You are on page 1of 146

Falsafah Pendidikan Kebangsaan 

Pendidikan  di  Malaysia  adalah  suatu  usaha  berterusan  ke  arah 


memperkembangkan  lagi  potensi  individu  secara  menyeluruh  dan 
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari 
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan 
kepatuhan  kepada  Tuhan.  Usaha  ini  adalah  bagi  melahirkan  rakyat 
Malaysia  yang  berilmu  pengetahuan,  berketerampilan,  berakhlak 
mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan  mencapai kesejahteraan 
diri  serta  memberi  sumbangan  terhadap  keharmonian  dan 
kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. 

Falsafah Pendidikan Guru 

Guru  yang  berpekerti  mulia,  berpandangan  progresif  dan  saintifik, 


bersedia  menjunjung  aspirasi  negara  serta  menyanjung  warisan 
kebudayaan  negara,  menjamin  perkembangan  individu,  dan 
memelihara  suatu  masyarakat  yang  bersatu  padu,  demokratik, 
progresif, dan berdisiplin. 

Cetakan Pertama 2009 

Kementerian Pelajaran Malaysia 

Hak  cipta  terpelihara.  Kecuali  untuk  tujuan  pendidikan  yang  tidak  ada 
kepentingan  komersial,  tidak  dibenarkan  sesiapa  mengeluarkan  atau 
mengulang  mana­mana  bahagian  artikel,  ilustrasi  dan  kandungan  buku  ini 
dalam apa­apa juga bentuk dan dengan apa­apa cara pun, sama ada secara 
elektronik,  fotokopi,  mekanik,  rakaman  atau  cara  lain  sebelum  mendapat 
izin  bertulis  daripada  Pengarah  Pendidikan  Guru,  Kementerian  Pelajaran 
Malaysia.
Kandungan  Muka Surat 

1.0  Pengenalan  1 

2.0  Penggunaan Modul  1 

2.1  Kandungan Modul  1 

2.2  Objektif Modul  2 

2.3  Sistem Penyampaian  2 

2.4  Struktur Pelaksanaan Modul  3 

3.0  Kandungan Pengetahuan / Kemahiran  5 

Unit 1  Pengenalan kepada Kanak­kanak di Kawasan  5 
Pedalaman 

Unit 2  Pengurusan  Tingkah  Laku  Kanak­kanak  25 


Pedalaman 

Unit 3  Pengurusan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran  36 


Kelas Bercantum 

Unit 4  Kepelbagaian  Strategi  dalam  Pengajaran  dan  50 


Pembelajaran 

Unit 5  Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman  60 

Unit 6  Pedagogi Bahasa Inggeris Sekolah Pedalaman  85 

Unit 7  Pedagogi Sains Sekolah Pedalaman  96 

Unit 8  Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman  115 

Unit 9  Pentaksiran  dan  Penilaian  Terhadap  Pencapaian  131 


Kanak­kanak Pedalaman 

4.0  Jadual Pelaksanaan  143 

Panel Penggubal Modul  145


1.0  PENGENALAN 

Modul  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Kursus  Perguruan  Lepas  Ijazah  Sekolah 


Rendah  (KPLI  SR)  Sekolah  Pedalaman  ini  merupakan  bahan  tambahan  (add  on) 
kepada Sukatan Pelajaran KPLI SR sedia ada. 

Sebagai  modul  pengajaran  dan  pembelajaran,  bahan  ini  dihasilkan  untuk  menjadi 
garis  panduan  kepada  pensyarah  yang  mengajar  KPLI  SR  Ambilan  Jun  2009  di 
semua  Institut  Pendidikan  Guru  Malaysia  yang  terlibat.    Di  samping  itu,  modul  ini 
juga boleh menjadi salah satu sumber rujukan kepada pelajar apabila mereka berada 
di  sekolah  pedalaman  bagi  membantu  mereka  melaksanakan  tugas  dengan  lebih 
berkesan. 

Kandungan  modul  pengajaran  dan  pembelajaran  ini  mengandungi  dua  komponen 


iaitu Pengetahuan Kemahiran (Skills Knowledge) dan Tugasan/Latihan Pelajar. 

2.0  PENGGUNAAN MODUL 

2.1  Kandungan Modul 

Modul pengajaran dan pembelajaran KPLI SR Sekolah Pedalaman ini terdiri 
daripada 09 unit seperti yang berikut: 

Unit 1  :  Pengenalan kepada Kanak­kanak Pedalaman 
Unit 2  :  Pengurusan Tingkah Laku Kanak­Kanak Pedalaman. 
Unit 3  :  Pengurusan  Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 
Unit 4  :  Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 
Unit 5  :  Pedagogi Bahasa Melayu (Sekolah Pedalaman) 
Unit 6  :  Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Pedalaman) 
Unit 7  :  Pedagogi Matematik (Sekolah Pedalaman) 
Unit 8  :  Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman) 

Unit 9  Pentaksiran  dan  Penilaian  Terhadap  Pencapaian  Kanak­kanak 
Pedalaman 

Setiap pelajar yang mengikuti Program KPLI SR Sekolah Pedalaman Ambilan 
Jun  2009  dikehendaki  mengikuti  semua  09  tajuk  yang  disediakan  di  dalam 
modul ini, tanpa mengambil kira bidang pengkhususan dalam program  KPLI 
SR yang sedang diikuti oleh mereka.


2.2  Objektif  Modul 

Secara  keseluruhan  penyediaan  dan  penggunaan  modul  pengajaran  dan 


pembelajaran  KPLI  SR  Sekolah  Pedalaman  ini  untuk  mencapai  objektif 
kursus seperti yang berikut: 

i.  Membekalkan  ilmu  pengetahuan  dan  kemahiran  kepada  bakal  guru 


sekolah  pedalaman,  supaya  dapat  membantu  murid­murid  pedalaman 
menguasai  Mata  Pelajaran  Teras  di  sekolah  (Bahasa  Melayu,  Bahasa 
Inggeris, Matematik dan Sains). 
ii.  Memahami latar  belakang, budaya,  bahasa,  pengaruh persekitaran  dan 
keperluan murid­murid/kanak­kanak pribumi di pedalaman. 
iii.  Membantu  pelajar  bertindak  atau  mengambil  langkah­langkah  secara 
profesional dalam mengurus tingkah laku murid­murid pedalaman. 
iv.  Membolehkan  pelajar  menguruskan  aktiviti  pengajaran  dan 
pembelajaran  di  dalam  Kelas  Bercantum  jika  mereka  ditempatkan  di 
Sekolah Kurang Murid (SKM). 
v.  Membantu pelajar membuat pentaksiran dan penilaian secara bijak dan 
tepat  terhadap  pencapaian/kebolehan  kanak­kanak  pedalaman,  dan 
seterusnya  mengambil  tindakan  susulan  bagi  memupuk/menggilap 
potensi semula jadi yang ada pada kanak­kanak pedalaman tersebut. 
vi.  Meningkatkan  daya  inisiatif,  kreativiti  dan  inovatif  guru  dalam 
pelaksanaan  pengajaran  dan  pembelajaran  bagi  mendorong  minat 
murid­murid pedalaman supaya rajin ke sekolah dan bertambah motivasi 
untuk belajar. 

2.3  Sistem Penyampaian 

Modul  ini  akan  dimanfaatkan  oleh  pensyarah  dan  pelajar  melalui  tiga  mode 
penyampaian, iaitu:
· Kuliah
· Latihan kendiri/berkumpulan/tugasan
· Tutorial/Pembentangan Latihan/tugasan 

Dalam sesi kuliah, pensyarah akan melaksanakan aktiviti­aktiviti pengajaran­ 
pembelajaran seperti yang berikut:

· Memberi definisi/menjelaskan konsep­konsep/istilah­istilah.
· Menyampaikan idea utama dan idea sokongan berkaitan tajuk.
· Memberikan contoh­contoh yang relevan.
· Membuat  hubung  kait  dengan  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  di 
dalam bilik darjah.
· Mengaplikasikan/memberi  tunjuk  cara  pelaksanaan  aktiviti  pengajaran 
dan pembelajaran sebenar di dalam bilik darjah. 

Latihan  kendiri/berkumpulan/tugasan  yang  diberikan  kepada  pelajar  pula 


adalah  secara  terarah  (guided)  berdasarkan  templat/borang  pengurusan 
grafik yang disediakan di dalam modul. 

Latihan/tugasan  ini  perlu  dibentangkan  dalam  sesi  tutorial  untuk  diberi 


peneguhan oleh pensyarah. Melalui sesi ini pelajar lain juga akan mendapat 
pengetahuan  tambahan melalui pemerhatian (observation).


Dalam sesi pembentangan tugasan/latihan oleh pelajar, pensyarah membuat 
rumusan  terhadap  hasil  tugasan  dan  penyertaan  pelajar  dalam  sesi 
pembentangan  tersebut  dengan  membuat  catatan  pada  borang  yang 
disediakan di bawah: 

*Sila tanda X pada ruangan berkenaan 

Penyertaan  Dalam 
Bil  Nama Pelajar/Kumpulan  Tugasan 
Sesi Pembentangan 

Catatan:
· Pada  akhir  kursus,  pelajar  akan  diberi  Sijil  Penyertaan  sebagai  bukti 
bahawa  mereka  telah  diberi  pendedahan  tentang  pengajaran  dan 
pembelajaran Sekolah  Pedalaman  selama 10 hari  (02  minggu)  semasa 
mengikuti program KPLI SR  di IPG.
· Sijil Penyertaan tersebut akan diberikan oleh IPG masing­masing. 

2.4  Struktur Pelaksanaan Modul 
Modul pengajaran dan pembelajaran ini akan digunakan dalam masa 10 hari 
(02 minggu). Struktur pelaksanaannya seperti di bawah: 

Minggu 1: 

Jumlah 
Hari  Modul 
Jam 
I  Pengenalan kepada Kanak­kanak Pedalaman  6 jam 
II  Pengurusan Tingkah Laku Kanak­kanak Pedalaman  6 jam 
III  Pengurusan Aktiviti P&P Kelas Bercantum  6 jam 
IV  Kepelbagaian  Strategi  dalam  Pengajaran  dan  6 jam 
Pembelajaran 
V  Pentaksiran  dan  Penilaian  Terhadap  Pencapaian  Kanak­  3 jam 
kanak Pedalaman 
Jumlah  27 jam


Minggu 2: 

Hari  Modul  Jumlah 


Jam 
I  Pedagogi Bahasa Melayu (Sekolah Pedalaman)  6 jam 
II  Pedagogi Bahasa Inggeris (Sekolah Pedalaman)  6 jam 
III  Pedagogi Matematik (Sekolah Pedalaman)  6 jam 
IV  Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman)  6 jam 
V  Sambungan  Pentaksiran  dan  Penilaian  Kanak­kanak  3 jam 
Pedalaman. (Membina item soalan) 
Jumlah  27 jam

· Jumlah keseluruhan = 54 jam
· Jadual  waktu  pelaksanaan  kursus  setiap  hari  dilampirkan  di  dalam 
modul.


3.0  KANDUNGAN PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN 

UNIT 1:  PENGENALAN KANAK­KANAK PEDALAMAN 

1.1  Pengenalan kanak­kanak pedalaman 

1.1.1  Konsep kawasan pedalaman 

Setakat  ini,  tidak  ada  satu  huraian  yang  lengkap  atau  bersifat  menyeluruh  untuk 
mentakrifkan istilah pedalaman dengan tepat. Hampir sebahagian besar, pengertian 
istilah  ini  memberi  penekanan  kepada  aspek  tertentu.  Kamus  Dewan  (2007:307) 
mendefinisikan  istilah  pedalaman  sebagai  daerah  yang  jauh  dari  pantai  (yang 
terletak  di  ceruk  pelosok  atau  di  hulu  negeri).  Kementerian  Pelajaran  Malaysia 
melalui Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 9 Tahun 1980 dan Pekeliling Perkhidmatan 
Bilangan  9  Tahun  1991  pula  menyatakan  erti  pedalaman  berdasarkan  keperihalan 
sesuatu kawasan yang mencakupi kriteria­kriteria seperti yang berikut: 

i.  Kemudahan asas yang tidak sempurna (tiada bekalan air paip, bekalan elektrik) 
dan; 
ii.  Kemudahan  asas  yang  tidak  sempurna  (tiada  pengangkutan  awam,  telefon 
awam dan kemudahan perubatan). 

Ringkasnya, dapatlah dikatakan bahawa istilah pedalaman merujuk perihal kawasan 
atau daerah yang terletak di ceruk pelosok atau di hulu negeri dan kurang atau tiada 
mempunyai  kemudahan  asas  yang  sempurna  seperti  kemudahan  bekalan  air  paip, 
bekalan elektrik, pengangkutan awam, telefon awam dan kemudahan perubatan. 

1.1.2  Siapa kanak­kanak pedalaman 

Secara perbandingan, kanak­kanak yang hidup di pedalaman cukup berbeza dengan 
kanak­kanak  yang  menetap  di  kawasan bandar atau  pinggir  bandar(Arshad:  2007). 
Perbezaan tersebut meliputi amalan seperti berikut: 

i.  Budaya 

‐  Taylor(1871,  dalam  Abbas  Mohd.  Shariff:  2002),  budaya  bererti  sebagai 


keseluruhan  yang  kompleks  yang  mengandungi  ilmu  pengetahuan, 
kepercayaan, kesenian, moral, adat, undang­undang  dan  sebarang bentuk 
keupayaan  dan  kebiasaan  yang  diperoleh  oleh  seseorang  sebagai  ahli 
masyarakat. 
‐  Kanak­kanak  pendalaman  sensitif  dengan  perkara  yang  berkait  dengan 
keturunan 
‐  Ibu  bapa  dan  masyarakat  kanak­kanak  pedalaman  tidak  mempunyai 
pendidikan  formal.  Situasi  ini  mempengaruhi  motivasi  anak­anak  mereka 
untuk pergi ke sekolah. 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  terikat  kuat  dengan  cara  hidup  dan  sistem 
kepercayaan yang diamalkan oleh ibu bapa mereka. 
‐  Status  kehidupan  kanak­kanak  pedalaman  bercorak  sara  diri,  berpindah 
randah  dan  serba  serbi  kekurangan.  Contohnya,  kaum  Penan.  Mereka 
akan  hadir  ke  sekolah  pada  awal  tahun,  tetapi  apabila  tiba  musim 
menanam  padi  dan  menuai  mereka  tidak  hadir  ke  sekolah  dalam  tempoh 
yang agak panjang.


ii.  Bahasa 

‐  Dari segi komunikasi sama ada formal atau non formal, bahasa yang kerap 
digunakan oleh kanak­kanak pedalaman adalah bahasa ibunda atau dialek 
setempat. 
‐  Terdapat kosa kata, frasa dan ayat bahasa ibunda kanak­kanak pedalaman 
mempunyai  makna  yang  berbeza  dengan  Bahasa  Melayu  khususnya  dari 
segi makna budaya. Contohnya: 

/lawa/ 
Bahasa Melayu baku  ­  perihal cantik 
Dialek Sarawak  ­  sombong atau ego 

‐  Sensitiviti  perihal  penggunaan  bahasa  perlu  difahami  oleh  guru  agar 


hubungan dengan kanak­kanak pedalaman dapat diperkukuhkan 

iii.  Persekitaran 

‐  Lokasi  sekolah  jauh  dari  tempat  kediaman  mereka(kanak­kanak 


pedalaman) 
‐  corak  perhubungan  ke  sekolah  agak  sukar.  Contohnya,  menggunakan 
perahu panjang, bot, berjalan kaki dalam jarak jauh dan lain­lain. 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  menghadapi  masalah  kekurangan  zat  makanan. 
Menu makanan mereka tidak seimbang. Mereka hanya makan dan  minum 
sekadar memenuhi keperluan  hidup. Contohnya, bubur atau nasi bersama 
garam. 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  bermasalah  dalam  mendapatkan  sumber  air 
bersih. 
‐  Kanak­kanak tinggal di rumah yang kurang selesa. Contohnya, bilangan isi 
rumah ramai, keperluan asas kurang lengkap dan sebagainya. 
‐  Kanak­kanak pedalaman kurang terdedah dengan masyarakat luar. 

1.1.3  Ciri­ciri kanak­kanak di kawasan pedalaman 

Menurut  Kamaruddin  Abu  Hassan  dan  Narendra  Kumar  Anopchand  (2009:3), 


kebiasaannya kanak­kanak pedalaman  mempunyai ciri­ciri seperti berikut: 

i.  Tahap  pencapaian  rendah  dalam  semua  mata  pelajaran  yang  diajarkan  di 
sekolah 
‐  Kanak­kanak  pendalaman  tidak  menguasai  kemahiran  asas  membaca, 
menulis dan mengira (3M) 

ii.  Masalah buta huruf 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  sebahagian  besar  menghadapi  masalah  buta 
huruf dan tidak mengenal huruf vokal dan konsonan dan fungsi setiap huruf 
tersebut 

iii.  Ketidakhadiran tanpa sebab ke sekolah 
‐  Catatan  kehadiran  kanak­kanak  pedalaman  ke  sekolah  merosot  dan  tidak 
ada perubahan yang ketara dalam hal ini.


iv.  Keciciran 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  ketinggalan  dalam  semua  mata  pelajaran  dan 
tidak mendapat kelulusan yang baik dalam peperiksaan. 

v.  Ponteng dan tidak minat belajar 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  tiada  ada  sebarang  motivasi  untuk  mendorong 
mereka hadir sekolah seperti murid­murid lain. 

vi.  Tidak mempunyai cita­cita 
‐  Kanak­kanak pedalaman tidak memahami dan tidak mempunyai kesedaran 
terhadap kepentingan pelajaran dalam membaiki hidup mereka. 

vii.  Masalah Kemiskinan 
‐  Latar  belakang  ekonomi  keluarga  sangat  rendah  dan  di  bawah  paras 
kemiskinan  menyebabkan  kanak­kanak  pedalaman  kekurangan  serba 
serbi. 

viii.  Sangat pemalu 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  mempunyai  sifat  pemalu  yang  tebal.  Oleh  itu, 
mereka tidak berkongsi masalah yang dihadapi dengan guru. 
ix.  Pelupa 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  tidak  menyimpan  maklumat  untuk  dijadikan 
panduan hidup. Keadaan ini menyebabkan mereka memiliki budaya pelupa. 

x.  Lambat menerima perubahan dan sukar dididik 
‐  Kanak­kanak  pedalaman  tidak  mempunyai  cita­cita  hidup  yang  tinggi  dan 
berpada dengan kehidupan yang sedia ada. 

xi.  Bermasalah pembelajaran 
‐  Kanak­kanak pedalaman yang tercicir dalam pelajaran, terdiri juga daripada 
kanak­kanak yang bermasalah pembelajaran seperti berikut: 
o  Disleksia 
o  Hiperaktif 
o  Autistik yang ringan 
o  Sindrom down 
o  Slow learner 
o  Terencat akal 
o  Gangguan emosi yang ringan 

1.2  Kepelbagaian ‘keperluan khas’ kanak­kanak di kawasan pedalaman 

Murid­murid pedalaman seperti murid­murid yang lain terdiri daripada pelbagai tahap 
kebolehan  dan  keupayaan  mereka  yang  boleh  dikembangkan  dan  dipertingkatkan 
dari  semasa  ke  semasa.  Adalah perlu  sebagai  seorang guru  kita  perlu  mengetahui 
dan menguasai beberapa aspek pengetahuan dan kemahiran dalam mendidik murid­ 
murid yang berkategori keperluan khas dan yang menghadapi masalah penguasaan 
kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.


1.2.1  Definisi keperluan khas 

Jabatan  Pendidikan  Khas,  Kementerian  Pelajaran  Malaysia  (2003) 


mendefinisikan  “murid  berkeperluan  khas  adalah  kanak­kanak  yang 
mempunyai  masalah  kognitif  (kerencatan  akal)  yang  dianggap  boleh  diajar 
(educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal. Kategori kanak­ 
kanak bermasalah pembelajaran  di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia 
adalah: 
o  Sindrom Down 
o  Austisme ringan 
o  Hiperaktif (Attention Deficit­Hyperactivity Disorders /ADHD) 
o  Terancat akal minimum 
o  Kurang upaya dalam pembelajaran (Learning Disabilities) 
o  Kurang upaya dalam pembelajaran khusus (Disleksia) 
o  Pintar cerdas 

Menurut  The  Individuals  with  Disabilities  Education  Act  (IDEA  1990) 


menyatakan  pelajar  bermasalah  pembelajaran  adalah  pelajar  yang 
menghadapi  masalah  khusus  dalam  satu  atau  lebih  proses  psikologi  yang 
melibatkan  kefahaman  atau  penggunaan  pertuturan,  dan  penulisan  yang 
mengakibatkan  kurang  kebolehan  memikir,  bertutur,  membaca,  menulis, 
mengeja  dan  mengira.  Golongan  pelajar  yang  termasuk  dalam  pelajar 
bermasalah pembelajaran adalah seperti berikut; 
o  Hiperaktif 
o  Autistik yang ringan 
o  Sindrom down 
o  Slow learner 
o  Terencat akal 
o  Gangguan emosi yang ringan 
o  Multiple problem children 

Sebagai  bakal  guru  berkemungkinan  terdapat  pelajar    di  dalam  kelas  yang 
diajar  mempunyai  kategori  di  atas.  Oleh  itu  perlu  bagi  seorang  guru 
mempunyai  pengetahuan  atau  kemahiran  untuk  mengenal  pasti  dan 
seterusnya membantu murid­murid ini . 
Beberapa maklumat asas perlu diketahui untuk mengesan murid­murid yang 
disyaki  mempunyai  masalah  atau  kecacatan  supaya  guru  boleh  mengambil 
langkah  awal  bagi  menjalankan  program  pemulihan  dan  tindakan  susulan 
terhadap  kanak­kanak  ini.  Berikut  adalah  beberapa  contoh  senarai  semak 
pengesanan kanak­kanak yang mempunyai ciri berkeperluan khas.


i.  Senarai semak Disleksia 

Petunjuk  Catatan 
Pencapaian  · Masalah membaca , mengeja atau menulis
yang rendah di  · Kerja sekolah tidak menggambarkan 
sekolah kebolehan sebenar
· Guru menjangka pencapaian yang tinggi 
Masalah ingatan · Sukar mengingati arahan
· Masalah  mempelajari kemahiran  bahasa 
yang asas seperti abjad dan bunyi
· Sukar mengingati perkataan yang baru 
dibaca
· Masalah mempelajari sesuatu yang 
melibatkan urutan, seperti jadual darab 
(multiplication tables)
· Sukar mengingati ejaan sesuatu perkataan 
untuk tempoh lama
· Keliru dengan urutan huruf dan digit seperti 
31, pakar dan pakar
· Masalah matematik, mengira dengan 
menggunakan jari
· Menyalin dengan tidak tepat
· Kesalahan ejaan yang sama dan berulang 
Masalah  · Masalah susah mendapat perkataan sesuai 
pertuturan dan  semasa bercakap
fonologikal · Masalah menyebut  perkataan yang 
panjang seperti ‘penyelarasan”
· Masalah menyebut bunyi yang bergabung 
seperti “sahsiah”
· Masalah mengenal pasti dan membaca 
rhymes
· Masalah mengenal  pasti dan membaca 
perkataan yang bermula dengan suku kata 
yang dekat seperti  “bapa baca”
· Masalah mempelajari fonik
· Lebih lewat dari kanak­kanak lain Untuk 
kemahiran bertutur
· Masalah struktur bahasa dalam penulisan 
Masalah  · Lambat untuk mendapati perkaitan antar 
menggabungkan  bunyi dan huruf
bahasa lisan  · Mampu mengeja sesuatu perkataan secara 
dan bahasa  lisan tetapi tidak dapat menuliskan 
bertulis perkataan tersebut
· Sukar menyampaikan idea secara bertulis
· Terjangkau atau terlebih perkataan dalam 
penulisannya
· Membaca perkataan yang tidak ada pada 
buku
· Pembacaan  yang kurang kelancaran dan 
kelajuan yang tidak sesuai 
Masalah visual · Lambat mendapat kemahiran menulis

Petunjuk  Catatan 
motor  berbanding kanak­kanak lain
· Hasil kerja yang lemah, tidak kemas, comot 
dan daya menulis yang tidak sesuai
· Keliru dengan huruf kecil dan huruf besar
· Lambat menghabiskan kerja sekolah
· Koordinasi fizikal  yang lemah dan 
pergerakan yang kekok
· Hilang baris semasa membaca
· Menulis huruf dan nombor secara terbalik 
contoh “b” dan “d”
· Masalah semasa penulisan lama,  tangan 
mudah menjadi letih
· Postur yang tidak betul dan tidak stabil 
semasa bekerja pada meja atau duduk di 
lantai 
Masalah  · Selalu berkhayal atau berangan dalam kelas
tumpuan · Senang tertarik dengan rangsangan lain
· Didiagnostik bermasalah  Attention Deficit 
Disorder
· Tidak boleh duduk diam, selalu merengek
· Bertindak mengikut gerak hati membuta tuli 
(impulsif),bergerak tanpa berfikir dan selalu 
menjerit
· Melakukan banyak kesilapan cuai
· Hanya boleh bertumpu pada pembacaan 
untuk jangka masa yang pendek
· Organisasi diri yang lemah, selalu lupa 
tentang mana letaknya sesuatu 
Masalah sosio­  · Harga diri yang rendah mengenai kerja 
emosi sekolahnya
· Mengelakkan pembelajaran contohnya 
“menghilangkan buku”
· Tidak menjangka dirinya akan berjaya, jadi 
tidak bekerja bersungguh­sungguh
· Keberatan menerima bantuan dan nasihat 
orang lain 

(Sumber :Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas)

10 
ii.  Senarai semak kanak­kanak pintar cerdas 

Petunjuk  Catatan 
Perkembangan  · Lebih responsif  pada peringkat bayi
awal  · Boleh berjalan awal
(maklumat  · Boleh bercakap lebih awal
yang boleh  · Perkembangan bahasa yang maju pada 
dikumpulkan  peringkat kanak­kanak
melalui temu  · Menguasai kemahiran membaca yang awal
bual daripada 
· Kemahiran melukis yang maju berbanding 
ibu bapa 
rakan sebaya
/penjaga
· Perkembangan pemahaman matematik yang 
awal
· Guru prasekolah dan penjaga 
menganggapnya sangat cerdik 
Kebolehan  · Mendapat skor IQ yang melebihi 130 pada 
kognitif yang  ujian kecerdasan
tinggi · Mampu memahami konsep yang canggih dan 
kompleks
· Meminati permainan rumit dan mencabar 
seperti permainan catur dan komputer yang 
tertentu
· Meminati permainan rumit dan mencabar
· Menggunakan dan memahami kosa kata yang 
lebih canggih 
Sifat ingin tahu · Selalu bertanya soalan yang mencabar dan 
inovatif
· Selalu membaca buku yang berdasarkan 
fakta seperti ensiklopedia, menonton 
dokumentari
· menunjukkan pemahaman yang matang dan 
canggih
· Tidak mudah menerima jawapan yang 
ringkas, ingin tahu yang mendalam
· Suka memahami sebab dan akibat sesuatu 
perkara seperti bagaimana sebuah mesin 
berfungsi
· Suka mencipta dan melakukan eksperimen 
Perkembangan  · Menonjol dalam pemahaman pembacaan
akademik yang  · Menonjol dalam matematik
menonjol · Menonjol dalam bahasa bertulis 
Bakat yang  · Kebolehan artistik yang luar biasa seperti 
istimewa muzik, seni dan tarian
· Pandai berjenaka
· Kebolehan bersukan yang luar biasa
· Kebolehan membina dan mereka cipta 
contohnya semasa bermain blok
· Kemahiran kepimpinan yang luar biasa 
Gaya  · Menghabiskan masa yang panjang untuk 
pembelajaran aktiviti yang diminati

11 
Petunjuk  Catatan
·Menolak tugasan yang mudah dan ringkas
·Minat yang mendalam pada topik tertentu
·Memahami dan dapat menangani masalah 
baru dengan cepat
· Tidak suka kepada kerja yang berulang 
seperti latih tubi
· Tertarik kepada cabaran atau rangsangan 
baru
· Cenderung menyempurnakan tugasan mudah 
yang diberi dengan cara yang kompleks
· Menangani masalah dengan cara yang paling 
pintas dan kreatif
· Suka menjawab soalan matematik tanpa 
merujuk operasi matematik 
Masalah suai  · Mendapati rakan sebaya lebih 
dengan rakan  mengecewakan, lebih suka bergaul dengan 
sebaya kawan yang lebih dewasa
· Lebih suka bersendirian, seperti membaca 
buku di perpustakaan seperti waktu rehat
· Tidak suka bekerja kumpulan, lebih suka 
bekerja bersendirian
· Sukar difahami oleh kanak­kanak yang lain 
Masalah  · Kadang­kadang bermasalah dalam 
akademik pembacaan, penulisan ataupun mengeja
· Bermasalah dalam matematik
· Tidak aktif
· Jangkaan yang tinggi, keberatan untuk 
melakukan kesalahan
· Keberatan melakukan tugasan pada peringkat 
umurnya
· Pencapaian yang tidak konsisten (pencapaian 
yang tinggi di bawah guru tertentu dan 
sebaliknya merosot di bawah bimbingan guru 
yang lain) 
Masalah emosi  · Memahami isu peringkat dewasa dan berasa 
dan tingkah  kerisauan, seperti isu keamanan dunia
laku · Menjadi tidak sabar dengan rakan yang 
lambat
· Berdebat dengan orang dewasa dan selalu 
ada jawapan yang tersendiri
· Senang menjadi bosan dan tidak melibatkan 
diri /mengganggu orang lain 
(Sumber: Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas) 

iii.  Senarai semak kerencatan intelek minimum 
Petunjuk  Catatan 
Lambat dalam  · Lambat bercakap
perkembangan · Perkembangan fizikal lebih lambat (duduk, 
berjalan)
12 
Petunjuk  Catatan
· Lambat menguasai kemahiran pengurusan diri 
dengan sendiri (toilet training) 
Masalah sosial · Sukar  berkawan dengan rakan sebaya
· Selalu diejek dan dibuli oleh rakan lain
· Tidak matang dalam aktiviti atau pergaulan 
sosial
· Terlalu senang mempercayai atau mengikut 
orang lain, senang ditipu
· Tidak pandai mengawal emosi
· Menganggap seseorang itu kawan ,walaupun 
hanya kenalan biasa 
Tidak matang  · Selalu bermain dengan kumpulan kawan yang 
dalam aktiviti  lebih muda
mainan dan  · Suka kepada mainan, buku, program TV atau 
rekreasi aktiviti yang sesuai bagi kanak­kanak yang 
lebih kecil
· Menjadi keliru dengan permainan yang sesuai 
dengan peringkat umurnya
· Bertindak kasar atau bodoh dalam permainan 
yang berorganisasi 
Masalah lain · Perkembangan bahasa yang mundur 
berbanding dengan rakan lain
· Pergerakan yang kurang cekap (physically 
clumsy)
· Masalah pendengaran atau penglihatan
· Ahli keluarga yang lain juga bermasalah 
mental 
Masalah  · Terlalu aktif dan sukar memberi bantuan dalam 
dalam bilik  kelas
darjah · Mengelakkan kerja sekolah
· Terlalu bergantung kepada orang lain
· Memerlukan perhatian guru yang berlebihan
· Tertekan atau tidak suka bekerjasama dengan 
orang lain apabila diberi tugasan
· Tidak bertanya untuk mendapatkan bantuan 
apabila menghadapi masalah 
Masalah  · Perkembangan akademik yang lambat 
dalam  berbanding dengan rakan lain
pembelajaran · Mundur dalam pencapaian semua bidang 
kurikulum
· Memerlukan tugasan dipecahkan kepada 
bahagian yang lebih kecil
· Memerlukan banyak perulangan untuk 
menguasai sesuatu kemahiran
· Memerlukan pengalaman yang konkrit dan 
barang yang maujud
· Memerlukan pengajaran yang jelas dan 
eksplisit
· Pemahaman pembacaan yang lemah

13 
Petunjuk  Catatan
Susah memahami konsep yang abstrak
·
Lukisan dan hasil kerja yang tidak matang
·
Usaha yang tinggi tetapi tidak mencapai hasil 
·
yang setimpal
· Pencapaian semakin mundur ke belakang 
berbanding rakan yang lain dengan peredaran 
masa 
(Sumber: Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas) 

iv.  Senarai semak Autism 
Petunjuk  Catatan 
Kurang  · Kurang kontak mata untuk menyampaikan 
upaya dalam  perasaan
komunikasi  · Kurang memahami/memberi respon kepada 
bukan lisan kontak mata
· Kurang menggunakan pergerakan fizikal atau 
bahasa badan untuk menyampaikan maksudnya
· Tidak banyak menunjukkan mimik muka
· Susah memahami mimik muka orang lain
· Tidak kerap membalas senyuman kepada 
orang lain
· Tidak begitu berminat dengan belaian kasih 
sayang, pelukan dan lain­lain
· Susah menilai jarak sosial yang sesuai, berdiri 
terlalu dekat atau jauh 
Kurang  · Tidak memahami perasaan orang lain
upaya dalam  · Tidak berkongsi sesuatu yang dia minati dengan 
empati sosial  orang lain
dan emosi · Tidak rapat dengan orang lain, kecuali ahli 
keluarganya sendiri
· Hanya rapat dengan satu atau dua ahli keluarga
· Tidak banyak menunjukkan kasih sayang
· Tidak mudah meniru tingkah laku orang lain
· Tidak memahami konsep sosial yang abstrak 
“menjadi budak baik” 
Masalah  · Tidak menyedari kehadiran orang lain
persahabatan · Tidak cuba berkawan dengan orang lain
· Mencuba tetapi tidak berjaya dalam berkawan 
dengan orang lain
· Tidak menyertai aktiviti permainan
· Sangat menyedari kehadiran orang asing
· Tidak memahami konsep berkongsi, contohnya 
mainan
· Tidak memahami mengambil giliran, contohnya 
semasa bermain 
Masalah  · Bercakap atau melakukan sesuatu yang tidak 
memahami  sesuai secara sosial
tingkah laku  · Tidak berasa segan dengan tingkah laku yang 
yang sesuai tidak sesuai
14 
Petunjuk  Catatan
· Menanyakan soalan yang eksplisit  contoh 
“Adakah saya bercakap terlalu banyak ?” 
Kurang  · Bahasa lisan yang lemah
upaya  · Perkembangan yang lambat dalam bahasa lisan
komunikasi · Mengulangi apa yang baru diucapkan oleh 
orang lain
· Mengulangi apa yang baru diucapkan olehnya 
sendiri
· Menggunakan perkataan atau frasa yang pelik 
dan tidak bermakna
· Mendengar, tetapi tidak memberi respons yang 
sesuai apabila diberitahu
· Susah menunggu giliran semasa berbual
· Mengulangi corak perbualan yang sama 
berulang kali
· Suka meniru percakapan atau tingkah laku 
orang lain
· Tidak memahami bahasa yang tersirat
· Tidak terlibat dalam main imaginatif
· Susah memahami ‘pantomime” (berlakon tanpa 
bahasa) 
Mannerisme  · Pergerakan yang berulang, seperti 
fizikal yang  mengayunkan tangan
luar biasa · Menggerakkan jari di depan mukanya, dan 
merenunginya
· Koordinasi badan yang lemah
· Berjalan dengan pergerakan yang kaku
· Sangat sensitif dengan bau, tekstur dan rasa 
yang tertentu
· Ketahanan yang tinggi kepada kesakitan, suhu 
yang tinggi/rendah
· Mencederakan diri sendiri, contohnya menggigit, 
menghentakkan kepala 
Minat yang  · Obsesi dengan objek atau topik yang tertentu, 
tidak fleksibel  contohnya kunci, api, kereta api dan lain­lain
dan terikat  · Tertangguh dengan perubahan kecil pada rutin
dengan rutin · Menegaskan rutin yang tidak semestinya perlu, 
contohnya roti mesti dipotong dalam bentuk 
empat segi
· Terlalu berminat dengan bahagian objek
· Berminat dengan objek yang berpusing atau 
berkelip
· Aktiviti perulangan ,contohnya menyusun 
mainan mengikut corak  tertentu secara 
berulang­ulang 
Kemahiran  · Ingatan luar biasa untuk maklumat tertentu, 
atau ingatan  contohnya jadual ketibaan kereta api
spesifik yang  · Kemahiran teknikal yang luar biasa, contohnya 
luar biasa dalam muzik (walaupun kurang menunjukkan 
ekspresi kreatif)
15 
(Sumber: Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas) 

v.  Senarai semak Masalah Penumpuan dan Hiperaktif atau ADHD (Attention 
Deficit Hyperactivity Disorder) 
Petunjuk  Catatan 
Tumpuan  yang  · Selalu bermimpi siang atau seolah­olah dalam 
lemah dunia sendiri
· Tempoh tumpuan pendek
· Melupakan tugasan yang sepatutnya 
dihabiskan (tertarik dengan aktiviti yang lain)
· Bercakap sesuatu yang tidak dijangka dan 
tidak ada perkaitan dengan perbualan atau 
tugas semasa
· Kadang­kadang dijangka bermasalah 
pendengaran
· Mengambil masa yang terlalu panjang dengan 
tugas harian, seperti berpakaian dan 
bersarapan
· Lambat memberi respons apabila ditanya atau 
diminta melakukan sesuatu 
Organisasi diri  · Selalu kehilangan sesuatu yang diperlukan 
yang lemah untuk tugas atau aktiviti
· Selalu kehilangan sesuatu yang diperlukan 
untuk tugas atau aktiviti
· Tidak boleh mengorganisasikan tugasan 
sekolah yang diberikan seperti keliru dengan 
apa yang perlu dilakukan dahulu
· Tidak merancang terlebih dahulu, tertangguh 
sehingga saat akhir
· Meja sekolah, almari berkunci dan beg 
sekolah selalu  bercelaru dan tidak terurus 
Ketidaksabaran · Benci menunggu
· Selalu bergegas dan terlewat
· Menjadi  tidak sabar dengan permainan dan 
aktiviti yang memerlukan kesabaran
· Konsep masa yang lemah, melakukan sesuatu 
terlalu  lama 
Kawalan  · Menyentuh barangan walaupun diberi amaran
terhadap  · Bertindak dan bercakap sebelum berfikir
tingkah laku  · Sering mengulangi kesalahan yang sama
impulsif · Menjerit dan bercakap dalam kelas semasa 
pelajar sepatutnya mendengar atau menunggu 
gilirannya
· Menyiapkan kerja dengan cepat dan 
melakukan kesalahan  yang tidak  sepatutnya 
berlaku
· Menyampuk apabila orang lain bercakap
· Kelihatan kesal dengan kesalahannya tetapi 
mengulangi kesalahan yang sama selepas itu 
Senang  · Menjadi terlalu seronok dan hilang kawalan 
terangsang semasa tidak mengikuti rutin
16 
Petunjuk  Catatan
· Tidak boleh berhenti apabila bermain atau 
berjenaka
· Keletihan menjadikannya semakin liar
· Sukar mengawal emosinya, seperti menjadi 
marah atas sesuatu sebab yang remeh ­temeh 
Aktiviti secara  · Selalu bergerak, nampaknya lebih bertenaga 
fizikal berbanding dengan yang lain
· Banyak pergerakan seperti bermain jari, 
pergerakan tangan semasa bercakap
· Sukar ditenangkan
· Koordinasi dan pergerakan fizikal yang lemah 
Masalah sosial · Tidak disukai kerana tingkah laku yang amat 
aktif
· Kanak­kanak lain tidak suka cara bermain dan 
tingkah laku yang agresif
· Susah bekerjasama dalam kumpulan seperti 
mengambil giliran, tidak boleh kalah dan cepat 
menjadi marah 
Ingatan yang  · Selalu tidak ingat arahan
lemah · Susah belajar secara hafalan, seperti jadual 
darab 
(Sumber: Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas) 

vi.  Senarai semak kemurungan 
Petunjuk  Catatan 
Perasaan  · Mudah tersinggung perasaan dan sensitif
yang  · Tidak suka kepada kebanyakan perkara
negatif · Selalu mengadu berasa tertekan
· Selalu mengadu berasa bosan
· Kelihatan murung dan selalu sedih
· Kelihatan dingin dan tidak beremosi
· Panas baran dan cepat mengaduh
· Mudah menangis 
Kehilangan  · Kehilangan minat dengan aktiviti yang disukai 
minat dan  sebelum ini
keceriaan · Kehilangan perasaan kecindan, tidak berjenaka 
atau terhibur dengan jenaka
· Nampak malas dan tidak mengendahkan apa 
yang berlaku
· Tidak berminat dengan kejayaan di sekolah, 
sukan dan aktiviti lain
· Sukar dihiburkan
· Menganggap semuanya tidak bermakna
· Selalu mengadu 
Masalah  · Tidak suka menyertai aktiviti keluarga atau rakan 
sosial sebaya
· Terperuk di bilik bersendirian
· Tidak banyak kawan

17 
Petunjuk  Catatan
· Menganggap orang lain sengaja menjadikannya 
marah
· Kehadiran sekolah yang merosot
· Menafikan masalah emosi sendiri 
Bergantung  · Terlibat dalam aktiviti berisiko dengan rakan 
kepada  seperti merokok
rakan  · Mencabar disiplin yang ditetapkan orang dewasa, 
sebaya seperti sengaja balik lewat malam
· Memerlukan banyak perhatian orang dewasa, 
mungkin dengan cara  menyalahi peraturan atau 
mengganggu kelas 
Corak  · Susah untuk tidur
pemakanan  · Senang terjaga dari tidur
dan tidur  · Tidur untuk masa yang terlalu panjang
berubah · Makan dengan sedikit, kehilangan selera
· Tidur pada bila –bila masa 
Harga diri  · Tidak berminat/menjangka tentang kejayaan
yang  · Sering menyatakan dirinya bodoh
rendah · Sukar menerima kritikan
· Mengatakan dirinya baik mati
· Menganggap ibu bapa lebih suka kepada anak 
yang lain
· Rasa bersalah yang tidak perlu
· Berasa kesal dengan perkara yang kecil 
Dihantui  · Tingkah laku yang berisiko, menunjukkan 
pemikiran  kecenderungan memusnahkan diri sendiri, 
yang  contohnya mengambil pil tidur berlebihan kerana 
negatif dan  susah tidur
tidak sihat · Tertarik dengan lagu, berita atau filem yang 
berkaitan dengan kematian, keganasan dan 
bencana
· Menyebut tentang membunuh diri 
(Sumber: Pengesanan Kanak­kanak dengan Keperluan Khas) 

Senarai semak di atas dipilih berdasarkan kemungkinan terdapat kategori di 
atas di  dalam  kelas perdana di kawasan pedalaman. Senarai semak di atas 
adalah  sebagai  contoh  instrumen    yang  boleh  digunakan  untuk  mengukur 
tahap atau  kemampuan  kanak­kanak atau awal  remaja di  antara  umur  4­18 
tahun. Senarai semak ini akan membantu kita untuk lebih memahami kanak­ 
kanak tersebut berdasarkan kebolehan mereka. 

Setiap  kanak­kanak adalah  unik  dan  tersendiri. Kita harus  memerhati setiap 


perkembangan  dan  cara  hidupnya.  Para  profesional  dan  ibu  bapa  akan 
mengisi  maklumat  ini  untuk  mengenal  pasti  kecenderungan  individu  sama 
ada  ianya  normal  atau  berbeza  atau  mengalami  gangguan  kecacatan. 
Penyeliaan  yang  berterusan  perlu  dijalankan  untuk  mendapat  respon  dan 
tindak balas dari segi personaliti, tingkah laku dan persekitaran. Berdasarkan 
analisa  senarai  semak  itu,  murid­murid    berkeperluan  khas  di  dalam  kelas 
biasa dapat dibantu bagi menjalani proses pemulihan nanti.

18 
1.3  Pengenalan Murid­Murid Pemulihan 

Pendidikan peringkat rendah ialah pendidikan yang bertujuan melahirkan insan yang 
seimbang  serta  berkembang  secara  menyeluruh  dan  bersepadu  dari  segi  intelek, 
rohani, emosi dan jasmani selaras dengan falsafah pendidikan negara. Penguasaan 
kemahiran  asas  3M  perlu  dikuasai  lebih  awal  bagi  membolehkan  murid­murid 
berkomunikasi  dan menimba ilmu  pengetahuan. Justeru,  Program  Pemulihan  Khas 
mengutamakan prinsip  “menyelesaikan  masalah seawal  mungkin” agar  masalah ini 
menjadi kronik sehingga ke tahap 2 atau peringkat persekolahan menengah rendah. 

Perbezaan  minat,  pengalaman,  bakat  dan  gaya  belajar  individu  mengakibatkan 


segolongan  mereka  lebih  lambat  atau  ‘terkebelakang’  dalam  menguasai  sesuatu 
kemahiran berbanding  rakan  sebayanya.  Sekiranya  mereka  tidak diberi pengajaran 
pemulihan, mereka  mungkin  gagal  memperoleh pendidikan  yang perlu  dan  potensi 
mereka  terbenam.  Justeru,  melalui  program  pemulihan  khas,  keperluan­keperluan 
murid berprestasi rendah dapat dikenal pasti dan dipenuhi. 

Program  sistem  menarik  keluar  (withdrawal)  telah  diperkenalkan,  di  mana  murid­ 
murid  yang  belum  menguasai  kemahiran 3M  dikeluarkan  daripada  kelas  biasa  dan 
dikumpulkan dalam kumpulan kecil untuk dipulihkan melalui program pemulihan khas 
yang  dilaksanakan  oleh  guru  pemulihan  khas  bagi  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu 
dan Matematik. Oleh itu, guru seharusnya mempunyai pengetahuan dan kemahiran 
asas dalam mendidik murid­murid yang memerlukan pendidikan pemulihan. 

Berikut adalah ciri­ciri murid pemulihan dari beberapa aspek: 

Aspek  Pemerhatian  Catatan 


Emosi  dan  Ø  Perasaan  rendah  diri. 
Tingkah laku  Ø  Perasaan risau. 
Ø  Perasaan  sedih,  hiba  atau  duka. 
Ø  Perasaan    cepat    bosan    atau    jemu    terhadap 
pelajaran. 
Ø  Perasaan  takut  akan  perkara­perkara  baru. 
Ø  Degil,  tidak  patuh  pada  peraturan­peraturan  dan 
suka melawan. 
Ø  Pasif. 
Ø  Malas 
Sosial  Ø  Gelisah    dan    selalu    bergerak    di    dalam    darjah 
serta mengganggu  kawan­kawan. 
Ø  Lemah / kurang interaksi dengan rakan. 
Ø  Gemar  menghisap  atau  menggigit  jari/kuku. 
Ø  Selalu  tidak  hadir  ke  sekolah  dengan  berbagai 
bagai alasan. 
Ø  Menangis ­ enggan  masuk  darjah. 
Ø  Hiperaktif. 
Kesihatan  Ø  Lemah  tubuh  badan  serta  kurang  zat  makanan. 
Ø  Tumbesaran  tubuh  badan  tidak  seimbang 
(gemuk/kurus). 
Ø  Tumpuan  perhatian  terhad (masalah  penglihatan). 
Ø  Lemah  gerakkan  motor­kasar  dan  halus. 
Ø  Kesihatan    terganggu    seperti  selalu    sakit,    sakit 
terlalu lama  dan  teruk. 
Ø  Kurang menjaga kebersihan diri.

19 
Aspek  Pemerhatian  Catatan 
Kesediaan  Ø  Belum  bersedia  untuk  belajar. 
Belajar  Ø  Perbendaharaan  kata  kurang. 
Ø  Lemah  pemahaman. 
Ø  Kurang  keyakinan diri dan rangsangan. 
Ø  Kurang  matang  –  IQ  tidak  seimbang  dengan  umur 
hayat. 
Pengamatan  Ø  Tidak   kenal  perbezaan  bentuk,  saiz,  warna  dan 
turutan. 
Ø  Lemah  pendengaran  bunyi dan rentak. 
Ø  Keliru  terhadap  konsep  ruang  dan  mencari  arah. 
Ø  Lambat  mengkelaskan  benda. 
Ø  Kesukaran    mengaitkan    pelajaran    yang    lama 
dengan  yang  baru. 
Ø  Tidak  dapat  menyelesaikan  masalah. 
Ø  Sukar    ambil    bahagian    dalam    permainan    dan 
tidak  faham  undang­undang. 
Ø  Tidak  kreatif. 
Ø  Lemah  pergerakan  dan  perbuatan. 
Ø  Lemah  daya  pemikiran/ingatan. 
Ø  Tidak  boleh  mengingat  kembali. 

1.3.1  Bagaimana mengenal pasti  murid­murid pemulihan 

i.  Melalui    perbincangan    dengan    guru    kelas    atau    guru    mata 


pelajaran. 
ii.  Rekod­rekod  prestasi 
iii.  Rekod  kesihatan 
iv.  Kerja­kerja  harian  murid 
v.  Laporan  Adab  Belajar ( LAB ) 
vi.  Melalui  pemerhatian 

Kesimpulannya,  bakal  guru  yang  ditempatkan  di  kawasan  pedalaman  harus 


mempunyai  asas  kemahiran  dalam  memberikan  pendidikan  yang  sebaik  mungkin 
untuk murid perdana  dan murid yang mengalami masalah dalam pembelajaran bagi 
menyuburkan  emosi,  mental,  sosial,  dan  intelek  terutama  bagi  murid­murid  yang 
datang kawasan pendalaman. Seterusnya, bakal guru dapat memberi peluang atau 
keseronokan  kepada  murid­murid  untuk  belajar  dan  merasa  gembira  di  atas 
kejayaan dan kemajuan yang dicapai walau di mana mereka berada.

20 
1.4  Tugasan 

Tugasan 1 

Setiap  kanak­kanak  pedalaman  mempunyai  potensi  diri  untuk  dibangunkan  dari 


semasa  ke  semasa.  Berdasarkan  ciri­ciri  kanak­kanak  pedalaman  di  bawah, 
cadangkan  langkah­langkah  atau  tindakan  yang  sesuai  untuk  membantu 
meningkatkan keupayaan kendiri mereka. 

Tindakan atau langkah­langkah 
Ciri­ciri kanak­kanak pedalaman  membantu mengatasi masalah yang 
dihadapi kanak­kanak pedalaman 

3.1  Tahap  pencapaian  rendah  dalam 


semua  mata  pelajaran  yang 
diajarkan di sekolah 

3.2  Masalah  tidak  menguasai 


kemahiran  asas  membaca, 
menulis dan mengira (3M) 

3.3  Ketidakhadiran  tanpa  sebab  ke 


sekolah 

3.4  Keciciran 

3.5  Ponteng 

3.6     Tidak minat belajar 

3.7   Tidak mempunyai cita­cita 

3.8    Sangat pemalu 

3.9  Pelupa 

3.10   Lambat menerima perubahan dan 
sukar dididik

21 
Tugasan 2 

Masalah  ketidakhadiran  murid  pedalaman  ke  sekolah  telah  menjejaskan  proses 


pengajaran  dan pembelajaran. Sebagai  seorang guru permulaan  yang  ditempatkan 
di  sekolah  pedalaman,  anda  diminta  untuk  merancang  satu  pelan  operasi  untuk 
mengubah senario di atas berdasarkan borang grafik yang disediakan. 

Bil.  Aktiviti  Petunjuk Prestasi  Peneraju 

Tugasan 3 

Cikgu  Amin  telah  mengajar  di  Tahun  2  Mawar  selama  satu  bulan.  Sepanjang 
pengajarannya,  Cikgu  Amin  mendapati  beberapa  orang  muridnya  menunjukkan 
tingkah  laku  seperti  di  bawah.  Bincangkan  aktiviti  P&P  yang  sesuai  dan  berkesan 
bagi membantu golongan pelajar ini. 

Tingkah laku yang dibantu  Aktiviti P&P
· Perasaan cepat bosan atau jemu 
terhadap pelajaran
· Perasaan takut akan perkara­perkara 
baru
· Degil, tidak patuh pada peraturan­ 
peraturan dan suka melawan
· Pasif

· Malas

· Lemah/kurang berinteraksi dengan 
rakan

· Rasa ingin tahu yang tinggi

22 
Rujukan 

Abbas Mohd. Shariff. 2002. Budaya dan Falsafah Orang Melayu. EDN Media: Singapura. 

H.Lee  Swanson,Karen  R.  Harris  &  Steve  Graham.  2006.  Handbook  of  Learning 
Disabilities.London: The Guilford Press 

Individuals  with  Disabilities  Education  Act  Amendments.  1990.P.L.104­476.  Washington 


DC:US 

Kamaruddin Abu Hassan dan Narendra Kumar a/l Anopchand.2009. Pelaksanaan program 
KIA2M  sekolah angkat  pendidikan anak orang  asli  peribumi:  Satu  bicara profesional. 
Seminar Pedagogi Peribumi Kebangsaan, Institut Pendidikan Guru Malaysia, Kampus 
Tengku Ampuan Afzan, Kuala Lipis: Pahang. 

K.A. Razhiyah. 2006. Menjadi guru pendidikan khas. Kuala Lumpur: PTS Profesional Pub. 

Mohd.  Kamal  Mohd  Ali  dan  Ab.  Rahman  Mahmud.2007.  Amalan  terbaik  melaksanakan 
kelas  intervensi  awal  membaca  dan  menulis.  Seminar  Kebangsaan  Penyelidikan 
Guru,  anjuran  Bahagian  Pendidikan  Guru,  Institut  Perguruan  Kota  Bharu,  Kelantan 
dan Institut Perguruan Sultan Mizan Besut, Terengganu. 

Mohd. Sharani Ahmad. 2004. Mengurus kanak­kanak yang susah belajar. Kuala Lumpur: 
PTS Profesional Pub. 

Sandiyao  Sebestian.  2007.  Pengesanan  kanak­kanak  dengan  keperluan  khas.  Kuala 


Lumpur:Universiti Malaya

23 
UNIT 2:  PENGURUSAN TINGKAH LAKU 

2.1  Pengenalan 

Tingkah laku adalah berbeza dan merupakan manifestasi fizikal sebarang sikap yang 
berasaskan nilai­nilai tertentu.  Menurut Lewis M. Beaker (2001), tingkah laku adalah 
sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar 
atau separa sedar. 

Manakala  Garry  Martin  &  Joseph  Pear(2003)  pula  menyatakan  bahawa    tingkah 
laku  merangkumi  aktiviti,  aksi,  prestasi,  bertindakbalas,  tindakan,  dan  reaksi  yang 
melibatkan otot­otot, kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ. 

Carl  Rogers  (1999)  menekankan  bahawa  seseorang  individu  bertingkah  laku 


mengikut  persepsi  diri  sendiri  dan  keadaan.    Sekiranya  individu  itu  mempunyai 
konsep  kendiri  yang  positif  maka  dia  berupaya  berinteraksi  dan  bertindak  dengan 
lebih yakin. 

Merujuk  perspektif  Islam,  Al­Ghazali  mengklasifikasikan    tingkah  laku  manusia 


bertujuan agama dan kemanusiaan.  Tingkah laku manusia mempunyai ciri­ciri 

§  berasaskan dorongan serta tujuan 
§  berkaitan dengan perasaan dan kesedaran terhadap satu­satu situasi itu. 

Menurut ahli Teori Behaviorisme, pembelajaran merupakan perubahan yang  secara 
relatifnya  kekal  dalam  tingkah  laku,  keupayaan  atau  sikap.    Oleh  itu  tingkah  laku 
boleh  diajar  dan  dipelajari  oleh  semua.    Sekiranya  tingkah  laku  boleh  dipelajari, 
bererti tingkah laku juga boleh diubah sebagaimana kata­kata orang tua dahulu kala; 
“Rupa tidak boleh diubah tapi perangai (tingkah laku) masih boleh diubah.”  Oleh itu, 
modifikasi  atau  pengubahsuaian  merupakan  satu  pendekatan  berstruktur  dan 
bersistematik  bagi  meningkatkan  tingkah  laku  diingini,  mengurangkan  tingkah  laku 
yang  buruk  dan  mengekalkan  tingkah  laku  sasaran  melalui aktiviti  peneguhan  bagi 
mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. 

Konsep asas pengurusan tingkah laku meliputi perkara­perkara yang berikut: 

§  perancangan yang rapi 
§  tentukan individu atau kumpulan 
§  teknik intervensi yang berkesan 
§  penilaian secara objektif 

Beberapa  perkara  perlu  diambil  kira  dengan  teliti  tentang  murid­murid  pedalaman 
sebelum program pengurusan tingkah laku dilaksanakan, seperti: 

§  kepelbagaian murid 
§  persekitaran murid 
§  tiada satu cara yang berkesan bagi semua murid 
§  program  intervensi  berdasarkan  keperluan  dan  kehendak  murid  (meliputi  aspek 
kognitif, afektif dan psikomotor)

24 
Langkah­langkah Mengenal pasti Tingkah Laku 

Tahukah anda apakah langkah­langkah mengenal pasti masalah tingkah laku murid? 

Antara langkah yang perlu dilakukan guru adalah: 

i.  Mengesan tingkah laku bermasalah 
Ujian  pengesanan  perlu  dilaksanakan  supaya  dapat  mengenal  pasti  masalah 
sebenar  yang  menyebabkan  seseorang  murid  itu  tidak  mencapai  objektif 
pembelajaran serta menentukan tahap dan arah pembelajaran murid. 

Jenis­jenis ujian yang boleh dlaksanakan bagi membuat pilihan, mengklasifikasi 
keputusan,  penilaian  rawatan  dan  mendapatkan  pengesahan  hipotesis  saintifik 
ialah: 

§  Ujian pencapaian 
§  Ujian kecenderungan 
§  Ujian minat 
§  Ujian kecerdasan, dan 
§  Ujian personaliti 

ii.  Memerhati dan merekod 
Untuk  mengkaji  dan  memahami  proses  yang  berlaku  dalam  bilik  darjah, 
pemerhatian  merupakan  teknik  berkesan  untuk  digunakan  dalam  pengumpulan 
data.  Lazimnya,  dalam  pemerhatian  anda  akan  melihat­lihat,  mendengar, 
memerhati dan  bertanya  supaya  dapat  memahami sesuatu  yang berlaku dalam 
bilik darjah. 

Melalui  pemerhatian,  anda  dapat  merapatkan  diri  dengan  murid  di  samping 
memerhati  dan  mendengar  apa  yang  berlaku  dalam  kelas.  Dengan  kehadiran 
dalam  kelas,  anda  dapat  menyaksikan  perlakuan  seperti  berjalan­jalan  dalam 
kelas,  meminjam  buku  murid  lain,  mengetuk  meja  dengan  pensel,  mengusik 
murid lain dan sebagainya. 

§  Mengumpul data melalui pemerhatian dengan menggunakan alat seperti: 
§  rekod berterusan 
§  time sampling 
§  soal selidik ibu bapa 
§  temu bual 
§  pengalaman sendiri atau orang lain 
§  rujukan daripada artikel atau jurnal 

iii.  Mengenal pasti tingkah laku yang perlu diubah suai (berdasarkan keutamaan) 
Terdapat  lima  langkah  perancangan  pengurusan  tingkah  laku  yang  perlu 
dilakukan bagi mengenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai: 

§  Kenal pasti tingkah laku sasaran yang ingin diubah suai secara spesifik 
Contoh:  kurang tumpuan 

§  Kumpul maklumat: 
o  Bilakah tingkah laku itu berlaku? 
o  Berapa kerap ia berlaku? 
o  Dalam keadaan apa ia berlaku?
25 
o  Apa berlaku sebelum tingkah laku ditunjukkan? 
o  Adakah  tingkah  laku  itu  selalu  berlaku  sewaktu  dia 
bersendirian/semasa  di  bawah  penyeliaan  guru/  semasa 
bersama orang lain? 

§  Tafsir maklumat yang dikumpul 
§  Analisis fungsional 

Stephen  Starin  (2007)  mendefinisikan  analisis  fungsional  sebagai  satu  proses 


mengenal  pasti  sebab  atau  fungsi  sesuatu  tingkah  laku  sebelum  membentuk 
tindakan pemulihan yang sesuai. 

Analisis fungsional membantu guru membina andaian mengenai: 

§  mengapa seseorang murid terlibat dalam tingkah laku tersebut 
§  bila murid berkemungkinan besar menunjukkan tingkah laku tersebut 
§  keadaan  apakah  yang  berkemungkinan  mengurangkan  tingkah  laku 
tersebut 

Terdapat 7 komponen penting dalam analisis fungsional, iaitu: 

§  Definisi operasional yang jelas mengenai tingkah laku bermasalah 
(Contoh:  William enggan mendengar arahan guru – klasifikasikan jenis 
arahan  seperti  disuruh  diam,  diminta  membuat  latihan,  dan  sebagainya 
serta tempoh masa keengganan mendengar arahan  tersebut) 

§  Kenal pasti masa, tempat dan keadaan di mana tingkah laku bermasalah 
berlaku atau tidak berlaku 
§  Kenal pasti faktor­faktor yang terjadi sebelum tingkah laku bermasalah itu 
berlaku (antesedent) 
§  Kenal  pasti  faktor­faktor  selepas  tingkah  laku  bermasalah  itu  berlaku 
(konsekuens) 
§  Menguji  antesedent dan konsekuens  tersebut bagi memerhati hubungan 
kesan antesedent dan konsekuens tersebut dengan tingkah laku sasaran 
§  Pembentukan  hipotesis  atau  andaian  terhadap  fungsi  atau  hubungan 
antara  tingkah  laku  bermasalah  itu  dengan  persekitaran  seseorang  bagi 
menghasilkan strategi intervensi 
§  Pengumpulan  data  berterusan  bagi  memantau  atau  menyemak  semula 
hubungan  fungsional  yang  diandaikan  dan/atau  strategi  intervensi  yang 
dilaksanakan. 

iv.  Rancang pengubahsuaian 
§  peneguhan semerta 
§  peneguhan bergantung kepada kekerapan ganjaran 
§  peneguhan bergantung kepada perubahan tindakan lazim murid 
§  peneguhan selepas beberapa bilangan gerakbalas yang berubah 

v.  Buat penilaian terhadap rancangan dan usaha anda 

vi.  Mengkaji punca tingkah laku bermasalah yang dikenal pasti 
§  Tingkah laku bermasalah positif 
Tingkah laku bermasalah positif  seperti rajin bertanya dan sifat ingin tahu 
berlebihan  yang  boleh  menimbulkan  masalah  kepada  guru  dan 
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
26 
§  Tingkah laku bermasalah negatif 
Tingkah  laku  bermasalah  negatif  iaitu  tingkah  laku  yang  menimbulkan 
masalah  kepada  dirinya  dan  orang  lain  seperti  disruptif  (mengganggu), 
pergantungan  berlebihan,  agresif,  distruktif  (suka  merosakkan  harta 
benda awam), kemurungan, pengasingan diri, ponteng dan sebagainya. 

vii.  Merancang program intervensi yang sesuai 
Contoh:  Program  Ekonomi  Token    bagi  menghapuskan  tingkah  laku 
yang  tidak  diingini  seperti  ponteng  sekolah,  tidak  menyiapkan  tugasan 
pada masa yang ditetapkan dan merokok. 

2.2  Punca salah laku 
Tingkah  laku  yang  ditunjukkan  oleh  kanak­kanak  berpunca  daripada  faktor­faktor 
tertentu.  Roger  Stancliffe  telah  menyenaraikan  9  faktor  yang  dikaitkan  dengan 
masalah tingkah laku kanak­kanak, iaitu: 

§  persekitaran 
§  tekanan psikologikal 
§  ketakutan  dan fobia 
§  peneguhan yang kurang sesuai 
§  kemahiran komunikasi dan sosial yang terhad 
§  kesukaran tugasan 
§  aktiviti dan tahap rangsangan 
§  kesihatan dan perubatan 
§  jangkaan tingkah laku 

2.2.1  Kesan­kesan salah laku terhadap pembelajaran 
Kesan  masalah  tingkah  laku  terhadap  pembelajaran  adalah  seperti  yang 
berikut: 

§  Kurang tumpuan terhadap pengajaran guru 
Murid  kurang  memberikan  tumpuan  terhadap  pengajaran  guru  kerana 
tidak  berminat,  letih,  bahan  yang  digunakan  tidak  menarik  atau  sesuai 
dengan tahap pencapaian serta minat murid 

§  Mengganggu proses P&P 
Murid  yang  bermasalah  tingkah  laku  akan  mengganggu  proses 
pengajaran  dan  pembelajaran  dengan  membuat  bising  serta 
mengganggu rakan­rakan mereka atau tidur di dalam bilik darjah.  Hal ini 
secara  tidak  langsung  akan  menjejaskan  suasana  pembelajaran  yang 
kondusif. 

§  Sukar memahami pengajaran guru 
Murid  menghadapi  masalah  untuk  memahami  pengajaran  guru  kerana 
keyakinan  diri yang rendah, masalah emosi serta kurang minat terhadap 
pelajaran yang diajari guru. 

§  Gagal menyiapkan tugasan yang diberi 
Murid yang kurang motivasi dan bermasalah tingkah laku ini kerap gagal 
menyiapkan  tugasan  atau  latihan  yang  diberikan  oleh  guru  dalam  bilik 
darjah. 

§  Enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti berkumpulan 
Murid enggan bekerjasama dengan rakan dalam aktiviti kumpulan kerana 
sikap mereka yang sukar difahami dan lebih suka bersendirian.
27 
2.2.2  Prinsip­prinsip asas mengurus tingkah laku 
Mengurus  tingkah  laku  memerlukan  kemahiran    guru  yang  khusus  dalam 
bidang  tersebut  berlandaskan  prinsip­prinsip  tertentu,  seperti  peneguhan, 
jenis­jenis pemerhatian dan pengurusan tingkah laku. 

2.2.2.1  Prinsip peneguhan 

Peneguhan  atau  pengukuhan  amat  penting  untuk  mengekalkan 


minat,  meningkatkan  prestaswi  atau  mengurangkan  tingkah  laku 
bermasalah.    Justeru,  peneguhan  (ganjaran  atau  dendaan)  yang 
diberikan hendaklah sesuai dan berkesan serta dapat diterima oleh 
murid. 

Terdapat  empat  jenis  peneguhan  yang  boleh  diberikan  kepada 


murid­murid, iaitu: 

(i)  Peneguhan  Ketara  (tangible)  seperti  makanan  /  minuman  / 


barangan yang disukai murid 

(ii)  Peneguhan  Deria  (sentuhan  /  tactile,  penggetar  /  vibratory, 


wangian / oltofactory, visual, auditori) 

(iii)  Peneguhan  Sosial  (pujian,  senyuman,  beri  perhatian/kasih 


sayang dan persahabatan) 

(iv)  Aktiviti  (lawatan/pertandingan  mewarna  /  teka  silang  kata/ 


menonton TV Pendidikan) 

2.2.2.2  Jenis­jenis pemerhatian 

Untuk  mengkaji  dan  memahami  proses  yang  berlaku  dalam  bilik 


darjah,  pemerhatian  merupakan  teknik  berkesan  untuk  digunakan 
dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian guru akan 
melihat­lihat, mendengar, memerhati dan bertanya untuk memahami 
apa yang berlaku dalam bilik darjah. 

Melalui  pemerhatian,  guru  dapat  merapatkan  diri  dengan  murid  di 


samping memerhati dan mendengar apa yang berlaku dalam kelas. 
Dengan kehadiran dalam kelas, guru dapat menyaksikan perlakuan 
seperti  berjalan­jalan  dalam  kelas,  meminjam  buku  murid  lain, 
mengetuk  meja  dengan  pensel,  mengusik  murid  lain  dan 
sebagainya. 

Pemerhatian  boleh  dikategorikan  mengikut  tujuan  dan  aspek 


penilaian seperti: 

(i)  memerhati tanpa membuat tafsiran 

(ii)  memerhati perlakuan atau sikap yang dikenal pasti 

(iii)  memerhati  untuk  jangkamasa  tertentu  (jangka  pendek  dan 


jangka panjang)
28 
2.2.2.3  Prinsip pengurusan tingkah laku 

Dalam melaksanakan program pengurusan tingkah laku, guru perlu 
memahami prinsip­prinsip pengurusan tingkah laku yang berikut: 

(i)  kebanyakan tingkah laku boleh dipelajari 
(ii)  semua tingkah laku adalah dirangsang secara khusus 
(iii)  tingkah laku boleh diajar dan diubah 
(iv)  matlamat perlu jelas dan khusus 
(v)  program perlu secara individu 
(vi)  program  berbentuk  semasa  (tertumpu  kepada  masalah 
tingkah laku semasa) 
(vii)  program berfokuskan persekitaran kanak­kanak 

2.3  Strategi Pengurusan Tingkah Laku 

Tingkahlaku  bermasalah  yang  ditunjukkan  oleh  murid  perlu  ditangani  segera  oleh 
guru  dengan  merancang  program  interevensi  yang  sesuai.  Proses  perubahan 
tingkah laku perlu dilakukan mengikut langkah yang telah ditetapkan seperti memilih 
tingkah laku sasaran serta merekodkan data dan melaksanakan interevensi. 

2.3.1  Strategi dan prosedur pengurusan tingkah laku 

(i)  Meningkatkan Tingkah laku 

Tingkah laku yang baik atau yang diingini seperti rajin datang  ke kelas, 
kerap menyudahkan latihan atau kerja rumah yang diberikan guru pada 
masa  yang  ditetapkan  atau  menjaga  kebersihan  dan  bilik  darjah 
hendaklah ditingkatkan lagi atau sekurang­kurangnya dikekalkan.  Guru 
boleh  meningkatkan  tingkah  laku  ini  dengan  memberi  ganjaran  yang 
berbentuk  pujian,  piala  kehadiran  penuh  pada  akhir  tahun  (Anugerah 
Majlis Kecemerlangan Sekolah), serta menjadikan murid sebagai ’model’ 
kepada murid­murid lain.  Guru juga boleh memberikan ganjaran dalam 
bentuk  token  seperti  buah­buahan,  pensil  warna,  cokelat,  dan 
sebagainya sekiranya individu atau kumpulan murid dapat mengekalkan 
sesuatu tingkah laku yang diingini guru. 

(ii)  Mengurangkan Tingkah Laku 

§  Penghapusan (extinction) 
Memerhatikan  atau  menyekat  murid­murid  daripada  terus 
melakukan  tingkah  laku  negatif  secara  beransur­ansur  dengan 
menggantikannya dengan tingkah laku baru yang positif.  Misalnya, 
ketidak hadiran ke sekolah tanpa sebab. 

Guru  perlu  merancang  aktiviti  yang  berkesan  dan  menarik    minat 


murid.  Di  samping  itu,  guru  boleh  membangkitkan  keinginan  murid 
untuk    membuat  kemajuan  dalam  pembelajaran  melalui  aktiviti

29 
lakonan,  main  peranan,  simulasi  dan  sebagainya  dengan  berlatar 
belakangkan persekitaran murid. 

Kursus  motivasi  dan  kem  bina  semangat/jati  diri  juga  dapat 


menghapuskan murid daripada terus melakukan tingkah laku negatif 
seperti  ketidak  hadiran  ke  sekolah  tanpa  sebab,  sifat  pemalu  dan 
mengasingkan  diri  serta  tidak  mahu  bekerjasama  dengan  rakan­ 
rakan lain dalam kumpulan. 

§  Hukuman/dendaan 
Contoh:  Murid  membuat  bising  di  dalam  kelas  (sama  ada  secara 
individu  atau  kumpulan).    Guru  mengenakan hukuman tahan  kelas 
(lambat  balik),  denda  fizikal,  atau  mengambil  balik  token/hak. 
Proses  bagi  mengatasi  masalah  tingkah  laku  kebisingan  ialah 
dengan  melakukan  kaedah  pemerhatian  dengan  mengikut  urutan 
langkah­langkah yang berikut: 
(i)  Melihat kekerapan tingkah laku kebisingan 
(ii)  Tempoh masa (bila tingkah laku bermasalah dilakukan) 
(iii)  Dengan siapa 
(iv)  Penilaian 
(v)  Penambah baikan (guru melaksanakan penambahbaikan atau 
pengubahsuaian kaedah pengurusan tingkah laku murid) 

§  Disensitisasi 
Tindakan  secara  beransur­ansur  untuk  menghilangkan  rasa  gugup 
atau  takut  yang  berlebihan  (takut  bercakap  di  depan  kelas,  fobia) 
Murid diberikan latihan menghafal dialog atau bait­bait puisi (pantun, 
seloka,  gurindam  dan  lain­lain)  serta  mengungkapkannya  di 
hadapan  rakan­rakan  bagi  mengatasi  perasaan  fobia  atau  takut. 
Latihan  secara  berulang  kali  atau  melalui  teater  pembaca  (teknik 
menyebut perkataan dengan intonasi dan sebutan yang betul dalam 
mata  pelajaran  bahasa)  juga  dapat  membantu  murid  mengatasi 
kegugupan dalam pertuturan serta membina keyakinan diri mereka. 

§  Overcorrection 
Prosedur  yang  memerlukan  pelajar  memperbaiki 
keadaan/kesalahan  yang  dilakukan  melebih  keadaan  sebelumnya. 
Teknik  ini  sesuai  digunakan  sebagai  latih  tubi  bagi  memperbaiki 
kesilapan  ejaan  atau  kemahiran  3M  (membaca,  menulis  dan 
mengira murid) 

Cuba  anda  renungkan  cara­cara  mengurangkan  masalah  tingkah  laku  dalam  kalangan 
murid anda di kawasan pedalaman

30 
Contoh: 

Masalah Tingkah  Cara mengurangkan masalah tingkah laku 
Laku 
1.  Autisme  1.  Menggunakan  kaedah  time  out  iaitu  membuat 
pengasingan  di  satu  sudut  bilik  darjah  dalam  masa  10 
minit yang masih boleh dipantau oleh guru kelas. 
Contoh: Murid A tidak membuat latihan Matematik 
2.  Pintar  Cerdas  dan  1.  Menggunakan  teknik  semasa  dengan  memberikan 
Berbakat  ganjaran  berbentuk  positif  atau  menggunakan  kaedah 
Ekonomi Token 
2.  Contoh:  Murid  dapat  melengkapkan  aktiviti  pengayaan 
bagi murid pintar cerdas dan berbakat 
3.  Kanak­kanak  Cacat  Peranan Guru 
Emosi  i.  Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa 
Contoh: Mengadakan aktiviti kerjasama 
Peranan Ibu Bapa 

ii.  Ibu  bapa  meninjau  tingkah  laku  anak­anak  dalam 


bentuk  gerak  balas  tertentu  setakat  yang  boleh 
dibilang. 
Contoh: 
Berapa  kali  kanak­kanak  itu  memukul  adiknya  dalam 
jangka masa tertentu. 
Ibu bapa memberi ganjaran ke atas tingkah laku yang 
diingini  dan  jangan  mudah  memberi  hukuman 
terhadap tingkah laku yang tidak dikehendaki. 
4.  Murid tidak  3.  Peranan Guru 
Bermotivasi  i.  Proses kaunseling 
§  Malas  ii.  Kem motivasi 
§  Tidak berminat  iii.  Perkhemahan 
datang ke  iv.  Kolaboratif bersama ibu bapa 
sekolah  v.  Kolaboratif bersama rakan sejawat 
§  Lambat  vi.  BBM yang menarik 
menerima  vii.  Kaedah P & P pelbagai 
perubahan  viii. Dorongan ibu bapa 
5.  ADHD  i.  Semasa  di  dalam  kelas,  jauhkan  daripada  sebarang 
gangguan dengan guru lain semasa waktu keluar. 
ii.  Murid  dibawa  ke  bilik  lain  bagi  menyelesaikan  tugasan 
dalam tempoh masa yang ditetapkan 

2.3.2  Strategi pengurusan tingkah laku  mengikut model 

Strategi  pengurusan  tingkah  laku  dilaksanakan  berasaskan  model 


pengurusan  tingkah  laku  iaitu  biofizikal,  psikodinamik,  behavioral  dan 
persekitaran 

§  Biofizikal 
Model ini menekankan bahawa punca tingkah laku adalah secara organik. 
Model  ini  melihat  hubungan  antara  kecacatan  fizikal,  kekurangan  zat

31 
makanan,  dan  penyakit  dengan  tingkah  laku  individu.  Strategi  ini 
menekankan peranan guru dalam intervensi biofizikal tersebut 

§  Psikodinamik 
Model  psikodinamik  melibatkan  teknik  kaunseling  seperti  temu  bual  dan 
terapi reality, teknik media ekspresif seperti lakonan bebas, puppet, main 
peranan,  pergerakan  kreatif,  tarian,  dan  aktiviti  fizikal.  Manakala  teknik 
tingkah  laku  yang  dibuat  secara  terancang  (planned  ignore) 
mengurangkan  ketegangan  melalui  gurauan  dan  sebagainya.  Model 
psikodinamik  melihat  punca  tingkah  laku  manusia  daripada  faktor 
dalaman  individu  itu  sendiri.  Melalui  perspektif  psikodinamik, 
perkembangan  personaliti  terjadi  semasa  kanak­kanak  berkembang 
melalui  siri  tingkat  perkembangan  psikoseksual  (oral  stage,  anal  stage, 
phallic, latency, genital). 

§  Behavioral 
Punca  tingkah  laku  manusia  berlaku  di  luar  diri  manusia  di  dalam 
persekitarannya.  Justeru  tingkah  laku  manusia  ditentukan  oleh  faktor 
luaran  di  sekelilingya.  Pengurusan  tingkah  laku  berasaskan  model  ini 
berteraskan  teori­teori  tingkah  laku  yang  melibatkan  rangsangan, 
ganjaran dan sebagainya. 

§  Persekitaran 
Intervensi  tingkah  laku  berasaskan  model  ini  termasuklah  persekitaran 
strategi  yang  berpusatkan  kanak­kanak,  berpusatkan  persekitaran, 
berpusatkan. Pengaruh persekitaran terhadap tingkah laku manusia pada 
masa  kini  sangat  ketara.  Ahli­ahli  mazhab  persekitaran  ini  menekankan 
bahawa  mengasingkan  kanak­kanak  daripada  persekitaran  yang  boleh 
menyebabkan berlakunya  tingkah laku itu  boleh mengelakkan fenomena 
tingkah laku itu berlaku. 

2.4  Tugasan 

2.4.1  Anda diminta membuat rujukan tentang: 

§  Definisi pengurusan tingkah laku yang  dilakukan oleh tokoh­tokoh  dalam 


bidang behaviourisme, humanistik, dan sosial 
§  Kajian  pengurusan  tingkah  laku  berasaskan  model  tingkah  laku  yang 
berteraskan tiga elemen penting; rangsangan, tindak balas, kesan/akibat 

2.4.2  Di  bawah  ini  diberikan  beberapa  contoh­contoh  tingkah  laku  yang  dominan 
terdapat pada murid­murid di kawasan pendalaman. Anda dikehendaki yang 
mencatat  tindakan  yang  sepatutnya  dilaksanakan  oleh  seorang  guru  bagi 
menguruskan  tingkah  laku  tersebut.  Catat  tindakan  anda  di  dalam  ruangan 
yang disediakan. Anda dikehendaki menyediakan jusifikasi yang menyokong 
tindakan­tindakan yang anda cadangkan itu.

32 
Tingkah laku yang 
Justifikasi 
Bil  perlu diurus oleh  Punca/sebab  Tindakan 
tindakan 
guru 
1  Ibu bapa melibatkan  Tenaga buruh 
anak dalam aktiviti 
menuai hasil 
tanaman 
2  Kerap ponteng  Jarak sekolah yang 
sekolah  jauh dari rumah 
3  Tidak menumpukan  Kurang tumpuan 
perhatian dalam 
kelas 
4  Keupayaan  Kurang zat makanan 
pemikiran yang tidak 
berdaya saing 
5  Tidak cerdas  Persekitaran tidak 
mencabar minda 
6  Kanak­kanak ADHD  Ibu bapa/guru tidak 
dapat mengenal 
pasti  murid 
bermasalah 
pembelajaran 
7  Penampilan diri tidak  Ketidakupayaan 
kemas  mendapatkan 
kemudahan asas 
yang terhad 
8  Pergaulan yang  Rasa rendah diri 
terbatas/tidak luas 
9  Komunikasi terhad  Penguasaan bahasa 
yang lemah 
10  Adab makan tidak  Kurang pendidikan 
teratur  & pendedahan etika 
makan 

2.4.3  Anda telah ditempatkan di  sebuah  sekolah pedalaman,  tugas pertama  anda 


adalah  mengenal  pasti murid­murid di bawah tanggungjawab anda dari segi 
latar  belakang,  budaya  dan  pengaruh  persekitaran  bagi  membantu  anda 
mengurus tingkah laku murid­murid anda. 

Sediakan  satu  prosedur  untuk  membantu  murid­murid  anda  supaya  dapat 


menunjukkan tingkah laku yang diingini sebagai seorang murid sekolah yang 
berkesan.  Pelaksanaan  pelan  tindakan  anda  hendaklah  merangkumi  aspek­ 
aspek berikut: 

§  Perkara 
§  Strategi 
§  Tindakan 
§  Penunjuk prestasi dan 
§  Peneraju

33 
Rujukan: 

Jamila  K.A. Mohamed. 2005. Pendidikan khas untuk kanak­kanak istimewa. Kuala Lumpur 
PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. 

Hamidah  Sulaiman.  2007.    “Modul  HBSE2203  Pengurusan  Tingkah  Laku  Kanak­kanak 


Berkeperluan Khas”.  Kuala Lumpur:  Open University Malaysia. 

Hasnah Udin. 1988. Bimbingan kanak­kanak luar  biasa. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan 
Pustaka. 

Sandra F.Rief. 2007. Bagaimana  mendekati dan mendidik kanak­kanak ADD/ADHD. Kuala 
Lumpur. Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad. 

Bahagian Pendidikan Guru. 2007. ”Modul 1/3 Pengurusan tingkah laku.” dalam Pendidikan 
Pemulihan. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (Sekolah Rendah) Mod Latihan Perguruan 
Berasaskan Sekolah. Kuala Lumpur:  Kementerian Pendidikan Malaysia.

34 
UNIT 3:  PENGURUSAN  AKTIVITI  PENGAJARAN  –  PEMBELAJARAN  KELAS 
BERCANTUM 

3.1  Pengenalan Kelas Bercantum 

3.1.1  Latar belakang dan konsep kelas bercantum 

Setiap  murid  di  negara  ini  perlu  diberikan  peluang  untuk    memperoleh  pendidikan 
selaras  dengan  pendemokrasian  pendidikan.  Oleh  sebab  terdapat  banyak  sekolah 
kurang murid di pedalaman, kelas bercantum diadakan.  Bilangan murid di sekolah­ 
sekolah ini adalah minima dan tidak mencukupi untuk dijadikan sebuah kelas biasa. 
Walau bagaimanapun,  sekolah  kurang  murid tidak  boleh  ditutup oleh  kerana setiap 
kanak­kanak di negara ini perlu diberikan akses kepada kemudahan persekolahan di 
tempat yang berhampiran dengan kediaman mereka. Di samping itu, bilangan guru 
di sekolah­sekolah tersebut juga adalah sedikit dan dengan itu, perlu mengajar lebih 
daripada satu kelas pada masa­masa tertentu. 

Sejarah  kelas  bercantum  telah  bermula  sejak  penjajahan  British  di  negara  ini  di 
mana  ia  dikenali  sebagai  Multiple  Class  Teaching.    Multiple  Class  Teaching 
dijalankan  di  Lower  Primary  School  ketika  itu  oleh  sebab  keadaan  bilangan  guru 
yang sangat minima dan kemudahan asas seperti bilik darjah dan papan tulis tidak 
mencukupi. 

Konsep  kelas  bercantum  merujuk  kepada  kelas­kelas  di  sekolah  rendah  yang 
mengandungi  murid­murid  yang  umurnya hampir  sebaya;  misalnya  tahun  satu  dan 
dua, tahun tiga dan empat serta tahun  lima dan enam. 

3.1.2  Definisi kelas bercantum 

Kelas  yang  mana  seseorang  guru  mengajar  lebih  daripada  satu  kelas  yang 
mempunyai  murid­murid  yang  berbeza  umur  dan  tahun  persekolahan  pada  masa 
yang sama. 

3.1.3  Ciri­ciri kelas bercantum 

i.  Kelas ini wujud di sekolah rendah sahaja. 

ii.  Murid­murid berbeza peringkat umur dan tahun persekolahan 
iii.  Bilangan  murid  kurang  daripada  10  orang  dan  dengan  itu,  tidak 
membolehkan satu kelas biasa dibuka. 
iv.  Guru  mengajar  lebih  daripada  satu  tahun  persekolahan  kerana  peruntukan 
guru mengikut bilangan kelas. 
v.  Strategi pengajaran dan pembelajaran berbeza daripada kelas biasa.

35 
3.1.4  Kepentingan kelas bercantum 

Kelas bercantum yang diwujudkan di sekolah­sekolah kurang murid khususnya dapat 
mengatasi masalah bilangan  murid­muridnya tidak mencukupi untuk dijadikan satu 
kelas  tunggal.  Sehubungan  itu,  semua  murid  yang  tinggal  di  kawasan  pedalaman 
mendapat peluang untuk bersekolah di tempat sendiri walaupun sekolah berkenaan 
mempunyai bilangan murid yang terlalu sedikit. 

Sekolah­sekolah  di  pedalaman  mempunyai  hambatan  daripada  aspek  kemudahan 


asas,  infrastruktur  dan  kewangan.  Oleh  yang  demikian,  kelas  bercantum  boleh 
meminimumkan  kekurangan  berkenaan  dengan  perkongsian  penggunaan  yang 
maksimum. 

3.2  PENGELOLAAN DAN PENGURUSAN KELAS BERCANTUM 

3.2.1  Komposisi Dalam Kelas Bercantum 

Kelas  bercantum  “sebagai  satu  bentuk  pengajaran  yang  mana  seorang  guru 
mengajar murid­murid terdiri daripada beberapa gred atau lebih daripada satu gred 
di  dalam  sebuah  bilik  darjah.”  (UNESCO,  1988).    Maka  komposisi  dalam  kelas 
bercantum hanya berlaku dalam situasi­situasi berikut: 

i.  Kalau  enrolmen  tahun  /  darjah  berkenaan  ada  10  orang  murid  atau  lebih, 
kelas tidak perlu dicantum. 
ii.  Kalau bilangan guru mencukupi, kelas tidak perlu dicantum. 
iii.  Kalau  bilangan  guru  tidak  mencukupi  dan  bilangan  murid  adalah  10  orang 
atau kurang, kelas perlu dicantum. 
iv.  Seelok­eloknya satu kelas bercantum tidak melebihi 20 orang murid. 
v.  Umur  murid­murid  dalam  satu  kelas  bercantum  perlulah  hampir  sama  dan 
dari  tahap  yang  sama,  misalnya  darjah  satu  dan  dua  atau  darjah  dua  dan 
tiga. 

Walau bagaimanapun mungkin terdapat juga percantuman yang berlainan: misalnya 
di sekolah­sekolah yang mana bilangan gurunya mencukupi, darjah satu dan darjah 
enam  sengaja  tidak  dicantumkan  kerana  difikirkan  darjah  satu  itu  memerlukan 
perhatian seorang guru khas untuk menanam pelajaran asas yang kukuh dan darjah 
enam  pula  perlu  diberi  persediaan  yang  sistematik  untuk  menghadapi  Ujian 
Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR). 

3.2.2  Penyusunan Bilik Darjah Kelas Bercantum 

Kerja­kerja  mengelola  dan  mengurus  kelas­kelas  bercantum  memerlukan  banyak 


persediaan  dan  pendekatan  yang  mahir  daripada  pihak  guru.    Sebagaimana  kita 
sedia maklum, satu­satu kelas bercantum itu mempunyai murid­murid yang berlainan 
umur  dan  pencapaian  akademik  yang  berbeza.    Bagi  menjamin  wujudnya  suasana 
pembelajaran  yang  menggalakkan  adalah  mustahak  bagi  guru  memberi 
pertimbangan  sewajarnya  kepada  aspek  pengurusan  bilik  darjah.    Bilik­bilik  darjah 
yang terdapat di sekolah­sekolah bukanlah dibina khas untuk mengajar murid­murid 
dalam  situasi  “bercantum”.    Guru­guru  yang  mengajar di  kelas  bercantum  bolehlah

36 
menggunakan  kebijaksanaan  mereka  memikirkan  cara­cara  yang  sesuai  dan 
praktikal bagi menyediakan bilik darjah kelas bercantum.  Tujuan bahagian ini adalah 
untuk memberi satu gambaran mengenai aspek­aspek pengelolaan dan pengurusan 
kelas  bercantum  yang  dipertimbangan  supaya  boleh  menimbulkan  suasana 
pengajaran­pembelajaran yang berkesan. 

3.2.3  Penyusunan Bilik Darjah Untuk Pengajaran­Pembelajaran 

Satu­satu  kelas  bercantum  itu  mengandungi  murid­murid  yang  berlainan  umur  dan 
pencapaian  akademik  yang  berbeza.    Situasi  ini  memerlukan  guru  kelas  tersebut 
mengajar dengan menggunakan pendekatan­pendekatan dan kaedah­kaedah yanlg 
berbagai  corak  misalnya,  ada  masanya  beliau  terpaksa  mengajar  murid­murid 
secara kelas, ada masanya secara kumpulan, ada masanya perlu diberi bimbingan 
secara perseorangan, dan  ada masanya pula beliau menggabungkan kesemuanya. 
Oleh  yang  demikian,  penyusunan  kerusi­meja  dalam  satu­satu  kelas  bercantum  itu 
perlulah  diubahsuaikan  dengan  kaedah  pengajaran  yang  berbeza­beza  dan  yang 
boleh  memberi  peluang  kepada  murid­murid  menyertai  berbagai­bagai  aktiviti 
pembelajaran. 

Beberapa  contoh  penyusunan  kerusi  meja  telah  diberi  dalam  Buku  Panduan  Guru 
Kelas  Bercantum  PPK.    Walau  bagaimanapun,  perlulah  difikirkan  bahawa  contoh­ 
contoh ini tidaklah menyeluruh dan mungkin ada lagi penyusunan lebih sesuai yang 
boleh  dipertimbangkan.    Dalam  penyusunan  bilik  darjah  beberapa  garis  panduan 
bolehlah dirumuskan untuk panduan guru: 

i)  Kerusi meja hendaklah disusun dengan sempurna supaya guru dapat melihat 
murid­murid  dari  mana­mana  tempat  dalam  bilik  darjah.    Ini  juga  dapat 
membantu guru  mengawal  semua  yang  berlaku dan memberi  panduan  dan 
bimbingan kepada murid­murid bila perlu. 
ii)  Sudut­sudut tertentu hendaklah disediakan untuk semua mata pelajaran dan 
juga untuk aktiviti pemulihan, bacaan, rehat, permainan dan sebagainya. 
iii)  Kerusi­meja  elok  disusun  semula  dari  semasa  ke  semasa  untuk 
menyesuaikannya dengan situasi pengajaran­pembelajaran yang berlainan. 
iv)  Selain  daripada  itu,  perlulah  difikirkan  juga  kemungkinan  mengadakan 
kemudahan­kemudahan lain seperti : 
a.  Papan flenal, 
b.  Papan tulis bergerak, 
c.  Tikar / linolium 
d.  Bilik setor untuk penyimpanan barang, 
e.  Dawai­dawai yang diregang untuk menggantung bahan­bahan / hasil 
kerja murid 
f.  Tempat penyimpan / pameran beroda. 

3.2.4  Penyimpanan Rekod 

Dalam  situasi  kelas  bercantum  yang  mana  murid­murid  terlibat  dalam  aktiviti  yang 
berlainan,  rekod  murid  yang  teratur  dan  kemas  kini  hendaklah  disediakan.  Antara 
lain rekod tersebut hendaklah menunjukkan:

37 
i)  Kedudukan murid­murid dalam tiap­tiap kumpulan dan aktiviti­aktiviti yang 
telah dikendalikan oleh kumpulan tersebut; 
ii)  Aktiviti­aktiviti yang telah dikendalikan oleh murid­murid secara individu; 
iii)  Rekod kemajuan murid­murid dalam bentuk markah dan / atau gred; 
iv)  Rekod pemindahan murid­murid satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain. 

3.3  PENGURUSAN KURIKULUM 

3.3.1  Pengelolaan Proses Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 

Kerja­kerja  mengelola  kelas­kelas  bercantum  banyak  memerlukan    persediaan  dan 


pendekatan  yang  mahir  daripada  pihak  guru.  Tujuan  bahagian  ini  adalah  untuk 
memberi satu gambaran mengenai aspek­aspek pengelolaan kelas bercantum yang 
perlu  dipertimbangkan  supaya  dapat  menimbulkan  suasana  pengajaran  dan 
pembelajaran  yang  berkesan.  Di  sekolah­sekolah  yang  ada  kelas  bercantum 
mungkin  terdapat  seorang  dua  guru  yang  tidak  terlatih.  Dalam  keadaan  yang 
demikian perlulah dipastikan kelas­kelas bercantum dipertanggungjawabkan kepada 
guru­guru terlatih dan berpengalaman sahaja. 

3.3.1.1   Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kelas Bercantum 

Kebanyakan  kerja­kerja  di  sekolah  rendah  dijalankan  di  dalam  bilik  darjah 
dan  kebanyakan masa belajar murid­murid dihabiskan bersama gurunya. Ini 
sudah  tentu  memerlukan  arahan­arahan  daripada  guru  darjah  setiap  masa 
untuk  membolehkan  murid­murid  memahami  dan  mengikut  pengajarannya. 
Dalam  situasi  pengajaran  secara  kelas,  murid­murid  tidak  dapat  peluang 
belajar  sepenuhnya,  kerana  tiap­tiap  murid  mempunyai  daya  tanggapan, 
imaginasi,  minat  dan  konsentrasi  yang  berbeza­beza  walaupun  mereka 
dalam  kumpulan  umur  yang  sebaya.  Oleh  itu  murid­murid  di  bawah 
jagaannya  lebih  sesuai  dibahagikan  kepada  kumpulan­kumpulan  kecil. 
Prinsip­prinsip pecahan kepada kumpulan adalah seperti berikut: 

i.  Kumpulan Sama Kebolehan 
ii.  Kumpulan Pelbagai Kebolehan 
iii.  Kumpulan Tahun Persekolahan 
iv.  Kumpulan Sosial 
v.  Kumpulan Individu 

3.3.1.2   Kumpulan Sama Kebolehan 

Kumpulan  yang  sama  kebolehan  ini  dikenali  sebagai  kumpulan  akademik. 


Pelajaran  seperti  matematik  dan  bahasa  amatlah  sesuai  diajar  mengikut 
kumpulan ini. Guru memerhati dan mencatat pencapaian murid­murid dalam 
aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  dan  kemudian  secara  berhati­hati 
membahagikan  murid­murid  pada  kumpulan­kumpulan  tertentu. 
Pembahagian  murid­murid  kepada  kumpulan­kumpulan  yang  lemah.  Cara 
pembahagian begini akan lebih cenderung membawa kepada bilangan murid­ 
murid  dalam  kumpulan  sederhana  adalah  lebih  ramai  daripada  murid­murid

38 
dalam  kumpulan  cerdas  dan  lemah.  Guru  hendaklah  lebih  menitikberatkan 
keperluan kumpulan yang lemah ini.

CANTUMAN KELAS: CANTUMAN TAHUN2 DAN 3


KAEDAH KUMPULAN SAMA KEBOLEHAN 

PAPAN TULIS
Me
Gu ja 
ru

SUDUT PEMBELAJARAN
SUDUT PEMBELAJARAN

A  B 

C  SUDUT BACAAN

SUDUT PAMERAN 

PETUNJUK: ­ KUMPULANA 
Tahun 2 dan 3yang  lambat 
TAHUN 2 KUMPULANB 
Tahun 2 dan 3yang  sederhana 
TAHUN 3 KUMPULANC 
Tahun 2 dan 3yang  cerdas

3.3.1.3  Kumpulan Pelbagai Kebolehan 

Kumpulan  ini  terdiri  daripada  murid­murid  yang  pelbagai  kebolehan.  Kalau 


murid­murid dibahagikan mengikut kumpulan ini, dalam tiap­tiap kumpulan itu 
nanti terdiri daripada murid­murid yang berkebolehan dalam pelbagai aktiviti, 
ada  yang pandai  membaca, ada  yang pandai  melukis, ada  penulis dan ada 
juga  yang  aktif  dalam  kerja­kerja  praktikal.  Murid  yang  cerdas  dapat

39 
membantu  murid  yang  lambat.  Biasanya  kumpulan  ini  dibentuk  untuk 
menjalankan  satu­satu projek.  Oleh itu  kumpulan  yang  mempunyai  pelbagai 
kebolehan  dapat  menghasilkan  kerja  projek  yang  berjaya.  Lembaran  kerja 
pula disediakan mengikut kebolehan individu. 

3.3.1.4  Kumpulan Tahun Persekolahan 

Guru  mengajar  satu  tahun  tertentu,  manakala  masa  yang  sama  kumpulan 
tahun  persekolahan  lain  melakukan  kerja  sendiri.  Sesuai  bagi  kemahiran 
yang berbeza. Setiap darjah ada kumpulan: 

§  lambat 
§  sederhana 
§  cerdas 
Guru  mengajar  mengikut  darjah  secara    bergilir.  Sediakan  lembaran  kerja 
untuk semua  kumpulan. 

P e n g e n d a lia n K e la s ss ee cc aa rr aa
KK aa ee dd aa hh D a r ja h // TT aa hh uu nn P e r s e k o la h a n

G U R U

g  u  r  u  m  e  n  g  a  j  a  r 
s  e  c  a  r  a  b  e  r  g  i  l  i  r 

T A H U N 2 T A H U N 3

k  u  m  p  u  l a  n  k  u  m  p  u  l a  n

A C A B C
B

3.3.1.5  Kumpulan Sosial 

Kumpulan  ini  berbeza  dengan  Kumpulan  Aktiviti  dan  Kumpulan  Pelbagai 


Kebolehan  kerana  kumpulan  ini  dibentuk  berdasarkan  kepada  penyesuaian 
kanak­kanak  itu  sendiri.  Di  sini  kanak­kanak  diberi  peluang  memilih 
kumpulan­kumpulannya  sendiri.  Jenis­jenis  aktiviti  yang  dibuat  biasanya 
termasuklah  permainan,  pelajaran  muzik,  drama  atau  pelajaran  bercorak 
rekreasi dan kerehatan. 

3.3.1.6  Kumpulan Individu 

Kaedah ini boleh digunakan setelah semua kumpulan murid telah melibatkan 
diri  dalam  aktiviti  pembelajaran.  Guru  mengambil  kesempatan  untuk 
membimbing secara individu. 

3.3.2  Rancangan Pengajaran Kelas Bercantum

40 
3.3.2.1    Pengubahsuaian Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran 

Guru­guru yang terlibat dalam kelas bercantum perlu sedar sukatan pelajaran 
yang  disediakan  oleh  PPK  adalah  untuk  kegunaan  kelas  biasa.  Sukatan 
Pelajaran tersebut perlu diubahsuai supaya selaras dengan kehendak murid­ 
murid dalam kelas bercantum. 

Guru  yang  mengajar  kelas  bercantum  Tahun  4  dan  5  perlu  meneliti  isi 
kandungan  sukatan pelajaran  bagi  kedua­dua  tahun  tersebut  dan  membuat 
penyesuaian bagi setiap mata pelajaran supaya dapat diajar serentak. (rujuk 
Rancangan Pengajaran Harian) 

Mata pelajaran dan tajuk yang sama boleh diajar serentak mengikut prinsip­ 
prinsip  kelas  bercantum.  Guru  perlu  mengubahsuai  jadual  waktu  supaya 
mata  pelajaran  berkenaan  dapat  diajar  dengan  serentak.  Namun  jika  dua 
tajuk berlainan terpaksa diajar pada satu masa, kaedah pengajaran kumpulan 
perlu dititikberatkan. 

GABUNGAN KEMAHIRAN DALAM 
MATEMATIK 
KEMAHIRAN NOMBOR YANG SAMA 
Bil.  Tahun 1  Tahun 2  Tahun 3 

1  Nombor 1­ 
Nombor 1 ­10 
10  Nombor  Nombor 
kurang 300  kurang 700 

PENGGUNAAN MASA KAEDAH DARJAH / TAHUN PERSEKOLAHAN 

MASA  TAHUN 2  TAHUN 3 

15 minit  Guru Mengajar  Kerja sendiri 

15 minit  Kerja sendiri  Guru Mengajar

41 
3.3.2.2  Penyediaan Rancangan Pengajaran Harian Kelas Bercantum 

Rancangan  Pengajaran  Harian  merupakan  satu rekod  yang  sangat  penting 


bagi  guru  berdasarkan  surat  pekeliling  K.P  Bil.256/1961.  Rancangan 
Pengajaran Harian sangat penting kerana: 

i.  ia sebagai satu rujukan persediaan pelajaran harian. 
ii.  ia  dapat  menentukan  kemajuan  sesuatu  kelas  dalam  pelbagai  mata 
pelajaran. 
iii.  ia sebagai panduan berkenaan kemajuan dan prestasi sesorang murid. 
iv.  dapat  menyemak  tugasan­tugasan  yang  sudah  atau  belum  selesai 
dalam rancangan untuk setahun. 
v.  sebagai  panduan  dan  membantu  guru­guru  lain  yang  mengambil  alih 
mengajar sesuatu darjah. 

Rancangan  Pengajaran  Harian  terus  dianggap  sebagai  rujukan  penyediaan 


pelajaran  harian  tetapi  lebih  menekankan  kepada  pendekatan  yang 
menyeluruh dan saling berkaitan bagi kedua kelas yang dicantumkan.

42 
CONTOH 

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 
KELAS BERCANTUM 
MATEMATIK 
TAHUN 1 DAN 2 

Mata Pelajaran  :  MATEMATIK 
Cantuman Kelas  :  Tahun 1 dan Tahun 2 
Bilangan murid  :  Tahun 1 – 10 orang 
Tahun 2 – 10 orang 
Masa  :  60 minit 
Kaedah  :  Kelas dan Tahun 
Tajuk  :  Tambah dalam lingkungan 100 

Kemahiran  :  Tahun 1 
Menambah sebarang dua nombor dua digit  dengan  satu 
digit tanpa mengumpul semula dan hasil tambahnya tidak 
lebih daripada 100. 

Tahun 2 
Menambah sebarang dua nombor dua digit dan satu digit 
dengan  mengumpul  semula  dan  hasil  tambahnya  tidak 
lebih daripada 100. 

Objekti  :  Pada akhir pembelajaran murid­murid dapat 

a.  menambah  sebarang  dua  nombor  dua  digit  dan 


satu  digit  tanpa  mengumpul  semula  dan  hasil 
tambahnya tidak lebih daripada 100. 
b.  menambah  sebarang  dua  nombor  dua  digit  dan 
satu  digit  dengan  mengumpul  semula  dan  hasil 
tambahnya tidak lebih daripada 100. 

Objektif KBKK  :  Menyusun atur digit nombor mengikut rumah  dalam 
proses penambahan. 

Nilai Murni  :  Mengamalkan semangat bekerjasama, teliti 

PSA  :  Tahun 1 
Murid dapat menambah sebarang nombor 2 digit & 1 digit 
dalam lingkungan 50, tanpa mengumpul semula. 

Tahun 2 
Murid dapat menambah sebarang nombor  2 digit & 1 digit 
dalam lingkungan 50, dengan mengumpul semula.

43 
Aktiviti  Catatan 
Langkah  Tahun 1  Tahun 2 
(Masa) 
Set Induksi  Guru bersoaljawab dengan murid tentang  Kaedah kelas 
(5 minit) 
(2  jumlah murid­murid Tahun 1 
ii)  jumlah murid Tahun 2 

iii)  jumlah keseluruhan murid Tahun 1 dan Tahun 2 
(dengan cara membilang/guna operasi “+” dalam 
bentuk lazim) 

Langkah 1  Guru menunjukkan bagaimana menambah sebarang dua  Murid­murid 


nombor  dua  digit  dan  satu  digit  tanpa  mengumpul  Tahun  1  dan 
(15 minit)  semuladan hasil tambahnya tidak lebih daripada 100.  Tahun  2  belajar 
Contoh: 
bersama  secara 
(3  63 + 5 = 
//////////  //////////  kelas.

//////////                      ////////// 

//////////                      ////////// 

//////////     +  ///// =     ////////// 

//////////                      ////////// 

//////////                      ////////// 

////  ///////// 

Berdasarkan  contoh  di  atas  guru  menunjukkan  cara 


menulis dalam bentuk lazim 

Pu   Sa 

6       4                   6       4 

+         5  atau  +          5 

_______               _______ 

Guru menekankan setiap pengiraan dalam bentuk lazim 
dimulakan dari rumah Sa. 

Guru beri 1 contoh serupa lagi. 

Guru memilih murid secara rawak untuk membuat latihan 
di papan tulis. 

1) 82 + 6              8      2 

+        6 

44 
______ 

2) 88 + 5  8      8 

+         5 

_______ 

Langkah II  Murid­murid  membuat  Guru  mengajar  bagaimana 


lembaran kerja  menambah  sebarang  dua 
(15 minit)  nombor  dua  digit  dan  satu  digit 
dengan  mengumpul  semula, 
hasil  tambah  tidak  lebih 
daripada 100 

contoh: 

46 + 5 = 

//////////                 ////////// 

//////////                 ////////// 

//////////   +  /////  = ////////// 

//////////                ////////// 

//////                   ////////// 

tunjuk  cara  pengiraan  dalam 


bentuk lazim. 

Pu  Sa 

2    7             3     6 

+       5  +        6 

_______         ______ 

guru  ulang  dengan  contoh 


serupa. 

Langkah III  Guru  dan  murid  hasil  Murid  membuat  kerja  dalam  Kaedah darjah 
kerja bersama.  kumpulan kebolehan 
(20 minit) 
Beri pengayaan  (lembaran kerja) 
(lembaran kerja)  Guru semak bersama murid.  Kaedah kelas 

Penutup  Guru menanyakan murid apakah yang dipelajari hari ini 
untuk rumusan
(5 minit) 

45 
Bagi satu contoh penambahan dalam bentuk lazim 

3.3.2.3  Pengurusan Jadual Waktu 

Jadual  waktu  hendaklah  disusun  mengikut  masa  yang  diperuntukkan  untuk 


sesuatu  mata  pelajaran.  Sebaik­baiknya  gabungan  2­3  waktu  untuk  satu 
mata  pelajaran  secara  berterusan  terutama  mata  pelajaran  teras.  Sebaik­ 
baiknya hanya 5 mata pelajaran sehari. 

Jadual waktu disusun pada waktu yang sama bagi mata pelajaran yang sama 
mengikut  kelas  yang  dicantumkan.  Jadual  waktu  boleh  juga  disusun  bagi 
mata  pelajaran  yang  berlainan  tetapi  pendekatan  dan  kaedah  pengajaran 
guru perlu diubahsuai mengikut aktiviti yang hendak dikemukakan. 

Tumpuan  perlu  diberikan  kepada  mata  pelajaran  asas  iaitu  Bahasa  Melayu 
bagi  SK/SRK,    Bahasa  Tamil  dan  Bahasa  Cina  bagi  SRJK,  Matematik, 
Bahasa Inggeris dan Sains. (Rujuk Lampiran 6 : Jadual Waktu) 

3.3.3  Bahan Bantu Mengajar Kelas Bercantum 

Guru­guru yang mengajar kelas bercantum perlu menyediakan banyak bahan­bahan 
bantu  mengajar  yang  sesuai  untuk  digunakan  dalam  kelas  bercantum.    Hal  ini 
penting kerana murid­murid boleh menggunakan bahan­bahan yang disediakan bila 
guru mereka mengajar kelompok tahun persekolahan yang lain. 

3.3.3.1  Garis  Panduan  Penyediaan  Bahan  Bantu  Mengajar  untuk  Kelas 


Bercantum 

i.  Tajuk­tajuk  yang  dipilih  hendaklah  sesuai  dijadikan  bahan­bahan 


pengajaran sendiri. 
ii.  Bahan­bahan  disediakan  secara  bersiri  yang  disusun  mengikut  turutan 
supaya  murid  boleh  menggunakan  berdasarkan  kebolehan  dan  tahap 
penguasaan masing­masing. 
iii.  Bahasa  yang  digunakan  perlu  diselaraskan  dengan  kebolehan  murid­ 
murid. 
iv.  Bahan­bahan boleh digunakan tanpa pengawasan guru. 

3.3.3.2  Jenis­jenis dan sumber bahan bantu mengajar 

Antara bahan bantu mengajar yang boleh digunakan untuk kelas bercantum 
ialah kad kerja, kit pembelajaran dan bahan­bahan pengajaran guru sendiri. 

Kad kerja merupakan lembaran kerja yang disediakan dalam bentuk kad atau 
kertas  yang  seragam  saiznya.  Guru  boleh  menyediakan  sendiri  atau 
mendapatkan  bahan  tersebut  dari  Pusat  Kegiatan  Guru  sekiranya  ada. 
Terdapat  juga  syarikat­syarikat  penerbitan  yang  menghasilkan  kad­kad 
berkenaan untuk dijual ke sekolah­sekolah.  Kad kerja hendaklah diletakkan 
di tempat  atau sudut  yang mudah diakses oleh murid­murid setiap masa.

46 
Kit  pembelajaran  terdiri  daripada  satu  kit  yang  mengandungi  kad­kad  kerja, 
pita  kaset,  carta,  gambar  slaid,  radas  dan  bahan­bahan  berkaitan.  Kit 
dibekalkan  oleh  syarikat­syarikat  tertentu  atau  agensi­agensi    kerajaan. 
Guru­guru  dapat  menggunakan  kit  ini  dengan  mudah  berdasarkan  modul 
atau manual penggunaan yang disertakan. 

Selain  daripada  kedua­dua  bahan  bantu  di  atas,  guru  juga  dapat 
menggunakan inisiatif dan kreativiti masing­masing bagi menyediakan bahan 
mereka sendiri. Walau bagaimanapun, guru perlu peka kepada aspek­aspek 
seperti  tajuk  pengajaran,  bahasa  dan  lembaran  kerja  yang  bersesuaian 
dengan kebolehan murid­murid mereka dan berpandukan sukatan pelajaran. 

3.3.4  Penilaian 

Penilaian  untuk  murid­murid  kelas  bercantum  adalah  penting  untuk  mengukur 


pencapaian murid­murid berkenaan. Sehubungan itu, guru­guru yang mengajar kelas 
bercantum dapat mengenalpasti kekuatan dan kekurangan dalam proses pengajaran 
dan pembelajaran mereka. 

Berikut ialah cara­cara menilai murid­murid kelas bercantum ; 

a.  Pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah. 
b.  Semakan untuk tugasan kumpulan / individu boleh dlakukan dengan kerjasama 
murid di dalam kelas. 
c.  Ujian­ujian formal untuk menguji pencapaian murid­murid berkenaan. 
d.  Ujian  diagnostik  yang  dapat  mengenalpasti  kelemahan/  penguasaan  murid­ 
murid. 

3.4  Tugasan / Latihan 

Dalam kumpulan berdua, pelajar dikehendaki melaksanakan salah satu tugasan berikut: 

Tugasan 1: 

Antara bentuk tingkah laku adalah seperti berikut. Catatkan hasil perbincangan anda seperti 
grafik yang disediakan di bawah mengenai tindakan guru serta justifikasi tindakan. 

Bil.  Bentuk tingkah laku di  Tindakan guru  Justifikasi 


dalam kelas bercantum  tindakan 

1.  Murid  mengganggu  aktiviti 


pengajaran–pembelajaran 
kumpulan lain 

2.  Masalah kebisingan 

3.  Murid  tidak  mengambil 


bahagian 

4.  Pelajar hiperaktif 

Tingkah laku yang lain

47 
Tugasan 2: 

Anda  akan  mengajar  satu  topik  untuk  mata  pelajaran  Bahasa  Melayu  kelas  bercantum 
Tahun  4  dan  Tahun  5.  Anda  perlu  menyediakan  bahan  atau  sumber  pengajaran­ 
pembelajaran  yang  sesuai  untuk  kelas  tersebut.  Senaraikan  bahan  sumber  serta  contoh 
yang  sesuai  untuk  pengajaran  topik  yang  anda  pilih  serta  cara  penggunaannya.  Gunakan 
contoh grafik berikut: 

Jenis bahan P&P  Bahan untuk Tahun  Bahan untuk Tahun 5 


4  dan  cara  Dan cara penggunaan 
penggunaan 

Tugasan 3: 

Pelajar dikehendaki menyediakan satu Rancangan Pengajaran Harian (RPH) yang lengkap 
untuk  sebuah  kelas  bercantum  untuk  murid­murid  dua  tahun  yang  berbeza.  Nyatakan 
dengan jelas langkah­langkah pengajaran dan pembelajaran serta alat ABM yang digunakan 
untuk kelas tersebut. 

RUJUKAN 

Anthony Candia, (1989), Pengurusan Bilik Darjah Dalam Konteks Kelas Bercantum. 

Asmah bt. Hj Ahmad, (1989),  Pedagogi 2, Siri Pendidikan Logman. 

Kementerian Pelajaran malaysia, (1982),  Buku Panduan Khas Kelas Bercantum 
Kurikulum Baru Sekolah Rendah. 

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1980 ­ pindaan, 1982), Pusat Perkembangan 
Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia, Panduan Kelas Bercantum. 

Mok Soon Sang, (1994),  Matematik KBSR dan Strategi Pengajaran: Siri Pendidikan 
Perguruan Kumpulan Budiman sdn. bhd. Kuala Lumpur. 

Siri Pendidikan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah, (1992), Jilid 5 ­ Pengurusan Bilik 
Darjah, Kementerian Pendidikan Malaysia. 

____________ ( 1982), Small Group Work in the Classroom,  (Curriculum Branch 
Education Department of Western Australia).

48 
Unit 4:  Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 

4.  Apa itu Pembelajaran Berasaskan Projek (PBL)? 

4.1  PBL Berasaskan Kurikulum dan Sukatan Pelajaran 

PBL  memainkan  peranan  penting  dalam  memenuhi  tuntutan  sukatan  pelajaran. 


Dalam  PBL  proses  inkuiri  bermula  dengan  membentuk  soalan  pencetus  idea 
yang  membantu    pelajar  menghasilkan  projek  secara  kolaboratif  merentasi 
pelbagai mata pelajaran berdasarkan kurikulum yang ditetapkan. 

4.2  PBL ­ Pembelajaran Secara Mendalam dan Bermakna 

Ø  PBL memberi peluang kepada pelajar untuk memperoleh pengamalan secara 
hands­on melalui aktiviti: 
o  Lawatan lapangan 
o  Eksperimen 
o  Penghasilan model 
o  Penghasilan Poster 
o  Persembahan multimedia 

Ø  Pelajar juga diberi peluang untuk mempersembahkan hasilan masing­masing 
melalui pelbagai cara. 

4.3  PBL  –  Meneroka  Isu  dan  Tajuk  untuk  Menyelesaikan  Masalah  Kehidupan 
Sebenar dengan Merentasi Kurikulum Pelbagai Mata Pelajaran 

Ø  Dalam  P&P  tradisional,  pelajar  mempelajari  sesuatu  secara  berasingan 


berdasarkan mata pelajaran tertentu. 
Ø  Dalam  PBL,  pembelajaran  berlaku  dengan  merentasi  kurikulum  pelbagai 
mata pelajaran 
Ø  Pelajar mempelajari sesuatu secara holistik. 
Ø  Pelajar  diminta  untuk  meneroka  sesuatu  tajuk  secara  mendalam    yang 
berkaitan rapat dengan kehidupan sebenar 
Ø  Menarik  minat  pelajar  kerana  pembelajaran  menyentuh  kehidupan  atau 
pengalaman sebenar masing­masing 

4.4  PBL  –  Menggalakkan  Penerokaan  Isu­isu  Kompleks  secara  Intelektual 


Melalui Tugasan yang Diberi 

Ø  PBL Menggalakkan penguasaan pengetahuan secara autentik 
Ø  Pelajar  meneroka  isu  /  masalah  à  menilai  maklumat  yang  diperoleh  à 
membuat interpretasi à mensintesiskan maklumat secara bermakna. 

4.5  Kepentingan PBL 

Ø  PBL  membantu  membina  kemahiran  berasaskan  pengetahuan  dan 


masyarakat berteknologi tinggi 

Kehidupan di abad ke­21 memerlukan pelajar memiliki kedua­dua kemahiran 
iaitu  kemahiran  asas  (3M)  dan  kemahiran  era  digital  (kolaborasi, 
menyelesaikan  masalah,  ‘research  gathering’,  pengurusan  masa, 
mensintesiskan maklumat, menggunakan peralatan berteknologi tinggi).

49 
Ø  Kemahiran Abad ke­21 
(oleh Secretary’s Commission on Achieving Necessary Skills (SCANS))
· Tanggungjawab personal  dan sosial
· Merancang, berfikir secara kritis dan kreatif, dan penaakulan
· Kemahiran  berkomunikasi  yang  mantap  untuk  memenuhi  keperluan 
interpersonal dan persembahan
· Kefahaman merentasi budaya
· Membuat keputusan
· Penggunaan teknologi 
o  Bagaimana 
o  Bila 
o  Apa 

Ø  Laporan SCANS – SCANS Workplace Know – How 

5 Kompetensi  Kualiti Kemahiran dan personal 
Kemahiran Asas: 
Sumber  membaca, menulis, mengira, bertutur dan 
mendengar 
Kemahiran Interpersonal 
Maklumat  Kemahiran Berfikir: 
kreativiti, membuat keputusan, 
Sistem  menyelesaikan masalah, penaakulan dan 
Teknologi  mengetahui cara belajar 

Kualiti Personel: 
tanggungjawab, pengurusan diri, 
penghargaan diri, bersosial, integriti 

Ø  Maklumat untuk mencapai Kemahiran Abad Ke­21 

5 Kompetensi untuk Pekerja Produktif dan Efektif 
Sumber  Kebolehan untuk merancang peruntukan 
masa, kewangan, bahan, ruang, dan 
sumber lain 
Kemahiran Interpersonal  Kebolehan untuk bekerja dan 
berkomunikasi dengan ahli pasukan dan 
pihak lain 
Maklumat  Kebolehan untuk meneroka, mengumpul 
dan memproses data dalam bentuk 
maklumat dan membuat pembentangan 
tentang keputusan 
Sistem  Kebolehan untuk bekerja dan 
meningkatkan prestasi sistem organisasi, 
sosial dan teknologi 
Kebolehan untuk memilih secara efektif, 
Teknologi  mengguna, menyenggara, dan membaik 
pulih peralatan dan kemudahan

50 
Ø  Kemahiran dan Keperluan SCANS 

a.  Sumber 
Peruntukan masa, kewangan, bahan, ruang, dan sumber manusia 

Aktiviti PBL: 

Pelajar merancang aktiviti untuk setiap projek PBL.  Melalui pelaksanaan 
aktiviti  mengikut  perancangan  projek  ,  pelajar  dapat  memperoleh 
kemahiran  dan  pengetahuan  menggunakan  sumber  yang  terhad  dalam 
masa yang suntuk. 

b.  Kemahiran Interpersonal 
Bekerja  dalam  pasukan,  mengajar  orang  lain,  melayan  pelanggan, 
memimpin, berunding, dan bekerja secara harmoni dengan individu yang 
berlainan latar belakang dan budaya. 

Aktiviti PBL 

Pelajar  bekerja  dalam  kumpulan  kecil.    Guru  membahagikan  kumpulan 


tersebut  mengikut  ciri­ciri  seperti  kaum,  budaya,  jantina,  dan  gaya 
pembelajaran.    Usaha  tersebut  memberi  peluang  kepada  pelajar  untuk 
mengusai  kemahiran  interpersonal  dalam  situasi  pembelajaran  yang 
diwujudkan. 

c.  Maklumat
· Menggunakan  komputer  untuk  memproses  dan  menguruskan 
maklumat
· Memperoleh  dan  menilai  maklumat  à  membuat  interpretasi  à 
mensintesiskan maklumat secara bermakna 

Aktiviti PBL 

Pelajar  menguasai  kemahiran  mengurus  maklumat  kehidupan  sebenar 


melalui kitaran proses PBL:  Menerokai à Menyelesaikan à Mencipta à 
Berkongsi. 

d.  Sistem 
Memahami  sistem  sosial,  organisasi  dan  teknologi,  memantau  dan 
menambah baik prestasi, mereka bentuk dan meningkatkan sistem. 

Aktiviti PBL 

PBL  memberi  penekanan  kepada  pembelajaran  secara  holistik  dan 


pengalaman  kehidupan  sebenar  dalam  proses  P&P.    Guru  dan  pelajar 
mendapat  pendedahan  dan  mempelajari  sistem  sosial,  organisasi  dan 
teknologi yang terdapat dalam komuniti. 

Ø  PBL dan penggunaan ICT 

Kurikulum melalui PBL menggunakan ICT dalam konteks kehidupan sebenar 
menggalakkan  pelajar  menjadi  pekerja  berpengetahuan,  pemikir  yang  kritis

51 
dan  pelajar  sepanjang  hayat.    PBL  bukan  sekadar  satu  cara  pembelajaran 
juga  satu  cara  bekerja  sepasukan.    Pelajar  mengambil  tanggungjawab 
terhadap  pembelajaran  mereka  menyediakan  asas  untuk  mereka  bekerja 
dengan pihak lain untuk masa depan. 

Ø  PBL menawarkan penilaian autentik 

Melalui  penilaian  autentik,  perkembangan  dan  pencapaian  pelajar 


didokumentasikan secara sistematik.  PBL menggalakkan ini berlaku melalui:

· Guru boleh menjalankan pelbagai peluang penilaian
· Pelajar  boleh  mempamerkan  kebolehan  mereka  melalui  tugasan  yang 
diberikan
· Pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran seperti melakukan penyelidikan
· Membina  kemahiran  bekerja  secara  kolaboratif  dan  sepasukan  dengan 
rakan­rakan
· Guru lebih mengenali pelajar
· Membantu  guru  berkomunikasi  dalam  pelbagai  isu  secara  berkesan 
dengan pelajar secara individu dan kumpulan. 

Ø  PBL menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat 

PBL menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat melalui:

· PBL  dan  penggunaan  ICT  membolehkan  pembelajaran  berlaku  dengan 


lebih meluas bukan hanya di sekolah;
· Pelajar menghayati budaya ilmu dan pembelajaran sepanjang hayat; dan
· Guru membimbing pelajar mengurus pembelajaran mereka sebagai asas 
pembelajaran sepanjang hayat 

ICT membantu pelajar mencapai pakar dan kajian dari sumber primer dalam 
usaha mereka memperoleh pengetahuan baru. 

Ø  PBL  menampung  perbezaan  pelajar  dan  kepelbagaian  gaya 


pembelajaran mereka 

Pelajar  mempunyai  gaya  pembelajaran  tersendiri  dan  belajar  berdasarkan 


pengalaman  dan  latar  belakang  masing­masing.    PBL  mengambil  kira 
perbezaan  dalam  kalangan  pelajar  melalui  pelbagai  aktiviti  dalam  tugasan 
yang  disediakan.    Pelajar  akan  berusaha  memberikan  yang  terbaik  jika 
melakukan sesuatu yang mereka minati.

52 
4.6  Prinsip Mereka Bentuk Projek 

Ø  Menetapkan Hasil 

Langkah­langkah merancang projek seperti berikut:
· Membangunkan idea
· Menentukan skop projek
· Memilih standard (Sukatan Pelajaran)
· Menggabungkan hasil serentak
· Bekerja berdasarkan kriteria reka bentuk projek
· Menyediakan persekitaran pembelajaran secara optima 

Pertimbangan Sebelum Merancang Projek: 

Skop Projek
· Projek melibatkan kajian lapangan, temu bual, tinjauan perpustakaan, dan 
inkuiri  komuniti.    Skop  aktiviti  ditentukan  sebelum  projek  bermula  dan 
berdasarkan  kesediaan  dan  pengalaman  pelajar,  jadual  sekolah,  mata 
pelajaran, tahap kepakaran dan keselesaan anda.
· Guru  sering  bertanya  tentang  saiz  sesuatu  projek  yang  perlu 
dilaksanakan.  Tiada satu panduan khusus untuk menjawab persoalan ini, 
namun faktor berikut mungkin relevan untuk membantu anda merancang. 

Tempoh
· Secara  umum,  tempoh  sesuatu  projek  tidak  kurang  dari  satu  minggu. 
Kebanyakannya dilaksanakan dalam tempoh dua ke tiga minggu.  Namun 
guru yang berpengalaman lebih cenderung memilih tempoh enam minggu 
atau lebih.

53 
Koleksi maklumat/data
· Umumnya  pelajar  terlibat  aktif  di  lapangan  seperti  temu  bual,  tinjauan 
perpustakaan,  dan  inkuiri  komuniti.    Aktiviti­aktiviti  ini  memerlukan  masa 
dan sering berlarutan. 

Penglibatan Orang Dewasa
· Projek  yang  berkesan  lazimnya  melibatkan  orang  dewasa,  sama  ada 
pakar  atau  wakil  komuniti,  sebagai  rakan  kongsi  projek.    Penglibatan 
orang  dewasa  boleh  menambahkan  kedalaman  dan  minat  terhadap 
projek, namun perancangan tambahan diperlukan. 

Isu­isu
· Terdapat  guru  yang  memilih  soalan  terbuka,  luas,  dan  mempunyai 
pelbagai  penyelesaian  sebagai  fokus  projek.    Projek  seumpama  ini 
memerlukan  masa  yang  lebih  untuk  pelajar  membuat  persediaan  dan 
penyelidikan. 

Ø  Merangka Soalan Pencetus Idea 

Apakah Soalan Pencetus Idea? 

Berdasarkan  tema  atau  “idea  besar”  sesuatu  projek,  sediakan  soalan 


pencetus  idea  dalam  bentuk  permasalahan  yang  tidak  mudah  diselesaikan 
atau dijawab. 

Ciri­ciri Soalan Pencetus Idea
· Provokatif
· Soalan Terbuka (Open­Ended)
· Mendalami sesuatu disiplin atau tajuk
· Mencabar
· Timbul dari delima kehidupan sebenar yang menarik minat pelajar
· Selaras dengan kurikulum dan sukatan pelajar. 

1.  Soalan Pencetus Idea ­  Soalan  ini  bukan  sekadar 


Provokatif memaksa  pelajar  memberi  fokus 
· Adakah penggunaan bag  kepada  pencemaran  alam  sekitar, 
plastik menggambarkan  tetapi  juga  merangsang  mereka 
kesedaran seseorang  mengemukakan  cadangan 
terhadap pencemaran alam  penyelesaian  tentang  masalah 
sekitar?  yang dihadapi 

2.  Soalan Pencetus Idea ­  Soalan  ini  memerlukan  bukti 


Mendalami sesuatu disiplin  saintifik  dan  pertimbangan 
atau tajuk profesional  berdasarkan  kriteria 
· Bagaimanakah air sungai  dalam  bidang  biologi,  kimia,  dan 
kita boleh diminum dengan  fisiologi.    Untuk  menjawab  soalan 
selamat?  ini,  pelajar  perlu  mengkaji  dan 
mengusai  kriteria­kriteria  dalam 
bidang saintifik. 

3.  Soalan Pencetus Idea –  Soalan  ini  memerlukan 


Terbuka (Open­Ended) pemeriksaan  yang  mendalam 
· Adakah wajar syarikat rokok  sama  ada  memihak  atau 
menaja dalam bidang  membantah  .  Di  samping  itu,
54 
sukan?  pelajar  juga  berpeluang  untuk 
memberi  pendapat  berdasarkan 
penaakulan sendiri. 

4.  Soalan Pencetus Idea ­  Soalan  ini  menggalakkan  pelajar 


Mencabar untuk  meneliti  pelbagai  cadangan 
· Apakah hukuman yang  hukuman  yang  berkesan 
setimpal untuk mencegah  walaupun  akan  melibatkan  ahli 
tabiat merokok?  keluarga sendiri. 

5.  Soalan Pencetus Idea ­ Timbul  Soalan  ini  menarik  perhatian 


dari delima kehidupan sebenar  pelajar  terhadap  delima  dalam isu 
yang menarik minat pelajar penguatkuasaan  undang­undang 
· Bagaimana untuk  alam  sekitar  yang  tidak  berkesan 
memastikan penguat kuasa  di  samping  mengemukakan 
alam sekitar benar­benar  cadangan  untuk  mengatasi 
menjalankan tugas dengan  masalah ini. 
berkesan? 
6.  Soalan Pencetus Idea ­ Selaras  Soalan  ini  membantu  pelajar 
dengan kurikulum dan sukatan  mencapai hasil pembelajaran yang 
pelajar ditetapkan  dalam  kurikulum  mata 
· Bagaimanakah aktiviti  pelajaran Sains (Tahun 6) sekolah 
manusia boleh  rendah. 
menyebabkan bencana 
alam sekitar? 

Ø  Merancang Penilaian 

Penilaian dalam sesuatu projek perlu dirancang sebelum projek bermula. 
Amalan penilaian yang berkesan mempunyai ciri­ciri berikut:
· Pelajar patut dimaklumkan tentang apa yang mereka perlu lakukan
· Kriteria yang digunakan untuk menilai pencapaian pelajar 

Sejauh  manakah  pelajar  menguasai  isi  kandungan  tajuk 


projek? 

Isi  kandungan  utama  boleh  dinilai  melalui  persembahan, 


Soalan 1  pameran,  atau  ujian.    Adalah  penting  untuk  pelajar 
menguasai  konsep,  prinsip  utama  dan  perbendaharaan 
kata  sesuatu  tajuk.    Penilaian  direka  bentuk  untuk 
mengenal  pasti  sejauh  mana  pelajar  telah  melaksanakan 
tugasan. 

Sejauh  manakah  pelajar  telah  menguasai  kemahiran 


utama dalam projek? 
Aspek kemahiran memainkan peranan yang penting dalam 
Soalan 2  menentukan  keberkesanan  sesuatu  projek.    Namun 
kemahiran  tidak  boleh  dinilai  melalui  ujian  bertulis  kerana 
penguasaan  kemahiran  perlu  dipamerkan  melalui  tingkah 
laku.    Penilaian  pencapaian  atau  rubrik  digunakan  untuk 
mengukur  kemahiran  yang  telah  dikuasai  dalam  sesuatu 
projek.
55 
Sejauh  mana  pelajar  mengaplikasikan  pengetahuan  dan 
kemahiran dalam menyediakan hasil tugasan? 

Dua aspek yang akan dinilai dalam projek:
· Proses 
Soalan 3  o  Contoh:  menggunakan  rubrik  untuk  menilai 
perkembangan projek
· Hasil tugasan 
o  Contoh:  bahan  bukti  atau  artifak  seperti  rekod 
kajian,  nota  temu­bual,  dan  dokumen  lain  yang 
menunjukkan  usaha  pelajar  dan  perkembangan 
projek. 

3 Langkah dalam Merancang Penilaian yang Berkesan:

· Sesuaikan hasil tugasan dan pencapaian dengan hasil pembelajaran
· Tahu  apa  yang  hendak  dinilai  –  sediakan  kriteria  untuk  menilai  setiap 
hasil dan pencapaian projek
· Menyediakan rubrik untuk menilai projek 

Ø  Pemetaan Projek 

Pemetaan  dalam  sesuatu  projek  merujuk  kepada  usaha­usaha  mengenal 


pasti  keperluan  pengajaran  dan  pembelajaran,  merancang  aktiviti, 
memperuntukkan  masa,  dan  menyediakan  sumber.    Pemetaan  memainkan 
peranan  penting  dalam  menentukan  keberkesanan projek. Pemetaan  projek 
terdiri daripada dua aspek seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 2.  Bahagian 
ini  memberi  fokus  kepada  tugas  pemetaan  untuk  membantu  guru  menjadi 
seorang perancang projek yang berkesan. 

Pemetaan 
Projek 

Haha Tuju dan 
Struktur 
Sokongan

Rajah 2: Aspek Pemetaan Projek 

Struktur: 
Merancang  pengajaran  merupakan  amalan  biasa  bagi  seorang  guru. 
Perbezaan  di  antara  rancangan  mengajar  dan  pemetaan  projek  ialah 
rancangan  mengajar  menekankan  hasil  pembelajaran.    Guru  merancang 
mengikut  urutan  menentukan  hasil pembelajaran à  merancang  aktiviti  P&P 
dan  tugasan  à  menentukan  penilaian.  Manakala  pemetaan  projek  yang 
berdasarkan  reka  bentuk  UbD  mengikut  urutan  mengenal  pasti  hasil 
pembelajaran à menetapkan bukti hasilan untuk dinilai à merancang aktiviti 
P&P 

56 
Rancangan Mengajar  Pemetaan Projek (Reka Bentuk 
UbD) 

Menentukan hasil pembelajaran  Mengenal pasti hasil 
pembelajaran 

Merancang aktiviti P&P dan tugasan 
Menetapkan bukti hasilan untuk 
dinilai 
Menentukan penilaian 

Merancang aktiviti P&P 

Hala Tuju dan Sokongan 

Pemetaan membantu guru mengenal pasti kemahiran­kemahiran yang perlu 
dikuasai dan ditunjukkan oleh pelajar, menentukan tempoh masa projek, dan 
mengumpul sumber yang diperlukan untuk menyokong aktiviti P&P yang 
kritikal dalam projek. 

Langkah­langkah utama dalam menghasilkan perancangan projek yang 
berkesan
· Menguruskan tugasan dan aktiviti
· Memulakan projek
· Mengumpul sumber
· Menyediakan Jadual Pelaksanaan 

Ø  Mengurus Proses PBL 

Pengurusan  berkesan  sesuatu  projek  membimbing  pelajar  mengurus  dan 


bertanggungjawab terhadap kerja mereka. Langkah penting dalam mengurus 
projek:
· Berkongsi matlamat projek dengan pelajar
· Menggunakan kit penyelesaian masalah
· Memantau projek
· Merancang refleksi dan penilaian 

Sebagai pemudah cara, peranan guru berubah dari menyampaikan maklumat 
kepada  menguruskan  proses  pembelajaran.  Guru  perlu  menyediakan  kit 
pengurusan  untuk  menguruskan  PBL  supaya  projek  kekal  berfokus  dan 
berjalan lancar. 

Kemahiran Mengurus 

Guru  perlu  memiliki  kemahiran  mengurus  supaya  boleh  merancang  dan 


melaksanakan projek dengan berjaya. Kemahiran fasilitator diperlukan untuk 
membantu  pelajar  melaksanakan  projek  sepanjang  proses  penemuan  dan 
refleksi.  Membiasakan  diri  dengan proses inkuiri di  samping  menstrukturkan 
dan  membimbing  pelajar  melengkapkan  projek.    Kemahiran­kemahiran 
tersebut dimantapkan melalui pengalaman.

57 
Apakah Pengurusan Berkesan? 

Guru boleh memilih untuk membangunkan projek sendirian tanpa melibatkan 
pelajar.  Namun  pelajar  yang  terlibat  bersama  dalam  membangunkan  projek 
mempunyai  keyakinan  diri  yang  tinggi  seperti  autonomi  dan  daya  tahan. 
Salah  satu  strategi  berkesan  untuk  melibatkan  pelajar  ialah  berkongsi 
matlamat  dan  konteks  projek  dengan  mereka  seawal  yang  mungkin.  Sama 
pentingnya  melakukan  perkongsian  refleksi  dan  pendapat  di  akhir  projek 
dalam kalangan pelajar. 

Berkongsi Matlamat Projek dengan Pelajar

· Matlamat  projek  lebih  mudah  dicapai  sekiranya  projek  tersebut 


mempunyai  kepentingan  dan  berkaitan  dengan  kehidupan  seharian 
pelajar.
· Sekiranya  guru  telah  merancang  sesuatu  projek  yang  baik,  berkongsi 
matlamat  projek  tersebut  dengan  pelajar.  Pelajar  diberi  pendedahan 
bagaimana projek ini memberi manfaat kepada diri mereka, sekolah, dan 
komuniti.  Lebih  baik  sekiranya  matlamat  projek  dikaitkan  dengan  masa 
depan mereka. 

Memurnikan Projek 
Guru mungkin mempunyai projek yang telah dirancang dengan rapi dan teliti, 
namun  pelajar  boleh  memurnikan  perancangan  projek  berdasarkan  minat 
mereka.    Ini  boleh  dilakukan  melalui  perbincangan  atau  aktiviti  yang 
sediakan. 

Rujukan: 

McTighe, J., & Wiggins, G. (2004). Understanding by design professional development 
workbook. Alexandria, VA: Association for Supervision and Curriculum Development. 

National Center on Education and the Economy. (2007). Tough Choices or Tough Times: 
The Report of the New Commission on the Skills of the American 
Workforce.Washington, DC: Author. 

Partnership for 21st Century Skills. (2007). Beyond the Three Rs: Voter Attitudes Toward 
21st Century Skills. Tucson, AZ: Author. 

The Buck Institute for Education. (2003). Project based learning: A guide to standards­ 
focused project based learning for middle and high school teachers (2nd, Ed.). 
Oakland, CA: Wilsted & Taylor. 

Wiggins, G., & McTighe, J. (2005). Understanding by design (2 nd  ed.). Alexandria, VA: 
Association for Supervision and Curriculum Development.

58 
UNIT 5:  PEDAGOGI BAHASA MELAYU SEKOLAH PEDALAMAN 

5.1  Pengenalan 
Pedagogi  Bahasa  Melayu  Sekolah  Pedalaman  bermaksud  Pendekatan  atau  kaedah 
pengajaran  yang  disesuaikan dengan  murid­murid yang  belajar  bahasa  Melayu  di  daerah­ 
daerah  pedalaman.  Pedalaman  bermaksud  daerah­daerah  yang  terpencil,  jauh  daripada 
bandar­bandar  atau  pekan­pekan  yang  kemudahan  infrastruktur  terhad.  Masalah 
kemudahan  infrastruktur  kerap  dikaitkan  dengan  masalah  pembelajaran  murid­murid  di 
daerah pedalaman. 

Guru­guru  di  pedalaman  menghadapi  masalah  pengajaran  bahasa  Melayu  berpunca 


daripada  guru  bukan  opsyen  mengajar  bidang  tersebut.  Kebanyakan  murid­murid  di 
pedalaman pula adalah terdiri daripada mereka yang bukan penutur bahasa bahasa Melayu. 
Sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar di sekolah, mereka wajib menguasai bahasa 
Melayu dengan baik. 

Memandangkan  permasalahan  yang  dihadapi,  maka adalah  perlu  guru­guru  pelatih  dalam 


pelbagai  opsyen  yang  sedang  menuntut  di  IPGM  Sabah  dan  Sarawak  dibekalkan  ilmu 
tambahan sebagai persediaan sebelum ditempatkan di sekolah pedalaman. 

5.2  Aplikasi Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman 
Pedagogi  bahasa  Melayu  Sekolah  Pedalaman  perlu  diubahsuai bagi  memenuhi  keperluan 
pembelajaran  dalam  ketiga­tiga  aspek  Kemahiran  Bahasa  Melayu  iaitu  kemahiran  Lisan, 
membaca dan menulis. Guru­guru haruslah sedar bahawa kemahiran asas yang perlu diajar 
dan  dikuasai  oleh  murid­murid  pedalaman  ialah  kemahiran  bertutur,  manakala  kemahiran 
menulis  merupakan  kemahiran  bahasa  yang  sukar  dan  perlu  diajar  dengan  pendekatan 
yang sesuai. 

5.2.1  Strategi, Pendekatan, Kaedah dan Teknik Pengajaran 
a.  Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 

Strategi merupakan rancangan sesuatu tindakan atau operasi yang  teratur.  Strategi 


dalam  P&P  sekolah  pedalaman  perlu  dijuruskan  ke  arah  keberkesanan  proses 
pengajaran  pembelajaran  di  sekolah  pedalaman  dengan  memberi  pertimbangan 
kepada perkara­perkara berikut.

· Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pengajaran
· Pemilihan kaedah dan teknik mengajar  berdasarkan pendekatan yang 
ditentukan
· Menyusun pendekatan kaedah dan teknik mengajar
· Pengagihan masa setiap langkah
· Penggunaan bahan pelajaran mengikut keperluan kaedah dan teknik
· Pengurusan kelas mengikut pendekatan. 

Strategi  pengajaran  dan  pembelajaran  sekolah  pedalaman  memberi  penekanan 


kepada penguasaan  kemahiran­kemahiran asas bahasa iaitu:

· Lisan (Mendengar dan bertutur)
· Membaca
· Menulis

59 
Lisan (Mendengar dan bertutur) 
Murid­murid sekolah pedalaman perlu dibimbing supaya dapat memahami apa yang 
didengar  dan  memberi  maklum  balas/menjawab  dengan  betul  dan  tepat.  Sewaktu 
mereka  berlisan  atau  bertutur  mereka  sepatutnya  dapat  menggunakan 
perbendaharaan kata yang tepat dengan sebutan yang betul. 

Membaca: 
Murid­murid  pedalaman  seharusnya  dapat  menguasai  bacaan  secara  mekanis 
dengan cara dapat membunyikan sebutan vokal dan konsonan, sebutan suku kata, 
frasa, dan ayat dengan betul.  Kemahiran asas membaca ini boleh membantu kanak­ 
kanak pedalaman untuk membaca dan memahami ayat atau petikan yang diberikan. 

Menulis: 
Murid­murid  pedalaman perlu diajar  teknik  menulis dengan  cara  yang  betul  supaya 
setiap  huruf  yang  ditulis  menunjukkan  konsonan  dan  vokal  yang  sebenar.  Murid­ 
murid perlu menguasai kemahiran pra tulisan dan penulisan mekanis. 

b.  Pendekatan Pengajaran Pembelajaran 

Mengikut Kamus Dewan (1998), pendekatan merupakan cara atau langkah­langkah 
yang  diambil  bagi  memulakan dan  melaksanakan  sesuatu  tugas.  Di dalam  konteks 
pendidikan, konsep pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu, misalnya objektif 
pelajaran  yang  ditentukan  untuk  pengajaran  dan  pembelajaran.  Dengan  perkataan 
lain pendekatan merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajarkan 
untuk mencapai objektifnya. 

Pendekatan untuk mengajar mendengar bertutur, membaca dan menulis 

Pendekatan  mengajar  bahasa  Melayu  sekolah  pedalaman  perlulah  mengambil  kira 


latar  belakang  kehidupan  murid­murid  di  sekolah  dan  alam  sekitar  perkampungan 
mereka.  Ini  adalah  sesuai  dengan  amalan  pedagogi  iaitu  belajar  daripada  dekat 
kepada jauh dan daripada mudah kepada yang sukar. 

c.  Kaedah Pengajaran Pembelajaran 

Kaedah ialah cara atau peraturan untuk  melaksanakan  sesuatu. Kaedah ialah  satu 


siri tindakan  guru  yang  sistematik  untuk  mencapai objektif  pelajaran  spesifik dalam 
jangka  pendek.  Kaedah  mengajar  ialah  cara  mendekati  sesuatu  objektif  pelajaran 
dengan langkah­langkah penyampaian yang tersusun. 

Definisi Kaedah 

Edward  M.  Anthony  (1963),  berpendapat  bahawa  kaedah  merujuk  kepada  satu 
ikhtiar keseluruhan, terbentuk dalam satu set prosedur yang tersusun, berlandaskan 
suatu pendekatan yang dipilih. 

Secara  keseluruhannya,  kaedah  merupakan  satu  set  siri  tindakan  guru  yang 
sistematik  dengan  tujuan  mencapai  objektif  pelajaran  dalam  jangka  masa  yang 
pendek. 

Kaedah mengajar bahasa melayu juga perlu disesuaikan mengikut keperluan murid­ 
murid di sekolah pedalaman.  Kaedah­kaedah pengajaran dan pembelajaran Bahasa 
Melayu yang boleh diaplikasikan adalah seperti berikut:

60 
Kemahiran Lisan: 
Kaedah Audio­Lingual 
Kaedah Dengar dan Sebut 
Kaedah Askar/tentera 
Kaedah Oral­Aural (dengar tutur) 
Kaedah terus 

Kemahiran Membaca: 
Kaedah Abjad 
Kaedah Fonik 
Kaedah Pandang Sebut 
Kaedah Campuran 

Kemahiran Menulis: 
Dalam  kemahiran  menulis  di  sekolah  pedalaman,  murid­murid  hendaklah 
didedahkan  dengan  kemahiran  Pra  tulisan.  Untuk  membolehkan  murid­murid  itu 
mempunyai  kesediaan  menulis,  guru­guru  haruslah  melaksanakan  aktiviti­aktiviti 
fizikal.    Kemahiran­kemahiran  dalam  penulisan  mekanis  dimulakan  apabila  murid­ 
murid telah melalui latihan intensif dalam kemahiran pra tulisan. 

d.  Teknik Pengajaran Pembelajaran 

Teknik  mengajar  boleh  ditakrifkan  sebagai  kemahiran  atau  kecekapan  guru 


digunakan  untuk  mengelola  dan  pelaksanaan  kaedah  mengajar  dalam  sesuatu 
aktiviti pengajaran dan pembelajaran di sekolah pedalaman. 

Antara teknik­teknik pengajaran ialah:
· Teknik  simulasi:  main  peranan  dan  lakonan  antara  penduduk  kampung    dalam 
aktiviti harian mereka.
· Teknik tunjuk cara : Demonstrasi berkaitan membuat pekerjaan seni pertukangan 
dan anyaman kepada rakan
· Teknik  perbincangan  :  Membincangkan  masalah­masalah  kampung  dengan 
rakan­rakan
· Teknik kerja kumpulan: perbincangan menyiapkan pekerjaan di kampung
· Teknik penyelesaian masalah : masalah­masalah yang dihadapi semasa musim 
kemarau atau musim banjir.
· Teknik  lawatan  sambil  belajar  :  Melawat  kebun  atau  dusun  di  sekitar  kawasan 
kampung. 

5.3  Kemahiran Lisan, Membaca dan Menulis 
5.3.1  Kemahiran Lisan 

Konsep kemahiran mendengar 

Proses melibatkan dua peringkat 
i.  Peringkat menerima dan membezakan bunyi­bunyi bahasa yang  hampir  sama 
Contohnya, menyebut bahasa Melayu dengan bahasa tempatan. 

ii.  Peringkat  memahami  bunyi  bahasa  yang  bermakna  seperti  perkataan,  frasa, 
klausa dan ayat dalam bahasa tempatan dan bahasa Melayu.

61 
Peringkat Pertama
· Pelajar dapat menerima dan membezakan bunyi­bunyi bahasa yang hampir 
sama bunyinya. Contoh: 
Murid­murid dari suku Dusun di Sabah kerap menyebut huruf z sebagai j dalam 
(Zainal – Jainal), u sebagai o dalam pulau – pulou), c sebagai s dalam kacang – 
kasang) dan masalah penyukuan seperti : karabau untuk suku kata kerbau. 

Peringkat Kedua
· Pemahaman bunyi bahasa bergantung pada pengetahuan, pengalaman, budaya 
masyarakat setempat.
· Untuk memahami bunyi bahasa setempat , perlu memiliki unsur­unsur 
kefahaman berikut: 
o  Pengetahuan  yang  ada  pada  pendengar,  seperti  fakta  dan  budaya  bahasa 
setempat yang didengar serta bagaimana bahasa digunakan 
o  Pengetahuan tentang bahasa tempatan berlakunya pertuturan yang didengar 
dan pengetahuan tentang sistem bahasa. 

5.3.1.1  Kemahiran mendengar 

Kemahiran mendengar dan bertutur sekolah pedalaman dibahagikan kepada 
beberapa kaedah, iaitu; 

Kaedah Dengar  Kaedah Askar / Tentera
dan Sebut 

Kaedah Kemahiran 
Kaedah Oral / 
Mendengar dan  Aural (dengar ­ 
Bertutur  tutur) 
Kaedah Audio­ 
lingual 
Kaedah Terus 

a.  Kaedah Audio­lingual 

Pengenalan:
· Kaedah ini berdasarkan kaedah terus dengan pembaharuan dari segi teknik, 
bahan dan teknologi.
· Alat­alat mengajar moden seperti alat rakaman digunakan.
· Lebih mementingkan penggunaan bahasa daripada huraian bahasa. 

Prinsip­prinsip :
· Bahasa adalah pertuturan bukan penulisan.
· Bahasa merupakan satu kebiasaan atau kelaziman.
· Pelajar  diajar  untuk  menggunakan  bahasa  dan  bukan  diajar  tentang 
pengetahuan bahasa.
· Bahasa ialah apa yang dipertuturkan oleh penutur natif.
· Bahasa berbeza antara satu sama lain. 

62 
Objektif:
· Membolehkan  murid­murid  memperkembangkan  keempat­empat  kemahiran 
bahasa iaitu  mendengar, bertutur,  membaca,  dan  menulis  tetapi  keutamaan 
lebih kepada kemahiran mendengar dan bertutur.
· Membolehkan  murid­murid  memahami  kebudayaan  asing  melalui  amalan 
bahasa. 

Cara Pelaksanaan di sekolah pedalaman:
· Kaedah  ini  dimulakan  dengan  aktiviti  mendengar  dialog  dalam  bahasa 
Melayu yang disampaikan oleh penutur natif.
· Dialog  yang  diperdengarkan  itu  perlu  dipelajari  oleh  murid­murid  melalui 
proses meniru dan menghafal.
· Setelah  menguasai  sebutan, murid­murid  dilatih  tubi untuk berdialog.  Aktiviti 
latih tubi pola­pola ayat dijalankan selepas aktiviti berdialog. 

Kelebihan:
· Kaedah ini  berjaya menghasilkan  murid­murid  yang  mahir  dalam  kemahiran 
lisan bahasa Melayu.
· Sesuai  untuk  murid­murid  pedalaman  kerana  pada  dasarnya  mereka  suka 
meniru dan menghafal bahasa. 

b.  Kaedah Dengar dan Sebut 

Pengenalan:
· Dicipta  berdasarkan  teori  bahasa  yang  berpendekatan  empirisis  yang 
diutarakan oleh Leonard Bloomfield.
· Pada  tahun  1964  Wilga  M.  Rivers  telah  menjadikan  kaedah  tersebut  lebih 
konkrit  dan  memasukkan  teori  Skinner  (khususnya  dalam  aspek  pelaziman 
dan latihan) untuk membentuk perlakuan bahasa yang betul. 

Pelaksanaan:
· Pengajaran dan pembelajaran bahasa dijalankan secara lisan.
· Guru  bahasa  harus  peka  tentang  aspek­aspek  gangguan  daripada  bahasa 
ibunda dan dialek tempatan murid­murid pedalaman.
· Bagi  mengatasi  gangguan  tersebut,  guru  perlu  mengadakan  latihan  tubi 
fonologi dan pola­pola ayat.
· Mengadakan  aktiviti  bahasa  yang  sebenar­benarnya  sama  ada  bahasa 
harian di sekolah, dan di rumah .
· Murid  diajar  dan  digalakkan  menggunakan  bahasa  dengan  betul  melalui 
model atau contoh yang baik. 

Prosedur Pengajaran seperti dalam langkah­langkah berikut:
· Murid­murid  belajar  bertutur  dengan  betul  menurut  contoh  yang 
diperdengarkan.
· Murid­murid kemudian membaca dan menulis tentang perkara yang didengar 
dan dibaca. 

Pada tahap pertama kaedah ini adalah untuk melatih kefahaman mendengar dan 
bertutur  dalam  bahasa  sasaran,  manakala  pada  tahap  kedua  adalah  untuk 
latihan  membaca  dan  menulis  dan  hanya  dilakukan  apabila  murid  sudah 
menguasai bahasa lisan.

63 
c.  Kaedah Askar / Tentera 

Pengenalan
· Dalam kaedah ini, kemahiran lisan adalah menjadi tumpuan utama. Pelajaran 
hendaklah  mencapai  peringkat  kemahiran  bahasa  yang  sama  dengan 
pengguna­pengguna  dan  penutur  jati  bahasa  itu,  baik  dalam  sebutan 
mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Tulisan tidak dipentingkan.
· Kaedah yang digunakan adalah sama dengan kaedah terus di mana latih tubi 
dipergunakan  dengan  sehabis­habisnya  melalui  instruktor  yang  terdiri  dari 
penutur jati.
· Kaedah ini menggunakan teori behavioris atau tanggapan bagaimana kanak­ 
kanak mempelajari bahasa mereka dengan cara semula jadi. 

Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman:
· Latih tubi, mimik dan hafazan.
· Menyediakan  kumpulan  10  orang,  mendengar  pembacaan,  menggunakan 
soalan­soalan mudah, menggunakan skrip.
· Senarai yang disediakan diulang beberapa kali secara beramai­ramai.
· Kelas  dibahagikan  kepada  dua  dan  masing­masing  menyoal  di  antara  satu 
sama lain.
· Pelajar berpasang­pasangan, menyoal antara satu sama lain.
· Penyelia  latih  tubi  berjalan  ke  tiap­tiap  kumpulan  dan  membetulkan  atau 
membaiki bunyi setiap sebutan. 

Kebaikan
· Kaedah ini adalah kaedah ‘semula jadi’ atau ‘natural method’.
· Ia menekankan ‘oral skill’ dan baik pada permulaan pelajaran.
· Kaedah ini menjadikan pelajar­pelajar patuh mengikut atau meniru guru.
· Kaedah ini amat sesuai untuk mengenalkan nahu dan perbendaharaan kata. 

d.  Kaedah Oral – Aural (dengar – tutur) 

Pengenalan
· Kaedah  ini  menggunakan  dialog  untuk  dihafaz  dan  diikuti  ‘mimicry’ 
(ajukan).Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.
· Latih  tubi  dan  dialog  dijalankan  dalam  cara  realistik  dengan  perhatian 
terhadap intonasinya yang betul.
· Objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu.
· Bahan  pita  rakaman  boleh  digunakan  sepenuhnya,  lebih­lebih  lagi  jika 
gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. 

Tujuan
· Untuk  membolehkan  pelajar­pelajar  memperkembangkan  keempat­empat 
kemahiran berbahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis).
· Kaedah ini juga  membolehkan pelajar­pelajar untuk  memahami  kebudayaan 
asing melalui pengalaman dalam bahasa.

64 
Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman:
· Pelajaran dimulakan dengan dialog tertentu.
· Guru  mendengar  sebutan  penutur  jati  atau  sebutannya  sendiri  melalui  pita 
rakaman,  kemudian  murid­murid  diminta  menyebut  rangkai  kata  selepas 
model sehingga sebutan mereka menjadi lancar.
· Di  peringkat  awal  mereka  berlatih  bersama­sama,  kemudian  dipecahkan 
kepada beberapa kumpulan kecil.
· Kalau  terdapat  kesalahan­kesalahan  yang  dilakukan,  murid­murid  akan 
diperbetulkan dan mereka diminta mengulang sebutan yang betul itu.
· Bila  murid­murid  telah  mencapai  kebolehan  untuk  menghasilkan  sesuatu 
struktur,  baharulah  mereka  diberi  teks  yang  merupakan  kesimpulan  am 
daripada pola­pola struktur yang telah diubah. 

e.  Kaedah Terus 

Pengenalan
· Kaedah yang mengutamakan prinsip­prinsip psikologi kanak­kanak.
· Membolehkan  kanak­kanak  menguasai  keempat­empat  kemahiran 
berbahasa  itu  secara  berkesan  dan  membolehkan  mereka  menggunakan 
bahasa yang dipelajari itu di dalam masyarakat berkenaan. 

Asas Kaedah Terus
· Perhubungan  secara  langsung  antara  perkataan  dengan  benda  atau  ayat 
dengan fikiran atau di sebaliknya.
· Pengajaran  harus  dikaitkan  dengan  pengalaman­pengalaman  yang  telah 
sedia ada.
· Harus  timbulkan  perasaan  ingin  tahu  kanak­kanak  melalui  soalan­soalan 
yang telah dirancang.
· Pengajaran  berpandukan  kepada    lunas­lunas  kanak­kanak  mempelajari 
bahasa kandung mereka iaitu : 
o  Mengutamakan  bahasa  lisan,  kemahiran  mendengar  harus  mendahului 
kemahiran bertutur. 
o  Murid­murid dihubungkan terus dengan bahasa yang hendak diajar. 
o  Tidak  mempelajari  sebarang  undang­undang  tentang  bahasa  yang 
hendak dipelajari. 
o  Sebutan  yang  betul  diutamakan  dan  oleh  kerana  itu  kaedah  ini 
memerlukan pengetahuan ilmu fonetik. 
o  Ulangan dan Pengukuhan harus diperbanyakkan. 
o  Harus mempelajari sesuatu secara keseluruhan. 
o  Harus  mempelajari  sesuatu  yang  mudah  terlebih  dahulu  dan  kemudian 
bergerak kepada yang lebih rumit. 

Kebaikan
· Kaedah  ini  sangat  sesuai  untuk  mempelajari  bahasa  kerana  sifatnya  sama 
dengan cara kanak­kanak menguasai bahasa kandung mereka.
· Pengajaran secara terus memudahkan pencapaian tingkatan serta merta dan 
murid­murid  dapat  menggunakan  bahasa  itu  secara  aktif  dan  seterusnya 
membolehkan mereka cepat dapat bertutur dengan lancar dan fasih. 

Cara Pelaksanaan di Sekolah Pedalaman
· Pelajaran bahasa dimulakan dengan cara menghubungkan murid­murid terus 
kepada bahasa Melayu.

65 
· Segala  makna  perkataan  yang  tidak  difahami  oleh  murid­murid  dijelaskan 
oleh guru dengan cara berikut : 
o  Mengaitkan perkataan atau ayat dengan benda yang sebenar. 
o  Mengaitkan perkataan­perkataan atau ayat­ayat dengan gambar, rajah­ 
rajah, lukisan atau sebagainya. 
o  Menggunakan perkataan seerti atau berlawan. 
o  Dengan menggunakan aksi atau lakonan. 
o  Memberi huraian atau cerita. 
o  Dengan menjelaskannya dalam ayat­ayat. 

f.  Peringkat mendengar bagi murid­murid sekolah pedalaman 

i.  Mendengar Secara Intensif
· Dilakukan  melalui  latihan  dan  aktiviti  formal  dengan  pengawasan 
guru.
· Dibahagikan kepada dua jenis; 
a.  Berpusatkan kefahaman makna secara terperinci 
b.  Menekankan latihan mendengar bahasa Melayu yang dituturkan 

Latihan berpusatkan kefahaman
· Mendengar arahan
· Menjawab soalan kefahaman
· Mendengar mendapatkan maklumat
· Membuat ringkas
· Menyelesaikan masalah 

ii.  Mendengar Secara Ekstensif
· Bertujuan meluaskan penguasaan keseluruhan bahasa Melayu.
· Dilakukan melalui aktiviti mendengar secara kritis dan logis.
· Mampu melatih murid memberi pandangan dan pendapat. 

iii.  Mendengar Secara Aktif
· Mendengar dengan melakukan tindak balas dan bersifat dua hala.
· Murid­murid dapat menguasai sistem bahasa yang didengarnya.
· Tindak  balas  berlaku  mengikut  bentuk  dan  jenis  ujaran  yang 
didengar. 

iv.  Mendengar dengan beremosi
· Murid  mahir dalam bahasa yang dituturkan
· Mereka boleh mendengar, memahami dan bertindak balas
· Berlaku kerana ujaran itu membawa makna 

v.  Mendengar secara berhati­hati
· Mendengar dengan teliti dan bersungguh­sungguh
· Perlu  menumpukan  kepada  kata,  rangkai  kata  dan  ayat  dalam 
pertuturan
· Bertujuan agar setiap butiran kata difahami dengan tepat dan betul
· Dapat dicapai dengan banyak latihan mendengar. 

vi.  Mendengar secara kritikal
· Kemahiran mendengar tahap tinggi
· Berupaya memilih dan menentukan perkara yang benar dan palsu

66 
· Dapat  menentukan  kesahihan  fakta  dan  menyedari  kelemahan 
bahasa
· Perlukan berfikir secara kritis dengan memberi latihan secara intensif 

vii.  Mendengar dengan pengamatan
· Berlaku  kepada  murid­murid  yang  mencapai  tahap  berfikir  secara 
kritikal
· Mendengar dengan berasaskan pengalaman
· Ujaran perlu ada kaitan dengan pengalaman pendengar 

g.  Faktor­Faktor Mempengaruhi Kemahiran Mendengar 

1.  Fizikal 
2.  Jantina 
3.  Status Sosioekonomi 
4.  Gangguan Bunyi 
5.  Mental 

h.  Prinsip­prinsip pengajaran kemahiran mendengar 

1.  Kemahiran mendengar hendaklah dijalankan bersama  kemahiran yang 


lain,  murid  tidak  diminta  mendengar  sahaja  tanpa  memberitahu  apa 
yang  didengar.  Kemahiran  ini  dikaitkan  dengan  kemahiran  yang  lain 
seperti  bertutur,  membaca  dan  menulis.  Peruntukan  masa  yang  lebih 
diberikan kepada aspek lisan. 

2.  Kemahiran mendengar adalah latihan adalah kemahiran yang dianggap 
dinamik dan aktif. Latihan yang dirancang berteraskan sesuatu tugasan 
yang  boleh  membawa  kepada  sesuatu  aktiviti  tertentu.  Aktiviti 
mendengar  diikuti  oleh  aktiviti  lain  seperti  melakukan  sesuatu, 
menunjukkan aksi, membuat sesuatu dan sebagainya. 

3.  Murid­murid  mempunyai  kebolehan  memahami  lebih  tinggi  berbanding 


kemahiran  bertutur  atau  menulis.  Sesetengah  murid  mungkin 
memahami  sesuatu  petikan  tetapi  sukar  menjawab  soalan  yang 
dikemukakan  dalam  ayat  yang gramatis.  Sebahagian  pula,  memahami 
apa yang didengar tetapi tidak mengaitkan isi penting yang ada dalam 
petikan.  Guru  perlu  berfikir  bagaimana  cara  membolehkan  murid 
bertindak balas seperti aksi, iaitu kemahiran lain yang lebih berkesan. 

4.  Kemahiran  mendengar  hendaklah  dijalankan  berperingkat­peringkat 


dan  dirancang  dengan  baik.  Pada  awal  pengajaran,  kemahiran 
mendengar  haruslah  dijalankan  dengan  memberi  latihan  mendengar 
secara  keseluruhan  dahulu.  Setelah  muri­murid  dapat  mendengar  dan 
menanggapi  apa  yang  didengar  baru  mereka  dibawa  mendengar 
bahagian­bahagian tertentu lebih kursus dan terperinci. 

5.  Guru  perlu  ingat  supaya  jangan  terlalu  ghairah  untuk  menjalankan 
aktiviti  mendengar  sehingga  boleh  membebankan  murid.  Pilih  aktiviti 
yang menarik, sesuai serta memberi kesan yang lebih baik. 

6.  Motivasi  adalah  penting  untuk  meningkat  minat  mendengar  dalam 


kalangan  murid.  Pelbagai  tugasan  yang  mencabar  perlu  disediakan. 
contohnya tugasan itu biar berupa beberapa masalah dan murid diminta
67 
mendengar  dan  menyelesaikannya.  Tugasan  yang  berbentuk  latihan 
kefahaman memerlukan murid menjawab soalan daripada petikan tidak 
begitu digalakkan. 

7.  Guru  hendaklah  mengelakkan  diri  daripada  menyoal  murid  setelah 


mereka  mendengar  rakaman.  Berikan    murid  soalan  terlebih  dahulu 
sebelum  mereka  mendengar  rakaman  tersebut.  Arahan  dan  soalan 
diberi  sebelum  murid  mendengar  supaya  mereka  menumpukan 
sepenuh perhatian kepada apa yang diperlukan. 

8.  Guru  harus  memberi  peluang  kepada  murid  berlatih  mendengar 


sebanyak­sebanyaknya untuk mewujudkan keyakinan. 

9.  Bahan  yang  digunakan  oleh  guru  untuk  mengukuhkan  kemahiran 


mendengar  murid­murid  hendaklah  daripada  bahan  sedia  ada.  Bahan 
seperti  ini  boleh  dijadikan  bahan  penggalak.  Murid    berasa  puas  jika 
dapat menggunakan bahasa yang digunakan dalam kehidupan seharian 
mereka. 

5.3.1.2  Kemahiran Bertutur Di Sekolah Pedalaman 

a.  Konsep bertutur 

Sebagai seorang guru haruslah melatih murid­murid di sekolah pedalaman untuk 
berkomunikasi  dengan  baik.  Ini  sebagai  persediaan  murid–murid  menghadapi 
masyarakat  luar  dan  berurusan  rasmi.  Bertutur  merupakan  satu  cara 
berkomunikasi  yang  kompleks  dan  melibatkan  proses  mental  yang 
menggerakkan  alat  pertuturan  untuk  mengeluarkan  bunyi  bahasa  yang 
bermakna.  Bertutur  ialah  kegiatan  melafazkan  bunyi­bunyi  yang  dilahirkan 
daripada  alat­alat  sebutan  atau  dikenali  juga  sebagai  artikulator.  Bertutur 
merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa dan berlaku pada 
peringkat produksi. 

Beberapa konsep pertuturan;
· Pertuturan ialah gabungan bunyi­bunyi bahasa yang dilafazkan.
· Pertuturan berlaku pada peringkat produksi. Ia berlaku setelah si penutur itu 
dapat mendengar dan memahami dengan baik apa yang didengarnya.
· Individu  lebih  banyak  belajar  bertutur  melalui  pengalaman  daripada 
kecerdasan 
otaknya.
· Pertuturan yang baik boleh dikuasai dengan memberi tumpuan kepada aspek 
fonologi, struktur, intonasi dan penguasaan sistem bunyi yang lain.
· Kemahiran menyebut atau mengajuk bunyi dan suara.
· Pengucapan yang berunsur sosial dan bermoral.
· Bercerita  sebagai  cara  untuk  menyampaikan  pengalaman  dan  perasaan 
individu.
· Berita  dan  laporan  iaitu  kemahiran  melahirkan  semula  pengalaman  dan 
pengamatan 
secara lisan dalam struktur ayat dan frasa yang baik.
· Perbincangan  dan  perbahasan  iaitu  kemahiran  mengeluarkan  pendapat  di 
samping
· mempertikaikan pendapat orang lain secara serentak.
· Aspek­aspek penting dalam kemahiran bertutur;
68 
(a) Sebutan 
(b) Tekanan 
(c) Mora (panjang­pendek) 
(d) Jeda (persendian) 
(e) Intonasi 
(f) Nada 
(g) Tatabahasa 
(h) Kelancaran 
(i) Kefasihan 
(j) Laras bahasa 

b.  Tujuan bertutur 

Kemahiran  bertutur  diajarkan  di  sekolah  pedalaman  untuk  membolehkan  murid 


bertutur  dan  mengeluarkan  buah  fikiran  dengan  menggunakan  bahasa  yang 
sesuai  dalam  pelbagai  keadaan  perhubungan  seperti  perbualan  dengan  rakan­ 
rakan, guru, ibu bapa. 

Dalam  menguasai  kemahiran  tersebut,  guru  haruslah  memastikan  murid­murid 


pedalaman  boleh bertutur dalam bahasa Melayu dengan betul dari segi sebutan, 
intonasi serta menggunakan perkataan dan ayat dengan tepat. 
Pengajaran dan pembelajaran bertutur haruslah membolehkan murid;
· Menyebut dengan jelas perkataan bahasa Melayu standard.
· Menyampaikan atau melahirkan pendapat peribadi berdasarkan perkara atau 
peristiwa di sekitar mereka.
· Menunjukkan  arah  tempat­tempat  menarik  di  sekeliling  mereka  dengan 
mudah.
· Bertemu ramah dengan penduduk kampung.
· Membina soalan untuk mencari maklumat berkaitan sekeliling mereka.
· Bertutur secara bertatasusila dengan rakan dan orang di sekeliling mereka.
· Bertutur menggunakan bahasa yang tepat dan sesuai dengan pendengar dan 
situasi. 

c.  Peringkat­Peringkat Kemahiran Bertutur 
Aktiviti yang boleh dijalankan pada peringkat awal ialah:
· Mengajuk perkataan dan ayat­ayat yang didengar.
· Menyoal untuk mendapatkan maklumat.
· Menyoal soalan­soalan mudah berdasarkan situasi tertentu.
· Bertindak terhadap soalan­soalan mudah.
· Memberi arahan.
· Membuat ayat­ayat mengenai diri sendiri, rakan, ibu bapa dan sebagainya.
· Membuat ayat­ayat daripada gambar sekitar sekolah atau kampung. 

Aktiviti bagi peringkat pertengahan:
· Membuat deskripsi tentang objek atau gambar.
· Bercerita berdasarkan satu siri gambar atau gambar bersiri
· Mendeskripsi pengalaman atau sesuatu peristiwa.
· Memberi satu siri arahan untuk membuat sesuatu.
· Memberi ucapan pendek dan mudah.
· Memberi komen secara mudah.
· Menyoal  dan  menjawab  soalan­soalan  berhubung  dengan  peribadi 
seseorang
· bersekolah, persekitaran, di rumah.
69 
Soalan Tugasan 

Murid­murid  pedalaman  didapati  menghadapi  masalah  dalam  kemahiran 


Lisan bahasa Melayu. 
1.  Bagaimana mengesan daerah­daerah kelemahan lisan murid­murid? 
2.  Nyatakan cara­cara memperbaikinya. 
3.  Nyatakan  bahan  bantu  Mengajar  (BBM)  yang  sesuai  digunakan  dalam 
pengajaran lisan (mendengar dan bertutur). 
4.  Nyatakan teknik­teknik yang sesuai dan bahan bantu yang digunakan dalam 
satu sesi pengajaran dan pembelajaran. 

5.3.2  Kaedah Membaca Sekolah Pedalaman 

Sesunggguhnya bukan semua kanak­kanak pedalaman dapat menguasai kemahiran 
membaca  dengan  mudah.  Terdapat  juga  ramai  kanak­kanak  yang  tidak  boleh 
membaca,  yang  susah  membaca,  tidak  mahir  membaca  dan  tidak  suka  membaca. 
Situasi  inilah  akan  menyulitkan  pengajaran  guru.  Terdapat  pelbagai  kaedah  yang 
boleh  digunakan  untuk  mengajar  kanak­kanak  pedalaman  membaca  antaranya 
ialah; kaedah pandang dan sebut, kaedah abjad dan kaedah fonik. 

a.  Kaedah Abjad
· Kaedah  abjad  merupakan  satu  kaedah  yang  telah  lama  diamalkan  oleh 
kebanyakkan guru bahasa di sekola. Kaedah ini disebut juga sebagai kaedah 
huruf dan kaedah mengeja.
· Mengikut kaedah ini murid­murid diperkenalkan dengan huruf­huruf yang ada 
di  dalam  sistem  ejaan  bahasa  Melayu,  iaitu  huruf­huruf  kecil    a  hingga  f  ,g 
hingga k,l hingga p, dan r hingga z.
· Menganal  dan  menghafal  huruf  kecil  dan  besar  serta  menghafal  nama­ 
namanya.
· Setelah  murid  diperkenalkan  huruf  vokal  asas  a,i    dan  u  dan  daripadanya 
dibentuk  suku  kata  untuk  membentuk  perkataan,  iaitu  dengan 
menggabungkan huruf­huruf konsonan, misalnya: 

ba  bi  bu 

ca  ci  cu 

da  di  du 

ha  hi  hu 

ja  ji  ju

· Daripada  suku kata itu dibentuk perkataan mudah  seperti baca, babu, cucu, 


dada, dahi, budi dan sebagainya.
· Perkataan­perkataan  dieja  mengikut  nama  hurufnya  dan  kemudian  disebut 
perkataannya.
· Mengeja perkataan­perkataan itu, iaitu secara huruf satu demi satu, misalnya 
disebut; 

b,a, t, u = batu, 

b, a, b, u = babu,

70 
b, u, d, i = budi 

atau secara suku kata, iaitu 

cu, ci = cuci 

ba, ca = baca 

sa, ya = saya

· Kebaikannya  ialah,  kemahiran  membaca  dalam  kalangan  murid­murid 


diasaskan pada pengenalan huruf dan  suku kata. Oleh kerana sistem ejaan 
bahasa  Melayu  bersifat  fonemik,  iaitu  setiap  huruf  atau  lambang  mewakili 
satu  bunyi  yang  tertentu  dan  keadaannya  pula  tetap,  maka  apabila  murid­ 
murid bertemu dengan apa jua suku kata (gabungan beberapa bunyi/ huruf), 
mereka akan dapat menyebutnya dengan sebutan yang betul.
· Dengan  demikian  mereka  akan  boleh  membaca apa  sahaja  perkataan  atau 
ayat­ayat  yang  dihadapkan  kepada  mereka  walaupun  mereka  tidak 
memahami makna perkataan­perkataan.
· Apabila  mereka  sudah  menguasai  kemahiran  ini  dengan  baik,  masalah 
membaca tidak lagi. 

b.  Kaedah Fonik
· Murid­murid diperkenalkan dengan bunyi huruf bukan nama huruf.
· Menggabungkannya bunyi huruf­huruf yang lain untuk membentuk suku kata 
dan perkataan.
· Sebagai contoh, lambang “S” diperkenalkan dengan bunyinya “sss”, lambang 
“a”  dengan  bunyi  “aaaa”,  lambang  “t”  dengan  bunyi  “teeh”,  lambang  “b” 
dengan bunyi “beh” dan seterusnya.
· Lambang­lambang itu tidak diperkenalkan bunyinya sahaja.
· Bunyi­bunyi itu kemudiannya dicantumkan menjadi suku kata dan perkataan, 
misalnya “satu” (gabungan bunyi “sa” dan “tu”) “batu”, “susu” dan sebagainya.
· Gambar­gambar disediakan juga bagi kaedah ini dengan padanan huruf.
· Murid  pada  mulanya  diajarkan  dengan  bunyi­bunyi  yang  tidak  bermakna 
tetapi  ia  boleh  menanamkan  asas  yang  kukuh  kepada  kanak­kanak  untuk 
mengenali  bunyi­bunyi  yang  dilambangkan  oleh  huruf­huruf  dalam  sistem 
ejaan.
· Kanak­kanak  membunyikan  sukukata  yang diwakili  oleh  dua  lambang  bunyi 
seperti “ng”, “ny”, “kh”, “gh” dan “sy”.
· Begitu  juga  dengan  bunyi  [ә]  dan  [e]  yang  di  dalam  tulisan,  hanya 
dilambangkan oleh huruf “e”.
· Membunyikan  suku  kata  dan  menyambungkan dengan suku  kata  yang lain, 
misalnya ba, tang, = batang.
· Membunyikan  huruf­huruf  dahulu,  lepas  itu  menjadikannya  suku  kata  dan 
akhirnya perkataan. Misalnya, 

b (beh), a (ah) = ba 

t (teh), u (uh) = tu 

ba + tu = batu

71 
Kebaikannya
· Membaca  dengan  kaedah ini  sesuai  dengan  bahasa  Malaysia kerana  suku­ 
suku kata yang hampir tetap bunyinya.
· Membolehkan kanak­kanak membaca perkataan­perkataan baharu walaupun 
perkataan­perkataan itu di luar perbendaharaan kata mereka. 

c.  Kaedah Pandang Sebut
· Dikenali sebagai kaedah “seluruh perkataan”.
· Perkataan  ditulis  penuh adalah  difikirkan  lebih  bermakna  dari  pecahan  tiap­ 
tiap hurufnya.
· Menjadi asas untuk mengajar murid­murid mula membaca.
· Perkataan seiring dengan gambar. 

Cara menggunakan Teknik Pandang dan sebut.
· Murid­murid  cuba  mengenal  keseluruhan  lambang­lambang  itu  untuk 
membaca.
· Mengenal  beberapa  puluh  ‘lambang  perkataan’  sebelum  boleh  membaca 
ayat­ayat.
· Murid­murid diajar mengeja tiap­tiap perkataan.
· Murid diajar mengenal huruf­huruf. 

Cara pelaksanaan
· Menyebut perkataan.
· Mencerakinkan perkataan menjadi suku kata.
· Membaca ayat.
· Murid­murid  disuruh  menyebut  perkataan­perkataan  itu  dengan  mengenali 
gambarnya sekali.
· Murid  cuba  mengenali  lambang­lambang  (abjad)  secara  keseluruhan,  iaitu 
lambang­lambang  yang  membentuk  sesuatu  perkataan  dan  untuk  boleh 
membaca sebuah ayat pendek,
· Hanya  setelah  mereka  boleh  menyebut  perkataan,  rangkai  kata  atau  ayat, 
barulah  mereka  mengenali  satu  demi  satu  akan  abjad­abjad  yang 
membentuk perkataan­perkataan itu.
· Kaedah  ini  timbul  sebagai  reaksi  kepada  kelemahan  kaedah  abjad,  yang 
dianggap  tidak  bermakna  kerana  menekankan  penghafalan  huruf­huruf  dan 
suku kata pada peringkat awal pembelajaran.
· Kaedah  ini  dikatakan  lebih  bermakna  kerana  perkataan  yang  diperkenalkan 
itu  secara  tersendiri  memang  bermakna.  Dengan  kata  lain,  murid­murid 
memahami  apa  yang  mereka  baca  dan  ini  dapat  mengelakkan  mereka 
daripada merasa bosan.
· Walau bagaimanapun, kaedah ini ada juga kelemahannya.
· Kemahiran  mengenal  lambang­lambang  yang  membentuk  perkataan  tidak 
muncul dengan cepat. Kanak­kanak membaca bukan berdasarkan lambang­ 
lambang  yang  membentuk  huruf  tetapi  berdasarkan  gambar.  Jadi,  mereka 
sebenarnya  menyebut  nama  gambar    (kerana  mereka  mengenali  benda 
dalam gambar) bukan membaca apa yang tertulis mengenai gambar itu. 

Kaedah ini mementingkan dua perkara:
· Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui 
gambar.
· Membunyikan ayat melalui gambar yang ada cerita.

72 
Prosesnya
· Mengecam  dan  mengenal  perkataan  dengan  memandang  keseluruhannya 
dan  terus  menyebut  perkataan  itu.  Pada  peringkat  permulaan,  perkataan­ 
perkataan yang disampaikan mengikut kaedah ini disertakan dengan gambar.
· Seterusnya  kanak­kanak  diminta  mengecam  ayat­ayat  yang  pendek  dan 
mudah  dengan  tidak  mengeja  satu­satu  perkataan  yang  terkandung  di 
dalamnya. Setelah mengecam, kanak­kanak diminta terus membaca.
· Pengulangan serta latih tubi perlu diperbanyakkan. 

Kelebihannya
· Sesuai dengan kehendak ilmu jiwa kanak­kanak kerana mereka mempelajari 
sesuatu secara keseluruhan kepada bahagian kecil dan menarik minat murid­ 
murid.
· Kaedah  ini  dari  awal  mementingkan  makna.  Dengan  itu  kanak­kanak    dari 
mula mendapat latihan memaham apa yang dibaca oleh mereka.
· Guru dapat melatih kanak­kanak membaca dengan sebutan dan rentak irama 
ataupun alunan suara yang betul dari mulanya. 

d.  Kaedah Campuran
· Kaedah campuran yang memberatkan cerakinan.
· Kegiatan pramembaca adalah diperlukan pada peringkat awal.
· Melibatkan pendengaran dan penglihatan.
· Selepas  kanak­kanak  menguasai  kecekapan  asas  ini,  kanak­kanak  akan 
didedahkan  pada  bahan  bacaan,  iaitu  menguasai  kecekapan  yang  mudah 
kepada mereka.
· Selepas itu barulah bacaan mekanis.
· Kaedah suku kata dan kaedah bunyi juga diperlukan sebagai sokongan bagi 
menguatkan  pengecaman  bunyi­bunyi  huruf  dan  suku  kata,  serta  bentuk­ 
bentuknya.
· Waktu  membunyikan  suku  kata  hanya  bunyi  huruf  konsonan  awal  sahaja 
yang  ditekankan  dan  seterusnya  digabungkan  dengan  bunyi  vokal  yang 
mengikutinya, seterusnya hingga menjadi perkataan.
· Dalam  pengenalan huruf­huruf, penekanan adalah pada bunyi huruf itu, dan 
pengenalan kepada nama huruf dibuat secara tidak langsung, dan digalakkan 
selepas bunyinya dikuasai.
· Tatacara pendekatan ini bolehlah dirajahkan seperti berikut: 

KAEDAH PANDANG DAN SEBUT 
(ayat/perkataan) 

KAEDAH SUKU KATA 

Kaedah Sokongan

KAEDAH HURUF/ BUNYI 

73 
Ciri­ciri
· Bahan yang akan dibaca harus difahami dan sebutannya dibetulkan.
· Seluruh perkataan didahulukan untuk mengaitkan lambang  dan konsep.
· Pengecaman simbol huruf­huruf diberatkan melalui penggunaan kaedah suku 
kata dan kaedah huruf/ bunyi untuk pengecaman yang lebih teliti.
· Bahan bacaan diperingkatkan mengikut senang susah.
· Pemilihan  perkataan  dan  benda­benda  di  sekeliling  yang  diketahui  oleh 
murid.
· Aktiviti pengukuhan yang mirip kepada bahan yang dibaca untuk setiap murid 
dijalankan. 

Bahan
· Daripada segi bahan bacaan, perlu mengikut prinsip daripada senang kepada 
susah.
· Peraturan  berikut  adalah  sesuai  bagi  menentukan  prinsip  pemilihan  bahan 
bacaan itu. 

1.1.  Dua suku kata terbuka bermula dengan vokal: i + bu 
1.2.  Dua suku kata terbuka: ba + ju 
1.3.  Dua suku kata 
1.3.1. Terbuka + tertutup: bu + lan 
1.3.2. Tertutup + terbuka: lam + pu 
1.4.  Dua suku kata tertutup: sam + pah 
1.5.  Tiga suku kata terbuka: ke + ru + si 
1.6.  Dua suku kata: 
1.6.1. Terbuka yang menggunakan sy, ng, ny, gh, kh: nya + nyi 
1.6.2. Terbuka + tertutup: kha + mis 
1.7.  Dua suku kata bermula dengan vokal: 
1.7.1. in + tan 
1.7.2. em + pat 
1.7.3. un + tung 
1.8.  Suku kata campuran: 
1.8.1. ber + la + ri 
1.8.2. me + lu + kis 
1.8.3. mem + ba + ca 
1.8.4. me + nga + nga 
1.8.5. pe + rem + pu + an 
1.9.  Dua vokal berganding termasuk diftong: 
1.9.1. Main, kain 
1.9.2. Laut, taat 
1.9.3. Buih, amboi 

Pengelolaan
· Tunjukkan  gambar  (baju)  dan  minta  murid  menamakan,  kemudian  berbual 
mengenainya dengan menyerapkan isi pengetahuan daripada mata pelajaran 
alam dan manusia.
· Tunjukkan kad perkataan baju dan minta murid sebut perkataan itu.
· Gandingkan  kad  perkataan  baju  pada  gambar  tadi,  dan  minta  murid  sebut 
perkataan tersebut.
· Ketepikan kad gambar, minta murid menyebut (membaca) kad perkataan itu. 
Begitulah seterusnya dengan perkataan­perkataan lain.
· Tanpa  menggunakan  gambar,  guru  tunjukkan  kad­kad  perkataan  dan  minta 
murid membacanya.
· Tunjukkan kad­kad suku kata satu persatu bagi perkataan tadi.
74 
· Gandingkan  suku  kata  ba  +  ju  pada  kad  perkataan  baju  dan  minta  murid 
menyebutnya dengan meneliti persamaan perkataan itu.
· Cantumkan dengan  segera dan minta murid­murid membacanya. Tunjukkan 
semula kad perkataan baju dan minta murid­murid membacanya.
· Pecahkan suku kata tadi pada huruf­huruf dengan menggunakan kad lain dan 
minta kelas membunyikan huruf­huruf itu – 
a(a), b(beh), u(u), j(jeh)  =  ba(ba), ju(ju)  sebut  ( baju) 

e.  Jenis­Jenis bacaan 

i.  Bacaan Mekanis 

Tujuan Bacaan Mekanis 
Membolehkan  membaca  dengan  cekap  dan  pantas  dengan  sebutan  dan 
intonasi  yang  betul  serta  jelas.  Selain  itu,  membolehkan  murid  membaca 
dengan  irama  bacaan  yang  betul.  Membolehkan  murid  tahu  menggunakan 
tanda­tanda  baca  serta  tahu  berhenti  pada  tempat­tempat  berhenti  yang 
betul. Seterusnya  membolehkan  murid  mencapai  kemahiran  dan  kecekapan 
membaca mekanis/bersuara. 

Cara Melaksanakan Bacaan Mekanis
· Guru  memberikan  satu  petikan  dalam  satu  masa  khas  untuk  bacaan, 
sesuai dengan kebolehan dan umur murid.
· Bersoal  jawap  dan  membantu  murid­murid  dengan  perkataan  dan 
rangkai  kata  yang  susah  sama  ada  dari  segi  sebutan  atau  makna 
perkataan itu.
· Guru membaca sebagai contoh dan murid­murid pula menyemak bacaan 
guru.
· Guru membaca dan murid­murid mengikut.
· Guru  berbincang  dan  bersoal  jawap  dengan  murid­murid  tentang  isi 
bacaan  untuk  menguji kefahaman mambaca mereka (dilakukan secara 
lisan dan bertulis).
· Guru membaca sebagai contoh dan murid mengikut.
· Guru memandu murid membaca secara individu bergilir­gilir.
· Bersoal  jawab  dan  membantu  murid­  murid  dengan  perkataan  rangkai 
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan itu.
· Guru  memberi  satu  petikan  dalam  satu  masa  khas  untuk  bacaan  dgn 
kebolehan dan umur murid. 

ii.  Bacaan Mentalis 
Tujuan Bacaan Senyap  adalah untuk melatih murid­ murid supaya boleh 
membaca dengan sendiri . Selain itu untuk melatih murid­ murid supaya 
boleh membaca dan memahami apa yang dibacanya dan melatih murid­ 
murid membaca senyap dan pantas untuk mendapatkan pengetahuan.

75 
Cara Melaksanakan Bacaan Senyap

· Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman
· Bahan­bahan  yang  diajar  mestilah  berperingkat­peringkat  daripada 
bahan­  bahan  yang  sedikit  dan  senang  kepada  bahan­  bahan  yang 
banyak dan susah
· Guru  memberi  dan  menentukan  bahan  bacaan.  Semasa  pelajaran 
diadakan guru membantu dan membimbing murid­ murid yang lemah.
· Guru  bersoal  jawab  dan  membincangkan  perkataan  dan  rangkai  kata 
yang susah. 

Soalan Tugasan 

1.  Nyatakan aktiviti­aktiviti pembelajaran membaca yang sesuai dengan kaedah­ 
kaedah pengajaran membaca berikut: 
a.  Kaedah Abjad 
b.  Kaedah fonik 
c.  Kaedah Pandang Sebut 
d.  Kaedah Campuran 

2.  Bilakah masanya guru boleh menggunakan Kaedah bacaan mekanis dan bacaan 
Mentalis dalam pengajaran kemahiran membaca? 
3.  Senaraikan tujuan­tujuan dalam pengajaran dan pembelajaran bacaan? 

5.3.3  Kemahiran Menulis Sekolah Pedalaman 

Selain kemahiran membaca, murid­murid di sekolah pedalaman juga tidak terkecuali 
daripada  menghadapi  masalah  kemahiran  menulis.  Sebagai  seorang  guru  yang 
bertanggungjawab dan berdedikasi harus melatih muird­murid supaya mahir menulis 
dengan cantik , kemas dan teratur. 

Menulis  ialah  proses  merakam  atau  menghasilkan  bahan  yang  berbentuk  idea, 
pendapat, pengalaman, perasaan, maklumat dalam bentuk tulisan untuk berhubung 
dengan orang lain atau dengan diri sendiri. 

Menurut Kamaruddin Hj Husin, (1988:178): 

Tulisan ialah bahasa yang bertulis dengan lambang­lambang bunyi. Jika 
tulisan itu dibunyikan semua ia dikatakan bahasa. Tulisan ialah alat untuk 
melahirkan  fikiran  dan  perasaan.  Ia  merupakan  bahasa  yang  tersusun 
yang berupa rangkai­rangkai kata dan ayat­ayat. 

Menurut Walshe, R.D. (1981) menyebut: 

Proses  memilih,  menyatukan,  menyusun  dan  mengembangkan  idea  ke 


dalam ayat dan perenggan yang efektif.

76 
Menurut Don Bryne, (1979:1): 

Kita  menggunakan  simbol­simbol  grafik  semasa  menulis,  iaitu 


penggunaan  huruf­huruf  atau  gabungan  huruf­huruf  yang  berkaitan 
dengan lambang­lambang bunyi yang kita buat semasa kita bercakap. 

a.  Matlamat penulisan
· Menulis dan megarang merupakan satu kemahiran. Oleh itu matlamat utama 
dalam penulisan adalah : 
ü  Untuk mengenal pasti sub­sub kemahiran tersebut. 
ü  Murid­murid diajar oleh guru mengenai sub­subkemahiran tersebut. 
ü  Untuk  melatih  dan  meningkatkan  kemahiran  murid  menulis  dan 
mengarang. 
ü  Untuk  menguji  kemahiran  menulis  dan  mengarang  murid  bagi 
mengenal pasti masalah supaya kelemahan mereka dapat diperbaiki. 

b.  Peringkat­peringkat penulisan 

Terdapat 3 peringkat dalam proses menulis atau mengarang, 

1.  Peringkat pertama : Prapenulisan 

Mengikut Wilma dan David Ebbitt (1978:5): 

Prewriting  is  discovering  what  you  think  and  feel  about  your 
subject, it’s finding the perspective from which you’ll write about it. 
It  includes  whatever  goes  on  before  you  make  the  purposeful 
effort to produce a first draft.

* Berdasarkan daripada pernyataan tersebut, antara kegiatan prapenulisan 
yang boleh dijalankan di dalam kelas ialah; 
i.  ‘Brainstorming’ atau sumbang saran berdasarkan isi sesuatu tajuk. 
ii.  Perbincangan di dalam kelas. 
iii.  Membuat rangka kasar mengenai topik yang hendak ditulis. 
iv.  Mencari pendekatan yang sesuai untuk menyampaikan isi / idea. 

2.  Peringkat kedua : Menulis

* Pada  peringkat  ini,  kerja  menulis  dengan  terperinci  berdasarkan 


perancangan  / rangka isi yang telah dibuat.
* Murid hendaklah menulis apa sahaja isi atau idea yanhg telah dirancang 
atau dirangkakan tadi.
* Secara  ringkasnya,  kerja  penulisan  dalam  peringkat  ini  melibatkan 
perkara­perkara berikut ; 
i.  Membina / mengembangkan isi / idea yang telah dirancang. 
ii.  Memberi bukti / alasan yang kukuh untuk menyokong kenyataan yang 
dibuat. 
iii.  Membentuk ayat yang jelas untuk mengambarkan isi / idea. 
iv.  Memberi tanda baca yang bersesuaian bagi memperjelaskan maksud.

77 
c.  Latihan awal penulisan bagi murid­murid sekolah pedalaman 

•  Latihan awal menulis di peringkat rendah perlu menekankan beberapa 
aktiviti, seperti : 
i.  Peringkat menyediakan murid. 
ii.  Peringkat mendirikan asas. 
iii.  Peringkat latihan menulis. 

i.  Peringkat menyediakan murid 
Peringkat ini memerlukan persediaan seperti:
· Melakukan aktiviti pergerakan tangan.
· Menguasai gerak tangan yang besar agar boleh menulis dengan selesa dan 
sempurna.
· Melakukan latihan pergerakan mata.
· Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata. 

Aktiviti latihan menulis boleh dilakukan dalam beberapa cara, seperti:
· Latihan membentuk corak.
· Latihan mewarna bentuk.
· Latihan bentuk menyerong dan menegak.
· Latihan melukis bentuk geometri dan mewarnakannya.
· Latihan membentuk atau melukis bentuk yang berkaitan dengan bulatan. 

Aktiviti tersebut dapat dibentuk dalam pelbagai jenis sama ada dengan cara 
membesarkan atau mengecilkan saiz, dimensi dan susunan melalui aktiviti 
seperti:
· Menekap.
· Menyalin kembali huruf / bentuk.
· Membentuk huruf / bentuk dengan menggunakan tanah liat, adunan tepung 
dan sebagainya untuk melatih kordinasi tangan dan mata.
· Menggunting / membentuk huruf atau corak. 

ii.  Peringkat mendirikan asas
· Dijalankan serentak dengan pengajaran bacaan.
· Murid diperkenalkan dengan lambang huruf yang bersesuai dengan gambar, 
seterusnya menulis ayat pendek.
· Semasa menulis, murid digalakkan menyebut huruf dan membaca perkataan 
itu.
· Buku tulisan pada peringkat ini sebaiknya tidak mempunyai garisan.
· Apabila tulisan murid beransur baik, mereka boleh menulis dalam buku 
latihan bergaris. 

iii.  Peringkat latihan menulis
· Pada peringkat ini, murid menulis ayat­ayat yang dicontohkan oleh guru.
· Bahasa tulisan haruslah sama dengan bacaan yang diajarkan kepada murid.
· Latihan ini bertujuan membolehkan murid menulis dengan jarak yang sesuai 
dengan perkataan dalam ayat, menulis dengan kemas, serta dengan 
kepantasan yang sesuai.
· Cara ini mempunyai kelebihannya, iaitu; 
ü  Ia lebih cepat ditulis. 
ü  Keindividuan dalam tulisan mudah dilihat. 
ü  Tulisan ini biasanya digunakan dalam surat menyurat.

78 
d.  Tujuan Mengajar Menulis Murid­murid Sekolah Pedalaman 

1.  Tujuan Semerta
* Untuk  mendirikan  asas  yang  kukuh  seperti  kanak­kanak  boleh  menulis 
dengan baik, cekap, dan pantas.
* Membolehkan  kanak­kanak  mengeja  perkataan­perkataan  dengan 
pantas  dan  menyusun ayat­ayat  dengan  betul  dan  boleh  difahami  oleh 
pembaca.
* Kanak­kanak  boleh  mengulangi  pelajarannya  menerusi  membaca 
tulisan­tulisan  yang  tercatat  atau  membaca  buku­buku  luar  untuk 
menambah lagi isi bacaannya.
* Membolehkan  kanak­kanak  melahirkan  fikiran  dan  perasaan  dengan 
sempurna dalam bentuk tulisan.
* Membina minat suka menulis atau mengarang.
* Menambah  dan  meluaskan  pengetahuan  dalam  perbendaharaan  kata, 
perkembangan bahasa dan tulisan.
* Menyediakan kanak­kanak untuk menghadapi peperiksaan. 

2.  Tujuan Lanjut
* Untuk  meluaskan  pengetahuan,  pengalaman,  perhubungan  dan 
matlamat menerusi penulisan.
* Dapat  memberikan  kepuasaan  jiwa  dalam  pemikiran,  pengalaman  dan 
perasaan.
* Menyediakan  kanak­kanak  dengan  pengetahuan  ini  supaya  dapat 
memenuhi  kehendak  dan  hasrat  masyarakat  moden  khasnya  bagi 
kepentingan diri sendiri dan orang lain 

e.  Jenis­jenis penulisan karangan 

1.  Karangan terkawal
* Merupakan  karangan  peringkat  asas  /  pertama  yang  harus  dilalui  oleh 
setiap murid.
* Karangan  terkawal  ialah  segala  isi  dan  bahasanya  sedia  terkawal  oleh 
guru.
* Susunannya dikawal ketat dan sedikit­sedikit dipimpim ke arah karangan 
bebas.
* Karangan  jenis  ini  menitikberatkan  kelancaran  dalam  penggunaan 
bahasa  dan  mengeluarkan  fikiran  dengan  tidak  diganggu  oleh  soal 
bahasa.
* Antara tujuan karangan terkawal, ialah; 
i.  Mengurangkan kesilapan yang dibuat oleh murid. 
ii.  Menjadi  asas  kepada  karangan  bebas.  Murid  dipimpin  sedikit  demi 
sedikit      ke arah  karangan bebas  yang  menitikberatkan  soal isi  dan 
bahasa. 
iii.  Membolehkan  murid  menggunakan  bahasa  dengan  lancar  dan 
mengeluarkan  fikirannya  dengan  tidak  diganggu  oleh  masalah­ 
masalah berbahasa. 

2.  Karangan separa terkawal
* Pada  peringkat  ini,  murid  masih  diberikan  kawalan  walaupun  tidak 
sepenuhnya.

79 
* Muird diberi peluang untuk menggunakan sedikit daya pemikiran mereka 
untuk  memilih  perkataan  dan  menyesuaikannya  dengan  pengajaran 
guru. 

Contohnya,  guru  membacakan  sebuah  karangan  pendek  yang  sedia 


ditulis di papan hitam dan  kemudian murid­murid diminta menggantikan 
beberapa  perkataan  yang  telah  dipadam  dengan  perkataan­perkataan 
lain yang disediakan. 

i.  Karangan berpandu 


* Pada peringkat ini, murid­murid menerima sedikit kawalan sahaja 
dimana  seolah­olah  mereka  dipandu  dalam  membuat  karangan 
tersebut.
* Pada  peringkat  ini  juga,  kemungkinan  murid­murid  akan 
melakukan  kesalahan­kesalahan  yang  lebih  besar.Tetapi  ada 
kekecualian  bagi  mereka  yang  telah  menerima  latihan­latihan 
yang  banyak  dan  dapat  memahami  sepenuhnya  cara  tersebut 
pada peringkat terkawal dan separa terkawal. 
Contohnya,  guru  membaca  sebuah  karangan  yang  sudah 
disediakan.Kemudian  murid­murid  diminta  menuliskan  semula 
perenggan­perenggan  tersebut  berdasarkan  garis  panduan  atau 
arahan yang diberi guru.
* Pada  peringkat  ini,  guru  masih  memberikan  bimbingan  kepada 
murid­murid. 

ii.  Karangan bebas
* Karangan  bebas  hanya  akan  dapat  dijalankan  setelah  murid­ 
murid  sudah  mula  boleh  menguasai  bahasa  yang  diajar  itu 
dengan baik.
* Di  peringkat  ini,  murid­murid  diberi  tajuk  umum  dan  mereka 
diminta  untuk  terus  menumpukan  perhatian  kepada  apa  yang 
hendak ditulis dan bukan lagi bagaimana hendak menulisnya.
* Jenis karangan ini diperluaskan lagi kepada beberapa bentuk dan 
bentuk  ini  dibahagikan  kepada  lima  bahagian,  iaitu  karangan 
bentuk naratif, deskriptif, imaginatif, kreatif, dan argumentatif.
* Bentuk  karangan  bebas  ini  dapat  diperlihatkan  dalam  rajah  di 
bawah; 

f.  Kecekapan Berbahasa Untuk Latihan Menulis

· Pelajar  dapat  melahirkan  secara  bertulis  fikirannya,  perasaan  dan 


pengalaman  dengan  jelas,  tersusun,  logik,  dan  menggunakan  tatabahasa 
yang betul.
· Mengembangkan  daya  cipta  untuk  menulis  sesuatu  yang  kreatif  atau  kritis 
seperti cerpen, cerita imaginasi, pandangan, perbincangan, perbahasan, dan 
syarahan.
· Menterjemahkan  bahan  prosa  bahasa  tertentu  ke  dalam  bahasa  Malaysia 
Baku dengan memelihara makna asalnya.
· Menghasilkan rumusan daripada pelbagai bahan prosa.
· Membolehkan pelajar berkomunikasi secara bertulis dalam urusan rasmi atau 
rakan sebaya untuk memenuhi pelbagai keperluan.
· Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan 
kemahiran menulis di kalangan pelajar:

80 
· Latihan  imlak (dictation) di mana pelajar dikehendaki menyalin dengan betul 
ayat atau perenggan yang dipilih.
· Latihan  menyempurnakan  ayat  atau  urutan  ayat  dengan  perkataan/frasa 
yang paling sesuai dan tepat.
· Latihan  menyusun  semula  bahagian­bahagian  ayat  supaya  menjadi  ayat 
yang betul tatabahasanya.
· Latihan  mengatur  semula  sebilangan  ayat  supaya  menjadi  satu  perengan 
yang tersusun dan logik.
· Penulisan karangan bergambar sama ada berdasarkan sebuah gambar atau 
satu gambar bersiri.
· Penulisan surat biasa kepada ahli keluarga dan sahabat.
· Penulisan  surat  biasa  kepada  guru,  jabatan  kerajaan,  dan  syarikat  untuk 
pelbagai tujuan.
· Penulisan notis, ucapan, mesej, kad jemputan, dan sebagainya.
· Latihan  mengenal  pasti  dan  membetulkan  kesalahan  (termasuk 
perbendaharaan  kata,  ejaan,  tanda  bacaan,  imbuhan)  dalam  sebuah 
karangan.
· Menulis rangka karangan yang tajuknya telah diberi.
· Menulis  karangan  berformat  (laporan,  perbahasan,  syarahan,  ceramah,  dan 
sebagainya) berdasarkan tugas yang diberi.
· Menilai suatu karangan dari segi kekuatan dan kelemahannya.
· Mengenal  teknik­teknik  untuk  menghasilkan  sebuah  karangan  yang  baik 
termasuk teknik membuat pendahuluan, penyampaian, dan kesimpulan.
· Membuat rumusan daripada pelbagai bahan prosa.
· Menterjemahkan petikan daripada bahasa tertentu ke bahasa Malaysia tanpa 
menjejaskan makna asalnya. 

g.  Prinsip­prinsip Penulisan

· Latihan  imlak  mestilah  diberi  penegasan  wajar  kerana  ia  memberi  latihan 
bertulis yang  berguna kepada pelajar dengan memerlukan mereka menyalin 
dengan tepat sesuatu yang telah dibaca oleh guru.
· Latihan  yang  mencukupi  perlu  dijalankan  untuk  membolehkan  pelajar 
membuat  ayat­ayat  yang  betul  untuk  melahirkan  fikiran  dan  perasaan 
tertentu.
· Pelajar  mesti  diberi  latihan  yang  memadai  untuk  menulis  perenggan  yang 
terdiri daripada urutan ayat yang teratur dan logik.
· Penulisan  karangan  pada  peringkat  awal  (menengah  rendah)  mestilah 
bersifat  terpimpin  atau  terkawal  dalam  erti  kata  guru  memberi  bantuan  dari 
segi perbendaharaan kata dan/atau kandungan.
· Guru mestilah menitikberatkan kesalahan yang sering dilakukan oleh pelajar 
termasuk kesalahan ejaan, tanda bacaan dan imbuhan.
· Untuk  membolehkan  pelajar  mengenal  hasil  penulisan  yang  bermutu  tinggi, 
guru  patutlah  mendedahkan  mereka  kepada  karya  penulisan  yang  baik 
daripada pelbagai sumber termasuk bahan yang ditulis oleh rakan sebaya.

81 
Soalan Tugasan 

1.  Huraikan  matlamat,  peringkat­peringkat,  dan  latihan  awal  menulis  yang  perlu 
diketahui oleh seseorang guru dalam pengajaran bahasa Melayu? 

2.  Kemahiran  dalam  penulisan  mekanis  dimulakan  apabila  murid­murid  telah 


melalui  latihan  intensif  dalam  kemahiran  pratulisan.  Nyatakan  beberapa  aktiviti 
penulisan mekanis kepada murid­murid yang telah bersedia untuk menulis. 

3.  Terdapat  beberapa  cara  menulis  karangan  seperti  karangan  terkawal,  separa 
terkawal,  berpandu,  dan  bebas.  Bilakah  masanya  guru  mengajar  jenis­jenis 
karangan tersebut kepada murid­murid? 

5.3.4  Pendidikan Pemulihan Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman 

Pendidikan  pemulihan  perlu  diambil  perhatian  serius  oleh  guru­guru  di  sekolah 
pedalaman.  Keadaan ini  adalah untuk mengelakkan bertambahnya bilangan  murid­ 
murid  yang  buta  huruf  apabila  tamat  persekolahan  peringkat  rendah.  Keadaan  ini 
akan  membebankan  guru­guru  di  sekolah  menengah.  Pendidikan  pemulihan  ialah 
aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  untuk  membantu  murid­murid  sekolah 
pedalaman yang menghadapi masalah pembelajaran. Pemulihan peringkat pertama 
dijalankan dalam kelas biasa iaitu selepas kelemahan menguasai satu kemahiran 
berbahasa  (focus  utama/sampingan)  dikesan  melalui  aktiviti  penilaian.  Sekiranya 
murid itu masih gagal dalam pemulihan yang dijalankan dalam kelas  biasa, mereka 
akan  ditempatkan  dalam  bilik  pemulihan  khas    dan  akan  menjalankan    aktiviti 
pemulihan yang dirancang oleh guru pemulihan khas. 

a.  Rasional pendidikan pemulihan di sekolah pedalaman.
· Murid mempunyai pelbagai perbezaan
· Guru mengajar menggunakan kaedah keseluruhan kelas
· Murid­murid tidak dapat menguasai kemahiran asas
· Masalah pembelajaran diharap tidak berhimpun sehingga akhir persekolahan
· Murid lemah memerlukan perhatian dan bimbingan
· Program pemulihan harus disediakan bagi membantu menghadapi masalah 
pembelajaran 

b.  Tujuan pemulihan
· Membantu murid menghadapi masalah pembelajaran
· Membantu murid menguasai kemahiran mengikut aktiviti
· Layanan yang sesuai dengan kebolehan dan kognitif
· Mengembangkan potensi dan minat murid
· Peluang pendidikan yang sama dan aktiviti sosial yang baik
· Menanam sikap positif serta keyakinan diri, berdikari
· Meneruskan pembelajaran dalam persekolahan biasa. 

c.  Pendidikan Pemulihan dalam KBSR
· Dalam Buku Panduan Asas KBSR, guru disarankan merancang aktiviti P&P 
berdasarkan kebolehan  dan perbezaan murid.
· Murid­murid dibahagi kepada tiga kumpulan iaitu cerdas, sederhana dan 
lemah.
· Semasa kumpulan cerdas dan sederhana menjalankan pengayaan kumpulan 
lambat menjalankan aktiviti pemulihan dan akan dinilai semula
· Murid yang berjaya dipulihkan akan diberi aktiviti/pelajaran seterusnya
82 
· Murid yang masih belum menguasai kemahiran itu akan ditempatkan dalam 
kelas pemulihan khas
· Dalam rancangan KBSR, semua program pemulihan tertumpu kepada 
kemahiran asas iaitu lisan, membaca, menulis dan mengira. 

Sumber Rujukan: 

Juriah Long dan rakan­rakan,(1990),Perkaedahan Pengajaran bahasa Malaysia, Fajar Bakti 
Sdn Bhd Petaling Jaya , Selangor. 

Kamaruddin Hj Husin, (1986), Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, 
Selangor: Penerbitan Sarjana (M) Sdn. Bhd. 

Kamaruddin Hj Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, (1997), Penguasaan Kemahiran 
Menulis. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. 

Kamaruddin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Abdul Aziz, Pengajian Melayu 2, Kuala Lumpur: 
Kumpulan Budiman Sdn Bhd, 1996. 

Mok Song Sang,(1994), Asas Pedagogi 1 dalam Pengajaran Pembelajaran,Kumpulan 
Budiman Sdn Bhd, Selangor. 

Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam, (1987), Kaedah Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar 
Bakti Sdn Bhd , Selangor. 

http://www.djz.edu.my/kecheng/malay/drafsukatan.htm

83 
UNIT 6:ENGLISH LANGUAGE PEDAGOGY FOR SCHOOLS IN THE INTERIOR AREAS 

6.1  An Introduction to the English Language Pedagogy for Schools in the Interior 
Areas 

6.1.1  Reflection (Group work: 4 groups) 
Each group is assigned a question and allowed three minutes discussion time. 
Group representatives share the contents of their discussion. 

a)  Describe the terms below. You may use an example in your description: 

Strategy: ……………………………………………………………………………… 

Approach: …………………………………………………………………………….. 

Method :……………………………………………………………………………….. 

Technique: …………………………………………………………………………… 

b)  What  is  “language”?  What  are  the  main  components/skills  of  the  English 
Language that you are required to teach to pupils at the primary school level? 

………………………………………………….……………………………………… 

………………………………………………………………….……………………… 

……………………………………………………………….………………………… 

………………….……………………………………………………………………… 

c)  What pedagogical  skills/knowledge  have  you  learnt/gained  while  undergoing 


the teacher training programme?  List a few challenges that you encountered 
while undergoing the practicum. 

………………………………………………….……………………………………… 

………………………………………………………………….……………………… 

……………………………………………………………….………………………… 

………………….……………………………………………………………………… 

d)  Which area of the English Language was the most challenging to teach to the 
pupils  during  the  practicum?    Which  pedagogical  skill/knowledge  did  you 
apply to overcome that particular challenge? 

………………………………………………….……………………………………… 

………………………………………………………………….……………………… 

……………………………………………………………….………………………… 

………………….………………………………………………………………………

84 
6.1.2  Brainstorming 

a)  List some challenges that you think you will encounter when you are posted 
to  a  remote  school  in  the  interior  areas  of  Sabah/Sarawak  to  teach  the 
English Language. 

1.  ………………………………………………………………………………… 

2.  ………………………………………………………………………………… 

3.  ………………………………………………………………………………… 

4.  ………………………………………………………………………………… 

b)  Suggest some means to overcome these challenges. 

1.  ………………………………………………………………………………… 

2.  ………………………………………………………………………………… 

3.  ………………………………………………………………………………… 

4.  ………………………………………………………………………………… 

c)  List  some  advantages  of  teaching  in  the  interior/remote  areas  of 
Sabah/Sarawak. 

1.  ………………………………………………………………………………… 

2.  ………………………………………………………………………………… 

3.  ………………………………………………………………………………… 

4.  ………………………………………………………………………………… 

d)  Suggest how you would prepare yourself personally and professionally should 
you be posted to a remote school 

Personal Preparation  Professional Preparation  Rationale 

1. 

2. 

3. 

4.

85 
6.1.3  Points to Ponder. 

Strategy:  Manage all activities to achieve objectives. 
Approach:  Choosing  the  correct  approach  in  order  to  deliver  what  is  to  be 
delivered to the pupils  e.g. Inductive approach 
Method:  Procedures  (teaching  steps/  stages  of  implementation:  teaching 
models) 
Technique:  e.g.drill, repetition, reading aloud 

The Integrated Language System 

Listening 

Integrated Language 
Writing  Speaking 
System 

Reading

Understanding Language 

Language  is  a  symbolic  system  created  to  communicate  ideas,  experiences, 


emotions  and  anything  else  wished  to  be  conveyed.    Communication  is  successful 
when  the  party  that  wants  to  convey  a  message  is  able  to  produce  the  necessary 
symbolic codes for the message using the correct rules and  the receiving party can 
understand the codes to get the message. 

The Communication Process 

86 
A  lot  of  children  with  learning  difficulties  often  have  problems  related  to  language. 
Most  of  these  are  the  result  of  inadequate  mastery  of  the  skills  related  to  the 
language  components.    In  general  pupils’  learning  are  affected  by  psychological, 
biological and environmental factors. 

Psychological factors: Intelligence and emotional health. 
Biological factors: Physical health and Neurological function 
Environmental factors: Language formation and school practice 
(Suggested reference: Pendidikan Pemulihan, Jais Sahok & Mat Nor Husin 1990) 

Some  problems  faced  by  trained  teachers  teaching  in  the  remote  areas  in 
Sabah/Sarawak 
(Are these current issues? Are these problems the teacher’s or the pupil’s?) 
1.  Lacking/Having  superficial  knowledge  of  pupils’  cultural  background,  pupils’ 
mother tongue, social taboos 
2.  Code switching / Using the 1 st  language to teach English 
3.  Lack of resource & material, no teacher support 
4.  Inability to adapt to living conditions in the unfamiliar rural area leading to inability 
to teach in the unfamiliar rural environment 
5.  Inability to apply pedagogical skills / Training did not prepare the teacher to face 
the reality/challenges in the teaching profession 
6.  Maslow’s hierarchy of self actualisation concept 
7.  The majority of pupils are children with learning difficulties/pupils are not ready to 
learn/pupils unable to bridge communication with teacher 

Teaching in Different Communicational Contexts 

The English syllabus for the special education programme for students with learning 
difficulties  focuses  on  the  English  Language  usage  in  different  communicational 
contexts.  Teachers teaching the English Language to these students have to create 
situations  that  will  provide  the  platform  for  the  English  Language  to  be  used 
appropriately to achieve the purpose of communication. 

Creating numerous situations that will allow pupils to speak the English Language is 
a  task  that  a  capable  and  competent  teacher  can  accomplish.    These  situations 
should be able to trigger pupils’ interest to speak the English Language.  However, it 
is essential that the language appropriate to the communicational situation will have 
to  be  taught  to  the  pupils  first.    It  is  best  to  remember  that  input  precedes  output, 
therefore one must be equipped with the necessary language knowledge and skills in 
order to be able to carry out any communicational task. 

The  teacher  needs  to  provide  pupils  the  opportunity  to  acquire  language  via 
language  activities in a pupil friendly environment.   This should contain elements of 
fun,  be  non­threatening  (accommodating,  motivating,  encouraging,  rewarding)  and 
provide  plenty  of  room  for  success  (achievements  on  the  part  of  the  pupils). 
Language  activities  should  include  creative  and  practical  drills  to  help  the  pupils  to 
acquire  language  items  therefore  enabling  them  to  use  the  language  appropriately 
and relevant to situations. 

Teachers  can  source  for  ideas  from  any  books  on  the  teaching  of  the  English 
Language.  Any idea/situation can be modified/adapted to suit/cater to the learner’s 
needs.  Therefore it is essential that the teacher find out the cognitive and language

87 
ability  as  well  as  the  specific  needs  of  the  pupils  to  successfully  plan  teaching 
strategies and activities. 

CULTURALLY EFFECTIVE COMMUNICATION 
Communication is an essential skill utilized by any teacher.  It is important to be a 
culturally  competent  communicator.    It  is  also  important  to  identify  the  belief 
systems of both the student and teacher to spot blocks to communication. 

ETHNOCENTRISM 
­  inability to accept another’s culture world view, “my way is the best” 

DISCRIMINATION 
­  Differential  treatment  of  an  individual  due  to  minority  status,  actual  and 
perceived, e.g. “we just aren’t equipped to serve people like that” 

STEREOTYPING 
­  Generalising  about  a  person  while  ignoring  presence  of  individual 
difference,  e.g.  “she’s  like  that  because  she’s  Asian  –  all  Asians  are 
nonverbal” 

CULTURAL BLINDNESS 
­  Differences are  ignored  and  one  proceeds  as  though    differences did not 
exist, e.g. “there’s no need to  worry about a person’s culture – if you’re a 
sensitive teacher, you do okay” 

CULTURAL IMPOSITION 
­  Belief  that  everyone  should conform to  the  majority e.g.  “we  know  what’s 
best for you, if you don’t like it you can go elsewhere” 

CONCEPTS RELATED TO BRIDGING CULTURAL DIFFERENCES (ETHNIC) 

E  Everyone has a culture 

T  Take time to collect relevant cultural information 

Hold all judgements, i.e. be careful about interpreting the culturally 

different student’s behaviour, especially if unfamiliar with the culture 

Notice and negotiate differences in understanding of teaching and 

learning 

I  Involve cultural resources as appropriate 

C  Collaborate to develop objectives and educational strategies

88 
6.2  Pedagogical Application 

6.2.1  Teaching & Learning Strategies (Group work) 

a)  List a few teaching and learning strategies. 

1.  ……………………………………………………………………………… 

2.  ……………………………………………………………………………… 

3.  ……………………………………………………………………………… 

4.  ……………………………………………………………………………… 

b)  List  a few  teaching  aids  that would be  accessible in the  primary  school in  a 


remote area e.g. electrical appliances 

1.  ……………………………………………………………………………… 

2.  ……………………………………………………………………………… 

3.  ……………………………………………………………………………… 

4.  ……………………………………………………………………………… 

c)  Suggest ways to teach in schools labeled “SKM”(low enrolment schools)? 

1.  ……………………………………………………………………………… 

2.  ……………………………………………………………………………… 

d)  Suggest  some  language  activities  that  are  fun,  non­threatening  and  could 
encourage pupils participation. 

1.  ……………………………………………………………………………… 

2.  ……………………………………………………………………………… 

3.  ……………………………………………………………………………… 

4.  ………………………………………………………………………………

89 
e)  Suggest some activities for the teaching of the following: 
Skill  Activities  Justification 
Listening and 
Speaking 
Reading 
Writing 
Grammar 

6.2.2  Points to Ponder 
6.2.2.1 Teaching and Learning Strategies 
1.  Classroom teaching 
2.  Individual teaching (one­to­one) 
3.  Group teaching 
4.  Inductive approach / Inductive teaching strategies 
5.  Deductive approach / Deductive teaching strategies 

6.2.2.2 Teaching aids accessible in the primary schools in some remote areas: 
1.  Radio 
2.  Television 
3.  Computers (Internet access i.e. school net) 
4.  Longman Dictionary of Contemporary English (LDOCE) 

6.2.2.3 Combined class: a means of teaching in “SKM” schools 
(Adapted from  Asas  Pedagogi dalam  Pengajaran­Pembelajaran,  Mok  Soon 
Sang 1994) 

6.2.3  Some examples of activities: 
1.  Songs / Action songs 
2.  Jazz chants 

Action Song: This is the way 

1.  This is the way I brush my teeth, brush my teeth, brush my teeth, This is the 
way I brush my teeth, early in the morning. 
2.  This is the way I comb my hair…. 
3.  This is the way I go to school…… 

Action Song: I Am Eating (to the tune of Are You Sleeping) 
I am eating, I am eating. 
Can’t you see? Can’t you see? 
I can see you eating, I can see you eating. 
So can I.  So can I. 
He is walking (2X)  I can see him walking (2X) 
She is reading (2X)  I can see her reading (2X) 
It is raining (2X)  I  can see it’s raining (2X) 
We are singing (2X)  I can see you’re singing (2X) 
They are standing (2X)  I can see them standing (2X) 
You are jumping (2X)  I can see I’m jumping (2X) 

Noriza Ibrahim, Madiah Musa, Zaharim Yusof.

90 
Ten Tiny Ants (to the tune of Enjit­Enjit Semut) 

Ten tiny ants, 
Take away one, 
There will be nine. 
Nine tiny ants, 
Take away one, 
There will be eight. 
Eight tiny ants, 
Take away one, 
There will be eight. 
Seven tiny ants, 
Take away one, 
There will be six. 

Six tiny ants 
Go walking on a little branch. 
Six tiny little ants 
Go walking on a little branch. 
Six tiny ants, 
Take away one, 
There will be five. 
Five tiny ants, 
Take away one, 
There will be four. 
By Saiful Adli & Muhamad Musa 

The Coconut Tree (to the tune of Mulberry Bush) 
Here we go round the coconut tree 
The coconut tree 
The coconut tree 
Here we go round the coconut tree 
Early in the morning. 

The durian tree  The grapefruit tree  The starfruit tree 


The rambutan tree  The lemon tree  The orange tree 
The mango tree  The papaya tree  The lime tree 
The soursop tree  The mangosteen tree  The pulasan tree 
The langsat tree  The longan tree  The bacang tree 
The banana tree  The guava tree  The ciku tree 

Siti Rosmizan Ibrahim, Noraida Abdull Khalid, Sharifah Suliman, Yee Mei Ling

91 
Jazz Chant:  Dear Children 
Dear children, dear children 
How are you today? 
How are you today? 
We are fine today, 
Thank you! 
Have you eaten your breakfast? 
Yes we have. 
What did you have for breakfast? 
What did you have for breakfast? 
I had bread with butter. 
I had tosei and tea. 
I had nasi lemak and coffee. 
Saravanan, Tan Lee Lee, Noor Shahira. 

Raining, Raining 
It was raining raining raining hard 
It was falling on the sun 
It was falling on the stars 
It was falling on my head 
It was falling on my shoes 
I got soaking wet 
I got soaking wet 
I got soaking, soaking, soaking wet. 
Soft rain . . . . . raining, raining 
Sweet rain . . . . . raining, raining 
I got the flu 
Couldn’t go to school 
I got the flu 
Couldn’t go to school 
I went to bed 
And slept instead 
I went to bed 
And slept instead 
Soft dream . . . . . raining, raining 
Sweet dream . . . . . raining, raining 
Amiza, Vejaya, Yong Yoke Lian

92 
I’m Going To School 
I’m going to school tomorrow morning 
I’m going to school tomorrow morning 
With my friends 
With my friends 
I’m going to school tomorrow morning 
With my friends 
Rafedah Md Nayan, Siti Asmidah Abd Aziz & Norzaini Abd Kadir 

What’s Your Name? 

Student A  Student B 
What’s your name? 
My name is Dayang. 
What’s your name? 
My name is Dayang. 
Are you Dayang? 
Yes, I am 
So you’re Dayang? 
Yes, I am.  Yes, I am. 

Norhalizah Hussain & Dayang Saftuyah bt. Awang Hidup. 
(Taken from New Songs & Jazz Chants © Malaysian Schools CfBT English Language Project 
Curriculum Development Centre Ministry of Education and CfBT (M) Sdn Bhd) 

The  ones who will be really happy are those who have sought and found how to 
serve 
­ Albert Schweitzer 

More man fail through lack of purpose than lack of talent 
­Billy Sunday 

Our greatest glory is not in never falling, but in rising every time we fall. 
­Oliver Goldsmith 

6.3  Workshop (2 hours) 

Mr.  Joseph  is  from  Kuala  Lumpur.    He  is  assigned  to  teach  in  a  remote  school  in 
Sabah/Sarawak.  The area gets electricity supply via a generator that runs from 6am 
to  10pm  daily.    Based  on  your  knowledge  of  areas  in  Sabah/Sarawak  where  only 
general basic facilities are available, state the type of language activities that  would 
be possible for Mr. Joseph to employ to teach English.  State how English teachers 
can  teach  without  having  to  code  switch  to  pupils’  first  language  to 
define/explain/elaborate/demonstrate/exemplify/emphasize.  You  may  use  the 
LDOCE.  You  may  apply  First  Steps  materials.  You  may  refer  to  any  activity  as  a 
teaching strategy.  Use the table below to present your assignment. 

( Rise to challenges, address problems)
93 
Scenario  Strategy  Action  Justification 

e.g.  Ask question by providing  Pupils’ familiarity 


stimulus to trigger interest to  with existing 
Reserved  Motivate pupils 
speak based on familiar  surroundings 
pupils, shy to  to speak 
surroundings e.g. leaf, stone,  (culture, 
speak English 
lizard, leech  environment) allow 
pupils to relate 
new language 
experience with 
existing 
experiences. 
(Jean Piaget) 

Presentation (2 hours) 

Group presentation.  Course participants assess the content of every presentation and give 
feedback in the form of constructive comments or adding to ideas/ sharing of experience.

94 
UNIT 7: PEDAGOGI SAINS (SEKOLAH PEDALAMAN) 

7.1  Pengenalan Konsep Pedagogi Sains (Sekolah Pedalaman): 

Sejajar  dengan  matlamat  negara  iaitu  “Pendidikan  untuk  Semua”  menjelang  tahun 
2015,  KPM  berusaha  untuk  memberi  peluang  pendidikan  kepada  semua  kanak­ 
kanak dan remaja. Justeru itu orang Asli di Semenanjung, Bumiputera di pedalaman 
Sabah dan Sarawak juga tidak terus terpinggir daripada arus pendidikan global. 

Dalam  pengajaran  dan  pembelajaran  sains,  prinsip  utama  kita  ialah  berasaskan 
kepada  pengalaman  murid,  pemerhatian,  budaya    dan  persekitaran  mereka. 
Pedagogi  pribumi  perlu  mempertimbangkan  tentang  sistem  dan  ilmu  yang 
berasaskan warisan mereka (intellectual properties) seperti tanah, hutan dan sistem 
social serta budaya dan amalan biasa murid. Maka aktiviti pengajaran pembelajaran 
mestilah bersifat konteksual dan disesuaikan dengan pengalaman murid setempat. 

Pendidikan Sains Sekolah Rendah merangkumi aspek­aspek berikut: 

i)  Memberi pengetahuan dan konsep asas sains kepada murid; 
ii)  Merangsang sikap ingin tahu murid sekolah pedalaman dan menanam minat 
mereka terhadap alam sekeliling mereka; 
iii)  Merangsang kreativiti murid; 
iv)  Memberi peluang kepada murid dengan menggunakan kemahiran yang 
dipelajari; 
v)  Untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah; dan 
vi)  Menyedari keperluan untuk mencintai dan menjaga alam sekitar 

Kurikulum Sains Sekolah Rendah 

Tahap  Tema  Tajuk 


1.  Diri Kita 
2.  Haiwan 
Benda Hidup  3.  Tumbuhan 
4.  Benda Hidup dan Benda Bukan 
Hidup 

1.  Deria 
2.  Tenggelam dan Terapung 
Tahap I  3.  Terang dan gelap 
4.  Panjang dan Pendek 
5.  Bateri 
6.  Mencampurkan Benda 
Dunia di Sekeliling 
7.  Tolak dan Tarik 
Kita  8.  Magnet 
9.  Elektrik 
10. Spring 
11. Serapan 
12. Tanah 
13. Mencampurkan Bahan 

Tahap II  Menyiasat Alam  1.  Bahan Asli dan Bahan Sintetik

95 
Tahap  Tema  Tajuk 
Bahan  2.  Pepejal, Cecair dan Gas 
3.  Asid dan Alkali 
4.  Pengaratan 
5.  Pengawetan Makanan 
Pengurusan Bahan Buangan 

1.  Kuantiti Fizik 
2.  Kemagnetan 
3.  Elektrik 
Menyiasat Daya  4.  Haba 
dan Tenaga  5.  Cahaya 
6.  Bunyi 
7.  Tenaga 
8.  Daya dan Gerakan 

1.  Kepelbagaian Hidupan Dalam 
Alam 
Menyiasat Alam 
2.  Hidupan dan Proses Hidup 
Kehidupan  3.  Kemandirian Hidupan 
4.  Interaksi Antara Hidupan 

1.  Bumi, Bulan dan matahari 
Menyiasat Bumi 
2.  Fenomena Alam 
dan Alam Semesta  3.  Astronomi 

1.  Perkembangan Teknologi 
Menyiasat Dunia 
2.  Struktur Binaan 
Teknologi  3.  Mesin

96 
7.2  Aplikasi Pedagogi Sains dan Sumber P&P 

7.2.1  Kaedah dan Aktiviti Pengajaran Sains (Sekolah Pedalaman) 

7.2.1.1  Pembelajaran Berasaskan Budaya 

Pembelajaran Berasaskan Budaya merupakan salah satu kaedah P&P di mana 
murid  didedahkan  dengan  aktiviti­aktiviti  yang  mempunyai  hubungan  langsung 
dengan  budaya  mereka.  Pengalaman  berasaskan  budaya  memainkan  peranan 
penting dalam membentuk sikap, nilai dan corak perlakuan murid di pedalaman. 
Interaksi positif  antara  murid dengan  budaya  mereka pada peringkat awal akan 
membantu  mewujudkan  rasa  takjub,  seronok  dan  hormat  murid­murid  terhadap 
budaya mereka. 

Melalui kaedah ini murid­murid juga berupaya mengalami sendiri dan seterusnya 
meningkatkan  keupayaan  berfikir  serta  membuat  keputusan  yang  rasional 
berdasarkan  apa  yang  dialami,  contohnya  melalui  aktiviti  “hands­on”  atau  kerja 
lapangan. 

Contoh aktiviti: 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 
Tahun : 5 
Tema : Menyiasat Alam Kehidupan 
Topik : Mikroorganisma 
Sumber  P  &  P  :    Beberapa  biji  ragi,  beras  pulut,  talam,  senduk  nasi,  bekas 
kedap udara dan kain penutup. 
Pengetahuan  sedia  ada  :  Murid­murid  telah  mempelajari  tentang  jenis­jenis 
mikroorganisma dan ciri­ciri mikroorganisma 
Hasil Pembelajaran : Pada akhir pelajaran, murid akan dapat: 
a)  Melakukan proses penapaian. 
b)  Mengetahui faktor­faktor yang mempengaruhi hasil penapaian. 
c)  Mengetahui mikroorganisma juga berfaedah kepada manusia. 
Strategi P & P : Pembelajaran Berasaskan Budaya 
Prosedur aktiviti: 
a)  Pilih dan basuh bersih beras pulut. 
b)  Rendamkan pulut ke dalam air semalaman. 
c)  Masak beras pulut tersebut. 
d)  Sejukkan pulut yang telah dimasak pada sebuah bekas/ talam. 
e)  Tabur dan gaulkan ragi sehingga sekata.(1biji ragi untuk 1 kg beras pulut) 
f)  Letak campuran di atas ke dalam sebuah bekas kedap udara yang tertutup 
dan balutkan dengan kain. 
g)  Letakkan bekas di tempat yang gelap. 
h)  Peram selama 2 hari pada suhu bilik (proses penapaian lengkap selepas 2 
hari).

97 
7.2.1.2  Pembelajaran Berasaskan Pengalaman (Experiential Learning) 

Pembelajaran  berasaskan  pengalaman  merupakan  salah  satu  kaedah  P&P 


Sains  sekolah  rendah  di  mana  murid  belajar  melalui  pengalaman.  Mereka 
didedahkan dengan aktiviti­aktiviti Sains yang sesuai dengan keupayaan mereka 
bagi  meneroka  sendiri  alam  Sains.  Melalui  ‘Experiential  Learning’  murid­murid 
berupaya  mengalami  sendiri  dan  seterusnya  meningkatkan  keupayaan  berfikir 
dan  membuat  keputusan  yang  rasional  berdasarkan  apa  yang  dialami.  Antara 
contoh pembelajaran melalui pengalaman ialah membuat aktiviti­aktiviti di tempat 
yang  sebenar.  Contohnya  aktiviti  “hands­on”  atau  penjelajahan  aktif  (active 
exploration) serta kerja lapangan (field trips). 

Contoh aktiviti: 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 

Tahun : 5 

Tema : Menyiasat Alam Kehidupan 

Topik : Pembiakan Tumbuhan 

Sumber P & P : Carta Kitaran Hidup Tumbuhan 

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari  pembiakan haiwan. 

Hasil Pembelajaran : 

Pada akhir pelajaran, murid dapat: 

a)  Menyatakan dengan betul cara bagaimana tumbuhan membiak 

Strategi P & P : Pembelajaran Berasaskan Pengalaman 

Prosedur aktiviti: 

b)  Guru mengenal pasti tempat­tempat yang sesuai untuk dijadikan kerja 
lapangan di kawasan / persekitaran sekolah 
c)  Guru menyediakan lembaran kerja untuk murid menjawab semasa kerja 
lapangan seperti Lembaran Kerja A. 
d)  Guru membawa  murid melawat kawasan sekolah untuk mengenal pasti cara­ 
cara tumbuhan membiak seperti Bryophyllum, Begonia, pokok jagung, pokok 
betik, pokok rambutan, pokok pisang, bunga, mengkuang, kangkung, tebu, 
paku pakis, pokok ubi kayu, bunga seri pagi, lalang, rumput, ubi keladi, ubi 
keledek dll. 
e)  Murid menjawab soalan lembaran kerja selepas perbincangan seperti berikut:
· Apakah nama tumbuhan ini? ( Guru mengambil gambar digital)
· Sekiranya kita ingin menanam tumbuhan ini, bahagian manakah yang 
harus kita gunakan? (Guru mengambil gambar bahagian yang 
menjadi bahan pembiakan) 
f)  Selepas balik ke bilik darjah guru menyemak jawapan bersama murid. 
(Sekiranya ada LCD, guru boleh mengimbas kembali  gambar­gambar yang 
diambil untuk pengukuhan) 
g)  Guru membuat rumusan terhadap pelajaran.
98 
Lembaran Kerja A 

Nama : _______________________________ 

Kelas :  _______________________________  Tarikh: _________________ 

Bilangan  Cara pembiakan tumbuhan  Contoh­contoh 


a)   pokok durian 

1  Menghasilkan biji benih  b)

c) 

a)  Bryophillum 

2  Membiak melalui daun  b) 

a)  Tebu 

3  Menggunakan  keratan batang  b) 

a) Paku –pakis 

4  Menggunakan spora  b) 

a) Pokok pisang 

5  Menggunakan sulur/anak pokok  b) 

a) Rumput 
b)
99 
6  Menggunakan batang rayap 

a) Halia 

7  Menggunakan batang bawah tanah  b) 

7.2.1.3  Pembelajaran Koperatif 

Pembelajaran  koperatif  ialah  pembelajaran  yang  melibatkan  kumpulan  murid 


yang  bekerja  sama  bagi  mencapai  suatu  matlamat  atau  tujuan  bersama­sama 
dalam  keadaan  yang  berstruktur.  Pembelajaran  koperatif  membolehkan  murid 
pelbagai aras kecerdasan bekerja dalam  kumpulan kecil. Melalui  pembelajaran 
koperatif,  murid  dapat  bekerjasama  dan    berkomunikasi  antara  satu  sama  lain 
bagi  mencapai  matlamat  pembelajaran  yang  spesifik. Bagi murid­murid  sekolah 
pedalaman,  guru  memberi  peluang  kepada  murid  untuk  memperkembangkan 
kemahiran proses sains dan sikap dalam pembelajaran sains. 

Bagi  menjayakan  pelaksanaan  pembelajaran  koperatif,  guru  perlu  memahami 


dan menggalakkan lima unsur seperti berikut: 

a)  Saling  bergantung  secara  positif  –  tiada  murid  yang  dapat  melengkapkan 
tugasan melainkan bekerjasama bersama ahli 
b)  Interaksi bersemuka – ahli­ahli kumpulan bekerjasama dalam kumpulan kecil. 
c)  Bertanggungjawab  individu  –  setiap  ahli  kumpulan  bekerjasama  dalam 
kumpulan kecil. 
d)  Kemahiran  interpersonal  –  ahli­ahli  kumpulan  menggunakan  kemahiran 
interpersonal melalui interaksi dan kumpulan yang berkesan. 
e)  Pemprosesan kumpulan – membuat refleksi, rumusan dan membentang. 

Contoh aktiviti: 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 

Tahun : 5 

Tema: Menyiasat Bumi dan Alam Semesta 

Topik : Fasa Bulan 

Sumber P & P : Carta Kitaran Fasa, Lembaran Kerja Fasa Bulan dan ciri­cirinya

100 
Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari  bahawa bulan memantulkan 
cahaya 

Hasil Pembelajaran : 

Pada akhir pelajaran, murid dapat: 

a)  Menamakan 5 fasa bulan dengan betul 
b)  Memadankan fasa bulan dengan ciri­ciri fasa bulan dengan betul 

Strategi P & P : Pembelajaran Koperatif (Student Teams Achievement Division­ 
STAD) 

Prosedur aktiviti: 

a)  Murid membentuk kumpulan kecil yang heterogen 
b)  Carta Kitaran Fasa Bulan (Lembaran Kerja B) diedarkan kepada setiap 
kumpulan. 
c)  Setiap ahli kumpulan akan mendapat sekurang­kurangnya satu nama 
fasa bulan dalam sampul surat 
d)  Selepas perbincangan, ahli­ahli kumpulan meletakkan 8 nama fasa bulan 
pada ruang­ruang yang disediakan dalam masa 10 minit. 
e)  Kumpulan tersebut akan membentangkan hasil dan guru akan menyemak 
serta membetulkan nama fasa bulan tersebut. Setiap jawapan yang betul 
akan diberi satu markah untuk kumpulan berkenaan. 
f)  Seterusnya setiap kumpulan diberi Lembaran Kerja C yang mengandungi 
fasa bulan dan ciri­cirinya. 
g)  Setiap kumpulan akan membincang dan memadankan fasa bulan yang 
disediakan pada ruang yang betul dan sepadan dengan ciri­ciri fasa bulan 
tersebut. 
h)  Kumpulan tersebut akan membentangkan hasilnya dan guru akan 
menyemak  serta membetulkan nama fasa bulan tersebut. Setiap 
jawapan yang betul diberi dua markah untuk kumpulan berkenaan. 
i)  Jumlah markah kumpulan akan dicatat. Kumpulan yang mendapat 
markah yang tertinggi akan menjadi pemenang.

101 
Lembaran Kerja B 

(Sila rujuk kepada Lampiran yang disertakan pada muka surat sebelah) 



H  B


A

Gibbous Baru  Gibbous Lama  Bulan Sabit Baru  Bulan Sabit Lama 

Anak bulan  Bulan separa  Bulan Purnama  Bulan Separa Baru 

102 
Lembaran Kerja C 

FASA BULAN  CIRI CIRI  KEJELASAN (VISIBILITI)


· Bulan berada di antara Bumi dan 
Matahari
· Bahagian gelap Bulan menghadap  Tidak dinampak
Bumi
· Maka keadaan ini menyebabkan 
bulan tidak kelihatan kecuali 
menggunakan teleskop 
· Fasa ini adalah di antara Bulan 
baru dan Bulan separa
· Bulan berbentuk sabit  Hanya bahagian kanan 
Bahagian sabit sebelah kanan  sahaja dinampak 
sahaja nampak  sebanyak 1­49%
· Berlaku seminggu selepas anak 
bulan.
· Lebih kurang separuh Bulan  Hanya bahagian kanan 
sebelah kanan yang nampak  sahaja dinampak 
Bulan telah beredar sebanyak satu  sebanyak 50%
suku orbitnya. 
· Berlaku di antara Bulan separa dan 
Bulan purnama
· Lebih daripada separuh Bahagian  Sebelah kanan bulan 
Bulan menghadap Bumi adalah  boleh dilihat sebanyak 51­ 
terang.  99%

· Berlaku dua minggu selepas anak 
bulan.
· Ini berlaku apabila Bumi, Bulan  Sepenuhnya dinampak
dan Matahari adalah sebaris
· Bahagian terang Bulan menghadap 
Bumi 

· Fasa ini adalah di antara Bulan 
Purnama dan suku yang ketiga
· Bulan adalah terang di sebelah kiri  Sebelah kiri nampak 
sebanyak 51 – 99%

· Fasa ini berlaku seminggu selepas 
Bulan Purnama.
· Separuh di sebelah kiri Bulan  Sebelah kiri Bulan nampak 
adalah di antara Bumi.  sebanyak 50%

· Ini Fasa terakhir bulan sebelum 
anak bulan muncul.
· Bulan Sabit lama bermaksud bulan  Sebelah kiiri Bulan 
ini berkurangan dari segi saiz  nampak sebanyak 1­ 49%
sebelah kiri untuk membentuk 
bulan sabit yang baru. 
103 
A  B  C  D 

E  F  G  H

104 
7.2.1.4  Inkuiri Penemuan 

Pengajaran  inkuiri  memerlukan  guru  berkemahiran  dan  berpengetahuan 


berkaitan  isi  kandungan  dan  pedagogi  saintifik  supaya  dapat  merangka 
pengalaman  pembelajaran  yang  mencabar  murid  bagi  membentuk  dan 
mencadangkan soalan, membentuk pembelajaran melalui perbincangan sesama 
sendiri dan orang lain. 

Salah  satu  cara  pendekatan  inkuiri  ialah  menyampaikan  pembelajaran  sains 


sebagai masalah yang perlu diselesaikan dan bukan fakta yang harus dihafal. 

Pengajaran  inkuiri  membimbing  murid  melalui  pengalaman.  Murid  membina 


kefahaman berkenaan idea­idea saintifik melalui pengalaman terus dan interaksi 
dengan  bahan­bahan  manipulatif,  membuat  rujukan,  dan  berbincang  sesama 
sendiri. 

Contoh aktiviti: 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 

Tahun : 6 

Tema : Menyiasat Daya dan Tenaga 

Topik : Pergerakan 

Sumber P & P : bola ping pong, kertas pasir (kotak dan pasir), kaca , papan 
kayu 

Pengetahuan sedia ada : Murid telah mempelajari  bahawa daya 
menambahkan 

kelajuan objek yang bergerak, menyebabkan objek pegun mula bergerak dan 
mengubahkan arah gerakan objek 

Hasil Pembelajaran : 

Pada akhir pelajaran, murid akan dapat: 

a)  menyatakan dengan betul kesan geseran terhadap pergerakan objek 

Strategi P & P : Inkuiri Penemuan 

Prosedur aktiviti: 

a)  Semua murid diberi satu lembaran kerja untuk dijawab selepas aktiviti. 
b)  Murid membentuk kumpulan kecil ( 5­6 orang) 
c)  Setiap kumpulan dibekalkan 3 biji bola ping pong dan 3 jenis permukaan 
yang berbeza 
d)  3 orang ahli kumpulan akan melepaskan bola ping pong secara serentak. 
Ahli kumpulan yang lain memerhati kelajuan pergerakan bola ping pong 
tersebut. 
e)  Murid menjawab soalan­soalan dalam Lembaran Kerja D yang 
disediakan.
105 
Lembaran Kerja D: 

Arahan: 

1.  Letakkan 3 papan yang mempunyai permukaan yang berbeza pada satu garisan 
permulaan. 
2.  Lepaskan  3 biji bola ping pong secara serentak di bahagian atas papan. 
3.  Perhatikan bola ping pong yang mana akan sampai di hujung papan dahulu. 

Bola Ping Pong 

Papan 

MEJA 

Bil.  Jenis permukaan papan  Kelajuan Bola Ping Pong 


1  Permukaan Berpasir 
2  Permukaan kaca 
3  Permukaan papan kayu 

4.  Apakah tujuan penyiasatan ini? 

5.  Pada pendapat anda permukaan mana yang paling memperlahankan pergerakan? 

6.  Berikan sebab bagi jawapan anda. 

7.  Padankan yang berikut dengan betul 

Apakah yang dimalarkan? 
. · Jenis permukaan 

Apakah yang diubah 
. · Jisim Bola Ping Pong 

Apakah yang diperhatikan 
. · Kelajuan pergerakan bola 

8.  Apakah kesimpulan anda ? 

Selain daripada menjalankan eksperimen, teknik berbincang, tunjuk cara, dan 
pembelajaran kolaboratif juga boleh dilaksanakan.
106 
7.2.1.5  Pembelajaran Berasaskan Projek (Project­Based Learning­PBL) 

PBL  merupakan  satu  aktiviti  pembelajaran  yang  menggunakan  kaedah 


pemusatan murid di mana guru memberi satu tajuk masalah untuk dibincangkan 
oleh murid. 

Projek ialah penyiasatan yang teratur, pembinaan atau tugasan yang menuju ke 
suatu  tujuan  yang  tertentu.  Projek  boleh  dilakukan  oleh  seorang  sahaja  atau 
kumpulan  kecil  yang  terdiri  daripada  dua  atau  tiga  orang,  dengan  bimbingan 
minimum daripada guru. Projek boleh dijalankan untuk menjelaskan, melanjutkan 
atau  mengaplikasikan  sesuatu  konsep  dan  menyebabkan  murid­murid 
menggunakan proses sains. 

Projek  boleh  dijalankan  mengikut  keperluan  tajuk  yang  diajar.  Selain  itu  projek 
boleh  diadakan  mengikut  minat  dan  keupayaan  murid  terutama  murid 
bermasalah pembelajaran. Tugas guru adalah menyediakan pilihan projek yang 
realistik,  memberi  garis  panduan,  mencadangkan  bentuk  persembahan  dan 
memantau progress pelaksanaan dari semasa ke semasa. 

Contoh aktiviti: 

Aktiviti  Pengajaran dan Pembelajaran Sains Sekolah Rendah 

Tahun : 4 

Tema  : Menyiasat Alam Kehidupan 

Topik  : Proses Kehidupan 

Sumber P&P: Pita pengukur, masking tape, benang atau tali 

Pengetahuan sedia ada: 

Pelajar telah mengetahui bahawa setiap benda hidup akan membesar. 

Hasil Pembelajaran: Di akhir proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar akan dapat: 

a.  Mengetahui bagaimana kaedah asas untuk menentukan usia sebatang pokok. 
b.  Mengaplikasikan kemahiran manipulatif. 

Strategi P&P: Pembelajaran Berasaskan Projek 

Kaedah: 

a.  Kenal pasti pokok untuk ditentukan usianya. Catatkan nama pokok dalam jadual 
yang dilampirkan. 
b.  Letakkan sekeping “ masking tape” di batang pokok dengan jarak 2 meter dari tanah. 
Gunakan pita pengukur. 
c.  Ukur lilit batang pokok tersebut bermula dari kawasan yang telah diletakkan “ 
masking tape” dengan menggunakan pita pengukur. 
d.  Catatkan bacaan dalam jadual. 
e.  Ulang langkah 1­4 pada pokok yang lain yang hendak ditentukan usianya.

107 
Jadual 

Nama pokok  Diameter  Usia pokok 

Kawasan: 

Analisis: 

1.  Mengira  usia pokok.  Dengan  menganggap ukur lilit pokok  membesar  sebanyak 2.5 


cm  setahun,  maka  usia  pokok  boleh  ditentukan  dengan  menggunakan  formula 
berikut: 

Usia pokok=  Ukur lilit batang pokok ( cm) 
2.5 
2.  Kira dan catat semua usia pokok yang telah anda kenal pasti di ruang kanan jadual. 
2.1  Berapakah usia pokok yang paling muda dalam aktiviti ini? 
2.2  Berapakah usia pokok yang paling tua dalam aktiviti ini? 
2.3  Kenalpasti tahun yang paling banyak pokok hidup daripada aktiviti ini? 
2.4  Lakukan sedikit kajian, mengapa ukur lilit pokok bertambah setiap tahun? 

Nota untuk guru: Aktiviti ini tidak sesuai untuk pokok berkayu keras yang tua.

108 
7.2.2  Sumber­sumber untuk P&P Sains 

Sumber P&P boleh dihasilkan oleh guru sendiri, atau dengan menggunakan peralatan yang 
terdapat dalam bilik darjah dan bilik sains sekolah. Selain itu guru juga boleh menggunakan 
sumber komuniti atau menguruskan projek kerja lapangan di luar bilik darjah. Berikut adalah 
beberapa contoh sumber pengajaran dan pembelajaran sains sekolah pedalaman: 

­  model (contoh benda maujud yang terdapat di sekitar kawasan pedalaman, 
hutan / kampung) 
­  bahan terbuang (botol, plastic, surat khabar, dll) 
­  persekitaran sekolah, 
­  dapur, rumah (family science) 
­  permainan tempatan 
­  lawatan / projek atau kajian lapangan 
­  elemen teknologi (Astro, parabola, kenderaan, bot berenjin, generator, dll) 

Nota: Guru­guru boleh memikirkan contoh­contoh lain yang berkaitan dan mudah terdapat di 
pedalaman. 

7.3  Tugasan dan latihan 

Tugasan dalam kumpulan kecil) 

Berdasarkan  kepada  pengalaman  anda  di  kawasan  pedalaman,  rancangkan  satu 


aktiviti  P&P  dengan  memilih  satu  atau  dua  hasil  pembelajaran  dalam  Huraian 
Sukatan  Mata  pelajaran  Sains  Sekolah  Rendah.  Berdasarkan  strategi  P&P  yang 
sesuai  sediakan  satu  aktiviti  P&P  untuk  pembentangan  kumpulan  nanti. 
Penggunaan  sumber  alam  sekitar  di  kawasan  pedalaman  amatlah  digalakkan. 
Setiap  kumpulan  juga  digalakkan  mengguna  strategi  P&P  yang  berbeza.  Contoh­ 
contoh sumber yang digunakan juga perlu disertakan. 

7.4  Pembentangan tugasan / latihan 

Setiap  kumpulan  yang  membentang akan dinilai oleh  pensyarah  serta  rakan­rakan 


daripada kumpulan lain dengan menggunakan borang penilaian yang disediakan.

109 
Borang Penilaian Kumpulan Sendiri 

Nama ahli _________________________________________ 

Tajuk Tugasan _____________________________________ 

Tarikh ___________________ 

Peranan kumpulan anda: 

Menghabiskan tugasan tepat pada masa              Ya            Tidak 

Semua ahli bekerja sama                                      Ya             Tidak 

Berjaya menghabiskan tugasan dengan baik        Ya             Tidak 

Komen: 

Sumbangan ______________________________:

110 
1. 

2. 

Komen lain:

111 
Borang Penilaian Pembentangan Aktiviti Kumpulan 

Nama kumpulan: 

1.  Kekuatan yang ada pada kumpulan ini?  (nyatakan sebab) 

2.  Apakah unsur P&P yang paling berjaya dalam aktiviti ini? 

3.        Apakah penambahbaikan yang perlu ada? (nyatakan sebab)

112 
Rujukan: 

Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah & Nur Huda Faujan. 2008. Nexus Science UPSR. 
Sasbadi Sdn. Bhd. Petaling Jaya. 

Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed Idros & Mohd. Ali Samsudin. 2005. Kaedah 
Mengajar Sains. PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. 

Modul Program Pembelajaran Sains, Teknologi dan Inovasi untuk Pendidik. 2008. 
Pusat Sains Negara. Kuala Lumpur.

113 
UNIT 8: PEDAGOGI MATEMATIK (SEKOLAH PEDALAMAN) 

8.1  Pengenalan Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman (1 jam) 

Asas  Matematik  adalah  salah  satu  pembinaan  blok  kepada  semua  bentuk 
pendidikan  rendah.    Pembelajaran  untuk  berfikir  secara  matematik  adalah  penting 
dalam  dunia  kehidupan  kita.    Kemahiran  ini  adalah  amat  penting  dalam  dunia 
pekerjaan.    Kuasa  matematik  begitu  besar  sekali  dan  ianya  boleh  membawa  hasil 
dan kemajuan dalam kehidupan dan juga boleh membawa kemusnahan jika berlaku 
kesalahan.    Demikian  juga  kebolehan  menyoal  soalan  yang  betul  dan  mengenal 
pasti kesalahan adalah faktor penting yang akan menentukan masa depan kita. 

Matematik  asas  mengandungi  satu  set  terdiri  daripada  bahagian­bahagian  yang 


digabungkan sebagai asas untuk membentuk kemahiran matematik yang lebih tinggi. 
Asas  matematik  dibahagikan  kepada  dua  komponen  iaitu  komponen  perkiraan  dan 
komponen penyelesaian masalah. Perkiraan adalah manipulasi dari nombor­nombor 
yang  mengikut  peraturan  preset  untuk  menentukan  ramalan  dapatan.  Ianya 
bermaksud  hanya  satu  hasil  atau  jawapan  yang  boleh  diterima.  Ia  dibahagikan 
kepada  empat  bidang  kemahiran  iaitu  kesediaan,  fakta  nombor,  perkiraan  nombor 
bulat dan pecahan. 

Penyelesaian  masalah  adalah  aplikasi  kemahiran­kemahiran  pengiraan  yang  telah 


dipelajari yang merangkumi cara berfikir bagi memahami beberapa situasi yang tidak 
diketahui. Masalah ini dapat dilaksanakan menggunakan pelbagai strategi. 

8.1.1  Kajian Sukatan Pelajaran Matematik Sekolah Rendah 

Kandungan  sukatan  pelajaran  Matematik  sekolah  rendah  adalah  seperti  yang 


ditunjukkan dalam jadual berikut: 

Bil  Topik  Sub­topik  Kemahiran 


1  · Perbandingan kuantiti.
· Nombor bulat hingga tujuh digit.
· Penganggaran dan pembundaran.
Nombor Bulat
· Operasi tambah, tolak, darab dan 
bahagi melibatkan nombor bulat.
· Gabungan dua operasi termasuk tanda 
kurung. 
NOMBOR 
· Pengenalan pecahan.
· Pecahan Wajar.
· Pecahan Setara.
Pecahan · Pecahan Tak Wajar.
· Nombor Bercampur.
· Perbandingan nilai pecahan.
· Operasi tambah dan tolak melibatkan 
pecahan.

114 
Bil  Topik  Sub­topik  Kemahiran
· Operasi darab pecahan dengan 
nombor bulat.
· Gabungan dua operasi tambah dan 
tolak melibatkan pecahan. 
· Pengenalan perpuluhan.
· Penukaran pecahan kepada nombor 
perpuluhan dan sebaliknya.
· Perbandingan nombor hingga tiga 
tempat perpuluhan.
Perpuluhan
· Operasi tambah dan tolak melibatkan 
perpuluhan.
· Operasi darab dan bahagi perpuluhan 
dengan nombor bulat.
· Gabungan dua operasi tambah dan 
tolak melibatkan perpuluhan. 
· Pengenalan peratus.
· Penukaran pecahan dan nombor 
Peratus perpuluhan kepada peratus dan 
sebaliknya.
· Penentuan nilai peratus.
· Penggunaan peratus. 
2  · Pengenalan mata wang.
· Penentuan nilai wang.
WANG  Wang · Operasi tambah, tolak, darab dan 
bahagi melibatkan wang.
· Gabungan dua operasi tambah dan 
tolak melibatkan wang. 
3  · Pengenalan masa dan waktu.
· Pernyataan waktu termasuk sistem 12 
Masa dan 
jam dan 24 jam.
Waktu
· Penentuan tempoh masa.
· Operasi tambah, tolak, darab, dan 
bahagi melibatkan masa dan waktu. 
· Pengenalan unit panjang.
· Pengukuran dan penganggaran.
Panjang
· Penukaran unit panjang.
· Operasi tambah, tolak, darab, dan 
UKURAN 
bahagi melibatkan panjang. 
· Pengenalan unit timbangan berat.
Timbangan  · Penimbangan dan penganggaran.
Berat · Penukaran unit timbangan berat.
· Operasi tambah, tolak, darab, dan 
bahagi melibatkan timbangan berat. 
· Pengenalan unit isi padu cecair.
· Penyukatan dan penganggaran.
Isi padu Cecair
· Penukaran unit isi padu cecair.
· Operasi tambah, tolak, darab dan 
bahagi melibatkan isi padu cecair. 
4  · Jenis bentuk dua matra: Segi empat 
BENTUK  Bentuk Dua
tepat, segi empat sama, segi tiga
115 
Bil  Topik  Sub­topik  Kemahiran 
DAN  Matra  sama kaki, segi tiga sama sisi, segi 
RUANG  tiga bersudut tegak dan bulatan.
· Ciri­ciri bentuk dua matra.
· Lukisan bentuk dua matra.
· Perimeter segi empat dan segi tiga.
· Luas segi empat tepat, segi empat 
sama, segi tiga
· sama kaki, segi tiga sama sisi dan segi 
tiga bersudut tegak. 
· Jenis bentuk tiga matra: kubus, kuboid, 
pyramid tapak segi empat sama, 
piramid tapak segi empat tepat, 
Bentuk Tiga 
pyramid tapak segi tiga sama sisi, 
Matra prisma, sfera, silinder dan kon.
· Ciri­ciri bentuk tiga matra.
· Lukisan bentuk tiga matra.
· Isi padu kubus dan kuboid. 
5  · Pengenalan purata.
Purata · Pengiraan purata. 

· Pungutan data.
STATISTIK 
· Piktograf dan carta palang.
· Maklumat daripada piktograf dan carta 
Perwakilan Data
palang.
· Pembinaan piktograf dan carta palang. 

8.2  Aplikasi Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman 

8.2.1  Pendekatan Kontekstual dan Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran 
Matematik Sekolah Pedalaman 

Pendekatan Kontekstual dan konstruktivisme merupakan dua jenis Pendekatan yang 
sesuai  diamalkan  bagi  subjek  Matematik  di  sekolah  pedalaman.  Kedua­dua 
pendekatan  ini  dapat  meningkatkan  keberkesanan  pengajaran  dan  pembelajaran 
matematik  di  kalangan  murid  pedalaman  kerana  ia  berasaskan  persekitaran  murid 
dan aktiviti yang berpusatkan murid serta sumber pengajaran pembelajaran. 

a.  Pendekatan Kontekstual 

i.  Pengenalan 

Untuk membantu guru menjelaskan definisi pembelajaran kontekstual, 
menghuraikan  teori  pembelajaran  kontekstual,  membincangkan 
kaedah­kaedah  pembelajaran  kontekstual  dan  mengaplikasikan 
pembelajaran  kontekstual  ke  dalam  pengajaran  dan  pembelajaran 
dalam kelas agar murid yang berkualiti dapat dihasilkan.

116 
Pembelajaran kontekstual merupakan satu model dinamik dan terbuka. 
Pembelajaran  kontekstual  memastikan  pelajar  disediakan  peluang 
untuk  menjadikan  pembelajaran  bermakna  melalui  pengalaman  dan 
informasi,  dan  menggunakan  pengalaman  serta  informasi  demi 
membina  pengetahuan  sendiri.  Pemahaman  pelajar  menjadi  semakin 
jelas  apabila  mereka  berupaya  mengaitkan  pengetahuan  yang 
diperoleh  dalam  bilik darjah dapat diaplikasikan dengan  situasi di luar 
konteks bilik darjah. 

Pembelajaran  kontekstual  mempertimbangkan  interaksi  antara 


pelbagai  tahap  dan  unsur  pengajaran.  Ini  memerlukan  proses 
pembelajaran  yang  luwes  dan  tidak  mengikut  susunan  bukan 
kontekstual yang berbentuk artifisial. 

ii.  Definisi 
Pembelajaran  kontekstual  ialah  kaedah  pembelajaran  yang 
menggabungkan  isi  kandungan  dengan  pengalaman  harian  individu, 
masyarakat  dan  alam  pekerjaan.  Kaedah  ini  menyediakan 
pembelajaran  secara konkrit  yang  melibatkan aktiviti  hands –  on dan 
minds – on. 

iii.  Teori 
Mengikut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku 
apabila  pelajar  dapat  memproses  maklumat  atau  pengetahuan  baru 
dengan  cara  yang  bermakna  dalam  rangka  minda  mereka.  Teori 
pembelajaran kontekstual adalah berdasarkan unsur­unsur berikut:

· Konteks  pembelajaran  yang  pelbagai  –  budaya,  sosial,    psikologi, 


fizikal
· Kepelbagaian  persekitaran  pembelajaran  ­  Bilik  darjah,  Makmal, 
Tempat kerja, Kehidupan harian
· Kepelbagaian  disiplin  ilmu  –  Matematik,  Sains,  Komunikasi, 
Kemanusiaan 

Unsur­unsur  tersebut  menegaskan  bahawa  pembelajaran  akan 


menjadi  lebih  berkesan  jika  maklumat  disampaikan  dalam  konteks 
yang pelbagai dan bermakna kepada murid. Teori ini juga menegaskan 
bahawa  penekanan  perlu  diberi  kepada  kepelbagaian  persekitaran 
pembelajaran  untuk  menghasilkan  pembelajaran  yang  berkesan. 
Pendekatan  kontekstual  juga  merentas  pelbagai  disiplin  ilmu  seperti 
Matematik,  Sains,  Komunikasi,  Kemanusiaan,  Teknikal  dan 
Vokasional. 

iv.  Kaedah­Kaedah Pembelajaran Kontekstual 
Dalam  proses  pembelajaran  secara  kontekstual,  pelajar  akan  melalui 
satu  atau  lebih  daripada  kaedah­kaedah  pembelajaran  berikut  ,  ia 
dapat diringkaskan menjadi “REACT”
· Relating (Menghubung kait): 
Pembelajaran  dalam  konteks  menghubungkaitkan  pengetahuan 
baru  dengan  pengalaman  hidup  merupakan  suatu  bentuk 
pembelajaran  kontekstual  yang  biasanya  berlaku  di  kalangan 
kanak­kanak.  Apabila  kanak­kanak  membesar,  adalah  menjadi 
lebih  sukar  untuk  menyediakan  konteks  pembelajaran  yang 
bermakna.  Kurikulum  yang  cuba  menempatkan  pembelajaran
117 
dalam  konteks  pengalaman  hidup  mesti  menumpukan  perhatian 
pelajar  kepada  taakulan,  peristiwa  dan  keadaan  harian. 
Kemudiannya,  taakulan,  peristiwa  dan  keadaan  harian  itu 
dipautkan  dengan  maklumat  baru  untuk  penyelesaian  sesuatu 
masalah.  Contoh  murid  melakukan  aktiviti  mengutip  sampah  di 
sekitar  sekolah  untuk  menanam  sikap  cintakan  kebersihan. 
Menerusi  pengalaman  ini  murid  dapat  mengaitkan  aktiviti  yang 
dilakukan  oleh  ibu  bapa  mereka  semasa  membersihkan  kawasan 
tempat tinggal mereka setiap hari.

· Experiencing (Mengalami): 
Pengalaman  ­  pembelajaran  dalam  konteks eksplorasi, penemuan 
dan  reka  cipta  ­  merupakan  nadi  pembelajaran  kontekstual. 
Walaupun pelajar­pelajar boleh dimotivasikan dengan strategi P&P 
seperti  video,  naratif,  atau  aktiviti  berasaskan  teks,  tetapi  mereka 
masih  merupakan  bentuk  pembelajaran  yang  pasif  secara 
bandingannya.  Pembelajaran  adalah  lebih  berkesan  sekiranya 
pelajar­pelajar  dapat  memanipulasikan  alatan  dan  bahan  serta 
melakukan bentuk penyelidikan yang aktif.

· Applying (Mengaplikasikan): 
Mengaplikasikan  konsep  dan  informasi  dalam  konteks  untuk 
digunakan  dalam  situasi  yang  lain.  Dalam  kursus  pembelajaran 
kontekstual, aplikasi sering berdasarkan aktiviti pekerjaan. Ini boleh 
dilakukan  dengan  teks,  video,  makmal  dan  amali.  Kebanyakan 
sekolah  akan  mengadakan  lawatan  kilang,  mentoring  dan  latihan 
kerja.

· Cooperating (Bekerjasama): 
Pembelajaran  dalam  konteks  berkongsi,  bertindak  balas,  dan 
komunikasi  dengan  pelajar  lain  ­  merupakan  strategi  P&P  yang 
utama dalam pembelajaran kontekstual. Pengalaman bekerjasama 
bukan  sahaja  membantu  kebanyakan  pelajar  mempelajari  bahan 
pengajian,  malah  ia  juga  dengan  konsisten  dengan  fokus  dunia 
sebenar  tentang  pengajaran  kontekstual.  Majikan  mementingkan 
pekerja  yang  boleh  berkomunikasi,  berkongsi  maklumat  dan 
bekerja dengan selesanya dalam pasukan di tempat kerja.

· Transferring (Memindahkan): 
Pembelajaran  sesuatu isi dalam  konteks pengetahuan  yang  sedia 
ada,  atau  memindahkannya  adalah  berlandaskan  apa  yang  telah 
diketahui  pelajar.  Pendekatan  ini  menyerupai  RELATING  iaitu  ia 
berasaskan  perkara­perkara  yang  lazim  dan  diketahui.  Secara 
tradisinya,  kebanyakan  pelajar  menghadapi  situasi  pembelajaran 
yang  baru  tanpa  sebarang  kaitan  dengan  pengetahuan  sedia 
adanya.    Guru  boleh  membantu  meningkatkan  keyakinan  pelajar 
dengan  menyediakan  panduan  yang  dapat  menghubungkan 
pengalaman  pembelajaran  baru  dengan  apa  yang  telah  diketahui 
pelajar. Contoh murid mempelajari cara untuk mendapatkan sudut 
tegak  dengan  menggunakan  Teorem  Pythagoras.  Murid  boleh 
memindahkan pengetahuan segi tiga bersisi 3m, 4m dan 5m untuk 
menghasilkan  sudut  tegak  dalam  aktiviti  mengecat  garisan 
gelanggang permainan.

118 
v.  Kumpulan Murid Yang Sesuai Untuk Pembelajaran Kontekstual 
Terdiri  dari  kumpulan  yang  sederhana,  cenderung  kepada  aplikasi 
konsep,  terdorong  melakukan  aktiviti  hands­on  dan  tidak  yakin 
mempelajari Matematik secara abstrak. 

vi.  Pelaksanaan  Pengajaran  dan  Pembelajaran  Kontekstual  ini 


memerlukan:

· Motivasi 
Bertujuan  untuk  menarik  minat  dan  mencetuskan  idea  asas 
terhadap  sesuatu  tajuk  yang  akan  dibincangkan.  Contoh  mata 
pelajaran  Sejarah,  tajuk  darurat  –  guru  boleh  memperdengarkan 
rakaman  bunyi  tembak  menembak  berserta  jeritan  sebagai 
motivasi.

· Pemahaman 
Ia merangkumi kemahiran murid yang berkaitan dengan tajuk yang 
dipelajari.  Kaedah  penyampaian  maklumat  harus  dipelbagaikan 
agar  dapat  menarik  minat  murid  terhadap  sesuatu  konsep  itu. 
Murid  diberikan  kebebasan  mengutarakan  perkara­perkara  yang 
berkaitan.  Ini  boleh  dilakukan  dengan  bacaan,  perbincangan 
kumpulan dan membuat kajian.

· Kemahiran 
Pengetahuan  baru  yang  diperoleh  murid  dapat  diaplikasikan  bagi 
mencetuskan pemikiran murid dan dengan itu dapat menyelesaikan 
masalah  harian.  Contoh  selepas  muris  mempelajari  cara 
penggunaan  ensiklopedia,  guru  menanyakan  soalan  yang  akan 
mendorong murid menggunakan ensiklopedia sebagai rujukan.

· Penilaian 
Penilaian  boleh  dilakukan  dengan  cara  lisan,  pemerhatian, 
perubahan sikap dan bertulis. Aktiviti boleh dilakukan dengan cara 
kuiz, perbincangan kumpulan dan penyediaan portfolio. 

vii.  Kesimpulan 

Pembelajaran  hanya  akan  berlaku  apabila  murid  dapat  memproses 


maklumat atau pengetahuan baru dengan cara yang bermakna kepada 
mereka.  Minda  seseorang  akan  cuba  mencari  makna  dalam  konteks 
dengan  membuat  hubung  kait  yang  bermakna  dan  relevan  dalam 
persekitarannya.  Teori  Pembelajaran  Kontekstual  menumpukan 
kepada  kepelbagaian  aspek  persekitaran  pembelajaran  sama  ada  di 
bilik  darjah,  makmal,  tempat  kerja  atau  kehidupan  harian.  Teori  ini 
menggalakkan  pendidik  memilih  atau  mewujudkan  persekitaran 
pembelajaran  yang  merangkumi  pelbagai  pengalaman  sama  ada 
dalam  konteks  sosial,  budaya,  fizikal  atau  psikologi  untuk 
mendapatkan hasil pembelajaran yang dihasratkan. 

Pendekatan  kontekstual  merupakan  suatu  kaedah  pengajaran  dan 


pembelajaran  yang  mencabar,  berkesan  dan  menyeronokkan, 
seterusnya  dapat  menyumbang  ke  arah  pemeringkatan  penguasaan 
kemahiran dan prestasi murid.

119 
Dalam proses pembelajaran secara kontekstual, objektif pembelajaran 
dapat dicapai melalui pelbagai bentuk. Antara bentuk yang diutarakan 
adalah  menghubung  kait,  mengalami,  mengaplikasikan,  bekerjasama 
dan  memindahkan.  Setiap  bentuk  yang  dibincangkan  harus 
mengaitkan  pembelajaran  dengan  pengalaman  dan  persekitaran. 
Murid yang melalui kaedah pembelajaran secara kontekstual berupaya 
mengaitkan  apa  yang  dipelajari  dan  mengaplikasikannya  kepada 
situasi lain. 
Pembelajaran  kontekstual  yang  efektif  memerlukan  gabung  jalin  atau 
interaksi  di  antara  kurikulum,  kaedah  pengajaran,  situasi  dan  masa. 
Penglibatan  masyarakat  dan  industri  dalam  merancang  strategi  untuk 
menjayakan wawasan bersama dengan pihak sekolah sangat penting. 
Oleh  itu  sekolah,  industri  dan  masyarakat  perlu  bersedia  menerima 
perubahan  dalam  menjayakan  pengajaran  dan  pembelajaran  secara 
kontekstual. 

b.  Pendekatan Konstruktivisme 

Pembelajaran  secara  konstruktivisme  penting  dalam  sistem  pendidikan 


hari ini. 

“In the constructivist theory the emphasis is placed on the learner or the student 
rather  than  the  teacher  or  the  instructor.  It  is  the  learner  who  interacts  with 
objects and events and thereby gains an understanding of the features held by 
objects  or  events.  The  learner,  therefore,  constructs  his/her  own 
conceptualisations and solutions to problems. Learner autonomy and initiative is 
accepted and encouraged.” (Sushkin, N., 1999) 

i.  Kelebihan pembelajaran secara konsturktivisme :

· Murid  lebih  berfikir  ­  untuk  menyelesaikan  masalah,  menjana 


idea,  dan  membuat  keputusan  yang  bijak  dalam  menghadapi 
pelbagai kemungkinan dan cabaran

· Murid  lebih  faham  –  kefahaman  murid  tentang  sesuatu  konsep 


dan idea lebih jelas apabila mereka terlibat secara langsung dalam 
pembinaan pengetahuan baru.

· Murid  lebih  ingat  –  Setelah  memahami  sesuatu  konsep,  murid 


akan dapat mengingati lebih lama konsep tersebut kerana mereka 
terlibat secara aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima 
dengan  pengetahuan  sedia  ada  untuk  membina  pengetahuan 
baru.

· Murid  lebih  Yakin  –  murid  diberi  peluang  untuk  membina 


kefahaman mereka tentang sesuatu. Ini menjadikan mereka lebih 
yakin  kepada  diri  sendiri  dan  berani  menghadapi  and 
menyelesaikan masalah dalam situasi baru.

· Murid  lebih  berkemahiran  sosial  –  murid  diberi  peluang  untuk 


berinteraksi  dengan  rakan­rakan  dan  guru  dalam  membina 
pengetahuan mereka.

120 
· Murid  lebih  seronok  –  murid  diberi  peluang  untuk  berinteraksi 
dengan  rakan­rakan  dan  guru  dalam  membina  pengetahuan 
mereka. 

ii.  Peranan yang dimainkan oleh seorang guru konstruktivis adalah 
seperti berikut :

· menggalakkan  murid  menerangkan  lebih  lanjut  jawapan  kepada 


soalan yang ditanya.

· menggalakkan  penemuan  oleh  murid  melalui  pertanyaan  soalan 


bercapah .

· menggalakkan murid menerangkan idea mereka serta menghargai 
pandangan mereka. 

8.2.2  Contoh­contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan pendekatan 
kontekstual dan konstruktivisme dalam pedagogi sekolah pedalaman seperti yang 
disenaraikan berikut: 

BIL  AKTIVITI  BAHAN/SUMBER  KEMAHIRAN MATEMATIK  CATATAN 


1  Pertandingan  · Kad/daun nombor · Mengenal nombor · Pendekatan 
Melastik/  · Gelang getah/  · Operasi penambahan kontekstual 
menyumpit sumpit/lastik · Operasi tolak
· Tanah liat
2  Anyaman · Mengkuang/daun  · Konsep/rumus luas · Anyaman tikar
kelapa · Konsep/rumus perimeter · Corak segi empat 
· Pecahan sama
· Peratus (10 x 10 grid) · Pendekatan 
· Perpuluhan konstruktivisme 

3  Main lompat­  · Tali /rotan · Membilang · Pendekatan 


lompat  · Gelang getah · Gandaan kontekstual
(Skiping)/  · Bulu ayam · Mengukur masa · Kolaborasi 
Sepak bulu 
ayam
4  Pertandingan  · Rotan · Menganggar jarak · Pendekatan 
Lompat jauh/  · Pita ukur/  · Mengukur jarak dengan  kontekstual 
parit pembaris meter unit sebarangan
· Mengukur jarak dengan 
unit metrik
5  Garis nombor · Biji getah · Membilang · Pendekatan 
· Dawai/bambu · Operasi tambah, tolak,  kontekstual 
darab dan bahagi

6  Dekak­dekak · Biji getah · Membilang · Pendekatan 


· Dawai/bambu · Operasi tambah dan  kontekstual
tolak dengan/tanpa 
mengumpul semula
· Perpuluhan
· Nilai tempat
121 
BIL  AKTIVITI  BAHAN/SUMBER  KEMAHIRAN MATEMATIK  CATATAN 
7  Tamu Tani · Hasil­hasil  · Menyelesaikan masalah  · Kontekstual
masyarakat  harian melibatkan wang · Main peranan 
setempat  · Mengumpul data 
(buah, sayur, ikan  (Statistik asas)
masin, ulam)
8  Pertandingan  · Bulu ayam · Mengenal nombor · Kontekstual 
dart · Paku · Penambahan
· Gelang getah · Pendaraban
· plastisin
9  Pertandingan  · Gelang getah · Membilang · Kontekstual 
Main gelang  · Ukuran panjang
getah · Mengumpul/Perwakilan 
data
10  Penyelesaian  · Daun · Penyelesaian masalah  · Kontekstual
Masalah  · Batu melibatkan 4 operasi  · Simulasi 
berbentuk  · Biji getah asas
cerita

8.2.3  Contoh Cara pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pelajaran: 

Aktiviti  1: Anyaman 
Hasil Pembelajaran:  Menemui rumus luas segi empat 
Tahun: 4 

Sumber/Bahan: 
1.  Daun mengkuang/pandan/kelapa 
2.  Kertas berbentuk L 

Prosedur: 
1.  Guru membekalkan daun mengkuang/pandan/kelapa yang terdapat di persekitaran 
murid. Lebar daun hendaklah sama. 
2.  Dalam kumpulan 2 – 3 orang, murid diminta membina satu anyaman menggunakan 
daun tersebut (grid segi empat sama bersaiz 10 x 10 unit persegi) berpandukan 
tunjuk cara guru. 
3.  Murid diminta untuk mengira jumlah bilangan unit segi empat sama dalam anyaman 
mereka. 
4.  Murid diminta mengira jumlah bilangan unit segi empat sama untuk panjang dan 
lebar anyaman. 
5.  Guru mengedarkan jadual  seperti berikut; 
BENTUK  JUMLAH BILANGAN UNIT  BILANGAN UNIT  BILANGAN UNIT 
PERSEGI SEGI EMPAT  SEGI EMPAT  SEGI EMPATSAMA 
SAMA  SAMA (LEBAR)  (PANJANG) 
1  100  10  10 


4

122 
6.  Dengan menggunakan kertas berbentuk L yang disediakan oleh guru, murid diminta 
menutup  sebahagian  permukaan  anyaman  untuk  membentuk  segi  empat  pelbagai 
saiz (sekurang­kurangnya tiga bentuk). 
7.  Untuk  setiap  segi  empat  yang  dibentuk,  murid  akan  mengulangi  langkah  3  dan  4, 
dan merekodkan kiraan bilangan unit segi empat yang disediakan. 
8.  Berdasarkan  jadual,  murid  dikehendaki  mendapatkan  hubungan  di  antara  jumlah 
bilangan  unit  segi  empat  sama,  dengan  bilangan  unit  segi  empat  sama  untuk 
panjang dan lebar bagi setiap bentuk. 
9.  Guru  membuat  kesimpulan  tentang  perkaitan  dalam  aktiviti  8  dengan 
memperkenalkan rumus luas segi empat sama dan segi empat tepat seperti berikut; 

Luas  segi empat sama/tepat = panjang x lebar 

Aktiviti  2:  Permainan main gelang getah 

Hasil Pembelajaran:  Membilang 

Tahun:  1 ­ 2 

Sumber/Bahan: 
1.  Gelang getah 
2.  Kertas skor 
3.  Ranting kayu 

Prosedur: 
1.  Dalam kumpulan seramai 3 orang murid, guru membekalkan 20 gelang getah 
kepada setiap murid. 
2.  Guru memacak 2 batang ranting kayu secara selari dan diikat satu gelang getah 
menghubungkan kedua­dua ranting tersebut sebagai palang. 
3.  Arahan pertandingan;
· Ahli kumpulan membuat persetujuan tentang bilangan gelang getah yang 
hendak pertaruhkan. Contohnya 10 getah setiap murid.
· Getah dikumpulkan dan disusun di atas palang.
· Ahli kumpulan membuat persetujuan untuk menentukan jarak dan 
menentukan giliran dengan cara yang kreatif contohnya menghumban gelang 
getah ke garisan tertentu. Getah yang paling hampir dengan garisan 
merupakan pemain pertama dan terjauh dari garisan atau terkena garisan 
sebagai giliran terakhir.
· Dari garisan yang ditetapkan peserta secara bergilir akan melastik gelang 
getah di atas palang. Getah yang terjatuh akan menjadi miliknya.
· Permainan berterusan mengikut masa yang ditetapkan. Contohnya 10 minit.
· Pemenang ditentukan berdasarkan bilangan gelang getah yang diperoleh. 

Rajah:  Palang getah

Garisan Melastik 

Ranting kayu 

123 
Aktiviti 3:  Menggunakan Dekak­dekak  Getah gelang 
Hasil Pembelajaran:  Operasi tambah dan tolak dengan/tanpa mengumpul semula 

Tahun:  2 

Sumber/Bahan:  Biji getah /warna/Dawai/bambu/buluh /papan/ sepit 

Prosedur: 
1.  Guru membekalkan  biji getah  dan dawai atau bambu (buluh)  terdapat di 
persekitaran kampong. 
2.  Dalam kumpulan 3  orang, murid diminta membina satu dekak­dekak berpandukan 
tunjuk cara guru seperti Rajah 1. 
3.  Murid­murid diminta menggunakan dekak­dekak untuk membuat operasi tambah dan 
tolak dengan/tanpa mengumpul semula seperti jadual berikut: 

Bil  Operasi ayat matematik  Jawapan 

1  27+ 12  =  39 

2  17 + 5 = 

3  45­ 34 = 

4  25­17 = 

Tambah biji getah pada 
Sepit  tiang dekak mengikut 
nilai tempat

Buluh Diraut 

Biji Getah 
tens  ones 
Buluh 

Rajah 1 : Dekak­dekak 

4.  Guru memberi lembaran kerja menyelesaikan masalah yang berkaitan operasi 
tambah dan tolak. 

124 
Aktiviti  4:  Penyelesaian masalah berbentuk cerita 

Hasil Pembelajaran:  Menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi tambah dan tolak 
dengan/tanpa mengumpul semula 

Tahun:  2 

Sumber/Bahan: 
1.  Biji getah berwarna 
2.  Buah­buahan 
3.  Bunga / daun/ batu kecil / lidi 

Prosedur: 
1.  Guru membekalkan  pembilang seperti yang disenaraikan oleh guru yang boleh 
diperoleh  di persekitaran kampong. 
2.  Guru memberi satu situasi masalah berdasarkan suasana kehidupan seharian. 

Ah Lek seorang pekebun buah­buahan. Dia mengutip 3 biji  buah durian pada 
awal pagi. Kemudian dia mengutip lagi sebanyak 5 biji pada sebelah petang. 
Berapakah jumlah biji durian dikutip oleh Ah Lek ? 

3.  Dengan menggunakan bahan yang disediakan, guru menunjukkan proses 
menyelesaikan masalah melalui simulasi. ( contoh : sehelai daun = sebiji durian ) 

4.  Guru menunjukkan penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya seperti berikut: 
Langkah 1: Apakah maklumat yang diberi? 
Langkah 2: Apakah operasi yang digunakan? 
Langkah 3: Selesaikan 
Langkah 4: Semak Jawapan. 

5.  Guru menunjukkan contoh lain yang melibatkan operasi tolak. 

Basru ada 9 ekor ayam.  4 ekor ayam telah dicuri orang.  Berapakah ekor 
ayam Basru yang tinggal ? 

6  Dengan menggunakan bahan yang disediakan, guru menunjukkan proses 
menyelesaikan masalah melalui simulasi. ( contoh : sebiji batu = seekor ayam)

125 
7  Guru menunjukkan penyelesaian masalah berdasarkan Model Polya seperti dalam 
langkah 4 di atas. 

Kaedah “ take­away” 

8.  Murid­murid diminta menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang disediakan oleh 
guru dalam lembaran kerja seperti jadual berikut: 

Bil  Masalah berbentuk cerita  Penyelesaian/ Ayat 


matematik 
1  Emak beli dua biji nenas.  Bapa beli tiga biji 
nenas.  Berapakah biji nenas semuanya? 
2  Bobie mahu memelihara 5 ekor arnab. 
Pakciknya telah berinya 2 ekor arnab. 
Berapakah ekor arnab lagi yang perlu Bobie beli? 
3  Zubaidah beli lima biji kobis.  Zainab beli dua biji 
kobis.  Berapakah biji kobis Zubaidah lebih 
daripada kobis Zainab? 

9.  Guru memberi lembaran kerja menyelesaikan masalah berbentuk cerita yang 
berkaitan operasi tambah dan tolak. 

8.3  Tugasan/latihan Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Matematik Sekolah 
Pedalaman 

Perbincangan kumpulan tentang aplikasi pendekatan Kontekstual dan 
Konstruktivisme dalam pengajaran dan pembelajaran Matematik sekolah pedalaman. 

Arahan :  Teliti senario di bawah ini untuk membuat  tugasan / latihan bagi unit ini. 
Kebanyakan  murid­murid  sekolah  rendah  di  kawasan  pedalaman  menghadapi 
masalah pembelajaran matematik seperti berikut;
· Tidak menumpukan perhatian terhadap pengajaran guru di bilik darjah
· Mengingat fakta asas
· Memahami sesuatu konsep
· Memadankan kuantiti suatu objek dengan angka
· Tidak menyiapkan kerja rumah
· Murid pasif 

Berdasarkan senario di atas, anda dalam kumpulan berempat dikehendaki 
merancang satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran matematik dengan memilih 
satu atau dua hasil pembelajaran matematik sekolah rendah seperti yang 
terdapat dalam huraian sukatan pelajaran matematik sekolah rendah.   Aktiviti 
tersebut hendaklah disesuaikan dengan persekitaran murid­murid sekolah 
pedalaman. 

Berdasarkan  kepada  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dirancang, 


sediakan sumber pengajaran dan pembelajaran yang boleh menarik minat murid­ 
126 
murid pedalaman mempelajari matematik dengan baik.  Hasil bengkel anda akan 
dibentangkan mengikut kumpulan
8.4  Pembentangan Tugasan / Latihan (2 Jam) 

Setiap  kumpulan  diminta  membentangkan  tugasan/latihan.  Di  akhir  sesi 


pembentangan, setiap pelajar perlu membuat refleksi kendiri. Pensyarah dan pelajar 
bersoal jawab tentang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dibentangkan dan 
mencatat  maklum  balas  berdasarkan  pemerhatian  terhadap  tugasan/latihan 
kumpulan lain di dalam jadual mengikut format yang disediakan seperti berikut. 

Borang penilaian pembentangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran kumpulan 

Nama Kumpulan: ___________________________ 

Topik:  ___________________________ 

Perkara  Komen 

Kelebihan

127 
Kelemahan 

Cadangan 
penambahbaikan

128 
Rujukan: 

Buku Konsep Dan Aktiviti Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Sekolah Rendah 
(1998), Published By BPG 

L.W. Downes & D. Paling (1963). The Teaching Or Arithmetic In Tropical Primary Schools. 
Oxfor University Press:London 

Pukal Latihan Penggunaan Bahan Manipularif Dalam Pengajaran Pembelajaran Matematik 
Sekolah Rendah, BPG 

Troutman A.P., Lichtenberg B.K. (1982). Mathematics : A Good Beginning Strategies for 
Teaching Children ( 2 nd  Edition ), Brooks/Cole Publishing Company, Monterey, 
California. 

J.A. Shaw & S.S. Blake (1998). Mathematics for Young Children. Merrill Prentice­Hall: 
Columbus, Ohio 

Nik Azis Nik Pa. (1999). Pendekatan konstruktivisme radikal dalam pendidikan matematik. 
Kuala  Lumpur. Universiti Malaya. 

Pusat Perkembangan Kurikulum (2001). Pembelajaran secara konstruktivisme. Kuala 
Lumpur. 

Sushkin,N. (1999). [Online] Available: 
http://carbon.cudenver.edu/~mryder/itc_data/constructivism.html

129 
UNIT 9:  PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 

9.1  KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 

9.1.1  Pengenalan 

Pentaksiran  merupakan  bidang  untuk  mendapatkan  maklumat  bagi  mengenal  pasti 


masalah  yang  dihadapi  oleh  seseorang  murid.  Dalam  proses  pengajaran  dan 
pembelajaran  guru  perlu  mengetahui  maklumat  yang  dikumpulkan  melalui  pelbagai 
cara  pengujian  atau  kaedah  lain.  Justeru,  guru  perlu  menilai  keberkesanan 
perancangan dan pengajarannya. 

9.1.2  Definisi 

Menurut Gronlund (1993), pentaksiran merupakan proses menentukan, mendapatkan 
dan  memberikan  maklumat  yang  berguna  untuk  membuat  pertimbangan  mengenai 
tindakan  selanjutnya. Pentaksiran  juga  merupakan  proses  memerhati  dan  mencerap 
pembelajaran  serta  mengintepretasikan  maklumat  berhubung  pembelajaran  seorang 
murid.  Kesimpulannya  pentaksiran  adalah  satu  proses  mengumpulkan  maklumat 
untuk  merancang  aktiviti  pengajaran  dan  pembelajaran  dengan  cara  yang  lebih 
berkesan. 

Gay  (1985)  mengatakan  penilaian  adalah  satu  proses  yang  sistematik  dalam 
pengumpulan dan analisis data untuk menentukan sama ada sesuatu objektif itu telah 
dicapai yang membolehkan sesuatu pertimbangan atau keputusan dibuat. 

9.1.3  Tujuan Pentaksiran dan Penilaian 

Tujuan utama pentaksiran ialah: 

a)  Memberi maklumbalas kepada murid untuk membaiki pencapaian. 
b)  Mendapatkan  maklumat  yang berkualiti bagi  membuat  interpretasi  yang  sah 
dan boleh dipercayai mengenai pembelajaran murid. 
c)  Mengenal  pasti  jika  murid  memahami  kurikulum  yang  diperlukan  dan 
mengajar semula jika murid tidak memahaminya. 
d)  Memberi  maklumat  kepada  ibubapa/penjaga  tentang  prestasi  pembelajaran 
anak/ anak jagaan mereka. 

Dalam  pendidikan  khas  pula  tujuan  pentaksiran  dan  penilaian  adalah  untuk 
mendapatkan  maklumat  mengenai  keupayaan  dan  pencapaian  murid­murid 
bekeperluan khas.  Pentaksiran dan penilaian bagi murid bermasalah pembelajaran 
seharusnya  dijalankan  secara  individu dengan  mengambilkira  semua aspek seperti 
berikut: 

a)  Kemahiran kognitif 
§  Kecerdasan 
§  Memori 

b)  Kemahiran motor 
§  Motor kasar 
§  Motor halus

130 
c)  Kemahiran persepsi 
§  Persepsi visual 
§  Persepsi auditori 

d)  Pencapaian akademik 
§  Bacaan 
§  Tulisan 
§  Matematik 

e)  Kemahiran bahasa 
§  Bahasa eskpresif 
§  Bahasa reseptif 

f)  Tingkah laku 
g)  Keadaan sosial dan emosi 
h)  Kesihatan 
i)  Pemeriksaan penglihatan 
j)  Pemeriksaan pendengaran 

9.2  INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 

a)  Pentaksiran Alternatif 

Pentaksiran  alternatif  adalah  berasaskan  pendapat  bahawa  murid  boleh 


membuat akses pembelajaran kendiri dan belajar dari proses penilaian tersebut. 
Kaedah  ini  memberi  peluang  kepada  murid  untuk  menyemak  sendiri 
perkembangan  linguistik  dan  proses  pembelajaran.  Satu  contoh  pentaksiran 
alternatif  ialah  pentaksiran  pencapaian  (performance  assessment)  seperti 
bermain alat  muzik,  menari,  mengguna alat  sains,  menyumpit, memancing ikan 
dan lain­lain. 

Pentaksiran pencapaian adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan penilaian 
guru  ketika  murid  sedang  melakukan  sesuatu  aktiviti  tingkah  laku  serta 
berinteraksi  dengan  orang  lain.  Pentaksiran  pencapaian  juga  dikenali  sebagai 
pentaksiran autentik kerana ia menilai kebolehan murid untuk melakukan sesuatu 
tugas  dalam  keadaan  atau  situasi  yang  sebenar  (real  life  task/  situation). 
Pentaksiran  jenis  ini  memberi  peluang  untuk  mentaksir  kreativiti,  kemahiran 
merancang,  kebolehan  untuk  mengintegrasikan  pengetahuan  dan  kemahiran 
untuk bekerja dengan orang lain. 

Pentaksiran  alternatif boleh  dilaksanakan  dengan  menggunakan  senarai  semak 


dan rubrik. 

b)  Ujian Saringan

· Ujian  yang  dijalankan  untuk  mengenal  pasti  kanak­kanak  yang  berisiko 


menghadapi masalah.
· Satu alat pengukuran yang menyeluruh membantu mengesan murid yang 
lemah.
· Untuk mengasing dan menentukan kumpulan murid
· Dilaksanakan melalui ujian formal atau tidak formal sama ada secara individu 
atau kumpulan

131 
· Dalam  pendidikan  pemulihan  ujian  saringan  adalah  satu  instrumen 
pengukuran  yang  menyeluruh  terhadap  kekuatan  dan  kelemahan  dalam 
penguasaan  kemahiran­kemahiran  asas  oleh  murid  pemulihan  secara 
individu  untuk    mengikuti  sesuatu  program.  Ianya  dapat  mengenal  pasti 
murid­murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan. 

c)  Ujian Diagnostik 

Ujian  diagnostik  adalah  satu  instrumen  pengukuran  yang  membolehkan  guru 


mengesan  punca  dan  kawasan  kelemahan  secara  spesifik  yang  dihadapi  oleh 
seseorang murid. Tujuannya adalah untuk:
· Mengenal pasti secara khusus kesulitan­kesulitan yang dihadapi oleh murid.
· Mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
· Mengenal  pasti  kumpulan  tertentu  mengikut  Kebolehan  dan  kawasan­ 
kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
· Membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus ­ individu 
atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
· Membantu guru merancang objektif pengajaran.
· Membolehkan  guru  merancang  dan  membina  bahan  bantu  mengajar  yang 
bersesuaian mengikut tahap murid. 

d)  Analisis Tugasan 

Bagi  sebilangan  murid,  sesuatu  tugasan  yang  diberi  tidak  dapat  dilaksanakan 
dengan baik. Hal ini kerana tugasan yang  dilakukan sebenarnya terdiri darpada 
satu  siri  kemahiran  kecil  yang  perlu  dilakukan  dengan  jayanya  sebelum 
menguasai  tugasan  atau  kemahiran  yang  lebih  berat.  Murid  mungkin  hanya 
boleh melakukan sebahagian daripada kemahiran kecil tersebut. 

Untuk mengajar murid menjalankan sesuatu tugasan dengan jayanya, kemahiran 
kecil  yang  masih  tidak  dapat  dilakukan  oleh  murid  perlu  diajar.  Guru  perlu 
mengenal pasti apakah kemahiran­kemahiran kecil yang terdapat dalam sesuatu 
tugasan, dan kemudian menguji kebolehan murid menjalankan tugasan tersebut. 
Guru  akan  mengajar  murid  kemahiran­kemahiran  kecil  yang  masih  tidak  dapat 
dikuasai oleh murid. 

e)  Portfolio 

Pentaksiran  portfolio  merupakan  satu  cara  pentaksiran  yang  amat  popular 


digunakan  dalam  kalangan  guru.  Pentaksiran  jenis  ini  dijalankan  secara 
berterusan.  Kelebihan  cara  pentaksiran  ini  ialah  sampel­sampel  kerja  yang 
disimpan dalam  portfolio boleh menunjukkan kemajuan  yang dicapai oleh murid 
dengan  ketara.  Sampel­sampel  kerja  tersebut  boleh  digunakan  sebagai  bukti 
pencapaiannya. 

f)  Pemerhatian 

Pemerhatian  merupakan  satu  alat  yang  biasa  digunakan  oleh  guru  untuk 
mengumpul maklumat khususnya yang berkaitan dengan tingkah laku seseorang 
murid.  Pemerhatian  yang  dibuat  perlu  direkodkan  dan  terdapat  beberapa  cara 
untuk  merekod  hasil  pemerhatian.  Pemerhatian  juga  sesuai  digunakan  untuk 
mengumpul maklumat mengenai tingkah laku dan kemahiran sosial murid.

132 
g)  Senarai semak 
Senarai  semak  merupakan instrumen pengumpulan  maklumat  yang  berstruktur. 
Soalan­soalan  spesifik  dikemukakan  dan  responden  hanya  memilih  jawapan 
mengikut pandangannya. 
h)  Temu bual 
Kaedah  temu  bual  sesuai  digunakan  bagi  mendapatkan  maklumat  berkaitan 
murid  dengan  cara  menemu  bual  ibu  bapa,  guru­guru  yang  lain  serta  rakan 
sebaya murid. 
i)  Skala Pengkadaran 

Bentuk  skala  pengkadaran  hampir  sama  dengan  senarai  semak.  Jika  senarai 
semak memerlukan respon “ya atau tidak”, skala pengkadaran memerlukan satu 
skala persetujuan diberikan dan responden perlu memilih darjah persetujuannya. 

9.3  CARA MEMBINA INSTRUMEN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN 

9.3.1  Analisis Tugasan 

Contoh aktiviti: Analisis Tugasan memberus Gigi 

a)  Picit tiub ubat gigi untuk mengeluarkan amaun yang wajar di atas berus 
b)  Membuka pili air 
c)  Berkumur 
d)  Menggosok gigi dengan cara yang betul 
e)  Membersihkan mulut dengan air selepas gigi diberus 
f)  Menutup tiub ubat gigi 
g)  Menyimpan berus gigi 

9.3.2  Portfolio 

Untuk memastikan supaya portfolio tidak menjadi tempat simpanan bagi semua hasil 
kerja murid, pembinaan portfolio mesti dirancang dengan teliti oleh guru. Di peringkat 
awal,  guru  perlu  merancang  apakah  yang  harus  dimasukkan  dalam  portfolio  dan 
sediakan satu garis panduan. 

Garis panduan untuk membina portfolio adalah seperti berikut: 

a)  Senarai Isi Kandungan 
b)  Penilaian guru terhadap kerja murid 
o  Contohnya :
· Dalam bentuk jurnal
· Dalam bentuk senarai semak
· Dalam bentuk rakaman audio 

c)  Sampel­sampel kerja murid yang terpilih 
o  Contohnya:
· Sampel kerja di peringkat permulaan
· Sampel kerja selepas pengajaran dijalankan
· Hasil kerja yang terbaik
· Hasil kerja yang paling tidak memuaskan
· Sampel kerja bagi kemahiran yang berlainan 
d)  Penilaian kendiri oleh murid 
e)  Soal selidik tentang aspek­aspek tertentu berkaitan murid
133 
9.3.3  Skala Pengkadaran 

Laporan Kemajuan Murid 

1.  Menunjukkan kemajuan 
2.  Masih perlu tunjuk kemajuan 
3.  Tidak tunjuk kemajuan 
4.  Belum diajar 

Bil  Kesediaan Membaca  1  2  3  4 

1  Dapat membezakan persamaan dan perbezaan objek 

2  Dapat membezakan persamaan dan perbezaan dalam 
gambar 

3  Membaca dari kiri ke kanan 

4  Mengenal warna 

5  Dapat melihat dan mengingat objek dalam gambar 

6  Dapah menghafal alamat dan nombor telefon 

7  Mengetahui nama sendiri 

8  Mengetahui hari lahir 

9  Dapat menulis nama dengan tulisan yang tepat 

10  Dapat memadan perkataan nama warna dengan warna 

11  Dapat menggunakan gunting

134 
9.3.4  Senarai Semak 

Contoh Senarai Semak Untuk Mengenal Pasti Masalah Tingkah Laku Murid 

Nama Murid  : 
Umur  : 
Alamat Rumah  : 
Telefon  : 
Alamat Sekolah  : 
Telefon  : 
Tarikh dan waktu dijalankan  : 

Sila tandakan ( / ) pada ruang yang disediakan. 
Bil  Keterangan  Ada  Tiada  Catatan 
1)  Perlakuan Agresif 
1.1 Merosakkan harta benda sendiri/ orang lain 
1.2 Selalu bergaduh/bertumbuk 
1.3 Cepat marah/ meradang 
1.4 Mengacau orang lain 
1.5 Mencederakan diri 
1.6 Panas baran 
1.7 Perlakuan negatif berlaku dengan tiba­tiba (abrupt 
behavior) 
1.8 Hiperaktif 

2)  Perlakuan Pasif 
2.1 memencilkan diri 
2.2. sugul 
2.3 terlalu pendiam 
2.4 Terlalu malas 
2.5 mudah terganggu perhatian 
2.6 terlalu malu 

3)  Perlakuan Negatif Sosial 
3.1 Mengusik 
3.2 Bercakap bohong 
3.3 Tidak menepati janji 
3.4 Tidak menurut perintah 
3.5 Berbahasa kasar 
3.6 Terlalu suka bercakap 
3.7 Selalu buang air dalam bilik darjah 
3.8 Suka membuat bising 
3.9 Mengambil sesuatu barang tanpa izin 

4)  Permasalahan Emosi 
4.1 Gelisah 
4.2 Menipu/ berbohong 
4.3 selalu mengadu sakit 
4.4 Menangis dalam kelas 
4.5 Memerlukan perhatian yang lebih 
4.6 Risau 
4.7 Mengkhayal

135 
9.4  PENTAKSIRAN INSTRUMEN 

9.4.1 Ujian Diagnostik 

Ujian Diagnostik Bahasa Melayu ( Bertulis )

KEMAHIRAN 3 :  Suku kata V 

Arahan Guru  :  Tulis suku kata V berdasarkan gambar. 

_____lar _____kan

___mak ___pi

___tik ___tak
136 
9.4.1  Pemerhatian 

Contoh melaporkan hasil pemerhatian: 

a)  Kemahiran Sosial 

Murid  A  merupakan  seorang  murid  yang  mempunyai  kemahiran  sosial  yang 


memuaskan.  Hal  ini  digambarkan  apabila  dia  mampu  bermain,  bergaul,  berbual 
dan berinteraksi dengan rakan dan gurunya. Dia juga boleh menjawab soalan jika 
ditanya  dan  memberi  pandangan  apabila  perlu.  Namun,  beliau  mengambil  masa 
untuk mesra dengan sesiapa yang baru dikenalinya. 

b)  Kemahiran Tingkah Laku 

Pemerhatian  terhadap  tingkah  laku  murid  A  memberi  gambaran  kepada  saya 


bahawa  murid  A  merupakan  seorang  murid  yang  mempunyai  perwatakan  yang 
sukar dijangka. Dia boleh menjadi seorang  yang  periang, suka bermain dan  suka 
bercakap  tetapi  kadangkala  dia  menjadi  seorang  yang  pendiam,  menyendiri  dan 
lebih suka memerhati. 

9.5  Pentaksiran Murid Bekeperluan Khas 

9.5.1  Kemahiran Pengurusan Diri 

a)  Keupayaan menguruskan diri sendiri (membersihkan diri sendiri, memakai pakaian 
tanpa bantuan,  makan  dengan cara  yang betul  dan  mampu  memenuhi kehendak 
asas diri seperti membuang air. 

b)  Supaya murid dapat menjaga keperibadian diri sendiri dan berupaya menguruskan 
diri sendiri tanpa pertolongan orang lain 

9.5.2  Kemahiran Sosial Dan Emosi 

a)  Tingkah laku yang bersesuaian untuk berinteraksi di rumah, sekolah dan bersama 
masyarakat. 
b)  Keupayaan  sosial  individu  yang  mampu  mencapai  kejayaan  tanpa  menggangu 
orang lain. 
c)  Aspek  dalam  kemahiran  sosial­kemahiran  berkomunikasi,  asertif,  bergaul, 
menyelesaikan masalah. 
d)  Tujuan  pentaksiran  adalah  untuk  mengenal  pasti  murid  yang  mempunyai 
kelemahan dalam bersosial. 
e)  Membantu murid dalam proses P&P dan kehidupan seharian mereka. 
f)  Membolehkan  mereka  berinteraksi  dan  menjaga  hubungan  antara  masyarakat 
dengan baik dan bersesuaian mengikut golongan. 

9.5.3  Pentaksiran  Pengamatan Penglihatan 

a)  Pentaksiran Ketajaman Visual 

Alat  yang  digunakan  untuk  menguji  ketajaman  penglihatan  ialah  Carta  Snellen. 
Carta  ini  terdiri  daripada  nombor  atau  huruf  ‘E’  yang  ditunjukkan  pada  berbagai­ 
bagai  arah  atau  gambar  tertentu  yang  ditulis  dalam  saiz  yang  berbeza­beza.

137 
Biasanya  pesakit  diminta  membaca  carta  dari  jarak  20  kaki  (6  meter).  Dan huruf 
terkecil yang dapat dibaca daripada carta tersebut direkodkan. 

Hasil  yang  diperoleh  akan  dinyatakan  dalam  6/6  menunjukkan  ketajaman 


penglihatan yang baik. Nilai ini menunjukkan mata pesakit dapat melihat dari jarak 
enam meter pada carta yang memang dapat dilihat oleh orang normal. Jika mata 
pesakit  yang  berdiri  enam  meter  dari  carta  dapat  melihat  huruf­huruf  nombor 
penyebut  bagi  jarak  18m,  skor  bagi  pesakit  tersebut  ialah  6/18.  Semakin  besar 
nombor  penyebut,  (nombor  pada  carta)  semakin  kecil  ketajaman  penglihatan. 
Penting untuk difahami  bahawa ujian ketajaman penglihatan adalah untuk setiap 
mata. 

CARTA SNELEN 

b)  Pentaksiran Kepekaan Warna 

Seseorang  itu  dikatakan  buta  warna  jika  dia  tidak  dapat  mengenal  warna.  Mata 
yang  normal  memerlukan  kon  merah,  biru  dan  hijau  untuk  membolehkannya 
melihat  keseluruhan  spectrum  warna.  Bagi  menguji  masalah  buta  warna  satu 
kaedah  iaitu  Carta  Isihara.  Carta  ini  berupa  plat  yang  tercetak  di  atasnya  angka 
yang ditulis dengan titik­titik berwarna. Angka ini ditulis di atas latar belakang yang 
terdiri  daripada  titik­titik  berwarna  yang  serupa  bentuk.  Angka  itu  terdiri  daripada 
warna hampir serupa dengan latar belakang bagi individu yang buta warna.

138 
9.5.4  Pentaksiran  Pendengaran 

a)  Pendengaran biasa 
Murid  boleh  mendengar  semua  bunyi  pertuturan  walaupun  pada  peringkat 
perbualan yang perlahan. 

b)  Kehilangan pendengaran minima 
Murid  bermasalah  untuk  mendengar  pertuturan  yang  perlahan  atau  tidak  jelas. 
Perbualan  oleh  murid  lain  dan  arahan­arahan  guru  yang  diberi  secara  pantas, 
terutama di dalam sebuah kelas yang bising berkemungkinan besar mengakibatkan 
maklumat yang diberi tidak sampai. 

c)  Ringan 
Murid  tidak  dapat  mendengar  dengan  baik  sehingga  50%  daripada  perbincangan 
kelas  terutamanya  jika  tahap  pertuturan  digunakan  agak  perlahan  di  dalam 
persekitaran yang bising. 

d)  Sederhana 
Perbincangan kelas dari jarak 3 hingga 5 kaki boleh difahami sekiranya struktur dan 
penggunaan perkataan dikawal. 

9.5.5  Pentaksiran  Kemahiran Motor 

a)  Motor Kasar 
Keupayaan murid­murid melaksanakan aktiviti yang memerlukan penglibatan otot­ 
otot besar.  Contohnya, berjalan,  berlari,  melontar,  melompat,  berdiri sebelah  kaki, 
berenang  dan  sebagainya.  Keupayaan  mengimbangi  kedudukan  tubuh  adalah 
elemen yang perlu dipertimbangkan dalam membuat pentaksiran kemahiran motor 
kasar. 

b)  Motor Halus 
Kemahiran motor halus melibatkan otot­otot halus seperti tangan, kaki, lidah, bibir, 
otot muka yang digunakan semasa melakukan tugasan yang  lebih susah ataupun 
tugasan  yang  memerlukan  kehalusan  (delicate  task).  Contohnya;  kemahiran 
menulis,  melukis,  mencantum  puzzle,  meniru  mimic  muka,  menjahit,  menyebut 
perkataan,  meniup  buih,  bersiul  dan  sebagainya.  Kebanyakan  murid­murid  yang 
mempunyai masalah dalam motor halus biasanya bermasalah dalam membunyikan 
perkataan tertentu. 

9.5.6  Pencapaian Akademik 

a)  Kemahiran Lisan 

Ujian  diagnostik  lisan  merupakan  satu  cara  untuk  mengetahui  aras  pencapaian 
murid­murid. Hasil ujian akan membantu guru mengetahui tahap pencapaian murid 
dalam  penguasaan  huruf,  suku  kata,  dan  bacaan  ayat  mudah.  Ujian  diagnostik 
yang dicadangkan ialah:
· Mengenal huruf besar secara rawak
· Mengenai huruf kecil secara rawak
· Mengenal  suku  kata  mengikut  pemeringkatan  KV,  KVK,  KVKK,  VK, 
KVVK, KVV, KKV, KKVK, KVVV (K­Konsonan; V­ vokal)

139 
b)  Kemahiran menulis 

Murid  yang  bermasalah  dalam  penulisan  biasanya  membuat  kesilapan  seperti 


berikut:
· bentuk huruf tidak konsisten saiznya
· jarak huruf atau perkataan yang tidak seimbang
· kecondongan huruf atau perkataan tidak selari
· salah ejaan
· Tulisan kotor – kerap dipadam dengan getah pemadam 

c)  Kemahiran Mengira 

Keupayaan  menguasai  pengetahuan  tentang  perkara  asas  matematik  seperti 


nombor dan operasi mudah. 

Ujian  diagnostik  matematik  digunakan  untuk  mengenal  pasti  secara  khusus 


kekuatan  dan  kelemahan  dalam  kemahiran  tertentu.  Kemahiran  yang  terkandung 
dalam Ujian Diagnostik Matematik ialah:

· Kuantiti dan nilai
· Angka bulat
· Mengenal nombor
· Operasi tambah dan tolak 

9.6  Tugasan Pelajar 

Sebagai  seorang  bakal  guru  anda  perlu  menghasilkan  alat­alat  pentaksiran  dan  penilaian 
untuk  mengumpul  maklumat  bagi  membantu  anda  dalam  proses  pengajaran  dan 
pembelajaran. 

a)  Bina satu set ujian diagnostik (mengikut mata pelajaran) 
b)  Kenal  pasti  satu  masalah  yang  dihadapi  oleh  murid  anda,  kemudian  laksanakan  satu 
analisis tugasan untuk membantu murid menguasai kemahiran tersebut. 
c)  Bina  satu  senarai  semak  untuk  mengesan  minat  murid  terhadap  mata  pelajaran  yang 
anda ajar. 
d)  Kelab  Bahasa  telah  melaksanakan  satu  pementasan  drama.  Sebagai  guru  penasihat, 
anda  dikehendaki  untuk  menilai  pencapaian  setiap  murid  dalam  drama  tersebut.  Bina 
satu alat pentaksiran untuk tujuan tersebut (contoh; senarai semak, rubrik). 

Nota: 
­  Setiap kumpulan hanya dikehendaki  menjawab satu soalan sahaja. 
­  Tugasan perlu dibentangkan semasa tutorial.

140 
RUJUKAN 

Gay, L.R. 1985. Educational and Evaluation and Measurement. Competencies for Analysis 
and Application. 2 nd .Ed. Ohio: Charles E. Merrill. 

Gronlund, N.E. 1993. How to Make Achievement Tests and Assessments. 5 th . Ed. 
New York: Macmillan Co. 

Owen, R.E Jr. 1991. Language Disorders: A Functional Approach to Assessment and 
Internention. Boston: Allyn & Bacon. 

Pierangelo,  R.,  &  Giuliani,  G.  2006.  The  Special  Educator’s  Comprehensive  Guide  to  301 
Diagnostic Tests. Rev. and expanded ed. San Francisco: Jossey­Bass. 

Rief, Sandra F., 2007. Bagaimana Mendekati dan Mendidik Kanak­kanak ADD/ADHD: teknik 
dan  strategi  praktikal  untuk  membantu  kanak­kanak  yang  menghadapi  masalah 
penumpuan dan hiperaktif. Terj. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia 
Berhad. 

http://www.nclrc.org/essentials/assessing/alternative.htm 

http://www.aurbach.com/alt_assess.htm/ 

http://www.projectappleseed.org/index.htm/ 

http://jonathan.faculty.noctrl.edu.toolbox/whatisit.htm/

141 
4.0  CADANGAN JADUAL PELAKSANAAN 

MINGGU 1: 

MASA  10.00 
12.30 
8.00 – 9.00  9.00 – 10.00  –  10.30 – 11.30  11.30 – 12.30  2.00 – 3.00  3.00 – 4.00 
HARI  – 2.00 
10.30 

Pengenalan  Kepelbagaian  Tugasan/Latihan: 


KK*  Bengkel Pengenalan Kanak­kanak di  Pembentangan Tugasan/Latihan 
ISNIN  Kanak­kanak di 
Kanak­kanak di  Kaw. Pedalaman  (Unit 1) 
Kaw. Pedalaman  Kaw. Pedalaman  (Unit 1.4) 
(Unit 1.1)  (Unit 1.2 – 1.3) 
Pengenalan  Punca­punca  R  Strategi  Tugasan/Latihan:  R 
Pengurusan  Salah Laku  Pengurusan  Bengkel  Pembentangan Tugasan/Latihan 
SELASA 
Tingkah Laku  (Unit 2.2)  Tingkah Laku  Pengurusan T.L  (Unit 2) 
(Unit 2.1)  E  (Unit 2.3)  (Unit 2.4)  E 
Pengenalan,  Pengurusan  Pengurusan  Tugasan/Latihan: 
Pengelolaan &  Bengkel  Pembentangan Tugasan/Latihan 
RABU  Kurikulum KB*  H  Kurikulum KB*  H 
Pengurusan KB*  Pengurusan KB*  (Unit 3) 
(Unit 3.3)  (Unit 3.3) 
(Unit 3.1 – 3.2)  (Unit 3.4) 
Pengenalan  Kepentingan  A  Tugasan/Latihan:  A 
PBL*  Pembentangan Tugasan/Latihan 
KHAMIS  PBL*  Perancangan Unit P&P 
(Unit 4.1)  (Unit 4) 
(Unit 4.2)  (Unit 4.3) 
T  T 

Konsep  Instrumen  Cara­cara 


Pentaksiran &  Pentaksiran &  Membina 
JUMAAT  Instrumen & 
Penilaian  Penilaian 
(Unit 9.1)  (Unit 9.2)  Mentaksir 
(Unit 9.3 ­ 9.4) 
Petunjuk: 

KK*  :  Keperluan Khas  PBL*  :  Pembelajaran Berasaskan Projek 


KB*  :  Kelas Bercantum
142 
MINGGU 2: 

MASA  10.00 
12.30 
8.00 – 9.00  9.00 – 10.00  –  10.30 – 11.30  11.30 – 12.30  2.00 – 3.00  3.00 – 4.00 
HARI  – 2.00 
10.30 

Pengenalan  Aplikasi  Tugasan/Latihan: 


Pedagogi BM:  Pedagogi BM  Pembentangan Tugasan/Latihan 
ISNIN  Bengkel Aktiviti P&P BM SP* 
SP*  SP*  (Unit 5) 
(Unit 5.3) 
(Unit 5.1)  (Unit 5.2) 
Pengenalan  Aplikasi  R  R 
Tugasan/Latihan: 
Pedagogi BI  Pedagogi BI  Pembentangan Tugasan/Latihan 
SELASA  Bengkel Aktiviti P&P BI SP* 
SP*  SP*  (Unit 6) 
(Unit 6.3) 
(Unit 6.1)  (Unit 6.2)  E  E 
Pengenalan  Aplikasi  Tugasan/Latihan: Bengkel Aktiviti 
Pedagogi Sains  Pedagogi Sains  Pembentangan Tugasan/Latihan 
RABU  H  P&P Sains SP*  H 
SP*  SP*  (Unit 7) 
(Unit 7.3) 
(Unit 7.1)  (Unit 7.2) 
Pengenalan  Aplikasi  A  A 
Tugasan/Latihan: 
Pedagogi  Pedagogi  Pembentangan Tugasan/Latihan 
KHAMIS  Bengkel Aktiviti P&P Matematik SP* 
Matematik SP*  Matematik SP*  (Unit 8) 
(Unit 8.3) 
(Unit 8.1)  (Unit 8.2)  T  T 

Tugasan/Latihan:  Tugasan/Latihan:  Pembentangan 


JUMAAT  Membina  Membina  Tugasan/Latihan 
Instrumen  Instrumen  (Unit 9) 
(Unit 9.5)  (Unit 9.5) 

Petunjuk: 

SP*  :  Sekolah Pedalaman

143 
Panel Penggubal Modul KPLI SR Sekolah Pedalaman 

Penyelaras: Pn. Fatimah binti Daud 

Unit 1  :  Pengenalan Kanak­kanak Pedalaman 
1.  Pn. Ramlah binti Alias  ­  IPGM Kampus Kent 
2.  En. Halik Wang  ­  IPGM KampusTun Abdul Razak 

Unit 2  :  Pengurusan Tingkah Laku Kanak­kanak 

1.  En. Arun b. Daud  ­  IPGM Kampus Kent 


2.  Pn. Norhayati binti Idris  ­  IPGM Kampus Keningau 

Unit 3  :  Pengurusan Aktiviti Pengajaran­Pembelajaran Kelas Bercantum 

1.  En. Zulkarnain bin Mohd Noor  ­  IPGM Kampus Batu Lintang 

Unit 4  :  Kepelbagaian Strategi dalam Pengajaran dan Pembelajaran 

1.  Tn. Hj. Mustaffar bin Abd. Majid  ­  IPGM Kampus Perempuan Melayu 


2.  Cik Lim Siew Geck  ­  IPGM Kampus Ilmu Khas 

Unit 5  :  Pedagogi Bahasa Melayu Sekolah Pedalaman 

1.  En. Arun bin Daud  ­  IPGM Kampus Kent 


2.  Pn. Norhayati binti. Idris  ­  IPGM Kampus Keningau 
3.  En. Jawing Dongkok  ­  IPGM Kampus Gaya 

Unit 6  :  Pedagogi Bahasa Inggeris Sekolah Pedalaman 

1  En. Jausip @Joseph Yabai  ­  IPGM Kampus Keningau 
2  Pn. Anne Anthony Lajinga  ­  IPGM Kampus Batu Lintang 

Unit 7  :  Pedagogi Matematik Sekolah Pedalaman 

1.  Tn. Hj. Ali bin Abu Bakar  ­  IPGM Kampus Gaya 


2.  Pn. Choy Sau Kam  ­  IPGM Kampus Batu Lintang 
3.  Pn. Raiti btinti Naiman  ­  IPGM Kampus Keningau 

Unit 8  :  Pedagogi Sains Sekolah Pedalaman 

1.  En. Ling Hau Ching  ­  IPGM Kampus Rajang 


2.  Cik Khaw Ai Guat  ­  IPGM Kampus Tun Abdul Razak 
3.  En. Ruslan bin Mapeala  ­  IPGM Kampus Tawau 

Unit 9  :  Pentaksiran dan Penilaian Pencapaian Kanak­kanak Pedalaman 

1.  Cik Angie Garet  ­  IPGM Kampus Tun Abdul Razak 


2.  Pn. Jovinia Lajiwin Kudun  ­  IPGM Kampus Kent 
3.  En. Sukran Nelamin  ­  IPGM Kampus Tawau

144 

You might also like