan Sumatera, gandingan antara anggota
Bomba dan Penyelamat Malaysia dengan Angkatan Bersenjata Republik Indonesia
(ABRI) dan pekerja pemilik konsesi balak PT Kamiayaka Surya, telah berjaya
mengawal kebakaran di Desa Sekumbang, kawasan pembalakan di Wilayah Jambi,
Sumatera, Indonesia (Berita Harian. 3/10/1997).
Ketiga, mencipta pembenihan awan untuk mewujudkan hujan tiruan. Dalam
keadaan

berjerebu,

cahaya

matahari

tidak

dapat

menghasilkan

proses

pemeluwapan air utnuk menjadi awan sebagaimana hari-hari normal. Dengan itu
pembentukan awan berkurangan yang mengakibatakan penurunan hujan dan
embun semakin kurang. Usaha pembenihan awan bagi tujuan hujan tiruan telah
berjaya dilaksanakan pertama kali di Lembah Kelang. Operasi ini telah
menyebabkan hujan lebat kira-kira jam 4.45 petang di Subang dan Damansara,
serta hujan renyai-renyai di Bangsar setelah operasi pembenihan hujan dilakukan di
utara Puchong, timur Shah Alam dan selatan Kuala Lumpur antara jam 3.10 hingga
3.20 petang hari yang sama (Berita Harian, 9/9/1997).
Selain daripada kebakaran hutan, pelepasan asap oleh kenderaan bermotor
juga menjadi penyebab berlakunya pencemaran jerebu. Ekzos kenderaan bermotor
menyumbangkan 80% pencemaran udara. Pelepasan asap dari kenderaan
merupakan punca pencemaran utama yang melepaskan pencemar beracun seperti
nitrogen dioksida, karbon monoksida dan hidrokarbon. Kenderaan juga melepaskan
karbon dioksida dengan kuantiti CO2 yang dilepaskan oleh sesebuah kereta berkait
rapat dengan kuantiti petrol yang digunakan. Kereta memeberikan 2kg CO 2 untuk
setiap liter petrol yang digunakan. Dengan itu beberapa langkah yang boleh
dijalankan untuk membendung peplepasan asap hitam tersebut ialah;
i) menggunakan petrol tanpa plumbum sebagai bahan bakar kenderaan
ii) menggunakan bahan api yang lebih mesra alam berdasarkan
perlaksanaaan Pelan Tindakan Udara Bersih (PTUB). Bahan api yang
mesra alam bermaksud bahan api yang tidak mencemar alam sekitar.
FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

iii) memandu pada kelajuan normal. Pada keadaan lalu lintas normal,
kebanyakan kereta beroperasi dengan lancar pada kelajuan di antara 56
km/j hingga 72 km/j. Jika memandu dengan lebih laju penggunaan
petrol akan meningkat dan menyebabkan peningkatan pelepasan asap.
iv) memastikan enjin kenderaan berada dalam keadaan baik. Kereta yang
berkeadaan

baik

akan

dapat

mengurangkan

penggunaan

petrol

sebanyak 9%, mengurangkan pelepasan 42% hidrokarbon dan 47%


karbon monoksida berbanding kereta yang tidak diselenggarakan dengan
baik.
v) membeli kereta yang menggunakan bahan kuasa dengan cekap dan
tidak mencemar atau kenderaan yang menggunakan kuasa hibrid
(elektrik).
Tindakan kedua dalam peringkat kawalan langkah-langkah fizikal ialah usahausaha pengawalan pada peringkat penerima. Ianya memerlukan perancangan yang
baik

oleh

pihak

kerajaan

tempatan.

Antara

langkah-langkah

yang

boleh

dilaksanakan ialah penanaman pokok-pokok disepanjang jalan raya kerana karbon


dioksida yang dilepaskan oleh kenderaan bermotor dapat membantu keadaan
berjerebu digunakan di dalam proses fotosintesis. Program penghijauan bandar
seperti yang dilaksanakan di negara Jepun boleh dilaksanakan dalam peringkat ini
kerana tumbuhan hijau berupaya untuk menyerap partikel terampai dan juga gasgas pencemar.
Seterusnya pengurusan alam sekitar yang lebih efisen merupakan langkahlangkah fizikal yang dilaksanakan bagi mengawal pencemaran jerebu. Tanpa
pengurusan yang efisen alam sekitar akan terus tercemar tanpa kawalan. Bukti
yang nyata ialah masalah jerebu bukannya maslah baru yang dihadapi oleh
Malaysia dan negara serantau. Keadaan berjerebu sentiasa berulang iaitu bermula
pada 1982, 1991, 1994, 1997, 2005, 2006, dan 2013. Punca jerebu masih lagi
sama iaitu pertambahan mendadak partikel terampai di udara akibat daripada
kebakaran hutan di Indonesia. Persoalannya ialah apakah keadaan ini akan
sentiasa berulang dan berterusan sehingga dianggap sebagai bencana alam

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

sedangkan ianya berpunca daripada kebakaran hutan yang tidak terkawal oleh
aktiviti pembalakan dan pertanian di Indonesia.
Selain menangani masalah jerebu yang berpunca daripada luar negara,
pengurusan yang cekap juga dapat membanteras pencemaran udara dari puncapunca pencemaran tempatan. Pengurusan sistem jalan raya hendaklah berkesan
dalam memastikan lalulintas tidak padat dan sesak yang mengakibatkan perjalanan
yang tersekat-sekat agar bahan pencemar tidak sewenangnya dilepaskan oleh
ekzos kenderaan. Malah sektor perindustrian yang banyak melepaskan gas-gas
pencemar juga harus diperiksa sentiasa agar tidak berpeluang melakukan
kesalahan mencemar.
Langkah-langkah fizikal yang seterusnya perlu diambil ialah menambah
stesen pengawasan kualiti udara. Penubuhan stesen-stesen pengawasan udara
hendaklah ditambah dari masa ke semasa terutamanya di kawasan yang jelas
berpotensi mencemar seperti kawasan perindustrian dan persimpangan jalan yang
sesak. Untuk itu Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam
Sekitar (JAS) telah membina 52 stesen pengawasan kualiti udara automatik dan
14 stesen kawalan kualiti udara manual di seluruh negara yang memberikan
bacaan IPU (Indeks Pencemaran Udara) setiap 1 jam.
Langkah pengawalan yang kedua ialah kempen alam sekitar dan kesedaran
dalam kalangan masyarakat. Pencemaran udara yang berlaku dewasa ini
kebanyakkannya berpunca daripada aktiviti manusia. Hanya sedikit sahaja peristiwa
pencemaran udara yang berpunca daripada sumber semula jadi seperti letusan
gunung berapi. Jadi, adalah amat penting untuk memberikan kesedaran kepada
masyarakat

agar

berehenti

daripada

terus

mencemar

alam

sekitar

bagi

mengekalkan suasana kehidupan yang selesa dan harmoni. Kedaran orang ramai
dapat diwujudkan melalui pelbagai cara seperti program pendidikan dan kesedaran.
Tiada gunanya menjalankan usaha serta langkah fizikal jika masyarakat tidak sedar
dan sentiasa sahaja melakukan aktiviti yang membawa kepada gejala pencemaran
udara.
FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan masyarakat, pendidikan


merupakan medium yang paling sesuai untuk melaksanakannya. Ianya boleh
disampaikan melalui pendidikan secara formal atau informal. Pendidikan secara
informal diterapkan dalam kalangan kanak-kanak pada awal usia dan berjalan
secara berterusan dengan pendidikan formal yang disampaikan di sekolah rendah,
menengah dan setrusnya peringkat yang lebih tinggi. Program pendidikan adalh
penting agar setiap golongan telah didedahkan serta disedarkan pada peringkat
awal usia untuk prihatin dan mengambil bahagian bekerjasama mengawal
pencemaran dan mengelakkan daripada melakukan aktiviti yang mencemar
persekitaran.
Di samping itu, pihak-pihak yang terbabit seperti Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar melalui Jabatan Alam Sekitar, Pejabat Daerah, Pejabat Penghulu,
Pengurusan Felda Bukit Puchong, dan ketua kampung boleh menjalankan kempen
alam sekitar di peringkat kawasan kampung Felda Bukit Puchong ini. Selain itu
pihak Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar juga telah melaksanakan kempen
melalui media cetak, media elektronik mahupun media massa. Iklan-iklan, rencanarencana, brosur, poster dan sebagainya perlu dihebahkan pada masyarakat
kampung kita ini. Iklan-iklan, rencana-rencana, brosur, poster dan sebagainya perlu
ditampal di tempat umum seperti sekolah, masjid, balai raya, pejabat felda, tadika,
kedai-kedai minum dan seumpamanya.
Langkah terakhir untuk mengawal pencemaran jerebu adalah tindakan
kawalan perundangan dan polisi kerajaan. Melalui kawalan perundangan, denda
dan saman yang berat boleh dikenakan sebagai tindakan terakhir dalam menangani
masalah jerebu. Tindakan kerajaan dalam mengawal pencemaran udara yang
menyumbang kepada masaalah jerebu adalah berdasarkan kepada Akta Kualiti
Alam Sekeliling, 1974. Pengawalan berdasarkan akta terutamanya Peraturanperaturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih), 1978 ini hanya bersesuaian
dijalankan di peringkat kebangsaan. Pada bulan Oktober 2006, Sub-Serantau
Jawatankuasa Pemandu Menteri Alam Sekitar (SRMSC) dari Malaysia, Singapura,
FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Indonesia, Brunei dan Thailand telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa


Indonesia meratifikasi Perjanjian Asean Mengenai Pencemaran Jerebu Rentas
Sempadan (CO5).
Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian,
Kesimpulan masalah jerebu merupakan masalah segajat dan perlu ditangani
oleh semua pihak. Pencemaran alam sekitar merupakan isu global dan perlu
ditangani oleh semua negara. Dalam isu jerebu di negara ini, Malaysia mungkin
sukar untuk menangani sendiri malah ianya memerlukan kerja sama serantau atau
bersama dengan negara Indonesia.
Namun sebagai pelajar mengetahui isu jerebu, kesan dan cara menangani
merupakan kaedah terbaik untuk melindungi diri dari menjadi mangsa. Sekolah
atau pihak PIBG, atau NGO perlu proaktif dalam menyampaikan risalah atau
kempen tentang masalah jerebu dan kesan sampingan kepada warga sekolah.
Tuan-tuan dan puan-puan serta anak-anak sekalian,
Dengan adanya pendedahan maklumat mengenai jerebu diharapkan para ibu
bapa, guru-guru dan pelajar peka dan mengambil langkah yang sewajarnya apabila
masalah jerebu berlaku di kawasan kita. Seperti yang kita maklum, sekolah dan
warga sekolah adalah medium terbaik untuk kita tanamkan sikap dan semangat
menghargai dan mencintai alam sekitar kita. Ianya adalah bertujuan untuk generasi
hari ini dan masa depan. Oleh itu kita semua bertanggungjawab menjaga alam
sekitar kita dari sebarang ancaman seperti masalah jerebu. Marilah kita berusaha
mencuba langkah-langkah itu untuk memastikan udara persekitaran kita terjaga.
Saya mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan
mendengar ceramah ini, dan jika ada sebarang masalah atau kemusykilan,
bolehlah tuan-tuan dan puan-puan kemukakan soalan selepas ini.

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

Assalammualaikum..
Sekian, terima kasih

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%
%%%%%%%%%%%%%%

FAKULTI

: PENGAJIAN BAHASA MELAYU

SEMESTER / TAHUN

: JANUARI

KOD KURSUS

: HBHE 3103

/ 2015

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

: GAYA HIDUP SIHAT

TAJUK KURSUS

: 650828115006001

NO.MATRIK
NO.KAD PENGENALAN

: 650828115006

NO.TELEFON

: 013-9522528

E-MEL

: falziahmohamad@gmail

PENSYARAH

: EN. ROSDI BIN MOHD KUSNAN

PUSAT PEMBELAJARAN

: MENTAKAB LEARNING CENTRE

%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%%

REFLEKSI
ARTIKEL &
JURNAL
FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

HBHE3103 - GAYA HIDUP SIHAT

ISI KANDUNGAN

MUKA SURAT

PENGENALAN
-

TEKS CERAMAH

SLIDE

1-11
1- 7

ARTIKEL 1DAN REFLEKSI


RUJUKAN

FALZIAH BINTI MOHAMAD (650828115006)

You might also like