Professional Documents
Culture Documents
FREQUENCY / KEKERAPAN
Kekerapan latihan adalah berdasarkan jumlah latihan dalam
sehari, mingguan dan bulanan.
Kekerapan sesuatu aktiviti ini dijalankan akan memberikan kesan
yang lebih baik. Selain daripada itu, ia juga bergantung kepada
tinggi atau rendahnya tahap intensiti. Sekiranya intensiti tinggi,
kekerapan perlu dikurangkan supaya tidak mencederakan otot.
Kekerapan latihan juga merujuk kepada hubungan yang
dinyatakan di antara masa kerja dan fasa pemulihan dalam
latihan.
Kekurangan kekerapan latihan boleh mengakibatkan kekurangan
dari segi kesan latihan. Kekerapan latihan yang seimbang akan
menghasilkan pencapaian nisbah yang optimal antara sesi latihan
dan sesi pemulihan.
FREQUENCY / KEKERAPAN
Jeda rehat yang dirancang antara latihan bergantung secara
terus terhadap intensiti dan tempoh masa setiap sesi latihan.
Sesi yang melebihi submaksimum memerlukan jeda rehat
yang lebih lama bagi membenarkan pemulihan berlaku.
Latihan yang berintensiti rendah memerlukan jeda rehat
yang singkat. Adalah dicadangkan bagi membentuk daya
tahan, kekerapan optimal hendaklah pada nisbah 2 : 1-1 :1.
Angka pertama merujuk kepada masa latihan dan angka
kedua merujuk kepada masa rehat.
INTENSITY/BEBANAN LATIHAN
Intensiti ialah fungsi kekuatan impuls saraf yang
diperlukan dalam latihan. Kekuatan stimulus
bergantung kepada beban kerja, kelajuan/kepantasan
pergerakan, variasi jeda rehat di antara ulangan.
Elemen yang penting dalam intensiti adalah halangan
psikologikal sewaktu latihan.
Intensiti bukan hanya ditentukan oleh tugas yang
dilakukan oleh otot tetapi juga penglibatan sistem saraf
pusat (SSP) sewaktu latihan.
INTENSITY/BEBANAN LATIHAN .
Latihan intensiti tinggi menghasilkan kesan latihan yang cepat tetapi
adaptasi badan tidak stabil dan pencapaian juga tidak konsisten.
Latihan intensiti tinggi dalam tempoh masa yang lama akan
meningkatkan penggunaan tenaga yang tinggi dan ini akan
meningkatkan tekanan kepada sistem saraf pusat dan psikologi atlet.
Intensiti yang tinggi selalunya digunakan semasa fasa pertandingan
iaitu antara 70-100% daripada jumlah semasa latihan.
Tahap intensiti boleh diukur berdasarkan jenis latihan.
Latihan yang melibatkan kelajuan boleh diukur dalam meter/saat
(m/s) atau kadar/minit melakukan aktiviti. Latihan yang
menghadapi rintangan diukur dengan kg atau kgm.
Sukan berpasukan pula diukur daripada rentak permainan.
INTENSITY/BEBANAN LATIHAN .
Intensiti latihan merupakan tahap kesukaran kerja yang dilakukan
INTENSITY/BEBANAN LATIHAN .
Kadar nadi merupakan indikator bagi latihan kardiovaskular. Formula
INTENSITY/BEBANAN LATIHAN .
Formula menggunakan rumus Karvonen iaitu:
TYPE/JENIS LATIHAN
Jenis Anaerobik
Sejenis aktiviti yang tidak menggunakan bekalan oksigen untuk
menghasilkan tenaga. Sejenis aktiviti yang tidak menggunakan bekalan
oksigen untuk menghasilkan tenaga.
Tenaga diperolehi dari bahan kimia Adinosin Trifosfat (ATP) yang sedia ada
di dalam tisu-tisu untuk melibatkan diri dengan usaha maksimanya dalam
kegiatankegiatan untuk satu jangka masa yang pendek iaitu tidak melebihi
16 saat. Contoh-contoh aktiviti anaerobik ialah berlari 50 meter, 100
meter, lompat jauh, lompat tinggi, melontar peluru, cakera, membaling
lembing, memecut mengejar bas yang baru bertolak dan sebagainya.
Oleh sebab itu, anda akan berasa mencungap-cungap kerana terpaksa
mengembalikan oksigen selepas melakukan aktiviti tersebut.
TYPE/JENIS LATIHAN .
Jenis Aerobik
Merupakan kegiatan yang dilakukan secara konstan, di mana
intensiti pergerakannya cukup rendah untuk membolehkan
sistem kardiovaskular memenuhi permintaan oksigen.
Ia juga merupakan sejenis aktiviti yang memerlukan oksigen
sebagai bekalan untuk menghasilkan tenaga.
Aktiviti aerobik memerlukan masa lebih daripada 2 hingga 3
minit.
Contoh-contoh adalah seperti lari 1500 meter, berjoging,
berjalan kaki, berbasikal, berenang atau tarian aerobik.
ANAEROBIK
ANAEROBIK
AEROBIK
Anaerobik alaktik
[Sistem ATP-PC]
Anaerobik Laktik
[Sistem asid laktik]
Sistem Oksigen
ANAEROBIK
ANAEROBIK
AEROBIK
Anaerobik alaktik
[Sistem ATP-PC]
Anaerobik Laktik
[Sistem asid laktik]
Sistem Oksigen
TIME/MASA
RUMUSAN
Prinsip latihan merupakan asas yang penting bagi