You are on page 1of 3

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENGAWASAN KESELAMATAN YANG PERLU DILAKUKAN

TERHADAP ANAK-ANAK ?

Serentak dengan perkembangan dunia yang semakin rumit dan banddaraya-bandaraya bertambah
sesak, peranan yang biasa dimainkan oleh si ibu juga turut berubah. Memandangkan semakin ramai
kaum ibu bekerja di luar dan dengan kedudukan keluarga moden yang bukan lagi merupakan unit-unit
yang besar, kanak-kanak kadangkalanya diabaikan.

Menyemai sifat atau fikiran bebas di kalangan kanak-kanak adalah satu perkara baik. Tetapi tidak kurang
pentingnya juga, ialah mengajar mereka cara melindungi diri mereka jika anda tidak ada di samping
mereka.

Peraturan-peraturan utama ke arah menjamin keselamatan anak-anak di rumah, di jalan raya dan di
sekolah.

1. Galakan anak anda berbincang dengan anda.

Galakkan perhubungan secara bebas antara anda dan anak anda, kerana ini bermakna anda
berkemungkinan menceritakan kepada anda sebarang pengalaman yang menakutkan di sekolah
atau diluar pengetahuan anda.

2. Latih anak anda untuk berkata Tidak Boleh

Beritahu anak anda bahawa menyebut Tidak Boleh terhadap orang yang lebih tua daripada
mereka dan juga kepada orang yang tidak dikenali adalah dibenarkan dalam keadaan kanak-
kanak itu yakin dia diminta melakukan sesuatu yang " buruk". Antara contoh buruk ialah apabila
seorang dewasa mahu membawa kanak-kanak itu ke suatu tempat tanpa kebenaran Emak atau
Ayah, atau melakukan sesuatu dan meminta kanak-kanak supaya jangan memberitahu perkara
itu kepada Emak atau Ayah.

3. Nasihatkan anak anda supaya tidak bercakap-cakap dengan orang yang tidak dikenali.

Beritahu anak anda orang yang tidak dikenali yang menawarkan gula-gula, sedia membawanya
pulang atau bertanyakan tentang Emak atau Ayah mereka, kadangkalanya merupakan orang
"tidak baik" yang mahu mencederakan kanak-kanak atau sesiapa saja yang mereka sayangi.
Beritahu kanak-kanak supaya menyebut "Tidak Boleh", terima kasih sja" dan jika orang dewasa
itu menambahkan kata "saya akan beritahu Emak saya" atau " Saya perlu meminta izin Emak
saya dahulu".

4. Latih anak dan cara menggunakan telefon.

Anak anda harus diajar cara dan bila telefon hendak digunakan, jika berlaku kecemasan.
Tinggalkan nombor telefon pejabat, nombor telefon jiran dan nombor-nombor lain yang difikirkan
perlu agar dapat menghubungi anda jika anda tidak ada di rumah. Anak anda perlu juga diajar
bagaimana melayani panggilan telefon daripada orang yang tidak dikenali sekiranya anda tidak
ada di rumah. Beritahu anak anda supaya jangan memberi sebarang maklumat tentang
pergerakan-pergerakan anggota-anggota keluarga. Tuliskan pesanan dan nombor telefon bagi
membolehkan anda menjawab panggilan itu.

5. Beritahu anak anda supaya jangan membuka pintu kepada orang yang tidak dikenali
Apabila seseorang yang tidak dikenali datang ke pintu pagar atau pintu rumah, beritahu anak
anda tentang bahayanya untuk terus membuka pintu. Beritahu anak anda supaya jangan sekali-
kali membuka kunci pintu biar apapun alasannya jika anda tidak ada di rumah, dan jika anda ada,
kanak-kanak itu perlu memberitahu anda sebelum membuka pintu.

6. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat semasa di luar.

Dia harus diberitahu tentang bahaya yang sentiasa wujud di jalanraya, di padang permainan dan
perkarangan sekolah. Tunjukkan kepada anak cara yang selamat menyeberang jalan, tempat
yang selamat untuk berbasikal, bagaimana untuk menghadapi mereka yang gemar menakut-
menakutkan orang lain, bagaimana mereka harus berhati-hati di luar rumah.

7. Tunjukkan kepada anak anda cara-cara yang selamat di rumah.

Apabila anak anada ditinggalkan berseorangan bersama penjaganya, ajarkan anak anda melindungi
dirinya daripada perlakuan yang salah atau kasar. Perhatikan sebarang perubahan pada tingkah-laku
anda. Ia mungkin meunjukkan sesuatu yang tidak kena di rumah anda.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENGELAK


DARIPADA ANAK-ANAK ANDA LARI DARI RUMAH ?

1. Ibubapa/ penjaga perlu mengambil tahu pergerakan anak-anak dan memahami tentang masalah
serta kesulitan yang mereka hadapi dan berusaha secara serius dengan kasih sayang dan
kemesraan bagi meringankan atau mengatasi masalah mereka.
2. Ibubapa/penjaga bertanggungjawab memastikan rumah tangga mereka sentriasa harmoni dan
aman damai serta mengelakkan pergaduhan dan pertengkaran di hadapan anak-anak.
3. Aanak-anak perlu diberikan pendidikan yang seimbang dan digalakkan menyertai aktiviti-aktiviti
yang memberi manafaat dari segi rohani dan jasmani.
4. Perlu mewujudkan kasih-sayang dan hormat-menghormati dii antara ibubapa dengan anak-anak
dan suami dengan isteri.
5. Ketegasan dalam memberi tunjuk-ajar hendaklah kena pada tempatnya dan elakkan sifat
membahagi-bahagikan kasih-sayang antara anak-anak.
6. Seboleh-bolehnya luangkan masa bersama-sama anak-anak di rumah atau di tempat yang
difikirkan tenang bagi membolehkan menyelami isi hati anak-anak.
7. Tunjukan sikap/contoh teladan yang baik boleh dicontohi oleh anak-anak.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL OLEH IBUBAPA

1. Mencarinya di rumah saudara mara yang selalu dilawati atau bertanya dengan teman-teman
yang rapat dengannya.
2. Membuat laporan segera ke Balai Polis yang berhampiran dengan membawa dokumen-dokumen
pengenalan diri atau gambar orang-orang hilang, butir-butir/alamat kenalan rapat atau saudara
maranya, untuk membantu penyiasatan Polis mencari dan mengesan secepat mungkin samada
kehilangan ini ada kaitan dengan jenayah atau sebaliknya.
3. Perkara ini akan memudahkan Polis menghubungi media massa dan menghubung
kontinjen/daerah yang lain untuk mengesan kehilangannya. Pengadu juga perlu menghubungi
Polis dari masa ke semasa selepas laporan dibuat.
4. Sekirannya orang yang dilaporkan hilang itu, dijumpai semula, pihak Polis hendaklah
dimaklumkan supaya siasatan Polis dan rekod dikemaskinikan.

APAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN PELAJAR-PELAJAR TERJERUMUS DALAM


GANGSTERISM.

1. Pengaruh kawan atau rakan sebaya yang telah terlibat dalam kumpulan jahat di sekolah atau di
luar sekolah.
2. Remaja atau pelajar yang kurang keyakinan pada diri sendiri (low self-esteem).
3. Direkrut secara paksaan oleh ahli-ahli kongsi gelap.
4. Mereka yang kurang mendapat perhatian dan kawalan ahli-ahli keluarga.

APAKAH LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN YANG PERLU DILAKUKAN.

1. semua pihak memainkan peranan penting untuk membasmi kegiatan "gangsterism" di sekolah-
sekolah – pelajar, ibubapa, penjaga, pihak sekolah, polis dan semua ahli masyarakat.
2. Orangramai perlu bekerjasama dengan memberi maklumat tentang penglinbatan pelajar dalam
kegiatan yang tidak sihat.
3. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberitahu pihak sekolah atau polis sekiranya mengesyaki
ahli keluarganya terlibat dalam "gangsterism" di sekolah.
4. Mengalakkan mangsa-mangsa tampil ke hadapan membuat pengaduan kepada pihak sekolah
seterusnya kepada Polis.
5. Ibubapa atau penjaga hendaklah memberi sokongan ke atas setiap tindakan pihak sekolah atau
Polis daslam menanagani kgaiatan "gangsterism" yang melibatkan ahli keluarga mereka.
6. Pelajar jangan bergaul dengan bukan pelajar yang tingkah-lakunya diketahui bersifat penjenayah
atau mencurigakan.
7. Pelajar hendaklah mengisi masa lapang dengan aktiviti yang bermanafaat seperti bersukan,
sktiviti kemasyarakatan dan lain-lain.

Ke Muka Depan

You might also like