You are on page 1of 13

Hasil Kajian

1.Perayaan Tradisi
1.1 Nama perayaan/Nama lain

Hari Raya Aidilfitri merupakan salah satu perayaan tradisi orang Islam bagi

masyarakat Melayu yang terdapat di Malaysia ini.Nama rasmi Hari Raya Aidilfitri ialah

Hari Raya Puasa,Hari Raya Fitrah,Hari Raya Lebaran dan di dalam bahasa Arab lebih

dikenali sebagai `Ayd al-Fitr’ (Perayaan fitah.Manakala Hari Raya Aidilfitri juga

dinamakan Feast of the Breaking of the Fast,Eid,Idul Fitri,Lebaran bagi negara

Indonesia,Shemai Eid bagi negara Bangladesh dan Ramazan Bayrami bagi negara Turki.

1.2 Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat

Antara pihak yang terlibat dalam menyambut Perayaan ini ialah umat Islam

seluruh dunia dan juga bukan muslim di negara muslim.Hari Raya Aidilfitri merupakan

perayaan jenis perayaan agama.Jika di negara kita,Malaysia,rata-rata menunjukkan

bahawa kebanyakkannya kaum Melayu yang beragama Islam yang meraikan Hari Raya
Aidilfitri.

1.3 Tarikh/Tempoh perayaan ini disambut

Tarikh perayaan ialah pada 1 Syawal,manakala sambutan pada setiap tahun

pada tahun 2009 ialah 21 September dan pada tahun ini iaitu tahun 2010 ialah 10

September.Tempoh perayaan selalunya 1 dan 2 minggu untuk pelajar sekolah.Hari Raya

Aidilfitri juga merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi

menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat

puasa dengan tekun.Tempoh Hari Raya Aidilfitri ini ditentukan melalui dua cara iaitu

rukyah(melihat anak bulan)ataupun secara hisab(kiraan).Orang yang menentukan bilakah

tarikh perayaan ini perlu disambut ialah ahli falak.Setelah tarikh tersebut diketahui,ia

akan diberitahu kepada masyarakat melalui media massa seperti televisyen dan radio.

1.4 Tujuan perayaan

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang

diraikan itu adalah satu ibadat.Tujuan Hari Raya Aidilfitri disambut ialah untuk

meraikan kemenangan umat Islam dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.

Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya mengawal nafsu makan dan minum

selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah kejayaan menghalang diri

daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan terbatal puasanya.

Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan

daripada kemenangan itu.

Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah

yang asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang
sememangnya bersih daripada dosa dan noda.

Antara sampul duit raya yang sering kali digunakan : 2.Latar Belakang
2.1 Sejarah/Asal usul

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke

Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada

masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka

segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang

diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.

Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan

dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari

Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan

keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang

diraikan itu adalah satu ibadat.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat

mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

2.2 Upacara khusus dalam perayaan

Amalan lazim yang dilakukan oleh kaum muslimin ketika menyambut perayaan ini

ialah membayar zakat fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup

sehingga masa itu.Zakat fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal

dunia.Kebiasaannya orang Islam akan mula membayar zakat semenjak bulan puasa bermula
dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip apabila solat sunat Aidilfitri dimulakan.Selain itu,

mereka juga akan bertakbir dan bertahmid bagi memuji kebesaran Ilahi.

Tempoh bertakbir bagi Hari Raya Aidilfitri ialah antara terbenamnya matahari (hari

terakhir bulan Ramadhan) sehingga solat sunat Hari Raya Aidilfitri bermula pada pagi 1

Syawal tahun hijrah.Hari raya ini disambut pada pagi hingga malam.Amalan lain yang

dilakukan semasa meraikan Hari Raya Aidilfitri ini ialah amalan ziarah-menziarahi.Amalan

ini bertepatan dengan tuntutan agama Islam itu sendiri.Pada pagi Hari Raya Aidilfitri

(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri),

umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara mereka dan

menghadiahkan bacaan surah Al-Fatihah atau bacaan Yaasin.Kemudian mereka akan

berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan dengan tujuan bermaaf-maafan dan

melupakan kesilapan yang lampau.Pada asasnya, Hari Raya adalah untuk bergembira,

bermaaf-maafan dan hari untuk mengeratkan hubungan tali persaudaraan di kalangan umat

Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.Tambahan pula,orang

Islam disunatkan untuk mandi sunat Hari Raya sebelum ke surau atau pun masjid.

Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada hari raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul duit raya

yang selalunya berwarna hijau dan kuning.Sampul duit raya diaptasi daripada amalan orang

Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun `Ang Pau’.Selain itu, rumah tebuka

akan diadakan pada hari raya tesebut ataupun sepanjang bulan Syawal.Kemeriahan Hari Raya

Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga sebulan,dan kemeriahan itu akan hilang

dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke bandar setelah cuti tamat.
2.3 Individu yang mengetahui upacara khusus

Ketika umat Islam berada di dalam masjid atau surau, mereka akan mendengar

khutbah selepas saja selesai mendirikan solat sunat hari raya.Khutbah ini biasanya akan

diketuai (disampaikan) oleh imam masjid atau surau tersebut.

2.4 Tempat khusus sambutan dijalankan

Sambutan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan disambut dengan meriah apabila kaum

muslimin berkumpul beramai-ramai di masjid atau surau kerana di sinilah mereka akan

bertakbir dan menunaikan solat sunat hari raya.Di samping itu, mereka juga dapat berjumpa

dengan sahabat handai yang telah sekian lama tidak bertemu.


3. Persiapan Sambutan Perayaan

3.1 Sebelum

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah.Berminggu-minggu

sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah

dirasai.Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan

perhiasan secara besar-besaran.

Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen.Rancangan-

rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan seperti cerita I Know What You Did

Last Raya dan banyak lagi.Bank, sekolah dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama

beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.

Dijalan raya utama dan lebuh raya di seluruh negara akan mengalami

kesesakan lalu lintas akibat kebanjiran warga Bandar yang pulang ke kampung halaman

untuk menyambut Aidilfitri bersama-sama sanak saudara dan kaum keluarga.Fenomena

ini juga dikenali sebagai Balik Kampung. Foto di bawah menunjukkan keadaan jalan

raya yang penuh dengan kenderaan orang Bandar yang ingin pulang ke kampung.
Selain itu, orang Islam di negara kita, yang majoritinya dianuti oleh kaum

Melayu, akan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.Meraka juga akan

menyiapkan pakaian yang baharu untuk dipakaikan pada hari raya tersebut.Di samping

itu, mereka akan membuat ketupat,dodol dan pelbagai jenis kuih raya untuk dijual dan

diberi makan kepada tetamu yang hadir ke rumah mereka pada hari raya itu nanti.Antara

kuih raya yang selalu dibuat ialah seperti kuih siput,kuih tar nanas, kuih kacang, kuih

Almond London dan banyak lagi.Mereka disunatkan untuk mendirikan solat terawih

sepanjang bulan Ramadhan.Allah menawarkan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda

kepada sesiapa yang melakukan ibadat ke atas-Nya pada bulan ini.Oleh itu,orang Islam

akan sibuk dalam melaksanakan ibadat kepada Allah.


3.2 Semasa

Pada awal pagi, semua umat Islam akan mandi sunat hari raya untuk membersihkan

diri dan memakai pakaian yang baru untuk ke surau atau masjid bagi menunaikan solat Hari

Raya Aidilfitri.Sebelum ke masjid atau surau, selaulunya mereka akan memakai wangi-

wangian kerana ia merupakan sunnah Nabi Muhammad S.A.W.

Selain itu, umat Islam juga akan bertakbir dan bertahmid kepada Allah.Mereka akan

memohon maaf kepada kedua ibu bapa mereka dan seluruh kaum Muslimin di atas kesilapan

yang dilakukan dahulu.Mereka juga dituntut untuk sentiasa berada dalam kegembiraan

sepanjang hari raya ini disambut.Islam menganjurkan umatnya untuk ziarah-menziarahi

diantara satu sama lain apabila meraikan Hari Raya Aidilfitri tersebut.

Ibu-ibu di rumah sentiasa menyediakan wang untuk kanak-kanak yang datang ke

rumah mereka.Jikalau tiada sampul duit raya, mereka akan menyediakan hadiah-hadiah

sebagai gantian duit raya.


3.3 Selepas

Bagi kaum yang menetap di Bandar, mereka akan pulang untuk bekerja seperti

biasa.Di kampung, mereka akan mengemas dan menyimpan barang-barang yang jarang

digunakan.Bagi yang mampu untuk berpuasa sunat di bulan Syawal, mereka(umat Islam)

akan berpuasa enam,iaitu berpuasa selama enam hari.

Terdapat juga orang perempuan muslim yang akan berpuasa ganti akibat

daripada tidak boleh berpuasa pada bulan Ramadhan kerana uzur.Islam bukan agama

yang hanya berkaitan dengan perkara akhirat dan ibadat sahaja, tetapi juga meliputi

kesemua aspek kehidupan termasuk ekonomi, kekeluargaan, politik, pemerintahan dan

sebagainya.Ada juga yang menziarahi sanak saudara mereka selepas hari raya.Hal ini

adalah untuk mengelakkan daripada berlakunya kesesakkan lalu lintas.Selepas itu,

mereka akan melakukan aktiviti rutin harian mereka seperti biasa.


3.4 Amalan Sampingan

Amalan sampingan yang dilakukan oleh orang Islam pada Hari Raya Aidilfitri ialah

membesarkan syiar-syiar Allah dengan bertakbir dan bertahmid secara beramai-ramai atau

individu, bermula ketika menjelang malam raya sehingga menjelang solat sunat Hari Raya

Aidilfitri.Selain itu, mereka perlu membayar zakat fitrah, menghulurkan sedekah kepada

golongan yang memerlukan, mandi sunat hari raya dan mendengar khutbah.Mereka juga

dianjurkan untuk mengadakan majlis perjumpaan hari raya seperti rumah terbuka.

Sudut agama pula, malam tujuh likur sering dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik

keemasan untuk individu Muslim merebut Syurga apabila Malaikat dan Jibril akan turun ke

bumi untuk mengaminkan doa orang yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir

kepada Allah.

Dengan itu, timbullah tradisi memasang pelita sebagai simbol meraikan bulan mulia dan

mudah untuk mereka yang berjalan kaki ke surau atau masjid bagi menunaikan solat terawih

kerana merebutkan Lailatulqadar,kerana suasana malam yang terlalu gelap dan mungkin

membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana masa dahulu, tiada kemudahan elektrik seperti

hari ini.
4. Kesan Perayaan
4.1 Kekeluargaan

Perayaan Aidilfitri dapat memberi kesan dari segi kekeluargaan. Antaranya ialah

dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara umat Islam.Dengan ini, agama Islam akan

sentiasa berkembang dan maju dari segi ekonomi dan pembanggunan sahsiah serta

akhlak.Selain itu, ia dapat membantu sanak saudara yang tinggal di Bandar pulang ke kampung

halaman setelah sekian lama tidak pulang

Mereka dapat berjumpa rakan-rakan lama semasa zaman persekolahan.Mereka juga

dapat meziarahi tanah perkuburan datuk dan nenek mereka serta menghadiahkan Al-

Fatihah.Mereka turut dapat mengenangkan saat-saat manis ketika zaman remaja. Seterusnya,

perayaan ini dapat memupuk perasaan kasih sayang sesama saudara mara.

4.2 Perpaduan

Perayaan Aidilfitri juga dapat memberi kesan melalui perpaduan. Contohnya,

industri pembanggunan ekonomi dapat ditingkatkan.Ia juga boleh mempertingkatkan

perpaduan kaum di negara Malaysia.Selain itu, semangat kerjasama dapat dipupuk

melalui perayaan dengan sikap bantu-membantu antara saudara mara untuk persediaan

menyambut hari raya.


Sikap tolak ansur juga dapat disemai di dalam hati seseorang untuk

meningkatkan perpaduan kaum.Rumah terbuka juga diadakan untuk manjamu

selera kepada orang Melayu terutamanya umat Islam bagi merapatkan ukhwah dan

masyarakat di Malaysia.

Seterusnya, persediaan untuk menyambut perayaan di Bandar dengan dihiasi

lampu-lampu yang berwarna-warni dan pertunjukkan bunga api.

4.3 Keagamaan

You might also like