You are on page 1of 3

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

Resepi Kek Coklat (1 kg)


Bahan-bahan:
Tepung Gandum
160 g
Gula Kastor
240 g
Mentega
130 g
Telur Gred A
6 biji
Serbuk Koko
40 g
*Anggaran 1 biji telur adalah 65 g
Sumber:
http://mas-dapurmas.blogspot.my/2012/09/kekspan-coklat-ayat-sendiri.html

*Gambar adalah sekadar hiasan

Rajah 1
Kek boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. Ia sering kali menjadi pencuci mulut
yang digemari dalam pelbagai majlis. Rajah 1 di atas menunjukkan bahan-bahan resepi Kek
Coklat yang menjadi kegemaran ramai.

BAHAGIAN 1
Harga bagi barangan yang dijual berbeza di antara satu kedai dengan kedai yang lain.
Pembeli cenderung untuk membeli barangan di kedai yang menawarkan harga yang
berpatutan.
Anda dikehendaki melaksanakan satu kajian tinjauan terhadap harga bagi lima item yang
berlainan berdasarkan resepi dalam Rajah 1. Kajian tinjauan ini perlu melibatkan tiga buah
kedai yang berlainan.
(a)

Kumpulkan gambar atau keratan akhbar bagi item yang telah anda pilih.

(b)

Catatkan dapatan anda seperti dalam Jadual 1.


Item

1.
2.
3.
4.
5.

Nama Kedai 1

Harga (RM)
Nama Kedai 2

Nama Kedai 3

Tepung gandum (1 kg)


Gula Kastor (1 kg)
Mentega (250 g)
Telur (Gred A) (10 biji)
Serbuk Koko (100 g)
Jadual 1
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Halaman 1

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

(c)

Bina sekurang-kurangnya dua perwakilan data yang sesuai untuk membanding beza
harga yang dipilih. (Penggunaan ICT digalakkan)

(d)

Berdasarkan perwakilan data yang telah anda bina dalam Bahagian 1(c), bincangkan
perbezaan harga. Buat kesimpulan berdasarkan perbincangan tersebut.

BAHAGIAN 2
Badan pengawas sekolah anda ingin melengkapkan kemudahan bilik pengawas yang sedia
ada. Cadangan bagi melengkapkan bilik berkenaan adalah menyediakan satu set komputer
riba dan projektor LCD. Bagi mengumpul dana untuk kemudahan tersebut, satu projek
Jualan Kek Coklat telah dirancang.
(a)

Lengkapkan Jadual 2 berdasarkan pilihan anda bagi pembelian bahan-bahan dalam


Bahagian 1.

Bahan
Tepung gandum
Gula Kastor
Mentega
Telur (Gred A)
Serbuk Koko

Kuantiti yang
digunakan untuk
membuat kek
1 kg
160 g
240 g
130 g
6 biji
40 g

Harga pada
tahun 2011
(RM)

Harga pada
tahun 2016
(RM)

Perubahan Indeks
Harga dari tahun
2011 ke tahun
2016
Menokok 10%
Menokok 5%
Menokok 30%
Menyusut 5%
Menokok 7%

Jadual 2
(b)

Hitungkan indeks gubahan bagi membuat sebiji kek coklat pada tahun 2016
berasaskan tahun 2011. Seterusnya, jelaskan maksud indeks gubahan yang
diperolehi tersebut.

(c)

Pada tahun 2011, kek coklat itu telah dijual pada harga RM 20.00 sebiji. Tentukan
harga jualan yang sesuai bagi kek coklat pada tahun 2016.

(d)

Merujuk kepada harga pasaran semasa bagi satu set komputer riba dan projektor
LCD, tentukan bilangan minimum kek coklat yang perlu dijual bagi menampung
perbelanjaan tersebut.

Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Halaman 2

Kerja Projek Matematik Tambahan 2016

BAHAGIAN 3
Badan pengawas menerima tempahan daripada pihak sekolah bagi sambutan Hari Guru
peringkat sekolah. Kek coklat yang ditempah berbentuk silinder dan berjisim 3 kg, seperti
yang ditunjukkan dalam Rajah 2.

h cm

d cm
Rajah 2
(a)

Sekiranya 1 kg kek coklat mempunyai isipadu 3800 cm3 dan kek yang ditempah
berketinggian 7 cm, hitungkan diameter dalaman bagi acuan kek yang digunakan
untuk memuatkan kek coklat 3 kg yang ditempah.

(b)

Kek coklat tersebut dibakar dalam ketuhar yang berukuran 80.0 cm panjang, 60.0 cm
lebar dan 45.0 cm tinggi.
(i)

Sekiranya isipadu kek dikekalkan seperti yang di atas, teroka dengan


menggunakan pelbagai nilai ketinggian, h cm, dan nilai diameter, d cm yang
sepadan bagi acuan kek tersebut. Catatkan dapatan anda dalam bentuk jadual.

(ii)

Bentukkan satu persamaan bagi mewakili hubungan linear antara h dan d.


Seterusnya, plotkan satu graf yang sesuai.

(iii)

Daripada graf anda, tentukan nilai


1.
d apabila h = 10.5 cm,
2.
h apabila d = 42 cm

PENEROKAAN LANJUTAN
Tentukan dimensi bagi kek berbentuk silinder berjisim 3 kg yang memerlukan jumlah krim
segar yang minimum untuk hiasan kek. Gunakan sekurang-kurangnya dua kaedah
penyelesaian yang berbeza termasuk penggunaan kalkulus.
Nyatakan sama ada kek dengan dimensi tersebut sesuai untuk dibakar dalam ketuhar yang
dinyatakan dalam Bahagian 3(b). Berikan penerangan bagi menyokong jawapan anda.

REFLEKSI
Semasa anda melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai
murni yang telah anda amalkan? Gambarkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara
tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi,
lukisan atau lagu.
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Halaman 3

You might also like