You are on page 1of 3

EGENALAN ACARA REJAM LEMBING

Merejam Lembing

Sejarah 

Rejam lembing (javelin) adalah acara olahraga yang tertua dan dipercayai dimainkan sejak zaman
purba lagi. Ketika itu lembing digunakan untuk memburu dan sebagai senjata dalam peperangan. Acara
merejam lembing mula di pertandingkan dalam Sukan Olimpik Moden pada tahun 1912. Sejak itu, acara
merejam lembing merupakan satu acara balingan dalam semua acara sukan dunia. Acara ini juga
dipertandingkan di peringkat negeri, daerah atau sekolah.

Prinsip asas merejam lembing

Merejam lembing berbeza daripada aktiviti membaling yang lain seperti melontar peluru dan melempar
cakera. Ini kerana terdapat perbezaan di antara bentuk alatan yang digunakan dan juga kawasan untuk
bergerak bagi ketiga-tiga acara sukan itu. Dalam acara merejam lembing, pelatih menggunakan aksi
membaling yang lebih kurang sama dengan tindakan membaling sebiji batu atau bola tenis.

Selain itu, pelatih hendaklah mempelajari teknik menggunakan keseluruhan badan mereka untuk
menghasilkan tindakan yang berkesan semasa merejam lembing. Latihan ansur maju hendaklah
dimulakan dengan mengajar para pelatih tentang cara memegang lembing, berlari dengan lembing,
merejam dengan cara berdiri dan seterusnya sehingga mereka dapat berlari sambil merejam lembing.
Butiran seperti pentingnya meleding badan sebelum merejam, langkah larian yang licin, keadaan
tangan yang lurus semasa membawa lembing dan tindakan tumit untuk membantu pergerakan badan
adalah perlu kepada para pelatih.

Keselamatan para pelatih 

Semasa membawa lembing

Mata lembing biarlah menghadap ke bawah


Jangan berlari

Semasa latihan

Pastikan tidak ada orang di kawasan merejam


Perhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan
Para pelatih lain yang masih menunggu giliran mereka mestilah berada di kawasan yang telah
ditetapkan oleh jurulatih
Amalkan dasar semua memungut lembing setelah semua merejam
Susunan dan organisasi kelas hendaklah diatur rapi bagi membolehkan penyertaan setiap pelajar secara
maksimum
BAHAGIAN – BAHAGIAN LEMBING
Lembing biasanya diperbuat daripada besi atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing terdiri
daripada:

Terdapat dua jenis gaya rejaman yang boleh digunakan oleh perejam lembing. Kedua-dua gaya ini
sering digunakan oleh perejam-perejam amatur mahupun professional. Gaya rejaman tersebut ialah

Gaya rejaman dari atas bahu

<!--[if !supportLists]-->

Gaya rejaman dari bawah bahu

Gaya memegang lembing 


Terdapat tiga teknik asas memegang lembing iaitu;

Gaya Amerika

Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.

Gaya Finnish 
Lembing dipegang di antara ibu jari dan jari tengah.

Gaya Pegangan – U

Lembing dipegang di antara jari telunjuk dan jari tengah.

Kawasan rejaman lembing 


Kawasan rejaman hendaklah bebas daripada sebarang gangguan atau halangan serta tidak
membahayakan keselamatan orang ramai. Panjang kawasan larian tidak melebihi 36.5 m dan lebar 4 m,
manakala kawasan rejaman yang dilebarkan pada sudut 29 – 30 darjah mempunyai jarak 8 m dari pusat
lengkungan ke titik sudut. Panjang kawasan ini tidak mempunyai had asalkan bersesuaian dengan taraf
atau prestasi peserta.

Teknik rejaman lembing 


Terdiri daripada empat fasa utama seperti berikut:

Fasa persediaan
Fasa lari landas

Fasa rejaman

Fasa ikut lajak

1. Fasa persediaan

Fasa ini memberi fokus kpada persediaan fizikal seperti teknik memegang dan menentukan kedudukan
lembing serta persediaan mental. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah:

Berdiri dengan keadaan postur badan yang tegak dan seles


Pegang lembing mengikut gaya pegangan yang dipilih dengan kemas dan selesa 
Lembing berada pada aras kepala dalam keadaan bersudut 40 darjah
Bahagian kepala lembing hendaklah menghala ke arah kawasan rejaman
Pandang kearah kawasan rejaman

2. Fasa lari landas

Fasa ini bertujuan untuk mewujudkan kelajuan yang maksimum dan dalam keadaan terkawal. Perkara
yang perlu diberi perhatian ialah:

Mulakan larian sambil memegang lembing pada aras kepala


Tingkatkan kelajuan mewujudkan daya pecut secara terkawal
Langkah terakhir lebih besar daripada langkah – langkah sebelumnya
Tumit kaki hadapan menekan kuat ke tanah semasa memberhentikan larian supaya kuasa larian
dipindahkan ke lembing sebelum memasuki fasa rejaman
3. Fasa rejaman

Fasa rejaman memerlukan pemindahan kuasa kaki ke lembing untuk memberi kelajuan yang maksimum
pada rejaman. Perkara yang perlu diberi perhatian ialah: 
<!--[if !supportLists]-->Dalam keadaan tumit kaki hadapan menekan ke tanah, kilaskan badan ke sisi
Kilaskan badan ke sisi dan belakang dengan menggunakan tangan bebas dan kuasa rotasi pinggang
<!--[if !supportLists]--> Tolak lembing ke belakang dan tarik ke atas dan ke hadapan untuk melancarkan
lembing
<!--[if !supportLists]--> <!--[endif]-->Perlakuan ini memerlukan rotasi di pinggang dan lentikan di
belakang untuk menambahkan kuasa rejaman

You might also like