You are on page 1of 2

MESYUARAT GURU KALI KE-5 SEKOLAH KEBANGSAAN SANGLANG

TARIKH
WAKTU
TEMPAT

: 21 MAC
: 1.30
: BILIK MESYUARAT SK SANGLANG

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1.Majlis dimulakan dengan bacaan alfatihah dan bacaan doa oleh Ustaz Affendi
bin Rodzi.
1.2.Pengerusi mengalu-alukan kedatangan guru dalam mesyuarat dan berharap
agar satu kata sepakat dapat dicapai.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LEPAS
2.1.Pengerusi mesyuarat mencadangkan agar minit mesyuarat disahkan dan
disokong oleh Pn Hjh Rozita Normala dan Pn Suria Binti Abdullah.
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1.Tiada perkara berbangkit
4. UCAPAN GURU BESAR
4.1.Guru besar mengingatkan guru-guru supaya tidak melakukan sebarang
mesyuarat agar sesi interaksi tidak terganggu.
4.2.Guru besar mengingatkan guru supaya mengambil positif komen SISC+ dan
memberikan kerjasama kepada pegawai SISC+ untuk mengelakkan
sebarang masalah timbul.
4.3.Teguran kepada guru-guru supaya menghidupkan kembali suasana dalam
bilik guru. Banyak aktiviti boleh dilakukan didalam bilik guru seperti
mesyuarat panitia dan sebagainya.
4.4.Sewaktu perhimpunan, PPM dan guru diharap agar dapat ada bersama-sama
dan tepati masa perhimpunan kerana ia merupakan sebahagian daripada
jadual waktu persekolahan.
4.5.Guru-guru dan kakitangan diingatkan supaya tidak terlalu lama berada di
kantin sekolah bagi mengelakkan persepsi negative pelawat sekolah.
4.6.Guru besar menyentuh tentang peperiksaan dan diresond oleh Ustazah Naini
yang mengingatkan supaya mata pelajaran perlu didaftarkan kecuali
Pendidikan Jasmani,Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan
Dunia Seni Visual.
4.7.Berkenaan dengan program bersama-sama UPSI, guru-guru dimaklumkan
dengan pembahagian tugas seperti yang dilampirkan. Seterusnya di respon
oleh En Sariman yang memaklumkan bahawa bayaran untuk murid
dikenakan RM10 seorang, sijil penyertaan disediakan oleh pihak Universiti,
makan dan minum perserta disediakan di kantin sekolah, mahasiswa yang
terlibat tidak perlu dijadikan anak angkat PIBG dan program keseluruhannya
ditanggung oleh panaja. Peserta akan bermalam di dalam kelas.
4.8.Guru besar mengingatkan perakam peristiwa dapat menyediakan laporan
untuk dihantar kepada PPD Pontian.

4.9.Tawaran sertai PLC bahasa Melayu di SK Seri Anom. Cg Hafiz dan Cg Norimah
diminta hadir.
5. UCAPAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
5.1.Guru dikehendaki menyediakan SKT masing-masing melalui Hrmis 2 dan
tarikh sehingga 30 Mac.
6. LAIN-LAIN HAL
6.1.Pengerusi majlis diminta sediakan teks pengacaraan program penutup
sebagai persediaan jika tidak disediakan oleh pihak university.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.45 petang.


Disediakan oleh:

(MUHAMMAAD SYAFFIQ BIN MOHD NOOR AZMAN)

DISEMAK OLEH:

DISAHKAN OLEH:

You might also like