You are on page 1of 13

SENARAI KANDUNGAN

BIL. PERKARA HALAMAN

1. Penghargaan
2. Pendahuluan
3. Objektif Kajian

4. Kawasan Kajian
4.1 Peta Kajian
4.2 Peta Kawasan Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Dapatan Kajian
7. Rumusan

8. Lampiran
9. Rujukan
PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan jutaan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Islam

Hidayah , Pn Hajah Kamaliah Bt. Noordin kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk

menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu Pn.Shamtidar Bt. Boahari

yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan

kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi

memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya..

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Sinaran Baru yang telah

sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan. Hanya Allah sahaja yang

dapat jasa dan budi baik kalian semua.


PENDAHULUAN

Saya memilih tajuk Amalan Kitar Semula di Kampung Sinaran Baru, Skudai sebagai tajuk kajian

sebagai syarat wajib bagi mata pelajaran Geografi PMR 2010. Tajuk ini dipilih kerana saya prihatin terhadap

pemuliharaan alam sekitar.

Saya memilih kawasan di Kampung Sinaran Baru kerana kawasan ini merupakan lokasi kitar semula

paling hampir dengan sekolah saya. Ini dapat menjimatkan kos dari segi masa, tenaga dan wang ringgit. Saya

juga memilih kawasan ini kerana kawasan ini sedang pesat berkembang.

Untuk melaksanakan kajian ini, kami telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Kami

menjalankan kajian semasa waktu persekolahan setelah mendapat keizinan Pengetua.

Kami diperuntukkan masa selama 10 minggu untuk menjalankan kajian. Saya menulis laporan secara

individu berdasarkan maklumat dan data yang dikumpul di lapangan secara berkumpulan.
OBJEKTIF KAJIAN

Tujuan kerja kursus ini dijalankan adalah untuk :

1) Mengenal pasti konsep kitar semula di Kampung Sinaran Baru.

2) Mengenal pasti jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula di Kampung Sinaran Baru.

3) Mengenal pasti kepentingan amalan kitar semula di Kampung Sinaran Baru.

4) Mengenal pasti masalah amalan kitar semula di Kampung Sinaran Baru.

5) Mengenal pasti langkah-langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan kitar

semula.

6) Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam hasil kajian.


PETA MINDA : Konsep Kitar Semula

REDUCE

RECYCLE REUSE

KONSEP
5R

RETHINK REPAIR

Sumber : http : //1.bp.blogspot.com


KAWASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Kampung Sinaran Baru. Kampung ini asalnya adalah kawasan hutan yang

diteroka setelah dikurniakan Sultan dan dijadikan kawasan pertanian dan petempatan. Jarak antara kampung

ini dengan Johor Bahru kira-kira 25 km. Tempoh perjalanan dari kampung ini ini ke Johor Bahru mengambil

masa kira-kira 30 minit. Sekiranya kita menaiki teksi dari kampung ini ke Johor Bahru, kosnya berjumlah

RM 10.00.

Muka bumi di Kampung Sinaran adalah bertanah beralun-alun dan bertanih laterit. Terdapat banyak

kelapa sawit dan getah di kawasan kampung ini. Selain itu, terdapat sebatang sungai yang mengairi kampung

ini iaitu Sungai Tebrau.

Kampung ini juga mempunyai banyak kemudahan asas. Antaranya ialah jalan raya, sumber air serta

elektrik. Di samping itu, terdapat juga kemudahan awam seperti sekolah, surau, balai raya, dan juga premis-

premis perniagaan.

Akhir sekali, saya berbangga dapat bersekolah di kawasan kampung yang sedang pesat membangun

di samping memupuk semangat toleransi di dalam diri saya.


KAEDAH KAJIAN

Untuk menjalankan kajian ini kami telah menggunakan kaedah-kaedah kajian berikut :

1) Pemerhatian

Kami telah menjalankan kaedah pemerhatian iaitu dengan mengadakan lawatan di Kampung Sinaran

Baru. Kami telah memerhatikan amalan kitar semula di tempat tersebut. Maklumat berkaitan

pemerhatian diisi di dalam borang pemerhatian seperti pada lampiran.

2) Temubual

Seterusnya kami juga melakukan temubual untuk mengumpulkan maklumat bagi menyiapkan kajian

ini. Kami telah menemubual 3 orang. Maklumat tentang temubual ini diisi di dalam borang temubual

(lihat lampiran).

3) Rujukan

Untuk menyiapkan kajian ini kami telah melakukan kaedah rujukan di perpustakaan dan di internet.

Antara laman web yang kami lawati untuk rujukan ialah :

a) http://www.reginaecoliving.ca/index.php?option=com_content&view=article&id=38:rethink-

repair-reduce-reuse-recycle&catid=19:everyday-tips-for-sustainable-living&Itemid=29

b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula

c) http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec

Terkini&pg=bt_14.htm
DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula barang-barang terpakai dan terbuang

untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai diperkenalkan

dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber, memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan

pencemaran, dan mengurangkan pembaziran.

Antara bahan yang boleh dikitar semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah.

Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui proses pembersihan. Di samping itu, kitar

semula juga dapat membantu kita untuk memastikan persekitaran sentias a bersih dan sihat.

Akhir sekali, kitar semula juga membantu mengekalkan biodiversiti. Hal ini dapat dilihat apabila

penggunaan pokok dalam industri pembuatan dapat dikurangkan apabila kitar semula dipratikkan

masyarakat. Impaknya, spesis pokok tersebut tidak terjejas walaupun kerap ditebang.
8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh penduduk di Kampung Sinaran Baru ialah kertas, plastik

dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh penduduk kampung ini ialah menjual bahan-bahan kitar semula

ini di pusat kitar semula yang berhampiran kampung ini. Kebanyakan daripada penduduk kampung akan

membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan kitar semula.

Terdapat juga penduduk kampung  yang menggunakan semula bahan kitar semula ini untuk menjimatkan

perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat keceriaan di dalam rumah, menggunakan kedua-dua

helaian kertas dan membuat perhiasan rumah seperti bunga kertas dan pasu kaca yang telah dibersihkan.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat penduduk yang cuba untuk

mengurangkan penggunaan bahan seperti plastik dan kertas. Sebagai contoh terdapat penduduk yang tidak

menggunakan plastik, polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga dijimatkan supaya

tidak membazir begitu sahaja. Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula dan

seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.


Kepentingan Kitar Semula.

1) Mengatasi masalah pencemaran

Progam kitar semula dapat mengatasi masalah pencemaran alam dan suasana yang tidak selesa serta

bau busuk. Sampah-sarap yang dibuang di merata-rata tempat bukan sahaja mencemarkan alam

sekitar, tetapi menyakitkan mata memandang dan menimbulkan suasana yang tidak selesa.

Sebaliknya, sampah yang dilupuskan di pusat pelupusan sampah juga menimbulkan masalah yang

sama dan sekiranya sampah di tempat pelupusan sampah itu dibakar, maka pencemaran udara

berlaku.

2) Mengatasi masalah kekurangan tapak pelupusan sampah

Di samping itu, kitar semula juga dapat mengatasi masalah tapak pelupusan sampah yang semakin

meruncing di bandar-bandar besar. Kini, akibat pembangunan yang begitu pesat, maka bandar-bandar

besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Ipoh, dan Pulau Pinang sudah tidak mempunyai kawasan

lapang untuk dijadikan tapak pelupusan sampah.

3) Menjimatkan penggunaan sumber dan kos kerajaan

Kitar semula juga dapat menjimatkan penggunaan sumber dan menjimatkan kos kerajaan. Biasanya,

sampah yang dibuang ke merata-rata tempat atau yang dilupuskan dapat digunakan semula sekiranya

bahan-bahan itu dikitar semula, terutamanya kertas, kaca, tembaga, aluminium, kayu, sisa-sisa

makanan, dan lain-lain. Mengikut kajian, didapati bahawa 30 peratus daripada bahan buangan di

negara ini dapat digunakan semula dan hal ini menjimatkan perbelanjaan untuk mengimport barang-

barang tersebut.
Jadual 1 :

Masalah Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Islam Hidayah

Masalah Peratus
1) Kurang tong sampah kitar semula 25
2) Sikap malas mengitar semula 25
3) Tiada pusat pengumpulan bahan kitar semula 17
4) Harga ditawarkan oleh pemborong murah 8
5) Kurang kesedaran / tidak tahu 25
Sumber : Borang Soal Selidik

Carta Pai : Masalah Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Islam Hidayah
Kurang tong
sampah kitar
semula

Sikap malas
mengitar
semula
25 25
Tiada pusat
pengumpulan
8 bahan kitar
25 semula
17
Harga
ditawarkan oleh
pemborong
murah
Kurang
kesedaran /
tidak tahu

Masalah Amalan Kitar Semula di Sekolah Menengah Islam Hidayah

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah yang telah dikenal pasti.
Antaranya ialah kurang tong sampah kitar semula di sekolah. Kekurangan tong sampah menyebabkan para

pelajar tidak dapat melaksanakan amalan kitar semula. Hal ini menyebabkan berlakunya pembaziran bahan-

bahan yang boleh diktar semula.

Seterusnya, sikap malas mengitar semula. Ramai pelajar malas untuk mengumpulkan bahan-bahan yang

boleh dikitar semula. Mereka membuang bahan-bahan tersebut ke dalam tong sampah biasa. Keadaan ini

menyebabkan program kitar semula tidak berjaya.

Di samping itu, di Sekolah Menengah Islam Hidayah juga tiada pusat pengumpulan bahan kitar semula.

Pusat pengumpulan bahan kitar semula agak jauh dan menyukarkan para pelajar untuk menghantar bahan

tersebut untuk dikitar semula.

Selain itu, harga bahan kitar semula juga terlalu murah. Situasi ini menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahu

mengumpulkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula.

Masalah lain adalah kurangnya kesedaran tentang amalan kitar semula dalam kalangan pelajar. Terdapat juga

pelajar yang mengatakan bahawa mereka tidak tahu adanya amalan kitar semula. Oleh itu, mereka tidak

mengendahkan kepentingan amalan kitar semula.

Kesimpulannya, masalah-masalah yang disebut di atas menjadi kekangan dalam menjalankan amalan kitar

semula di Sekolah Menengah Islam Hidayah.

You might also like