You are on page 1of 12

SOALAN DAN JAWAPAN

BAHAGIAN A
ARAHAN
Bahagian A mengandungi LIMA soalan. Jawab SEMUA soalan.

1. Bincangkan faktor penyumbang yang dikenalpasti penyebab kepada keracunan


makanan.
- air minuman yang tidak selamat
- tiada kebersihan diri
- pencemaran udara, makanan
- kekotoran
- pencemaran bakteria dan kuman

2. Huraikan objektif progam susu sekolah diperkenalkan di sekolah-sekolah.


(a) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
dengan tabiat sentiasa
meminum susu.
(b) Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
dengan memupuk tabiat
sentiasa meminum susu.
(c) Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf
sosioekonomi yang rendah dan
mengalami kekurangan zat makanan melalui skim percuma.
(d) Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui
(e) Penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah
konsep pensyarikatan
Malaysia.

3. Pencemaran udara merupakan masalah persekitaran utama negara kita.


Bincangkan punca pencemaran udara.
(a) Kejadian pembakaran terbuka di negara kita dan dari negara jiran.
(b) Sumber-sumber perlepasan lain seperti asap kenderaan, kilang, rokok dan
sebagainya

4. Terangkan EMPAT daripada enam teras utama program Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.
(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit
(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah
(f) pendidikan kesihatan

5. Huraikan objektif rancangan makanan tambahan yang di perkenalkan di sekolahsekolah.


(a) Memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah rendah,terutamanya
dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah secara imbuhan dan
sementara waktu, untuk memperbaiki keadaan kesihatan sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
(b) Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang kepada murid-murid
yang berkenaan untuk membantu mereka mengatasi masalah dari segi
pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga
(c) Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan secara tidak langsung.
(d) Menggalakkan penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usaha-usaha
sekolah mengelolakan RMT.
(e) Mengendalikan tabiat-tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa
serta amalan-amalan yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri,kebersihan

makanan dan kebersihan alam sekitar.

BAHAGIAN B
ARAHAN
Bahagian B mengandungi LIMA soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA.

1. Rancangan Kesihatan Sekolah berasaskan kepada konsep kesihatan yang


menyeluruh di mana ia merangkumi kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
rohani.

(a) Huraikan komponen rancangan kesihatan sekolah.


1. Rancangan Makanan Tambahan
2. Program 3K
3. Perkhidmatan Kesihatan
4. Perkhidmatan Pergigian
5. Sekolah Kawaan Larangan Merokok
6. Sekolah Bebas Denggi

(b) Sebagai pentadbir kita perlu memastikan taraf kesihatan pelajar kita. Nyatakan
program kesihatan sekolah masa kini
(a) keselamatan makanan di kantin sekolah.
(b) pertolongan cemas
(c) keselamatan sekolah
(d) pencegahan penyakit

(e) penekanan aspek fizikal dalam sekolah


(f) pendidikan kesihatan

2. Program doktor muda dan anti denggi merupakan program yang mendapat
perhatian Kementerian Pelajaran dan Kementerian Kesihatan bagi membangkitkan
kesedaran ramai dalam menjaga kesihatan.

(a) Huraikan dengan jelas cara pemindahan penyakit denggi serta objektif program
anti denggi.
Penyakit ini adalah disebabkan oleh virus denggi yang dibawa oleh nyamuk Aedes
yang mengakibatkan peningkatan morbiditidan mortaliti.
- menyerapkannya ke dalam Program Kesihatan Sekolah yang sedia ada.
- adalah menggunakan kaedah pendidikan kepada murid-murid untuk menjadikan
mereka sebagai agen perubahan yang berkesan dalam mencegah dan mengawal
kejadian penyakit denggi.
- Murid-murid merupakan golongan yang mudah disemai dan menerima
pengetahuan yang baik dengan harapan mereka dapat mengamalkan serta
membentuk tingkah laku yang positif.
- ini adalah untuk memberi kefahaman, kesedaran dan kemahiran kepada murid murid di dalam mencegah dan mengawal kejadian demam denggi di sekolah.
- ini juga menggalakkan penglibatan semua golongan termasuk ibu bapa dan
kakitangan sekolah di dalam aktiviti pencegahan dan pengawalan demam denggi.

(b) Huraikan apakah yang anda tahu mengenai program doktor muda.
Program Doktor Muda merupakan satu program promosi kesihatan Sekolah.
melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik serta berketerampilan.
Doktor Muda merupakan pelajar sekolah Tahun 4, 5 dan 6 yang dipilih dan dilatih
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya. Mereka bertindak sebagai pemangkin kepada
perubahan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan yang positif di kalangan
pelajar sekolah. Doktor Muda diberikan latihan mengenai asas kesihatan supaya
mereka dapat menjadi pendidik kepada rakan sebaya. Tugas sebagai role model
, promoter dan motivator kesihatan kepada rakan-rakan di sekolah
memerlukan mereka mempunyai pengetahuan yang khusus mengenai asas
kesihatan.

3. Sebagai perancang dan pelaksana dalam Program Bersepadu Sekolah Sihat kita
perlu mengetahui bidang tugas bagi menjadikan program yang dilaksanakan lebih
mantap.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh guru dalam melaksanakan Program
Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) Memahami teras-teras utama PBSS
(b) Menyokong melaksana dan memperkukuhkan aktiviti-aktiviti PBSS yang
dirancang oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(c) Bertanggungjawab untuk memastikan aktiviti-aktiviti PBSS boleh dilaksanakan
oleh Jawatankuasa PBSS peringkat sekolah.
(d) Menjadi contoh kepada murid dalam mengamalkan cara hidup sihat.
(e) Menggalakkan murid menyertai aktiviti PBSS dengan aktif.
(f) Memberi penerangan kepada ibu bapa dan masyarakat setempat mengenai
PBSS.

(b) Huraikan peranan yang dimainkan oleh pengetua dalam melaksanakan Program
Bersepadu Sekolah Sihat.
(a) Memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PBSS di sekolah
(b) Menubuhkan Jawatankuasa PBSS di peringkat sekolah dianggotai oleh guruguru, wakil agensi kerajaan dan swasta serta wakil masyarakat setempat.
(c) Merancang aktiviti dengan mengambil kira:
Keperluan warga sekolah bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga emosi serta
keadaan persekitaran yang selamat
Pengalaman murid dan guru supaya dapat digabungkan untuk menjalankan
aktiviti PBSS yang berkesan.
Kemahiran kesihatan, kemahiran berfikir secara kritis dan bertanggungjawab
terhadap diri, keluarga dan masyarakat
Kesedaran murid tentang pentingnya kemahiran kesihatan serta mempunyai azam
yang kuat untuk menjaga kesihatan diri.

(d) Memastikan pelaksanaan dan pemantauan aktiviti PBSS dijalankan dengan


terancang, tersusun dan berterusan.

4. Perkhidmatan kesihatan sekolah merangkumi promosi kesihatan dan pemakanan,


penjagaan kesihatan, rawatan, rujukan serta penempatan di kelas khas.

(a) Huraikan peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan kesihatan sekolah.


(a) Membina kesedaran dan kefahaman di kalangan kanak-kanak sekolah tentang
taraf kesihatan diri sendiri
(b) Mengasaskan latihan seumur hidup tentang perlunya menilai taraf kesihatan
seseorang pada jangka masa tertentu.
(c) Menentukan murid berada dalam keadaan kesihatan yang paling optima untuk
menerima pelajaran dan mengambil bahagian dalam rancangan sekolah.
(d) Mengesan dengan lebih awal keadaan kesihatan yang tidak normal dengan
merujuk pakar-pakar tertentu, pertubuhan-pertubuhan atau badan yang berkaitan
untuk membetulkan kecacatan-kecacatan yang boleh dirawat dan juga untuk
pemulihan.
(e) Memberitahu guru-guru dan ibu bapa tentang taraf kesihatan kanak-kanak
sekolah untuk membolehkan rawatan lebih berkesan dan penjagaan susulan yang
efektif.
(f) Mengawal penyakit yang berjangkit.
(g) Menggalakkan keselamatan di sekolah dan memberi Pertolongan Cemas dan
Rawatan Kecemasan kepada kanak-kanak ketika di sekolah.
(h) Memberikan perhatian kepada kanak-kanak yang lebih memerlukan rawatan
kesihatan dan penyeliaan khas.

(b) Sebagai penasihat program perkhidmatan kesihatan sekolah, anda diminta


menyelaras aktiviti tahunan. Bincangkan ENAM aktiviti perkhidmatan kesihatan
sekolah yang hendak dilaksanakan.
Rawatan ringan dan kecemasan
Kawalan penyakit berjangkit

Penilaian (screening) atau pemeriksaan kesihatan ke atas muridmurid


Perkhidmatan Pergigian
Rujukan dan rawatan susulan
Program imunisasi

5. Makanan tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dewasa ini isu makanan


tercemar atau keracunan makanan mengambil tempat utama dalam media massa.

(a) Huraikan tugasan yang perlu dilakukan seorang pengusaha dan pekerja premis
makanan.
(i) Pastikan semua aspek kebersihan yang disebutkan dipatuhi.
(ii) Pastikan semua pekerja mendapat pemeriksaan kesihatan dan suntikan
pencegah penyakit tifoid sebelum bertugas.
(iii) Pastikan pekerja yang sakit mendapat rawatan perubatan dan tidak bekerja
sehingga disahkan sihat.
(iv) Melatih pekerja mengenai kesihatan dan kebersihan diri dari semasake semasa.

(b) Huraikan perkara asas bagi memastikan makanan bersih dan selamat.
(a) Kebersihan bahan mentah.
(b) Pengendalian makanan yang bersih.
(c) Kebersihan diri pengendali makanan.
(d) Keperluan kemudahan asas yang mencukupi
(e) Reka bentuk premis dan peralatan yang sesuai.
(f) Pengurusan dan penyelenggaraan premis yang sempurna.
(g) Penyediaan makanan yang betul.

BAHAGIAN C
ARAHAN
Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA.

1. Sebagai guru pertolongan cemas di sekolah, anda dijemput untuk memberi


ceramah berkaitan peraturan- peraturan yang perlu dipatuhi semasa memberikan
pertolongan cemas. Sediakan nota ceramah anda.
(a) Menilai Situasi Kecemasan
(i) Penilaian adalah penting dan ia perlu dilakukan dengan pantas dan tenang
dalam keadaan atau tempat peristiwa itu berlaku.
(ii) Pemerhatian terhadap keadaan sekitar dan pengawasan terhadap lain-lain
bahaya terhadap diri dan mangsa.
(iii) Hindarkan diri anda dari sebarang risiko.
(b) Keperluan untuk Memastikan Kawasan Kecemasan Selamat
(i) Keselamatan diri perlu dipastikan sebelum melakukan pertolongan kepada
mangsa.
(ii) Pastikan mangsa dihindarkan dari bahaya dengan memindahkan mangsa dari
tempat yang dikhuatiri
mendatangkan bahaya.
(iii) Jangan bertindak sendiri jika di luar kemampuan anda.
(iv) Awasi diri dan mangsa agar tidak terdedah kepada mana-mana kemungkinan
bahaya.
(c) Menilai Semua Kecederaan dan Memberi Pertolongan Cemas
(i) Cuba melindungi mangsa dari sebarang bahaya. Nilai mangsa dengan kaedah
pemulihan pernafasan CPR dan dapatkan bantuan dengan segera
(ii) Pastikan keadaan mangsa yang tercedera sama ada:
Sedar sepenuhnya atau tidak

Masih bernafas tetapi tidak sedarkan diri


Tidak bernafas tetapi mempunyai denyutan nadi
Tidak mempunyai nadi
(d) Meminta Bantuan atau Pertolongan
(i) Segera pastikan pertolongan pakar telah dipanggil dan dalam perjalanan.
(ii) Sementara menunggu bantuan tiba, pastikan anda mendapat pertolongan dari
orang lain untuk memastikan beberapa perkara iaitu:
Memastikan kawasan kemalangan selamat
Membuat panggilan kecemasan
Mendapatkan peralatan pertolongan cemas
Mengawal lalu lintas atau keadaan kemalangan
Mengawal pendarahan atau menyokong tubuh mangsa
Membantu mengalihkan mangsa ke tempat yang difikirkan selamat.

2. Berdasarkan pengalaman dan pembacaan anda, terdapat berbagai isu dan


masalah dalam mencapai objektif Rancangan Kesihatan Sekolah. Bincangkan isu
dan masalah tersebut serta berikan contoh yang berkaitan

(a) Keberkesanan Pendidikan Kesihatan di Sekolah


Perkara ini mungkin disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
(i) Sikap Pelajar, Guru dan Pentadbir Sekolah terhadap Kesihatan
Mata pelajaran PJK bukannya mata pelajaran peperiksaan di sekolah, jadi pihak
murid, guru dan pentadbir sekolah memandang ringan terhadap mata pelajaran ini
berbanding dengan mata pelajaran peperiksaan lain seperti Bahasa Melayu dan
Matematik.
Guru yang tidak ada latar belakang pendidikan jasmani dan kesihatan atau
pengkhususan diarahkan untuk mengajar kesihatan

(ii) Kekurangan Guru Terlatih dalam Kesihatan


Kajian menunjukkan hanya 49.4% guru-guru yang ditemuduga telah mendapat
latihan kesihatan di maktab-maktab perguruan, universiti dan kursus-kursus
pendek.
Keadaan ini juga berlaku kerana mata pelajaran PJK ini bukannya mata pelajaran
yang diberi keutamaan di sekolah.
Mata pelajaran kesihatan biasanya sebagai pelengkap waktu mengajar guru
(iii) Masa dan Kandungan Kurikulum PJK
Kementerian Pendidikan menghadapi kekangan kerana terlalu banyak perkara
penting yang perlu dimasukkan dalam kurikulum sekolah.
Beberapa isu baru seperti alam sekitar, konsumerisme, dadah, AIDS dan isu sosial
lain.
Masa yang diperuntukkan untuk PJK begitu terhad
Bilik persalinan dan alat bantu mengajar tiada, sedikit sebanyak melunturkan
semangat murid murid dan guru untuk mempelajari mata pelajaran tersebut.
(iv) Penilaian Pendidikan Kesihatan
Oleh kerana matlamat Pendidikan Kesihatan ialah berhubung dengan sikap dan
amalan yang positif terhadap kesihatan dan ia memerlukan kemahiran bagi
mengukur perubahan-perubahan ini.
Kebanyakan guru yang tidak mempunyai kemahiran bagi mengukur aspek
perubahan sikap, dan amalan.
(b) Organisasi dan Pelaksanaan Program
Jawatankuasa Bersama RKS yang terdapat di pelbagai peringkat ini berbeza dari
segi prestasi. Ada JK yang aktif dan ada yang sebaliknya.
Keadaan ini disebabkan oleh beberapa faktor seperti faktor kemanusiaan dan
sumber-sumber tempatan yang sedia ada.
Perkembangan program-program kesihatan begitu mendadak untuk menangani
beberapa isu dan masalah kesihatan semasa.
Perkembangan staf di pelbagai peringkat terhad akibat perkembangan programprogram yang terlalu pantas kerana mengikut arus perkembangan kesihatan
semasa.
Kekangan staf untuk menguruskan program-program kesihatan sekolah.

(c) Bebanan Kerja Guru


Bebanan tugas 'paper work' dan kerja-kerja perkeranian terutama dalam
menyediakan rekod-rekod dan maklumbalas kepada pihak-ihak berkenaan serta
tugas-tugas ko kurikulum.
Menjejaskan program kesihatan sekolah kerana guru-guru terpaksa memberi
perhatian kepada perkara-perkara yang telah disebutkan.
(d) Kemudahan Asas dan Kemudahan Fizikal
Kekurangan kemudahan fizikal di sesebuah sekolah.
Terutama bagi sekolah-sekolah lama, masih terdapat banyak kekurangan
kemudahan asas dan fizikal sekolah.
Kadar bilangan tandas dengan bilangan murid, kemudahan fizikal kantin dan
asrama padang permainan dan sebagainya, masih lagi kurang di kebanyakan
sekolah.
Keadaan tersebut menjejaskan tugas-tugas penyelenggaraan dan menjaga
persekitaran sekolah yang bersih, indah dan selamat.
(e) Masalah Penyelarasan Program
Program kesihatan sekolah ini dilaksanakan oleh beberapa Kementerian dan
agensi bukan kerajaan pelbagai masalah seperti penyelarasan kerana setiap agensi
terlibat dengan pelbagai program lain dan masing-masing mempunyai tugas
keutamaan tersendiri.
(f) Kewangan
Peruntukan yang diberikan kepada sekolah untuk tugas-tugas penyelenggaraan
dan menaiktarafkan bangunan begitu terhad sekali.
Menjejaskan usaha-usaha membaik pulih dan peningkatan taraf keadaan fizikal
sekolah.
(g) Isu-isu Baharu Kesihatan
Pada masa kini telah wujud beberapa isu baharu dalam kesihatan sekolah
seperti:
kesihatan sosial remaja
pengurusan tekanan diri (stress management)
penderaan
perlakuan-perlakuan yang berkaitan dengan seksualiti.

You might also like