You are on page 1of 4

PENGHARGAAN

Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Sultan Idris
ShahII iaitu Pn Hajah Hasmah kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi saya iaitu En. Mohd
Hafiz Bin Abdul Wahab yang telah banyak memberikan tunjuk ajar dan nasihat sepanjang
kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya iaitu Mohd Khoiri bin Ahmad Amir
dan Norlia binti Yahaya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit yang telah mereka habiskan demi
memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Noor Sharini binti Mohd Roslan dan Amira
Syazwani binti Add Majid yang telah banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan
temu bual dilakukan. Terima kasih kerana sudi membantu saya.

Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk kampung Tanjung Rambai
yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.
Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.

PENDAHULUAN

Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk iaitu  Migrasi Dalaman
Penduduk. Oleh itu, kami semua telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di
kampung sendiri memandangkan ia amat bersesuai dengan tajuk yang diberikan. Di kampung
Tnjung Rambai, sememangnya terdapat migrasi yang berlaku di kampung ini disebabkan
perkembangan sektor ekonomi di kawasan sekitarnya.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan Mac sehingga
bulan Mei iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap
tentang kajian yang telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah khususnya
kepada saya dan amnya kepada masyarakat di kawasan tempat  tinggal saya.

OBJEKTIF KAJIAN

Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Mendefinisikan Konsep migrasi penduduk dengan tepat dan jelas

2)    Menyatakan Pola migrasi penduduk di kawasan kajian

3)    Menyatakan Faktor yang mempengaruhi migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

4)    Menyatakan Kesan migrasi dalaman penduduk di kawasan kajian.

5)    Mencadangkan Langkah untuk mengatasi kesan migrasi yang berlaku di kawasan kajian.
6)    Penerapan nilai dan unsur patriotisme terhadap penduduk  di Kg. Selulun mengenai
kepentingan migras

KAWASAN KAJIAN

Kajian ini telah dijalankan di Kampung Selulun Batu Pahat Johor. Lokasi kawasan kajian ini
terletak kira-kira 15 kilometer dari Bandar  Batu Pahat dan kira-kira 11 km dari pekan  Parit
Sulong. Biasanya tambang bas yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke sekolah ialah RM
1.40 untuk perjalanan pergi dan balik yang mengambil masa 15 minit untuk sampai ke
sekolah. Kawasan kampung saya mempunyai sebuah sekolah rendah iaitu SK Sri Tanjong
yang mempunyai pelajar seramai 200 orang. Kampung saya juga mudah untuk dikunjungi
kerana mempunyai sistem perhubungan dan pengangkutan yang sempurna.

Kampung Selulun mempunyai tanah  subur ( tanah pamah ) yang rata dan ini menggalakkan
sebahagian besar penduduk terlibat dalam aktiviti pertanian. Kampung ini telah wujud sekitar
tahun 1900 an yang lalu dan kini telah mempunyai kira-kira 1200 orang penduduk yang
kebanyakannya terdiri daripada kaum Melayu. Pekerjaan utama penduduk ialah dalam sektor
pertanian iaitu menanam kepala sawit dan sesetengahnya terlibat dengan sektor perkilangan,
perniagaan dan profesional seperti menjadi guru dan pekerja swasta.

PETA KAJIAN

1)    Lukis Peta Daerah Batu Pahat

2)    Peta Pekan Parit Sulong.0

i)             Tajuk dan Bingkai  [1 m]

ii)            Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

3)    Peta Kg. Selulun

( pelajar diminta melukis peta kawasan kajian tempat mereka membuat kajian tersebut ) =
kena lukis sendiri dan lengkapkan dengan

iii)           Tajuk dan Bingkai  [1 m]

iv)           Arah mata angin dan petunjuk [ 1 m]

v)            Simbol Piawai [ 1 m ]

vi)           Kekemasan dan kesempurnaan peta [ 1 m ]

( peta perlu kemas dan cantik )

-       Perlu diwarnakan mengikut kesesuaian


KAEDAH KAJIAN

Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan
digunakan untuk memudahkan saya mencatat maklumat secara terperinci dan bersistematik.
Oleh itu, saya telah menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :-

1)    Pemerhatian             = saya telah membuat pemerhatian untuk mengenalpasti pola
migrasi yang berlaku di kawasan kampung pt kassim

2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual beberapa orang penduduk
kampung untuk mengetahui pendapat dan pandangan mereka pola migrasi di kampung saya.
Temu bual dijalankan kepada penduduk kampung yang telah lama menetap disitu kerana
mereka lebih berpengalaman dan tahu tentang keadaan kawasan kampung.

3)    Soal Selidik               = saya juga telah menyediakan 20 borang soal selidik yang perlu
diisi oleh penduduk kampung yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
dilakukan. ( borang soal selidik – sila rujuk lampiran )

4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di perpustakaan dan
melayari internet untuk mendapatkan maklumat tambahan terutamanya tentang penerangan
migrasu yang berlaku di Malaysia

DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Migrasi Penduduk

Secara umum migrasi penduduk ialah penghijrahan seseorang yang melintasi sempadan,
kawasan, negeri, negara atau sempadan antarabangsa. Merujuk kepada kajian ini migrasi
yang dibincangkan ialah migrasi dalaman. Dalam konteks ini, migrasi ialah penduduk dari
satu tempat ke tempat yang lain.

8.2 Pola Migrasi Penduduk

Setelah kajian dijalankan, saya dapati terdapat beberapa pola migrasi yang sering berlaku di
kampung saya. Berikut ialah pola migrasi yang wujud:

i) Migrasi luar bandar bandar

Ini ialah merupakan migrasi yang paling banyak berlaku di kawasan kampung saya.  Migrasi
ini berlaku disebabkan oleh dia faktor iaitu tolakan dan tarikan. Faktor tolakan disebabkan
kurangnya peluang pekerjaan dan pendapatan yang terhad, tidak lumayan dan tidak tetap.
Manakala faktor tarikan pula ialah kerana kawasan bandar menyediakan peluang pekerjaan
yang lebih baik sama ada di sektor awam dan swasta seperti perkilangan, pembinaan,
perniagaan dan perkhidmatan.

ii) Migrasi Luar Bandar ke Luar Bandar

Migrasi ini juga berlaku di kawasan kampung saya. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh
dasar kerajaan yang membuka rancangan pembangunan tanah seperti FELDA, KEJORA,
KETENGAH dan KESEDAR telah menarik penduduk yang tidak mempunyai tanah di luar
bandar untuk berhijrah ke rancangan pembangunan tanah ini. Keadaan ini telah menarik
minat penduduk kawasan luar bandar yang lain berhijrah ke kampung saya.

You might also like