You are on page 1of 19

Syukur kepada Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan kurniaNya saya dapat

menyiapkan kajian ini dalam masa yang telah ditetapkan. Semasa menyiapkan kajian ini,

saya berhutang budi kepada beberapa orang personal berikut yang telah membantu saya

dalam beberapa hal.

Pertama sekali, ribuan terima kasih kepada Puan Latifah Haji Mustakim, Pengetua

SMK Arshad kerana membenarkan kami membuat kajian ini serta menggunakan beberapa

peralatan sekolah untuk tujuan kajian. Terima kasih juga kepada guru Sejarah, Puan

Mekariati Harun kerana memberi tunjuk ajar dan dorongan dari mula hingga kajian ini

dapat disempurnakan.

Terima kasih kepada keluarga saya terutamanya ibu bapa saya, Encik Pauze Majid dan

Puan Misrah Salim kerana menyokong dan membeli peralatan kajian.

Terima kasih juga kepada Encik Salim Alip, Puan Mensiah Ibrahim kerana sudi

ditemu ramah dan memberi maklumat yang dikehendaki dalam kajian ini

Akhir sekali terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam menyiapkan kajian ini.

1
Kajian saya merangkumi objektif-objektif yang berikut:

1. Kajian ini membolehkan saya untuk memahami lebih dekat tentang perayaan Hari

Raya Aidilfitri.

2. Kajian ini dilakukan secara amnya adalah untuk memberi latihan kepada saya

untuk mengkaji sesuatu perayaan.

3. Kajian ini juga dapat menambah pengetahuan saya tentang perayaan Hari Raya

Aidilfitri.

4. Kajian ini dapat memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat setempat.

2
Sepanjang kajian ini dijalankan, saya telah menggunakan beberapa kaedah kajian bagi

memperolehi maklumat.

Kaedah yang pertama ialah kajian penyelidikan di perpustakaan iaitu di

Perpustakaan Awam Daerah Kota Belud, Sabah dan Pusat Sumber Sekolah Menengah

Kebangsaan Arshad . Saya telah mencari bahan bacaan yang berkaitan dengan kajian ini.

Seterusnya, saya telah menggunakan kaedah IT dengan melayari internet. Saya

mencari maklumat berkenaan kajian dengan menggunakan internet untuk memudahkan

pencarian maklumat.

Akhir sekali, saya telah menemu ramah beberapa orang sumber iaitu Haji Salim

Alip dan Hajah Mensiah Ibrahim untuk memperlengkapkan dan menambah maklumat

yang sedia ada.

3
1. PERAYAAN TRADISI

 Nama Perayaan/Nama Lain

Hari Raya Aidilfitri juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah dan

Hari Lebaran.

 Pihak/Etnik/Kaum Yang Terlibat

Hari Raya Aidilfitri dirayakan oleh kaum Melayu dan India-Muslim.

 Tarikh/Tempoh Masa Dirayakan

Hari Raya Aidilfitri disambut pada 1 Syawal setiap tahun.

 Tujuan Perayaan

Hari Raya Aidilfitri disambut adalah sebagai suatu kemenangan bagi orang yang

dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.

4
2. LATAR BELAKANG

 Sejarah/Asal-Usul Perayaan

Hari Raya dalam Islam telah wujud sejak zaman permulaan Islam lagi iaitu

ketika Rasulullah S.A.W berpindah ke Madinah. Baginda mendapati umat Islam

Madinah masih lagi merayakan 2 hari kebesaran yang diwarisi sejak berkurun-

kurun dahulu iaitu dengan cara berpesta dan bersuka ria tanpa batasan. Allah

Taala melalui Rasulullah menukarkan 2 hari raya tersebut dengan 2 hari raya

yang lebih baik iaitu Hari Raya Puasa (Aidilfitri) dan Hari Raya Korban

(Aidiladha). Aidilfitri datang selepas umat Islam mengerjakan ibadat puasa, dan

diikuti dengan zakat fitrah.

 Upacara Khusus Dalam Perayaan

Antara upacara khusus dalam Hari Raya Aidilfitri ialah Solat Sunat Aidilfitri

yang dilakukan di masjid, menziarahi kubur ahli keluarga yang meninggal.

Selepas itu, kaum keluarga akan berkumpul untuk bersalaman dan memohon

maaf antara satu sama lain. Sanak saudara dan jiran sekampung akan kunjung-

mengunjung antara satu sama lain untuk ‘beraya’ atau adat berziarah. Kanak-

kanak biasanya akan membuat kumpulan lain untuk berziarah, samada ke rumah

jiran, saudara atau rakan-rakan di mana tradisi ‘memberi duit raya’ memeriahkan

lagi suasana.

5
 Individu Yang Mengetuai Upacara Khusus

Antara individu yang mengetuai upacara khusus dalam Hari Raya Aidilfitri ialah

Imam bagi upacara Solat Sunat Aidilfitri, Ketua Keluarga bagi upacara

menziarahi kubur, upacara bermaaf-maafan tidak ada individu yang mengetuai

kerana melibatkan seluruh ahli keluarga dan akhir sekali upacara memberi duit

raya juga tidak ada individu yang mengetuai.

 Tempat Khusus Sambutan Dijalankan

Tempat khusus sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut ialah kediaman sendiri

ataupun di kampung.

6
3. PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN

 Sebelum

Berminggu-minggu sebelum perayaan Hari Raya Aidilfitri menjelma, suasana

persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Di antara persiapannya ialah orang ramai akan

mula membuat kuih raya dalam pelbagai warna, bentuk dan juga rasa. Selain itu, ada yang

menukar perabot rumah diganti kepada yang baru. Di samping itu, pelita akan dipasang di

sekeliling kawasan rumah. Akhir sekali, pakaian yang akan dipakai pada Hari Raya akan

dijahit dan disiapkan secepatnya.

 Semasa

Antara amalan yang dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri ialah amalan berziarah.

Amalan ini adalah bertepatan dengan suruhan agama Islam itu sendiri. Pada pagi Hari

Raya Aidilfitri(selalunya sebelum dan sejurus sesudah menunaikan solat sunat Hari Raya

Aidilfitri), umat Islam yang telah kehilangan saudara-mara akan mengunjungi pusara

mereka dan menghadiahkan Surah Al-Fatihah atau bacaan surah Yaasin. Kemudian

mereka akan berkunjung ke rumah sanak saudara dan rakan taulan. Mereka akan bermaaf-

maafan dan melupakan kesilapan yang lampau. Pada asasnya, Hari Raya adalah hari untuk

bergembira, bermaaf-maafan, dan hari untuk mengeratkan tali persaudaraan di

kalangan umat Islam di samping meraikan kejayaan beribadah kepada Allah.

7
Amalan memberi wang kepada kanak-kanak juga amat popular pada Hari Raya.

Duit raya selalunya diberikan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak melalui sampul

duit yang selalunya berwarna hijau dan kuning. Sampul duit raya diadaptasi daripada

amalan orang Cina yang memberi sampul merah berisi wang ataupun "Ang Pau". Pada

Hari Raya, sampul selalunya berwarna selain daripada warna merah, iaitu hijau atau

kuning. Terdapat pelbagai saiz sampul yang dikeluarkan oleh bank-bank dan syarikat-

syarikat perniagaan, antaranya saiz yang bersesuaian dengan saiz wang kertas polimer RM

5. Kadangkala amalan pemberian Duit Raya diganti dengan pemberian hadiah-hadiah.

Sudut agama pula, malam tujuh likur (keistimewaan 7 malam terakhir) sering

dikaitkan dengan Lailatulqadar iaitu detik keemasan untuk individu Muslim merebut

syurga apabila malaikat dan Jibril akan turun ke bumi untuk mengaminkan doa orang

yang bersembahyang, bertasbih, bertahmid dan bertakbir kepada Allah. Dengan itu

timbullah tradisi memasang pelita bagi sebagai simbol meraikan bulan mulia dan

memudahkan membantu mereka yang berjalan ke surau atau masjid bagi menunaikan

tarawih kerana merebutkan Lailatulqadar, kerana suasana pada malam terlalu gelap dan

mungkin membahayakan keselamatan. Ini adalah kerana pada masa dahulu, tiada

kemudahan elektrik seperti hari ini.

8
Rumah-rumah terbuka akan diadakan pada Hari Raya itu sendiri ataupun sepanjang

bulan Syawal. Kemeriahan Hari Raya Aidilfitri selalunya akan berpanjangan sehingga

sebulan, dan kemeriahan itu akan hilang dengan sendirinya apabila semua orang pulang ke

bandar setelah cuti tamat.

 Selepas

Selepas berakhirnya sambutan Hari Raya Aidilfitri, umat Islam akan mengemas

dan membersihkan peralatan-peralatan yang telah digunakan, perabot rumah yang kotor

dan kawasan rumah. Seterusnya, warga bandar akan bersiap-siap untuk kembali ke bandar

dan meneruskan pekerjaan mereka seperti biasa.

9
4. KESAN PERAYAAN

 Kekeluargaan

Kesan perayaan terhadap keluarga adalah kita dapat mengeratkan silaturrahim sesama

keluarga. Hubungan kasih sayang antara keluarga akan bertambah erat. Anak-anak

bermaafan dengan ibu bapa, ahli keluarga dan adik beradik.Semasa hari raya biasanya

sanak-saudara yang berjauhan akan pulang untuk bersama-sama meraihkan hari

kemenangan ini. Kegembiraan dan kebahagiaan akan lahir di hati masing-masing.

 Perpaduan

Perayaan dapat menghidupakan perpaduan di antara rakyat , ini kerana semua kaum dan

bangsa yang ada di Malaysia atau di mana juga mempunyai perayaan masing-masing. Di

hari perayaan tidak kira kaum dan bangsa amalan kunjung mengunjungi menjadi amalan

rutin. Perayaan disambut bersama, kemeriahan dikongsi bersama. Justeru itu perpaduan

dan keeratan hubungan antara kaum terjalin dalam suasana aman dan tenteram.

 Pelancongan

Institusi Pelancongan juga menerima kesan hebat semasa perayaan berlangsung kerana

ramai pelancong asing yang turut hadir atau turut serta dalam perayaan ini kerana mereka

datang sendiri untuk menyaksikan perayaan yang ada di Malaysia ini. Secara

10
tidak langsung menyumbang sumber pelaburan yang hebat kepada Institusi Pelancongan

negara.

 Keagamaan/ Kepercayaan

Sebagai umat Islam kita berbangga kerana dapat menunaikan amanat dan perintah Allah

yang esa. Islam meminta kita meraikan Hari kemenangan iaitu menyambut Hari raya

Aidilfitri selepas sebulan menjalani bulan Ramadhan.

11
RUMUSAN

Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang perayaan Hari Raya Aidilfitri

yang dirayakan pada setiap tahun. Kita mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu

kala serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga mempelajari tentang keistimewaan

dan sejarah perayaan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan

kerjasama antara rakan-rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini

dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan

berganding bahu untuk mencari maklumat tentang perayaan tersebut.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran

membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta meningkatkan kemahiran

komunikasi. Selain itu, saya dapat memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa

negara kita. Kini, saya telah mengetahui erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu

tugasan.

12
Gambar di atas menunjukkan suasana ketika menyambut Hari Raya

13
PETA KAWASAN KAJIAN

14
SOALAN TEMU BUAL

1. Apakah makanan khas yang dihidangkan ketika Hari Raya disambut?

2. Bagaimanakah Hari Raya disambut?

3. Apakah amalan lazim yang dilakukan pada Hari Raya?

4. Apakah peraturan atau adab-adab semasa, sebelum, dan selepas menyambut Hari

Raya Aidilfitri?

5. Apakah tujuan perayaan ini dirayakan?

6. Apakah persiapan yang dilakukan sebelum menyambut Hari Raya?

15
RUJUKAN

1. INTERNET : http://ms.wikipedia.org/wiki/hari_raya aidilfitri

2. MAJALAH : Cahaya (Pembimbing Remaja Cemerlang), OMR Press SDN.BHD,

September-Oktober 2009

3. BUKU ILMIAH : Ulang Kaji Target A Pendidikan Islam PMR 1,2,3, Sasbadi

SDN.BHD, 2005

4. ORANG SUMBER : a) Haji Salim Bin Alip, 76 tahun, Kampung Pirasan , Jalan

Ranau ByPass, Kota Belud.

b) Mensiah Binti Ibrahim, 73 tahun, Kampung Pirasan ,

Jalan Ranau ByPass, Kota Belud.

16
17
ELEMEN 3
Bagaimanakah sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan
mengekalkan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia?

Sambutan perayaan tradisi pelbagai kaum dapat memperkukuh dan mengekalkan perpaduan
dalam kalangan rakyat Malaysia melalui beberapa aspek. Antaranya ialah dengan menganjurkan
rumah terbuka kerana Rumah Terbuka bagi sesuatu perayaan mampu mengabungkan beberapa suku
kaum di bawah satu bumbung. Sebagai contoh, Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri yang diadakan
oleh pemimpin sesuatu kawasan akan menjadi tumpuan rakyat berbilang bangsa.

Media massa juga memainkan peranan dalam memperkukuh dan mengekalkan perpaduan dalam
kalangan rakyat Malaysia kerana media massa adalah salah satu sumber informasi yang terkini dan
berguna untuk masyarakat. Media massa juga merupakan wadah penyampaian maklumat yang
berkesan kepada masyarakat. Pihak media hendaklah sentiasa peka kepada keadaan disekeliling agar
maklumat dapat disampaikan dengan serta merta dengan berkesan. Tidaklah masyarakat menjadi
seperti katak dibawah tempurung yang tidak mengetahui perkembangan di sekelilingnya. Setiap
sambutan perayaan perlulah mendapat liputan meluas daripada media.

Seterusnya dengan pertunkan kesenian sesuatu kaum kerana keseniaan sesuatu kaum kini bukan
sahaja menjadi tumpuan kaum tersebut sahaja malahan turut menjadi tumpuan suku kaum lain.
Sebagai contoh, Perayaan Tahun Baru Cina akan menarik pelbagai kaum untuk turut memeriahkannya
kerana unsur kesenian Tahun Baru Cina iaitu Tarian Singa menjadi kegemaran suku kaum lain.

Akhir kata, sambutan perayaan pelbagai kaum di Malaysia dapat merealisasikan impian Perdana
Menteri kita dalam memacu konsep 1Malaysia. Hal in sebab melalui pelbgai perayaan, perpaduan di
kalangan rakyat Malaysia dapat ditingkatkan.

18
19

You might also like