You are on page 1of 29

BAB 2

MENGENALI CIRI-CIRI
USAHAWAN

OBJEKTIF BAB
Di akhir bab ini, pelajar akan dapat:
1. Mengenal pasti mitos-mitos keusahawanan.
2. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong penyertaan individu
dalam bidang keusahawanan.
3. Mengenal pasti ciri-ciri usahawan yang berjaya.
4. Membezakan ciri-ciri usahawan dengan peniaga, pengurus dan
usahawan korporat.
5. Mengaplikasikan profil usahawan berjaya di Malaysia dan di dunia
dengan ciri-ciri usahawan yang dipelajari.

Pengenalan
penggerak dan pemangkin ekonomi negara.
Tulang belakang dan nadi penggerak ekonomi sesebuah negara
Pelajar perlu diyakinkan bahawa masyarakat yang mempunyai paling
ramai usahawan adalah merupakan masyarakat yang terbaik.
Mereka perlu diyakinkan bahawa pembudayaan nilai-nilai dan ciri-ciri
keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih
yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan
dengan cabaran.

Mitos Keusahawanan
Mitos 1: Usahawan adalah pelaksana bukan pemikir
Realiti: Walaupun usahawan lebih cenderung kepada pelaksanaan,
tetapi mereka juga sering berfikir secara mendalam mengenai tindakan
yang akan diambil.
Mereka berfikir tentang alternatif lain sekiranya rancangan mereka tidak
berjaya.
Mitos 2: Usahawan adalah dilahirkan bukan dibentuk
Realiti: pada mas a kini penyelidikan dan pengiktirafan terhadap bidang
keusahawanan berjaya membuktikan bahawa usahawan dapat dibentuk
melalui proses pembelajaran dan latihan berdasarkan modul yang
teratur.
Mitos 3: Usahawan adalah seorang pencipta
Realiti: ramai pencipta adalah seorang usahawan, tetapi ramai
usahawan berjaya tidak terdiri daripada kalangan pencipta.

Mitos Keusahawanan
Mitos 4: Usahawan adalah golongan yang tercicir dalam akademik
dan masyarakat
Realiti: Kepercayaan bahawa usahawan adalah terdiri daripada golongan
yang tercicir dalam akademik dan masyarakat ekoran daripada ramai
individu menceburi bidang keusahawanan setelah mereka tercicir dari
akademik dan gagal dalam peperiksaan.
Mitos 5: Usahawan mesti memiliki semua ciri dan profil tertentu
Realiti: Terdapat banyak buku dan majalah di pasaran menyediakan
senarai semak ciri-ciri dan profil usahawan yang berjaya. Namun
demikian, ada kaedah yang boleh digunakan untuk mengenal pasti ciri-ciri
tertentu.
Mitos 6: Apa yang usahawan inginkan ialah wang
Realiti: Bagi sesebuah perniagaan, wang adalah penting untuk
kesinambungan perniagaan. Namun begitu, banyak faktor lain yang boleh
menyebabkan sesebuah perniagaan itu gagal.

Mitos Keusahawanan
Mitos 7: Apa yang diperlukan oleh usahawan adalah nasib
Realiti: Usahawan tidak bergantung kepada nasib semata-mata; tetapi
usahawan akan menerima nasib yang baik apabila membuat perancangan
yang baik dan teliti.
Mitos 8: Kejahilan adalah kelebihan bagi usahawan
Realiti:Dalam dunia perniagaan yang semakin sengit dan penuh dengan
cabaran, usahawan memerlukan pengetahuan yang mantap dan kukuh
terhadap kekuatan dan kelemahannya. Perancangan jadual kerja dan
pembentukan strategi adalah kunci kejayaaan bagi seseorang usahawan.
Mitos 9: Usahawan mencari kejayaan tetapi mengalami kadar
kegagalan yang tinggi.
Realiti: Kegagalan yang dihadapi akan mengajar dan mematangkan
usahawan dalam bidang keusahawanan. Selain itu, kegagalan juga dapat
membentuk usahawan supaya lebih berhati-hati dan lebih gigih berusaha
ke arah kejayaan

Mitos Keusahawanan
Mitos 10: Usahawan ibarat penjudi yang mengambil risiko tinggi
Realiti: Usahawan yang bijak akan berhadapan dengan risiko yang
telah dikira dan diperhitungkan bagi membolehkan beliau menangani
setiap kemungkinan yang bakal dihadapinya.

Faktor yang Mendorong Penyertaan


Individu dalam Bidang Keusahawanan
Minat dan Kepuasan Diri
usahawan yang meminati bidang keusahawanan akan sentiasa bekerja
keras serta dapat menguruskan sumber dengan berkesan. Berdasarkan
Teori Keperluan Maslow (1970), kepuasan dan penyempurnaan diri
merupakan elemen kelima di mana seseorang individu itu mahu mencapai
kejayaan sebagaimana yang diidamkan.
Pencapaian Matlamat
Usahawan akan dianggap berjaya apabila keinginan, matlamat dan
objektif penceburan diri mereka dalam bidang keusahawanan berjaya
dicapai sebagaimana yang telah dirancangkan.
Keselamatan
Usahawan lebih suka bertindak untuk menjalankan tugasnya tanpa perlu
kongkongan orang lain. Ini kerana ia merasakan adanya kebebasan yang
wajar dari kekuatan atau ancaman kehilangan dalam urusan seperti
keselamatan diri, keselamatan kerja, kestabilan ekonomi dan sebagainya.

Faktor yang Mendorong Penyertaan


Individu dalam Bidang Keusahawanan
Status
Status atau penghormatan diri merupakan elemen penting yang
mempengaruhi usahawan. Usahawan tidak akan dikatakan sebagai
seorang
yang
berjaya
sekiranya
mereka
tidak
mampu
mempertingkatkan status kehidupan mereka.
Kuasa
Teori Hierarki Keperluan yang diperkenalkan oleh McClelland (1961)
menyatakan bahawa manusia membentuk profil keperluan menerusi
pengalaman hidup yang lalu. Keperluan kuasa ini ialah keinginan untuk
mengawal orang lain, mempengaruhi gelagat individu atau
bertanggungjawab ke atas orang lain.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya


Menurut kajian McClelland (1985) terhadap budaya Malawi dan Ecuador mengenai ciriciri usahawan yang berjaya antaranya ialah:
Inisiatif diri
Dapat melihat dan merebut peluang
Kecekalan
Mencari maklumat
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Komitmen terhadap perjanjian kerja
Berorientasikan kecekalan
Perancangan yang sistematik
Menyelesaikan masalah secara kreatif
Keyakinan diri
Ketegasan
Meyakinkan orang lain
Menggunakan strategi-strategi pengaruh

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya


Menurut kajian yang dilaksanakan oleh Kao (1991) pula, terdapat sebelas
ciri-ciri utama yang perlu ada pada diri seseorang usahawan iaitu:
Komitmen, keazaman dan ketabahan
Dorongan untuk berjaya dan berkembang maju
Orientasi kepada peluang dan matlamat
Mengambil inisiatif dan tanggungjawab peribadi
Penyelesaian masalah secara berterusan
Realistik
Mencari dan menggunakan maklum balas
Lokus kawalan dalaman
Mengambil risiko yang diperhitungkan
Dorongan rendah ke arah kuasa dan status
Integriti dan boleh dipercayai

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya


Dorongan ke arah kejayaan
Dorongan ke arah kejayaan bermakna usahawan mempunyai semangat dan
keupayaan untuk maju ke hadapan.
Sebagai contoh, Tan Sri Lim Goh Tong
Mengambil risiko yang diperhitungkan
semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya.
Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap
risiko, ini kerana risiko yang terh itung akan menjamin pulangan yang selamat.
Contohnya, Lakshmi Mital
Kerajinan, komitmen, keazaman dan ketabahan
Merujuk kepada personaliti usahawan yang
pembangunan dan kejayaan seseorang usahawan.
Contohnya, Bill Gates

amat

penting

dalam

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya


Berinisiatif dan bertanggungjawab
Mempunyai semangat atau tabiat untuk melaksanakan tanggungjawab tanpa
diarah atau dipaksa.
Usahawan yang berjaya akan bertanggungjawab terhadap sikap, tingkah laku
serta perbuatannya.
Contohnya: Steve Jobs
Lokus kawalan dalaman
merupakan tahap kepercayaan seseorang individu terhadap kebolehan dirinya
tanpa dipengaruhi oleh faktor-faktor luaran
Contohnya: Lakshmi Mital
Berkeyakinan terhadap kebolehan diri
usahawan mempunyai pendirian dalam membuat sebarang keputusan
walaupun mendapat tentangan hebat dari pelbagai pihak.
Sebagai contoh Tan Sri Teh Hong Piow

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya


Kejujuran dan menepati janji
ianya membolehkan usahawan itu mendapat kepercayaan semua pihak
yang berkepentingan dengannya seperti pembekal,peguam, pelanggan
dan lain lain lagi.
Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi
Melalui mutu kerja yang tinggi, usahawan bukan sahaja dapat
meyakinkan para pembeli dan pelanggan tetapi juga dapat memuaskan
kehendak dan keperluan mereka.
Kebolehan menyelesaikan masalah
Usahawan akan menghadapi segala kepayahan dan kesulitan ini
dengan tenang tanpa membantutkan usaha mereka untuk terus maju.

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya


Tahap tenaga kerja yang tinggi
Usahawan memerlukan tahap tenaga kerja yang tinggi terutama
sewaktu permulaan dan pra-permulaan sesebuah perniagaan
Berorientasikan matlamat dan wawasan
Usahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapai matlamat dan
wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan
perniagaannya termasyhur di mata rakyat.
Kebolehan membuat keputusan
Usahawan perlulah mengambil kira kesemua faktor dalaman dan luaran
organisasi serta mengambil kira kesemua pihak yang berkepentingan
dengannya dalam sebarang pembuatan keputusan.

Ciri-Ciri Umum Profil Usahawan Berjaya


Menggunakan strategi-strategi pengaruh
Pengaruh untuk mendapat kepercayaan dan keyakinan serta
menjalinkan hubungan yang rapat dengan semua pihak yang
berkepentingan dengannya.
Keusahawanan sosial
sumbangan usahawan kepada organisasi sosial atau organisasi bukan
untung bagi menyalurkan bantuan kepada masyarakat yang kurang
berkemampuan.
Contohnya: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dengan penubuhan
Yayasan AlBukhary

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada


Abad Ke-21
Dapat melihat dan mengambil peluang
bukan sahaja pandai melihat dan mengambil peluang tetapi perlu juga
pandai menganalisis, merumus dan mengambil tindakan.
Contoh usahawan Malaysia T. Ananda Krishnan yang dapat merebut
peluang dalam industri telekomunikasi Maxis dan penyiaran ASTRO
Mempunyai maklumat
Bagi mendapatkan maklumat yang terkini, tepat dan jelas, usahawan
haruslah mempunyai kepintaran rangkaian dalaman dan kepintaran
rangkaian luaran bagi perniagaannya.
Kreatif dan inovatif
seseorang yang dapat menghasilkan idea dan konsep baru dan dapat
menterjemahkannya kepada produk yang dapat dikomersialkan.
Sebagai contoh, Michael Dell daripada Dell Corporation adalah usahawan
yang pertama memperkenalkan pembelian komputer secara talian terus

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada


Abad Ke-21
Mempunyai visi
Usahawan yang mempunyai visi akan membuat keputusan yang terbaik
serta mempertimbangkan cabaran, ancaman dan juga peluang yang bakal
dihadapinya.
Sebagai contoh, Tan Sri Mustapha Kamal yang mempunyai visi dalam
memajukan industri hartanah di negara ini.
Berfikiran yang bebas
Seseorang yang berfikiran bebas dapat melihat,
menganalisis peluang yang ada dengan sendirinya.

merebut

dan

Berdaya maju
berdaya maju akan sentiasa menjadi 'world leader
Usahawan yang berdaya maju akan mencari idea-idea baru serta dapat
mengintegrasikan idea tersebut kepada penyelesaian yang rasional dan
kreatif.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada


Abad Ke-21
Optimistik
Merupakan ciri-ciri usahawan yang sentiasa berfikiran ke hadapan dan
sentiasa berfikiran positif terhadap tindakan yang akan diambil.
Tan Sri Lim Goh Tong terhadap projek Genting Highlandsnya pada satu
ketika dahulu yang pernah dikatakan sebagai projek yang bodoh dan
membuang masa.
Bertindak sebagai inovator
semangat mencipta serta mengilhamkan konsep dan idea yang baru
Sebagai contoh, dalam industri telekomunikasi, Nokia sentiasa membuat
kejutan dan menjadi inovator yang pertama.
Mengambil risiko yang diperhitungkan
usahawan haruslah mengira dan memperhitungkan risiko yang bakal
dihadapi bagi mengelakkan kemungkinan kerugian pada masa hadapan.

Ciri-Ciri dan Profil Usahawan Berjaya pada


Abad Ke-21
Sifat kepimpinan
Kepimpinan karismatik, kepimpinan 'transactional',
transformasi serta kepimpinan 'visionary'.

kepimpinan

Perbezaan antara usahawan dengan peniaga

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus


tradisional

Perbezaan antara usahawan dengan pengurus


tradisional

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan


korporat

Perbezaan antara usahawan dengan usahawan


korporat

Kesimpulan
Banyak perbezaan ciri antara usahawan dengan peniaga, pengurus dan
usahawan dalaman telah diketengahkan.
Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti
usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan
seperti yang telah dibincangkan.

You might also like