Laporan Lawatan Penanda Arasan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah

You might also like

You are on page 1of 5

Laporan Lawatan Penanda Arasan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengawas Sekolah Menengah Sains

Tengku Abdullah (SEMESTA) ke Sekolah Menengah Aminuddin Baki,Kuala Lumpur.

Pada tanggal Februari 2010 yang lalu, jentera pentadbiran Sekolah Menengah Sains Tengku
Abdullah (SEMESTA) telah mengikuti satu rombongan penanda arasan ke Sekolah Menengah
Aminuddin Baki (SAB) di Kuala Lumpur. Rombongan tersebut terdiri daripada 30 orang guru-guru
cemerlang SEMESTA, empat orang ahli jawatankuasa tertinggi Lembaga Pengawas SEMESTA yang
diketuai oleh saudara Ahmad bin Adnan, serta tidak ketinggalan barisan pengawas Tingkatan 4 yang
bakal menerajui tampuk pimpinan Lembaga Disiplin Pengawas SEMESTA bagi sesi 2010/2011. Objektif
dominan kedatangan warga SEMESTA ke SAB adalah untuk berkongsi rahsia kejayaan sekolah tersebut
dalam menyandang gelaran Sekolah Berprestasi Tinggi di Malaysia. Perjalanan menuju ke destinasi
memakan masa selama tiga jam lebih.

Setibanya barisan kepimpinan di SAB, kami disambut dengan mesra oleh para pengawas yang
bertugas serta beberapa orang guru SAB. Kemudian, kami bergerak ke bilik mesyuarat SAB yang terletak
di aras kedua blok sekolah tersebut. Majlis dibuka dengan ucapan alu-aluan daripada pengerusi majlis di
atas kedatangan kami ke SAB. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan daripada pengetua SAB,
Puan Hajah Llatifah Binti Mansur. Menurut beliau, SAB merupakan sekolah kluster kumpulan satu yang
turut tercalon sebagai salah sebuah daripada empat sekolah harian biasa yang menerima anugerah
Sekolah Berprestasi Tinggi berdasarkan pencapaian–pencapaain cemerlang yang berjaya diraih oleh
sekolah ini. Antara faktor-faktor yang menyumbang ke arah kejayaan SAB yang Berjaya dicapai pada
tahap ini ialah wujudnya program-program berkualiti yang menjana keterbilangan pelajar, guru, dan
juga sekolah. Contohnya, program ‘homeroom’ yang merupakan program perjumpaan ibu bapa pelajar
SAB. Dalam program ini, dijalankan program ‘brainstorming’ yang mengumpulkan para ibu bapa SAB
bagi mendengar luahan hati dan pendapat mereka. Selain program ‘brainstorming’, terdapat juga
program kem jati diri yang dijalankan pada bulan Mac. Program ini pula menghimpunkan pendapat para
ibu bapa serta para guru SAB.

Dari sudut yang lain, aset utama yang menjadikan SAB kelihatan hebat adalah wujudnya jalinan
hubungan luar dengan sekolah-sekolah serta universiti-universiti dari luar mahupun dalam negara.
Antaranya ialah Sekolah Muhammadiyah, Indonesia. Melalui jalinan inilah, Projek Formula 1 yang baru
bertapak di SAB begitu menyerlah kerana adanya bantuan serta tunjuk ajar secara langsung daripada
para graduan universiti-universiti tempatan mengenai konsep aerodinamik serta apa-apa sahaja yang
berkaitan dengan projek tersebut bagi memastikan peserta SAB yang masuk bertanding mampu
memahami projek tersebut 100 peratus agar sentiasa bersedia pada hari pertandingan. Selain itu,
mereka juga mendapat sponsor daripada pelbagai pihak untuk menjalankan projek tersebut.Dari apa
yang telah dimaklumkan, SEMESTA telah mengemukakan persoalan tentang apakah yang menjadi
amalan terbaik atau ‘best practices’ di SAB yang membolehkan sekolah ini memperoleh kejayaan yang

1
cemerlang pada hari ini. Pertamanya ialah pihak pentadbiran SAB dibantu sepenuhnya oleh komuniti
dari luar mahupun dalam. Selain itu, kecermelangan SAB juga didorong oleh inisiatif pelajar sendiri
untuk berjaya.Sebagai contoh, para pelajar SAB bersedia menjalani tuisyen sendiri di luar sesi
persekolahan.

Seterusnya, keterbilangan SAB juga dibantu sepenuhnya oleh pengurusan bahagian kurikulum
yang komited serta efisien.Menurut guru pengurusan unit kurikulum di sekolah tersebut iaitu Puan Chu,
SAB mengamalkan slogan ‘Kaizen’ yang membawa maksud penambahbaikan secara berterusan.Dasar
kurikulum di SAB ialah dasar kurikulum panitia kemas dan rapi, perkhidmatan berkualiti kepada pelajar,
pengajaran terbaik daripada para guru, penilaian sepanjang tahun serta tidak ketinggalan pemantauan
yang akan sentiasa dijalankan oleh Pengetua dan Guru Penolong Kanan SAB. Dalam memantapkan unit
kurikulum SAB, program ‘Headcount’ telah dijalankan. Program ini dijalankan selepas peperiksaan.Para
pelajar akan dikelaskan mengikut pencapaian mereka dalam peperiksaan dan terdapat aktiviti-aktiviti
yang sesuai bagi membantu para pelajar yang lemah dalam subjek-subjek yang tertentu. Dari sudut
pembelajaran pula, jadual belajar dilaksanakan mengikut minggu iaitu minggu 1, 2, 3 dan 4. Setiap
pembelajaran sesi PNP diperuntukkan selama satu jam. Kemudian, turut diadakan sesi Post Mortem
yang dimulakan dengan mesyuarat bagi menganalisa ranking kedudukan para pelajar. Hal ini dilakukan
bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan para pelajar serta punca kepada kelemahan tersebut. Bagi
mengatasi masalah kelemahan pelajar tersebut, pihak sekolah SAB mengadakan satu program yang
dinamakan Program OBAT. O bermaksud Omit (pelajar di bawah tahap memuaskan), B bermaksud
Belum (pelajar yang lebih baik dari kumpulan O tetapi belum memuaskan), A untuk Asas (pelajar yang
memberi jawapan menepati skema)dan T untuk Tinggi. Program ini menentukan TOV pelajar.

Dari konteks yang sama, program lain yang membantu meningkatkan pencapaian akademik SAB
ialah Program Emas, Perak dan Gangsa. Dalam program ini, pelajar dikelaskan kepada tiga kategori iaitu
E(Emas), P(Perak), da G(Gangsa). Selain itu, terdapat juga program PNA(GILAP PERMATA), Program
PNA(GAPAI A) dan PNE untuk pelajar kategori Emas,E. Program-program tersebut dilaksanakan untuk
meningkatkan persaingan pelajar bagi meningkatkan kedudukan ranking mereka. Bagi merancakkan lagi
persaingan antara pelajar, pihak pengurusan sekolah SAB turut mengadakan Anugerah Pengetua yang
diberikan kepada pelajar berdasarkan keputusan peperiksaan. Anugerah yang berupa sijil ini diberikan
kepada tiga pelajar terbaik bagi setiap tingkatan semasa perhimpunan. Selain Anugerah Pengetua, turut
diadakan Anugerah Kurikulum untuk guru-guru panitia yang dinamakan Anugerah Emas.Sementelahan
itu, turut SAB turut mengadakan Anugerah Tokoh Murid SAB. Anugerah ini diberi kepadai pelajar yang
boleh member teladan kepada pelajar lain kerana keterbilangannya dalam bidang akademik,
kokurikulum dan juga sahsiah. Bagi pelajar yang menerima anugerah ini, ibu bapa pelajar tersebut akan
dianugerahkan dengan Anugerah Tokoh Ibu Bapa dari pihak pentadbiran SAB.

Dari sudut pandangan yang lain pula, Alumni SAB begitu memberi galakan dalam membantu
pihak sekolah mencapai keterbilangan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, pihak Alimni SAB akan

2
memberikan RM 1000 ringgit Malaysia bagi pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam ketiga-tiga
bidang iaitu akademik, sahsiah dan kokurikulum. Bagi bidang kokurikulum pula, pencapaian pelajar
hendaklah pada tahap kebangsaan. Seperti di SEMESTA, Program Mento Menti turut dijalankan di SAB
tetapi melalui konsep yang berbeza. Program ini khas untuk kumpulan Omit dan Gangsa dalam
memupuk interaksi yang berterusan. Seorang guru mempunyai tiga hingga lima orang pelajar di bawah
penyelarasannya. Padanan pelajar dengan guru adalah mengikut matapelajaran yang mereka lemah.
SAB turut mengadakan program Teknik Menjawab Soalan(JUSA) bagi pelajar Penilaian Menengah
Rendah(PMR), pelajar Sijil Penilaian Malaysia(SPM), serta pelajar STPM. Program ini dikendalikan di
bawah pengurusan unit kawalan Disiplin dan Kaunseling. Program-program lain seperti program
bertemu waris dan program aktiviti selepas PMR turut dijalankan. Apa yang menarik, program aktiviti
selepas PMR lebih mengetengahkan aspek kebitaraan SAB iaitu berbahasa Inggeris dan juga Renang.
Selain itu, terdapat juga pberkaitan teknologi seperti roket air serta aktiviti Khidmat Masyarakat yang
membawa pelajar SAB ke rumah orang-orang tua.

Aspek pengurusan seterusnya yang membawa kepada keterbilangan SAB ialah dasar-dasar Hal
Ehwal Pelajar yang diperkenalkan. Dasar-dasar yang diperkenalkan harus dipatuhi oleh seluruh warga
SAB. Di SAB juga telah diperkenalkan dengan Program E-register iaitu suatu pembangunan software
yang membolehkan peratusan kedatangan para pelajar ke sekolah tidak perlu dilakukan oleh guru
sebaliknyan dilakukan oleh software itu sendiri.Para guru SAB hanya perlu memasukkan data yang
diperlukan. Melalui Sistem Merit Dimerit pula, setiap kelas diberikan markah pendahuluan sebanyak 100
markah. Setiap ahli kelas yang bermasalah atau kelas didapati tidak ceria, markah kelas tersebut akan
ditolak dan akhirnya, kedudukan kelas akan ditentukan. Tidak dilupakan, SAB turut memberikan
Anugerah Pekerti Murni, Tokoh Sahsiah Terbilang serta anugerah kepada pelajar yang kedatangannya ke
sekolah adalah 100 peratus. Selain itu, turut dijalankan ialah Program Sifar Ponteng dan kelas yang
didapati sifar ponteng akan diberikan sijil. Seterusnya, Program Asuhan Rohani yang lebih cenderung ke
arah keagamaan dan nilai-nilai murni. Program ini dijalankan pada hari Jumaat, minggu yang pertama
dan mengikut aliran agama pelajar SAB masing-masing.

Menerusi unit kokurikulum SAB pula, pelbagai program yang menarik disajikan kepada para
pelajar dan tidak ketinggalan, pelbagai anugerah ditawarkan untuk menjadi rebutan para pelajar.
Antaranya ialah Anugerah Cemerlang Kokurikulum bagi pelajar yang mempunyai penglibatan dalam
bidang ‘nicharea’ sekolah iaitu Renang dan Berhasa Inggeris hingga ke peringkat zon, negeri, kebangsaan
dan antarabangsa. Namun, salah seorang dari mereka sahaja yang akan dipilih sebagai pelajar yang layak
menerima Anugerah Tokoh Kokurikulum. Sementelahan itu, SAB turut mengadakan Program Kebitaraan
Renang sebagai usaha untuk memastikan semua warga SAB melibatkan diri dalam renang. Disebabkan
renang merupakan ‘nicharea’ SAB, maka Program Memperkasa Renang telah dilancarkan dan Kelab
Renang juga telah ditubuhkan. Kelab berbayar ini menawarkan Pakej A dan Pakej B. Objektif program ini
adalah untuk melahirkan pelapis renang bagi program-program elit. Program lain yang yang berkaitan

3
renang ialah Program Jejak Juara bagi mencari perenang-perenang elit. Terdapat 13 orang pelajar dipilih
untuk melalui empat pertandingan. Selain itu, renang juga sebagai acara sukan tahunan SAB.

Dari apa yang dijelaskan, pasukan unit beruniform serta kelab-kelab persatuan SAB begitu
efisien dan aktif. Buktinya, Program Menderma Darah di sekolah dijalankan serta dijayakan oleh pelajar
daripada Kelab Bulan Sabit Merah sendiri apabila ada majlis-majlis atau program-program yang
melibatkan para ibu bapa pelajar SAB. Sebagai contoh, program Bicara Akademik. Tidak ketinggalan,
Perkhemahan Bersepadu turut diadakan. Setiap kelab, persatuan dan permainan ditawarkan untuk
menghantar wakil seramai dua orang bagi menyertai perkhemahan tersebut. Selain itu, aktiviti menarik
yang lain turut dilaksanakan. Antaranya ialah Malam Unggun Api bagi semua kelab dan unit beruniform
dan juga Pertandingan Kawad Kaki Sekolah yang merupakan acara tahunan sekolah. Pertandingan
Kawad Kaki ini diadakan pada bulan Mac. Berbalik kepada E-register yang merupakan pembangunan
software di SAB, konsep pendaftaran pelajar ke dalam persatuan masing-masing menggunakan sistem
yang sama dan akan ada penyelaras bagi ketiga-tiga persatuan tersebut untuk memasukkan semua data
ke dalam komputer. Bidang Kokurikulum SAB juga mengadakan Pesta Sukan secara karnival, manakala
Sukan Memanah pula begitu menyerlah sehingga mampu menghantar wakil ke peringkat antarabangsa
yang bertempat di Teluk Danga. Selain itu, ada juga pelajar yang terlibat dengan Go-kart dan mendapat
johan dalam sukan tersebut.

Aspek terakhir yang menjana keterbilangan SAB ialah dari segi amalan terbaik di asrama. Pelajar
yang tinggal di asrama datang daripada kumpulan pelajar yang memperoleh keputusan 3A 2B dan ibu
bapa berpendapatan rendah. Kebiasaannya, kumpulan pelajar inilah yang mendapat pencapaian yang
lebih tinggi. Antara amalan terbaik yang dilakukan di asrama ialah, program tuisyen berbayar yang
menawarkan sebahagian daripada bayaran dibayar oleh ibu bapa, manakala selebihnya diuruskan oleh
pihak penaja sekolah. Sementelahan, pihak pengurusan asrama juga mengadakan kelas mengaji Al-
Quran berbayar bagi pelajar Tingkatan 1 dan 2. Malahan, tuisyen-tuisyen bagi subjek kritikal turut
dijalankan. Seperti di SEMESTA, SAB juga mengadakan makan beradab dan gotong-royong asrama pada
hari Ahad, tetapi aktiviti makan beradab di SAB dijalankan sebulan sekali, sementara sebelum aktiviti
gotong-royong dijalankan pada pagi Ahad, aktiviti senamrobik diadakan terlebih dahulu. Tidak
dilupakan, sambutan hari jadi pelajar SAB yang tinggal di asrama juga diadakan iaitu tiga bulan sekali.
Hari Sabtu dan Ahad merupakan waktu lawatan daripada ibu bapa pelajar. Sementara itu, terdapat juga
tiga unit komputer dan perpustakaan berkembar di asrama selain daripada bilik dobi. Sekian sahaja
laporan daripada saya, sekian terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

……………………………………………….
(SITI NABILAH BINTI SUDARMIN) 10 MAC 2010
Timbalan Ketua Pelajar Perempuan,
Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah.

4
5

You might also like