You are on page 1of 14

DAPATAN KAJIAN

i. Konsep Kitar Semula

Kitar semula merupakan kaedah yang asas untuk meningkatkan


kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan mengekalkan keindahan alam
sekitar. Kebanyakan kawasan dan pusat bandar di Malaysia mempunyai cara
yang berbeza dalam menangani isu kitar semula. Kumpulkan jiran-jiran anda
dan jadikanlah usaha kitar semula sebagai bukan aktiviti orang dewasa sahaja
tetapi kanak-kanak juga. Malahan tanggung jawab kanak-kanak dalam hal ini
harus dijadikan fokus utama.

Pusat mengumpul bahan-bahan yang boleh dikitar semula harus


diwujudkan. Pusat sebegini harus memberi ganjaran kepada kanak-kanak.
Contohnya, kupon diskaun membeli buku boleh diberi kepada mereka yang
menyumbangkan bahan untuk dikitar semula. Pusat-pusat ini juga boleh
memberi perkhidmatan tambahan yang membuka peluang kepada kanak-
kanak untuk mengunjungi pusat-pusat ini. Ini supaya mereka boleh memahami
dan melihatkan sendiri proses kitar semula yang membolehkan bahan yang
disumbangkan digunakan semula. Dengan itu, mereka akan mengenali dan
lebih menghargai sumbangan.

 
Kempen mengumpul dan kitar semula surat khabar mendapat sambutan
yang menggalakkan dari pelajar-pelajar sekolah dan pihak sekolah. Kini sudah
tiba masanya untuk mengalihkan semangat dan kreativiti kanak-kanak dalam
menambahkan usaha dan niat mereka daripada sudut kualiti dan bukannya
kuantiti.
 
Pelajar-pelajar dari sekolah anda boleh membuat penyelidikan tentang
proses kitar semula. Kemudian, izinkan mereka untuk mengutarakan dan
membincangkan idea-idea berkenaan isu kitar semula. Benarkan mereka
mengatur strategi bagi mempromosikan kempen mereka. Sementara itu, pihak
sekolah harus menyediakan ganjaran kepada mereka yang berjaya
membuahkan idea kitar semula yang paling berkesan. Anda juga boleh
menganjurkan pertandingan yang memberi hadiah kepada mereka yang
berjaya  menghasilkan program yang menpraktiskan kaedah guna semula
bahan-bahan secara berkesan. Pertandingan hendaklah meliputi cadangan
kaedah pengurangan penggunaan bahan-bahan yang memberi kesan yang
musibah kepada alam sekitar.
 
Sebagai langkah menyedarkan masyarakat, galakan harus diberikan
kepada kanak-kanak supaya mereka dapat mencadangkan strategi ekonomi
dan politik untuk mengekalkan alam sekitar. Satu ‘persidangan parlimen’ yang
dianggotai oleh kanak-kanak boleh diadakan bagi membolehkan pelajar-
pelajar membentangkan cadangan mereka. Orang dewasa dari komuniti boleh
menjadi pihak pembangkang dan mendengar cadangan yang diutarakan.
Persidangan sebegini harus ditonton oleh masyarakat umum supaya mereka
juga dapat mempelajari kesilapan mereka dalam fenomena menjejaskan kualiti
alam sekitar.
ii. Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

 Jenis Bahan Kitar Semula

Terdapat 4 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk


dikitar semula. Item-item tersebut adalah plastik, kertas, aluminium
dan kaca.

 Semua bekas kaca yang berwarna atau jernih termasuk botol minuman,
bekas makanan, botol vitamin, bekas alat solek dan seumpamanya boleh
dikitar semula. Barangan kaca perlu dimasukkan ke dalam tong kitar semula
berwarna  HIJAU.

 Semua jenis barang yang diperbuat daripada aluminium seperti tin-tin


minuman boleh dikitar semula. Ia mestilah dimasukkan ke dalam tong yang
berwarna  MERAH.

 Semua jenis kertas sama ada yang berwarna ataupun yang tidak berwarna,
seperti suratkhabar lama, majalah lama, buku, katalog, risalah, kalendar,
kad, sampul surat dan kotak boleh dikitar semula. Semua jenis kertas
mestilah dimasukkan ke dalam tong yang berwarna  BIRU.

 Begitu juga semua plastik yang berwarna atau tidak berwarna seperti beg
membeli-belah, beg pasaraya, botol minuman, botol air mineral, bekas
makanan, bekas sabun, bekas vitamin dan seumpamanya boleh dikitar
semula. Barangan berasaskan plastik perlu dimasukkan ke tong kitar semula
berwarna KUNING.
 Amalan Kitar Semula

 Memberi sokongan program kitar semula selain memastikan ahli


keluarga memberi kerjasama untuk mengitar semula barang buangan
sebanyak mungkin.

 Menggunakan semula bekas kaca dan plastik sebagai tempat


menyimpan barang atau sebagai hiasan yang mengelakkan pembaziran
dengan membeli bekas baru.

 Mengurangkan penggunaan beg plastik atau bawa beg sendiri untuk


membeli belah. Ini disebabkan beg plastik sukar untuk dilupuskan.

 Kitar semula air bilasan cucian. Air cucian boleh dikumpulkan semula dan
digunakan untuk mencuci tandas serta longkang sekitar kawasan rumah.

 Gerakkan ahli keluarga untuk memberi idea kreatif bagi mengguna


semula peralatan yang terbuang atau mengguna semula peralatan atau
perabot dengan gaya baru.
KEPENTINGAN KITAR SEMULA

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita


Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia. Setiap
satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung pada lokasi dan
jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah tapak pelupusan sampah
dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka. Lambat laun, tapak-tapak ini akan
berkembang dan menular mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana
kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan persekitaran.
Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau dan menyebabkan
penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat mengurangkan sampah yang
dibuang dan seterusnya mengawal penyakit daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak pelupusan
sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara, air dan bau. Amalan
mengitar semula dapat mengurangkan ancaman alam sekitar tersebut
daripada terus mengancam kualiti kehidupan kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga


i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat
mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000 batang pokok.
Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon terpaksa ditebang.
Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu
ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang
memberi kita oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama menjimatkan
penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru sambil
menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk pengeluaran kaca.
HALANGAN KITAR SEMULA
 Sikap acuh tak acuh orang ramai mengenai kesan buruk terhadap alam
persekitaran
 Kurang kefahaman mengenai kepentingan kitar semula kepada alam
sekitar.
 Informasi mengenai kitar semula kurang berkesan dari segi penyampaian
maklumat kepada segenap lapisan masyarakat.
 Kurangnya pusat pengumpulan barangan kitar semula terutamanya di
kawasan terpencil seperti di luar bandar.
 Kempen mengenai kitar semula tidak mencapai sasaran kepada
pengguna dan tidak berkesan dalam menyebarkan maklumat.
 Sikap tidak ambil peduli menyebabkan kempen yang dijalankan tidak
mampu memberi kesedaran.
LANGKAH MENGATASI MASALAH
DALAM
MELAKSANAKAN KITAR SEMULA

 Beli barangan secara pukal bagi meminimumkan bahan yang digunakan


untuk tujuan pembungkusan.
 Beli bahan minuman seperti kopi, gula, krimer dalam kuantiti yang
banyak dan bancuh dalam bekas yang boleh diguna semula.
 Guna napkin atau tuala meja yang boleh digunakan semula bagi
menggantikan tuala pakai buang.
 Apabila berpindah rumah, jual barang yang tidak mahu digunakan lagi di
pasar lambak.
 Minimumkan penggunaan kertas dengan menggunakan kedua-dua belah
halaman kertas apabila menggunakan mesin fotokopi.
 Edarkan dokumen seperti laporan atau memo dalam bentuk mel
elektronik.
 Mengoptimakan pembungkusan barangan yang dibeli ke dalam beg
plastik

LAMPIRAN

KACA

ALUMINIUM
KERTAS

PLASTIK
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi saya iaitu Puan Rasimah kerana telah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Geografi Tempatan(KGT). Ucapan
terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Convent, Puan Loh Wei Seng yang telah memebenarkan kami
menjalankan tugas ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik
Sharudin bin Not dan ibu saya Puan Zuraidah binti Azmi yang sentiasa memberi
dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas
ini. Kepada rakan-rakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga atas
cadangan, tunjuk ajar dan bantuan yang telah anda kongsikan bersama.

Akhirnya, saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Villa M.D.P atas
kerjasama yang telah pihak tuan puan berikan.
PENDAHULUAN

Nama saya Aina Zulaikha binti Sharudin. Saya belajar di tingkatan 3 Bunga
Raya di Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Ipoh. Sebagai memenuhi
keperluan mata pelajaran Geografi, saya diwajibkan membuat satu kerja
lapangan iaitu Kajian Geografi Tempatan (KGT). Saya telah menjalankan KGT
ini selama 8 minggu.

Saya telah memilih tajuk Amalan Kitar Semula Di Villa M.D.P , Ipoh Perak.
Sebab-sebab pemilihan tajuk ini ialah kerana penduduk di kawasan kajian
sering mengamalkan kitar semula dari pelbagai aspek.
OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti konsep kitar semula dengan betul.


2. Mengkaji jenis-jenis bahan serta amalan kitar semula di Villa M.D.P
3. Mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang kepentingan kitar
semula di Villa M.D.P dan mewujudkan masyarakat yang cinta akan alam
sekitar.
4. Menyatakan halangan amalan kitar semula di kalangan penduduk.
5. Menyatakan langkah mengatasi masalah dalam melaksanakan amalan
kitar semula.
6. Menerapkan nilai atau unsur patritiosme dalam kajian.
KAEDAH KAJIAN
Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah
yang digunakan ialah :

1. Pemerhatian

Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga


saya untuk melihat pengamalan kitar semula di kawasan tersebut.

2. SOAL SELIDIK
Saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian serta penduduk
kampung berdekatan.

3. RUJUKAN
Saya telah banyak membuat rujukan dari internet, buku teks
geografi serta buku rujukan geografi yang lain.

You might also like