You are on page 1of 24

Pendahuluan

Kalendar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan harian manusia kerana ini
digunakan sebagai acuan waktu dalam pelbagai kegiatan. Sebagai contohnya, petani dalam
masyarakat tradisional bergantung kepada kalendar untuk bercucuk tanam dan sebagainya. Bagi
masyarakat moden pula, kebanyakannya menggunakan calendar sebagai alat peringatan tentang
perayaan ulang tahun, perayaan istimewa atau hal-hal yang penting.
Masyarakat Cina yang merupakan kaum kedua terbesar di Malaysia yang telah banyak
menyumbang ke arah pembangunan negara dari berbagai-bagai sudut, contohnya kesenian dan
ilmu astronomi. Dalam ilmu astronomi, terdapat tiga sistem tarikh yang berdasarkan pergerakan
Bulan dan Matahari, salah satunya ialah Sistem Kalendar Lunar, iaitu sistem tarikh yang
berdasarkan pergerakan bulan yang mengelilingi bumi. Ianya berjumlah 29.53059 hari dalam
satu bulan berdasarkan pengiraan, yang pada hari ini terdiri daripada 29 atau 30 hari.
Kalendar Cina merupakan takwim lunisolar, iaitu yang sama jenis dengan kalendar Hindu
yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar. Dalam masyarakat Cina hari
ini, kalendar Barat kebanyakannya digunakan dalam kegiatan harian, namun begitu, kalendar
Cina masih digunakan untuk menandakan perayaan tradisi seperti Tahun Baru Cina dan perayaan
Kuih Bulan. Bukan itu sahaja, masyarakat Cina juga menggunakan sistem kalendar Cina dalam
bidang astrologi, contohnya untuk memilih tarikh yang sesuai untuk melangsungkan
perkahwinan dan pengebumian atau merasmikan pembukaan bangunan baru. Oleh sebab setiap
bulan mengikut satu kitaran bulan, sistem kalendar Cina ini pun digunakan untuk menentukan
fasa kitaran bulan.
Dalam masyarakat Cina, sistem kalendar tradisional ini dikenali sebagai kalendar
pertanian. Di samping itu, kalendar ini juga dipanggil sebagai kalendar Yin yang dipetik
daripada rujukan kepada aspek kitaran bulan.
1

Menurut legenda Cina, kalendar Cina yang diiktirafkan sebagai takwim yang paling lama
yang masih digunakan dalam dunia telah berkembang sejak alaf ketiga sebelum Masihi.
Kalendar ini dikatakan adalah ciptaan pemerintah sulung yang legenda, Huang Di atau Maharaja
Kuning, yang memerintah sekitar 2698-2599 SM. Tradisi yang menetapkan tahun pertama dalam
kitaran pertama adalah pada 2637 AD1, dan daripada pengarang Barat lain yang mengarang
sewaktu penghujung dinasti Qing.
Sistem kalendar Cina yang berlaku sekarang adalah sistem yang diubah oleh Qian Long
semasa pemerintahannya dan ini menggunakan 1723 sebagai awal tahunan. Sistem kalendar
tersebut diperkenalkan kembali oleh Konghuchu (Konfucius) pada tahun 551-479 SM sehingga
tahun pertama dari kalendar Cina tersebut yang dihitung mulai tahun kelahiran beliau, iaitu tahun
551 SM, dan hal tersebut berlangsung sehingga kini. Akhirnya, sistem kalendar Cina yang kita
gunakan pada masa ini adalah dihasilkan daripada penggabungan perhitungan matahari, bulan,
Yin dan Yang, konstelasi bintang atau astrologi shio, 24 musim, dan 5 unsur.
Adalah didapati pada hari ini, sistem kalendar banyak dipengaruhi oleh Barat dan sistem
kalendar Cina semakin kurang mendapat perhatian serta sambutan dari kalangan generasi muda.
Inilah kerana mereka menganggapnya sebagai sesuatu yang telah ketinggalan zaman. Maka
kajian ini dilaksanakan untuk menilai persepsi masyarakat Cina tentang sistem kalendar Cina
pada hari ini. Dengan ini, persoalan sejauh manakah tahap pendedahan dan penerimaan
masyarakat terhadap sistem ini dapatlah dirungkaikan.

1 Dirujuk kepada Herbert A. Giles, A Chinese-English Dictionary (1912)


2

Objektif Kajian
Pada masa kini, masyarakat Cina di Malaysia telah semakin kurang memahami tentang
sistem kalendar Cina yang sepatutnya perlu diwarisi. Maka kajian ini dijalankan untuk menilai
persepsi golongan muda terhadap sistem kalendar Cina dalam kalangan masyarakat Cina di
Malaysia.
Objektif pertama kajian ini adalah untuk meninjau sejauh manakah tahap pengetahuan
masyarakat tentang sistem kalendar Cina. Selain itu, kajian ini juga cuba untuk mendapatkan
pendapat mereka tentang kepentingan memahami sistem ini dan dalam masa yang sama boleh
meningkatkan kesedaran generasi muda hari ini terhadap sistem kalendar Cina. Seterusnya,
kajian ini juga berusaha untuk mengeratkan hubungan antara kaum Cina sendiri dan yang
terpentingnya adalah untuk mengeratkan hubungan antara kaum yang berbeza serta
meningkatkan pemahaman mereka terhadap pengetahuan bangsa Cina.
Melalui kajian ini, beberapa pendapat yang telah dibaca daripada laman-laman sesawang dan
artikel yang mengenai tentang kesan jika kalendar ini sudah mula dilupakan telah diajukan sekali
lagi kepada responden untuk mengetahui ketepatan pendapat tersebut. Matlamat utama kajian ini
adalah diharapkan agar pengetahuan tentang sistem kalendar Cina ini terus diwarisi dan dihargai
sebagai salah satu cara untuk memastikan jati diri sebagai masyarakat Cina Malaysia terus
terpelihara sekaligus menanam perasaan cinta terhadap negara.

Kaedah Kajian
Dalam menjalankan kajian ini, terdapat beberapa kaedah kajian yang telah kami gunakan.
Antaranya ialah:
Soal selidik :
Kita telah mengedarkan borang soal selidik yang mengandungi enam soalan dan pilihan jawapan
kepada 30 orang responden daripada golongan masyarakat Cina yang terdiri daripada keturunan
atau suku yang berbeza. Tujuannya adalah untuk memudahkan kami memahami persepsi dan
kefahaman golongan Cina terhadap sistem kalendar Cina. Kesemua responden adalah dipilih
secara rawak dari segi jantina, umur dan keturunan dalam kalangan penuntut Tunku Abdul
Rahman Universiti College (TARUC). Fokus kepada kelompok responden kolej ini adalah
kerana kebanyakan adalah dalam peringkat generasi muda. Bahasa yang digunakan ialah mudah
dan senang supaya responden dapat memahami kehendak soalan dengan jelas.
Temu bual :
Kaedah temu bual dijalankan terhadap responden secara lisan untuk mendapatkan pendapat
mereka tentang sistem kalendar Cina, cara meningkatkan kesedaran generasi sekarang terhadap
sistem ini dan sebab sistem ini kurang mendapat sambutan daripada generasi muda. Sebenarnya,
menerusi temu bual ini, kami dapat mengetahui perkara yang tidak dapat diperhatikan secara
langsung daripada responden (Fraenkel, J.R & Wallen, N.E, 1996). Dalam proses temu bual,
rakaman suara telah dilakukan untuk memastikan maklumat tidak tercicir kerana pengkaji tidak
mampu mencatatkan semua maklumat dengan sepantas dalam catatan nota. Selain itu, temu bual
dijalankan dalam Bahasa Cina supaya pandangan responden dapat disampaikan dengan lebih
jelas dan senang oleh responden, kandungan temu bual telah dirakam dan dicatat. Kemudian,
kesemua maklumat temu bual telah diterjemahkan kepada Bahasa Melayu dan ditulis semula
dalam bentuk jadual dan rajah.
4

Kaedah Kajian Ilmiah :


Kaedah rujukan dijalankan melalui internet dan bahan-bahan bertulis seperti majalah dan buku.
Kaedah ini membolehkan pengkaji lebih memahami sistem kalendar Cina dengan lebih jelas dan
teliti .
Selain itu, kami juga menggunakan beberapa teknik penganalisasian data untuk
menganalisasikan data yang kami dapati. Teknik tersebut dibahagi kepada dua, iaitu
Data Penganalisan secara Kuantitatif
Data dianalisis dengan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan dan kekerapan. Analisis data
dilakukan apabila memperolehi data primer dari soal selidik yang diedarkan kepada responden.
Tahap analisis dicapai apabila data yang diperolehi dipastikan, disunting dan ditukarkan kepada
angka. Seterusnya, data tersebut yang telah dianalisis dipersembahkan dalam bentuk jadual.
Data Penganalisan secara Kualitatif
Kaedah kualitatif merupakan satu penerangan terperinci tentang situasi, peristiwa, orang,
interaksi, dan kelakuan orang yang diperhatikan. Kualitatif juga boleh dikatakan sebagai
penggunaan petikan daripada orang tentang pengalaman, sikap, kepercayaan, dan pemikiran
mereka sendiri. Di antara kebaikan menggunakan kaedah ini ialah lebih fleksibel, iaitu
membenarkan pengkaji mengikut aturan penyelidikan seperti apa yang dikehendaki oleh
pengkaji supaya tugasan tersebut dapat memudahkan mereka. Ia juga memberikan kefahaman
bagaimana responden memberi makna kepada sesuatu keadaan.

Hasil Kajian
Soalan 1:
Adakah anda menggunakan kalendar Cina?

Masih menggunakannya

(16/30)

Pernah menggunakannya

(12/30)

Tidak pernah menggunakannya

(2/30)

7%

masih menggunakannya

pernah menggunakannya tidak pernah menggunakannya


40%
53%

Berdasarkan carta pai di atas, didapati sebanyak 53% atau 16 responden menyatakan
bahawa mereka masih menggunakan kalendar Cina. Antara 16 responden ini, terdapat 3 ialah
lelaki dan 13 ialah perempuan. Selain itu, terdapat 40% iaitu 12 responden menyatakan bahawa
mereka pernah menggunakan kalendar Cina. Antara 12 responden ini mempunyai 4 lelaki dan 8
perempuan. Seterusnya, didapati 7% atau 2 responden menyatakan bahawa mereka tidak pernah
menggunakan kalendar Cina. Antaranya mempunyai 1 lelaki dan 1 perempuan.
Kalendar Cina mempunyai teori dan algoritma yang istimewa dan diwarisi sejak
beberapa ribu tahun dahulu. Ciri-ciri tradisionalnya yang unik dan rumit telah menarik perhatian
6

masyarakat Cina Malaysia. Walaupun kalendar Cina rumit and susah difahami, masyarakat Cina
juga meggunakannya dan belajar cara penggunaannya untuk menonjolkan tradisional, pantang
larang dan keistimewaan dalam kalendar ini. Ini menunjukkan bahawa kalangan masyarakat kita
mempunyai pemahaman yang secukupnya terhadap sistem kalendar Cina ini. Manakala, terdapat
juga responden yang tidak pernah menggunakan kalendar Cina ini adalah kerana mereka kurang
berminat terhadap sistem ini.

Soalan 2:
Dari sumber manakah anda mengetahui tentang sistem kalender Cina ?

Sekolah

(0/30)

Ibu Bapa

(28/30)

Rakan Sebaya (2/30)

Media social (2/30)

Lain-lain

(1/30)

Sumber responden mengetahui sistem kalender cina

Sekolah

Ibu Bapa

Rakan Sebaya

Media social

Lain-lain

Carta di atas menunjukkan cara-cara responden mengetahui atau mendapat pengetahuan


tentang sistem kalender Cina daripada 30 responden. Kebanyakkan responden mendapati ilmu
sistem kalender ini daripada pihak ibu bapa, iaitu seramai 28 orang (93%) . Di samping itu,
hanya 2 orang (7%) responden daripada 30 responden yang berpendapat mereka mendapati
pengetahuannya daripada rakan sebaya dan media sosial, manakala hanya 1 orang (4%)
menyatakan daripada sumber lain dan tiada seorang responden yang memilih sekolah sebagai
sumber mereka untuk mengetahui sistem kalender Cina.
Majoriti responden berpendapat bahawa mereka mendapati pengetahuan tentang sistem
kalender Cina ini daripada ibu bapanya berbanding dengan sumber yang lain. Hal ini
kemungkinannya kerana cara masyarakat Cina di Malaysia yang lebih cenderung dan lebih
bergantung kepada cara mewarisi, cara ini telah pun menjadi tradisi yang kukuh dalam kalangan
masyarakat Cina di Malaysia, ini telah menjelaskan angka yang didapati.
Selain itu, situasi ini berlaku juga kerana kekurangan komitmen atau sikap tidak ambil berat
oleh pihak tertentu seperti pihak sekolah, masa media dan kerajaan terhadap kepentingan ilmu
dan budaya Cina ini.

Soalan 3:
Berapakah peratus daripada kandungan dalam kalender Cina yang anda faham ?

0%

(2/30)

10%

(12/30)

50%

(12/30)

80%

(3/30)

100% (1/30)
8

0.1

0.5

12

0.8

12

Carta pai di atas menunjukkan tahap kefahaman responden terhadap kandungan dalam
kalender Cina oleh 30 responden. 2 orang (7%) yang berpendapat bahawa mereka langsung tidak
memahami kandungan dalam kalender Cina, 12 orang (40%) yang memahami 10%, 12 orang
(40%) yang memahami separuh, 3 orang (10%) yang memahami 80% dan hanya 1 orang (3%)
yang memahami sepenuhnya.
Majoriti responden hanya memahami separuh dan kurang daripada separuh
kandungannya dalam kalender Cina. Hal ini demikian kemungkinannya kerana kalender Cina
mempunyai banyak istilah yang susah difahami dan cara penggunaannya yang rumit. Selain itu,
situasi demikian berlaku juga disebabkan oleh kekurangan dedahan terhadap kegunaan kalender
Cina dan cara mengunakannya lebih rumit berbanding dengan kalender Barat yang senang
digunakan dan lebih diluas gunakan.
Selain itu, dalam hasil temu ramah kita terhadap responden yang terdiri daripada ibu
bapa, mereka berpendapat bahawa anak mereka enggan berlajar pengetahuannya semasa mereka
cuba nak sampaikan kepada anaknya atas sebab mereka tidak berminat dengan istilah yang kena

diingati. Bukan itu sahaja, anak-anak mereka juga menganggapnya sebagai sesuatu yang
ketinggalan zaman.

Soalan 4:
Jika anda memiliki pengetahuan tentang sistem kalendar Cina, adakah anda akan berkongsikan
mengenainya dengan bangsa lain?

Ya

Tidak (14/30).

(16/30).

ya

47%

tidak
53%

Carta pai di atas menunjukkan sebanyak 53% atau 16 responden bersetuju bahawa
pengetahuan tentang sistem kalendar Cina harus dikongsikan dan dikenaikan kepada bangsa lain.
Manakala selebihnya 47%, iaitu 14 responden berpendapat sebaliknya.
Ilmu pengetahuan tentang sistem kalendar Cina yang ditimba dapat menjamin survival
seni agar tidak hilang ditelan zaman dan menjadi lambang jati diri yang utuh. Teknik tradisional
membaca kalendar ini juga tidak akan terhakis keasliannya dengan saingan teknik moden kerana
pemahaman dalam tentang ilmu sistem ini telah dikenali oleh masyarakat Malaysia.
10

Antara 16 responden yang bersetuju dengan pengetahuan tentang sistem kalendar Cina
harus dikongsikan dan dikenaikan kepada bangsa lain ini mempunyai 8 responden mengatakan
pengetahuan sistem kalendar harus dikongsikan kerana untuk meningkatkan pemahaman tentang
sistem kalendar Cina dan tradisional bangsa Cina boleh lebih difahami oleh bangsa lain. 5 dalam
16 responden ini mengatakan bahawa untuk merapatkan hubungan antara bangsa dan bertukar
ilmu pengetahuan bangsa diri sendiri dengan bangsa yang lain. Selebihnya 3 dalam 16 responden
ini mengatakan bahawa untuk mewariskan sistem kalendar Cina dan mengembangkan ilmu
pengtahuan ini.
Sebaliknya, 14 responden berpendapat mereka tidak akan berkongsi pengetahuan tentang
sistem kalendar Cina kepada bangsa lain. Antara 4 responden berasa tidak perlu berkongsikan
pengetahuan kerana mereka berpendapat bahawa masyarakat bangsa lain tidak akan memahami
tentang sistem ini manakala 3 dalam 14 responden ini berasa malas untuk berkongsi dan
mengenaikan pengetahuan ini kepada bangsa lain. Hanya seorang yang berkatakan bahawa
mereka diri sendiri juga tidak pasti pada kandungan sistem kalendar Cina ini. Oleh itu, mereka
tidak akan berkongsi pengetahuan ini kepada sesiapa. Selebih 1 responden ini berkata setiap
bangsa mempunyai sistem sendiri, maknanya kita tidak perlu memahami sistem bangsa lain
kerana terdapatlah perbezaan antara sistem bangsa diri dengan bangsa lain.

Soalan 5:
Dilihat pada hari ini, golongan remaja semakin kurang menguasai ilmu pengetahuan tentang
sistem kalendar Cina. Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?
Setuju
Tidak setuju

(28/30)
(2/30)

11

2
setuju

tidak setuju

28

Berdasarkan carta pai di atas, didapati sebanyak 93%, iaitu 28 orang daripada 30
responden bersetujukan bahawa golongan remaja pada hari ini semakin kurang menguasai ilmu
pengetahuan tentang sistem kalendar Cina. Sebaliknya, hanya terdapat 7%, iaitu 2 orang
responden yang tidak bersetuju kepada pendapat yang dikenakan.
Kebanyakkan responden bersetuju bahawa golongan remaja pada hari ini kurang
menpunyai pengetahuan tentang sistem kalendar Cina dengan alasannya yang remaja pada hari
ini lebih kepada minimalistik, iaitu cara hidup yang semudah mungkin dan juga beranggapan
bahawa sistem ini telah bertinggalan zaman. Sistem kalendar Cina sebenarnya lebih rumit
daripada sistem kalendar Barat kerana ia telah merangkumi ilmu pengetahuan daripada nasib
harian seseorang kepada pantang larang dalam setahun. Golongan remaja pada hari ini kurang
pengetahuan tentang sistem ini juga mungkin kerana ibu bapa atau orang tua di dalam rumah
tidak mewarisi ilmu pengetahuan kepada mereka. Sebenarnya, bukan sahaja mereka sendiri yang
kurang ilmu pengetahuan, manakala ibu bapanya kemungkinan besar juga kurang

12

berpengetahuan tentang sistem ini akibatnya golongan remaja pada hari semakin kurang
menguasai pemahaman tentang sistem kalendar Cina.
Sebaliknya, juga terdapat responden yang berpendapat bahawa pendapat yang golongan
remaja pada hari ini semakin kurang menguasai ilmu pengetahuan tentang sistem kalendar Cina
ini tidak sah kerana bukanlah semua remaja yang berkurangan pengetahuan. Daripada temu bual
oleh beberapa orang tua dan orang dewasa, kita dapat menkonklusikan bahawa mereka yang
tidak bersetuju kepada kenyataan tersebut sememangnya berpengetahuan tentang sistem kalendar
Cina ini. Kemungkinan besar mereka sangat berminat dalam pengetahuan di sebalik sistem ini
dan mereka berusaha keras untuk mendapat sebagaimana banyak maklumat tentang sistem
kalendar Cina.

Soalan 6:
Pada pandangan anda, antara kaedah berikut yang manakah paling sesuai untuk meningkatkan
kesedaran masyarakat tentang sistem kalendar Cina?

Aplikasi telefon bimbit


Penggunaan media sosial
Setiap kalendar dimasukkan sekali dengan kalendar Cina
Pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan
Lain-lain

(6/30)
(13/30)
(11/30)
(3/30)
(0/30)

13

aplikasi telefon bimbit

penggunaan media sosial


3

setiap kalendar dimasukkan sekali dengan kalendar Cina


11
pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan
13
lain-lain

Carta pai di atas jelaslah menunjukkan pendapat 30 responden masyarakat Cina dalam
memilih kaedah yang paling sesuai untuk meningkatkan kesedaran tentang sistem kalendar Cina
dalam kalangan mereka. Berdasarkan pai tersebut, sebanyak 13 responden, iaitu 39%
berpendapat bahawa kesedaran boleh dipupuk dalam kalangan masyarakat melalui penggunaan
media sosial manakala 11 daripada 30 responden, iaitu 33% bersetuju dengan langkah
memasukkan kalendar Cina sekali dengan kalendar yang lain. Selain itu, terdapat 6 responden,
iaitu 18% daripada 30 responden berpendapat bahawa dengan aplikasi telefon bimbit,
masyarakat akan dapat meningkatkan kesedaran tentang sistem ini. Akhirnya, hanya 3 responden
yang mengambil bahagian 9% berasa pembelajaran di sekolah dan institusi pendidikan lebih
berkesan dalam meningkatkan kesedaran manakala tiada responden yang memberi pandangan
yang lain.
Majoriti responden yang beranggapan bahawa dengan penggunaan media sosial adalah
langkah yang paling berkesan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sistem
kalendar Cina ini kemungkinannya berkaitan dengan cara hidup masyarakat pada hari ini.
Melalui temu ramah, kita dapat memahami hal ini demikian kerana media sosial merupakan
14

sesuatu yang kita tidak dapat mengelakkan. Daripada surat khabar, radio kepada televisyen dan
internet, media sosial telah banyak menerapkan ke dalam kehidupan harian kita dan
meninggalkan kesan yang kuat. Dengan ini, media sosial sepatutnya menyebarkan faedah-faedah
menggunakan sistem kalendar Cina dan pada masa yang sama lampirkan maksud setiap bahagian
dalamnya.
Hanya terdapat 3 responden, iaitu 9% responden berpendapat bahawa melalui
pembelajaran di sekolah dan institusi dapat meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sistem
kalendar Cina. Melalui rujukan daripada perpustakaan, kita dapat menkonklusikan inilah kerana
sekolah dan institusi pendidikan tidak memberi pendidikan dan bimbingan tentang sistem
kalendar. Oleh itu, bukanlah ramai responden yang berpendapat begitu. Tambahan pula,
kemungkinan besar responden berpendapat begitu adalah kerana pendidikan merupakan kaedah
yang paling sesuai dan effektif dalam menyampaikan sesuatu ilmu.

15

Kesimpulan
Sebagai konklusinya, kebanyakkan responden kita pernah dan masih menggunakan
sistem kalendar Cina ini kerana sistem ini sememangnya mempunyai banyak ilmu pengetahuan
di sebaliknya. Seterusnya, mereka yang pernah dan masih menggunakannya tertarik dengan
keunikan dan keistimewaan sistem ini. Sebagai contohnya, pantang larang dan sebagainya.
Ibu bapa telah memainkan peranan yang sangat penting dalam menyebarkan ilmu
pengetahuan kepada golongan remaja hari ini dengan cara pewarisan. Hal ini demikian kerana
masyarakat Cina lebih cenderung dan mementingkan sistem pewarisan. Oleh itu, ibu bapa atau
orang tua dalam rumah akan berusaha untuk menyampaikan pengetahuan kepada anak mereka.
Selain itu, ini juga disebabkan oleh ketidakprihatinan pihak lain seperti kerajaan dan pihak
sekolah dalam memberi pendidikan tentang sistem kalendar tradisional.
Walau bagaimanapun, majoritinya hanya memahami setakat separuh daripada kandungan
dalam sistem ini. Hal ini demikian kerana kerumitan sistem ini dan kesusahan dalam memahami
istilah-istilah tertentu yang terdapat dalam sistem kalendar Cina ini. Selanjutnya, kebanyakkan
turut menganggap bahawa sistem kalendar tradisional ini telah ketinggalan zaman, malahan tidak
perlu memahami dengan lebih lanjut.
Jika responden-responden memiliki ilmu pengetahuan tentang sistem kalendar ini, hampir
separuhnya akan berkongsi dengan masyarakat bangsa yang lain, manakala yang separuh berasa
mereka tidak akan berkongsikannya. Responden yang akan berkongsi dengan masyarakat bangsa
lain dengan tujuan untuk meningkatkan pemahaman sama ada sendiri ataupun masyarakat
bangsa lain dan seterusnya dapat mengeratkan hubungan antara sama satu lain.
Pada hari ini, hampir semua responden bersetuju bahawa golongan remaja semakin
kurang menguasai ilmu pengetahuan tentang sistem kalendar Cina ini. Hal ini demikian kerana
mereka menganggap sistem ini sebagai sesuatu yang ketinggalan zaman dan tidak perlu
16

dimahami. Selanjutnya, mereka juga menghadapi kesusahan dengan kerumitan untuk membaca
sistem ini dan kesusahan untuk memahami istilah tertentu.
Dengan ini, mereka kebanyakkan berpendapat bahawa dengan penggunaan media sosial
dapat meningkatkan kesedaran mereka tentang sistem ini. Hal ini demikian kerana media sosial
telah menerap ke dalam aktiviti harian kita dan kita mudah terjejas dengan maklumat yang kita
dapati daripada media sosial. Oleh itu, dicadangkan supaya media sosial luas menyebarkan
pengetahuan dan kebaikan mengunakan sistem kalendar Cina ini.

(2849patah perkataan)

17

Bibliografi
Albert M Craig. 2001. The Heritage of Chinese Civilization. Harvard University: Prentice
Hall.

The Institue of the History of Natural Sciences, The Chinese Academy of Sciences. ed. 1983.
Ancient Chinas Technology and Science. Beijing: Foreign Language Press.

Osman Bakar, Modul Pengajian Tamadun Islam dan Tamadun Asia. ed. 2009. Malaysia:
Penerbit Universiti Malaya

https://ms.wikipedia.org/wiki/Kalendar_Cina#Rujukan (Laman ini diubah buat kali terakhir


pada 04:09, 12 Januari 2016.)

http://ladydeeana91.blogspot.my/2012/04/sistem-penanggalan-china.html

(Diposkan

oleh Lady chabbie91 di 05.05)

https://zh.wikipedia.org/wiki/%E4%BA%94%E8%A1%8C
(Laman ini diubah buat kali terakhir pada 16:41, 10 Mac 2016)

http://www.baike.com/wiki/%E8%80%81%E9%BB%84%E5%8E%86
(Edit: 49 kali versi sejarah.Nombor Edit peserta: 33 Wei.Dikemaskini pada: 2015/10/10
01:30:54)

18

https://zh.wikipedia.org/zh/%E9%BB%84%E5%8E%86
(Laman ini kali terakhir disemak semula pada tahun 2015. 9 Yue 23 Ri (Xing Qisan) 14:01)

http://baike.baidu.com/view/27849.htm
(Suntingan: 113 kali versi sejarah.Tarikh Kemaskini: 3 days ago.Dibuat oleh: king8125)

http://m.12ky.com/c/mingli/33868.html
(jul 8,2013 pengarang kun ming master)

19

Lampiran

Muka surat pengiring almanac

Contoh almanac

20

shi chen (masa)

ji shimasa baik

Masa yang biasanya dipilihkan untuk menjalankan tugasan


yang meriah atau baik seperti perkahwinan.
xiong shi (masa tajam)
Masa yang biasanya dielakkan untuk menjalankan sesuatu yang
penting atau serius seperti pembedahan.
yi (memanfaatkan)

Mencatatkan sesuatu yang sesuai untuk dijalankan.

Sebagai contohnya:
kai shi: membuka kedai pada hari pertama/hari pertama
untuk memulakan pekerjaan.
xiu zhao/ ti toumencatkan rumah/menukar tempat
hiasan dalam rumah(feng shui)/memulihkan barangan yang
rosak/ membotakkan bayi /menjadi sami

ji shi : menjalankan aktiviti sembayang

na cai : memanfaatkan aktiviti yang berkaitan dengan


wang seperti melabur

dong

tu

berhijrah/memulakan

aktiviti

perlombongan/aktiviti yang berkaitan dengan tanah


qi fu mendoakan sesuatu yang baik untuk diri sendiri
atau keluarga.

21

jiburuk

Mencatatkan sesuatu yang tidak sesuai untuk dijalankan.

Sebagai contohnya:
fa mu: aktiviti penebangan, termasuklah tumbuhan kecil
seperti bunga-bungaan
lue lie : aktiviti memburu, termasuklah memancing ikan
wu
elements

xin five Ini adalah untuk menjelaskan hubungan antara fenomena.


Sistem ini kebanyakan digunakan dalam bidang pemikiran Cina
zaman silam, termasuklah bidang-bidang feng shui, astrologi
dan perubatan tradisional Cina .
Lima unsur dalam universal:
Logam

Membawa

kuasa

untuk

mendapatkan manfaat
Kayu

Membawa maksud pertubuhan

Air

Mencorakkan hiliran, seperti dari


aspek kewangan

Api

Membawa

maksud

kekuasaan

dalam tugasan
Tanah

Keseimbangan Yin dan Yang

22

dang ri chong

Chong:

sha (berlawanan)

sebagai pertembungan Meridian, iaitu pertembungan dengan

Itulah dunia cawangan bertembung atau disebut

kebendaan yang sama akan berlakunya perlawanan dan ini


selalunya membawa keburukan. Seperti pepatah Cina, Yin shin
xiang chong, yin yang zhe he. Selain itu, juga terdapat
pertebungan yang akan mengakibatkan perlawanan. Sebagai
contoh, pertembungan Mao you(), pertembungan Chen
Xu() , pertembungan yi hai().
Justeru, dua belas tanda-tanda zodiak, keturunannya adalah tikus
( zi shu) ,lembu( chou niu), harimau,( yin hu) ,
arnab( mao tu), naga( chen long), ular( si she) ,
kuda( wu ma), kambing( wei yang), monyet( shen
hou), ayam ( you ji), anjing( xu gou), khinzir( hai
zhu). Sebagai contohnya, apabila kuda pertembungan dengan
masa petang, adalah "kuda merah" ( chong ma), yang
monyet pertembungan dengan masa shen adalah "monyet
merah." ( chong hou).
Sebenarnya, penubuhan almanac ini adalah untuk memberitahu
orang ramai supaya tidak menggunakan masa yang mempunyai
pertebungan dengan zodiak mereka.

23

shi er jian xing

Pada setiap hari, setiap kanstar tersebut akan sesuai untuk kita

Twelve Kanstar

melakukan activiti yang berbeza .


Contoh aktiviti yang dicadang untuk melakukan:
jian

Pembinaan pelancongan, pelawatan, menghiaskan

rumah
Gotong-royong, hari pembukaan berdoa, perkuburan

chu

Pelancongan, berdoa

man

Berkongsian berniaga untuk trading estat fisikal

ping

Perkahwinan, pertunangan

ding

Berdoa membuka ibadah, perkuburan

zhe

Katil Ann( merujuk kepada katil penempatan semula)

wei

ji shen fang wei Sebagai panduan supaya kita dapat mengelakkan penganggaran
(Tuhan
parti)

gitar

mewakili dengan

atribusi

harian,

contohnya

untuk

mengelakkan

kehilangan kehamilan.
Wanita yang hamil dilarang mengerakkan perabot ke arah yang
berlawanan kerana wanita yang hamil akan diganggu dan
menjadikan "anak Tuhan" tidak berpuas hati, mengakibatkan
pengeluaran yang tidak lancar.

24

You might also like