You are on page 1of 20

TAJUK :

AMALAN KITAR SEMULA


DI SEKOLAH MENENGAH HIN HUA
KLANG

NAMA                        : SOO YING XI


KELAS                      : J3M
SEKOLAH                  :SEKOLAH MENENGAH HIN HUA, KLANG
NAMA GURU            : EN LEE HWA
TARIKH HANTAR    : 28 MEI 2010
ANGKA GILIRAN :

TANDATANGAN PELAJAR                    TANDATANGAN GURU

     —————————-                         —————————


SENARAI KANDUNGAN
TAJUK                                                                                         HALAMAN

1)    Penghargaan

2)    Pendahuluan

3)    Objektif Kajian

4)    Kawasan Kajian

5)    Kaedah Kajian

6)    Hasil Kajian

7)    Rumusan

8)    Rujukan

9)    Lampiran

10) Bukti ( soal selidik dan temu bual )


PENGHARGAAN
Saya ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada
Pengetua Sekolah Menengah Hin Hua, Puan Chang Sa Yeok.
Maskan kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geografi
saya iaitu En Lee Hwa yang telah banyak memberikan tunjuk ajar
dan nasihat sepanjang kajian ini dijalankan.

Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit dan sumber yang
telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Tan Li Xian yang telah
banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual
dilakukan.

Akhir sekali saya melafazkan terima kasih kepada guru-guru dan


murid-murid di Sekolah Menengah Hin Hua yang telah sudi
memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini
dijalankan.
PENDAHULUAN
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat
untuk pensijilan Penilaian Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua
telah diberikan tajuk Amalan Kitar Semula. Oleh itu, saya telah
diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang
mempunyai amalan kitar semula.

Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di Sekolah Menengah
Hin Hua mempunyai aktiviti kitar semula setiap bulan dan ini
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.

Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah


bermula bulan April sehingga bulan Jun iaitu kira-kira 3 bulan. Setiap
pelajar perlu menulis satu laporan yang lengkap tentang kajian yang
telah dijalankan.

Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan


manfaat dan faedah khususnya kepada saya dan semua pengguna
di Sekolah Menengah Hin Hua.
OBJEKTIF KAJIAN
Berikut adalah objektif-objektif kajian yang telah saya jalankan

1)    Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas
2)    Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
3)    Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
4)    Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula
5)    Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam
melaksanakan amalan kitar semula.
6)    Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap
pengguna di Sekolah Menengah Hin Hua tentang kepentingan
amalan kitar semula.
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Hin
Hua,Klang. Lokasi kawasan kajian ini terletak berhampiran
dengan Taman Selatan. Sekolah Menengah Hin Hua juga
terletak berdekatan dengan Taman Bayu Perdana iaitu kira-
kira 25 minit dari kawasan kajian. Biasanya tambang bas
yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke Banting dari
Sekolah Menengah Hin Hua ialah RM 4.00 untuk perjalanan
sehala yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana. 
Sekolah Menengah Hin Hua mempunyai pelajar seramai
2700 orang kerana ia mempunyai system perhubungan dan
pengangkutan yang baik. Di dalam sekolah tersebut,
terdapat banyak kemudahan untuk pelajar seperti gelagang
bola keranjang, ‘car park’ dan sebagainya.
Di sebelah Sekolah tersebut, juga terdapat dua sekolah
menengah iaitu Sekolah Menengah La Salle dan Sekolah
Menengah Star.

PETA KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa
kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1)    Pemerhatian            = saya telah membuat pemerhatian untuk
mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan
Sekolah Menengah Hin Hua .
2)    Temu Bual                =  seterusnya saya telah menemu bual
beberapa orang murid-murid dan guru-guru untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula.
Temu bual dijalankan kepada pengguna Sekolah Menengah Hin Hua
yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman
dan tahu tentang keadaan Sekolah Menengah Hin Hua.
3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan borang
soal selidik yang perlu diisi oleh pengguna Sekolah Menengah Hin
Hua yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
dilakukan.
4)    Rujukan                     = selain itu, saya juga membuat rujukan di
perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan mengenai amalan kitar semula
DAPATAN KAJIAN

8.1  Konsep Kitar Semula

Kitar semula bermaksud mengumpulkan dan memproses semula


barang-barang terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru
yang berguna. Amalan kitar semula barang-barang terpakai
diperkenalkan dalam usaha untuk menjimatkan penggunaan sumber,
memastikan alam sekitar sentiasa bersih, mengelakkan pencemaran,
dan mengurangkan pembaziran. Antara barang yang boleh dikitar
semula termasuklah kertas, plastik, besi, aluminium dan getah.
Barang seperti botol kaca boleh digunakan semula setelah melalui
proses pembersihan.
8.2  Jenis Bahan dan Amalan Kitar Semula

Bahan kitar semula yang biasanya di lakukan oleh pengguna Sekolah


Menengah Hin Hua di Sekolah Menengah Hin Hua ialah kertas,
plastik dan kaca.

Amalan kitar semula yang dijalankan oleh pengguna Sekolah


Menengah Hin Hua saya ialah MENJUALbahan-bahan kitar semula
ini. Kebanyakan daripada pengguna Sekolah Menengah Hin Hua
akan membawa sendiri bahan tersebut ke pusat memproses bahan
kitar semula.

Terdapat juga pengguna Sekolah Menengah Hin Hua


yang MENGGUNAKAN SEMULA bahan kitar semula ini untuk
menjimatkan perbelanjaan. Contohnya, digunakan untuk membuat
keceriaan di dalam kelas, menggunakan kedua-dua helaian kertas
dan membuat perhiasan kelas seperti bunga kertas dan pasu kaca
yang telah dibersihkan.

Selain itu, terdapat pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang sudi
bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK
SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah
pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung
program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar
semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.

Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat
pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang cuba
untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI
KERTAS DAN PLASTIK.Sebagai contoh terdapat pengguna
Sekolah Menengah Hin Hua yang tidak menggunakan plastik,
polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga
dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.

Amalan ini akan dapat menjimatkan penggunaan bahan kitar semula


dan seterusnya menambahkan pendapatan hasil jualan kitar semula.
8.3 Kepentingan Kitar Semula.

1) Kitar semula untuk memelihara ruang hidup kita


Kini terdapat kira-kira 230 tapak pelupusan sampah di Malaysia.
Setiap satunya berkeluasan antara 20 hingga 150 ekar, bergantung
pada lokasi dan jumlah sampah yang dibuang. Sebaik sahaja sebuah
tapak pelupusan sampah dipenuhi sampah, tapak baru akan dibuka.
Lambat laun, tapak-tapak ini akan berkembang dan menular
mencerobohi ruang hidup kita. Sudahnya di mana kita akan tinggal?

2) Kitar semula untuk persekitaran yang lebih sihat dan lebih


bersih
Sampah boleh menjejaskan kesihatan manusia dan kebersihan
persekitaran. Jika dibiarkan bersepah ia boleh mengeluarkan bau
dan menyebabkan penyakit. Melalui kitar semula, kita dapat
mengurangkan sampah yang dibuang dan seterusnya mengawal
penyakit daripada merebak.

3) Kitar semula untuk mengurangkan pencemaran


Longgokan bahan buangan di dalam tong sampah, lori atau tapak
pelupusan sampah merupakan salah satu punca pencemaran udara,
air dan bau. Amalan mengitar semula dapat mengurangkan ancaman
alam sekitar tersebut daripada terus mengancam kualiti kehidupan
kita.

4) Kitar semula untuk menjimatkan kos, sumber dan tenaga


i) Dengan mengitar semula 1 tin aluminium anda seumpama
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 3 jam televisyen.
ii) Jika kertas dapat dikitar semula secara maksimum anda dapat
mengurangkan 4,360 tan sampah sehari yang bersamaan 78,000
batang pokok. Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17
pohon terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan
mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu
memelihara hutan kerana ia merupakan paru-paru yang memberi kita
oksigen dan udara yang bersih.
iii) Dengan mengitar semula 1 botol kaca anda seumpama
menjimatkan penggunaan tenaga elektrik mentol lampu 100 watt
selama 4 jam.
iv) Mengitar semula kaca menurunkan suhu lebur untuk kaca baru
sambil menjimatkan sehingga 32% tenaga yang diperlukan untuk
pengeluaran kaca.
Dengan amalan kitar semula ini ia akan dapat menerapkan unsur
tanggungjawab dan sayangkan kepada negara seperti peribahasa
negara bersih rakyat sihat.
8.4  Masalah /halangan Amalan Kitar Semula

Ketika melaksanakan kerja kursus ini, terdapat beberapa masalah


yang telah dikenalpasti.

1. Sikap
Terdapat segelintir pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang tidak
mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas
dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan
kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya pencemaran udara.

2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan pengguna Sekolah
Menengah Hin Hua yang membuang bahan kitar semula ini adalah
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut
daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini
hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.

3. Harga Terlalu Rendah


Kebanyakan pusat pengumpulan mengambil barangan kitar semula
dengan harga yang rendah. Kertas di beli dengan harga tidak kurang
20 sen untuk I kilogram. Harga yang rendah menyebabkan pengguna
Sekolah Menengah Hin Hua lebih senang membuang bahan tersebut
daripada menjualnya kerana harga yang rendah dan tidak
menguntungkan.

4. Kurang Pusat Pengumpulan.


Di kawasan Taman Selatan hanya terdapat sebuah pusat
pengumpulan bahan kitar semula. Keadaan ini menyukarkan
pengguna Sekolah Menengah Hin Hua untuk menjual barangan kitar
semula memandangkan lokasi pusat ini terlalu jauh buat pengguna
Sekolah Menengah Hin Hua. Tambahan pula, pusat ini hanya
menerima bahan kitar semula yang dihantar oleh pengguna Sekolah
Menengah Hin Hua sahaja.  Mereka tidak menyediakan
perkhidmatan mengambil barangan kitar semula daripada orang
ramai.
5. Kurang Kerjasama
Terdapat juga pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang tidak
memberikan kerjasama apabila kempen kitar semula ini dijalankan
oleh kerajaan. Sikap tidak peduli dan tidak mahu mengambil kisah
amalan kitar semula ini menyebabkan usaha kerajaan untuk
menjimatkan tenaga dan bahan kitar semula tidak akan tercapai atau
terlaksana.
Saya berpendapat pengguna Sekolah Menengah Hin Hua perlu insaf
dan berubah sikap untuk menjadikan amalan kitar semula ini sebagai
sebahagian daripada hidup mereka. Amalan ini dapat
menyelamatkan negara kita daripada mengalamai kemusnahan
sumber.
8.5 Langkah/cadangan untuk mengatasi masalah dalam
melaksanakan kitar semula

Bagi memastikan amalan kitar semula ini dijalankan di kawasan


kajian, beberapa langkah atau tindakan dapat di lakukan bagi
memastikan amalan tersebut dapat dilaksanakan dengan baik.
Langkah tersebut ialah seperti :

1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia,
Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar
Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk
meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan
masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan
peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan 
program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada
rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan.

2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa
amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar
kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di
sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula
dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai
pertandingan tersebut.

3. Menyediakan Kemudahan Pusat Pengumpulan.


Pihak berkuasa tempatan perlu menyediakan lebih banyak pusat
pengumpulan kitar semula bagi menarik pengguna Sekolah
Menengah Hin Hua untuk mengamalkan amalan kitar semula. Ini
penting supaya pengguna Sekolah Menengah Hin Hua lebih peka
dengan tidak membuang bahan yang boleh dikitar semula sesuka
hati. Ini dapat mengelakkan daripada pembaziran.
Pihak sekolah juga boleh menyediakan tong-tong kitar semula dan
diletakkan di lokasi yang strategik bagi memudahkan pelajar
membuang bahan yang boleh dikitar semula ke dalam tong yang
betul.
4. Gotong-royong
Pengguna Sekolah Menengah Hin Hua boleh juga bersama-sama
bergotong-royong untuk membersihkan kawasan sekolah. Pastikan
pengguna Sekolah Menengah Hin Hua mengumpulkan bahan kitar
semula ini dan tidak membakar atau membuangnya begitu sahaja.
Ketua sekolah memainkan peranan yang penting supaya pengguna
Sekolah Menengah Hin Hua dapat bekerjasama mengamalkan
amalan kitar semula ini.
Semua pihak perlulah berganding bahu dan bekerjasama untuk
memastikan amalan kitar semula ini dapat dijalankan dengan
sempurna. Semua peringkat umur perlu mempunyai sikap
bertanggungjawab untuk sama-sama menjaga bumi ini daripada
terus mengalami kemusnahan.
Bahan Grafik
i)PETA MINDA

SURAT KHABAR BOTOL KACA

MAJALAH KACA CERMIN


KERTAS

BUKU LAMA
Jenis-jenis bahan kitar semula TINGKAP

TEKSTIL

KAIN PERCA BAJU LAMA LANGSIR


ii)RAJAH ALIRAN

CARA MEMBUAT BAKUL DARIPADA SURAT KHABAR

Menggunting dan menggulung kertas surat khabar untuk dianyam.


 

Gulungan-gulungan kertas kemudian disambung-sambung menggunakan gam.


 

Cara menganyam bakul menggunakan teknik anyaman bakul rotan.

Bakul yang siap boleh dikilatkan dengan varnis. Pelbagai bentuk bakul yang menarik boleh dihasilkan
RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan
disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan
kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang.
Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan
bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada
dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk
mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada
segenap lapisan masyarakat.
LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri murid
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Gambar / foto yang berkaitan
RUJUKAN
Buku Teks
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd
Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.

Buku Rujukan
Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan
5
Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd
Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3

Internet
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula 
2. http://junaidisite.com/amalan-kitar-semula-perlu-diteruskan.html
3. http://my.opera.com/LA21MPS/blog /show.dml/392905
4. Blogspot, http://smkpenghulusaad.wordpress.com.my
Orang Sumber

You might also like