You are on page 1of 20

1.

PENGENALAN

Komputer ialah alat elektronik yang menyimpan maklumat pada cakera atau pita

bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan

(Kamus Dewan Edisi 3). Kepada generasi sekarang, komputer bukan lagi merupakan

suatu barangan mewah kerana penggunaan komputer sudah menjadi satu keperluan.

Komputer digunakan di mana-mana sahaja seperti pejabat, pasar raya, lapangan terbang,

bank, rumah, sekolah dan sebagainya. Manusia semakin bergantung kepada komputer

untuk mempertingkatkan produktiviti dan kecekapan masing-masing. Tanpa komputer

dunia seakan-akan terhenti seketika.

Keterampilan penggunaan komputer yang tinggi boleh menjamin peningkatan

produktiviti yang tinggi membawa maksud kecekapan atau kemampuan menggunakan

peralatan elektronik yang menyeluruh iaitu dari segi teknikal dan membangun serta

menggunakan perisian, pangkalan data, laman web dan lain-lain lagi pada tahap

kemahiran yang tinggi, menjanjikan daya pengeluaran yang memberangsangkan. Kertas

kerja ini akan membincangkan bagaimana keterampilan penggunaan komputer yang

tinggi dalam bidang pendidikan dan beberapa bidang yang terpilih dapat

mempertingkatkan produktiviti atau membawa keberhasilan yang membanggakan.

2. PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Kemahiran menggunakan komputer sudah menjadi suatu tuntutan dalam dunia

pendidikan sekarang. Menurut Zakaria Kasa (2003), penggunaan komputer dalam

pendidikan terbahagi kepada tiga komponen iaitu pengurusan, pengajaran dan

pembelajaran dan penyelidikan. Komponen pengurusan meliputi aplikasi dalam

belanjawan, simpanan rekod, komunikasi dan mengumpul maklumat di sekolah dan di

1
dalam bilik darjah. Komponen pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada

pengajaran berpusatkan guru dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Komponen

penyelidikan pula meliputi aplikasi dalam menganalisis statistik dan pengumpulan

maklumat yang menyumbang kepada pengajaran dan pembelajaran.

(a) Dapatan Kajian Berhubung Penggunaan Komputer Dalam Pendidikan

Terdapat beberapa kajian yang membuktikan bahawa penggunaan komputer

dalam bidang pendidikan mendatangkan kesan yang positif, mempertingkatkan kualiti

dan pencapaian :

Howell (1971) telah berusaha menentukan keberkesanan pengajaran berbantukan

komputer dalam kursus bahasa Perancis di peringkat universiti. Beliau mengharapkan

agar bahan berbantukan komputer dapat memberikan maklumat dan rangsangan

tambahan tentang apa yang telah disampaikan oleh guru di kelas. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa, walaupun terdapat sedikit halangan, sikap pelajar secara umumnya

terhadap bahan berkomputer adalah baik. Ramai pelajar mendapati bahawa bahan

berkomputer telah memberikan manfaat kepada mereka. Ada di kalangan mereka yang

mempunyai sikap positif terhadap bahan berkomputer sanggup mencadangkan kepada

rakan mereka yang lain.

Kajian yang dijalankan oleh Daimond, Theimer dan Charp pada tahun 1971 pula

mendapati cetusan yang serupa dengan kajian Howell. Pelajar yang mempelajari bahasa

Inggeris menggunakan bahan berkomputer telah menunjukkan kesan yang lebih

memberangsangkan berbanding dengan kumpulan yang menggunakan kaedah pengajaran

tradisional. Kumpulan pelajar yang belajar berbantukan komputer telah lebih berjaya

mempertingkatkan pengetahuan mereka dalam bahagian pemahaman dan perbendaharaan

kata.

2
Hess dan Tenezakis (1973) telah membuat perbandingan dengan memberikan

pengajaran berbantukan komputer kepada seramai 189 pelajar di sekolah menengah

rendah dalam pelajaran matematik. Kumpulan yang mengalami pengajaran berbantukan

komputer merasakan bahawa komputer mampu menyampaikan maklumat dengan

berkesan kerana pengajaran berbantukan komputer lebih adil, jelas dan mudah.

Kajian di Kuwait, Al-Hunaiyyan , Hewitt, Jones dan Messer (1997) melaporkan

bahawa staf di Kuwaiti Higher Education telah mula membangunkan perisian

multimedia. Sebanyak 89 peratus daripada staf menegaskan bahawa mereka yakin bahan

berkomputer mampu mempertingkatkan pengetahuan pelajar mereka. Sebanyak 88

peratus daripada pelajar pula bersetuju bahawa bahan berkomputer mampu membantu

dalam proses pembelajaran mereka.

Di Universiti Teknologi Malaysia, Baharuddin Aris (1999) telah berusaha

membangunkan perisian multimedia untuk pelajar yang mengambil jurusan pendidikan.

Pakej CERDIK IT, akronim untuk Computer-based Educational Resource and

Development in Information Technology, dihasilkan dan melalui fasa penilaian formatif

dan sumatif untuk mengkaji keberkesanannya. Dalam penilaian sumatif pakej ini,

terdapat peningkatan dari segi pengetahuan pelajar pendidikan mengenai komputer dan

teknologi maklumat serta aplikasinya dalam pendidikan selepas mereka menggunakan

pakej tersebut. Antara lain, terdapat sikap yang positif terhadap penggunaan pakej

sebagai bahan bantuan pembelajaran kendiri. Data kualitatif yang diperoleh daripada

pelajar juga menunjukkan bahawa kebanyakan daripada mereka merasakan kaedah ini

mudah digunakan, fleksibel, memberangsangkan dan membantu dalam pembelajaran

secara autonomi.

Becker (1991) telah membuat kajian berbentuk tinjauan di 22 buah negara.

Subjek kajian beliau meliputi Pengetua sekolah dan guru-guru yang mempunyai

3
pengetahuan terhadap penggunaan komputer sekolah. Tinjauan ini bertujuan melihat

amalan sekolah dan pentadbir serta guru-guru dalam penggunaan komputer di sekolah.

Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pentadbir sekolah dan guru-guru menyedari

tentang kepentingan penggunaan komputer sebagai alat dalam menjimatkan masa dan

meningkatkan produktiviti.

Kajian oleh Adnan Hussein dan Kamilah Hj. Siarap (2000) tentang “Penggunaan

Teknologi Komunikasi Informasi di Kalangan Ahli Akademik dan Pentadbir Universiti’

mendapati bahawa ahli akademik dan pentadbir universiti mempunyai tahap kemahiran

dan pengalaman yang tinggi dalam penggunaan komputer sama ada dalam urusan

pentadbiran universiti atau pembelajaran dan pemelajaran. Sekiranya diukur dari segi

kekerapan penggunaan dalam seminggu, didapati 80.2% menggunakan komputer setiap

hari.

Rohana Abdul Rahman (1995) telah menjalankan kajian bertajuk “Penggunaan

Komputer Dalam Pengurusan Sekolah’ Beliau telah memilih seramai empat orang

Pengetua dan dua puluh lima orang guru sebagai responden kajian bagi tujuan melihat

keberkesanan penggunaan komputer dalam pengurusan sekolah, masalah penggunaan

komputer dan sikap guru terhadap penggunaan komputer. Dapatan kajian juga

menunjukkan guru merasa wujud kecekapan pengurusan sekolah dengan penggunaan

komputer dari segi penggunaan masa yang terbaik untuk menjalankan tugas. Kajian ini

juga memperlihatkan 86% responden bersetuju bahawa penggunaan komputer dalam

pengurusan sekolah adalah menjimatkan masa.

Daripada dapatan kajian beberapa orang ahli akademik di negara lain dan juga di

negara ini, dapatlah disimpulkan bahawa penggunaan komputer dalam bidang pendidikan

secara berketerampilan dapat memberikan kesan yang positif dan memberangsangkan

4
serta menjamin peningkatan kualiti pencapaian pelajar khususnya, dan bidang pendidikan

amnya.

(b) Penggunaan Komputer Dalam Bidang Pendidikan di Malaysia

Menyedari hakikat bahawa bagi mencapai wawasan negara menjadikan Malaysia

sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau ini, kita harus bersaing di peringkat

global dan bertindak seiring dengan perkembangan era baru teknologi maklumat.

Komitmen kerajaan ke arah era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah

diterjemahkan dengan pembangunan Koridor Raya Multimedia (MSC), kewujudan

Institusi Sistem Mikro Elektronik Malaysia (MIMOS), pembentukan Kementerian

Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Taman Teknologi Malaysia dan penubuhan

Universiti Multimedia.

Pelaksanaan projek sekolah bestari dianggap sebagai pemangkin wawasan negara

kerana matlamat pelaksanaannya adalah selaras dengan agenda pembangunan negara

iaitu untuk menjadikan pendidikan di Malaysia bertaraf dunia. Pelaksanaan sekolah

bestari bermula pada Januari 1999 di mana 90 buah sekolah telah menjadi perintis

kepada projek sekolah bestari dan pada masa yang sama menjadi model kepada sekolah-

sekolah yang lain. Hasrat kerajaan menjelang tahun 2010 menjadikan kesemua 10 000

buah sekolah di negara ini menjadi sekolah bestari secara berperingkat-peringkat.

Fokus utama sekolah bestari ialah terhadap pembelajaran berlandaskan

kemahiran berfikir dan penggunaan komputer dalam pendidikan di sekolah. Sekolah

bestari menggunakan sepenuhnya peluang memperkembangkan ilmu dan budaya

pemikiran dalam pengajaran dan pembelajaran secara cekap dan berkesan melalui

rangkaian dan teknologi multimedia. Pendidikan tradisional selama ini yang berasaskan

kebolehan membaca, menulis dan membaca (3M) adalah merupakan tiang seri

5
pendidikan. Memandangkan besarnya pengaruh teknologi maklumat ke atas manusia di

era maklumat ini, maka wajar pendidikan hari ini dilengkapi dengan satu lagi literasi baru

iaitu literasi teknologi maklumat.

Sekarang ini penggunaan komputer dalam bidang pendidikan merupakan sesuatu

yang tidak dapat dipisahkan lagi sama ada di sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan

pelajaran negeri dan juga Kementerian Pelajaran Malaysia, termasuklah agensi dan

badan-badan lain yang berkaitan dengan pendidikan di negara ini. Keterampilan

penggunaan komputer yang tinggi adalah antara elemen yang menjadi kayu ukur kepada

kualiti perkhidmatan serta kecekapan dan keberkesanan sesebuah institusi pendidikan itu.

Di sekolah, keterampilan guru menggunakan komputer yang diintegrasikan pula

dengan pemilihan bahan multimedia yang baik dapat menjamin keberkesanan pengajaran

dan pembelajaran. Antara kelebihan pengajaran berbantukan komputer dalam pendidikan di

sekolah adalah :

(i) Komunikasi maklumat yang efektif.

Dengan menggunakan multimedia, pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan

dengan berkesan dan menarik. Contohnya penggunaan grafik dapat memenuhi objektif

ini.

(ii) Format interaktif dan merangsang.

Keistimewaan sistem multimedia adalah dapat menerima tindak balas berbentuk

teks atau suara yang dimasukkan melalui mikrofon oleh pelajar. Aplikasi yang dapat

bertindak sebagai sahabat pelajar ini dapat merangsangkan proses pembelajaran bagi

memindahkan pengetahuan yang lebih bermakna.

(iii) Pengekalan informasi yang berkesan.

Penggunaan multimedia yang membekalkan pelbagai jenis maklumat, dalam

pelbagai bentuk, media dan pendekatan dapat membantu dalam pembentukan corak

6
ingatan yang lebih kompleks dan seterusnya memudahkan proses capaian maklumat

dilakukan dengan berkesan dan kekal dalam ingatan.

(iv) Membolehkan pelajar belajar mengikut keperluan sendiri.

Pembelajaran berbantukan komputer membolehkan pelajar mencapai maklumat

mengikut minat, keupayaan dan kehendak hati sendiri. Ini memberi peluang kepada

pelajar untuk belajar mengikut keselesaan masing-masing dan cara yang mereka gemari.

(v) Menggalakkan pembelajaran kendiri

Dengan menggunakan perisian multimedia pendidikan, pembelajaran secara

individu yang peka kepada keperluan pelajar dapat disediakan dengan mudah. Pelajar

merasa seolah-olah sedang berhadapan dengan seorang guru peribadi dalam proses

pembelajaran kendiri. Ini dapat membantu meningkatkan keyakinan diri serta

menghapuskan perasaan malu yang wujud dalam diri pelajar.

(vi) Memenuhi stail pembelajaran pelajar.

Bahan multimedia berupaya menyediakan persekitaran pembelajaran yang

berbentuk pelbagai pancaindera dan sesuai untuk manusia yang mempunyai berbagai-

bagai gaya pembelajaran dan tahap kognitif.

(vii) Meningkatkan minat dan motivasi pelajar.

Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan

semangat atau motivasi untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru. Apabila

minat dan motivasi pelajar dirangsang, proses pembelajaran akan lebih mudah

dilaksanakan.

Sekolah yang cemerlang sering diukur dari segi pencapaian pelajarnya yang

cemerlang. Pelajar akan mendapat kecemerlangan sekiranya guru berketerampilan dalam

mengintegrasikan teknologi komputer dengan mata pelajaran yang disampaikan kerana

kemampuan kaedah ini sudah terbukti ada kelebihan-kelebihannya.

7
Penggunaan komputer dalam aspek pengurusan sekolah juga memainkan peranan

yang sangat penting. Antara contoh aspek-aspek pengurusan pendidikan yang

memerlukan keterampilan penggunaan komputer dan dapat menjamin kualiti pengurusan

serta keberkesanan sekolah adalah seperti berikut :

(i) Pengurusan Sekolah.

Dalam pengurusan sekolah, komputer digunakan untuk mengumpul data,

contohnya Enrolment Management Information System (EMIS) diperkenalkan oleh

kementerian Pelajaran Malaysia memudahkan pengumpulan data guru dilakukan.

Pelbagai maklumat guru dapat dicapai melalui data EMIS untuk pelbagai tujuan sama ada

yang berkaitan dengan perkhidmatan guru atau sebarang perancangan oleh pihak

kementerian dapat dilakukan dengan senang.

Selain itu, penyediaan jadual waktu guru yang biasanya membebankan jika

dilakukan oleh manusia dapat dipermudah dan dipercepatkan dengan bantuan komputer.

Begitu juga penyediaan perancangan takwin, pengagihan tugasan guru serta kerja-kerja

perkeranian seperti menyediakan laporan, data dan perangkaan, penyediaan kertas kerja

surat menyurat dan sebagainya menjadi lebih efisien dengan keterampilan penggunaan

komputer.

(ii) Pengurusan Kewangan

Akauntabiliti dalam pengurusan kewangan adalah berhubung rapat dengan sistem

pengurusan perakauanan yang cekap dan amanah. Penggunaan komputer dalam

pengurusan kewangan dapat membantu meningkatkan kecekapan. Contohnya, bagi

sekolah yang menjadi Pusat Tanggungjawab (PTJ), penggunaan komputer sangat penting

untuk merekod segala perbelanjaan atau urus niaga yang dilakukan. Begitu juga dalam

menyediakan Penyata Akaun Sekolah Akhir Tahun (PASKOM), keterampilan pengguaan

komputer menjadikan kerja lebih efisien dan mengurangkan kesilapan.

8
(iii) Pengurusan Hal Ehwal Murid

Penggunaan komputer dalam mengumpul data pelajar di sekolah dibuat dengan

menggunakan Sistem Maklumat Murid (SMM). Di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,

E-Daftar digunakan sebagai satu sistem pendaftaran pelajar yang dibuat dengan

keterampilan penggunaan komputer. Dengan ini, segala maklumat pelajar dapat dicapai

dengan mudah dan cepat untuk pelbagai tujuan dan perancangan. Dengan keterampilan

penggunaan komputer, pihak sekolah, jabatan atau kementerian boleh membuat

pengesanan salah laku pelajar di sekolah menggunakan Sistem Salah Laku Disiplin

Murid (SSDM). Sebarang tindakan atau perancangan menangani masalah disiplin pelajar

boleh dibuat dengan mudah dan segera.

(iv) Pengurusan Kurikulum

Keterampilan penggunaan komputer diperlukan untuk menyediakan bahan

pengajaran, perancangan program kecemerlangan pelajar, minit mesyuarat dan laporan

panitia, menyediakan rekod akademik pelajar, membuat soalan ujian dan peperiksaan

serta membuat analisis keputusan peperiksaan pelajar dan lain-lain lagi. Penggunaan

komputer di pusat sumber sekolah untuk merekod segala perolehan dan peminjaman

buku dan bahan rujukan dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan pusat sumber

sekolah.

(v) Pengurusan Kokurikulum

Kemahiran komputer juga diperlukan bagi merekod aktiviti dan penglibatan

pelajar dalam pengurusan kokurikulum. Rekod ini boleh dikeluarkan dengan mudah dan

cepat,e terutama bagi tujuan penganugerahan sijil penghargaan kepada pelajar di sekolah

serta mendapatkan data pencapaian pelajar dalam aktiviti kokurikulum untuk pelbagai

tujuan.

9
Di institusi pengajian tinggi (IPT), keterampilan pengunaan komputer adalah

sesuatu yang mesti ada pada setiap orang, tidak kira sama ada pelajar, pensyarah,

pentadbir atau kakitangan lain. Mana-mana pihak yang kurang keterampilan dalam

penggunaan komputer boleh merencatkan kecemerlangan atau produktiviti. Ini kerana

penggunaan komputer di IPT adalah lebih menyeluruh. Bermula dengan permohonan

masuk ke universiti adalah dibuat secara talian terus (online). Pemilihan pelajar yang

layak masuk ke universiti dan ke program-program tertentu telah diproses dengan

keterampilan penggunaan komputer. Keputusan peperiksaan pelajar juga boleh disemak

terus dari mana-mana tempat dengan menggunakan komputer. Pelajar juga boleh

membuat atau mencari bahan rujukan yang diperlukan dengan melayari internet. Sistem

peminjaman buku di perpustakaan telah dikendalikan dengan keterampilan penggunaan

komputer. Dengan keterampilan penggunaan komputer, urusan yang dibuat menjadi lebih

mudah serta dapat menjimatkan masa dan juga kos.

Selain itu, keterampilan penggunaan komputer membantu pelajar dan pensyarah

mengumpul dan memproses data-data statistik untuk kajian dan penyelidikan. Keadaan

ini memudah dan mempercepatkan proses kajian dan penyelidikan dijalankan di samping

kemampuan komputer mendapatkan perangkaan yang lebih tepat. Universiti Multimedia

telah dirancang untuk menjadi pemangkin kepada urusan penyelidikan dan pembangunan

(R&D) aplikasi teknologi maklumat dan multimedia. Universiti ini akan menggunakan

persekitaran Koridor Raya Multimedia (MSC) untuk menguji aplikasi teknologi

maklumat dan multimedia yang baru. Adalah diharapkan, Malaysia menjadi perintis

dalam penyelidikan dan pembangunan teknologi multimedia.

Program Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) adalah satu program yang tidak dapat

dipisahkan dengan penggunaan komputer. Dengan keterampilan penggunaan komputer,

capaian ke seluruh negara dapat direalisasikan. Program pendidikan seumpama ini sesuai

10
untuk mereka yang belajar pada kadar sendiri mengikut kesesuaian masa kerja dan

komitmen pada keluarga masing-masing. Secara tidak langsung program ini membuka

peluang kepada mereka yang menyahut seruan kerajaan ke arah pembelajaran sepanjang

hayat. Pendek kata, dengan keterampilan penggunaan komputer banyak perkara yang

sukar dilakukan suatu ketika dahulu sudah dapat dilakukan pada masa ini.

Di Kementerian Pelajaran Malaysia, keberkesanan dan kecekapan pengurusan

dipertingkatkan melalui perluasan e-pengurusan pada semua peringkat Kementerian

Pelajaran Malaysia. Contohnya, di Lembaga Peperiksaan Malaysia, peranan dan fungsi

yang digariskan dalam Akta Pendidikan `yang melibatkan kerja-kerja penilaian

(evaluation), pemilihan (selection) dan pensijilan (certification) dapat diuruskan dengan

berkesan dan sistematik dengan keterampilan penggunaan komputer yang tinggi.

Penggunaan komputer dalam pengurusan peperiksaan awam amatlah mustahak untuk

mengekalkan taraf, memelihara keutuhan peperiksaan, memberi kebolehpercayaan yang

tinggi dan seterusnya menjamin kelicinan pengurusan supaya keyakinan masyarakat

terhadap peperiksaan sentiasa teguh.

Pada keseluruhannya, kita dapati dalam kebanyakan perkara yang berhubung

dengan pendidikan, penggunaan komputer adalah sangat penting. Oleh itu, pihak

pengurusan pendidikan hendaklah memastikan keterampilan penggunaan komputer di

kalangan kakitangan masing-masing adalah pada tahap kemahiran yang tinggi. Bagi

mencapai wawasan negara menjadikan negara kita sebagai pusat kecemerlangan

pendidikan dan pendidikan yang bertaraf dunia, keterampilan penggunaan komputer pada

tahap yang tinggi adalah salah satu daripada jawapannya.

11
(c) Cabaran Melaksanakan Pendidikan Berbantukan Komputer Di Sekolah

Cabaran yang pertama ialah sikap guru yang kurang yakin dengan

teknologi maklumat dan masih selesa dengan cara pengajaran secara tradisional serta

sering membuat alasan bahawa peralatan komputer tidak mencukupi dan kurang latihan

dalam menyepadukan teknologi maklumat dalam pengajaran. Jika digunakan dalam

pengajaran hanya pada tahap yang rendah sahaja seperti pemprosesan perkataan dan latih

tubi. Teknologi maklumat tidak diintegrasikan sepenuhnya dengan kurikulum yang

diajar.

Cabaran yang kedua ialah ketidakdapatan perisian dan tapak web yang

sesuai dengan kurikulum pendidikan di negara ini. Kekangan masa dan juga kurang

kemahiran merencat kreativiti guru untuk menyediakan bahan multimedia yang boleh

menarik minat pelajar. Sesetengan guru dan juga pelajar menghadapi masalah bahasa

kerana bahan yang terdapat dalam internet dan perisian adalah dalam bahasa Inggeris.

Cabaran yang ketiga ialah peralatan komputer adalah sensitif dan mudah

rosak jika tidak diuruskan dengan baik. Penggunaan secara maksimum segenap peralatan

dan perisian oleh pelajar terutamanya mungkin menyebabkan kerosakan. Kos pembaikan

pula adalah tinggi kerana sekolah tidak dibekalkan dengan juruteknik untuk

menyelenggarakan peralatan ini.Untuk mengelakkan kerosakan, guru-guru mungkin cuba

mngehadkan penggunaan peralatan tersebut kepada pelajar.

(d) Cadangan Meningkatkan Keterampilan Penggunaan Komputer Di Sekolah.

Sungguhpun penggunaan komputer dalam pendidikan di negara ini sudah menjadi

fokus baru yang sering dikaitkan dengan keberkesanan dan kualiti tetapi realitinya di

sesetengah sekolah, penggunaan komputer belum lagi mencapai tahap yang diharapkan

yang boleh menyumbang kepada produktiviti yang tinggi. Antara cadangan yang

12
mungkin boleh dipertimbangkan supaya penggunaan komputer di sekolah dapat memberi

sumbangan yang baik dalam pengurusan pendidikan adalah seperti berikut :

(i) Program peningkatan profesionalisme guru dalam kemahiran komputer perlu

diadakan dari semasa ke semasa. Ini membolehkan guru sama-sama menjadi peneraju

dalam persada pendidikan, sentiasa peka dengan perubahan yang berlaku, khususnya

dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

(ii) Program latihan pendidikan guru hendaklah lebih ditumpukan kepada

penyepaduan teknologi dengan mata pelajaran yang diajar bukannya berfokus kepada

kursus berbentuk kaedah yang banyak menumpu kepada bagaimana mengajar mata

pelajaran tersebut berdasarkan kurikulum yang ditetapkan.

(iii) Kementerian Pelajaran perlu menyediakan peruntukan yang khusus kepada

sekolah untuk pembelian dan penyelenggaraan peralatan komputer. Ini kerana antara

masalah yang sering dihadapi di sekolah selain bilangan komputer yang terhad ialah kos

penyelenggaraan komputer.

Dari perspektif pendidikan, keupayaan teknologi maklumat atau penggunaan

komputer yang cekap dapat mengubah tahap kualiti pengurusan pendidikan yang sedia

ada kepada yang lebih baik. Oleh itu, wajarlah cadangan yang dikemukakan diambil

perhatian dan tindakan oleh pihak yang berkenaan bagi menjamin peningkatan dalam

kualiti pendidikan secara keseluruhannya.

3. PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PELBAGAI BIDANG

Penggunaan komputer hari ini sudah menjadi nadi yang menghidupkan segala

aktiviti dan urusan dalam pelbagai bidang. Dengan bantuan komputer serta keterampilan

penggunaannya dalam pelbagai bidang telah membawa keberhasilan yang tinggi serta

13
meningkatkan produktiviti sektor yang terbabit. Seterusnya kita tinjau penggunaan

komputer dalam pelbagai bidang yang telah membawa hasil yang membanggakan.

(a) PENGGUNAAN KOMPUTER DI RUMAH

Kebanyakan kita semua tahu bahawa komputer sering digunakan di rumah sebagai

sebuah perkakas untuk melayari web, menaip surat, bermain ‘games’ dan mendengar

MP3. Namun tidak dinafikan bahawa ada pengguna yang mempunyai keterampilan

dalam penggunaan komputer menggunakannya untuk membina laman web serta

menggunakan pelbagai perisian.

Namun begitu, daripada garapan kasar kaji selidik yang dilakukan Majalah PC,

ramai pengguna komputer menggunakan komputer mereka untuk tiga perkara iaitu

melayari web di samping chatting dan e-mel. Hanya segelintir sahaja yang mempunyai

keterampilan dalam penggunaan komputer melakukan kerja-kerja berfaedah dengan

komputer di rumah. Dengan adanya komputer, wujud konsep pejabat di rumah yang

membolehkan seseorang bekerja di rumah sama ada menghabiskan kerja pejabat yang

belum siap ataupun memang pejabatnya di rumah. Oleh itu, kos menyewa pejabat dapat

dijimatkan. Walau apapun, kita dapat membuat kesimpulan bahawa penggunaan

komputer di rumah sedikit sebanyak dapat memudahkan urusan harian dan meningkatkan

kualiti hidup serta ke arah pengamalan gaya hidup baru.

(b) PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PERDAGANGAN

Bagi sesetengah negara, sektor perdagangan merupakan kegiatan ekonomi yang

utama. Keterampilan penggunaan komputer sangat penting untuk meningkatkan mutu

dan daya pengeluaran sektor perdagangan sesebuah negara. Terdapat beberapa perkara

dalam perdagangan yang telah dilakukan oleh komputer. Yang semakin banyak dilihat

14
ialah cara barangan dikodkan dengan menggunakan kod palang. Kod palang ini

menyimpan maklumat seperti kod dan nama barang serta harganya.

Di bank, komputer telah banyak digunakan dalam semua aspek perkhidmatan.

Yang paling ketara ialah Automatic Teller Machine (ATM) yang bukan sahaja

menjimatkan masa pelanggan tetapi memudahkan pelanggan membuat urus niaga pada

bila-bila masa. Juga pelanggan yang menyimpan akaun di sesebuah cawangan boleh

menggunakan mesin ATM di mana-mana cawangan lain bank tersebut ataupun bank-bank

yang lain. Penggunaan komputer yang cekap di bank dapat meningkatkan urus niaga dan

mutu perkhidmatan serta menaikkan imej bank tersebut.

Paling menakjubkan ialah penggunaan kad kredit atau kad caj yang digunakan

untuk membeli barang atau membayar perkhidmatan. Seseorang yang berpendapatan

lumayan boleh mendapatkan kad kredit atau kad caj dengan mudah. Dengan kad tersebut,

pelanggan boleh ke mana kedai, hotel, restoran, agensi penerbangan, pam minyak dan

lain-lain syarikat perniagaan yang mempunyai perjanjian dengan pengeluar kad, dan

menggunakan kadnya untuk membayar bil. Pengguna kad akan mendapat bil sebulan

sekali untuk membayar segala perbelanjaan dengan kad. Dengan menggunakan cara ini,

kita tidak perlu lagi membawa wang tunai yang banyak. Keadaan seperti inilah yang

dikatakan bahawa komputer dapat memudahkan urusan dalam kehidupan dan pada masa

yang sama dapat meningkatkan daya pengeluaran sektor perdagangan.

Selain membantu peningkatan hasil, penggunaan komputer dalam perdagangan

juga dapat mengembangkan capaian ke negara lain apabila wujudnya teknologi canggih

seperti internet dan e-dagang. Umumnya anda tentu inginkan pembantu untuk melakukan

tugas-tugas membeli-belah seperti membandingkan produk dan harganya. Tugas

seumpama itu menjadi mudah jika anda membeli di dalam internet. Kebanyakan tapak

web yang menyediakan perkhidmatan ini juga memberikan maklumat tentang produk, tip

15
pengguna, dan maklumat harga. Dengan adanya perkhidmatan sebegini, kita sebagai

pelanggan dapat menjimatkan masa dan tenaga manakala pihak peniaga pula dapat

meluaskan pasaran bagi produk mereka dan seterusnya meraut keuntungan.

Dalam perkembangan yang lain, pengusaha-pengusaha restoran boleh

menggunakan teknologi sistem pesanan ringkas (SMS) untuk memastikan kunjungan

pelanggan yang berterusan. Para pelanggan boleh mendapat maklumat mengenai

sesebuah restoran semudah di hujung jari menerusi telefon bimbit dan bukan lagi pergi

dari sebuah kedai ke kedai yang lain.Ini merupakan salah satu penggunaan teknologi

dalam aspek pemasaran yang diguna pakai kebanyakan restoran di seluruh dunia ketika

ini untuk bersaing dengan yang lain. Banyak lagi cara bagaimana komputer digunakan

dalam dunia perdagangan. Apa yang pasti kehadiran teknologi pengkomputeran

menjadikan bidang perdagangan bukan sahaja menjanjikan peningkatan dalam mutu

perkhidmatan jualan tetapi juga peningkatan dalam penjualan barangan atau produk.

(c) PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PENGELUARAN

Pengeluaran sesuatu produk juga sudah banyak menggunakan keterampilan

penggunaan komputer. Dalam sektor pengeluaran, komputer mungkin digunakan untuk

mereka bentuk sesuatu produk dan robot mungkin digunakan untuk membuat kerja-kerja

yang diprogramkan oleh manusia. Kebiasaannya teknologi robot digunakan jika sesuatu

kerja itu boleh membahayakan kesihatan dan nyawa manusia atau kerja-kerja yang lebih

cepat jika dibuat oleh robot. Kebanyakan kilang pengeluaran kereta, contohnya seperti

Proton menggunakan robot dalam melakukan kerja-kerja pemasangan kereta.

Dalam kilang membuat permainan, robot juga digunakan pada sebahagian kerja

pemasangan. Penggunaan robot dalam sektor pengeluaran selain dapat menjimatkan

tenaga pekerja dan kos operasi dalam jangka panjang juga dapat meningkatkan

16
produktiviti pengeluaran serta memastikan kerja yang siap menampakkan mutu yang

sama.

(d) PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PERHUBUNGAN DAN

TELEKOMUNIKASI

Penggunaan telekomunikasi atau komputer yang dirangkaikan di peringkat antara

bangsa banyak memberi kesan yang positif. Melalui kemudahan telekomunikasi pelbagai

jenis perhubungan dapat dilakukan. Contohnya, komunikasi antara bank, pengeluar kad

kredit, syarikat insurans, syarikat penerbangan, institusi pendidikan dan penyelidikan

dapat dibuat dengan pantas melalui rangkaian komputer antarabangsa seperti internet.

Melalui internet, segala maklumat boleh dihantar dengan cepat melalui e-mel.

Program Skype membolehkan kita berkomunikasi dan menghantar faks pada kos yang

jauh lebih murah berbanding dengan penggunaan telefon. Kita juga boleh mendapat

ramai kenalan dengan berkomunikasi secara chatting yang bukan sahaja menaip pada

papan kekunci tetapi juga boleh mendengar suara, bercakap dan melihat gambar kenalan

pada skrin monitor.

Telesidang membolehkan perhubungan dan perkongsian maklumat dilakukan

secara jarak jauh. Oleh itu, masa dan kos perbelanjaan boleh dijimatkan. Dengan

menggunakan telefon bimbit, kita boleh melayari laman web seperti mana komputer

peribadi melalui aplikasi Wireless Application Protocol (WAP). Ini sangat memudahkan

serta memberi keselesaan kepada pengguna kerana boleh melayari laman web di mana-

mana sahaja.

17
(e) PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG GRAFIK DAN

PERFILEMAN

Kini industri pembikinan filem telah melangkah setapak lagi dengan adanya

bantuan komputer. Keterampilan penggunaan komputer yang tinggi membolehkan

pembikinan filem yang bermutu tinggi telah dihasilkan. Seperti yang kita sering ketahui,

filem-filem daripada Barat terutamanya menggunakan grafik berkomputer untuk

menambah elemen-elemen tertentu dalam filem mereka. Elemen-elemen ini biasanya

adalah elemen yang tidak dapat dilakukan dengan lakonan atau set-set filem yang terlalu

besar untuk dilakukan.

18
Antara filem-filem yang diketahui ramai menggunakan grafik berkomputer ialah

Titanic, Independence Day, Harry Potter and the Sorcerer’s Stone dan Spider Man. Filem

Titanic telah menggunakan grafik berkomputer dalam kebanyakan babaknya. Komputer

juga digunakan dalam filem animasi yang semakin hangat sejak dua tahun kebelakangan

ini. Kejayaan filem seperti animasi seperti Toy Story, A Bug’s Life, Final Fantasy,

Dinosour dan Jimmy Neutron Boy Genius telah membuatkan Anugerah Akademi Filem

mengadakan sebuah kategori untuk filem animasi terbaik.

Walaupun filem animasi kelihatan seperti kartun berteknologi tinggi tetapi

pembikinan filem seperti ini memerlukan ketekunan, perancangan dan kuasa

pengkomputeran yang tinggi untuk merender setiap pergerakan animasi. Malah ada

syarikat filem animasi seperti Pixar Animation dan Dreamworks telah menggunakan

kuasa supercomputer untuk melakukan render dengan lebih cepat.

(f) PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM BIDANG PERUBATAN

Teleperubatan mengubah dimensi baru perubatan moden. Dengan teleperubatan,

pembedahan boleh dilakukan dari jarak jauh. Pakar-pakar perubatan yang berada di

tempat lain boleh memberikan arahan menggunakan teknologi perkomputeran dalam

melakukan pembedahan jarak jauh. Bergerak selangkah lagi kemajuan yang dicapai

dengan keterampilan penggunaan komputer ialah pembedahan dilakukan oleh robot

melalui kawalan jarak jauh.

Di negara kita, Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya adalah hospital tanpa

kertas ( paperless hospital) kerana banyak urusan penyimpanan rekod pesakit dan

rawatan menggunakan kecanggihan komputer. Keterampilan penggunaan komputer

membolehkan penghantaran spesimen pesakit ke bilik-bilik tertentu dilakukan oleh alat

19
yang dikawal oleh komputer. Dengan keterampilan penggunaan komputer pelbagai

penyakit dapat dikesan dengan mudah dan cepat seperti menggunakan peralatan

Magnetic Resonance Imaging (MRI), CT Scan, ultra sound dan lain-lain lagi. Oleh itu,

dengan keterampilan penggunaan komputer, jangka hidup manusia menjadi lebih

panjang dan kualiti hidup kita secara keseluruhannya semakin meningkat.

4. KESIMPULAN

Daripada tinjauan yang telah dibuat, sangat jelas kepada kita bahawa penggunaan

komputer tidak dapat dipisahkan daripada kehidupan manusia pada hari ini. Walaupun

kos yang dikeluarkan untuk mengadakan peralatan komputer, latihan penggunaan serta

penyelenggaraannya tinggi tetapi ternyata pelaburan ini adalah menguntungkan.

Kejayaan sesuatu bidang meningkatkan kualiti pengurusan, keberhasilan bidang-bidang

tertentu mengaut keuntungan atau meningkatkan produktiviti masing-masing banyak

bergantung kepada keterampilan penggunaan komputer di kalangan penggunanya.

Pendek kata, komputer mampu melakukan segalanya untuk manusia. Namun begitu, kita

hendaklah sedar bahawa dengan keterampilan penggunaan komputer juga manusia boleh

menghancurkan dunia.

20

You might also like