You are on page 1of 6

Perayaan Tradisi

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga


dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri
merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia bagi menandakan
berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa. Ia merupakan
antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam. Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu
melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Hari Raya Puasa bermula
apabila anak bulan kelihatan, menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke sepuluh
dalam kalender Hijrah Islam. Anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah
petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.
 
Perayaan Hari Raya Puasa juga merupakan berakhirnya tempoh untuk membayar zakat
fitrah iaitu zakat yang dikenakan kepada mereka yang masih hidup sehingga masa itu.  Zakat
fitrah tidak perlu dibayar bagi mereka yang telah meninggal. Kebiasaannya orang Islam juga
akan mula membayar zakat fitrah semenjak bulan puasa dan zakat fitrah ini akan berhenti dikutip
apabila sembahyang sunat Aidil Fitri dimulakan.
 
Perayaan Hari Raya Puasa bermula sebaik sahaja anak bulan disahkan kelihatan oleh
pemegang Mohor Besar Diraja, dimana takbir akan bergema di masjid-masjid menandakan
mulanya perayaan Hari Raya Puasa. Pada keesokkan harinya, pada awal sebelah pagi, sesetengah
orang akan pergi membersihkan perkuburan orang yang disayangi dan berdoa agar roh mereka
dirahmati Allah.
 
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang cantik,bersih, dan juga
mengenakan wangi-wangian bagi kaum lelaki sahaja. Sembahyang sunat Hari Raya Puasa
sebanyak 2 rakaat pula akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak lewat sedikit
berbanding Hari Raya Korban. Kita disunatkan untuk makan sedikit sebelum menunaikan
sembahyang sunat Aidil Fitri. Selain itu kita disunatkan juga untuk pergi dan balik daripada
mengerjakan sembahyang sunat Aidil Fitri melalui jalan yang berlainan.
 
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan melawati perkuburan orang yang
disayangi. Selepas pulang daripada melawati perkuburan mereka akan berkumpul bersama
keluarga bagi bersalam-salaman dan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Selepas itu semua
orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sanak
saudara dan jiran tertangga terdekat.
 
Pada hari raya, Aidil Fitri, kita disuruh agar membantu mereka yang dari golongan fakir miskin.
Mereka yang malang ini jangan dilupakan dan hendaklan diraikan dan diberi bantuan sekadar
yang mampu.
 
Pada zaman nabi, perayaan Hari raya Aidil Fitri hanya disambut selama 1 hari sahaja,
berbanding dengan perayaan hari raya Aidil Adha yang disambut selama tiga hari.
Selepas meraikan hari raya Aidil fitri, orang Islam juga disunatkan untuk berpuasa enam hari
atau 'puasa enam'. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-seli tetapi
mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan sabda Nabi S.A.W. 

Latar Belakang

Sejarah hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah.
Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila
Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa
dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun
daripada datuk nenek mereka. Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa
Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna
iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidilfitri.

Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan
ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.Kemenangan itu bukan saja menang kerana berjaya
mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang Ramadan, malah
kejayaan menghalang diri daripada melakukan perkara dilarang, di mana jika dilakukan akan
terbatal puasanya. Kerana itu Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan
kejayaan daripada kemenangan itu.
Kalimat ‘fitri’ sendiri bermaksud fitrah iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang
asal. Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih
daripada dosa dan noda.

Oleh kerana ia dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya
itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan hari raya,
maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat. Ini seperti memperbanyakkan solat sunat,
bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Tabrani dari Ubadah bin Soib menyatakan bahawa:
“Sesiapa yang menghidupkan malam Aidilfitri dan Aidiladha dengan amalan yang baik dan
ikhlas kerana Allah, maka tidak akan mati hatinya pada hari semua hati-hati akan mati, iaitu
hari kiamat.”

Pada pagi hari raya dimulakan dengan membersih diri, bersiap-siap untuk ke masjid
menunaikan solat sunat Aidilfitri dan seterusnya menghidupkan ukhwah dengan kunjung
mengunjung di kalangan saudara mara dan sahabat handai. Perlu diingat Islam tidak pernah
mengajar umatnya agar untuk berlebih-lebih atau melampau batas dalam menyambut apa saja
perayaan. Ini bermakna Islam menegah umatnya melakukan pembaziran dalam menyambut hari
raya seperti boros berbelanja semata-mata untuk bergaya dengan pakaian mahal dan kuih muih
terlalu banyak.
Pada zaman Rasulullah, datang seorang sahabat kepada baginda dengan berpakaian serba baru,
kata sahabat ini: "Ya Rasulullah, pada tahun ini saya tidak dapat dapat menyambut Aidilfitri.”
Lalu baginda segera bertanya: “Kenapa wahai saudaraku?” Lelaki itu berkata: "Kerana saya
tidak ada baju baru."

Rasulullah kemudian bertanya kepada beberapa sahabat lain, agar sesiapa yang mempunyai
baju baru dapat diberikan kepada lelaki tadi. Ini bermakna Islam tidak melarang sesiapa saja
untuk bergaya dengan baju baru. Tetapi pengajaran daripada kisah tadi ialah dalam menyambut
hari raya tidak semua bernasib baik dengan mempunyai pakaian baru. Lalu, digalak sesiapa yang
ingin membuat kebajikan dengan bersedekah apa saja kepada orang yang tidak berupaya.

Konsep hari raya selalunya dikaitkan dengan pembaziran. Membelanjakan wang ringgit
untuk membeli secara berlebihan atau membeli sesuatu yang boleh membawa kemudaratan
seperti mercun dan bunga api amat salah di sisi agama. Mungkin pembaziran ini berlaku kerana
masyarakat kita hidup dalam kemewahan.

Sepatutnya rezeki yang lebih itu disumbangkan kepada saudara seagama lain yang mungkin
tidak dapat merayakan hari raya seperti kita.

Satu lagi budaya yang lazim berlaku dalam sambutan hari raya ialah pemberian duit raya.
Islam tidak melarang pemberian ini, asalkan tidak melampaui konsep pemberiannya itu. Usahlah
kita mendidik anak-anak supaya berkunjung ke rumah jiran semata-mata dengan harapan anak
akan diberi duit raya ini. Jika sebaliknya, maka pelbagai anggapan dan prasangka buruk
diberikan kepada sesiapa yang tidak melazimkan pemberian itu. Misalnya, dikatakan kedekut,
tangkai jering dan bakhil.

Menyentuh soal wang ini, satu kewajipan yang perlu ditunaikan oleh semua umat Islam
menjelang Aidilfitri ialah zakat fitrah. Wang zakat ini adalah sumbangan yang akan diberikan
kepada golongan yang tidak berupaya, miskin, fakir dan sebagainya mengikut lapan asnaf yang
ditetapkan syariat.

Jika Aidilfitri disambut dengan kegembiraan yang melampau tanpa melihat beberapa
pengisian yang disebutkan tadi, pasti tujuan asalnya jauh menyimpang. Kedatangan Syawal
sepatutnya menginsafkan Muslimin di sebalik makna kemenangan dan kejayaan dalam sambutan
Aidilfitri, kita tidak sepatutnya melupakan tuntutan agama.
Persiapan Sambutan Perayaan Aidilfitri

Persiapan bagi menyambut perayaan Aidilfitri dilakukan sebelum bulan Syawal


menjelang iaitu pada akhir bulan Ramadan. Umat Islam akan berpuasa sebelum dari terbit
matahari hingga terbenam matahari. Mereka akan menahan diri daripada lapar, dahaga dan
perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa. Umat islam juga harus banyakkan bersedekah
dan banyak melakukan ibadat.

Selain itu, kad raya juga akan dihantar kepada saudara-mara dan sahabat handai. Baju
raya kebiasaannya akan ditempah di kedai ataupun di rumah orang yang pakar dalam menjahit
baju raya. Masyarakat melayu mengenakan baju kurung dan kebaya bagi kaum wanita manakala
baju melayu bagi kaum lelaki. Biskut dan kek raya mula dibuat bagi yang pandai membuatnya.
Bagi yang tidak pandai membuat juadah raya pula akan membelinya di kedai melalui tempahan.
Juadah utama hari raya seperti ketupat, lemang, rendang, dan dodol akan disediakan sehari
sebelum hari raya menjelang iaitu pada malam raya . Persiapan dari segi kewangan juga turut
disediakan sebagai duit raya.

Sebelum raya, rumah-rumah akan dihiasi denagn lampu warna-warni dan kad raya yang
dikumpul akan dilekatkan didinding. Rumah-rumah juga akan diterangi dengan lampu pelita. Ini
dapat menggambarkan kemeriahan dan semangat bagi menyambut ketibaan Hari Raya Aidilfitri.
Di sesetengah tempat, kaum lelaki secara berkumpulan akan pergi ke dari rumah ke rumah untuk
bertakbir di setiap rumah. Bagi yang menetap di banda, Hari Raya Aidilfitri merupakan peluang
untuk mereka pulang ke kampung halaman. Mereka akan bergotong-royong membersih dan
mengemas rumah bagi persedian menyambut Hari Raya Aidilfitri. Di sesetengah kampung orang
kampung akan mengacau dodol atau membakar lemang bersama-sama.

Pada pagi raya pula,para lelaki akan memakai baju melayu. Para perempuan pula akan
memakai baju kurung atau baju kebaya. Kemudian mereka akan menunaikan sembahyang raya
di masjid. Selepas menunaikan sembahyang raya, mereka akan mengunjungi lagi pusara
keluarga dan sedekahkan doa kepada ahli keluarga yang telah meninggak dunia.

Apabila dirumah, seluruh keluarga akan berkumpul untuk bersalam-salaman dan


bermaaf-maafan antara satu ama lain. Pada kebiasaannya, yang muda akan meminta maaf
daripada yang muda terlebih dahulu.
Selain itu, pada hari raya juga umat Islam akan menyediakan berbagai-bagai jenis juadah
tradisional seperti lemang, ketupat, nasi himpit, dodol dan lain-lain lagi untuk tetamu yang
datang berkunjung ke rumah. Kuih raya juga turut dihidangkan bersama.

Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, mereka mengadakan rumah
terbuka dimana pelbagai juadah dan santapan disediakan. Rumah terbuka biasanya dilakukan di
rumah. Mereka akan menjemput jiran tetangga dan sanak saudara untuk menghadiri rumah
terbuka. Konsep rumah terbuka di Malaysia tidak terbats kepada sesiapa sahaja termsuk orang
bukan Islam. Mereka semua akan bermaaf-maafan antara satu sama lain. Ini dapat mengeratkan
lagi silaturahim antara mereka semua.

Selepas meraikan Hrai Raya Aidilfitri,orang Islam juga disunatkan berpuasa enam hari
atau dipanggil “puasa enam”. Puasa enam boleh dilakukan secara berturut-turut atau berselang-
seli tetapi mesti dihabiskan di dalam bulan Syawal. Ini berdasarkan kepada sabda Nabi S.A.W:

“Sesiapa yang berpuasa Ramadan, kemudian diikuti puasa itu dengan puasa enam hari
di bulan Syawal, maka pahalanya sama dengan nilai puasa satu tahun (penuh).”

(riwayat muslim)

Persiapan sambutan perayaan ini akan berakhir selepas cuti perayaan.segala perhiasan
digantung di dalam rumah akan disimpan. Jad-kad raya yang dilekatkan pada dinding dicabutkan
serta perhiasan-perhiasan lain turut disimpan.

Kesan Perayaan
Kesan perayaan Aidilfitri ini banyak impaknya kepada keluarga. Kesannya pada keluarga
ialah hubungan antara keluarga makin erat dengan wujudnya sikap bekerjasama ketika perayaan
Aidilfitri disambut.

Selain itu, kita juga dapat memupuk sifat tolong-menolong antara keluarga semasa
menyambut Aidilfitri ini kerana banyak perkara yang perlu dilakukan bersama-sama keluarga.
Jadi kesan inilah yang menjadi impak kepada ikatan kekeluargaan.

Perayaan ini juga dapat mengekalkan perpaduan kaum. Tambahan pula, Malaysia terdiri
daripada pelbagai jenis kaum antaranya melayu, cina dan india. Mereka akan saling hormat-
menghormati bagi menghidupkan sebuah masyarakat yang harmoni dan saling menghargai
warisan dan budaya setempat.

Justeru itu, melalui sambutan perayaan Aidilfitri ini dapat mengekalkan tradisi.
Walaupun tradisi tidak akan dapat dilupuskan dengan

You might also like