You are on page 1of 9

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGENALAN
Akhbar dianggap sebagai medium yang bebas untuk menyampaikan fakta, pendapat
atau hujah mengenai sesuatu isu. Akhbar merupakam mekanisme yang berkuasa di dalam
kehidupan masyarakat dan bertindak sebagai agen perubahan social. Sebagai media
perantara, akhbar dianggap dapat menyampaikan maklumat kepada masyarakat.
Topik ini akan mengulas senario kebebasan akhbar yang berlaku di Malaysia. Apa
yang dimaksudkan dengan kebebasan akhbar itu sendiri, bagaimana indeks kebebasan akhbar
di Malaysia berbanding dengan negara lain, Akta-akta yang terlibat dengan kebebasan
akhbar, peranan wartawan yang sebenar, isu-isu kebebasan akhbar, konsep kebebasan akhbar
di Malaysia dan teori-teori kebebasan akhbar.
Masyarakat sering menggunakan media massa dalam kehidupan seharian mereka
seperti surat khabar, televisyen dan radio bagi memperolehi maklumat atau berita mengenai
sesuatu perkara atau peristiwa.
Di Malaysia, media massa telah bermula dengan surat khabar. Akhbar pertama yang
telah diterbitkan di Malaysia ialah akhbar berbahasa Inggeris iaitu Prince of Wales Island
Gazette yang telah diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1807. Manakala, akhbar berbahasa
Melayu yang pertama ialah Jawi Peranakan yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1896.
Pada tahun 1815, akhbar Cina yang pertama iaitu Chinese Monthly Magazine telah
diterbitkan di Melaka (Geoff Wade, 2002:33).

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

AKHBAR
Akhbar ialah apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan
kejadian, pendapat, pemerhatian atau ulasan mengenai sesuatu penerangan, kejadian atau
berita yang boleh menarik minat orang ramai untuk membacanya.
Akhbar merupakan media komunikasi masa yang tertua dan menjadi sebuah alat yang
mengandungi fakta mengenai sesebuah isu, pendapat, iklan, hiburan dan sebagainya. Ianya
mempunyai matlamat untuk mempengaruhi masyarakat dan membantu dari segi
menyampaikan maklumat, mendidik dan menarik perhatian (Grolier Academic Encyclopedia
1983:171).
Akhbar juga merupakan bahan-bahan penerbitan yang dicetak dalam apa-apa Bahasa
untuk dijual atau diedarkan secara harian atau hanya dijual pada waktu-waktu tertentu sahaja.
Contoh akhbar di Malaysia ialah Berita Harian, Metro, Kosmo, Utusan Malaysia, The Star,
The New Straits Times, Malaysian Insider, Malaysia Today, Sinar dan Harakah.
Akhbar memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat penting kepada
masyarakat dan memberi impak kepada proses sosialisasi politik. Sebilangan besar berita
dalam media massa berpunca daripada kerajaan, system dan ideology sesebuah kerajaan
sudah pasti mempengaruhi media massa serta isi kandungan dan penulisannya (Mohd.
Hamdan Hj. Adnan 1995:134).
Peranan akhbar di negara Barat seperti akhbar Amerika dan British ternyata jauh
berbeza dengan system penerbitan akhbar di Malaysia. Akhbar di barat berperanan sebagai
pengawas umum atau public watchdog. Kedudukannya adalah sebagai lawan atau adversary
kepada kerajaan. Kewujudan akhbar di negara Barat adalah untuk mencari kesalahan dan
kelemahan kerajaan serta mendedahkannya (A. Samad Ismail 1991: 5).

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

KEBEBASAN
Kebebasan akhbar adalah kebebasan dalam menyuarakan, menulis dan menyiarkan
sebarang pendapat tanpa sebarang ancaman dan sekatan dari mana-mana pihak terutama
pihak pemerintahan negara dan individu yang dikaitkan dalam berita tersebut.
Isu kebebasan menyatakan pendapat dan pandangan kita mengenai sesuatu perkara
namun kini pengawalan terhadap media seperti akhbar untuk tidak menyiarkannya amat
ketat sekali kerana ingin menjaga kepentingan individu tersebut atau organisasi yang terlibat.

KEBEBASAN AKHBAR
Pengertian kebebasan akhbar ialah setiap wartawan bebas untuk menyuarakan
pendapat, menulis dan menyiarkan mengenai sesuatu hal tetapi mereka haruslah
bertanggungjawab terhadap penyalahgunaannya.
Kebebasan akhbar merupakan medium untuk masyarakat mengetahui maklumat dan
berita yang sebenar terutamanya mengenai pemerintahan kerajaan. Sememangnya, akhbar
memerlukan kebebasan bagi membolehkan maklumat atau mesej dapat disampaikan kepada
masyarakat secara berkesan dan terus. Namun secara realitinya, kebebasan akhbar sukar
untuk diperoleh kerana ia dikawal dengan undang-undang dan akta yang berkaitan dengan
penerbitan dan media.
The press should enjoy complete freedom in reporting news and in making editorial
comments, unless such activities interface with public interests or are explicity forbidden by
law, including the freedom to comment on the wisdom of any restrictive statute. The right of
the press should be defended as a vital right of mankind- (American Society of Newspaper
Editors).
Isu kebebasan menyatakan pendapat dan fikiran seperti isu yang rumit dalam
kehidupan masyarakat contohnya isu rasuah dalam kalangan pegawai kerajaan. Namun di
Amerika Syarikat dalam pertengahan tahun 60-an, akhbar-akhbar di negara itu telah dituduh
tidak berlaku adil dan berat sebelah dalam melaporkan gerakan hak kemanusiaan.
Suruhanjaya Penasihat Kebangsaan menyatakan bahawa Pihak media telah gagal
menyampaikan kepada golongan kaum kulit putih betapa kaum kulit hitam Amerika merasa
sugul dan sulit sekali (Earnest C. Hynds, 1970: 167).
__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Menurut James Reston, 1966: IX, wartawan Amerika selalunya berasa bimbang
terhadap dilemma antara tanggungjawab mereka terhadap kebenaran dan tanggungjawab
mereka terhadap negara sendiri. Namun, mereka selalu menyulitkan para pegawai dengan
melaporkan fakta malah kadangkala mengganggu dasar umum.
Dalam aspek kebebasan akhbar, wartawan memainkan peranan penting untuk menulis
isu-isu yang berdasarkan kebenaran dan fakta tanpa memutar belitkan isu tersebut. Wartawan
harus berani dan telus. Wartawan juga tidak boleh takut dengan tekanan daripada pihak yang
lebih tinggi seperti ketua pemberita atau editor jika laporan yang dibuat adalah berdasarkan
fakta dan kebenaran.
Dunia kewartawanan dan pensuratkhabaran telah dikejutkan oleh tragedy yang
berlaku ke atas Guillermo Cano Isaza, wartawan Colombia yang ditembak mati di hadapan
pejabat akhbar El Espectador, di Bogota, tempat di mana beliau bertugas pada 17 Disember
1986.
Laporan yang ditulis oleh Cano apabila mendedahkan penanaman dan pengedaran
dadah di negaranya telah membangkitkan kemarahan para raja dadah Colombia. Peristiwa
yang berlaku ke atas Cano dan peningkatan aduan dari masyarakat luar mengenai cengkaman
ke atas kebebasan akhbar dan media yang menghormati kebebasan akhbar dan memelihara
kebebasan bersuara sebagaimana yang termaktub dalam Perkara 19 Deklarasi Universal Hak
Asasi Manusia.
Pada 3 Mei 1993, Hari Kebebasan Akhbar Sedunia telah diisytiharkan semasa di
Perhimpunan Agung PBB setelah dicadangkan oleh PBB bagi Pendidikan, Sains dan
Kebudayaan (UNESCO) melalui resolusi yang berkaitan dengan Penggalakan Akhbar Di
Dunia.

WARTAWAN DAN KEBEBASAN AKHBAR DI MALAYSIA


Wartawan ialah orang yang bertugas dalam bidang kewartawanan, sama ada
kewartawanan akhbar , majalah, televisyen atau radio. Manakala, kewartawanan ialah usaha
untuk mengumpul bahan, menulis, menyunting dan menerbitkan bahan-bahan tersebut dalam
akhbar, majalah, televisyen dan radio.

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Wartawan telah disarankan untuk mematuhi rukun moral yang digariskan oleh
Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) semasa menjalankan tugas. Rukun moral
yang digariskan oleh Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM) ialah:
i.
ii.

Menghormati kebenaran dan hak orang ramai untuk mendapatkan laporan yang benar
Mempertahankan dua prinsip penting iaitu kebebasan mencari dan mencetak laporan
secara jujur dan hak mengulas dan menegur secara adil tanpa tekanan daripada mana-

iii.

mana pihak.
Laporan yang dibuat hanya berdasarkan fakta-fakta yang jelas dan sahih daripada

iv.

sumber yang jelas dan sah


Cara yang digunakan untuk mendapatkan berita, gambar dan dokumen hendaklah

v.

secara jujur dan mengikut undang-undang.


Sanggup menyiarkan kembali kenyataan yang benar jika berlaku kesilapan dalam

vi.
vii.

awal laporan.
Memelihara supaya tidak menyiarkan sumber jika diminta berbuat demikian.
Mengelakkan kesalahan besar dengan sengaja yang termasuk melakukan plagiarisme,
fitnah, tohmahan, cacian, tuduhan tanpa asas, rasuah supaya menyiar atau

viii.

menyembunyikan sesuatu dalam laporan.


Tidak tunduk kepada sebarang tekanan, paksaan atau ancaman untuk mempengaruhi
keputusan terhadap laporan yang difikir penting dan patut diketahui umum.

INDEKS KEBEBASAN AKHBAR


Menurut indeks yang direkodkan oleh Reporters Without Borders, Malaysia kini
menduduki tempat ke-122 di dalam Indeks Kebebasan Akhbar 2011/2012. Indeks ini
menunjukkan Malaysia mendahului negara-negara serantau yang lain seperti Singapura yang
menduduki tempat ke-135, Thailand (137), Filipina (140) dan Indonesia (146).
Negara Finlad dan Norway menduduki tempat teratas dalam kajian kebebasan akhbar
yang melibatkan 179 negara, diikuti oleh Estonia dan Belanda di tempat ketiga manakala
Austrila di tempat kelima.
Negara yang menduduki tempat ke bawah ialah Turkmenistan (177), Korea Utara
(178) dan Eritrea (179). Menurut laporan yang dikeluarkan, Pakistan yang menduduki tempat
ke-151 merupakan negara yang paling bahaya bagi wartawan untuk tahun kedua berturutturut.

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Laporan itu turut menyatakan bahawa Amerika Syarikat yang menduduki tempat ke47 telah jatuh 27 tempat daripada tahun sebelumnya berikutan penahanan ramai wartawan
semasa membuat liputan tunjuk perasaan bantahan Occupy Wall Street.
Mengulas Indeks Kebebasan Akhbar tahun ke-10, Reporters Without Borders berkata
Indeks pada tahun ini menyaksikan banyak perubahan kedudukan, perubahan yang
menggambarkan perkembangan yang pesat dan drastic terutamanya di dunia Arab.
Hal ini menyatakan bahawa banyak media terpaksa menanggung risiko tinggi bagi
membuat liputan yang berkaitan dengan aspirasi demokrasi.

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

ISU-ISU KEBEBASAN AKHBAR


Isu-isu kebebasan akhbar di Malaysia tercetus dengan kejadian Mogok 1961.
Peristiwa tersebut telah memulakan satu era baru mengenai kebebasan akhbar dan dianggap
sebagai titik permulaan kepada setiap wartawan di Malaysia memahami kebebasan akhbar

MOGOK 1961
Mogok Utusan Melayu pada tahun 1961 merupakan peristiwa bersejarah dalam dunia
kewartawanan di negara kita. Mogok tersebut melibatkan wartawan dan pekerja syarikat
Utusan Melayu yang bertahan kira-kira 100 hari bermula dari 21 Julai 1961.
Mogok ini bukannya mempersoalkan mengenai gaji atau keadaan kerja wartawan
yang agak teruk namun keseluruhan warga kerja Utusan Melayu termasuk wartawan di
pejabat pengarang dan pegawai yang bekerja di bahagian pentadbiran turut menyertai mogok
ini bagi memperjuangkan dan mempertahankan kebebasan akhbar (freedom of the press) di
negara kita.
Utusan Melayu yang diterbitkan pada tahun 1939 adalah akhbar yang memainkan
peranan bagi membangkitkan semangat kebangsaan Melayu yang progresif dan liberal serta
akhbar yang bebas dari politik kepartian. Namun, mogok telah tercetus pada tahun 1961
apabila United Malays National Organisation (UMNO) pada ketika itu ingin mengambil
kuasa ke atas syarikat Utusan Melayu. Hal ini menyebabkan dasar Utusan Melayu yang
selama ini bebas dari penguasaan parti politik telah ditamatkan kerana campur tangan dari
politik.
Wartawan dan seluruh warga kerja Utusan Melayutelah menolak empat perkara yang
dianjurkan oleh Lembaga Pengarah pada tahun 1959 iaitu:
i.

Memberikan sokongan penuh kepada parti yang memerintah, kerana ia akan

ii.
iii.

menguntungkan dari segi perniagaan.


Menyiarkan berita-berita yang benar tetapi membatasi kepada parti lain.
Menyiarkan lebih banyak berita-berita yang berkaitan dengan menteri-menteri

iv.

perikatan termasuklah kenyataan-kenyataan dasar penting.


Menyokong perikatan apabila perbuatan yang dilakukannya dan mengkritik secara
membina sesuatu keputusan yang telah dilakukan.

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Berdasarkan empat perkara ini menyebabkan wartawan tidak lagi mempunyai


kebebasan dalam menentukan rencana dan berita mana yang patut disiarkan.
Wartawan tidak boleh mengkritik kerajaan pemerintah, tidak boleh memberikan
pandangan alternative terhadap penjelasan tidak munasabah yang diberikan oleh menteri
serta tidak boleh menyetujui pandangan parti-parti pembangkang. Hal ini menyebabkan
Utusan Melayu adalah seperti lidah parti pemerintah.
Bagi memperjuangkan hak kebebasan akhbar, wartawan dan seluruh warga kerja
Utusan Melayu yang diketuai oleh Said Zahari telah membantah perlantikan Ibrahim
Fikri dan menuntut supaya individu yang tidak terlibat dengan politik dilantik menjadi
Pengarah Urusan dan Ketua Pengarah Utusan Melayu.
Sepanjang mogok itu berlangsung, pemogok-pemogok telah mendirikan khemah di
luar bangunan Utusan Melayu di Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Mereka telah
berkawal selama 24jam, makan dan minum dalam khemah yang didirikan. Walaupun
menghadapi halangan daripada pihak majikan dan polis namun mereka telah mendapat
bantuan makanan dan kewangan dari golongan yang menyokong perjuangan untuk
menegakkan kebebasan akhbar termasuklah sokongan dari parti-parti pembangkang.
Perdana Menteri Malaysia yang juga merangkap Menteri Luar Persekutuan Tanah
Melayu, Tunku Abdul Rahman telah mengeluarkan surat perintah yang mengharamkan
Said Zahari menjejak ke bumi Malaya untuk selama-lamanya. Jawatankuasa mogok
akhirnya menamatkan mogok setelah khemah mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa.
Selepas mogok berakhir, Utusan Melayu yang kini lebih dikenali sebagai Utusan
Malaysia telah dikuasai oleh United Malays National Organisation (UMNO) sehingga ke
pada hari ini.

__________________________________________________________________________________
#224377

GMGA 2013 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

AKTA YANG MELIBATKAN KEBEBASAN AKHBAR


Di Malaysia, konsep kebebasan akhbar tidak wujud secara tersendiri di dalam
Perlembagaan Persekutuan. Ia merupakan sebahagian daripada kebebasan bersuara ataupun
kebebasan bercakap. Kebebasan bersuara bermaksud kebebasan mengeluarkan fikiran dan ia
diperuntukkan di bawah Perkara 10 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan.
Malaysia sebuah negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen. Oleh itu
kebebasan bersuara yang turut merangkumi kebebasan akhbar yang merupakan konsep yang
amat penting. Akhbar dan media lain merupakan wadah untuk menyampaikan fikiran dan
pandangan yang merupakan sebahagian daripada konsep kebebasan bersuara ini.
Kebebasan akhbar turut dibatasi oleh undang-undang. Antara undang-undang yang
dikaitkan dengan kebebasan akhbar ialah:

AKTA MESIN CETAK DAN PENERBITAN 1984


Akta ini diwujudkan untuk mengawal bahan-bahan yang dicetak seperti akhbar,
majalah, buku termasuklah risalah. Akta ini juga mengawal selia penggunaan mesin cetak dan
pencetakan, pengimportan, penghasilan, penghasilan semula, penerbitan dan pengedaran hasil
penerbitan dan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

AKTA HASUTAN 1948


Akta ni memperuntukkan pelbagai kesalahan yang mempunyai kecenderungan
menghasut sama ada melalui kata-kata, ucapan, perbuatan atau apa-apa penerbitan
sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 3(1) (a) hingga Seksyen 3(1) (f), Akta
Hasutan 1948.
Kecenderungan menghasut meliputi pelbagai keadaan termasuk membangkitkan
perasaan benci terhadap mana-mana raja atau kerajaan, pentadbiran, menimbulkan perasaan
tidak puas hati dalam kalangan rakyat, membangkitkan permusuhan antara kaum dan
menyoal kedudukan, keistimewaan
__________________________________________________________________________________
#224377

You might also like