You are on page 1of 7

Cahaya Dari Kegelapan

Oleh : Siti Farahiya Binti Jasmi

KPLI (SR) Jun 2009 – BI/SN/MZ

”Selamat datang saya ucapkan kepada semua guru pelatih dari IPGM

Kampus Perlis, saya panggil kamu semua cikgu-cikgu lah ye,” guru besar SK

Pos Sungai Pelantok, Cikgu Salleh memulakan bicara semasa sesi perkenalan

di kantin sekolah. ”Cikgu-cikgu semua janganlah risau, sebab kat sekolah ni,

semuanya ada, kamu takkan rasa macam tinggal kat pendalaman pun, air ada,

makanan sedap, Cuma yang takde kat sini, elektrik sahaja”. Kami semua

berpandangan. ”takde elektrik?, macam mana kalau waktu malam?, macam

mana nak guna laptop nak buat assignment?, macam mana nak charge telefon

nanti”. Semua persoalan ini bermain di dalam fikiran kami saat itu. ” Cikgu-cikgu

semua janganlah risau, kita ada sediakan lilin, lagipun semasa waktu

persekolahan kamu semua boleh pergi ke bilik komputer untuk menggunakan

elektrik sebab kat bilik tu ada elektrik dari tenaga solar”. Guru besar memberi

harapan. Kami semua berasa sedikit lega.

Siang berganti malam. “Arghh, gelapnya, macam mana ni, takkan dua

minggu kat sini nak bertemankan cahaya lilin ja?,” hatiku bermonolog sendiri.

Aku tidak faham kenapa aku di hantar ke sini. Aku lihat kawan-kawanku yang

lain juga punya rasa yang sama. Siti kulihat sudah sibuk hendak melelapkan

matanya sedangkan jam baru menunjukkan pukul 9 malam. Mungkin masing-


masing sudah tidak tahu hendak melakukan apa-apa aktiviti pada malam itu

kerana terlalu banyak perkara yang menghalang. Tidak ada elektrik, tidak ada

asrama, hanya kami berlapan bersama Pak Cik Majid, penjaga sekolah yang

tinggal di hadapan rumah kami. Malam pertama di Pelantok berlalu begitu

sahaja.

Esoknya, pertama kali kami memulakan kelas. Kami semua di tugaskan

untuk mengajar murid-murid pemulihan dan murid KIA2M. Menurut Cikgu Suzila,

hanya seorang sahaja murid KIA2M yang masih belum dapat menguasai

pembacaan dan penulisan. Mek Suhara, murid KIA2M yang diceritakan itu. Aku

lihat dia kecil sahaja orangnya. Berambut pendek dan berkulit gelap. Wajahnya

seperti tidak punya perasaan, tidak senyum untuk menyatakan kegembiraan,

tidak juga sedih atau marah. Aku cuba mendekati Mek Suhara. Aku mulakan

pengajaran dengan menggunakan buku ‛Mari Membaca’. “Eh, buku ni adik aku

guna kat sekolah dia, ” aku berkata kepada Ida. Aku sudah tahu bagaimana

caranya untuk mendekati Mek Suhara. Tetapi punah harapanku kerana

pendekatanku tidak menjadi. Mek Suhara terlalu pasif. Dia takut dengan orang

baru dan mudah lupa. ”Macam mana nak ajar budak ni, dah la takut dengan

orang, dah ajar sekali, ajar yang lain, tak ingat pulak yang awal tadi,” kataku

kepada Ida dengan perasaan geram. Kami semua hanya boleh bersabar untuk

mengajar mereka. Mereka ini hanya mahu bermain dan menyanyi sahaja.

Apabila hendak mula mengajar, mereka mula hilang fokus. Hari pertama

bersama murid-murid pemulihan hanya memberi tanggapan yang negatif di


kalangan kami semua. Persekolahan berakhir tepat jam 1.45 petang. Kami

bergegas ke kantin sekolah untuk makan tengah hari. Aktiviti kami berakhir di

situ kerana murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pos Sungai Pelantok tidak

diberi kemudahan asrama. Jadi, tidak ada aktiviti tambahan pada waktu petang

untuk kami.

Malam tiba lagi. Malam itu, aku tidak mahu tidur awal. Aku mengajak Ida,

Siti dan Noni untuk sama-sama duduk di kerusi di ruang tamu bersembang

sambil bertemankan cahaya lilin. Malam itu juga, aku menemui satu ”port” yang

terdapat liputan penuh talian telefon bagi maxis. Topik perbincangan kami malam

itu adalah mengenai sekolah dan murid-muridnya, terutama sekali murid-murid

pemulihan dan Mek Suhara, murid KIA2M. Kami cuba berkongsi pendapat

mengenai bagaimana caranya untuk kami mengajar mereka. Kami meminta

Jasmine untuk mengendalikan Mek Suhara.

Malam berlabuh berganti siang. Sesi persekolahan bermula jam 7.45 pagi.

Aku bergerak ke kelas pemulihan. Seperti biasa kami mulakan kelas dengan

nyanyian lagu kanak-kanak. Jasmine dan Chong, guru pelatih yang mengambil

kursus muzik mengambil alih pengajaran muzik. Aku lihat mereka semua

menyanyi dengan gembira. Semuanya sukakan hiburan. ” Mungkin dengan

muzik saja kot dapat buat mereka ni nak belajar”, kataku kepada Ida.
”Row, row, row your boat, gently down the stream, merely, merely, merely,

merely, life is but a dream”.

Lagu “Row Row Your Boat” menjadi pilihan kami hari itu. Semua murid

menyanyi kegirangan sambil membuat pergerakan. Jasmine dan Chong

mengajar mereka gerakan seperti mendayung sampan. Aku lihat Nasri begitu

gembira. Mek Suhara kulihat seperti biasa. Hanya mengikut rakan-rakannya

tanpa perasaan. Aku tidak tahu sama ada dia gembira atau sedih. Setelah penat

berhibur, kami belajar semula. Fokus kami hanya untuk membuat mereka semua

boleh mengenal huruf dan menbaca. Semasa masing-masing sibuk untuk keluar

rehat, aku terdengar Nasri menyanyi sendirian lagu “Row Row Your Boat” tadi.

Hanya Allah sahaja yang tahu betapa gembiranya hatiku, Nasri dapat

menyanyikan kembali lagu tadi dengan lancar sekali. Hari itu, aku dapat

mengenalpasti kebolehan sesetengah murid-murid pemulihan. Aku tahu Nasri

memang berminat untuk belajar, mungkin keadaan sekeliling manghalang

minatnya. Kamarudin pula punya bakat melukis. Aku dapat mengenalpasti

bakatnya apabila kami meminta dia melukis. Murid-murid yang lain juga berminat

dengan seni. Mereka pandai mewarna, melukis dan menyanyi. Persekolahan

berakhir seperti biasa.

Malam-malam berikutnya hanya seperti biasa, kami hanya duduk

bersembang di sofa yang tersedia di ruang tamu sambil menunggu panggilan

telefon. Mungkin tuah menyebelahi kami kerana, ”port” yang terdapat liputan
penuh itu berdekatan dengan sofa tersebut. Mungkin yang membezakan antara

setiap malam ialah topik perbincangan kami. Seronok juga apabila di gabungkan

dengan tiga bangsa yang berbeza. Melayu, Cina dan India. Kami dapat bertukar-

tukar pandangan mengikut kepercayaan masing-masing. 1 Malaysia katakan.

Aktiviti yang paling tidak dapat aku lupakan ialah mandi jeram. Petang itu,

bekalan air ke rumah kami terputus. Kami semua terpaksa ke jeram untuk mandi.

Pak Majid menjadi peneman kami ke kawasan jeram. Aku kagum dengan Pak

Majid. Dia setia dengan Sekolah kebangsaan Pos Sungai Pelantok. Pak Majid

juga setia menjaga kami. Aku teringat satu kisah semasa Ida dengan niat untuk

bergurau bertanyakan Pak Majid tentang buah durian. Keesokkannya, Pak majid

datang ke rumah kami dengan membawa dua biji durian. Aku tersentuh dengan

sikap Pak Majid yang peka dan menepati janji. ”Orang asli memang macam tu,

mereka akan cuba untuk penuhi permintaan kita tak kira susah atau senang”,

teringat kata-kata Kak Imah apabila kami menceritakan kepadanya mengenai

kisah itu.

Hari-hari seterusnya menambahkan rasa kasih kami kepada semua

murid-murid pemulihan. Mereka terlalu naïf. Apabila ditanya mengenai cita-cita,

masing-masing bangga menyatakan yang mereka mahu bekerja seperti ayah

dan ibu masing-masing. Mek Suhara pula hanya Jasmine yang dapat

mendekatinya. Mungkin naluri seorang ibu yang terdapat pada Jasmine

membuatkan Mek Suhara senang dengannya. Hari terakhir pengajaran, aku lihat
terdapat sedikit perubahan dalam diri mereka. Lagu ”Row Row Your Boat” masih

dapat dinyanyikan dengan baik. Benarlah kata pepatah ”guru ibarat lilin, yang

membakar diri untuk menerangi orang lain”. Kami semua telah mencuba yang

terbaik untuk mengajar mereka mengenal huruf dan membaca. Mungkin itu

jugalah antara hikmah di sebalik ketiadaan elektrik. Malam-malam kami

bertemankan cahaya lilin. Sebagai bakal guru, kita haruslah meletakkan diri kita

sebagai sebatang lilin yang sanggup membakar diri untuk menerangi di saat

kegelapan. Jangan tinggalkan mereka yang sedang mencari-mencari jalan

keluar ke arah cahaya. Marilah kita menjadi cahaya dari kegelapan itu. Sekolah

Kebangsaan Pos Sungai Pelantok, kami akan kembali semula suatu hari nanti.
NAMA SEBENAR : SITI FARAHIYA BINTI JASMI
TEMPAT LAHIR : KG. SG. BEREMBANG
TARIKH LAHIR : 24 JULAI 1985
NO K/P : 850724-09-5078
ALAMAT SEMASA : KG. BEHOR MASJID, JALAN KUALA PERLIS, 02000 PERLIS

PENDIDIKAN :
- SEKOLAH RENDAH KEBANGSAAN KAYANG, PERLIS
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA (P), KANGAR, PERLIS
- SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SYED ALWI, KANGAR, PERLIS
- UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, BANGI, SELANGOR
- IPGM KAMPUS PERLIS

SEKOLAH PEDALAMAN : SEKOLAH KEBANGSAAN POS SUNGAI PELANTOK,


SUNGAI SIPUT (U), PERAK DARUL RIDZUAN

You might also like