You are on page 1of 2

REFLEKSI (LIE POH LING 930522-01-6132)

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang


dilaksanakan bagi melahirkan insan guru yang berkualiti tinggi, berilmu, berkemahiran
serta mempunyai spiritual dan sahsiah yang tinggi. Penghayatan yang begitu
mendalam terhadap pelbagai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam program BIG ini
akan mengukuhkan keperibadian dan sahsiah yang terpuji serta etika keguruan dalam
diri setiap bakal-bakal guru iaitu selaras dengan hasrat negara. Sesungguhnya BIG
seharusnya menjadi elemen yang berkesan untuk menjadikan warga bakal pendidik
menjadi insan yang sentiasa bersedia untuk berkhidmat & berbakti kepada nusa,
bangsa dan juga negara.
Selain itu, program Bina Insan Guru Insan ini dapat membina insan guru
yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai ketahanan fizikal
mental , rohani dan bermanfaat kepada diri, keluarga, masyarakat, dan negara selaras
dengan nilai-nilai keguruan.
Program ini juga dapat membina daya kepimpinan dan memupuk sikap
bertanggungjawab, berfikiran kritis dan kreatif serta menghayati misi dan visi Falsafah
Pendidikan Kebangsaan (FPK).
Ilmu pengetahuan yang saya dapati daripada ceramah BIG Fasa 6 ini
ialah sebagai seorang bakat guru, kita mestilah menjaga tatatertib kita kerana kita
merupakan role model kepada generasi muda.
Secara professional, guru berkewajipan untuk memelihara imej dan
profesion keguruan dengan menyemai khidmat bakti yang bermutu dan penuh dedikasi
demi kemajuan negara. Bagi mencapai matlamat ini, guru hendaklah menanam azam
untuk meningkatkan kemahiran diri dan menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
pendidikan dan juga bidang-bidang lain yang berkaitan supaya proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lebih sistematik dan efektif. Selain itu, guru-

guru juga perlu bersopan santun dan bertingkah laku baik dalam segala aktiviti sosial
bagi mewujudkan suasana harmoni.
Tugas guru bukan setakat mengajar murid-murid mengenai mata
pelajaran yang telah ditetapkan dalam kurikulam, tetapi menyampaikan pelbagai ilmu
pengetahuan yang bermanfaat bagi perkembangan mental murid-murid. Bahkan guru
dipertanggungjawabkan untuk membentuk akhlak dan sahsiah murid-murid supaya
mereka menjadi insan yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan berguna kepada
negara. Justeru itu, guru mempunyai akauntabiliti terhadap pencapaian, kemajuan dan
kecemerlangan murid-murid dalam bidang pelajaran dan juga dari segi moral serta
akhlak. Di samping melaksanakan tanggngjawab mendidik murid-murid, guru juga
bertanggungjawab untuk memelihara imej dan tingkah laku diri sendiri. Faktor ini amat
penting kerana guru hendaklah menunjukkan teladan yang terbaik kepada murid-murid.
Guru hendaklah sentiasa mempamerkan imej yang terbaik dengan berpakaian kemas
dan sederhana, lemah lembut dan mesra, rajin dan tegas serta amanah dalam
menjalankan tugas. Dengan penerapan nilai-nilai ini, guru akan sentiasa dihormati oleh
murid-murid.
Saya telah mendapat pelbagai pengetahuan dalam ceramah ini. Saya
bersyukur kerana berpeluang menyertai ceramah ini. Harap pengetahuan yang saya
dapati ini dapat diaplikasikan dalam kehidupan saya.

You might also like