You are on page 1of 8

15

PERATURAN AM

15.1

Murid-murid perlulah bekerjasama dan tolong-menolong dengan rakan-rakan, guru-guru, kakitangankakitangan sekolah, pengawas-pengawas dan pelawat-pelawat.
Murid-murid mestilah menghormati guru-guru dan memberi pertolongan yang diperlukan.
Setiap murid dikehendaki berkhidmat dengan taat kepada rumah sukan masing-masing dan juga sekolah
serta mengambil bahagian di dalam semua kegiatan sukan denganpenuh semangat kesukanan.
Murid-murid mestilah bersih dari segi tingkah laku ,pemikiran dan menjadi DUTA sekolah yang bersopan
pada setiap masa.
Murid-murid mestilah mematuhi dan menyedari bahawa peraturan sekolah adalah untuk kebaikan semua.
Segala bentuk penipuan, perjudian dan peniruan tidak dibenarkan.

15.2
15.3
15.4
15.5
15.6
15.7

Murid tidak dibenarkan memaparkan dan mengedarkan sebarang jenis iklan, promosi, gambar,
pengumuman, notis atau poster tanpa kebenaran pihak sekolah.

15.8

Murid dilarang berniaga di dalam kawasan sekolah.

15.9

Murid tidak boleh menyertai kegiatan kongsi gelap / pertubuhan tanpa pendaftaran
sekolah.

16

PERHIMPUNAN

16.1

16.5

Apabila loceng pertama dibunyikan, murid-murid hendaklah masuk beratur ke dalam padang dengan
senyap. Pengawas/ketua tingkatan/ketua pasukan unit beruniform bertanggungjawab memantau dan
memastikan semua murid telah bersedia untuk perhimpunan.
Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam padang selepas loceng kedua dibunyikan, sebaliknya
mereka dikehendaki beratur mengikut kelas/pasukan unit beruniform.
Semasa lagu Negaraku , Negeri Pulau Pinang dan Sekolah dinyanyikan, semua murid mesti berdiri tegak
tanpa bergerak dan bersama-sama menyanyikan lagu-lagu tersebut dengan penuh patriotik.
Murid-murid tidak boleh bercakap, bermain atau membaca semasa perhimpunan dijalankan dan juga
semasa dalam perjalanan ke kelas masing-masing.
Selepas perhimpunan, semua murid mesti mengikut giliran untuk balik ke kelas dalam barisan yang teratur.

17

KEHADIRAN KE SEKOLAH ADALAH WAJIB

16.2
16.3
16.4

17.1
17.2
17.3
17.4
17.5
17.6
17.7

17.8
17.9

atau

kebenaran

Semua murid wajib hadir ke sekolah pada setiap hari persekolahan kecuali dengan kebenaran bertulis
daripada pengetua.
Kehadiran akan diambil pada pukul 7.25 pagi (12.30 /1.00 petang untuk sidang petang)
Murid-murid yang tidak hadir kerana sakit atau sebab-sebab tertentu perlu membawa surat Akuan
Doktor. atau surat daripada waris
Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah tiga hari berturut-turut tanpa kebenaran atau alasan yang
munasabah akan diberi amaran .
Murid-murid yang tidak mengikuti Pendidikan Jasmani atau Sukan hendaklah membuktikannya dengan
Surat Akuan Doktor atau Surat Ibu bapa/penjaga.
Murid-murid tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah sewaktu pembelajaran dan pengajaran. Mereka
yang hendak keluar hendaklah mendapat kebenaran daripada Pengetua/G.P.K/Penyelia atau Guru Bertugas.
Murid-murid yang hendak ke klinik/hospital hendaklah mengisi Borang Rawatan. Murid yang telah
dibenarkan ke klinik hendaklah segera pulang ke sekolah setelah mendapatkan rawatan dan menunjukkan
surat yang telah ditandatangani oleh Pegawai Perubatan kepada PK HEM/Guru Tingkatan.
Murid-murid yang dibenarkan keluar hendaklah mendapatkan Pas keluar dan memakainya sepanjang
berada di luar kawasan sekolah.
Seseorang murid yang hendak keluar ke tandas atau ke tempat lain hendaklah mendapatkan Pas Keluar
daripada guru yang mengajar pada masa itu.

17.10 Murid yang hendak balik ke rumah atas sebab sakit, kematian atau kecemasan hendaklah mengisi borang di
pejabat dan serahkan kepada guru disiplin yang bertugas. Waris murid hendaklah datang menjemput murid
di pejabat sekolah serta mengisi butiran yang lengkap dalam buku BALIK AWAL MURID yang disediakan
di pejabat.

18
18.1

18.2
18.3
18.4
18.5

KETIDAKHADIRAN MURID
Murid yang tidak hadir kerana sakit, mesti menyerahkan surat doktor atau surat keterangan cuti sakit
daripada ibu bapa/penjaga dengan segera. Surat daripada ibu bapa/penjaga mesti menggunakan kertas surat
dan sampul surat yang sesuai. Kertas buku latihan tidak akan dilayan.
Murid yang memberi surat doktor yang palsu atau memalsukan tandatangan ibu bapa/penjaga akan
dikenakan tindakan disiplin.
Murid yang tidak hadir tanpa sebab dianggap ponteng dan boleh dikenakan tindakan disiplin termasuk
buang sekolah.
Murid wajib memberi nombor telefon rumah atau pejabat ibu bapa/penjaga atau jiran kepada Guru
Tingkatan pada minggu pertama persekolahan untuk memudahkan urusan .
Murid mesti memberitahu Guru Tingkatan sebarang perubahan alamat surat-menyurat dan nombor telefon
dengan segera.

19

WAKTU PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

19.1

Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran. Sekiranya perlu keluar,
murid-murid mesti mendapatkan Pas Keluar daripada guru subjek . Pas Keluar hendaklah dipamerkan.
Murid yang keluar kelas tanpa Pas Keluar dianggap ponteng kelas.
Semasa ketiadaan guru, sekiranya murid perlu keluar atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, murid
perlu mendapatkan Pas Keluar daripada guru dari kelas yang berhampiran. Ketua Tingkatan dilarang
memberikan kebenaran keluar kelas.
Murid-murid mesti menjaga kebersihan kelas masing-masing.
Murid-murid perlu bersedia untuk belajar dan melakukan aktiviti berfaedah seperti membaca semasa
menunggu guru masuk.
Murid tidak dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, sebelum / selepas waktu rehat dan waktu
terakhir persekolahan kecuali kecemasan.

19.2
19.3

19.4
19.5
19.6

19.7

Waktu Pendidikan Jasmani dan Kesihatan:

19.7.1
19.7.2
19.7.3
19.7.4
19.7.5

Semua murid perlu berpakaian pendidikan jasmani yang ditetapkan oleh sekolah.
Semua murid tidak boleh berada di dalam kelas.
Barangan berharga hendaklah diserahkan kepada guru pendidikan jasmani.
Murid yang disahkan menghidap penyakit kronik oleh doktor dikecualikan daripada mengikuti aktiviti.
Surat pengesahan doktor perlu diserahkan kepada pihak sekolah.
Semua murid lelaki wajib memasukkan baju ke dalam seluar (tuck-in).

20

WAKTU REHAT

20.1

Semua murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas semasa waktu rehat. Ketua Tingkatan mesti
memastikan pintu kelas berkunci .
Beratur ketika membeli makanan dan tidak berebut-rebut. Murid-murid dilarang berlari-lari dan membuat
bising. Murid-murid perlu mengamalkan adab sopan semasa makan dan minum di kantin.
Murid-murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman dari kantin sekolah pada waktu rehat atau
dengan kebenaran.
Murid-murid hanya dibenarkan makan dan minum di kantin sekolah sahaja. Selepas makan sisa makanan
hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Pinggan mangkuk hendaklah diletakkan ke dalam bekas yang
disediakan.
Murid-murid dilarang membawa makanan yang tidak halal, makanan ringan dan minuman beralkohol .

20.2
20.3
20.4

20.5

21

WAKTU BALIK

21.1

21.4
21.5

Pastikan tiada buku murid disimpan di dalam laci / kelas. Buku yang disimpan / ditinggalkan dalam kelas
akan dirampas dan murid perlu menebus buku-buku berkenaan.
Pastikan kelas berada di dalam keadaan kemas dan bersih. Bakul sampah mesti dikosongkan. Kerusi dan
meja disusun dengan teratur.
Semua suis kipas dan lampu mesti dimatikan manakala pintu dan tingkap perlu ditutup sebelum
meninggalkan kelas
Ketua Tingkatan perlu memastikan pintu dikunci sebelum menyerahkan kunci kelas ke bilik disiplin
Murid perlu mematuhi peraturan lalulintas.

22

WAKTU KOKURIKULUM

22.1
22.2

Masa aktiviti kokurikulum dijalankan tertakluk kepada pihak sekolah.


Setiap murid diwajibkan menyertai tiga aktiviti kokurikulum iaitu:
a)
Persatuan/Kelab
b)
Badan beruniform
c)
Permainan
Pihak sekolah akan mengambil tindakan terhadap murid yang tidak hadir tanpa sebab yang munasabah.
Semua murid wajib mempunyai Buku Kokurikulum yang perlu dibawa bersama setiap kali aktiviti
kokurikulum diadakan. Buku Kokurikulum perlu ditangani oleh guru penasihat.

21.2
21.3

22.3
22.4

23
23.1

23.2

SELEPAS WAKTU SEKOLAH.


Murid-murid yang tidak terlibat dalam gerak kerja kokurikulum, bertugas atau tiada urusan sekolah lain
hendaklah balik ke rumah selepas waktu persekolahan. Murid-murid tidak dibenarkan merayau-rayau di
kawasan sekolah atau di tempat lain.
Murid yang hendak belajar atau mengadakan perbincangan boleh berbuat demikian di pusat sumber sekolah
atau kantin . Bilik darjah dan surau merupakan kawasan larangan.

24

PERATURAN DI DALAM KELAS / BILIK DARJAH

24.1

Kedatangan akan diambil 5 hingga 10 minit sebelum masa pertama bermula

24.2

Murid perlu mengamalkan budaya murni sepajang masa.

24.3

Murid-murid hendaklah membawa semua keperluan pengajaran dan pembelajaran mengikut jadual waktu

24.4

Murid tidak dibenarkan membawa dan membaca bahan bacaan yang dilarang.

24.5

Jadual tugas serta pelan duduk di dalam kelas disediakan oleh Ketua Tingkatan mengikut arahan Guru
Tingkatan. Tempat duduk murid tidak boleh ditukar tanpa keizinan Guru Tingkatan.

24.6

Murid sentiasa berdisiplin sama ada ketika guru berada di dalam kelas atau tidak.

24.7

Murid hendaklah menghormati Ketua Tingkatan dan murid-murid lain.

24.8

Murid hendaklah sentiasa menjaga kebersihan kelas.

24.9

Murid hendaklah menjaga kemudahan di dalam kelas. Ketua Tingkatan atau Pengawal Perabot
bertanggungjawab melaporkan sebarang kerosakan atau kehilangan harta benda kelas kepada Guru
Tingkatan dengan segera.

24.10

Murid tidak dibenarkan makan / minum atau membawa makanan / minuman ke dalam bilik darjah kecuali
bekal untuk waktu rehat. Makanan ringan seperti kuaci, gula-gula dan kek (hari jadi,dll) dilarang.

24.11

Buku teks murid dan barang-barang persendirian tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja.

24.12

Murid yang ingin keluar dari kelas untuk sesuatu urusan mesti mendapatkan keizinan daripada guru dan
mendapatkan kad pas daripada guru. Pas dipulangkan kepada guru sebaik sahaja murid kembali ke kelas.

24.13

Murid hendaklah keluar dari kelas pada waktu rehat kecuali murid yang bertugas membersihkan kelas.

24.14

Murid yang tidak sihat dan perlu berehat di dalam kelas atau di Bilik Sakit mesti mendapat surat izin
daripada Pengetua atau Penolong Kanan HEM / Penyelia Petang. Murid tidak dibenarkan tidur / berehat
semasa guru mengajar.

24.15

Murid yang ingin balik awal sebab sakit dikehendaki mendapatkan kebenaran Pengetua atau Penolong
Kanan HEM / Penyelia Petang. Untuk sebab-sebab lain, ibu bapa atau penjaga dikehendaki datang ke
sekolah menyatakan sebab-sebabnya.

25

PEMBELAJARAN DI BILIK KHAS / DI LUAR KELAS

25.1

Pada waktu pembelajaran Sains (jika menggunakan Makmal Sains) Pendidikan Jasmani, Kemahiran Hidup,
Komputer atau Pendidikan Seni

25.2

Murid mesti beratur semasa pergi ke bilik khas atau semasa balik ke bilik darjah sendiri. Murid tidak
dibenarkan singgah di tandas, kantin, kelas lain atau tempat-tempat lain seperti vending machine.

25.3

Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam Pusat Sumber, makmal, bengkel, Bilik Komputer, bilik
Pendidikan Seni tanpa kebenaran guru.

25.4

Ketua tingkatan mesti memastikan pintu kelas dikunci sebelum meninggalkan kelas.

26

TATATERTIB PERGAULAN

26.1

Murid mesti sentiasa bersopan santun, berkerjasama dan bertimbang rasa terhadap guru, staf sokongan
sekolah, pelawat sekolah dan murid lain. Murid tidak dibenarkan menggunakan bahasa yang kasar dan
tidak bersopan.

26.2

Murid memberi ucapan selamat jika berjumpa dengan guru, staf sokongan sekolah atau pelawat sekolah.

26.3

Murid mesti memberi kerjasama serta mematuhi arahan Pengawas.

26.4

Murid hanya boleh menggunakan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sahaja.Penggunaan Bahasa
Mandarin, Bahasa Tamil dan Bahasa Jepun dibenarkan semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa
berkenaan. Dialek tempatan tidak boleh digunakan di dalam sekolah.

26.5

Murid tidak boleh menimbulkan hasutan dan perkara yang sensitif yang boleh mewujudkan suasana tidak
harmonis di sekolah.

26.6

Murid juga dikehendaki menyertai aktiviti sekolah dengan giat dan bertanggungjawab.

726

Murid tidak dibenarkan berjumpa dengan murid lain / murid sidang lain semasa pengajaran dan
pembelajaran dijalankan kecuali dengan kebenaran sekolah.

26.8

Murid dilarang mengutip wang daripada murid lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru. Urusan jual
beli antara murid di sekolah tidak dibenarkan.

27

KEKEMASAN DIRI MURID

Murid mesti menjaga kekemasan diri pada sepanjang masa sama ada semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti
rombongan sekolah atau mewakili sekolah di luar sekolah. Ini termasuk pada hari Sabtu atau hari cuti sekolah.
Murid dilarang memakai hiasan yang tidak dibenarkan.

28

PAKAIAN DI SEKOLAH

28.1

Murid mesti memakai pakaian seragam sekolah semasa di dalam kawasan sekolah, mengikuti rombongan
sekolah atau mewakili sekolah kecuali dengan kebenaran daripada Pengetua. Ini termasuk pada hari Sabtu
atau hari cuti sekolah.
Baju-T sekolah boleh dipakai untuk menjalani aktiviti kokurikulum pada luar waktu sekolah seperti
bergotong-royong, permainan dan aktiviti seumpamanya.
Murid wajib sentiasa berpakaian sopan, tertib, bersih dan beradab di sekolah, termasuk ketika menghadiri
kelas
tambahan, konsert atau berurusan di sekolah

28.2
28.3

29
29.1
29.2
29.3
29.4
29.5
29.6
297
29.8
29.9
29.10
29.11
29.12
29.13
29.14
29.15
29.16
29.17
29.18

PAKAIAN MURID LELAKI


Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive)
Kemeja putih berlengan pendek jenis kain kapas, lengan baju 1-3cm dari siku
Kemeja putih berkolar tiada lisu di depan dan belakang.
Murid bukan pengawas / pengawas pusat sumber tidak dibenarkan memakai baju berlengan panjang.
Singlet putih/baju dalam berwarna putih sahaja yang boleh dipakai dalam baju kemeja.( pastikan lengan
baju dalam tidak melebihi lengan baju kemeja)
Poket butang berwarna tidak dibenarkan.
Poket lebih tidak dibenarkan
Mesti dijahit lencana,dan tag nama di bahagian atas poket kemeja.
Ukuran seluar kaki 8-9 inci / tidak melebihi 1/2 tapak kaki( kaki seluar lebih lebar tidak dibenarkan)
Paras bukulali ( singkat atau terlalu labuh tidak dibenarkan )
Kaki seluar mestilah dilipat ke dalam dan berjahit
Kaki seluar yang senteng dan ketat tidak dibenarkan.
Seluar terlalu kembang dan lisu-lisu yang banyak tidak dibenarkan.
Poket pada bahagian peha tidak dibenarkan.
Poket/kocek belakang berpelapik atau kocek tampal tidak dibenarkan.
Kelangkang seluar yang sesuai dan menutupi pusat. Tidak terlalu pendek di bawah pusat.
Seluar londeh tidak dibenarkan.
Pada hari Jumaat murid-murid lelaki Islam diwajibkan memakai baju melayu yang lengkap ( baju dan
seluar putih samping merah hati dan songkok hitam)

30

PAKAIAN MURID PEREMPUAN

30.1
30.2

Blaus putih, pinafore berwarna turquoise yang labuhnya hendaklah melepasi lutut.
Baju kurung teluk belanga dan kain sarung A line atau bersusun di kiri. Baju kurung mestilah sentiasa
dibutang.
Mereka juga dikehendaki memakai anak baju(camisole) berwarna putih atau berwarna kulit hingga ke
paras pinggang.
Baju kemeja berwarna putih,lengan pendek,berkolar dan tiada lisu di depan dan di belakang.
Baju kurung berwarna putih, labuh sampai ke paras lutut, berlengan panjang dan mesti diletak butang atau
kerongsang bersaiz kecil.
Murid-murid perempuan Islam dibenarkan memakai tudung / mini telekung dengan syarat tudung itu
berwarna putih berbentuk 3 segi dan kain lembut polister.
Ukuran tudung:- Dari sisi - di bawah paras bahu.
Dari depan hujung
- sehingga paras pusat.
Dari belakang hujung - sehingga paras pinggang.
Mesti dilipat dan diletakan peniti bersaiz kecil dan tidak berwarna.
Tiada hiasan tepi tudung- contoh, renda atau sulaman.
Anak tudung berwarna putih untuk hari persekolahan.
Anak tudung berwarna hitam untuk aktiviti sekolah/ kokurikulum / PJK.
Tidak boleh menggunakan plastik pengeras tudung dan tudung berfesyen.

30.3
30.4
30.5
30.6

30.7
30.8
30.9
30.10
30.11

31

KASUT

31.1
31.2
31.3
31.4
31.5

Kasut kanvas / kulit/ PVC berwarna hitam.


Tinggi tidak melebihi paras buku lali
Murid dilarang memakai selipar, terompah, but, high-cut
Kasut sukan hanya dibenarkan semasa mengikuti aktiviti sukan atau Pendidikan Jasmani.
Tali kasut tidak boleh dililit tetapi mesti diikat dengan kemas

32

STOKING

32.1
32.2
32.3

Berwarna putih berukuran 20cm dari tapak


Tidak bercorak atau mempunyai hiasan / belang-belang
Ukuran menutupi atas buku lali

33

LENCANA DAN TAG NAMA

33.1

Lencana dan tag nama murid hendaklah dijahit di sebelah kiri dada kemeja / blaus/ baju kurung/ baju
melayu. Kedudukan tag nama di bawah lencana sekolah
Warna tag nama mestilah mengikut warna yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk setiap tingkatan
dan boleh ditempah melalui Unit Disiplin Sekolah
Murid perempuan yang memakai tudung dikehendaki menjahit lencana dan tag nama di sebelah kiri
tudung.
Lencana tidak boleh diwarnakan atau diconteng
Mesti dijahit menggunakan benang putih
Tidak dibenarkan tampal sahaja
Lencana yang lusuh / kabur / tidak jelas perlulah diganti baru.
Murid yang tiada tanda nama akan dikenakan tindakan disiplin
Murid-murid dilarang :(a) memakai tag nama murid lain,
(b) menconteng / merosakkan tag nama, dan
(c) mengubah huruf pada tag nama.

33.2
33.3
33.4
33.5
33.6
33.7
33.8
33.9

34

TALI LEHER

34.1
34.2
34.3
34.4
34.5
34.6
34.7

Tali leher wajib dipakai setiap hari persekolahan kecuali murid perempuan yang memakai baju kurung.
Mesti di ikat kemas panjang sehingga paras pusat.
Tali leher tidak boleh diikat pendek/ kontot
Tidak boleh menggunakan tali leher selain tali leher sekolah.
Bahagian bawah tali leher mestilah dibiarkan tajam.
Murid dilarang menconteng, melukis gambar pada tali leher.
Tali leher yang diconteng/ dilukis / kabur / lusuh perlu diganti baru.

35
35.1
35.2
35.3
35.4

TALI PINGGANG
Tali pinggang hendaklah berwarna hijau tua
Lebar tali pinggang ialah 1.5cm hingga 3cm.
Murid tidak di benarkan memakai tali pinggang yang berkepala besar / lebih 2 inci
Tali pinggang yang tidak mematuhi syarat akan dirampas.

36

RAMBUT: SEMUA MURID

36.1

Rambut tidak boleh dikerinting atau diwarnakan . Rambut berfesyen dan menyimpan ekor rambut tidak
dibenarkan.
Rambut yang berjuntai ke hadapan di dahi tidak melebihi paras kening.

36.2

37
37.1
37.2
37.3
37.4
37.5
37.6
37.7
37.8
37.9
37.10

MURID LELAKI
Semua murid lelaki hendaklah berambut pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju.
Tidak dibenarkan mengkerinting atau mewarna rambut.
Tidak dibenarkan membotakkan kepala atau menyimpan rambut jenis skin-cut, flat top atau skin-head.
Murid lelaki keturunan Sikh dibenarkan menyimpan rambut panjang dan berturban. Warna turban ialah
hitam.
Rambut belakang tidak melebihi garisan bawah cuping telinga/menyentuh kolar baju/1-2 cm di atas kolar
baju.
Rambut sebelah sisi tidak menutup kedua-dua paras cuping telinga sebelah atas atau sebahagiannya.
Side burn /pelipis tidak boleh melebihi garisan tengah hidung / setengah anak telinga.
Rambut depan tidak menutup bahagian garisan tengah dahi / tidak mencecah kening apabila ditarik.
Rambut di atas atau bahagian tengah kepala tidak melebihi 6 cm panjang.
Murid dilarang sama sekali memakai gel, menggayakan rambut berfesyen yang tidak menggambarkan imej
seorang murid.

38

MURID PEREMPUAN

38.1
38.2
38.3
38.4
38.5
38.6
38.7
38.8

Murid yang tidak bertudung atau bukan Islam dinasihatkan berambut hingga mencecah bahu sahaja.
Jika berambut panjang menyentuh atau melebihi paras bahu,diwajibkan mengikat rambut.
Cara mengikat rambut adalah seperti ekor kuda (pony tail) dengan reben berwarna hitam atau putih.
Mewarnakan rambut tidak dibenarkan sama sekali walaupun menggunakan inai.
Murid perempuan dilarang berambut pendek yang menyerupai lelaki
Murid hanya di benarkan menggunakan getah rambut /sepit rambut berwarna hitam sahaja.
Reben besar dan klip rambut berwarna-warni tidak dibenarkan.
Murid perempuan yang mewarnakan rambut mestilah menghitamkannya semula, jika tidak akan diarah
pulang. ( Ibu bapa terpaksa mengambilnya di sekolah )

39
39.1
39.2

40
40.1
40.2
40.4

KUKU
Kuku hendaklah pendek dan bersih.
Murid dilarang mewarnakan kuku /mengecat kuku walaupun dengan menggunakan inai.

KENING
Murid tidak dibenarkan mencukur,mencabut atau mentatoo bulu kening.
Murid dilarang menggunakan celak aneka atau mascara atau apa saja alat solek.
Murid dilarang memakai subang pada kening.

41

BARANG KEMAS / HIASAN

41.1

41.6

Semua murid dilarang memakai atau membawa pendant, gelang, rantai, cincin, rantai kaki dan barangbarang kemas lain.
Murid lelaki tidak dibenarkan memakai subang.
Murid perempuan hanya dibenarkan memakai sepasang subang berbentuk kecil dan tidak berfesyen. Jika
berbentuk cincin, diamternya tidak boleh melebihi 1.2 cm.
Murid tidak dibenarkan memakai jam tangan yang terlalu besar atau berfesyen keterlaluan.
Murid dilarang memakai tatu atau jenis corak lain dengan pelekat dan seumpamanya pada mana-mana
bahagian tubuh badan.
Barang hiasan untuk beg seperti `soft toys loceng dan sebagainya tidak dibenarkan dibawa ke sekolah.

42

PENGGUNAAN KEMUDAHAN SEKOLAH

41.1

42.7

Murid-murid tidak dibenarkan memasuki Pejabat, Pejabat Pengetua, Bilik Guru, Pusat Sumber, makmal,
dewan dan bilik khas lain tanpa kebenaran. Peraturan bilik-bilik khas hendaklah dipatuhi.
Murid-murid dilarang memasuki bilik darjah lain. Jika larangan tidak dipatuhi tindakan disiplin boleh
dikenakan kerana dianggap menceroboh.
Murid mesti sentiasa menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah.
Murid bertanggungjawab menjaga dan menggunakan harta benda sekolah dengan cermat. Kemudahan di
sekolah seperti padang bola, internet, siaraya dan komputer hanya boleh digunakan dengan kebenaran
pihak sekolah.
Meja, kerusi dan sebarang harta benda sekolah tidak boleh dialihkan dari satu bilik / dewan ke tempat lain
tanpa kebenaran sekolah.
Murid tidak dibenarkan menggunakan tandas guru.

43

MURID YANG MEMBAWA KENDERAAN KE SEKOLAH

43.1

Murid tidak digalakkan membawa kereta ke sekolah. Kereta murid tidak dibenarkan diletak di dalam
kawasan sekolah. Kereta yang diletak di luar kawasan sekolah hendaklah tidak mengganggu
penghuni/pengguna jalan raya.
Murid yang membawa motorsikal dan basikal ke sekolah hendaklah meletakkan kenderaan tersebut di
tempat yang telah dikhaskan untuk murid sahaja.
Motorsikal hendaklah didaftarkan dengan sekolah dan berpelekat logo sekolah.
Topi keledar dikunci bersama dengan motorsikal dan tidak boleh dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
Murid tidak dibenarkan menunggang motorsikal atau basikal di kawasan sekolah termasuk pada hujung
minggu atau hari cuti sekolah.
Murid hendaklah menjaga ketenteraman dan bertimbang rasa terhadap kenderaan murid lain ketika
mengeluarkan kenderan masing-masing.

41.2
41.3
41.4
41.5

42.2
42.3
42.4

42.6

43.2
43.3
43.4
43.5
43.6

You might also like