You are on page 1of 4

TAJUK 12 : ISU-ISU DAN TREND DALAM TEKNOLOGI PENDIDIKAN

HAK CIPTA TERPELIHARA


Hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik bahan berhak cipta dan terdapat panduan
yang mengehadkan serta mengiktirafkan hak undang-undang untuk menggunakan bahan yang berhak
cipta. Undang-undang yang melindungi hak cipta di Malaysia ialah Akta Hak Cipta 1987. Di bawah akta
ini, perlindungan diberikan kepada karya sastera, muzik, seni, filem, rakaman bunyi, siaran dan terbitan
dengan pemenuhan tiga syarat, iaitu usaha yang cukup untuk menjadikannya karya asli, karya tersebut
tertulis atau direkod dan penciptanya merupakan orang yang berkelayakan atau karyanya telah dianut di
Malaysia atau karyanya mula-mula diterbitkan di Malaysia.
Tujuan hak cipta ialah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang kepada pemilik untuk mengawal
penggunaan karya, bahan cetak, filem dan klip video bagi satu tempoh yang ditetapkan daripada
pemiliknya untuk apa jua cara pun (KPM,2008). Mengikut Bahagian Buku Teks, Kementerian Pelajaran
Malaysia, karya-karya asal yang layak mendapat hak cipta termasuklah karya sastera, muzik, seni, filem,
rakaman bunyi, seni bina dan siaran. Akta Hak Cipta 1987 memberikan perlindungan kepada pemiliknya
agar tidak dieksploitasi dengan bebas tanpa kebenaran pemiliknya. Dalam konteks ini, pengguna harus
meminta kebenaran daripada tuan punya bahan yang dihakciptakan. Ada kalanya kita harus
mengemukakan bayaran supaya dapat menggunakan bahan berkenaan. Secara umumnya, adalah baik
untuk menghubungi pengedar atau penerbit bahan daripada menghubungi penulis atau pereka jika ingin
meminta kebenaran untuk menggunakan bahan yang telah mempunyai hak cipta terpelihara.
Kebiasaannya, penerbit atau pengedar akan menguruskan hal kebenaran atau yuran penggunaan.
Dalam situasi ini, terdapat juga koleksi bahan media dalam CD-ROM yang digelar sebagai bebas
daripada royalti dan boleh digunakan untuk persembahan. Namun, sebagai pengguna kita harus
menggunakan secara berhati-hati terhadap maksud bebas daripada royalti kerana ia berbeza daripada
satu koleksi dengan yang lain. Ada antaranya tidak ada had penggunaan, manakala ada yang
mengehadkan penggunaan bahan dalam apa jua bentuk produk elektronik.
Dari segi hak cipta terpelihara, para pendidik harus menggunakan bahan-bahan dari Internet dalam cara
yang sama seperti bahan bercetak. Seperti bahan bercetak, kita tidak boleh muat turun dan atau
mengedar bahan secara elektronik kepada pihak lain tanpa memohon kebenaran daripada tuan punya
bahan. Membaca bahan daripada Internet atu laman web adalah seperti membaca daripada buku
bercetak, maka kita tidak boleh memuat turun bahan yang dibaca tanpa memohon kebenaran daripada
tuan punya.

Antara perlakuan yang melanggar hak cipta termasuklah mengeluarkan semula dalam bentuk menayang,
mempamerkan, melakukan, mengedarkan kepada awam, melalui kabel atau menyiarkan keseluruhan
atau sebahagian bentuk asli atau terbitan. Selain itu, adalah salah jika mengimport apa-apa artikel bagi
tujuan perdagangan tanpa lesen pemilik hak cipta (Bahagian Buku Teks, 2007). Dalam kes pendidikan,
terdapat buku teks sekolah yang hak cipta dipegang oleh kerajaan. Buku teks bagi beberapa mata
pelajaran, melalui Kementerian Pelajaran Malaysia memegang hak cipta pada setiap buku tersebut.
Walau bagaimanapun, kawalan dan sebarang tindakan berhubung kawalan dan pengurusan hak cipta
diserahkan kepada penerbit atau kontraktor dengan persetujuan kerajaan.

KESELAMATAN:

Dalam teknologi pendidikan, kebanyakan pembelajaran berlaku dalam makmal komputer dan bilik
teknologi. Oleh sebab makmal dan bilik dilengkapi dengan peralatan elektronik, maka pengguna mesti
mematuhi peraturan-peraturan tertentu untuk memastikan keselamatan peralatan dalam makmal dan
bilik terpelihara.
Setiap bilik peralatan dan makmal mempunyai peraturan menggunakan makmal. Di samping itu,
perkakasan computer perlu dijaga dengan baik dari segi alat paparan video (monitor), kekunci, tetikus
dan unit system dan pencetak. Perkara-perkara yang perlu dijaga termasuklah mengenal pasti tandatanda virus yang mungkin boleh merosakkan fail data atau memusnahkan fail serta cakera.
Dari segi data, keselamatan perlu dijaga dengan menyimpan data dalam cakera keras di samping adanya
salinan dalam cakera liut atau ke dalam storan sekunder yang lain. Tujuannya supaya salinan fail asal
selamat jika fail asal dirosakkan oleh virus.

Keselamatan komputer juga dilihat dari segi persekitaran yang sesuai serta kebersihan sistem computer
secara keseluruhannya. Bilik computer perlu sesuai di mana cahaya harus tidak terlalu cerah dan tidak
terlalu gelap. Skrin computer sebaik-baiknya 15 hingga 30 dengan aras mata dan jarak antara mata
dengan skrin seharusnya antara 40-70 cm.
Dari segi menjaga keselamatan alat paparan video atau monitor, penggunaan harus membersihkan
bahagian skrin dengan cecair pembersih yang tidak menghakis. Cara yang paling baik adalah dengan
mengelap skrin dengan kain basah. Di samping itu, bahagian-bahagian dalam unit system computer perlu
dijaga supaya tahan lebih lama. Sebelum membersihkan bahagian dalam unit computer, pengguna harus
memutuskan hubungan bekalan kuasa elektrik dari soket. Kabel bekalan kuasa dan kabel monitor juga
ditanggalkan. Tudung bingkai (casing) dibuka dan pembersih hampagas digunakan untuk mengeluarkan
habuk. Kemudian, pasang semula tudung system dan semua kabel dipasang semula seperti asal.

KERAHSIAAN
Pembangunan teknologi merupakan agenda utama di negara kita masa ini. Ini bemakna kita harus
mempunyai pengurusan yang efektif dan sistematik untuk memelihara dan membina unsur-unsur
kerahsiaan. Rahsia yang dimaksudkan ada kaitan dengan penjagaan dan pemeliharaan bahan dan alat
atau objek,bahan bertulis seperti peta, terutamanya peta topografi,pelan,model, graf,lukisan, pita
perakam dan alat-alat lain yang mengandungi suara. Ini juga termasuk filem, negatif atau alat-alat yang
mengandungi imej yang boleh dihasilkan, diperbanyakkan atau diulang pengeluarannya. Ini melibatkan
seseorang seperti pemegang amanah,pentadbir atau seseorang yang berkhidmat dalam perkhidmatan
awam bersuhabat dan menyebarkan sesuatu bahan yang sulit kepada pihak lain.

Sebagai contoh, Microsoft mempunyai rahsia tersendiri untuk membangun dan memajukan teknologinya
sehingga dapat meluaskan penggunaan jenamaya di serata dunia. Pemeliharaan nilai-nilai kerahsiaan
bagi mempertingkat dan memperkukuh organisasi menunjukkan betapa pentingnya kerahsiaan dalam
pembangunan teknologi.

Di samping itu, nilai-nilai kerahsiaan harus dipelihara, terutama sekali dalam penggunaan alat komunikasi
seperti komputer di mana maklumat peribadi dari segi status kewangan, insurans, kesihatan dan tempat
tinggal perlu dirahsiakan daripada pihak-pihak tertentu yang mungkin boleh menggunakannya untuk
kepentingan diri atau secara negative. Nilai-nilai kerahsiaan kini amat tergugat kerana kepesatan
pembangunan alat komunikasi dari segi penghantaran data, Imej atau grafik secara e-mel. Maka, setiap
pengguna teknologi maklumat dan komunikasi harus berhati-hati serta bertanggungjawab dalam
mengumpulkan, menganalisis dan mengkaji maklumat serta bahan yang diterima kerana kecuaian
pengguna akan menyebabkan rahsia tersebar ke pihak lain yang mempunyai agenda negatif. Ini akan
menggugat keselamatan dan kesejahteraan individu berkenaan serta masyarakat atau negara amnya.

KAWALAN KENDIRI
Kawalan kendiri merupakan suatu ikhtiar atau kehendak diri terhadap tingkah laku, tindakan dan
proses-proses pemikiran. Kawalan kendiri berpusatkan kepada kebolehan seseorang untuk menekankan
kuasa akal diri terhadap segala rintangan yang menyekat tindakannya. Sejak kecil lagi, kanak-kanak
dilatih untuk mengawal kendiri. Akan tetapi, pengalaman dan pendedahan kepada pelbagai media boleh
mempengaruhi serta mengurangkan kapasiti pelajar untuk mengawal diri dengan berkesan.
Pada zaman perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi, setiap individu harus
mempunyai kawalan diri terhadap tindak-tanduk sendiri. Kita mempunyai tanggungjawab diri untuk
mengurus dan menggunakan teknologi serta apa-apa jua bahan sedia ada dengan baik demi mencapai
keseimbangan dan integrity sebagai ahli dalam keluarga, masyarakat serta warganegara Malaysia.
Segala akses kepada teknologi maklumat dan bahan bercetak, serta media ialah suatu keistimewaan dan
bukan satu hak mutlak. Oleh itu, setiap individu harus mengikut prosedur dan etika penggunaan bahan
dan teknologi.
Teknologi kini memberikan individu pelbagai cabaran, peluang serta keinginan yang menarik.
Data elektronik kini mudah diperoleh pada computer, sama ada dalam bentuk video digital, muzik, teks
imej dan lain-lain lagi. Pengguna harus berhati-hati semasa memuat turun bahan dan disiplin diri amat
diperlukan agar tidak melanggar peraturan atau prosedur undang-undang.
Satu aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seseorang bertanggungjawab dalam mengemas
kini diri dengan undang-undang terkini, polisi dan amalan dalam bidang ini (Willard, 2001). Dalam hal ini,
pengguna harus memahami isu-isu etika dan masyarakat yang berkaitan dengan teknologi. Di samping
itu, amalan dalam penggunaan secara bertanggungjawab dalam system teknologi dan oleh itu, etika dan
nilai mesti dibentuk untuk memandu aplikasi sains dan teknologi dalam masyarakat.

TREND-TREND TEKNOLOGI PENDIDIKAN MASA DEPAN


Penggunaan Media Tradisional secara berterusan
Smaldino et al. (2005) telah menyatakan bahawa ramai guru ingin melupakan media tradisional dan
memberikan fokus kepada teknologi baharu. Namun demikian, pemikiran ini adalah tidak betul. Para
pendidik haruslah terus menggunakan media tradisional kerana antara jenis media ini lebih memberi
manfaat berbanding teknologi baharu yang lain. Yang penting adalah guru harus bijak dalam memilih
pelbagai media yang sedia ada dan yang terbaik untuk merangsang pembelajaran.

Sebagai contoh, kebanyakan bilik darjah masih menggunakan papan kapur atau papan putih. Begitu juga
dengan OHP yang masih berkesan sebagai alat bantu mengajar yang dapat menarik dan mengekalkan
minat pelajar walaupun terdapat teknologi digital dan komputer. Di samping itu, buku teks dan bahan
bercetak merupakan alat pengajaran yang paling popular sehingga kini.
Pembelajaran elektronik
Jenis pembelajaran ini juga dikenali sebagai e-pembelajaran. Perkembangan ini merupakan satu
kemudahan di mana pendidik dapat memberikan bimbingan kepada pelajar secara berleluasa berbanding
pembelajaran kini yang terhad kepada kehadiran peserta di sekolah.
Dengan perkembangan ini, seseorang pendidik dapat menghubungi dan mendidik kumpulan kecil pelajar,
tetapi bilangan yang akan dilatih adalah ramai. Internet dan komputer merupakan punca utama untuk
melaksanakan e-pembelajaran ini kerana komputer adalah alat untuk menghubung ke internet yang
mempunyai pelbagai maklumat kepada pelajar dan guru. Pemerolehan maklumat untuk penyelidikan,
penerbitan dan pembelajaran melalui internet semakin meningkat.
Melalui e-pembelajaran, perkongsian maklumat boleh diperoleh secara berkesan dan dapat menggiatkan
pembudayaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pendidikan. Pelajar masa kini tidak semestinya
memperoleh bahan daripada buku teks, tetapi boleh mengakses laman web berkenaan. Di samping itu,
CD-ROM dengan elemen-elemen animasi, permainan, teks dan grafik yang membolehkan pembelajaran
dilaksanakan secara lebih menyeronokkan. Dengan pelaksanaan e-pembelajaran, ia dapat membantu
guru yang tidak dapat menyampaikan pelajaran kerana sebab-sebab tertentu. Pelajar boleh menerima
pembelajaran daripada modul e-pembelajaran melalui internet atau CD. Ia juga membantu untuk
mengembangkan potensi pelajar dalam melayari maklumat untuk penyelesaian pembelajaran serta
memenuhi perasaan ingin tahu mereka.
Perubahan dalam Peranan Guru.
Peranan guru dalam pembelajaran kian berubah dengan pertambahan dalam penggunaan
teknologi di dalam bilik darjah. Walaupun tempat guru tidak dapat diambil alih oleh teknologi, akan tetapi
peranan guru telah berubah daripada seorang penyampai maklumat kepada seorang penyelaras resos
pembelajaran. Tambahan pula, guru juga akan menjadi fasilitator, pengurus dan penggerak di mana
pelajar dibantu dengan cara mencari dan memproses maklumat daripada pelbagai punca. Pada masa ini,
guru menjadi pembimbing di sisi pelajar bukan lagi sebagai penyampai di atas pentas. Dengan ini,
permintaan untuk guru yang mempunyai kemahiran komputer kian meningkat. Oleh yang demikian, amat
penting untuk guru berkemahiran dalam menggunakan alat-alat elektronik agar dapat memudah cara
pelajar serta dapat mengekalkan minat pelajar dengan pelbagai jenis media pengajaran.
Penggunaan Teknologi untuk Pelajar Berkeperluan Khas.
Pengintegrasian teknologi dalam bilik darjah telah membantu guru menangani kepelbagaian
keperluan pelajar sama ada mereka yang mempunyai masalah pembelajaran atau masalah fizikal selain
mereka yang pintar cerdas. Sekolah boleh dilengkapkan dengan alat-alat teknologi dan kemajuan dalam
perkembangan teknologi agar dapat mengakomodasi pelajar-pelajar berkeperluan khas. Pelajar boleh
mengawal kadar penyampaian selain membesarkan saiz teks supaya dapat dibaca dengan bantuan
komputer

You might also like