You are on page 1of 12

Jadual Kerja

Bil

Tarikh

Aktiviti

Menerima taklimat daripada guru mata pelajaran


Sejarah berkaitan penulisan tugasan.

Membuat rujukan awal ke laman web yang


berkaitan dengan tajuk yang diberi sebagai
persediaan awal.

Mengenalpasti cara penulisan tugasan.

Menentukan tajuk penulisan.

Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk


tugasan menerusi internet, buku, majalah,
akhbar, makalah, jurnal untuk mendapatkan
bahan penulisan

Menulis kerangka awal tugasan.

Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan


guru dengan lebih teliti dan kemas.

Menulis pengenalan mengenai latar belakang


Kubu Margherita.

Menulis dan menerangkan struktur bangunan


tersebut.

10

Menulis dan menghuraikan sebab bangunan


tersebut dibina

11

Menulis dan menganalisis fungsi dan keadaan


bangunan tersebut pada masa kini.

13

Menulis dan mencadangkan langkah- langkah


untuk memulihara dan memelihara bangunan

Catatan

tersebut.
12

Membuat rumusan mengenai Kubu Margherita.

13

Mengemas kini tugasan yang dihasilkan.

14

Menyemak tugasan yang dihasilkan.

15

Menghantar tugasan pada tarikh yang ditetapkan.

PENTAKSIRAN TINGKATAN 3
(PT3)
KERJA KURSUS MATA
PELAJARAN SEJARAH
TAHUN 2016

Nama Sekolah:
Nama Calon:
Tingkatan:
Tugasan:
Kad Pengenalan:
Angka Giliran:

Penghargaan
Assalamualaikum

Alhamdullilah, bersyukur ke atas Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat


masa, nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Kerja kursus Sejarah ini penting bagi saya sebagai salah seorang calon PT3 tahun 2016.
Dengan mengambil peluang ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan kerja
kursus sejarah ini .
Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa yang telah
memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan pembelanjaan untuk menjalankan
kajian ini . Ribuan terima kasih diucapkan kepada guru Sejarah saya, iaitu XXXXXXX yang telah
memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan bagi menyelesaikan kerja kursus ini tepat masanya.
Akhir sekali, tidak lupa saya mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan
kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan. Bantuan kalian
amat saya hargai dan tidak akan saya lupakan.

Isi Kandungan
Bil
1.
2.
3.
4.
5.
6.

Kandungan

Penghargaan
Isi Kandungan
Objektif Kajian
Kaedah Kajian
Kerangka Awal
Hasil Kajian
6.1 Latar Belakang Bangunan / Binaan
6.2 Menerangkan Struktur Bangunan / Binaan
6.3 Menghuraikan Sebab Bangunan / Binaan Tersebut Dibina
6.4 Menganalisis Fungsi dan Kaedaaan Bangunan Pada Masa Kini
6.5 Mencadangkan Langkah- Langkah Untuk Memelihara /
Memulihara Bangunan / Binaan
7. Rumusan
8. Lampiran
9. Rujukan

Muka
Surat

3.0 Objektif Kajian


Berdasarkan tajuk yang saya pilih dan kaji, terdapat beberapa objektif kajian
yang ingin saya capai dalam proses pelaksanaan kursus ini. Antara objektif tersebut adalah
seperti berikut:
3.1

Mengenalpasti kesahihan sumber- sumber yang diperoleh

Penggunaan s umber yang s ahih penting bagi menyiapkan kerja kursus


Sejarah ini. Kesahihan sesuatu peristiwa atau kejadian hanya dapat dibuktikan menerusi
sumber sejarah yang benar dan tepat. Dalam proses mencari dan mengumpul maklumat yang
diperlukan, saya telah meneliti setiap sumber atau fakta yang dikumpul. Bagi membuktikan
kesahihan sumber yang diperoleh, saya telah mengadakan lawatan ke tapak monumen tersebut.
3.2

Menambah baik ilmu pengetahuan terhadap bangunan yang dikaji

Proses pengajian sesuatu perkara merupakan salah satu elemen yang melibatkan
sikap inkuiri seseorang individu secara eksplisit. Ia membawa kepada munculnya ilmu
pengetahuan baharu dengan menambah baik ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ini akan
membolehkan seseorang individu lebih mendalami dan memahami sesuatu perkara secara
lebih dalam dan teliti. Secara tidak langsungnya, pengetahuan am saya menjadi lebih luas
dalam proses memperoleh maklumat mengenai bangunan tersebut.
3.3

Memperoleh iktibar dan melahirkan semangat cinta akan Negara

Aktiviti kerja kursus ini telah memberi peluang kepada saya untuk mengenali
bangunan bersejarah ini lebih teliti. Usaha Kementerian Pendidikan ini telah menghidupkan api
dalam hati saya yang sentiasa cinta akan Negara. Tanpa melakukan kerja kursus ini, saya
mungkin tidak pernah menjejak kaki ke tapak yang penuh bersejarah ini. Pada masa yang sama,
ia turut memberi peluang kepada saya untuk menghayati binaan bangunan yang ditinggalkan
oleh orang zaman dahulu.

4.0 Kaedah Kajian


Sebanyak 4 kaedah yang dijalankan untuk mendapatkan maklumat secara tepat
dan terperinci. Kaedah- kaedah adalah seperti berikut:
4.1

Kaedah analisis dokumen/ buku/ akhbar


Saya telah merujuk kepada laman web rasmi syarikat akhbar Borneo Post
sebagai rujukan dalam usaha menyempurnakan kerja kursus saya. Syarikat akhbar Borneo
Post merupakan salah satu syarikat akhbar yang wujud kian lama. Akhbar tempatan ini yang
diterbit buat kali pertama pada tahun 24 April 1978 sebagai infomasi rujukan saya.

4.2

Kaedah penyelidikan pusat sumber


Perpustakaan Majlis Bandaraya Selatan merupakan salah satu pusat sumber
yang paling dekat dengan tempat petempatan saya. Oleh itu, ia memainkan pernan yang
penting dalam usaha menambahbaik kerja kursus saya. Pusat Sumber yang dibuka untuk orang
awam pada tahun 2003 itu penuh dengan buku- buku yang sesuai untuk dijadikan rujukan.
4.3

Memuat turun sumber dari internet

Sebagai seorang pelajar yang celik terhadap perkembangan teknologi, saya turut
mencari maklumat menerusi laman web. Kaedah ini merupakan kaedah paling cepat untuk
memperoleh maklumat tertentu. Walaupun demikian, bukan semua maklumat yang
dipaparkan sesuai untuk digunakan. Saya telah mengambil masa beberapa hari untuk
membuktikan kesahihan maklumat diperoleh sebelum dimuat turun dan digunakan sebagai
panduan dalam menyempurnakan kerja kursus ini.
4.4

bimbingan daripada guru

Akhir sekali, saya turut mendapat bimbingan daripada guru Sejarah. Guru XXXX
telah memberi nasihat dan bantuan apabila saya menghadapi sebarang masa lah. Usaha guru
yang murni ini telah memudahkan saya merancang aktiviti- aktiviti menyiapkan kerja kursus
saya. Segala kelemahan dan kesalahan telah diberi tunjuk ajar agar saya yakin untuk
menyelesaikan kerja kursus dalam tempoh masa yang ditetapkan.

5.0 Kerangka Awal


Bil.
1.

Perkara
Pengenalan

Huraian
Latar belakang bangunan bersejarah yang dipilih
Nama Bangunan: Kubu Margherita / Fort Margherita
Lokasi: Terletak di atas tebing Sungai Sarawak yang menghadap Pekan
Kuching
Tahun mula dibina: 1878
Tahun siap dibina: 1879
Latar belakang bahan binaan
i.
Monumen beralah Inggeris
ii. Kos pembinana sebanyak 8,100 Dolar Sepanyol
iii. Kubu ini dinamakan 'Fort Margherita' bersempena nama isteri
Charles Brooke.
Huraian struktur bangunan / binaan
i.
Kubu ini berbentuk segi empat dibina dari batu- bata berplaster.
ii.
Kubu ini mempunyai 3 tingkat yang terdiri daripada tingkat bawah
untuk tujuan kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 sebagai
ruang kediaman tentera. Manakala bahagian bumbung merupakan
tempat kawalan.
iii.
Tangga putar bertiang besi terletak disatu penjuru
menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung.
Tujuan pembinaan
i.
Pertahanan menghadapi serangan penduduk pribumi
ii.
Tahun 1932, sebagai pangkalan Renjer Sarawak
iii.
Dijadikan Pejabat Kempetai Jepun
i.
Sebagai Muzium Polis
ii.
Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance
(Ordinan Warisan Bandaraya Sarawak, 1993)
iii.
Tapak pelancong tempat bersejarah

2.

Menerangkan
Latar Belakang
Bahan Binaan

3.

Menerangkan
struktur
bangunan /
binaan

4.

Menghuraikan
sebab / tujuan
bangunan
binaan dibina
Menganalisis
fungsi dan
keadaan
bangunan
pada masa kini
Mencadangkan Langkah- langkah untuk memelihara dan menulihara bangunan
langkahi.
Menjaga struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah
langkah untuk
supaya keunikan seni binaannya dapat dikekalkan.
memelihara /
ii.
Mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan
memulihara
memulihara bangunan-bangunan bersejarah.
bangunan /
iii.
Merancang program lawatan ke tempat-tempat bersejarah.
binaan
Rumusan
Nilai: Cinta akan Negara
Iktibar: Berasa bangga akan sejarah Negara
Harapan: rakyat memulihara dan memelihara tempat bersejarah di negara
Sumber
i.
Dr. Ibrahim, 2000, Malaysia Kita, Kuala Lumpur, International

5.

6.

7.

8.

ii.
iii.

iv.

9.

Lampiran

(gambar)

Law Book Service


Kubu Margherita, Jalan Brooke, Kuching
Laman Web Rasmi
Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan &
Kebudayaan Malaysia
http://www.heritage.gov.my/index.php/konservasi/konservasibangunan/bangunan-pertahanan/kubu-margherita
Laman Web Rasmi
Borneo Post
http://www.theborneopost.com/2014/09/11/kubumargherita-sarat-sejarah/

6.0 Hasil Kajian


Kubu Margherita
Disediakan oleh: XXXXXX
6.1

Pengenalan

Kubu Margherita, sebuah kubu pertahanan yang tidak asing bagi warga Kuching
terutamnya bagi golongan emas. Walaupun kubu ini telah berusia lebih daripada satu abad, ia
masih berdiri tegak di atas tebing utara Sungai Sarawak. Bangunan ini mula dibina pada tahun
1878 dan siap pembinaannya pada tahun 1879. Kubu ini umpama simbolik kepada arus
perkembangan bandaran Kuching yang masih mengekalkan wajah aslinya walaupun siap dibina
kian lama.
6.2

Menerangkan Latar Belakang Bahan Binaan

Bangunan beralah Inggeris yang telah menelan kos sebanyak 8,100 Dolar ini
dibina oleh pewaris James Brooke. Charles Brooke, selaku pemerintah kedua bagi zaman
pemerintahan keluarga Brooke untuk mentadbir negera sarawak. Nama kubu ini dinamakan
sempana isteri kesayangannya, iaitu Ranee Margaret Brooke. Ranee Margaret Brooke, nama
asalnya Margaret Alice Lili de Windt, berkahwin dengan Charles Brooke di Highworth, Wiltshire
pada 28 Oktober 1869. Beliau digambarkan sebagai seorang wanita muda yang mempunyai
impian untuk mengembara, meneroka dan menjelajah serta bersifat penyayang dan bijak.
6.3

Menerangkan Struktur Bangunan Bahan Binaan

Bangunan segi empat ini dibina daripada batu- bata berplaster. Tingkat bawah
berlantai tanah berfungsi sebagai bilik kawalan dan bilik tahanan. Tingkat 1 dan 2 dibina
daripada kayu belian berperanan sebagai ruang kediaman tentera. Bahagian bumbung
berfungsi sebagai tempat kawalan. Tangga putar dibina daripada kayu belian dan bertiang besi
terletak disatu penjuru menghubungkan setiap aras sehingga ke bumbung. Menara tangga ini
lebih tinggi dari bumbung untuk pengawal meninjau jarak yang lebih jauh. Lubang - lubang
meriam dibina pada tembok menghala ke arah Sungai Sarawak dan perkampungan Melayu di
bawah bukit.
6.4

Menghuraikan Sebab dan Tujuan Bahan Binaan Dibina

Pada asalnya, pembinanan kubu ini bertujuan untuk menghadapi serangan


penduduk tempatan terhadap pemerintahan keluarga Brooke. Pada tahun 1932 pula, kubu ini
dijadikan pangkalan Renjer Sarawak. Menjelang waktu Perang Dunia ke- 2 pula, bangunan ini
diambil alih oleh penjajah Jepun dan berfungsi sebagai Pejabat Kempetai Jepun. Tempat ini

dipercayai sebagai salah satu tempat di mana tentera Jepun menjalankan hukuman bunuh
terhadap penduduk yang didapati bersalah. Akhirnya, bangunan ini dijadikan Muzium Polis.
Pada tahun 2006, di bawah Program Rancangan Malaysia ke- 10, Jabatan Warisan Negara telah
membuat kerja pembaikan bagi memulihara bangunan tersebut.
6.5

Menganalisis Fungsi dan Keadaan Bahan Binaan Pada Masa Kini

Pada 5 Oktober 2012, kerja pemulihan siap sepenuhnya telah menelan kos
sebanyak RM2.3 juta. Projek pemulihan tersebut bertujuan untuk memperkukuhkan lagi
struktur bangunan tanpa mengubah wajah asalnya. Kubu ini telah menjadi salah satu destinasi
pelancongan terpenting di negeri Sarawak. Usaha ini bertujuan memancu perkembangan
ekonomi tempatan terutamnya dalam bidang pelancongan dan seni bina.
. Untuk kita buat pemeliharaan supaya ia dijadikan bangunan bersejarah
untuk generasi akan datang, supaya mereka mengenali sejarah negara kita. Kenyataan ini
dilakukan oleh Rashidi Hasbullah, selaku Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan
& Kebudayaan apabila beliau menerima temu ramah daripada wartawan pada Majlis Serah
Tapak Siap Kerja Kubu Margherita pada 4 September 2012. Perwatakan monumen ini sebagai
Bangunan Bersejarah Sarawak di bawah Antiquities Ordinance (Ordinan Warisan Bandaraya
Sarawak, 1993) merupakan salah satu cara yang bijak bagi memelihara bangunan bersejarah ini.
6.5
Mencadangkan Langkah- Langkah Untuk Memelihara dan Memulihara bangunan
binaan
Pemeliharaan dan pemuliharaan monumen boleh dilakukan melalui program
serta kempen Cinta akan tapak bersejarah di Malaysia. Pendidikan sivik penting bagi
menanam jiwa menghargai bangunan bersejarah di Negara kita. Pada masa yang sama,
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan memainkan peranan yang penting bagi
memastikan struktur binaan bangunan- bangunan bersejarah dikekalkan. Kerajaan perlu
mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan memulihara bangunan- bangunan
bersejarah di Malaysia. Di samping itu, kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang
program lawatan ke tempat- tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi
peluang kepada murid mengenali bangunan- bangunan bersejarah dengan lebih dekat.

7.0 Rumusan
Secara kesimpulannya, tapak bersejarah di Negara kita memainkan peranan yang
penting dalam kehidupan masyarakat tempatan. Ia merupakan lambang kepada perkembangan
sejarah di Negara kita. Setiap sudut pembinaan membawa banyak kisah di sebalik batu. Sebagai
seorang rakyat Malaysia, kita harus sentiasa mengamalkan nilai cinta akan Negara.
Kemerdekaan yang kita diperoleh bukanlah sesuatu yang senang dicapai. Malah, ia memerlukan
pengorbanan daripada pejuang- pejaung negara. Lawatan ke tempat bersejarah ini, berupaya
menanam jiwa yang kukuh dan taat setia kepada Negara lahirnya semangat menghargai
pengorbanan perjaung negara. bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, pihak kerajaan harus
berkerjasama dengan rakyat bagi memelihara khazanah Negara yang ternilai ini.

You might also like