You are on page 1of 8

1|UNIT

PEPERIKSAAN

Disediakan Oleh:
Pn. Zainatullah binti Shazwahan
Ketua Bidang Bahasa Melayu Sek Men Swasta Cemerlang Studi

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

2|UNIT

PEPERIKSAAN

KERTAS 1

Bahagian A
1. Baca arahan dengan teliti. Gariskan kata kunci kehendak soalan.
2. Terdapat 2 bentuk kehendak soalan iaitu umum dan terperinci. Bagi soalan kehendak
umum, anda boleh menulis karangan apa sahaja berkaitan dengan bahan grafik
contohnya huraikan tentang kemalangan jalanraya di Malaysia atau huraikan tentang
amalan gotong-royong di negara kita manakala kehendak terperinci, tulislah karangan
mengikut kehendak soalan contohnya huraikan langkah-langkah, huraikan faktorfaktor dan sebagainya.
3. Tulis pendahuluan seperti yang telah dipelajari tetapi memadai jika anda
membincangkan serba sedikit isu/fenomena semasa berkaitan topik.
4. Bagi bahan berpandu yang mempunyai senarai isi, tulislah karangan berdasarkan
senarai isi yang diberikan, isi di luar daripada senarai boleh juga diterima.
5. Buat lima perenggan: pendahuluan, isi (3) dan kesimpulan.
6. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik (peribahasa, kata-kata hikmat,
slogan dan sebagainya) dalam karangan.
7. Jangan tulis terlalu panjang kerana anda perlu menulis satu lagi karangan yang
panjang dalam Bahagian B.
8. Panjang karangan bagi Bahagian A sekitar 250 hingga 300 patah perkataan sudah
memadai.
9. Karangan Bahagian A, 1 muka surat sudah memadai.

Bahagian B
1. Baca semua soalan terlebih dahulu. Pilih soalan yang anda mampu jawab.
2. Buat rangka isi bagi soalan yang telah dipilih.
3. Tiga isi diterima, tetapi sebaik-baiknya lima isi dengan huraian lengkap.
4. Masukkan sekurang-kurangnya satu ungkapan menarik.
5. Bina ayat yang mudah untuk mengelakkan ayat berbelit-belit. Seboleh-bolehnya tidak
perlu ayat majmuk yang terlalu kompleks. Ayat majmuk yang mempunyai 2 predikat
sudah mencukupi.
6. Gunakan formula IMBAKUP (isi, mengapa, bagaimana, kesan, ungkapan menarik
daan penegasan)
7. Pemerengganan amat penting. Lima perenggan bagi karangan 3 isi dan 7 perenggan
bagi karangan 5 isi.
8. satu perenggan mempunyai 60-70 patah kata sudah memadai.
9. Tulis jumlah perkataan di akhir karangan anda.
10. 4 halaman sudah memadai.
Catatan: 1. Karangan pendek menggambarkan isi kurang dan karangan terlalu panjang
menggambarkan huraian meleret-leret dan terjadi isi berulang-ulang.

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

3|UNIT

PEPERIKSAAN

2. Anda dinasihatkan menjawab Bahagian B terlebih dahulu. Sediakan 2 helai (4


halaman) kertas jawapan untuk menjawab Bahagian A.
KERTAS 2

Soalan 1
1. Baca arahan dan gariskan kehendak soalan.
2. Isi tersurat yang terdapat dalam petikan kebiasaannya melebihi 10 isi. Gariskan isi-isi
ini. Ambil 6 atau 7 isi yang benar-benar mantap.
3. Sediakan paling kurang 3 isi tersirat (kalau satu salah, yang lain boleh cover).
4. Buat 4 perenggan tetapi tidak mengapa jika 1 perenggan sekalipun.
5. Jumlah perkataan jangan melebihi 120, tetapi jika lebih 5 atau 10 perkataan tidak
mengapa.
6. Tulis jumlah kata diakhir jawapan.
Soalan 2
Soalan 2 (a)
(i) Berikan maksud perkataan secara perbandingan terus. Bina ayat yang lengkap,
contoh: maksud rangkai kata bercanda di tepi pantai ialah. Jangan huraikan
maksud rangkaikata
(ii) Jawab dengan lengkap dengan mengambil sebahagian soalan. Jawapan
kebiasaannya terdapat dalam petikan.
(iii) Paling mudah kerana jawapan daripada anda sendiri. Jawab dengan lengkap. Ambil
sebahagian daripada soalan.
Soalan 2 (b)
(i) Soalan berdasarkan petikan (jawapan ada dalam petikan)
(ii) Paling mudah kerana jawapan daripada anda sendiri. Jawab dengan lengkap. Ambil
sebahagian daripada soalan.
(iii) Soalan aspek sastera berdasarkan petikan (menguasai aspek sastera)
Soalan 2 (c)
(i) Berikan maksud perkataan secara perbandingan terus. Bina ayat yang lengkap. (beri
maksud ikut konteks ayat)
(ii) Jawapan ada dalam petikan. Jangan salin dari petikan, gunakan ayat sendiri.
(iii) Paling mudah kerana jawapan daripada anda sendiri. Jawab dengan lengkap. Ambil
sebahagian daripada soalan.
Soalan 2 (d)
(i) Soalan berdasarkan petikan (jawapan ada dalam petikan)
(ii) Paling mudah kerana jawapan daripada anda sendiri. Jawab dengan lengkap. Ambil
sebahagian daripada soalan.
(iii) Soalan aspek sastera berdasarkan petikan (menguasai aspek sastera)

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

4|UNIT

PEPERIKSAAN

Catatan:
1. Pastikan semua jawapan anda mempunyai subjek dan predikat (ayat lengkap)
2. Jawab berpandukan peruntukan markah. Kebiasaannya 1 isi untuk satu markah

Soalan 3
Soalan 3 (a)
i. Baca arahan dengan teliti.
ii. Jangan tambah atau ubah imbuhan pada perkataan.
iii. Perkataan yang diberi mesti ada dalam ayat yang dibina.
iv. Bina ayat yang gramatis (subjek + predikat + penerang)
v. Bagi ayat yang sukar dibina jika tidak ditambah imbuhan, gunakan ayat pasif atau
dalam bentuk dialog

Soalan 3 (b)
i. Baca arahan dengan teliti.
ii. Tulis nombor jika perlu
iii. Jangan tinggalkan sebarang maklumat dalam ayat asal.
Soalan 3 (c)
i. Baca arahan dengan teliti.
ii. Cari satu kesalahan imbuhan dan satu kesalahan ejaan dalam setiap ayat. Betulkan
kesalahan tersebut dengan imbuhan dan ejaan yang betul.
iii. Jangan pedulikan perkara selain kesalahan imbuhan dan ejaan.
Soalan 3 (d)
i. Baca arahan dengan teliti.
ii. Cari satu kesalahan kata/istilah dan satu kesalahan bahasa dalam setiap ayat.
Betulkan kesalahan tersebut dengan kata/istilah dan aspek bahasa yang betul.
iii. Kesalahan bahasa meliputi kata sendinama, kata hubung, Hukum DM, kelewehan
bahasa dan sebagainya.
Soalan 3 (e)
i. Baca arahan dengan teliti.
ii. Bina ayat yang menggambarkan maksud peribahasa.
iii. Masukkan peribahasa dalam ayat (jika perlu).
iv. Berikan peribahasa mengikut ungkapan yang betul.
v. Jangan beri lebih peribahasa (serkap jarang).

Soalan 4
Soalan 4(a)
1. Markah 7 (isi 4 + bahasa 3)
2. 1 X (isi + huraian/contoh) =2 markah, oleh itu 2 X (isi + huraian/contoh) = 4 markah.
3. Markah bahasa adalah impression (1 markah bahasa lemah, 2 markah sederhana, 3
set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

5|UNIT

PEPERIKSAAN

markah baik)
4. Tulis dengan ayat yang lengkap dan gramatis, insyaallah markah bahasa 3)
5. Jangan jawab dalam bentuk senarai atau point form.
Soalan 4(b)
1. Markah 8 (isi 6 + bahasa 2)
2. 1 X (isi + huraian/contoh) = 2 markah, oleh itu 3 X (isi + huraian/contoh) = 6 markah.
3. Markah bahasa adalah impression (1 markah bahasa lemah, 2 markah baik)
4. Tulis dengan ayat yang lengkap dan gramatis, insyaallah markah bahasa 2)
5. Jangan jawab dalam bentuk senarai atau point form.

Catatan:
1. Jawapan berdasarkan novel yang dipelajari di tingakatan 4 dan 5 sahaja.
2. Jawab dengan ayat yang lengkap dan garamatis

Peribahasa Maksud Sama


Berikut adalah antara peribahasa yang mempunyai maksud yang sama atau hampir
sama.
carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua
air dicencang tak akan putus
(perbalahan antara adik beradik tidak kekal lama, lama kelamaan akan berbaik-baik jua)
belut pulang ke lumpur
haruan pulang ke lubuk
(perantau yang pulang semula ke tempat asal)
api dalam sekam
gunting dalam lipatan
musuh dalam selimut
(musuh yang ada dalam kalangan sesuatu kumpulan tanpa disedari)
membuka pekung di dada
menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri
(mendedahkan keburukan ahli keluarga akan mengaibkan diri sendiri)
seekor kerbau membawa lumpur habis semua terpalit
kerana nila setitik, rosak susu sebelanga
(disebabkan perbuatan seorang, semua yang lain turut terkena akibatnya)
sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak berguna lagi
habis madu, sepah dibuang
(apabila memperoleh barangan yang lebih baik, barang yang lama tidak diperlukan lagi)
lain padang lain belalang
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

6|UNIT

PEPERIKSAAN

lain dulang lain kakinya


rambut sama hitam, hati lain-lain
(manusia mempunyai sikap yang berbeza antara satu sama lain)
bagai isi dengan kuku
bagai aur dengan tebing
bagai dakwat dengan kertas
(persahabatan yang sangat akrab)
hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicecah
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
bukit sama di daki, lurah sama dituruni
(susah senang dihadapi bersama)
ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi
bagaimana acuan, begitulah kuihnya
bapa borek, anak rintik
(seseorang yang akan mengikut sifat dan tingkahlaku bapanya)
masuk telinga kiri keluar telinga kanan
mencurah air ke daun keladi
mencurah garam ke laut
(pesanan atau nasihat tidak dipedulikan atau tidak member kesan kepada pendengar)
genggam bara api biar sampai jadi arang
alang-alang mandi biar basah
alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
(berbuat sesuatu pekerjaan biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan)
kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak akan sampai ke seberang
(usaha diperlukan untuk mendapat sesuatu yang dihajati)
mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan
burung terbang dipipiskan lada
belum duduk sudah berlunjur
(mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yg tersedia dilepaskan)
telur dihujung tanduk
retak menanti belah
(keadaan yang sangat genting, hanya menunggu masa untuk musnah)
embun dihujung rumput
abu di atas tunggul
(keadaan yang tidak tetap dan tidak kekal lama)
menangguk di air keruh
menahan lukah di pergentingan
(mengambil kesempatan dalam suasana gawat atau atas kesusahan orang lain)
bagai pinang di belah dua
set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

7|UNIT

PEPERIKSAAN

bagai cincin dengan permata


seperti cincin terlekat dijari
tanduk bersendi gading
(padanan yang sesuai)
sarang tebuan jangan dijolok
lembu dogol jangan dibalun
(orang yang diam jangan dikacau kelak buruk padahnya)

Peribahasa Rekaan [TIDAK BOLEH DIGUNAKAN]


Berikut adalah antara 'peribahasa' yang saja jumpa dalam jawapan pelajar.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
11.
12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.

mencabut rebung biar sampai ke rahangnya


biar terang lampu bersuluh
bagai emas dalam tepung
biar kedekut harta jangan kedekut ilmu
merendah diri adalah lebih baik dari meninggi diri
melentur buluh biar ke rembung
satu murid satu kebijaksanaan
yang baik dipakai, yang buruk dibuang
meluntur puluh biarlah dari rebungnya
mengubati lebih baik daripada merawati
merentung buluh biar dari rebungnya
tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia entah di mana
berat sama dijunjung, ringan dijinjing
jika mahu berjaya, contohilah orang yang mahu berjaya
warna kulit bukanlah ukuran
tidak susah untuk susah, tidak senang untuk senang
alang-alang mencelup perkasam, biarlah sampai ke pangkal lengan
bersatu kita teguh, bercerai kita rombong
bersatu kita tegur, bercerai kita rombong
berat kita dipingul, ringan kita dijinjingi
didaki sama dinaiki, turun sama dituruni
di situ ada jalan, ada kejayaan
alang-alang ingin, teruslah bersatu padu
selagi kita inginkan, selagi itu kita dapat
hendah seribi daya, tak hendak seribu dalil
mamah dahulu sebelum telan
seperti katak di dalam tempurung
usaha tanda kejayaan
tak kemana kuahnya kalau tak ke nasi

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

8|UNIT
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.
38.
39.
40.
41.
42.
43.
44.
45.

PEPERIKSAAN
ringan sama dijunjung
di sini bumi dipijak, di situ langit dijunjung
bulat air kerana pembetung, bulat masyarakat kerana muafakat
berat lagi bahu dipikul, ringan lagi bahu dijinjing
yang tidak datang dengan menggolek, yang pipih tidak akan melayang
menentung buluh biar direbungan
yang digendung berciciran, yang dikejar tidak dapat
di mana bumiku pijak, di situ langitku junjung
sakit sama mngaduh, luka sama menyiuk
yang baik dipakai, yang buruk dibuang
hendak seribu daya, jika tidak seribu dalih
mana nak dapat sagunya kalau tak dipecahkan ruyung
ilmu jambatan kejayaan
pemudi tiang bahasa, pemuda jiwa bangsa
berat sama dijinjing, berat sama dipikul
bagai aur bergantung ketebing, bagai tebing bergantung ke aur

set SEKOLAH MENENGAH CEMERLANG STUDI

You might also like