You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS PELANCARAN

BULAN KEMANUSIAAN PERINGKAT SEKOLAH


SMK PITAS TAHUN 2016

Master of Ceremony (MC):


1. HANDARY JAMALI
2. HERIEN MASAIN
ATURCARA
Kata-kata
aluan oleh
pengacara
majlis

TEKS PENGACARA
Yang Berusaha En Budreh Hj Ahmad, Pengetua SMK Pitas, Yang Dihormati En.
Jopilin Mongimbal, Penolong Kanan Pentadbiran , Yang Dihormati En. Ismail Bin
Abu Bakar , Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Yang Dihormati En. Saib Shukor
Penolong Kanan Kokurikulum, Yang di Kasihi Ustazah Kamariah Binti Jamil Ketua
Bidang Kemanusian, Ketua-ketua Bidang, Ketua-Ketua Panitia, Kaunselor, rakanrakan guru serta para pelajar yang dikasihi sekalian.

PENGACARA
Handary

Selamat Tengah Hari, Salam Sejahtera dan Salam 1 SMEKTAS.


1 SMEKTAS 1 KELUARGA....
Bersyukur kita pada petang yang mulia ini, dapat kita bersama-sama
dalam majlis Majlis Pelancaran Bulan Kemanusiaan Peringkat SMK
Pitas Tahun 2016.
Nyanyian lagu
-Negaraku
-Lagu Sabah
Tanah Airku

Bagi memulakan majlis kita pada petang ini, dijemput semua guru dan
para pelajar untuk berdiri bagi menyanyikan lagu NEGARAKU serta
diikuti dengan lagu SABAH TANAH AIRKU...dan lafaz ikrar yang akan
diketuai
oleh...........................................................................................................

Herien

Ikrar

Seterusnya, bagi menyemarakkan lagi semangat patriotik kita sempena


Majlis perasmian Bulan Kemanusiaan ini, dijemput
__________________ daripada __________________ untuk
mengetuai lafaz ikrar. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Handary

Terima kasih atas lafaz ikrar itu tadi.


Hadirin dipersilakan untuk mengambil tempat.
Bacaan Doa

Seterusnya, majlis menjemput Ustaz Mohd Hanif Bin Ismail untuk


memimpin bacaan doa bagi memberkati lagi majlis kita pada petang ini.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Herien

Majlis mengucapkan......

Ucapan Ketua
Bidang

Hadirin sekalian,

Handary

Seterusnya majlis mempersilakan Ustazah Kamariah Binti Jamil selaku


Ketua Bidang Kemanusiaan merangkap pengerusi penganjur
Pelancaran Bulan Kemanusiaan peringkat SMK Pitas bagi tahun 2016
bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.
Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Ustazah Kamariah atas ucapan itu
tadi.
1

Ucapan
Pengetua

Seterusnya majlis menjemput Tuan Pengetua SMK Pitas, Encik Budreh


Hj.Ahmad bagi menyampaikan sepatah dua kata dan seterusnya
merasmikan Bulan Kemanusiaan peringkat SMK Pitas tahun 2016.

Herien

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan kepada Tuan Pengetua, En.Budreh Hj. Ahmad
atas ucapan beliau sebentar tadi. Semoga ucapan beliau itu tadi
dapat .............................................................
Persembahan
Nasyid dari
kumpulan ArRayyan.

Hadirin sekalian,

Handary

Seterusnya majlis diserikan dengan persembahan Nasyid dari


kumpulan Ar-Rayyan.
Kumpulan ini adalah di bawah pimpinan En. Marasri Omar
Dengan segala hormatnya, majlis mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang menarik dan bersemangat
sebentar tadi.

Pengumuman
Students of
The Month
February.
&
My Fantastic
Class of The
Week

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian anugerah bagi Students of


The Month bagi bulan Februari dan
My Fantastic Class of The Week .

Herien

Dengan ini, majlis dengan sukacitanya menjemput Tuan Pengetua


En.Budreh Hj.Ahmad dengan diiringi oleh Ketua Bidang Kemanusiaan
Ustazah Kamariah Binti Jamil / Penolong Kanan Pentadbiran En.Jopilin
Mongimbal,untuk naik ke pentas bagi menyampaikan hadiah kepada
para pemenang.
Majlis dengan segala hormatnya, mempersilakan.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua atas
penyampaian hadiah itu tadi....dan tahniah kepada para pemenang.

Persembahan
Choral
Speaking.
Pelajar 4USM
dan 5USM

Hadirin sekalian,

Handary

Seterusnya majlis diserikan lagi dengan persembahan Choral


Speaking dari pelajar-pelajar kelas 4USM dan 5USM yang dibimbing
oleh guru-guru Bahasa Inggeris SMK Pitas.
Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.
Terima kasih atas persembahan yang begitu bertenaga sebentar tadi.

Persembahan
Song of The
Year

Acara seterusnya ialah persembahan Song of The Year yang akan


disampaikan oleh pelajar-pelajar dari 2UUM.

Herien

Majlis dengan sukacitanya mempersilakan.


Terima kasih diucapkan atas persembahan yang begitu menghiburkan
tadi.
2

Penutup
Nyanyian lagu
sekolah.

Bagi mengakhiri majlis Pelancaran Bulan Kemanusiaan peringkat SMK


Pitas bagi tahun 2016 ini, sekali lagi dijemput para guru dan pelajar
untuk berdiri tegak bagi menyanyikan lagu sekolah ILMU KEKAL
ABADI.

Handary

Dengan ini, kami bagi pihak penganjur Pelancaran Bulan Kemanusiaan


ingin mengucapkan terima kasih atas kerjasama dan semangat anda
semua untuk menjayakan majlis kita pada petang ini.
Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang.
Sebelum bersurai, diminta kerjasama para pelajar untuk memastikan
tiada sampah yang ditinggalkan di dewan ini.
Sekian, terima kasih.

You might also like