You are on page 1of 1

penerimaan surat cara pelantikan oleh Muhyiddin selaku Timbalan Perdana Menteri.

Beliau melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia dan kemudian menandatangani
dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd
Sheriff dan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Selepas Muhyiddin, lima menteri kanan iaitu Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri
Pengangkutan), Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Tan
Sri Bernard Dompok (Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Mohamed
Nazri Abdul Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Seri Hishammuddin Tun
Hussein (Menteri Dalam Negeri) kemudian mengangkat sumpah jawatan dan menyimpan
rahsia yang dipimpin Mohamed Nazri.

Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan dan melafaz sumpah jawatan dan taat
setia bagi menteri dan timbalan menteri pula dijalankan secara berkumpulan antara empat
dan lima orang.

Yang turut mengangkat sumpah ialah Datuk Seri Dr Rais Yatim (Menteri Penerangan,
Komunikasi dan Kesenian), Tan Sri Nor Mohamed Yakcop (Menteri di Jabatan Perdana
Menteri), Datuk Peter Chin Fah Kui (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air), Datuk Seri
Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) dan Datuk Seri Mohd Khaled
Nordin (Menteri Pengajian Tinggi).

Mereka diikuti oleh Datuk Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan
Industri), Datuk Dr Maximus Ongkili (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi), Datuk Douglas
Unggah Embas (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Dr Ng Yen Yen (Menteri
Pelancongan) dan Datuk Noh Omar (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani).

Kemudian diikuti Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Pertahanan), Datuk Shaziman
Abu Mansor (Menteri Kerja Raya), Datuk Liow Tiong Lai (Menteri Kesihatan) dan Datuk Ahmad
Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan).

Kumpulan seterusnya terdiri daripada Datuk Dr S. Subramaniam (Menteri Sumber Manusia),


Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna),
Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan Kedua) dan Datuk Kong Cho Ha
(Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat)
kemudian mengetuai kumpulan berikut yang terdiri daripada Datuk Anifah Aman (Menteri
Luar), Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin (Menteri Wilayah Persekutuan) dan Datuk
Jamil Khir Baharom (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

You might also like