You are on page 1of 4

Latihan Kemahiran 7.

2 ( Pengiraan Dividen )

1. Kirakan dividen yang akan dibayar ke atas kelas-kelas syer berikut:


a) 250 000 7% syer keutamaan yang berharga RM1 setiap satu.
b) 600 000 6% syer keutamaan yang berharga RM0.50 setiap satu.
c) 15% ke atas 300 000 syer biasa yang berharga RM1 setiap satu.
d) 25% ke atas 600 000 syer biasa yang berharga 50 sen setiap satu.
e) 20 sen per syer ke atas 100 000 syer biasa yang berharga Rm2 setiap satu

2. Anda memiliki 10 000 RM2 syer biasa dan 2000 RM5 8% Syer keutamaan. Jika
lembagapengarah syarikat memutuskan untuk membayar dividen syer
keutamaan dan membayar 12% ke atas syer biasa, berapakah dividen yang akan
anda terima?

3. Rujuk soalan (2) di atas.


Jika dividen bagi syer biasa ialah 12 sen per syer, berapakah jumlah dividen
yang akan anda terima?

4. Dividen 5000 RM0.50 syer biasa adalah RM500, berapakah kadar dividen dan
berapakah dividen per syer?

5. Anda memiliki 5000 syer biasa, nilai taranya ialah RM1 per syer. Kini harga
pasaran per syer adalah RM5. Jika syarikat mengisytiharkan untuk membayar
dividen 5%, berapakah dividen yang akan anda terima?

6. Modal berdaftar Syarikat B.P. ialah Rm10 000 000 terdiri daripada 10 000 000
syer biasa yang berharga RM1 setiap satu. 6 000 000 syer telah diterbitkan.
Pada 31 Mac 20X3, pengarah-pengarah membuat keputusan untuk membayar
dividen interim 5%. Bagi tahun berakhir 31 Disember 20X3, pengarah-pengarah
mengisytiharkan dividen akhir 155. Berapakah jumlah dividen yang syarikat
perlu bayar kepada pemegang-pemegang syernya?

Latihan Kemahiran 7.3 ( Kunci kira-kira )

1. Syarikat Tanah merah Bhd. Mempunyai modal bedaftar 2 000 000 8%. Syer
Keutamaan berharga RM1 setiap satu dan 5 000 000 Syer Biasa berharga RM1
setiap satu. Modal terbitan terdiri daripada 1 000 000 8% Syer Keutamaan dan
3000 000 Syer Biasa dibayar penuh. Kamu dikehendaki menunjukkan maklumat
di atas dalam kunci kira kira pada 31 Disember 20X2.
2. Syarikat Air Hitam Bhd. Mempunyai modal bedaftar RM5 000 000 terdiri
daripada 10 000 000 Ster Biasa berharga RM0.50 setiap satu. 2 000 000 Syer
Biasa telah diterbitkan dan dibayar penuh. Untung Nersih bagi tahun berakhir
31 Ogos 20X3 adalah RM200 000. Pada bulan Mac, satu dividen interim 5% telah
dibayar. Pada akhir tahun kewangan, Lembaga Pengarah mencadangkan dividen
akhir 15% dibayar.
a) Kirakan dividen yang dibayar oleh Syarikat air Hitam Bhd.
b) Sediakan kunci kira-kira pada 31 Ogos 20X3, tunjukkan bahagian ekuiti
pemilik sahaja.

3. Syarikat Pasir Putih Berhad mempunyai modal bedaftar sebanyak 1 000 000 8%
syer keutamaan yang berharga RM1 tiap-tiap satu dan 2 000 000 syer biasa RM2
tiap-tiap satu. Modal diterbitkan dan terjelas terdiri daripada 300 000 8% syer
keutamaan, RM1 tiap-tiap satu dan 1 000 000 syer biasa yang berharga RM2
tiap-tiap satu.
Syarikat itu memperoleh untung bersih sebanyak RM 500 000 bagi tahun
berakhir 31 Disember 20X4. Pada 1 Ogos 20X4, satu dividen interim 5% telah
dibayar ke atas syer biasa. Cadangan-cadanga pengarah yang telah diterima
oleh pemegang-pemegang syer adalah seperti berikut:
(a) Pembayaran dividen bagi syer keutamaan.
(b) Pembayaran dividen akhir bagi syer sebanyak 10%
(i) jika anda memegang 2000 syer keutamaan dan 5000 syer biasa,
berapakah jumlah dividen yang anda terima bagi tahun berakhir 31
Disember 20X4.
(ii)Tunjukkan modal bedaftar dan modal diterbitkan dalam kuni kira-kira
pada 31 Disember 20X4.

4. Maklumat-maklumat yang berikut diambil daripada Syarikat Gunong Rapat Bhd.


Pada Januari 20X5.
(i) Modal berdaftar terdiri daripada 1 000 000 syer biasa yang berharga RM1
Setiap satu dan 200 000 8% syer keutamaan yang berharga RM1 setiap satu.
(ii) Modal diterbitkan terdiri daripada 500 000 syer biasadan 100 000 syer
Keutamaan dibayar penuh.
(iii) Pada 31 Disember 20X5, syarikat memperoleh keuntungan sebanyak
RM100 000 dan Lembaga pengarah memutuskan memperasingkan RM83 000
sebagai dividen kepada pemegang kedua-dua jenis syer.
Anda dikehendaki:
(a) Mengira dividen untuk pemegang syerkeutamaan dan syer biasa.
(b) kadar dividen syer biasa
(c) Tunjukkan modal dibenarkan dan modal terbitan dalam kunci kira-kira
syarikat pada 31 Disember 20X3.
5. Modal dibenarkan bagi syarikat Woodland Bhd. Terdiri daripada 500 000 syer
biasa RM1 setiap satu dan 300 000 8% syer keutamaan RM1 setiap satu. Semua
syer biasa diterbitkan dan dibayar penuh hanya 100 000 8% syer keutamaan
diterbitkan dan dibayar penuh. Syarikat mengisytiharkan dividen syer
keutamaan dan juga dividen akhir 15% kepada pemegang syer keutamaan dan
sye biasa.
(i) mengirakan dividen untuk pemegang syer keutamaan dan syer biasa.
(ii) menunjukkan bahagian ekuiti pemilik sahaja dalam Kunci Kira-kira.

Latihan Pengukuhan dan pengayaan Bab 7

1. Syarikat Sinar Bhd. mempunyai modal diterbitkan yang terdiri daripada syer-
syer-syer yang berikut:
100 000 8% syer keutamaan RM1 tiap satu RM 100 000
150 000 syer biasa RM2 tiap satu 300 000
Syarikat itu tidak memperolehi untung bagi tahun kewangan berakhir30 Jun 20X8.
(a) Berapakah jumlah untung minimum ( tidak termasuk cukai ) yang perlu
diperoleh oleh syarikat itu dalam tahun kewangan berakhir 30 20X9 supaya
dapat memenuhi semua tanggungjawabnya kepada kelas-kelas modal yang
mempunyai keutamaan terhadap pembayaran? Tunjukkan bagaimana anda
memperoleh jumlah untung yang dinyatakan itu.
(b) Jika pengarah membuat keputusan untuk membayar dividen ke atas syer-syer
keutamaan untuk tahun itu dan, mengesyorkan dividen 12% ke atas syer-syer
biasa, berapakah untung minuman yang harus diperoleh untuk melaksanakan
cadangan-cadangan di atas?

2. Lam Soon Bhd. mempunyai modal dibenarkan sebanyak 20 000 8% syer


keutamaan RM1 setiap satu dan 80 000 syer biasa RM1 setiap satu. Syarikat itu
menerbitkan semua syer keutamaan (dibayar penuh). 50 000 syer biasa dibayar
penuh.
Lembaga pengarah menjangkakan yang berikut:
(a) dividen satu tahun dibayar kepada para pemegang syer keutamaan;
(b) dividen 12% bagi syer biasa yang diterbitkan.
Berapakah untung minimum yang Lam Soon Bhd. memperoleh untuk memenuhi
cadangan-cadangan di atas?
3. Pada 1 April 20X3, Syarikat Sukajaya Berhad telah memulakan perniagaan
dengan modal berdaftar sebanyak 1,000 000 syer biasa RM2 setiap satu. Pada
tarikh yang sama, syarikat telah menerbitkan 800 000 syer biasa pada nilai tara
kepada orang ramai. Semua syer yang diterbitkan telah dipohon beli dan
dibayar semasa permohonan.
Lembaga pengarah syarikat telah memutuslan perkara berikut:
(i) Membayar dividen interim 5% pada 1 Oktober 20X3.
(ii) Mengisytiharkan dividen akhir 10% 31 Mac 20X4
Anda dikehendaki:
(a) Menghitung
(i) Modal dibenarkan
(ii) Modal diterbitkan
(iii) Modal belum diterbitkan
(iv) Dividen interim
(v) Dividen akhir
(b) Menyediakan Akaun Permohonan, Akaun Modal Syer Biasa dan Akaun Bank.
(c) Menerangkan secara ringkas dua perbezaan antara syer biasa dengan syer
keutamaan.

You might also like