You are on page 1of 1

Hadis: 3 Golongan Yang Menjadi Ahli Syurga

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: Ahli syurga itu ada tiga
golongan iaitu orang yang memerintah yang bersifat adil dan
dikurniakan taufiq, orang yang berperasaan kasih sayang serta berhati
lembut kepada setiap kaum karabat dan sesama Islam, orang yang
tidak suka meminta-minta dan berusaha mengelak daripada memintaminta sedangkan ia mempunyai keluarga yang ramai.
Riwayat Muslim
Huraian :
Tiga golongan yang menjadi ahli syurga ialah:
1. Pemerintah yang berlaku adil di dalam pemerintahannya.
2. Orang yang mempunyai sifat kasih sayang serta berlemah lembut
khususnya kepada ahli keluarga dan umumnya kepada sesama Islam.
3. Seseorang yang tabah dan cekal menghadapi kesusahan hidup
tanpa mengharapkan pertolongan orang lain.

You might also like