You are on page 1of 9

Ringkasan Kaedah-Kaedah Penting Dalam Memahami Asma wa

Sifat Allah (Nama-nama dan Sifat-sifat Allah)


http://aqidah- wa-manhaj. blogspot. com

Allah Subhanahu wa Taala telah pun menetapkan bagi diri-Nya nama-nama dan sifat-
sifat yang menunjukkan dan sekaligus memberitahukan serta membuktikan betapa
kesempurnaannya. Allah melaksanakan sesuatu dengan apa yang dikehendaki- Nya,
sama ada mencipta, memberi petunjuk, memberikan pahala, atau seumpamanya yang
layak bagi-Nya.

Namun, dalam menetapkan atau memahami nama-nama dan sifat-sifat yang


dinisbatkan kepada Allah perlulah melalui disiplin dan kaedah yang betul. Ini adalah
bagi mengelakkan penyelewengan dan salah faham yang telah banyak berlaku dari
zaman berzaman.

Maka, atas beberapa sebab, penyusunan semula kaedah dan disiplin dalam memahami
al-Asma wa as-Sifat Allah Subhanahu wa Taala secara ringkas diletakkan di sini.
Kaedah dan disiplin tersebut adalah sebagaimana berikut.

1 - Kaedah Pertama: Mengambil Zahir ayat/lafaz

Wajib untuk menetapkan nash al-Quran dan as-sunnah pada zahirnya tanpa
mengubahnya sedikit pun kerana Allah Taala telah menurunkan al-Quran dengan
bahasa Arab dan Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam pun juga berbicara dengan
menggunakan bahawa Arab, maka kewajiban kita adalah meentapkan hukum yang
ditunjukkan oleh Firman Allah dan Sabda Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam
berdasarkan bahasa aslinya. Kerana perbuatan mengubah lafaz tertentu dari nama-
nama Allah tanpa dalil, hukumnya adalah haram.

Ini adalah berdasarkan firman Allah Subhanahu wa Taala:

Katakanlah: Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang
nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia
tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui (Surah al-Araaf, 7: 33)

Sebagai contoh adalah firman Allah Subhanahu wa Taala:

Dan mereka tidak mengagungkan Allah dengan pengagungan yang semestinya padahal
bumi seluruhnya dalam genggaman-Nya pada hari kiamat dan langit digulung dengan
tangan kanan-Nya.(Surah az-Zumar, 39: 67)

... tetapi kedua-dua tangan Allah terbuka. Dia menafkahkan sebagaimana yang Dia
kehendaki. (Surah al-Maidah, 5: 64)

Dari Zahir ayat tersebut kita dapati ia menyatakan bahawa Allah memiliki dua tangan
yang sebenarnya. Maka, adalah wajib bagi kita menetapkan hakikat dua tangan bagi
Allah Taala.

Maka, lafaz tangan (yadun) perlu ditetapkan sebagai tangan. Tidak boleh ditukar atau
diselewengkan dengan gantian maksud yang lain yang menyimpang dari makna zahir
lafaz yang asal.

2 “ Kaedah Kedua: Semua Nama Allah Adalah Baik (Husna) Dan Tinggi

Nama Allah itu semuanya baik (Husna) yang memiliki sifat kesempurnaan dan sama
sekali tidak memiliki kekurangan atau cacat cela.

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Hanya milik Allah asmaaul husna (nama-nama yang baik), maka bermohonlah kepada-
Nya dengan menyebut asmaaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya (Surah al-Araaf, 7:
180)

Dan Allah memiliki sifat yang Maha Tinggi. (Surah an-Nahl, 16: 60)

Sebagai contoh:

Nama ar-Rahim, ar-Rahman, al-Ghafur, al-Aziz, dan al-Hakim.

3 Kaedah Ketiga: “Setiap Nama Mengandungi Sifat

Setiap nama yang ditetapkan bagi Allah Azza wa Jalla, maka ia mengandungi sifat,
manakala sebaliknya penetapan bagi sifat tidak semestinya mengandungi (penetapan)
untuk Nama. (Ibnul Qayyim, Badai al-Fawaid, 1/162. Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul
Mutsla, m/s. 30)

4 - Kaedah Keempat: Nama-nama Allah Tidak Dibatasi Dengan Bilangan Tertentu

Berdasarkan sebuah hadis dari Doa Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam:

Daripada Ibnu Masoud radhiyallahu anhu, Ya Allah, aku meminta kepada-Mu dengan
semua nama yang menjadi milik-Mu, yang Engkau namakan diri-Mu dengannya atau
yang Engkau turunkan di dalam kitab-Mu atau Engkau ajarkan kepada salah seorang
dari makhluk-Mu atau pun yang Engkau sembunyikan sebagai ilmu ghaib di sisi-Mu.
(Hadis riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/394, 452. Disahihkan oleh Ibnul Qayyim, Syifaul
Alil, m/s. 274. Disahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir, Taliq al-Musnad, no. 3721)
5 Kaedah Kelima: Nama-nama Allah Ditetapkan dan Diketahui Melalui Dalil Syari,
Bukan Dengan Akal

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Katakanlah: Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan yang keji, sama ada yang
nampak atau pun yang tersembunyi, dan perbuatan dosa, melanggar hak manusia
tanpa alasan yang benar, (mengharamkan) mempersekutukan Allah dengan sesuatu
yang Allah tidak menurunkan hujjah untuk itu dan (mengharamkan) mengada-adakan
terhadap Allah apa yang tidak kamu ketahui (Surah al-Araaf, 7: 33)

Tidak ada cara lain dalam menentukan nama atau sifat bagi Allah, melainkan Dia
sendiri yang menentukannya dan megkhabarkannya melalui Kitab-Nya dan Sunnah
Rasulu-Nya.

Dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, maka ikutilah dia
dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. (Surah al-Anaam, 6: 155)

Katakanlah (Wahai Muhammad): Hai manusia sesungguhnya aku adalah utusan Allah
kepadamu semua, iaitu Allah Yang mempunyai kerajaan langit dan bumi; tidak ada
Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang menghidupkan dan mematikan, maka
berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya, Nabi yang ummi yang beriman kepada
Allah dan kepada kalimat-kalimat- Nya (kitab-kitab- Nya) dan ikutilah dia, supaya
kamu mendapat petunjuk(Surah al-Araaf, 7: 158)

Imam asy-Syafii rahimahullah menjelaskan:

Allah memiliki beberapa Nama dan Sifat yang tidak boleh bagi sesiapa pun yang telah
ditegakkan hujjah kepadanya, lalu menolaknya. Sesiapa yang menolaknya setelah
hujjah ditegakkan kepadanya, maka dia telah kafir. Ada pun sekiranya hujjah belum
ditegakkan, maka dia dimaafkan disebabkan kejahilannya, kerana mengetahui perkara
seperti ini tidak dapat dipelajari dengan akal, merenung, dan berfikir. Maka, wajib
ditetapkan sifat-sifat ini dan wajib dihilangkan penyerupaan dengan makhluk,
sebagaimana ayang dinyatakan sendiri oleh Allah di dalam firman-Nya:

Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia... (Surah asy-Syura, 42: 11). (Ibnu
Taimiyyah, ar-Risalah al-Madaniyyah, m/s. 121. Ibnul Qayyim, Ijtima al-Juyusy al-
Islamiyyah, m/s. 59. al-Albani, Mukhtashar al-Uluw, m/s. 177)

Imam Ahmad rahimahullah berkata:

Kita katakan sebagaimana yang Allah firmankan, dan kita mensifati-Nya sebagaimana
Dia mensifati Diri-Nya sendiri dan tidak melebihinya. Sifat Allah tidak boleh dijangkau
oleh sesiapa pun juga, kita beriman dengan semua yang terdapat dalam al-Qur’an
sama ada yang muhkam (ayat yang jelas) atau pun yang mutasyabih (ayat yang
samar), kita tidak akan pernah menghilangkan satu pun dari sifat-sifat- Nya hanya
kerana sebuah celaan, kita tidak akan melampaui apa yang terdapat dalam al-Quran
dan as-Sunnah, kita tidak akan dapat mengetahui hakikat semua sifat Allah melainkan
dengan keterangan yang sahih dari Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam dan
ketetapan dari al-Quran. (Ibnul Jauzi, Manaqib Imam Ahmad, m/s. 156. Ibnul Qayyim,
ash-Shawaiq al-Mursalah, 1/265)

Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

Keseluruhan Sifat Allah yang telah disebutkan di dalam al-Quran atau hadis Rasulullah
Shallallahu alaihi wa Sallam yang sahih, maka wajib bagi kita untuk mengimaninya
dan menerimanya dengan tanpa tathil (penolakan), tanpa tawil (menyelewengkan) ,
tasybih (menyerupakan) , dan tamtsil (menyamakan) . (Ibnu qudamah, Lumatul Itiqad
al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad, no. 2. Dengan syarah oleh Syaikh Muhammad al-
Utsaimin, tahqiq/takhrij oleh Abu Muhammad Asyraf)

6 Kaedah Keenam: Semua Nama-nama Allah Menunjukkan Dzat Allah Dan Sifat
Yang Dimilikinya

Beriman dengan nama Allah sahaja tidak cukup sempurna melainkan dengan
menetapkan nama tersebut kepada Allah. Sebagai contohnya, nama al-Azim (Yang
Maha Agung), atau ar-Rahim (Yang Maha Penyayang), beriman dengan Nama ini sahaja
belum lagi sempurna selagi mana ia tidak ditetapkan bagi Allah.

7 Kaedah Ketujuh: Sifat Allah Terbahagi Kepada Dua

a. Sifat Tsubutiyyah:

Sifat yang telah Allah tetapkan secara langsung kepada diri-Nya. Iaitu seperti sifat
hidup, mengetahui, dan berkuasa.

Sifat Tsubutiyyah ini terbahagi menjadi dua, iaitu Tsubutiyyah Dzatiyyah dan
Tsubutiyyah filiyyah.

Sifat Tsubutiyyah Dzatiyyah adalah suatu sifat yang allah sentiasa bersifat dengannya,
seperti mendengar dan melihat.

Manakala sifat Tsubutiyyah filiyyah adalah sifat yang berkaitan dengan kehendak
Allah. Dia melakukannya atau tidak melakukannya bergantung kepada kehendak-Nya.
Ini adalah seperti sifat istiwa (bersemayam) , dan sifat al-Marji(datang).

b. Sifat Salbiyyah

Sifat yang Allah nafikan dari diri-Nya. Iaitu seperti sifat tidur dan sifat zalim. Maka,
wajib bagi kita menafikan sifat tersebut daripada Allah dan wajib mengimani yang
sebaliknya (yang berlawanan) dari sifat tersebut.
Sebagai contoh, Allah menafikan sifat zalim dari diri-Nya:

... dan Rabb-mu tidak menzalimi seorang pun. (Surah al-Kahfi, 18: 49)

Menafikan sifat mengantuk dan tidur:

Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah dengan benar) melainkan Dia Yang
Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya) , tidak mengantuk dan tidak
tidur. (Surah al-Baqarah, 2: 255)

8 “ Kaedah Kelapan: Sifat Allah Tidak Sama (Tidak Boleh Disetarakan) Dengan Sifat
Makhluk

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:

Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dia-lah yang Maha Mendengar dan
Melihat. (Surah asy-Syura, 42: 11)

... dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia (Surah al-Ikhlas, 112: 4)

Maka, wajib kita menjauhi:

1 - Tamsil, iaitu menyerupakan. Di mana kita dilarangkan menyamakan sifat Allah


dengan sifat makhluk. Sebagai contohnya, kita dilarang menyerupakan atau
menyebutkan, Tangan Allah itu seperti tangan manusia.

2 “ Takyif, iaitu mepersoalkan dan mem-bagaimanakan. Termasuk dalam kategori ini


adalah dengan mengkhayalkannya atau membayangkannya (berimaginasi) .

3 “ Tasybih, iaitu menyerupakan Allah dengan makhluk.

Ishaq bin Rahawih mengatakan, Tasybih (penyurupaan) hanya terjadi ketika seseorang
mengatakan, Tangan seperti tanganku, pendengaran seperti pendengaranku. Inilah
(yang dinamakan) penyerupaan. Ada pun jika seseorang mengatakan seperti firman
Allah, Tangan, pendengaran, dan penglihatan, kemudian tidak menyatakan bagaimana
dan seperti, tidak termasuk penyerupaan (tasybih).

Seandainya penetapan sifat tinggi bagi Allah Taala bererti penyerupaan (tasybih),
maka setiap orang yang menetapkan sifat-sifat lain bagi Allah seperti Dia hidup,
berkuasa, mendengar, dan melihat, termasuk golongan yang menyerupakan juga. Hal
seperti ini tidak mungkin dikatakan oleh seseorang muslim yang menisbatkan dirinya
kepada Ahlu Sunnah wal Jamaah. Berbeza dengan orang-orang yang menafikan
(meniadakan) sifat-sifat, seperti golongan Muktazilah dan lain-lainnya. (al-Albani,
Mukhtashar al Uluw li Aliyyil Ghaffar, m/s. 69-70)

4 Tathil, iaitu menolak, menghilangkan, mengingkari, atau menafikan sifat-sifat


Allah sama ada sebahagian darinya atau keseluruhan sifat-sifat yang telah Allah
sendiri tetapkan bagi-Nya.

5 “ Tahrif atau tawil, iaitu mengubah atau menyelewengkan lafaz atau makna
sebenar dari sifat-sifat Allah yang telah Dia tetapkan bagi Diri-Nya.

6 “ Tafwid, iaitu menyerahkan lafaz yang menunjukkan sifat atau nama Allah tanpa
mahu menetapkan bahawa lafaz tersebut mengandungi maknanya yang dinisbatkan
kepada Allah. (Rujuk perbahasan di bawah)

Oleh itu, kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah dan Rasul-Nya.
Tanpa melakukan penyelewengan sebagaimana yang dijelaskan.

Allah berfirman:

... ilmu mereka tidak dapat meliputi ilmu-Nya (Surah Thaha, 20: 110)

9 - Kaedah Kesembilan: Mendiamkan Apa Yang Tidak Disebutkan Oleh Allah

Hendaklah kita berhenti dari menyebutkan apa yang tidak disebutkan/ditetapk an


oleh Allah. Hendaklah kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan. Dan menafikan
sebagaimana yang dinafikan.

...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki- Nya. (Surah al-Baqarah, 2: 255)

Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak memiliki pengetahuan
tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan
bertanggungjawab dengannya. (Surah al-Isra, 17: 36)

Sifat-sifat Allah Azza wa Jalla adalah Tauqifiyyah (baku), maka tidak ada yang wajib
ditetapkan melainkan apa yang telah Dia sendiri tetapkan, atau ditetapkan melalui
Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, dan tidak pula ditiadakan (dinafikan)
melainkan apa yang ditiadakan oleh Allah bagi diri-Nya atau ditiadakan oleh
Rasulullah Shallallahu Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. (Ibnu Taimiyyah, Majmu al-
Fatawa, 5/26)

10 “ Kaedah Kesepuluh: “Tidak Diketahui Kaifiyahnya (bagaimananya)

Makna sifat-sifat Allah Azza wa Jalla yang ditetapkan berdasarkan al-Quran dan as-
Sunnah dapat diketahui dan difahami maknanya, tiada majaz atau kiasan sama sekali
di dalamnya. Manakala cara-caranya (kaifiyahnya) tidak diketahui (abstrak). (Ibnu
Taimiyyah, Majmu al-Fatawa, 2/36. Rujuk juga: Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla,
m/s. 105)

Allah Subhanahu wa Taala berfirman:


Sesungguhnya Kami menurunkan al-Quran dengan bahasa Arab supaya kamu boleh
memahaminya. (Surah az-Zukhruf, 43: 3)

11 “ Kaedah Kesebelas: Sifat-sifat Allah tidak boleh Diqiyaskan Dengan Sifat-Sifat


Yang Lain

Hendaklah kita berhenti dari menyebutkan apa yang tidak disebutkan/ditetapk an


oleh Allah. Hendaklah kita menetapkan sebagaimana yang ditetapkan. Dan menafikan
sebagaimana yang dinafikan.

...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang
dikehendaki- Nya. (Surah al-Baqarah, 2: 255)

Memahami at-Tafwidh Dari Kaca Mata Ahlus Sunnah

Kalimah al-Tafwidh dari sudut bahasa membawa pengertian menyerahkan. Ada pun
dari sudut syariat, istilah at-Tafwidh telah mengalami perubahan maksud di antara
generasi salaf dan khalaf. Generasi salaf, iaitu generasi awal umat Islam, memahami
at-Tafwidh sebagai menyerahkan kaifiyat (persoalan bagaimana) sesuatu Sifat yang
dinisbatkan kepada Allah manakala makna Sifat tersebut difahami sekadar apa yang
dimaklumi melalui bahasa arab. Manakala generasi khlaf, iaitu generasi umat Islam
yang terkemudian (yang meninggalkan prinsip salaf), mereka memahaminya sebagai
menyerahkan makna dan kaifiyat sekaligus sesuatu Sifat itu kepada Allah. Iaitu
mereka hanya mengimani lafaz yang didatangkan tanpa mahu menerima makna
(maksud) lafaz yang dibawa.

Pemahaman yang dibina oleh generasi yang terkemudian ini amat jelas bertentangan
dengan prinsip yang dipegang oleh para salaf. Ini adalah kerana jika diserahkan makna
dan kaifiyat Sifat Allah, maka Sifat-sifat tersebut hanya tinggal lafaz sehingga tidak
lagi memiliki sebarang pengertian dan manfaat kepada umat. Dalam erti kata yang
lain, seolah-olah istilah tersebut adalah kosong tanpa apa pun erti dan manfaat. Jika
demikian, apa faedahnya Allah Subhanahu wa Taala menerangkan Sifat-sifat- Mya di
dalam al-Quran dan melalui perkataan Rasul-Nya? Sedangkan Allah berfirman:

(al-Quran ini) adalah sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai
Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka
memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya dan untuk orang-orang yang berakal
sempurna beringat mengambil pelajaran. (Surah Shaad, 38: 29)

Allah juga menjelaskan bahawa dengan nama-nama Allah-lah supaya kita berdoa
meminta kepada-Nya. Ini jelas dapat dilihat dari firman-Nya:

Hanya milik Allah asmaaul husna (nama-nama yang baik), maka bermohonlah kepada-
Nya dengan menyebut asmaaul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang
menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya (Surah al-Araaf, 7:
180)

Sekiranya kita tidak dapat memahami maksud nama-nama dan sifat-sifat Allah
tersebut, bagaimana kita hendak berdoa dengannya?

Sedangkan Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam sendiri berdoa:

Aku memohon kepada-Mu lazatnya melihat kepada Wajah-Mu yang Maha Mulia, dan
kerinduan untuk bertemu dengan-Mu. (Hadis Riwayat Ibnu Abi Ashim dalam as-Sunnah,
1/185. al-Hakim, 1/524, dengan katanya sanadnya sahih, juga disepakati oleh adz-
Dzahabi. Juga turut disahihkan oleh al-Albani, Shahih al-Jami as-Shaghir, 1/279, no.
1310)

Seseorang tidak akan dapat beribadah kepada Allah secara sempurna dan dengan
keyakinan yang benar sebelum mengetahui nama dan sifat Allah. (Ibnu Utsaimin, al-
Qowaidul Mutsla, m/s. 26)

Sebagai contoh, kita boleh berdoa memohon keampunan dengan menggunakan Nama-
Nya yang Maha Pengampun (al-Ghafur), berdoa memohon dikasihani dengan
menggunakan Nama-Nya yang Maha Mengasihani (ar-Rahim), berdoa memohon
perlindungan dengan menggunakan Nama-Nya yang Maha Melindungi (al-Hafidz).
Selain dari itu, kita juga melakukan perbuatan ibadah kerana meyakini maksud di
sebalik Nama-nama-Nya dan setelah mengetahui sifat-sifat- Nya. Ini adalah seperti
kita bertaubat, kerana kita meyakini bahawa Allah adalah Maha Menerima Taubat (at-
Tawwab), maka dengan-Nya kita bertaubat. Begitu juga kita sentiasa berbuat
kebaikan dan takut melakukan keburukan, kerana kita tahu bahawa Allah Maha
mengetahui, Maha melihat, Maha Meneliti.

Menurut Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin rahimahullah:

Tadabbur (memperhatikan ayat-ayat Allah) hanya dapat dilakukan terhadap perkara-


perkara yang dapat difahami sehingga manusia dapat mengambil pelajaran dari apa
yang telah difahaminya. Oleh kerana itu, al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab,
sehingga orang-orang yang faham bahasa arab akan dapat mengetahuinya. Perkara ini
menunjukkan makna-makna yang terdapat dalam al-Quran dapat difahami
(termasuklah ayat-ayat berkenaan sifat-sifat Allah). Jika tidak, sudah tentu tiada
perbezaannya diturunkan dalam bahasa arab atau bahasa lainnya. Demikian pula
penjelasan Nabi terhadap al-Quran meliputi penjelasan lafaz dan maknanya. (Ibnu
Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 105-106)

Beliau menjelaskan lagi:

Secara akal (logik), mustahil Allah menurunkan satu kitab atau Rasulullah
menyampaikan satu perkataan yang ditujukan untuk menjadi petunjuk bagi umat
manusia, lalu tidak menjelaskan permasalahan penting dalam kitab tersebut sehingga
tidak dapat diketahui maknanya ibarat huruf abjad yang tidak dapat difahami sedikit
pun. Perkara ini jelas termasuk perkara yang bertentangan dengan hikmahnya Allah
Taala. Kerana Allah telah berfirman:

Alif Lam Ra. (Inilah) kitab yang ayat-ayatnya disusun dengan rapi serta dijelaskan
secara terperinci, yang diturunkan dari sisi (Allah) yang Maha Bijaksana lagi Maha
Tahu. (Surah Hud, 11: 1)

Semua dalil wahyu dan akal ini menunjukkan bahawa kita boleh berupaya memahami
makna nas-nas sifat allah dan menunjukkan ketidaktahuan kita akan bentuk hakikat
sifat-sifat tersebut.

Berdasarkan keterangan di atas, jelaslah kebatilan mazhab Mufawwidhah yang


memasrahkan (menyerahkan) sepenuhnya kepada Allah pengertian makna nash-nash
sifat dan mengaku-ngaku bahawa pemahaman seperti itu termasuk mazhab salaf.
Padahal Salaf berlepas diri dari pemahaman mazhab seperti itu!!! Ini adalah kerana
makna nash-nash tentang sifat Allah secara mutawatir telah dikemukakan oleh para
ulama Salaf. Pernyataan tersebut terkadang secara mujmal (umum/global) dan
terkadang secara terperinci. Dan mereka memasrahkan kaifiyah (bentuk hakikatnya)
kepada Allah Taala. (Ibnu Utsaimin, al-Qowaidul Mutsla, m/s. 106-107)

Nawawi Subandi,
YM: nawie83@yahoo. com
http://an-nawawi. blogspot. com
http://galeriniaga. blogspot. com

You might also like