You are on page 1of 9

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN

PROJEK INOVASI
( PEMBUATAN ATAU PERKHIDMATAN )
KELAB/PERSATUAN SEKOLAH

1.0

TUJUAN

Garis panduan ini bertujuan untuk membantu pihak pengurusan sekolah berhubung
pelaksanaan kegiatan kelab persatuan sekolah melalui penghasilan projek
berinovasi sebagai kegiatan mingguan secara terancang dan teratur dari aspek
pelaksanaannya.
2.0

DEFINISI INOVASI

Inovasi adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif dan inovasi dalam mana-mana
aspek kerja yang dilaksanakan dalam aktiviti kelab/persatuan di sekolah dengan
tujuan untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti kelab/persatuan, Pelaksanaan
idea-idea ini dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem
penyampaian, perkhidmatan serta memberi faedah kepada warga sekolah dan
komuniti setempat. Idea-idea ini, boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam
bentuk sistem, prosedur, kaedah dan cara bekerja mahu pun pengenalan teknologi
yang terkini.
3.0

PENGENALAN

Bidang kokurikulum yang merangkumi kegiatan pasukan badan beruniform; kelab


dan persatuan dan; 1Murid 1Sukan adalah sebahagian ilmu yang wajib dipelajari
oleh semua murid dalam sistem pendidikan negara (Akta Pendidikan 1996). Selain
berperanan sebagai penyumbang dan pelengkap kepada pengajaran dalam bilik
darjah, bidang ilmu yang dijalankan di luar bilik darjah juga berperanan dalam
membentuk perwatakan dan jati diri individu serta memupuk semangat patriotisme
dan perpaduan.
Budaya kreatif dan inovatif dalam kalangan murid lebih sesuai didedahkan melalui
kegiatan kokurikulum kerana kegiatan ini berlaku di luar bilik darjah dan boleh
dilaksanakan di dalam dan di luar waktu sekolah. Pendedahan awal dan
kepelbagaian aktiviti secara kumpulan yang ada terutama dalam kegiatan kelab dan
persatuan sekolah akan memberi peluang kepada murid untuk meneroka, mencuba
atau mencuba jaya sesuatu tugasan/projek yang dipertanggungjawabkan, apatah
lagi jika kerja yang dilakukan itu memenuhi citarasa dan minat serta kebolehan diri
yang ada pada mereka. Ini terbukti dengan kejayaan murid-murid dalam pembuatan
projek seperti Program Robotik dan F1 In School maka amatlah wajar pembelajaran
di peringkat sekolah yang mengarah kepada inovasi diperluaskan.
Maklum balas Bahagian Naziran KPM (2010) yang mengkaji tentang pelaksanaan
kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah mendapati bahawa kegiatan kokurikulum
yang berunsurkan kelab dan persatuan kurang digemari oleh murid. Di antara faktor
penyebabnya ialah ketiadaan kurikulum yang lengkap, guru kurang berinisiatif dan
aktiviti yang tidak menarik dan mencabar. Dapatan ini disokong oleh hasil tinjauan
yang dibuat oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM (2011) ke sekolahsekolah di seluruh negara yang melihat kegiatan kelab dan persatuan tidak popular
sebagaimana kegiatan badan beruniform dan sukan/permainan. Isu ini memerlukan
2

penelitian yang menyeluruh terhadap pelaksanaan kegiatan kelab dan persatuan di


sekolah agar suatu arah tuju yang baru selaras dengan keperluan negara di masa
akan datang dapat dihasilkan.
4.0

KONSEP

Projek inovasi kelab/persatuan merupakan sesuatu penghasilan projek berinovasi


dalam kelab/persatuan sebagai kegiatan mingguan di sekolah-sekolah. Pelaksanaan
sepenuhnya oleh murid secara maksimum dengan mendapat bantuan dari aspek
pengurusan dan kewangan dari pihak sekolah secara minimum.
5.0

MATLAMAT

Melahirkan modal insan yang berinovatif dan kreatif melalui penghasilan projek
secara menyeluruh bagi setiap murid dalam kegiatan kelab/persatuan di sekolahsekolah sepanjang tahun.

6.0

OBJEKTIF
6.1 Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang
yang diperolehi semasa P&P.
6.2 Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan
dikalangan murid.
6.3 Mengenalpasti ruang bagi penambahbaikan ke atas aktiviti kelab dan
persatuan.
6.4 Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,
masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
6.5 Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi muridmurid dan warga sekolah.
6.6 Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi
pendidikan yang dapat memenuhi aspek aspirasi sistem dan murid bagi
membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang
berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
6.7 Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari
aspek intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.
6.8

Memberikan ruang dan peluang kepada murid-murid untuk


memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan
projek inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis
panduan yang disediakan.

7.0

TAFSIRAN

Dalam melaksanakan Projek Inovasi Kelab/Persatuan, melainkan jika konteksnya


menghendaki makna yang lain:
kegiatan kokurikulum ertinya apa-apa kegiatan yang dirancang lanjutan
daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan
murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah.
murid ertinya seseorang tanpa mengira umurnya, yang kepadanya pendidikan
atau latihan sedang diberikan di sesuatu institusi pendidikan;
murid berkeperluan khas ertinya mana-mana murid yang mempunyai masalah
pembelajaran, masalah pendengaran dan masalah penglihatan;
kelab/persatuan ertinya Sesuatu kumpulan yang berstruktur, berperlembagaan,
berperaturan dan berkepimpinan yang dianggotai oleh murid-murid sekolah yang
mempunyai minat, kegemaran, hasrat dan kecenderungan yang sama serta
bertujuan untuk saling bekerjasama, bantu membantu dan berkongsi sumber dalam
melaksanakan aktiviti dan mencapai cita-cita serta matlamat yang telah ditetapkan
dan dipersetujui bersama bagi memperkembangkan minat, kegemaran, hasrat
persatuan atau pihak sekolah dengan mengikut kecenderungan kebitraan sekolah
masing-masing.
guru penasihat ertinya mana-mana guru yang dilantik atau mana-mana guru
yang di arahkan oleh pihak sekolah untuk mengurus dan mengendalikan projek
inovasi sekolah pada tahun semasa.

8.0

TATACARA PELAKSANAAN

Perlu menyediakan kertas cadangan projek terlebih dahulu sebelum sesuatu projek
dilaksanakan.
8.1 Kandungan kertas cadangan projek adalah seperti berikut;

Tajuk projek
Pengenalan
Rasional projek
Pernyataan masalah projek atau persoalan kajian
Objektif projek
Skop dan limitasi projek
Kepentingan dan impak projek
Anggaran kos projek
4

8.2

Maklumat tambahan

8.3

Tinjauan / Kajian literature


Kaedah penyelidikan atau metodologi projek
Pelan perancangan projek
Kesimpulan

Hasil projek adalah hak milik sekolah itu sendiri dan pihak sekolah boleh
menimbangkan permohonan untuk berkongsi hak milik dengan murid
dan atau penaja luar.
Murid digalakkan untuk menyertai pertandingan dan pembentangan
hasil inovasi di seminar dan kolokium di semua peringkat.
Sekolah digalakkan mengemukakan permohonan bagi mendaftar harta
intelek projek murid.
Murid digalakkan memasarkan produk akhir yang mempunyai nilai
komersial dengan kerjasama kelab koperasi, kelab keusahawanan,
kolaborasi, jualan terus dan organisasi atau agensi.

Mempunyai titik mula dan titik tamat yang jelas ( dalam tempoh masa
tertentu)

8.4

Mempunyai objektif tertentu untuk dicapai

8.5

Mempunyai satu siri aktiviti kerja

8.6

Melibatkan penggunaan sumber-sumber masukkan seperti tenaga, modal,


bahan dan peralatan.

8.7

Hanya dibenarkan apabila dipersetujui oleh guru pembimbing dengan


kelulusan Ketua Jabatan masing-masing.

8.8

Murid perlu mendapatkan surat kebenaran menjalankan aktiviti luar daripada


pihak sekolah dan ibu bapa. Semua aktiviti yang dijalankan di luar kawasan
sekolah mestilah diiringi oleh guru pengiring.

8.9

Pelaksanaan projek perlu dilaksanakan dalam tempoh masa sekurangkurangnya dua belas (12) kali perjumpaan sepanjang tahun.

9.0

PERANAN MURID

Berusaha mencapai kualiti dan hasil pembelajaran mengikut standard


yang ditetapkan.
5

10.0

Bertemu dengan guru pembimbing atau menghadiri sesi pembelajaran


mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Membuat kajian awal dalam menentukan pemilihan tajuk, keaslian idea,


hala tuju projek yang mempunyai nilai komersial.

Projek yang dihasilkan mestilah memperlihatkan pengetahuan dan


kemahiran analitikal yang diperolehi sepanjang pengajian dan
menunjukkan kebolehan dalam menyepadukan semua.

Melengkapkan borang-borang kemajuan murid dan dokumen-dokumen


lain sekiranya perlu.

Menyerahkan buku log potfolio projek kepada guru penasihat untuk


semakan dan pengesahan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

Menyediakan laporan akhir projek berserta produk untuk proses penilaian.

PERANAN GURU PENASIHAT

Memastikan pelajar memilih projek yang selaras dengan objektif


Projek Inovasi.

Melantik dan memandu jawatankuasa menjalankan tugas.

Menguruskan permohonan kelulusan kewangan melaksanakan


projek, kebenaran waris , kebenaran penglibatan pihak luar
daripada pengurusan sekolah dan stakeholder.

Merancang dan memastikan strategi dan jadual operasi projek


dengan kerjasama pelajar.

Memastikan jawatankuasa menguruskan


benda/peralatan diurus dengan baik.

Menentukan pelajar melaksanakan projek dengan berkesan.

Memastikan jawatankuasa menyediakan minit mesyuarat dan


mendokumentasikan laporan projek.
Mengiringi ahli dalam lawatan atau projek yang dijalankan di luar
kawasan sekolah .

Bertanggungjawab menyemak dan


kehadiran ahli dan laporan kewangan.

kewangan

mengesahkan

dan

harta

laporan

11.0

12.0

Memastikan aspek bimbingan , pengawasan disiplin dan keselamatan


kepada ahli-ahli dititikberatkan.

Penghargaan kepada pelajar dalam bentuk hadiah dan sijil.

Merakamkan penghargaan kepada pihak luar yang menyumbangkan


bantuan khidmat terhadap pelaksanaan projek.

PERANAN PENGETUA

Membincangkan pelaksanaan projek inovasi dalam mesyuarat


Jawatankuasa Induk Kokurikulum dan jawatankuasa lain seperti JK
Pemantauan dan Penilaian Kokurikulum.

Mempertimbang dan meluluskan permohonan melaksanakan projek.

Melantik jawatankuasa pelaksana di peringkat kelab dan persatuan.

Memantau pelaksanaan projek dan peruntukan kewangan.

Menyemak dan mengesahkan penilaian penghasilan projek inovasi.

Menyelaras bantuan khidmat agensi luar, pihak swasta , dan komuniti


setempat.

PENILAIAN PROJEK INOVASI

Penilaian projek inovasi murid dilakukan secara berterusan bagi menilai pencapaian
dan kebolehan murid dalam menyiapkan sesuatu projek. Ini akhirnya akan
memberikan markah akhir penglibatan murid dalam kokurikulum.
Bentuk Penilaian adalah berdasarkan kepada aspek-aspek seperti berikut:

Kertas Cadangan
Kertas cadangan untuk mengadakan atau menjalankan sesuatu projek.

Buku Log
Buku log digunakan untuk merekod kemajuan projek dan pencapaian
murid seperti catatan aktiviti, isu, cabaran dan penyelesaian yang telah
dilaksanakan. Buku log disemak, dinilai dan disahkan oleh guru
pembimbing.

Laporan Projek

Satu kenyataan formal hasil daripada sesuatu penyelidikan atau


maklumat lengkap tentang sesuatu hal yang disampaikan oleh ahli
projek.

Pembentangan
Murid dikehendaki membentangkan hasil projek dalam sesi
pembentangan yang telah ditetapkan. Sesi pembentangan ini memberi
peluang kepada murid untuk berhujah mempertahankan hasil projek serta
bertukar pendapat secara ilmiah.

Hasil Projek

Potfolio
Pengumpulan sistematik hasil kerja murid yang mempamerkan
keupayaan perkembangan dan pencapaian dalam projek yang
dijalankan.

Manual Pengguna
Dokumen komunikasi teknikal yang bertujuan untuk memberi bantuan
kepada pengguna menggunakan sistem tertentu. Kebanyakkan
manual pengguna mengandungi kedua-dua panduan bertulis dan imejimej berkaitan.

Perisian
Arahan-arahan lengkap dalam bentuk carta alir dan prosedur yang
mengawal, mengurus dan menyokong sistem komputer serta aktivitiaktiviti pemprosesan maklumat.

Bahan Fizikal

Perkhidmatan

PENUTUP
Semua pihak dikehendaki mematuhi tatacara dan prosedur inovasi kelab dan
persatuan. Semua pihak dimestikan mengikuti sebarang peraturan yang terkandung
dalam Surat Pekeliling Iktisas yang sedang berkuatkuasa terutamanya yang
berkaitan dengan aspek keselamatan dan kewangan. Sekiranya terdapat sebarang
pertanyaan berhubung pelaksanaan inovasi kelab dan persatuan bolehlah
menghubungi Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran
Malaysia.

PROSES PELAKSANAAN PROJEK


8

Mula

Taklimat Projek

Pemilihan Tajuk Projek dan


Penyediaan Kertas Cadangan

Guru Pembimbing Projek

Murid

Ketua Kumpulan

Pembetulan
TIDAK

Diterim
a?
YA

Guru Pembimbing

Aktiviti Projek

Penyerahan hasil projek


dan draf laporan

Penambahbaikan
TIDAK

Diterim
a?

YA
Membentang projek

Murid

Menghantar laporan

Murid

Menyemak laporan dan


menilai hasil projek

Panel/Guru Pembimbing

Tamat
9

You might also like