You are on page 1of 2

LANGKAH-LANGKAH MENYEMAI TABIAT MEMBACA DALAM

KALANGAN PELAJAR

Membaca jambatan ilmu. Demikianlah kata pujangga Melayu yang mencerminkan


reality bahawa tabiat membaca mendatangkan seribu satu kemaslahatan terhadap pencapaian
tahap intelek dan rohaniah seseorang individu. Amalan membaca disifatkan sebagai makanan
jiwa kepada setiap orang yang mengamalkannya. Bahkan cabaran dalam cisi keramat Wawasan
2020, yakni cabaran melahirkan rakyat yang progresif, saintifik dan berilmu pengetahuan dapat
dizahirkan dengan melebarkan sayap budaya membaca. Seperti mana yang kita sedia maklum,
pelajar merupakan aset negara yang amat bernilai. Pelajar yang berintelek sudah pasti akan
menjulang nama Malaysia di pentas sarwajagat. Oleh itu, pelajar hari ini memerlukan anjakan
paradigma agar menyuburkan benih membaca dalam sanubari mereka. Persoalannya, apakah
langkah-langkah untuk menanam tabiat membaca dalam kalangan pelajar?

Selaras dengan isu yang diutarakan, pelajar sayugia mempunyai kesedaran tentang
maslahat yang dijanjikan oleh amalan membaca. Mereka harus mengamnil inisiatif untuk
memulakan amalan ini bertitik tolak daripada buku-buku teks, surat khabar, majalah pelajar
sehinggalah karya-karya agung penulis tersohor. Dalam era ledakan teknologi maklumat ini,
bahan bacaan ilmiah boleh didapati di mana-mana sahaja, termasuklah di gerai-gerai surat
khabar, kedai buku dan perpustakaan. Malah, kini pelajar yang celik computer boleh memuat
turun artikel-artikel dan cerita daripada jaringan internet. Oleh itu, alas an bahawa sukar
mencari bahan bacaan ilmiah yang sesuai tidak boleh menjadi penghalang kepada pelajar untuk
mengamalkan tabiat membaca. Lantaran itu, kita perlu akur bahawa diri pelajar sememangnya
memainkan peranan yang penting dalam usaha memupuk tabiat membaca,

Seperkara lagi, ibu bapa menggalas tanggungjawab dalam meberi galakan dan dorongan
kepada anak agar mengamalkan tabiat murni membaca. Keluarga merupakan nucleus
masyarakat dan ibu bapa merupakan insane terdekat dengan pelajar. Pepatah Melayu ada
mengatakan anak ibarat kain yang putih adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk
mencorakkannya. Justeru, amalan membaca perlu diterapkan dalam diri anak dari peringkat
akar umbi bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sayugia
mendedahkan anak kepada bahan bacaan yang sesuai dengan umur anak dan menjadi teladan
baik agar anak dapat mengikut jejak langkah mereka. Mesejnya jelas, ibu bapa
bertanggungjawab memberi pendedahan kepada anak terhadap dunia membaca

Sekiranya ditinjau melalui skop yang lebih holistik, kerajaan memainkan peranan
dominan dalam usaha menyemai tabiat membaca dalam kalangan pelajar. Sebagai tonggak
negara, dasar, kempen dan aktiviti yang dianjurkan oleh kerajaan sayugia menjurus kepada
pemupukan amalan membaca. Mengambil contoh daripada Dasar Pandang Ke Timur yang
diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, pelajar negara ini digalakkan agar
mencontohi budaya penduduk Korea dan Jepun yang kuat membaca. Amalan membaca yang
begitu sebati dalam jiwa mereka haruslah dijadikan ikutan pelajar Malaysia. Malah, Kementerian
Pendidikan perlu memainkan peranan dengan menganjurkan pertandingan seperti Pertandingan
Rensensi BUku yang berupaya memancing minat pelajar terhadap buku. Justeru, jelaslah
bahawa kerajaan berperanan penting dalam pemupukan amalan membaca dalam kalangan
pelajar.

Sementelahan itu, pihak swasta sayugia menyumbangkan dana untuk menyuburkan


benih membaca dalam diri pelajar. Ekspo buku dan pameran buku secara besar-besaran hanya
dapat dicapai dengan sumber kewangan pihak swasta seperti Popular Bookstore. Di peringkat
sekolah, syarikat-syarikat swasta perlulah mempunyai inisiatif untuk menaja surat khabar untuk
bacaan para pelajar. Dengan ini, pelajar berpeluang membeli surat khabar pada harga yang lebih
rendah seterusnya amalan membaca dapat dipupuk. Tuntasnya, pihak swasta juga perlu
menyumbangkan tenaga untuk menyemai tabiat membaca dalam diri pelajar.

Oleh itu, dapatlah disimpulkan bahawa peranan pelajar, ibu bapa, kerajaan dan
pihak swasta merupakan ramuan utama dalam resepi pemupukan tabiat membaca pelajar. Ilmu
itu pelita hati. Hanya dengan ilmu yang tinggi barulah pelapis jentera pentadbiran negara akan
memacu kecemerlangan. Dalam pemupukan tabiat membaca pelajar, semua pihak perlulah
seikat bak sirih dan serumpun bak serai menggalakkan budaya membaca demi masa depan
generasi muda.

You might also like